Ahad, 29 Januari 2012

Majlis Maulid Akbar di Masjid Sultan Salahuddin 'Abdul Aziz Shah, Shah Alam (Masjid Negeri Selangor)

Julung-julung kali di adakan, dimana 3 maulid akan dibaca iaitu adh-Dhiya al-Lami', Simtud Durar dan ad-Daibaie.
Jom semarakan rasa kecintaan dan membaharui bai'ah kita kepada kekasih kita Junjungan Nabi صلي الله عيليه وآله وسلم

Sabtu, 28 Januari 2012

Habib 'Ali al-Jufri: Memahami Makna Sambutan Maulidurrasul


Jom hayati .......... insyaAllah ada subtitle ...



Rabu, 25 Januari 2012

عطر فمك بالصلاة على الحبيب المصطفى صلى الله عليه وآله وسلم

Gambar Habib Umar, Kredit : Mustafa Davis

Hadiah Dari Guru Mulia: Shalawat Untuk Rabi' al-Awwal al-Anwar 1433H

Sebagaimana biasa, Guru Mulia al-Habib Umar bin Muhammad bin Salim bin Hafidz ibn Syeikh Abu Bakar bin Salim حفظه الله ومتعنا الله بطول حياته akan memberi ‘amalan shalawat yang berlainan setiap kali masukkan bulan Rabi al-Awwal al-Anwar. Maka kali ini Guru Mulia telah memberi ‘amalan shalawat seperti yang tertera untuk diamalkan sebanyak 10,000 kali disepanjang bulan Rabi al-Awwal al-Anwar ini. Marilah kita amalkan bersama dan berkongsi dengan rakan taulan kita.



Selasa, 24 Januari 2012

Mari Kita Memperbaharui Ba'iah!


Guru Mulia kita, Habib Munzir bin Fuad al-Musawa حفظه الله تعالى menyeru kita:


Saudara-saudaraku, kelompok anti maulid semakin gencar berusaha menghalangi tegaknya panji dakwah, maka kalian jangan mundur dan berdiam diri, bela Nabimu صلى الله عليه وآله وسلم, bela idolamu صلى الله عليه وآله وسلم, tunjukkan akidah sucimu dan semangat juangmu, bukan hanya mereka yg memiliki semangat juang dan mengotori masjid-masjid Ahlus Sunnah dengan pencacian dengan memfitnah kita adalah kaum musyrik karena mengkultuskan Nabi صلى الله عليه وآله وسلم.


Saudaraku bangkitlah, karena bila kau berdiam diri maka kau turut bertanggungjawab pula atas kesesatan mereka, padahal mereka saudara-saudara kita, mereka teman kita, mereka keluarga kita, maka bangkitlah untuk memperbaiki keadaan mereka, bukan dengan pedang dan pertikaian, sungguh kekerasan hanya akan membuka fitnah lebih besar, namun dengan semangat dan gigih untuk menegakkan kebenaran, mengobati fitnah yg merasuki muslimin muslimat..


Nah saudara-saudaraku, para pembela Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم jadikan 12 Rabiulawwal adalah sumpah setiamu pada Nabimu Muhammad صلى الله عليه وآله وسلم, Sumpah Cintamu pada Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم, dan Sumpah Pembelaanmu pada Habibullah Muhammad صلى الله عليه وآله وسلم.  – Sumber: MajelisRasulullah صلى الله عليه وآله وسلم


Akhirkata al-Fagir meminjam kata-kata al-Fadhil Ustaz Abu Muhammad, Shohib Blog BahrusShofa:

