Selasa, 14 Julai 2009

Risalah Fath ar-Rahman bi Syarh Risalah al-Wali ar-Raslan


Ada yang bertanya kepada al-Faqir (Abu Zahrah) mengenai sambungan entri transliterasi kitab di atas. Maka untuk pengetahuan saudara yang bertanya, al-Faqir merasakan buat masa ini, al-Faqir belum bersedia untuk meneruskan posting tersebut atas beberapa alasan yang tidak perlu dipaparkan disini.

Oleh itu buat saudara yang bertanya, al-Faqir memohon ribuan maaf. Sekiranya saudara berminat untuk memiliki transliterasi tersebut, bolehlah hubungi al-Faqir. Transliterasi kitab diatas telahpun selesai al-Faqir usahakan, Cuma kini di dalam proses mengemaskini dan penyemakan. Dan al-Faqir juga di dalam proses membacakan transliterasi tersebut kepada guru al-Faqir untuk mentahqiqkannya. Dan insyaallah setelah semuanya sempurna, maka al-Faqir akan edarkan transliterasi kitab Risalah Fath ar-Rahman bi Syarh Risalah al-Wali al-Raslan kepada sesiapa yang berminat untuk memilikinya.

Begitu juga dengan kitab Jala-ul Qulub. Ianya telah pun selesai ditransliterasi dan di dalam proses kemaskini. Entri untuk kitab ini akan diteruskan. InsyaAllah.

Sekian harap maklum.

0 komen:

Related Posts with Thumbnails