Isnin, 12 Jun 2006

Ayyuhal Walad - 1

Nasihat Pertama – Waktu itu ialah kehidupan


Wahai anakku yang tercinta!

Sebahagian dari nasihat Rasulullah صلي الله عليه وسلم kepada umatnya, ialah:


علامة إعراض الله تعلى عن العبد, اشتغاله بمالايعنيه, وإن امرأذهبت ساعة من عمره, في غيرماخلق له من العبادة , لجدير أن تطول عليه حسرته, ومن جاور الأربعين ولم يغلب خيره على شره فليتجهزإلى النار


Ertinya: “Adalah dikira tanda berpalingnya Allah daripada seseorang hamba apabila ia selalu mengerjakan perkara yang tidak berfaedah (membuang-buang waktu kepada barang yang tidak berguna) Dan seandainya ada satu saat sahaja daripada umurnya yang telah digunakannya pada barang yang bukan tujuan hidupnya (iaitu beribadah kepada Allah) maka layaklah bahawa akan panjang penyesalannya (pada hari qiamat kelak) dan siapa yang umurnya lebih daripada empatpuluh (40) tahun sedangkan kebaikannya masih belum dapat mengalahkan kejahatannya maka baiklah ia mempersiapkan dirinya untuk memasuki neraka.”

Sebenarnya sekadar ini sudah cukup untuk menjadi nasihat kepada semua orang yang berilmu.

5 komen:

Tanpa Nama berkata...

oo patutla saya penah demgar org kata kalau dah masuk 40 kalao tak berubah jugak abisla...MUNGKIN ni yg tlh dikatakan oleh Rasullullah

Tanpa Nama berkata...

yer kerr.??eeii...takut nyer..ni pertama kali ana dgr ni...ya Allah...ampuni daku...

Tanpa Nama berkata...

Assalamu alaikum,

Saya mmg sudah lama mencari rujukan Hadis ini sejak pertama kali ianya diberitahu tidak lama dulu.

Sukacita sekiranya tuan dpt memberi sedikit matlumat ttg asal hadis ini? ..maksud saya riwayat sapa?

Bukan apa, cuma utk mengukuhkan lagi hujah2 sekiranya perlu ketika memberi nasihat kepada org2 tertentu.

Terima Kasih.

Nik Ram Zaedi
(nikramy@yahoo.com)

Seruling Senja berkata...

Imam al-Ghazali menasihatkan supaya membacakan talqin keatas mana-mana orang yang telah mencapai umur 40 tahun, namun masih tidak mahu berubah kearah kebaikan. Kata beliau, sesungguhnya hati mereka itu telah mati, sebab itulah ianya perlu ditalqinkan.

Tanpa Nama berkata...

Insyaalah, petikan hadis yang Tuan Shaikh letakkan ini menjadi pedoman bagi kita yang dah menjangkau 40an ini.. Mudah-mudahan amal bakti tuan mendapat barakkah. Hamba juga memohon dilimpahkan taufik dan hidayah sebanyak2nya atas diri yang dhoif, kotor lagi hina ini.

Related Posts with Thumbnails