Oleh itu, marilah kita wahai ikhwani

Dalam bulan Mawlid ini

Kita baharui bai`ah kita dengan Junjungan Nabi صلى الله عليه وآله وسلم

Bersumpah setia kita berjanji

Atas ajaran Junjungan Nabi صلى الله عليه وآله وسلم sentiasa dijalani dipegangi

Ajaran yang kita telah kita warisi

Zaman berzaman daripada para ulama yang dihormati

Sambung menyambung generasi ke generasi

Dari zaman ini hingga zaman sahabi

Lalu terus bersambung kepada Junjungan Nabi صلى الله عليه وآله وسلم

Ingatlah tatkala mahalul qiyam kita berdiri

Marhaban, sholawat serta salam dilantuni

Jangan lupa satu bait yang kita lazimi

Bait berbunyi:-

ايها المبعوث فينا * جئت بالأمر المطاع

Wahai Junjungan Nabi صلى الله عليه وآله وسلم yang dibangkitkan kepada kami

Datangmu membawa perintah urusan agama yang mesti ditaati

Jadikan bait ini sumpah janji setia mu wahai ikhwani

Bai`ahmu agar segala titah perintah Junjungan Nabi صلى الله عليه وآله وسلم ditaati

Tiap saat tiap ketika tiap waktu silih berganti

Saat malam dan siang hari

Bangun tidur berjalan duduk sentiasa diingati

Segala panduan ajaran Junjungan Nabi صلى الله عليه وآله وسلم

Biar hidup kita diberkati

Pabila mati syafaat Baginda صلى الله عليه وآله وسلم diperolehi



اللهم صل و سلم على سيد المرسلين سيدنا محمد و على اله و صحبه اجمعين



sekian dari,

al-fagir ila ‘afwi rabbih, abu zahrah ‘abdullah thahir al-Qadahi

taman seri gombak

Isnin, 23 Januari 2012

Kisah Teladan: Orang Yang Lumpuh Kerana Tidak Berdiri Ketika Membaca Maulid


Gambar Kredit: Majlis Ta'lim Darul Murtaza
Sebagaimana dijanjikan sebelum ini, entri kali ini al-fagir ingin kongsikan sebuah kisah yang terdapat di dalam kitab karangan al-‘Alim al-‘Allamah asy-Syeikh Muhammad ‘Ali bin Hussin al-Maliki al-Makki mengenai seorang lelaki yang lumpuh kerana tidak berdiri tatkala dibacakan kisah diperanakkan Nabi صلى الله عليه وآله وسلم, bahkan membid’ahkan perbuatan tersebut. Sebelum itu ingin al-fagir memperkenalkan penulis kitab tersebut dahulu.

Al-‘Alim al-‘Allamah asy-Syeikh Muhammad ‘Ali bin Hussin bin Ibrahim al-Maliki al-Makki, adalah Syeikhul Masyaikh pada zamannya. Beliau juga merupakan ketua para guru di Madrasah Darul ‘Ulum, Makkah. Murid beliau, Syeikh Muhammad Yasin al-Fadani mengatakan bahwa beliau adalah sibawaih pada zamannya. Lahir pada bulan Ramadhan, 1287H di Makkah al-Mukarramah. Ayah beliau adalah merupakan mufti mazhab Maliki di Makkah pada zamannya, dan beliau wafat pada tahun 1292H ketika Syeikh Muhammad ‘Ali berusia 5 tahun. Kemudian beliau dipelihara oleh abang beliau Syeikh Muhammad bin Hussin al-Maliki, juga seorang mufti mazhab Maliki di Makkah. Abangnya wafat pada 1310H.

