Jumaat, 30 Jun 2006


-Terapi-
Jangan Marah! Jangan Marah! Jangan Marah!

عن ‏ ‏أبي هريرة ‏ ‏رضي الله عنه ‏ ‏أن رجلا قال للنبي ‏ ‏صلى الله عليه وسلم ‏ ‏أوصني قال ‏ ‏لا تغضب فردد مرارا قال لا تغضب

Artinya: Dari Abu Hurairah رضي الله عنه , bahawasanya seorang laki-laki berkata kepada Nabi صلى الله عليه وسلم: Berikanlah wasiat kepadaku. Sabda Nabi صلى الله عليه وسلم : “Janganlah engkau marah”. Maka diulangi oleh orang itu beberapa kali. Sabda Nabi صلى الله عليه وسلم: "Janganlah engkau marah."



Adapun amal yang menghilangkan marah seseorang itu maka iaitu apabila marah seseorang itu maka hendaklah ia mengucapkan:
أَعُوذُ بِاللَّهِ مِنْ الشَّيْطَانِ الرَّجِيمِ
Demikian disuruh oleh Rasulullah صلى الله عليه وسلم mengucap akan dia oleh tiap-tiap orang yang marah itu supaya hilang marah itu, kerana maklum bahawasanya adalah marah itu daripada syaitan.

Dan apabila tiada hilang marah itu dengan mengucapkan,
أَعُوذُ بِاللَّهِ مِنْ الشَّيْطَانِ الرَّجِيمِ
Maka jika ia marah dalam keadaan berdiri maka hendaklah ia duduk, dan jika ia marah di dalam keadaan duduk maka hendaklah ia berbaring seperti sabda Nabi صلى الله عليه وسلم, maksudnya: “Marah itu iaitu bara api yang menyala di dalam hati. Tidakkah kamu lihat akan kembang urat leher orang yang marah itu dan merah dua matanya? Maka apabila mendapat seseorang daripada kamu akan sesuatu yang demikian itu maka jika ia berdiri maka hendaklah duduk. Dan jika ia duduk maka hendaklah ia tidur yakni berbaring. Maka jika tiada hilang marah yang demikan itu maka hendaklah ia mengambil wudu’ dengan air yang sejuk atau hendaklah ia mandi, maka bahawa sanya marah itu api dan tiada memadamkan api itu melainkan oleh air. [Menurut Imam al-Iraqi hadits ini riwayat Imam at-Tirmizi]

Dan sabda صلى الله عليه وسلم, maksudnya:
“Apabila marah seseorang daripada kamu itu maka hendaklah ia mengambil wudu’ maka hanyasanya marah itu jadi daripada api.” [Menurut Imam al-Iraqi hadits riwayat Abu Daud]

Dalam riwayat yang lain Nabi صلى الله عليه وسلم bersabda, maksudnya:
“Bahawasanya marah itu daripada syaitan dan bahawasanya syaitan itu dijadikan akan dia daripada api, dan hanyasanya padam api itu dengan air. Maka apabila marah seseorang daripada kamu maka hendaklah ia mengambil wudu’. [Menurut Imam al-Iraqi hadits riwayat Abu Daud]

Kata Sayyiduna Abu Hurairah رضي الله عنه artinya: “Apabila marah Nabi saw padahal ia berdiri maka duduk ia ada apabila ia marah padahal duduk ia maka berbaring ia, hilanglah marahnya. [Menurut Imam al-Iraqi, atsar ini riwayat dari Ibn Abi Dunya]

Ruj: Sairus Salikin

1 komen:

amni berkata...

apa kata pi retail therapy? =D

Related Posts with Thumbnails