Khamis, 31 Mac 2011
Jom Pakat Pi Sesawang Ni ....
Kategori khas
Catatan al-fagir abu zahrah pada Khamis, Mac 31, 2011 0 komen
Selasa, 29 Mac 2011
Turats Kita: Kitab Mawahib Rabb al-Falaq Syarah Bint al-Miilaq - Siri 1
(Transliterasi dari tulisan Jawi kepada tulisan Rumi beserta dengan notakaki oleh: al-Haqir Abu Zahrah Abdullah Thahir al-Qedahi. Segala kesalahan dan kesilapan mohon dimaafkan dan dibetulkan. Pembetulan serta tunjuk ajar daripada para asatizah dan juga dari sekelian pengunjung al-Fanshuri sangat dialu-alukan. Dan sebagai peringatan: Bagi sesiapa yang membaca tulisan ini dinasihatkan supaya bertanya kepada masyayikh tuanguru-tuanguru atau para asatizah yang berkeahlian dalam bidang ini, seandainya tidak memahami isi kandung kitab tasawuf ini. Janganlah diandaikan dengan pemahaman sendiri kerana ditakuti tiada muwafakat dengan apa yang dimaksudkan penulis kitab ataupun dengan ilmu tasawuf itu sendiri. Ampun maaf diatas segala kelemahan. Al-Faqir hanya sekadar ingin berkongsi khazanah para ulama kita. Sekian.
Berkata Syaikh Ahmad ibn ‘Allan di dalam Syarah Qashidah ini ertinya barangsiapa yang bershifat ia dengan segala perangai qaum shufiyyah dan menjalani ia akan jalan mereka itu dengan berbaiki [membaiki] dzahirnya dan bathinnya seperti bahwa adalah dzahirnya muwafaqat bagi syariat dan bathinnya berpegang dengan thariqat nescaya menderangi [menerangi] atasnya ketika itu segala nur haqiqat dan jadilah sekelian maqam qaum shufiyyah dan sekelian hal mereka itu jadi makanan baginya yang dirasainya akan rasanya dan jadi minuman yang memuaskan dahaga dan jadi ubat yang menyembuhkan penyakitnya. Dan apabila telah merasai ia akan rasa minuman qaum itu atas shifat ini dan telah mengetahui ia akan dia nescaya berhadaplah ia atasnya dengan segala anggotanya dan membelilah ia akan dia dengan nyawanya seperti kata setengah daripada qaum shufiyyah itu jua,
bersambung ke siri seterusnya ........
Kategori Mawahib
Catatan al-fagir abu zahrah pada Selasa, Mac 29, 2011 3 komen
Isnin, 28 Mac 2011
Kejadian Gempa-bumi Adalah Peringatan Dari Allah
Kategori Tazkirah
Catatan al-fagir abu zahrah pada Isnin, Mac 28, 2011 0 komen
Kalam Salaf: Akhlaq Sesama Manusia
Qubah al-Imam al-Habib 'Umar bin 'Abdurrahman al-Atthas di Huraidhah |
Kategori Kalam Salaf
Catatan al-fagir abu zahrah pada Isnin, Mac 28, 2011 0 komen
Luahan Hati
Kemudian barulah sesi ceramah disampaikan dengan beliau menyentuh beberapa isu penting antaranya makna hadis mursalsal, isu syiah, masalah tawasul dan lain-lain. Akhirnya sesi soal jawab menyaksikan soalan begitu banyak yang diajukan antaranya tentang nur muhammad, masalah majzub, ihsan dalam solat, naluri fitrah dan banyak lagi. Majlis selesai lebih kurang jam 11.30 pagi dan hadirin terpusu-pusu untuk bersalam dengan Syeikh Nuruddin dan tak kurang juga yang memeluk dan mencium tangan ulama tersohor itu. Di satu ruangan masjid terdapat jualan VCD dan buku-buku karangan Syeikh Nuruddin dalam bahasa Melayu dan Arab.