Guru-guru beliau, antaranya: Syeikh Muhammad bin Hussin al-Maliki (w 1310H), Syeikh Muhammad ‘Abid bin Hussin al-Maliki (abang beliau, wafat 1341H), al-‘Allamah as-Sayyid Abu Bakar bin Muhammad Syatha (yang masyhur dengan panggilan Sayyid Bakri Syatha, wafat 1310H), Syeikh ‘Abdul Haq (1323H), al-‘Allamah as-Sayyid Ahmad bin ‘Abdullah az-Zawawi al-Maliki al-Makki (w 1316H), al-‘Allamah asy-Syeikh ‘Ali bin Dzahir al-Witri (w 1322H), al-‘Allamah asy-Syeikh ‘Abdul Jalil Baradah (w 1327H), al-‘Allamah asy-Syeikh Faalih bin Muhammad az-Dzahiri al-Madani (1328H), al-‘Allamah asy-Syeikh Muhammad Sa’id BaBashil (w 1330H), al-‘Allamah as-Sayyid Hussin bin Muhammad al-Habsyi al-Makki (w 1330H, abang kepada al-Habib Ali bin Muhammad al-Habsyi, shohib maulid Simtud Durar), al-‘Allamah asy-Syeikh ‘Abdullah bin Saufan bin ‘Udah al-Qudumi an-Nabalusi al-Hanbali tsumma al-Madani (w 1331H), al-‘Allamah as-Sayyid ‘Umar bin Muhammad Syatha al-Makki (w 1331H), al-‘Allamah as-Sayyid Ahmad bin Ismail al-Barzanji al-Madani (w 1335), al-‘Allamah asy-Syeikh Muhammad bin Sulaiman Hasbullah al-Makki (w 1335H), al-‘Allamah as-Sayyid Muhammad bin Salim as-Sirri at-Tarimi (w 1345H), al-‘Allamah asy-Syeikh Syu’aib bin ‘Abdurrahman as-Siddiqi 9w 1356H), al-‘Allamah asy-Syeikh Muhammad ‘Abdul Baqi al-Laknawi tsumma al-Madani (w 1364H), al-‘Allamah as-Sayyid Muhammad ‘Abdul Hay al-Kattani al-Maliki (w 1382H), al-‘Allamah asy-Syeikh ‘Abdul Ghani bin Shabah al-Bimawi al-Indunisi dan lain-lain.

Murid-murid beliau, antaranya: Syeikh Ahmad bin ‘Abdullah Nasir, Naib Qadhi Makkah; Syeikh Hussin bin ‘Abdul Ghani; Syeikh Yahya Aman, Nabi Qadhi Makkah; al-‘Allamah Syeikh Hasan bin Muhammad al-Masyath, Naib Qadhi Makkah; al-‘Allamah Sayyid Abu Bakar bin Ahmad al-Habsyi, Naib Qadhi Makkah; al-‘Allamah Sayyid Muhsin bin ‘Ali al-Musawa, Pengasas Darul Ulum ad-Diniyyah, Makkah; al-‘Allamah Sayyid ‘Alawi bin ‘Abbas al-Maliki, Guru di Masjidilharam; al-‘Allamah Sayyid Amin al-Kutbi, Guru di Masjidilharam; al-‘Allamah Syeikh Tengku Mahmud Zuhdi, Syeikhul Islam Selangor; al-‘Allamah Syeikh Zubir Ahmad, Mudir Madrasah Idrisyyah, Perak; Syeikh Ahmad Muhammad Mansur; Syeikh Sholeh bin Idris al-Kalantani; Syeikh Ibrahim al-Fathani; al-‘Allamah Syeikh ‘Abdur Qadir bin ‘Abdul Mutthalib al-Mandili; al-‘Allamah Syeikh ‘Abdul ‘Aziz bin Ahmad Wan Besar, Qadhi Besar Kedah (beliau pernah menjadi khadam kepada Syeikh ‘Ali al-Maliki selama 7 tahun sebagaimana dikhabarkan kepada al-fagir oleh al-Marhun Syeikh Zakaria bin Ahmad Wan Besar, dan beliau juga adalah ayahanda kepada Dato Wan Ahmad, Mantan Pengarah JAKIM), al-‘Allamah al-Musnid Syeikh Muhammad Yasin bin ‘Isa al-Fadani dan lain-lain.

Selain dari mengajar di Masjidilharam dan di Darul Ulum, beliau juga banyak menghasilkan karya, iaitu hampir 40 buah. Antaranya:

