Memaparkan catatan dengan label umum. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label umum. Papar semua catatan
Khamis, 17 November 2011
Faedah Membaca Kisah Ulama
Setelah mengirim
satu entri berjudul Mengubat Hati …., satu email menerjah masuk ke dalam kotak
email al-fagir, antara katanya ubati dengan membaca al-Quran dan zikir
bukannya dengan membaca cerita wali-wali ….. demikianlah secara ringkasnya.
Alhamdulillah, terimakasih diatas teguran dan ingatan.
Benar dan tepat
sekali, membaca al-Qur’an dan berdhikruLlah adalah merupakan ubat hati. Dan
ianya bukan terhad pada keduanya sahaja. Syeikh Abu Ishaq Ibrahim bin Ahmad Ismail Al-Khawwash (wafat 291H)
berkata: “Ubat hati ada lima perkara: Membaca Al Quran dengan tadabbur (merenungkan
isi dan maknanya), mengosongkan perut (yakni dengan berpuasa atau mengurangkan
makan), bangun malam beribadat, tadharru’ di waktu sahur, dan berkumpul dengan
orang-orang sholeh”
Selain itu
tersebut di dalam kitab Risalah al-Mustarsyidin karya al-Muhasibi yang
ditahqiq dan diberi komentar oleh Syeikh ‘Abdul Fattah Abu Ghuddad. Di dalam
kata pendahuluan Syeikh ‘Abdul Fattah Abu Ghuddad di dalam cetakan ketiga,
beliau ada menyentuh mengenai membaca riwayat orang sholeh juga boleh mengubat
hati.
Al-faqir bawakan
sedikit disini. Untuk lebih lanjut sila rujuk kitab berkenaan Antara yang
beliau sebut adalah: Imam Junaid al-Baghdadi رضي الله عنه pula
berkata: Hikayat (kisah orang-orang sholeh) itu adalah merupakan tentera dari
tentera-tentera Allah Ta’ala dimana Allah menetapkan hati para auliyaNya dengan
kisah-kisah tersebut. Maka ditanyai oleh orang kepada Imam Junaid: Apakah
engkau mempunyai asas menyokong katamu itu? Maka beliau menjawab: Dalil atau
penyokong bagi kenyataannya itu adalah firman Allah:
وَكُلًّا نَّقُصُّ عَلَيْكَ مِنْ
أَنۢبَآءِ ٱلرُّسُلِ مَا نُثَبِّتُ بِهِۦ فُؤَادَكَ
Dan tiap-tiap berita
dari berita Rasul-rasul itu, kami ceritakan kepadamu (wahai Muhammad), untuk
menguatkan hatimu dengannya. (Surah Hud:120).
Al-Imam Abu
Hanifah رضي
الله عنه berkata:
Hikayat-hikayat mengenai para ulama dan kebaikan mereka, lebih aku sukai
daripada banyaknya ilmu fekah, kerana hikayat-hikayat ini memuatkan adab-adab
dan akhlak mereka. Dan dalil yang menyokongnya adalah firman Allah:
أُو۟لَـٰٓئِكَ ٱلَّذِينَ هَدَى
ٱللَّهُ ۖ فَبِهُدَىٰهُمُ ٱقْتَدِهْ
Ertinya:Mereka
(Nabi-nabi) itulah, orang-orang yang telah diberi petunjuk oleh Allah, maka
turutlah olehmu (wahai Muhammad) akan petunjuk mereka (al-An’am: 90)
لَقَدْ كَانَ فِى قَصَصِهِمْ
عِبْرَةٌ لِّأُو۟لِى ٱلْأَلْبَـٰبِ
Ertinya: Demi
sesungguhnya, kisah Nabi-nabi itu mengandungi pelajaran yang mendatangkan
iktibar bagi orang-orang yang mempunyai akal fikiran. (Yusuf: 111)
Muhammad bin Yunus
berkata: Tiada melihat aku akan seuatu yang terlebih manfaat bagi hati daripada
mengingati riwayat hidup orang-orang soleh.
Sufyan bin Uyainah رضي الله عنه mengatakan bahawa ketika menyebut orang-orang sholeh akan bercucuran rahmat.
Duduk
bersama orang-orang sholeh atau mendengar percakapan (nasihat) mereka atau
mendengar hadits dari mereka atau membaca manaqib dan keutamaan mereka adalah
daripada perkara yang membuat hati tenang dengannya, dada menjadi lapang dan
membaikkan akhlaq dan ‘amalan.
Berkata
al-Hafidz al-Qurasyi رحمه
الله تعالى pada pembukaan kitab beliau
al-Jawahir al-Mudhiyyah, beliau berkata: Segolongan daripada salaf dalam
mentafsirkan firman Allah Ta’ala yang bermaksud: “Ketahuilah
dengan dhikrullah itu, tenang tenteramlah hati-hati manusia”. Ianya adalah menyebut para shahabat Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم yang telah hasil bagi mereka kemuliaan
seperti ini, kerana: mereka pernah melihat Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم , ilmu yang mereka raih dan mereka telah
mengikuti Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم dengan sebaik-baiknya. Para tabi’in juga
memiliki kemuliaan yang sedemikian, maka
dengan menyebut mereka tenteramlah dengannya hati-hati. Dan demikian juga
orang-orang yang sesudah mereka yang mengikuti mereka sebaik-baiknya sehingga
hari kiamat. (tamat petikan tulisan Syeikh ‘Abdul
Fattah Abu Ghuddah)
Di dalam kitab Jala adh-Dholaam ‘ala ‘Aqidatil Awwam
pula disebutkan: Ketahuilah! Sayogia bagi setiap muslim yang menuntut
kelebihan dan kebaikan (dari Allah Ta’ala) bahwa dia mencari barakah, nafahat,
makbulnya doa dan turunnya curahan rahmat pada auliya’ di dalam majlis
perhimpunan mereka, samada ketika mereka masih hidup atau telah meninggal
dunia, ketika berada disisi kubur mereka atau ketika berziarah atau ketika
menyebut keutamaan mereka dan membaca manaqib mereka.