Terasa puas dan bahagia apabila dapat sejenak duduk bersama ulama. Nasihat dan wasiat ulama menjadi bekalan untuk meniti hidup yang penuh pancaroba. Sesungguhnya bagi orang yang ingin menghidupkan hati maka melazimkan diri dengan ulama adalah jalan yang terbaik. Sebaliknya mendekatkan diri dengan golongan artis, penyanyi, pelakon, dan selebriti hanya menggelapkan hati. Betapa masyarakat kita pada hari ini dilalaikan melalui lagu dan muzik saban hari melalui media massa. Rancangan TV kita sekarang sudah lari daripada nilai timur, adat Melayu dan batasan agama. Agenda syirik, tahyul dan khurafat disebarkan setiap hari dalam filem dan drama-rama seram. Semuanya bagaikan tak terkawal lagi.
Sistem ekonomi kita terus menindas golongan miskin. Kita hidup berhutang seumur hidup. Buang bayi sudah jadi rutin muda-mudi terlanjur. Zina, rogol, homoseksual, lesbian semakin merebak. Jenayah bunuh terjadi setiap hari. Kemalangan jalan raya dah jadi musibah umum. Banjir dan ribut semakin menakutkan. Penyakit dan virus datang bermacam-macam. Politik kita semakin gila. Politik tipu, politik hipokrit, politik liwat. Ramai orang agama cari nama, cari pangkat, cari pengaruh dan gila dunia. Cakap agama sekadar di lidah sedangkan hati penuh riyak, ujub dan sum'ah. Masyarakat kita dah rosak. Kita hidup akhir zaman........
Pada zaman penuh fitnah ini marilah berdamping dengan ulama yakni ulama yang mengajar kita mencintai akhirat.....sebelum terlambat dan sebelum nasi menjadi bubur maka berusahalah untuk berdamping dengan ulama.....bukankah seluruh dunia sekarang sedang kucar kacir?....bukalah mata!
Kategori umum
Catatan al-fagir abu zahrah pada Isnin, Mac 28, 2011 0 komen
Khutbah Jum'at Syeikh Muhammad Fuad: Bahaya Wahabi
Kategori Wahabi
Catatan al-fagir abu zahrah pada Isnin, Mac 28, 2011 0 komen
Ahad, 27 Mac 2011
Habib Munzir di Masjid Sultan Salahuddin 'Abdul Aziz Shah, Shah Alam
Kategori khas
Catatan al-fagir abu zahrah pada Ahad, Mac 27, 2011 0 komen
Sabtu, 26 Mac 2011
Hindarilah Buku Sebegini .....
Bahasan 4Hukum Berkumur-kumur dan menyedut air ke hidung (al-Isytinsyaaq) ketika mengambil air sembahyang atau berwudhu’.
Pertanyaan: Berkumur-kumur dan menyedut air ke hidung ketika mengambil air sembahyang atau berwudhu` itu sunat ataupun wajib?
Jawapan: Disana ada beberapa pendapat dan perselisihan ulama padanya, di antara pendapat-pendapat itu ialah:-
- Berkumur-kumur dan menyedut air kehidung itu sunat bukannya wajib
- Berkumur-kumur dan menyedut air ke hidung itu wajib dan bukannya sunat
- Menyedut air kehidung itu wajib bukannya sunat tetapi berkumur-kumur itu tidak wajib
Pecahan pendapat:
Berkumur-kumur dan menyedut air kehidung itu sunat bukannya wajib
- Hanafi berpendapat berkumur-kumur dan menyedut air ke hidung ketika mengambil air sembahyang itu sunat bukannya wajib (tetapi keduanya itu wajib pula pada mandi bagi menghilangkan hadats besar)
- Maliki berpendapat berkumur-kumur dan menyedut air ke hidung ketika mengambil air sembahyang itu sunat bukannya wajib.
- Syafie berpendapat berkumur-kumur dan menyedut air ke hidung ketika mengambil air sembahyang itu sunat bukannya wajib.