السوانح الجازمة في التعاريف اللازمة. في المنطق، مسلك السادات إلى سبيل الدعوات، تدريب الطلاب إلى قواعد الإعراب، إنارة الدجا شرح تنوير الحجا. نظم سفينة النجا، بلوغ الأمنية بفتاوى النوازل العصرية، اللمعة في بيان ما هو الراجح في أول وقت الجمعة، توضيح ما يلزم أن يهتم به ويعنى من بيان ما قاله الأئمة في رواية الستة بالمعنى، عقود الفرائد في علم العقائد، المقصد السديد في بيان خطأ الشوكاني فيما افتتح به رسالته القول المفيد. وذلك في مسألة التقليد والاجتهاد، المقاصد الباسطة لبيان تنوع العالم إلى ملك وملكوت وواسطة، طوالع الأسرار العطائية في مطالع سماء مراضي الحضرة الإلهية،  الهدي التام في موارد المولد النبوي وما اعتيد فيه من القيام. ،بوارق أنواء الحج وفضائله وآدابه وما فيه من حكم وأسرار وفضائل مكة والمدينة وما جاء في فضل زيارة النبي صلى الله عليه وسلم وصاحبيه وأهل بيته والتبرك بالآثار،سعادة الدارين بنجاة الأبوين،شمس الإشراق في حكم التعامل بالأوراق، أنوار الشروق في حكم الصندوق، تحفة الخلان في علم البيان. على شرح الشيخ عباس على متن الشيخ عابد، فرائد النحو الوسيمة شرح الدرة اليتيمة، تقريرات على حاشية الخضري على ألفية ابن مالك، تعليقات كتبها على همع الهوامع شرح جمع الجوامع، تقريرات على كتاب العقد الفريد في علم الوضع،الحواشي النقية على كتاب البلاغة. لنخبة من علماء الأزهر الذين هم الشيخ محمد طموم وزملاؤه، تقريرات على شرح المحلي لجمع الجوامع، حاشية على كتاب التلطف شرح التعرف. في علم الأصول والتصوف، تهذيب الفروق والقواعد السنية في الأسرار الفقهية. اختصر فيه كتاب الفروق في الأصول للقرافي، حواشي على كتاب الأشباه والنظائر، انتصار الاعتصام بمعتمد كل مذهب من مذاهب الأئمة الأعلام، ردع الجهلة وأهل الفره في اتباع قول من يرد المطلقة ثلاث في مرة، توضيح أحسن ما يقتفى وبه في تحليل المبتوتة يكتفى، التنقيح لحكم التلقيح،رسالة بذيل التنقيح في الفتوى عن ثلاث مسائل، تحذير المسلمين من لبس البرنيطة وزي الكافرين، طوالع الهدى والفصل بتحذير المسلمين عن الإعلام وقت الصلاة بضرب الناقوس والطبل،فصول البدائع في رد ما أورده على الهدي المنازع، إظهار الحق المبين في الرد على من أجاز مس المصحف بدون طهارة، فتح المتعال في رد سنة الصلاة بالنعال، القواطع البرهانية في بيان إفك غلام أحمد وأتباعه القاديانية،الكياسة في علم الفراسة، الورد العلوي. في الأوراد والأذكار.

Syeikh Muhammad bin Hussin al-Maliki pernah datang ke Indonesia dan Tanah Melayu menziarahi murid-murid beliau, pada tahun 1343H dan 1345H. Di Tanah Melayu, beliau hadir ke Kuala Kangsar, Perak Darul Ridhwan dan pernah bertemu dengan Sultan Perak ketika itu iaitu Sultan Iskandar Shah bin Sultan Idris Shah (1876M – 1939M,Sultan Perak ke 30 (1918M – 1938M). 

Al-‘Allamah asy-Syeikh Muhammad ‘Ali bin Hussin bin Ibrahim al-Maliki al-Makki pada hari Isnin, 28 Sya’ban 1367 di Thaif.