Dan di dalam di
dalam kitab Ainul Adab was Siyasah, halaman 158, disebutkan: Sayyiduna
Umar bin al-Khattab رضي الله عنه berkata: “Hendaklah kalian mendengar cerita-cerita tentang
orang-orang yang memiliki keutamaan, kerana hal itu termasuk dari kemuliaan dan
padanya terdapat kedudukan dan kenikmatan bagi jiwa”.
Di dalam kitab
tersebut juga, menyebut: Ali bin ‘Abdurrahman bin Hudzail berkata:
“Ketahuilah, bahawa membaca kisah-kisah dan sejarah-sejarah tentang orang yang
memiliki keutamaan akan memberikan kerehatan (kesenangan) dalam jiwa seseorang.
Kisah-kisah tersebut akan melegakan hati serta mengisi kehampaan. Membentuk
watak yang penuh semangat dilandasi kebaikan, serta menghilangkan rasa malas”.
Kata al-Habib ‘Ali
bin Muhammad bin Hussin al-Habsyi رضي الله عنه (pengarang kitab Maulid Simtud Durar): Jika riwayat
hidup kaum ‘arifin dibacakan kepada orang yang beriman, maka keimanannya kepada
Allah akan semakin kukuh. Sebab, kehidupan mereka merupakan cermin daripada
Kitabullah yang didalamnya terkandung ilmu orang-orang terdahulu dan yang
datang kemudian atau gambaran dari hadits-hadits Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم atau dari pengetahuan yang dia
terima langsung dari Nabi صلى الله عليه وآله وسلم tanpa perantara.
Al-'Arifbillah al-Quthb al-Habib
Ahmad bin Hasan al-Atthas رضي
الله عنه sewaktu beliau berada di kota Tarim
pada suatu majlis yang dihadiri oleh banyak orang dari golongan Saadah Bani
Alawi dan lainnya. Setelah selesai pembacaan kitab dan qasidah daripada kalam
salaf (para leluhur ahlulbait terdahulu), beliau رضي الله عنه berkata:
Apabila seseorang merasakan hatinya susah atau anggota badannya terasa malas
untuk melakukan amal kebajikan, maka lihatlah atau bacalah kalam (ucapan) para
salaf, agar hilang perasaan susah dan rasa malas yang ada pada dirinya. Janganlah
seseorang memaksakan diri untuk melakukan hal-hal yang tidak mampu untuk
dilakukan. Bertakwalah kepada Allah semampumu. Bersyukurlah kepada Allah jika
engkau diberi taufiq untuk dapat melakukan amal-amal shaleh.
Bukanlah tujuan
entri ini untuk mengatakan bahwa al-fagir benar, tapi sekadar berkongsi apa
yang al-fagir tahu dan telah merasainya. Mungkin penawar ini serasi dengan
al-fagir sahaja tidak dengan orang lain kerna lain orang lain citarasanya. Dan
dalam masa yang sama tidak pula menafikan penawar-penawar lainnya …. Wallahu a’lam.
Mohon maaf diatas segala kekurangan.
Sekian, dari
al-fagir ilaLlah abu zahrah
‘asar, taman seri gombak
21 dhulhijjah 1432/17 november 2011
Jom dengar lagu Tombo Ati yang dialunkan oleh Opick. Lirik lagu ini digubah oleh Sunan Bonang dan ada yang kata Sunan Kalijago iaitu salah seorang wali songo.
Catatan al-fagir abu zahrah pada Khamis, November 17, 2011 0 komen
Rabu, 29 Jun 2011
Rumusan al-Isra` wa al-Mikraj oleh Syeikh Ismail Sodiq al-Adawi al-Maliki رحمة الله تعالى عليه
Kategori umum
Catatan al-fagir abu zahrah pada Rabu, Jun 29, 2011 0 komen
Sabtu, 21 Mei 2011
Buku Apa Nak Beli?
Pagi tadi seorang kenalan menalipon bertanya dan meminta cadangan tentang buku yang berkaitan dengan solat yang sesuai untuk beliau beli. Maka al-Fagir cadangkan beberapa buah buku sambil berpesan kepada beliau agar mempelajari buku-buku yang dibeli itu untuk lebih faham isikandungannya. Dan al-fagir juga ingin kongsikan di sini. Bagus kalau dapat memilikinya dan lebih bagus lagi kalau dapat mempelajarinya.
Antara buku-buku yang al-fagir cadangkan adalah:
(kalau tak silap al-fagir buku ini diajar oleh al-Fadhil Ustaz Syed Kadir al-Joofre di Masjid Baitulaman)
![]() |
| (Buku ini pula pernah di diskusi oleh Tuan Guru Syeikh Muhammad Nurrudi Marbu al-Banjari) |
Kategori umum
Catatan al-fagir abu zahrah pada Sabtu, Mei 21, 2011 0 komen
Khamis, 5 Mei 2011
Hebatnya Kesan Dari Bertasyabbuh (Menyerupai) Orang-orang Yang Dimuliakan oleh Allah
Tasyabbuh bermaksud menyerupai. Mulla ‘Ali al-Qaari ketika menghuraikan sabdaan Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم di dalam kitabnya Mirqaat al-Mafatih syarah Misykat al-Mashobih:
مَنْ تَشَبَّهَ بِقَوْمٍ فَهُوَ مِنْهُمْ
Ertinya: Barangsiapa yang menyerupai dengan satu kaum, maka dia (termasuk) dari kalangan mereka. (Hadits riwayat Imam Ahmad dan Abu Daud. Dan isnad hadits ini hasan sepertimana (tersebut) di dalam al-Misykat al-Mashobih, kitab al-Libaas, hadits: 4347). Beliau mengatakan:
من شبه نفسه بالكفار مثلا من اللباس وغيره ، أو بالفساق أو الفجار أو بأهل التصوف والصلحاء الأبرار ( فهو منهم ) : أي في الإثم والخير )
Ertinya: Barangsiapa menyerupakan akan dirinya dengan orang-orang kafir misalnya, baik dalam hal pakaian atau selainnya, atau menyerupakan akan dirinya dengan orang-orang fasiq atau orang-orang jahat/berdosa atau dengan ahli-ahli tasawwuf dan orang-orang sholeh yang baik-baik, maka dia termasuk dari kalangan mereka (golongan yang ditiru) yakni dalam hal dosa dan kebaikan. (dinaqalkan oleh Syeikh Muhammad Syams al-Haq al-Adzim Abadi di dalam ‘Aun al-Ma;bud, Syarah Sunan Abi Daud).