Berkumur-kumur dan menyedut air ke hidung itu wajib dan bukannya sunat
- Hanbali berpendapat berkumur-kumur dan menyedut air ke hidung ketika mengambil air sembahyang itu wajib bukannya sunat.
- Ibn Abi Laila berpendapat berkumur-kumur dan menyedut air ke hidung ketika mengambil air sembahyang itu wajib bukannya sunat.
- Hamad berpendapat berkumur-kumur dan menyedut air ke hidung ketika mengambil air sembahyang itu wajib bukannya sunat.
- Ishaq berpendapat berkumur-kumur dan menyedut air ke hidung ketika mengambil air sembahyang itu wajib bukannya sunat.
Menyedut air kehidung itu wajib bukannya sunat tetapi berkumur-kumur itu tidak wajib
- Daud Dzahiri berpendapat menyedut air ke hidung itu wajib bukannya sunat, tetapi berkumur-kumur tidaklah wajib
- Abu Tsur berpendapat menyedut air ke hidung itu wajib bukannya sunat, tetapi berkumur-kumur tidaklah wajib.
- Abu ‘Ubaidah berpendapat menyedut air ke hidung itu wajib bukannya sunat, tetapi berkumur-kumur tidaklah wajib.
Catatan al-fagir abu zahrah pada Sabtu, Mac 26, 2011 0 komen
Haul Para Habaib
Qubah al-Imam al-Habib Umar bin 'Abdurrahman al-'Atthas رضي الله عنه. Shohib Ratib al-'Atthas. Wafat pada 23 Rabi' ats-Tsani 1072H (Haul ke 360) |
![]() | ||
Qubah al-Imam al-Habib 'Ali bin Muhammad bin Hussin al-Habsyi رضي الله عنه. Shohib maulid Simtud Durar. Wafat pada 20 Rabi' ats-Tsani 1333H. (Haul ke 99) |
![]() |
Al-Imam al-Habib 'Abdul Qadir bin Ahmad bin 'Abdurrahman as-Seggaf (as-Saqqaf) رضي الله عنه. Wafat pada 19 Rabi' ats-Tsani 1431H (Haul Pertama) |
Kategori khas
Catatan al-fagir abu zahrah pada Sabtu, Mac 26, 2011 0 komen
Khamis, 24 Mac 2011
Doa Secara Berjema’ah Bid'ah?
Catatan al-fagir abu zahrah pada Khamis, Mac 24, 2011 0 komen
Rabu, 23 Mac 2011
Hukum Berakad Nikah di Masjid
![]() |
Gambar Hiasan |
KANGAR, 20 Mac — Menjadikan masjid sebagai lokasi akad nikah adalah menyimpang dari amalan Rasulullah, kata seorang anggota Majlis Fatwa Perlis, Datuk Ahmad Jusoh. Beliau berkata Rasulullah pernah mengingatkan umat Islam supaya tidak melakukan akad nikah dalam masjid kerana ia meniru penganut Kristian yang menikah dalam gereja dan Yahudi di rumah ibadat mereka. Ahmad yang juga ahli Majlis Hal Ehwal Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) berkata, walaupun pernah berlaku peristiwa akad nikah dalam masjid pada zaman Rasulullah namun ia berpunca dari kehadiran seorang wanita ke dalam masjid yang mahu dirinya dikahwini.
Kesanggupan seorang lelaki yang turut berada dalam masjid untuk mengahwini wanita itu menyebabkan Rasulullah melakukan akad nikah dalam masjid. Ini adalah satu-satunya kes akad nikah dalam masjid yang dilakukan baginda, kata pendakwah itu hari ini ketika diminta mengulas keghairahan umat Islam ketika ini menjadikan masjid sebagai tempat akad nikah kerana menganggap ia lebih berkat. Ahmad berkata adalah lebih baik akad nikah dilakukan di rumah pengantin. — Bernama
Catatan al-fagir abu zahrah pada Rabu, Mac 23, 2011 0 komen
Selasa, 22 Mac 2011
Buku PERSOALAN KHILAFIYYAH & PENJELASAN ULAMA: Inilah Jawapannya ....