Dalam sebuah kitabnya berjudul الهدي التام في موارد المولد النّبّوي وما اعتيد فيه من القيام, Al-‘Allamah asy-Syeikh Muhammad ‘Ali bin Hussin bin Ibrahim al-Maliki al-Makki menyebut:


Diceritakan oleh as-Sayyid ‘Alawi al-Maliki, bahwasanya ayahnya al-Marhum as-Sayyid ‘Abbas al-Maliki رحمه الله [1] memberitahunya: Bahwasanya dia (Sayyid ‘Abbas) telah menghadiri sambutan Maulid Nabi صلى الله عليه وآله وسلم di malam maulidnya Nabi صلى الله عليه وآله وسلم di Baitul Maqdis. Di dalam majlis itu dibacakan Maulid al-Barzanji. Tiba-tiba ada seorang lelaki yang beruban berdiri dengan penuh adab dari mula sehingga akhir majlis. Tatkala beliau bertanya mengapa dia berdiri sedangkan usianya telah lanjut, maka dia menjawab, sesungguhnya dahulu dia tidak berdiri ketika disebut tentang kelahiran Nabi صلى الله عليه وآله وسلم, dan dia beriktikad bahwasanya ianya adalah bid’ah yang buruk. Maka satu malam dia telah bermimpi dia berserta dengan para jemaah yang bersedia untuk menyambut Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم. Maka tatkala muncul atas mereka Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم yang mempunyai rupa paras seumpama bulan, mereka lalu berdiri sekeliannya menyambutnya صلى الله عليه وآله وسلم, namun dia tidak mampu untuk berdiri, lantas berkata baginya Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم: Engkau tidak akan mampu untuk berdiri. Maka tidak terjaga dia dari tidurnya melainkan dalam keadaan lumpuh dan berkekalan keadaannya itu selama setahun. Maka dia bernazar, seandainya Allah menyembuhkannya dari penyakitnya itu, dia akan berdiri dari awal pembacaan maulid sehingga ke penghujungnya. Maka Allah menyembuh dia dari penyakitnya itu. Dan setelah itu sentiasalah dia berdiri tatkala dibacakan maulid bagi memenuhi janji nazarnya bagi membesarkan Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم.

Kisah ini hanyalah sebagai teladan bagi mereka yang mahu mengambil pengajaran darinya. Fahamilah!
والله تعالى أعلى وأعلم
sekian dari,
al-fagir ilaLlah abu zahrah al-qadahi
isnin, 29 safar 1433H
taman seri gombak, selangor darul ehsan

 Maslakul Jaali fi Asanid Fadhilatus Syeikh Muhammad ‘Ali yang disusun oleh murid beliau al-‘Allamah al-Musnid Syeikh Muhammad Yasin bin ‘Isa al-Fadani al-Makki. Biografi lengkap mengenai Syeikh Muhammad ‘Ali al-Maliki boleh dibaca dari kitab ini.


[1] – Sayyid ‘Abbas bin ‘Abdul ‘Aziz al-Maliki al-Makki al-Hasani, merupakan ayahanda kepada Sayyid ‘Alawi al-Maliki dan nenda kepada Sayyid Muhammad al-Maliki. Beliau lahir di Makkah al-Mukarramah pada malam Khamis, bulan Jamada al-Awwal 1285. Antara guru-guru beliau: Sayyid Muhammad Amin Ridhwan al-Madani, Sayyid Ahmad Zaini Dahlan al-Makki, Sayyid Abu Bakar asy-Syattho, Syeikh Falih bin Muhammad Zahir al-Watari, al-Habib Ahmad bin Hasan al-‘Atthas, al-Habib Hussin bin Muhammad al-Habsyi (abang kepada shohib maulid Simtud Durar, Habib ‘Ali bin Muhammad al-Habsyi) al-Habib ‘Aydrus bin Muhammad al-Habsyi, Syeikh Muhammad Sa’id BaBashil, Sayyid Ahmad al-Barzanji, Mufti Syafi’iyyah di Madinah), Syeikh Muhammad bin Sulaiman Hasbullah al-Makki dan ramai lagi ulama-ulama besar. Beliau juga merupakan duta kerajaan Hijaz tatkala di tadbir oleh Bani Hasyim. Menjadi Ketua Rendah di Makkah, juga merupakan seorang khadi. Pernah dilantik sebagai qadhi Mahkamah Tinggi dan seterusnya menjadi ahli Majlis Syura Kerajaan Sa’udi. Beliau wafat pada hari Isnin, 26 Dhulhijjah 1353H dan dimakamkan di Pemakaman Ma’la.