Manakala al-‘Alqami pula menyebut:
من تشبه بالصالحين يكرم كما يكرمون، ومن تشبه بالفساق لم يكرم ومن وضع عليه علامة الشرفاء أكرم وإن لم يتحقق شرفه انتهى
Ertinya: Barangsiapa bertasyabbuh dengan orang-orang sholeh, maka dia akan dimuliakan sebagaimana orang-orang sholeh itu dimuliakan, dan barangsiapa bertasyabbuh dengan orang-orang fasiq, maka dia tidak akan dimuliakan dan barangsiapa memiliki ciri-ciri orang-orang yang mulia, maka dia mulia meskipun belum tahqiq kemuliaannya. (‘Aun al-Ma;bud, Syarah Sunan Abi Daud)
![]() |
| Kitab ini adalah hadiah daripada Ustaz Abu Muhammad, Shohib Blog Bahrus Shofa kepada al-Fagir |
Syeikh Abu Thalhah Yunus ibn ‘Abdul Sattar menyebut di dalam kitabnya Libasul Rasul صلى الله عليه وآله وسلم wa ash-Shohabah wa ash-Shahaabiyaat رضي الله عنهم أجمعين:
[Terjemahan petikan] Dan telah bersabda Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم:
مَنْ تَشَبَّهَ بِقَوْمٍ فَهُوَ مِنْهُمْ
Ertinya: Barangsiapa yang menyerupai dengan satu kaum, maka dia (termasuk) dari kalangan mereka. (Hadits riwayat Imam Ahmad dan Abu Daud. Dan isnad hadits ini hasan sepertimana (tersebut) di dalam al-Misykat al-Mashobih, kitab al-Libaas, hadits: 4347).
Mulla ‘Ali al-Qaari menyebut di dalam al-Mirqaat (Mirqaatul Mafatih syarah Misykat al-Mashobih, 8/255): Sabdaan Nabi صلى الله عليه وآله وسلم, “فهو منهم” (dia dari kalangan mereka), yakni, pada dosa dan kebaikan. Berkata ath-Thibi: Ini umum pada fizikal dan akhlaq dan syi’aar (pakaian). Dan adalah (maksud) pakaian itu lebih nyata dalam bertasyabbuh sebagaimana yang disebut di dalam bab ini.
[Terjemahan petikan] Aku (yakni pengarang kitab: Syeikh Abu Thalhah Yunus ibn ‘Abdus Sattar) berkata: Bahkan (maksud) pakaianlah yang dikehendaki dengan tasyabbuh, bukan selainnya. Kerana sesungguhnya bentuk fizikal tidak dapat digambarkan dengan tasyabbuh dan akhlaq yang maknawi tidak dikatakan padanya tasyabbuh bahkan ianya disebut takhalluq (berakhlaq).
Satu kisah yang menakjubkan pada menyatakan tasyabbuh (menyerupai): Kemudian dia (Syeikh Mulla ‘Ali al-Qaari) berkata (di dalam kitabnya Mirqaatul Mafaatih): Ini satu kisah yang pelik, halus dan menakjubkan: Bahwasanya tatkala Allah Ta’ala menenggelamkan Fir’aun dan tenteranya, tidak ditenggelamkan (salah seorang tentera fir’aun) tukang ejek bagi Fir’aun, iaitu orang yang adalah kerjanya menyerupai Sayyiduna Musa عليه السلام pada pakaian, perkataan dan percakapannya, lalu akan ditertawakan oleh Fir’aun dan kaumnya daripada kelakuan gerak dan diamnya lelaki ini. Lantas Nabi Musa عليه السلام bertadharru’ (merendahkan diri bertanya) kepada Tuhannya: Wahai Tuhanku! Lelaki ini lebih banyak menyakiti aku berbanding kaum Fir’aun yang lain? Maka Allah Ta’ala berfirman: Tidak Aku menenggelamkan dia, kerana sesungguhnya dia berpakaian seperti pakaianmu. Dan seorang yang menyintai itu tidak akan mengazabkan orang yang adalah ia atas rupabentuk orang yang dicintainya. (Subhanallah!)
Maka perhatikanlah orang yang bertasyabbuh dengan ahlil haq (walaupun) atas maksud yang bathil (tidak benar) terhasil baginya kelepasan yang zahir (di dunia iaitu selamat dari ditenggelamkan di dalam laut) dan mungkin membawa kepada kelepasan yang berbentuk maknawi (di akhirat iaitu selamat dari campak ke dalam api neraka). Maka betapa pula bagi orang yang bertasyabbuh dengan para AnbiyaNya dan para auliyaNya (penghulu bagi segala Anbiya dan auliya adalah Sayyiduna Muhammad al-Musthofa صلوات الله وسلامه عليهم أجمعين) atas qasad (maksud/tujuan) memuliakan dan membesarkan …. sehingga akhirnya sepertimana yang disebut oleh pengarang al-Mirqaat. Dan telah bersyair sebahagian mereka:
تشبهوا إن لم تكونوا مثلهم – إن التشبه بالكرام فلاح
Ertinya: Tasyabbuhlah kalian (dengan orang-orang dimuliakan) walaupun kalian tidak akan menjadi seperti mereka, kerana sesungguhnya tasyabbuh dengan orang-orang yang mulia adalah kejayaan. (Tamat terjemahan petikan di atas).