- Fasl al-Khitab fi Radd ‘ala Muhammad ibn Abdil Wahhab oleh Syaikh Sulaiman ibn Abdil Wahhab رحمه الله. Inilah merupakan kitab yang pertama yang menolak fahaman Wahhabi yang ditulis oleh saudara kandung pengasas fahaman Wahhabi.
- As-Sowa’iqul Ilahiyyah fi Raddi ‘ala al-Wahhabiyyah oleh al-‘Alim al-‘Allamah al-Syaikh Sulaiman ibn ‘Abdul Wahhab al-Najdi رحمه الله
- Fitnah al-Wahhabiyyah oleh al-‘Alim al-‘Allamah al-Sayyid Ahmad Zaini Dahlan رحمه الله (kitab ini telah diterjemahkan ke bahasa Melayu oleh Ustaz Muhammad Fuad bin Kamaluddin ar-Rembawi)
- Ad-Durarus Saniyah fi al-Raddi ‘ala al-Wahhabiyyah oleh al-‘Alim al-‘Allamah al-Sayyid Ahmad Zaini Dahlan (kitab ini telah diterjemahkan ke bahasa Melayu oleh Habib Zain bin Hussin al-Habsyi رحمه الله dengan judul Permata Yang Berharga Hujah Menolak Fahman al-Wahhabi)
- At-Taudhih ‘ala Tauhid al-Khallaq fi Jawab Ahli al-Iraq ‘ala Muhammad ibn ‘Abdul Wahhab karangan Syaikh ‘Abdullah Affendi al-Rawi رحمه الله
- Al-Haqiqah al-Islamiyah fi ar-Raddi ‘ala al-Wahhabiyyah oleh Syaikh Abdul Ghani ibn Sholeh Hamadah رحمه الله.
- Ad-Dalil Kafi fi ar-Radd ‘ala al-Wahhabi oleh Syaikh Misbah ibn Muhamad Syabqalu al-Beiruti رحمه الله
- Al-Haq al-Mubin fi ar-Radd ‘ala al-Wahhabiyyin oleh Syaikh Ahmad Sa’id al-Faruqi al-Sirhindi al-Naqsyabandi رحمه الله
- Al-Haqaiq al-Islamiyah fi Radd ‘ala Maza’im al-Wahhabiyyah bi Adillah al-Kitab wa al-Sunnah al-Nabawiyyah oleh Syaikh Malik ibn Syaikh Mahmud رحمه الله.
- Al-Ifham wal Ifham au Qadaya al-Wasilah wal Qubur dan Usul al-Wushul karangan Syaikh Muhammad Zaki Ibrahim رحمه الله
- Syawahidul Haq fil Istighosah bi Sayyidil Khalaqi karangan Syaikh Yusuf an-Nabhani رحمه الله (kitab yang bagus di baca didalam persoalan tawassul)
- Al-Jauhar al-Munazzham karangan Ibn Hajar al-Haithami رحمه الله
- Ithafu Azkiya bi Jawazi at-Tawassul bin Anbiya wal Auliya karangan al-Muhaddits Syaikh Abdullah Siddiq al-Ghumari رحمه الله
- Al-Radd al-Muhkam al-Matiin ‘ala Kitab al-Qaul al-Mubiin karangan al-Muhaddits Syaikh Abdullah Siddiq al-Ghumari رحمه الله
- Bahjah an-Nazir fi Tawassul bi an-Nabi at-Thohir karangan as-Sayyid Hasaan as-Saqqaf حفظه الله
- Al-Ajwibah al-Ghaliyah fi ‘Aqidah al-Firqah an-Najiyah karangan al-‘Allamah al-Habib Zain al-‘Abidin al-‘Alawi حفظه الله
- Raf’ul Minaarah li Takhrij Ahadits at-Tawassul wa al-Ziyaarah karangan h Syaikh Mahmud Said Mamduh حفظه الله
- Mafahim Yajibu an Tushahhah karangan al-Muhaddits as-Sayyid Muhamad ibn ‘Alawi ibn Abbas ibn Abdul ‘Aziz al-Maliki al-Hasani رحمه الله (kitab ini telah diterjemahkan oleh Ustaz Muhammad Fuad bin Kamaluddin al-Maliki al-Rembawi حفظه الله. Kitab ini sangat baik untuk dibaca)
- Intabih Diinuka fi Khatrin karangan al-‘Allamah Abu Abdullah ‘Alawi al-Yamani حفظه الله (kitab ini telah diterjemahkan oleh Ustaz Muhammad Fuad bin Kamaluddin al-Maliki al-Rembawi حفظه الله)
- Al-Bayan Lima Yashghulul Adzhan (pertanyaan ke-44) dan al-Bayan al-Qawiim li Tashhiih Ba’dhi al-Mafaahim (pertanyaan ke-8) karangan Shaikh Dr. ‘ali Jum’ah حفظه الله, Mufti Mesir. (kitab al-Bayan al-Qawiim telah diterjemahkan ke bahasa Melayu)
- Dan banyak lagi …..
