Isnin, 12 Jun 2006

Kaifa antum

Dailog Rasulullah صلى الله عليه وسلم dengan para shahabat radiyyahu anhum mengenai apa yang akan terjadi suatu hari nanti di tengah umatnya. Hadith ini diriwayatkan oleh Ibnu Abi Dunya bersumber dari Abu Umaamah al-Baahili dan juga oleh Abu Ya’la bersumber dari Abu Hurairah. Sanadnya lemah menurut al-Hafidz al-Iraaqi dalam kitabnya al-Mughni ‘an Hamlil Asfaar fil Asfaar fii takhrij maa fil Ihyaa minal Akhbaar, namun matan hadith tersebut sesuai dengan kenyataan yang terjadi sekarang. Marilah kita sama-sama merenunginya:

قال رسول الله صلى الله عليه وآله وسلم : كيف أنتم إذاطغى نساءكم وفسق شبانكم وتركتم جهادكم؟
Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda: Bagaimana kamu, jika wanita2 (isteri2) kamu telah durhaka, pada pemudamu telah fasiq, dan kamu telah meninggalkan jihad?


قالوا: وإن ذلك لكائن يارسول الله؟
Shahabat bertanya: Apakah itu akan sungguh-sungguh terjadi, wahai Rasulallah?


قال: نعم, والذى نفسي بيده وأشد منه سيكون
Nabi صلى الله عليه وسلم menjawab: Ya, Demi Dzat yang jiwaku ada ditanganNya, lebih dari itu akan terjadi.


قالوا: وما أشدمنه يارسول الله؟
Shahabat bertanya: Apa yang lebih dari itu, wahai Rasulallah?


قال: كيف أنتم إذالم تأمروا بمعروف ولم تنهرا عن منكر؟
Nabi صلى الله عليه وسلم menjawab: Bagaimana kamu, jika kamu tidak lagi menyerukan kema’rufan dan mencegah kemungkaran?


قالوا: وكائن ذلك يارسول الله؟
Shahabat bertanya: Apakah itu akan terjadi, wahai Rasulallah?


قال:نعم, والذى نفسي بيده وأشد منه سيكون
Nabi صلى الله عليه وسلم menjawab: Ya, Demi Dzat yang jiwaku ada ditanganNya, lebih dari itu akan terjadi.

قالوا: وما أشدمنه يارسول الله؟
Shahabat bertanya: Apa yang lebih dari itu, wahai Rasulallah?


قال: كيف أنتم إذا رأيتم المعروف منكرا والمنكر معروفا؟
Nabi صلى الله عليه وسلم menjawab: Bagaimana kamu, jika kamu melihat yang ma’ruf menjadi mungkar dan yang mungkar menjadi ma’ruf?


قالوا: وكائن ذلك يارسول الله؟
Shahabat bertanya: Apakah itu akan terjadi, wahai Rasulallah?


قال:نعم, والذى نفسي بيده وأشد منه سيكون
Nabi صلى الله عليه وسلم menjawab: Ya, Demi Dzat yang jiwaku ada ditanganNya, lebih dari itu akan terjadi.


قالوا: وما أشدمنه يارسول الله؟
Shahabat bertanya: Apa yang lebih dari itu, wahai Rasulallah?


قال: كيف أنتم إذا أمرتم بالمنكرو نهيتم عن المعروف؟
Nabi صلى الله عليه وسلم menjawab: Bagaimana kamu, jika kamu menyerukan kemungkaran dan mencegah kema’rufan?


قالوا: وكائن ذلك يارسول الله؟
Shahabat bertanya: Apakah itu akan terjadi, wahai Rasulallah?


قال:نعم, والذى نفسي بيده وأشد منه سيكون, يقول الله تعلى - بي حلفت, لأتيحن لهم فتنة يصير الحليم فيها حيران
Nabi صلى الله عليه وسلم menjawab: Ya, Demi dzat yang jiwaku di tanganNya, yang lebih dari itu akan terjadi, Allah SWT berfirman: (Aku bersumpah Demi Aku, akan Aku buka bagi mereka fitnah, dimana orang yang penyantun di dalam fitnah itu menjadi kebingungan)

[Aku mempelajari hadith ini dan mengamati akan maksudnya serta berbincang mengenai hadith ini serta kaitannya dengan realiti yang melanda umat kini dari sahabat kepada guruku iaitu al-Fadhil Habib Rizieq Syihab dari Indonesia ketika beliau dalam rangka berdakwak di Malaysia satu ketika dulu]

1 komen:

~albazrah~ berkata...

Peringatan dalam hadith ni sungguh menggerunkan...

Related Posts with Thumbnails