Berkata al-fagir abu zahrah (mengingatkan diri sendiri dan teman-temannya serta pembaca al-Fanshuri): Maka marilah kita bertasyabbuh dengan kekasih kita Sayyiduna Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم seperti berserban, memakai rida`, memakai cincin, bersugi, memakan makan yang Baginda Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم sukai seperti labu, madu …. dan sebagainya …… atas dasar rasa kecintaan, kerinduan kita yang mendalam kepada Baginda صلى الله عليه وآله وسلم. Atau kita bertasyabbuhlah dengan para auliya dan sholihin, yang mana pastinya mereka ini juga bertasyabbuh dengan Baginda صلى الله عليه وآله وسلم. Moga dengan bertasyabbuh ini akan menambahkan lagi rasa kecintaan, kerinduan kita kepada Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم dan juga kepada auliya dan sholihin.
Walaubagaimanapun biarlah apa yang kita lakukan itu berdasarkan dengan ilmu bukannya sekadar ikut-ikutan. Bukan sekadar bertasyabbuh yang zahirnya sahaja namun yang bathinnya juga. Al-Habib Salim bin ‘Abdullah bin Umar asy-Syathiri pernah menegur orang yang bertasyabbuh dengan ulama (yakni berpakaian seperti pakaiannya ulama – berjubah, berserban) namun kosong dari ilmu dan akhlaqnya, beliau berkata (lebih kurang yang al-Fagir ingat): Bertasyabbuh dengan pakaian ulama itu sememangnya suatu yang baik, namun lebih baik lagi sekiranya dihiasi dengan ilmu dan akhlaqnya juga. Begitu juga ketika guru mulia al-Habib Umar bin Hafidz, tatkala memakaikan serban kepada teman al-Fagir beliau menasihatkannya dengan katanya sebaik-baik pakaian adalah taqwa dan beliau membacakan sepotong ayat, iaitu:
وَلِبَاسُ التَّقْوَىٰ ذَٰلِكَ خَيْرٌ
Ertinya: Dan pakaian yang berupa taqwa itulah yang sebaik-baiknya (al-‘Araf: 26).
Dan jauhilah kita daripada bertasyabbuh kepada golongan kuffar, faasiq, faajir dan daripada perkara-perkara yang tidak diredhai Allah dan RasulNya. Kerana ianya dilarang oleh Junjungan Nabi صلى الله عليه وآله وسلم. Selain daripada hadits yang dibicarakan di atas, Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم juga bersabda:
لَيْسَ مِنَّا مَنْ تَشَبَّهَ بِغَيْرِنَا
"Bukanlah termasuk golongan kami, orang yang bertasyabbuh dengan selain kami.” (Hadits riwayat at-Tirmidhi)
Semoga Allah Ta’ala menambahkan kecintaan kita kepada para kekasihNya terutama-utamanya kepada kekasihNYA, Penghulu Sekian Anbiya, Auliya dan Sholehin, Sayyiduna Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم.
Wallahu ‘alam.
Sekian dari
al-fagir abu zahrah.
taman seri gombak
dhuha, khamis, 1 jumadilakhirah 1432/5 mei 2011
Isnin, 28 Mac 2011
Luahan Hati
Seketika Bersama Ulama
Oleh: Panglima Nusantara
Pada ahad lepas (13/3/2011) bertempat di Masjid Shah Alam telah diadakan majlis tafaquh fi al-Din bersama ulama terkenal iaitu Syeikh Nuruddin al-Banjari. Majlis yang bermula lebih kurang jam 8.30 pagi itu dimulai dengan solat sunat tasbih dengan diimamkan sendiri oleh Syeikh Nuruddin sendiri. Solat sunat 4 rekaat satu salam itu berjalan dengan tenang dan lancar. Selepas itu Syeikh Nuruddin mengetuai sesi zikir munajat beramai-ramai. Suasana jadi damai dan tenang dengan masing-masing menumpukan ingatan kepada makna-makna zikir yang diungkapkan. Apabila Syeikh Nuruddin memulakan sesi muhasabah, suasana jadi sayu dan hiba keinsafan. Bahkan Syeikh Nuruddin sendiri sebak dan teresak-esak. Banyak air mata yang terjurai pada saat itu kerana insaf dengan dosa dan kesalahan masing-masing. Selepas itu doa dibacakan oleh Syeikh Nuruddin dan kami menadah tangan agar diberi keampunan, taufiq dan rahmat-Nya.
Kemudian barulah sesi ceramah disampaikan dengan beliau menyentuh beberapa isu penting antaranya makna hadis mursalsal, isu syiah, masalah tawasul dan lain-lain. Akhirnya sesi soal jawab menyaksikan soalan begitu banyak yang diajukan antaranya tentang nur muhammad, masalah majzub, ihsan dalam solat, naluri fitrah dan banyak lagi. Majlis selesai lebih kurang jam 11.30 pagi dan hadirin terpusu-pusu untuk bersalam dengan Syeikh Nuruddin dan tak kurang juga yang memeluk dan mencium tangan ulama tersohor itu. Di satu ruangan masjid terdapat jualan VCD dan buku-buku karangan Syeikh Nuruddin dalam bahasa Melayu dan Arab.