- Al-Khuththah al-Mardiyyah fi Raddi Syubhah Man Qala Bid’ah at-Talaffuz bin Niyyah oleh Syeikh Ahmad Khatib bin ‘Abdul Lathif al-Minankabawi رحمه الله
- Tazkiyatul Andzar wa Tashfiyatul Afkar – Menolak Beberapa Faham Syubhat Yang Bersalahan Dengan Pendapat Ulama Mu’tabar oleh Syeikh Tengku Mahmud Zuhdi bin ‘Abdurrahman al-Fathani رحمه الله
- Taman Persuraian oleh Tuan Guru Haji Abu Bakar Muar رحمه الله
- Cogan Perikatan oleh Tuan Guru Haji Abu Bakar Muar رحمه الله
- Risalah Mustika 'Ajaa`ib Pada Menyatakan Hukum Dan Kelebihan Membaca Maulid an-Nabiy Kita Muhammad صلى الله عليه وآله وصحبه وسلم oleh Tuan Guru Haji Abu Bakar Muar رحمه الله
- Sinar Matahari Buat Penyuluh Kesilapan Abu Bakar al-Asy’ari [pelopor fahaman Wahabi di Perlis] karangan Syaikh Abdul Qadir bin ‘Abdul Muthalib al-Mandili رحمه الله
- Beberapa Mutiara Yang Bagus Lagi Indah atau Beberapa Masalah Yang Penting :Lagi Mudah karangan Syaikh Abdul Qadir bin ‘Abdul Muthalib al-Mandili رحمه الله
- Al-Mazhab atau Tidak Haram Bermazhab karangan Syaikh Abdul Qadir bin ‘Abdul Muthalib al-Mandili رحمه الله
- Petunjuk Bagi Umat karangan Syaikh Abdul Qadir bin ‘Abdul Muthalib al-Mandili رحمه الله
- Senjata Syari’at oleh Ustaz Abu Qani'ah dan Abu Zahidah رحمهما الله
- Khulasah al-Mardiyyah fi Masail al-Khilafiyah oleh Tuan Guru Haji Ahmad bin ‘Abdul Wahab al-Fusani رحمه الله
- Risalah Minhaj as-Salimin fi Thariqah al-Mutaqaddimin oleh Tuan Guru Haji Ismail al-Tatani daripada Legor رحمه الله
- 40 Masalah Agama oleh Kiyai Sirajuddin Abbas رحمه الله
- Perbahasan Tuntas Perihal Khilafiyyah oleh H.M.H al-Hamid al-Husaini
- Risalah Irsyadul Jaawiyyin ila Sabilil 'Ulama-il-'Aamiliin karangan Tuan Guru Haji 'Abdul Qadir bin Haji Wangah bin 'Abdul Lathif bin 'Utsman al-Fathoni رحمه الله
Kategori umum
Catatan al-fagir abu zahrah pada Selasa, Mac 22, 2011 0 komen