Sabtu, 18 Julai 2009

Ustaz Haji Awang Pon bin Awang Sebon (Mantan Ketua Hakim Syarie Sarawak) Telah Kembali Ke Rahmatullah

Sebelum Maghrib semalam ambo terima sms dari Ustaz Abu Muhammad, shohib blog Bahrus Shofa, memberitahu yang al-Fadhil Ustaz Awang Pon telah kembali ke rahmatullah.

Ustaz Awang Pon bin Awang Sebon adalah mantan Ketua Hakim Syarie Negeri Sarawak. Beliau adalah antara ulama Sarawak yang khumul dan berfikiran sederhana. Beliau adalah keluaran Madrasah al-Junaid, Singapura dan Universiti al-Azhar asy-Syarif.

Ambo pernah bertemu dengan beliau sewaktu beliau mengunjungi al-Fadhil Ustaz Ahmad Fahmi Zamzam di Masjid al-Falah, USJ 9, Subang Jaya. Ketika itu Ustaz Fahmi sedang mengadakan pengajian kitab Sairus Salikin. Sewaktu masa rehat, beliau menemui Ustaz Fahmi di bilik mesyuarat masjid dan kami bersama-sama menjamah hidangan. Orangnya mesra, murah dengan senyuman dan tutur katanya lembut. Beliau memberi tahu bahwa, sudah hampir 20 tahun lebih beliau tidak ketemu Ustaz Fahmi. Dan kemudian beliau meminta untuk bergambar dengan Ustaz Fahmi.

Itulah kali pertama dan terakhir ambo bertemu dengan Ustaz Awang Pon yang sebelum ini ambo tidak mengenalinya. Kemudian melalui blog Ustaz Abu Muhammad, ambo mengenali beliau. Dan melalui blog Ustaz Abu Muhammad lah ambo mengetahui yang Ustaz Awang Pon juga punya blognya sendiri. Anda Boleh layarinya di sini.

Marilah kita hadiahkan al-Fatihah kepada Ustaz Awang Pon dan mendoakan beliau semoga Allah menghimpunkan beliau bersama para kekasihNya. al-Faatihah .....



0 komen:

Related Posts with Thumbnails