Ahad, 22 Januari 2012

الاحتفال بالمولد النبوي الشريف -محمد بن علوي المالكي



حكم الاحتفال بالمولد النبوى للشيخ سعيد البوطى


Dapatkan Segera Buku "Solat Nabi صلى الله عليه وآله وسلم Menurut Mazhab Syafi’e

Terkini (22 Januari 2012): Buku di atas telahpun diterbitkan. 279 halaman dengan harga RM35 senaskah.  Kata penghantar oleh al-Fadhil Tuan Guru Haji Sholeh bin Haji Musa, Sik, Yang Berbahagia Tan Sri Syeikh Ismail, Imam Besar Masjid Negara, Dr. Lukman bin 'Abdullah, UM (anak kepada Tuan Guru Haji 'Abdullah Lubuk Tapah),  Ustaz Hafiz Musthafa Lubis, Derang. Untuk mendapatkannya sila kesini untuk maklumat lanjut.



Panduan yang paling sempurna dalam sembahyang ialah sembahyang yang didirikan seperti yang ditunjukkan oleh Junjungan Mulia, Nabi Muhammad صلى الله عليه وآله وسلم. Baginda صلى الله عليه وآله وسلم bersabda (maksudnya): “Sembahyanglah kamu seperti mana kamu melihat aku (Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم) sembahyang.”

Buku Solat Nabi صلى الله عليه وآله وسلم Menurut Mazhab Syafi’e di tulis oleh teman karib al-fagir, al-Fadhil Ustaz Muhadir bin Haji Joll ini hadir dihadapan para pembaca untuk menerangkan bahawa solat yang kita dirikan selama ini hakikatnya datang daripada bentuk solat Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم yang telah diterangkan dengan lebih jelas oleh ulama’-ulama’ yang alim dalam empat mazhab terutama imam kita yakni Imam Syafi’e رضي الله عنه.
Justeru, hendaklah kita yakin bahawa sembahyang cara mazhab Syafi’e adalah mengikut sembahyang cara Nabi صلى الله عليه وآله وسلم. Cara inilah yang telah dipelajari dan ditekuni oleh masyarakat Islam di negara ini yang bermazhab Syafi’e sejak zaman berzaman. Cara inilah yang telah dan sedang diajar, malah menjadi sukatan pelajaran di sekolah rendah dan menengah (KAFA dan PAFA) di seluruh Malaysia, di pondok-pondok dan institusi pengajian, malah ia diajar dan dikupas dalam majlis-majlis ilmu di seluruh dunia yang bermazhab Syafi’e. 

Kata-kata aluan daripada para ulama‘



Alhamdulillah, saya telah meneliti buku ini. Saya rasa kagum dan gembira dengan usaha ini kerana usaha ini amat teliti dan lengkap dengan dalil-dalil yang dikehendaki oleh Ahli Sunnah Wal Jamaah....


Risalah seperti ini mesti dijadikan contoh kepada para pendakwah masa kini untuk memartabatkan  ilmu dan memperkukuhkan pengetahuan dalam ilmu Mazhab Syafi’e. Aliran Ahli Sunnah kini makin diancam oleh mereka-mereka yang beraliran Wahabiah, sehinggakan  wujud orang yang berani menyalahkan Imam Syafi’e. Suasana ini amat membimbangkan kita. Semoga dengan terbitnya naskhah yang bertajuk “Solat Nabi صلى الله عليه وسلم Menurut Mazhab Syafi’e” ini amat dihargai bagi memastikan generasi hadapan tidak keliru dan hanya mengikut-ikut dalam melakukan ibadah lebih-lebih lagi kita berhadapan dengan dunia yang wujud pelbagai aliran kefahaman...“



(Al-Alim al-Allamah al-Faqih al-Ushuli, Tuan Guru Haji Salleh bin Musa)

Mudir, Madrasah ar-Rahmaniah, Sik, Kedah





“Alhamdulillah. Setelah diamati dengan teliti buku ini, saya mendapati bahawa ianya sebuah naskhah yang amat baik. Tahniah saya ucapkan kepada penulis di atas usaha untuk menerbitkan buku “Solat Nabi صلى الله عليه وسلم Menurut Mazhab Syafi’e”, ini yang merupakan satu inisiatif ke arah melahirkan generasi Muslim yang sejati.