Terasa puas dan bahagia apabila dapat sejenak duduk bersama ulama. Nasihat dan wasiat ulama menjadi bekalan untuk meniti hidup yang penuh pancaroba. Sesungguhnya bagi orang yang ingin menghidupkan hati maka melazimkan diri dengan ulama adalah jalan yang terbaik. Sebaliknya mendekatkan diri dengan golongan artis, penyanyi, pelakon, dan selebriti hanya menggelapkan hati. Betapa masyarakat kita pada hari ini dilalaikan melalui lagu dan muzik saban hari melalui media massa. Rancangan TV kita sekarang sudah lari daripada nilai timur, adat Melayu dan batasan agama. Agenda syirik, tahyul dan khurafat disebarkan setiap hari dalam filem dan drama-rama seram. Semuanya bagaikan tak terkawal lagi.
Sistem ekonomi kita terus menindas golongan miskin. Kita hidup berhutang seumur hidup. Buang bayi sudah jadi rutin muda-mudi terlanjur. Zina, rogol, homoseksual, lesbian semakin merebak. Jenayah bunuh terjadi setiap hari. Kemalangan jalan raya dah jadi musibah umum. Banjir dan ribut semakin menakutkan. Penyakit dan virus datang bermacam-macam. Politik kita semakin gila. Politik tipu, politik hipokrit, politik liwat. Ramai orang agama cari nama, cari pangkat, cari pengaruh dan gila dunia. Cakap agama sekadar di lidah sedangkan hati penuh riyak, ujub dan sum'ah. Masyarakat kita dah rosak. Kita hidup akhir zaman........
Pada zaman penuh fitnah ini marilah berdamping dengan ulama yakni ulama yang mengajar kita mencintai akhirat.....sebelum terlambat dan sebelum nasi menjadi bubur maka berusahalah untuk berdamping dengan ulama.....bukankah seluruh dunia sekarang sedang kucar kacir?....bukalah mata!
Kemudian barulah sesi ceramah disampaikan dengan beliau menyentuh beberapa isu penting antaranya makna hadis mursalsal, isu syiah, masalah tawasul dan lain-lain. Akhirnya sesi soal jawab menyaksikan soalan begitu banyak yang diajukan antaranya tentang nur muhammad, masalah majzub, ihsan dalam solat, naluri fitrah dan banyak lagi. Majlis selesai lebih kurang jam 11.30 pagi dan hadirin terpusu-pusu untuk bersalam dengan Syeikh Nuruddin dan tak kurang juga yang memeluk dan mencium tangan ulama tersohor itu. Di satu ruangan masjid terdapat jualan VCD dan buku-buku karangan Syeikh Nuruddin dalam bahasa Melayu dan Arab.
Terasa puas dan bahagia apabila dapat sejenak duduk bersama ulama. Nasihat dan wasiat ulama menjadi bekalan untuk meniti hidup yang penuh pancaroba. Sesungguhnya bagi orang yang ingin menghidupkan hati maka melazimkan diri dengan ulama adalah jalan yang terbaik. Sebaliknya mendekatkan diri dengan golongan artis, penyanyi, pelakon, dan selebriti hanya menggelapkan hati. Betapa masyarakat kita pada hari ini dilalaikan melalui lagu dan muzik saban hari melalui media massa. Rancangan TV kita sekarang sudah lari daripada nilai timur, adat Melayu dan batasan agama. Agenda syirik, tahyul dan khurafat disebarkan setiap hari dalam filem dan drama-rama seram. Semuanya bagaikan tak terkawal lagi.
Sistem ekonomi kita terus menindas golongan miskin. Kita hidup berhutang seumur hidup. Buang bayi sudah jadi rutin muda-mudi terlanjur. Zina, rogol, homoseksual, lesbian semakin merebak. Jenayah bunuh terjadi setiap hari. Kemalangan jalan raya dah jadi musibah umum. Banjir dan ribut semakin menakutkan. Penyakit dan virus datang bermacam-macam. Politik kita semakin gila. Politik tipu, politik hipokrit, politik liwat. Ramai orang agama cari nama, cari pangkat, cari pengaruh dan gila dunia. Cakap agama sekadar di lidah sedangkan hati penuh riyak, ujub dan sum'ah. Masyarakat kita dah rosak. Kita hidup akhir zaman........
Pada zaman penuh fitnah ini marilah berdamping dengan ulama yakni ulama yang mengajar kita mencintai akhirat.....sebelum terlambat dan sebelum nasi menjadi bubur maka berusahalah untuk berdamping dengan ulama.....bukankah seluruh dunia sekarang sedang kucar kacir?....bukalah mata!
Kategori umum
Catatan al-fagir abu zahrah pada Isnin, Mac 28, 2011 0 komen
Selasa, 22 Mac 2011
Buku PERSOALAN KHILAFIYYAH & PENJELASAN ULAMA: Inilah Jawapannya ....
Sejak lahirnya fahaman Wahabi yang membawa pelbagai kekeliruan dan mengkucar-kacirkan pemikiran dan kesatuan umat, para ulama yang mewakili setiap generasi telah bangun untuk menyelamatkan masyarakat daripada tertipu dengan kekeliruan yang dibangkitkan oleh mereka. Para alim-ulama telah bertungkus-lumus mengajar, berdakwah dan menulis kitab untuk meluruskan kembali kefahaman masyarakat yang telah dikelirukan atau dipesongkan. Maka kita perhatikan, di setiap generasi terdapat kitab-kitab yang dikarang ulama untuk meluruskan kekeliruan yang dibangkitkan sekaligus mempertahankan fahaman ahlus sunnah wal jama’ah yang benar yang diwarisi dari ulama salaf.
Antara kitab-kitab yang dihasilkan (sekadar menyebut beberapa buah kitab):
- Fasl al-Khitab fi Radd ‘ala Muhammad ibn Abdil Wahhab oleh Syaikh Sulaiman ibn Abdil Wahhab رحمه الله. Inilah merupakan kitab yang pertama yang menolak fahaman Wahhabi yang ditulis oleh saudara kandung pengasas fahaman Wahhabi.
