Renungan Hari Ini
Rabu; 17 Jamadil Awal 1427 bersamaan 14 Jun 2006
يٰأَيُّهَا ٱلَّذِينَ آمَنُواْ ٱتَّقُواْ ٱللَّهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاَ تَمُوتُنَّ إِلاَّ وَأَنْتُمْ مُّسْلِمُونَ
Maksudnya: “Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa, dan jangan sekali-kali kamu mati melainkan dalam keadaan Islam” (Surah Aali-‘Imran:102)
Ibn Mu’taz telah menyimpulkan maksud taqwa dalam bait-bait syairnya:
خل الذنوب صغيرها * وكبيرذاك التقى
وصنع كماش فوق ار * ض الشوك مايرى
لاتحقرن صغيرة * ان الجبال من الحصى
وصنع كماش فوق ار * ض الشوك مايرى
لاتحقرن صغيرة * ان الجبال من الحصى
“Tinggalkan semua dosa baik yang kecil maupun yang besar, itulah namanya taqwa. Berlakulah seperti orang yang berjalan dilaluan yang penuh onak dan duri, selalu waspada menghindari duri-duri yang dilihatnya. Dan jangan sesekali kamu meremehkan sesuatu yang kecil (yakni dosa kecil) kerana sesungguhnya bukit itu terdiri/tersusun dari batu-batu kerikil yang kecil-kecil.
Telah berkata sebahagian dari hukama’:
لاتحقروا الذنوب الصغار فإنها تتشعب منها الذنوب الكبار
Jangan meremehkan dosa-dosa kecil, kerana dari situlah (dari dosa-dosa kecil) bersemi cabang-cabang menjadi dosa yang besar.عن النبي صلى الله عليه وسلم – لا صغيرة مع الإصرار ولا كبيرة مع الإستغفار
Dari Nabi saw : Tidak dikatakan dosa kecil, jika dikerjakan terus menerus, dan tidak ada dosa besar jika terus menerus memohon keampunan. (Diriwayatkan hadith ini oleh ad-Dailami dari Ibn Abbas tetapi dengan susunan yang sebaliknya)
* Maksudnya dosa kecil itu boleh menjadi dosa besar apabila dilakukan terus menerus dan dosa besar itu akan terampun dengan bertaubat dimana taubat tersebut memenuhi akan rukun dan syaratnya.
* Maksudnya dosa kecil itu boleh menjadi dosa besar apabila dilakukan terus menerus dan dosa besar itu akan terampun dengan bertaubat dimana taubat tersebut memenuhi akan rukun dan syaratnya.
والله أعلم ونسأله التوفيق والهدايه
0 komen:
Catat Ulasan