Sebagai umat Islam di Malaysia yang berpegang dan mengamalkan Mazhab Syafi’e, ianya memberi panduan yang sangat baik dan jelas berkenaan cara melakukan ibadah solat dengan sempurna menurut mazhab tersebut. Jika masyarakat Islam mengembara atau berkunjung ke negara-negara Islam yang lain, mereka akan mendapati cara melakukan solat yang berbeza-beza dan bercampur-aduk dan adakalanya mendatangkan kekeliruan kepada mereka sendiri. Kadangkala ada yang terbawa-bawa dengan apa yang dilihat tanpa mengetahui daripada sumber ilmu yang betul…”



(Tan Sri Sheikh Haji Ismail bin Muhammad)

Imam Besar Masjid Negara





Saya telah membaca buku hasil tulisan Ustaz Muhadir bin Haji Joll ini dan mendapati buku ini sangat bermanfaat untuk umat Islam di tanah air. Ia menyumbang kepada kekayaan khazanah Islam yang mungkin terselindung bagi sebahagian orang kerana kurang pendedahan tulisan-tulisan seumpama ini dalam Bahasa Melayu moden.



Buku ini mengupas isu-isu dalam solat berdasarkan huraian dan dalil yang berasaskan mazhab Syafi’e dan ini amat sesuai dengan konteks masyarakat Islam di Malaysia. Perbincangan fuqaha‘ dalam mazhab Syafi’e dan hadith-hadith yang berkaitan, didedahkan dengan penuh amanah yang menjadikan buku ini mempunyai nilai yang tersendiri khususnya dari segi pendedahan dalil ilmiah dalam setiap isu yang diperkatakan. Ia tentunya akan menjadi panduan yang bermanfaat bagi mereka yang berminat untuk mendalami hukum-hakam solat...“



(Ustaz Dr. Hj Luqman b Hj Abdullah)

Pensyarah Kanan, Jabatan Fiqh dan Usul, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, merangkap Mudir, Madrasah Rahmaniah, Pondok Lubuk Tapah





Buku ini amat sesuai bagi sesiapa yang ingin mendalami cara mengerjakan solat beserta dalil-dalilnya yang lengkap kerana mungkin selama ini sebahagian kita hanya solat ikut-ikutan tanpa dalil yang jelas dalam mazhab Syafi’e.



Selain itu, buku ini juga amat berguna kepada sesiapa yang mengkaji sifat solat Nabi صلى الله عليه وسلم kerana buku ini lengkap dengan takhrij hadis. Penulis juga menyenaraikan kitab-kitab turath karangan ulama’-ulama’ bermazhab Syafi’e serta pengenalan ulama’-ulama’ untuk memudahkan sesiapa yang ingin mengkaji tentang solat...”



(Ustaz Hafiz Haji Mustafa Lubis)

Maahad Tarbiah Islamiah Derang (MTID), Pokok Sena, Kedah





Dunia ilmu bergembira lagi dengan terbitnya buku “Solat Nabi صلى الله عليه وسلم Menurut Mazhab Syafi’e” yang merupakan karangan Ustaz Muhadir bin Haji Joll. Tahniah diucapkan kepada beliau kerana menghasilkan buku ilmiah yang ditunggu-tunggu oleh pencinta-pencinta ilmu pengetahuan. Tanpa ketekunan, kesabaran dan kesungguhna beliau sudah pasti isi buku ini tidak akan dapat dikongsi manfaatnya. Inilah buku yang menerangkan bentuk solat Rasulullah yang merupakan pintu manusia untuk sampai ke hadrat Allah...“



(Ustaz Ahmad Lutfi bin Abdul Wahab al-Linggi)

Pengarah Urusan, Mawleed Publishing Sdn. Bhd.

Related Posts with Thumbnails