- As-Sowa’iqul Ilahiyyah fi Raddi ‘ala al-Wahhabiyyah oleh al-‘Alim al-‘Allamah al-Syaikh Sulaiman ibn ‘Abdul Wahhab al-Najdi رحمه الله
- Fitnah al-Wahhabiyyah oleh al-‘Alim al-‘Allamah al-Sayyid Ahmad Zaini Dahlan رحمه الله (kitab ini telah diterjemahkan ke bahasa Melayu oleh Ustaz Muhammad Fuad bin Kamaluddin ar-Rembawi)
- Ad-Durarus Saniyah fi al-Raddi ‘ala al-Wahhabiyyah oleh al-‘Alim al-‘Allamah al-Sayyid Ahmad Zaini Dahlan (kitab ini telah diterjemahkan ke bahasa Melayu oleh Habib Zain bin Hussin al-Habsyi رحمه الله dengan judul Permata Yang Berharga Hujah Menolak Fahman al-Wahhabi)
- At-Taudhih ‘ala Tauhid al-Khallaq fi Jawab Ahli al-Iraq ‘ala Muhammad ibn ‘Abdul Wahhab karangan Syaikh ‘Abdullah Affendi al-Rawi رحمه الله
- Al-Haqiqah al-Islamiyah fi ar-Raddi ‘ala al-Wahhabiyyah oleh Syaikh Abdul Ghani ibn Sholeh Hamadah رحمه الله.
- Ad-Dalil Kafi fi ar-Radd ‘ala al-Wahhabi oleh Syaikh Misbah ibn Muhamad Syabqalu al-Beiruti رحمه الله
- Al-Haq al-Mubin fi ar-Radd ‘ala al-Wahhabiyyin oleh Syaikh Ahmad Sa’id al-Faruqi al-Sirhindi al-Naqsyabandi رحمه الله
- Al-Haqaiq al-Islamiyah fi Radd ‘ala Maza’im al-Wahhabiyyah bi Adillah al-Kitab wa al-Sunnah al-Nabawiyyah oleh Syaikh Malik ibn Syaikh Mahmud رحمه الله.
- Al-Ifham wal Ifham au Qadaya al-Wasilah wal Qubur dan Usul al-Wushul karangan Syaikh Muhammad Zaki Ibrahim رحمه الله
- Syawahidul Haq fil Istighosah bi Sayyidil Khalaqi karangan Syaikh Yusuf an-Nabhani رحمه الله (kitab yang bagus di baca didalam persoalan tawassul)
- Al-Jauhar al-Munazzham karangan Ibn Hajar al-Haithami رحمه الله
- Ithafu Azkiya bi Jawazi at-Tawassul bin Anbiya wal Auliya karangan al-Muhaddits Syaikh Abdullah Siddiq al-Ghumari رحمه الله
- Al-Radd al-Muhkam al-Matiin ‘ala Kitab al-Qaul al-Mubiin karangan al-Muhaddits Syaikh Abdullah Siddiq al-Ghumari رحمه الله
- Bahjah an-Nazir fi Tawassul bi an-Nabi at-Thohir karangan as-Sayyid Hasaan as-Saqqaf حفظه الله
- Al-Ajwibah al-Ghaliyah fi ‘Aqidah al-Firqah an-Najiyah karangan al-‘Allamah al-Habib Zain al-‘Abidin al-‘Alawi حفظه الله
- Raf’ul Minaarah li Takhrij Ahadits at-Tawassul wa al-Ziyaarah karangan h Syaikh Mahmud Said Mamduh حفظه الله
- Mafahim Yajibu an Tushahhah karangan al-Muhaddits as-Sayyid Muhamad ibn ‘Alawi ibn Abbas ibn Abdul ‘Aziz al-Maliki al-Hasani رحمه الله (kitab ini telah diterjemahkan oleh Ustaz Muhammad Fuad bin Kamaluddin al-Maliki al-Rembawi حفظه الله. Kitab ini sangat baik untuk dibaca)
- Intabih Diinuka fi Khatrin karangan al-‘Allamah Abu Abdullah ‘Alawi al-Yamani حفظه الله (kitab ini telah diterjemahkan oleh Ustaz Muhammad Fuad bin Kamaluddin al-Maliki al-Rembawi حفظه الله)
- Al-Bayan Lima Yashghulul Adzhan (pertanyaan ke-44) dan al-Bayan al-Qawiim li Tashhiih Ba’dhi al-Mafaahim (pertanyaan ke-8) karangan Shaikh Dr. ‘ali Jum’ah حفظه الله, Mufti Mesir. (kitab al-Bayan al-Qawiim telah diterjemahkan ke bahasa Melayu)
- Dan banyak lagi …..
