Selasa, 13 Jun 2006

Renungan Hari Ini
Selasa; 16 Jamadil Awal 1427 bersamaan 13 Jun 2006

Petikan dari sebuah kitab yang berjudul Nasshoihul ‘Ibad yang dikarang oleh al-‘alim al-'allamah Shaikh Muhammad bin Umar bin Ali atau lebih dikenali dengan nama Shaikh Nawawi Banten. Kitab ini adalah merupakan syarah kepada sebuah kitab karangan Shaikh Ibn Hajar al-Asqolaani yang bertajuk al-Munabbihat ‘alal Isti’dad Liyaumil Ma’ad.

قال النبي صلى الله عليه وسلم عليكم بمجالسة العلماء واستماع كلام الحكماء فإن الله تعالى يحيى القلب الميت بنور الحكمة كما يحيى الارض الميتة بماء المطر
Nabi صلى الله عليه وسلم bersabda: “Hendaklah kalian duduk bersama ulama' dan mendengar kata-kata hukama’ kerana bahawasanya Allah Ta’ala menghidupkan kembali hati yang mati itu dengan cahaya hikmah sebagaimana DIA menghidupkan bumi yang gersang dengan air hujan.

Sabdanya lagi:
سيأتي زمان على امتي يفرون من العلماء والفقهاء فيبتليهم الله بثلاث بليات : اولاها يرفع الله البركة من كسبهم والثانية يسلط الله تعالى عليهم سلطان ظالما والثالثة يخرجون من الدنيا بغيرايمان
Akan datang satu zaman atas umatku dimana mereka lari (menjauhkan diri) daripada (ajaran dan nasihat) ulama' dan fuqaha', maka (akibatnya) Allah Ta’ala menimpakan 3 bencana atas mereka iaitu yang pertama, Allah mengangkat (menghilangkan) keberkatan dari usaha mereka, kedua, dikuasakan penguasa yang zalim atas mereka dan ketiga, mereka meninggalkan dunia (mati) tanpa membawa iman.

والله أعلم ونسأله التوفيق والهدايه


[Petikan dari Nasooihul Ibad syarah Muhammad Nawawi bin Umar al-Jawi 'ala al-Munabbihat 'alal Isti'dat li Yaumil Ma'ad ta'lif Syahabuddin Ahamd ibn Hajar al-Asqolaani; Maktabah wa Matbaah Toha Putra Semarang; Halaman 4]

1 komen:

Tanpa Nama berkata...

salam...
sheikh abdullah... ana ngaji dgn nta di internet aje lah...

Related Posts with Thumbnails