Selain daripada kitab-kitab yang dikarang oleh ulama arab, ulama di Alam Melayu kita juga tidak ketinggalan menyumbangkan penulisan untuk membenteras fahaman yang mengelirukan ini, antaranya (sekadar menyebut beberapa buah kitab):
- Al-Khuththah al-Mardiyyah fi Raddi Syubhah Man Qala Bid’ah at-Talaffuz bin Niyyah oleh Syeikh Ahmad Khatib bin ‘Abdul Lathif al-Minankabawi رحمه الله
- Tazkiyatul Andzar wa Tashfiyatul Afkar – Menolak Beberapa Faham Syubhat Yang Bersalahan Dengan Pendapat Ulama Mu’tabar oleh Syeikh Tengku Mahmud Zuhdi bin ‘Abdurrahman al-Fathani رحمه الله
- Taman Persuraian oleh Tuan Guru Haji Abu Bakar Muar رحمه الله
- Cogan Perikatan oleh Tuan Guru Haji Abu Bakar Muar رحمه الله
- Risalah Mustika 'Ajaa`ib Pada Menyatakan Hukum Dan Kelebihan Membaca Maulid an-Nabiy Kita Muhammad صلى الله عليه وآله وصحبه وسلم oleh Tuan Guru Haji Abu Bakar Muar رحمه الله
- Sinar Matahari Buat Penyuluh Kesilapan Abu Bakar al-Asy’ari [pelopor fahaman Wahabi di Perlis] karangan Syaikh Abdul Qadir bin ‘Abdul Muthalib al-Mandili رحمه الله
- Beberapa Mutiara Yang Bagus Lagi Indah atau Beberapa Masalah Yang Penting :Lagi Mudah karangan Syaikh Abdul Qadir bin ‘Abdul Muthalib al-Mandili رحمه الله
- Al-Mazhab atau Tidak Haram Bermazhab karangan Syaikh Abdul Qadir bin ‘Abdul Muthalib al-Mandili رحمه الله
- Petunjuk Bagi Umat karangan Syaikh Abdul Qadir bin ‘Abdul Muthalib al-Mandili رحمه الله
- Senjata Syari’at oleh Ustaz Abu Qani'ah dan Abu Zahidah رحمهما الله
- Khulasah al-Mardiyyah fi Masail al-Khilafiyah oleh Tuan Guru Haji Ahmad bin ‘Abdul Wahab al-Fusani رحمه الله
- Risalah Minhaj as-Salimin fi Thariqah al-Mutaqaddimin oleh Tuan Guru Haji Ismail al-Tatani daripada Legor رحمه الله
- 40 Masalah Agama oleh Kiyai Sirajuddin Abbas رحمه الله
- Perbahasan Tuntas Perihal Khilafiyyah oleh H.M.H al-Hamid al-Husaini
- Risalah Irsyadul Jaawiyyin ila Sabilil 'Ulama-il-'Aamiliin karangan Tuan Guru Haji 'Abdul Qadir bin Haji Wangah bin 'Abdul Lathif bin 'Utsman al-Fathoni رحمه الله
Begitulah, para ulama yang mewakili generasi masing-masing telah bangun untuk mempertahan pegangan ahlus sunnah wal jama'ah dari serangan golongan yang menyebarkan fahaman wahabi. Mereka menghasilkan karya dengan gaya bahasa dan citarasa yang sesuai dengan generasi mereka. Dan kebanyakan karya yang dihasilkan pula di dalam bahasa ‘arab. Maka bagi mereka yang berkemampuan untuk merujuk kitab-kitab arab mungkin tiada masalah untuk membaca karya-karya yang berbahasa arab. Manakala bagi yang tidak berkemampuan memahami kitab-kitab arab, tetapi berkemampuan membaca kitab jawi maka, terdapat kitab-kitab jawi untuk dijadikan rujukan.
Adapun bagi mereka yang tidak berkemampuan untuk membaca kitab arab atau kitab jawi ataupun tidak dapat memahami gaya bahasa kitab jawi klasik maka mereka teraba-raba untuk mencari rujukan yang sesuai untuk menangkis serangan Wahabi yang membid’ahkan amalan yang mereka lakukan. Maka, mereka ini sangat mendambakan buku-buku terjemahan atau pun karya-karya yang dihasilkan di dalam bahasa Malaysia yang menjawab segala kekeliruan yang dipromosi oleh golongan berfahaman Wahabi, dengan gaya bahasa terkini. Dan tidak dapat dinafikan, bahawa buku-buku sebegini agak berkurangan diterbitkan sedangkan buku-buku yang mempromosi 'fahaman mereka’ berlambak dipasaran. Fenomena ini sungguh mendukacitakan ………..
Sewaktu al-Fagir membaca kitab Mafahim karya agung Abuya Maliki dan kitab al-Mausu’ah al-Yusufiyyah fi Bayani Adillah ash-Shufiyyah karya al-Ustaz Dr. Yusuf Khattar Muhammad, terdetik di hati al-Fagir siapakah gerangan ulama kita yang akan tampil mengusahakan terjemahan kedua-dua kitab tersebut ataupun mengarang buku-buku seumpama keduanya bagi menghadapi kekeliruan umat ini???!!!! Diri yang kerdil ini hanya mampu berdoa semoga ulama kita tampil menghasilkan karya sebagaimana ulama terdahulu.
Alhamdulillah, dengan rahmat dan kasih-sayangNYA, tampil ulama muda, al-Fadhil Syeikh Muhammad Fuad Kamaluddin al-Maliki al-Rembawi mengusahakan terjemahan kitab Mafahim dan juga beberapa kitab lain bagi menjelaskan kekeliruan tersebut. Sumbangan yang sangat besar dan memberi banyak manfa'at kepada umat Islam di Malaysia. Kemudian, seorang lagi ulama muda iaitu al-Fadhil Ustaz Muhadir bin Haji Joll tampil pula menghasilkan karya untuk meluruskan fahaman-fahaman yang mengelirukan itu. Buku bertajuk 6 Perkara Asas Memahami Khilafiyyah merupakan karya pertama beliau di pasaran. Dan terkini, buku PERSOALAN KHILAFIYYAH & PENJELASAN ULAMA’ – Inilah Jawapannya. Buku ini adalah merupakan satu sumbangan yang besar dan mendapat sambutan yang amat menggalakkan dari masyarakat.
Buku PERSOALAN KHILAFIYYAH & PENJELASAN ULAMA’ – Inilah Jawapannya adalah merupakan hadiah al-Fadhil Ustaz Muhadir kepada masyarakat Malaysia sangat mendambakan hujjah bagi menjawab kekeliruan yang dibawa oleh golongan yang berfahaman Wahabi. Buku setebal 915 halaman yang mencakupi 179 persoalan berkaitan aqidah, ibadah dan tasawwuf yang berkaitan dengan amalan seharian, dengan gaya bahasa yang mudah difahami. Buku ini sarat dengan dengan hujjah-hujjah atau dalil-dalil bagi setiap persoalan yang dibahaskan dengan merujuk kepada pendapat-pendapat ulama ahlus sunnah wal jama’ah yang mu’tabar, amat sesuai dan seharusnya untuk dimiliki oleh masyarakat kita. Rujukan yang digunakan untuk menghasilkan buku ini berjumlah lebih daripada 200 buah kitab yang berbahasa ‘arab dan melayu. Selain itu, mutu penerbitan buku ini sangat baik, dengan berkulit tebal, kertas yang berkualiti dan susun atur yang menarik. Semoga dengan kehadiran buku ini, masyarakat tidak lagi teraba-raba untuk mencari hujjah dalam menangkis kekeliruan yang dibawa oleh fahaman Wahabi.
Untuk pengetahuan pembaca, selain daripada 2 buah buku di atas, al-Fadhil Ustaz Muhadir Haji Joll juga sedang menulis beberapa buah buku lagi dalam usaha beliau mempertahankan fahaman ahlus sunnah wal jama'ah, antaranya ialah: Bagaimana Ulama Ahlus Sunnah Memahami Ayat-ayat dan Hadits-hadits Mutasyabihat; Sifat Solat Nabi; Cahaya Yang Menerangi: Dari Fatwa dan Jawapan al-Faqih Syeikh Nuruddin al-Banjari dan lain-lain. (judul buku yang sedang beliau usahakan ini masih belum diputuskan, al-fagir namakan berdasarkan perbahasannya sahaja). Semoga Allah Ta'ala memberi kekuatan kepada Ustaz Muhadir untuk meneruskan tugas ulama terutamanya dalam menghasilkan penulisan yang bermutu.
Akhirkata, marilah kita berdoa agar lebih ramai lagi ulama kita yang akan berkecimpung di dalam lapangan penulisan, agar terhasil lebih banyak buku-buku yang bermutu untuk dihidangkan kepada masyarakat di atas manhaj yang benar iaitu ahlus sunnah wal jama’ah, dan semoga para ulama kita lebih bersemangat untuk membuka pondok-pondok atau institusi-institusi pengajian untuk melahirkan generasi ulama ahlus sunnah wal jama’ah yang menjadi obor dan benteng kepada umat.
Kategori umum
Catatan al-fagir abu zahrah pada Selasa, Mac 22, 2011 0 komen
Jumaat, 11 Februari 2011
Jangan Bakhil (Kedekut)!
Wahai saudara-saudaraku, ringankanlah lidah untuk bersholawat ke atas Baginda صلى الله عليه وآله وصحبه وسلم tatkala nama Baginda صلى الله عليه وآله وصحبه وسلم disebut. Jangan dipandang remeh. Dosa apakah yang memberatkan lidah kita dari melantunkan sholawat tatkala nama Baginda صلى الله عليه وآله وصحبه وسلم di sebut???? Ketahuilah wahai saudara-saudaraku, bahwa Baginda صلى الله عليه وآله وصحبه وسلم mensifatkan orang yang tidak bersholawat ke atasnya tatkala nama Baginda صلى الله عليه وآله وصحبه وسلم disebut sebagai BAKHIL.
عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عَلِيِّ بْنِ حُسَيْنٍ، عَنْ أَبِيهِ عَلِيِّ بْنِ حُسَيْنٍ، عَنْ أَبِيهِ رضي الله عنهم: أَنَّ النَّبِيَّ صلى الله عليه وآله وصحبه وسلم قَالَ: الْبَخِيلُ مَنْ ذُكِرْتُ عِنْدَهُ، ثُمَّ لَمْ يُصَلِّ عَلَيَّ ( أَحْمَدَ بْنِ حَنْبَلٍ)
عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عَلِيِّ بْنِ حُسَيْنِ بْنِ عَلِيِّ بْنِ أَبِي طَالِبٍ، عَنْ أَبِيهِ، عَنْ حُسَيْنِ بْنِ عَلِيِّ بْنِ أَبِي طَالِبٍ أَبِيهِ رضي الله عنهم قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وآله وصحبه وسلم: البَخِيلُ الَّذِي مَنْ ذُكِرْتُ عِنْدَهُ فَلَمْ يُصَلِّ عَلَيَّ. ( التِّرْمِذِيِّ )
Maksudnya: Daripada ‘Abdullah ibn ‘Ali ibn Hussain daripada bapanya ‘Ali ibn Husain daripada bapanya bahwasanya Nabi صلى الله عليه وآله وصحبه وسلم telah bersabda: Orang yang bakhil ialah orang yang apabila disebut namaku disisinya, maka dia tidak sesekali bershalawat keatasku. (Hadits riwayat Imam Ahmad dan at-Tirmidhi, shohih)
Manakala di dalam sebuh hadits yang diriwayatkan oleh Ka’ab bin ‘Ujrah رضي الله عنه, bahwa malaikat Jibril عليه السلام pernah mengutuk orang yang tidak bersholawat tatkala nama Baginda صلى الله عليه وآله وصحبه وسلم disebutkan. Lantas Baginda صلى الله عليه وآله وصحبه وسلم menAMINkan doa tersebut.
Dan ingatlah wahai saudara saudaraku, orang yang kedekut untuk mengucapkan sholawat tatkala nama Baginda صلى الله عليه وآله وصحبه وسلم disebutkan, akan mengakibatkan tersalah jalan menuju Syurga sebagaimana tersebut di dalam sebuah hadits yang diriwayatkan daripada Sayyidina Husain ibn ‘Ali رضي الله عنه.
Oleh itu marilah kita meringankan lidah untuk melantunkan sholawat dan salam ke atas junjungan kita, Sayyiduna Muhammad صلى الله عليه وآله وصحبه وسلم tatkala nama Baginda صلى الله عليه وآله وصحبه وسلم disebutkan.
Akhukum fiLlah,
Al-Fagir Abu Zahrah
Catatan al-fagir abu zahrah pada Jumaat, Februari 11, 2011 0 komen
Langgan:
Catatan (Atom)



























