Selasa, 21 Julai 2009

Syarah Hikam Ibn Atho'illah oleh Tok Pulau Manis - Siri 15

أم كيف يطمع أن يدخل حضرة الله وهو لم يتطهر من جنابة غفلاته

[Artinya]: Atau betapa loba ia akan masuk kepada hadrat Allah pada hal ia tiada menyucikan dirinya daripada segala lainnya.

(Maka murad) daripada masuk kepada hadrat Allah itu iaitu tiap-tiap waktu pelihat dalamnya hamba akan dirinya dalam qudrat Allah, dan bahawa sanya Allah menilik ia kepadanya selama pandangannya demikian itu maka iaitu dalam hadrat Allah, maka apabila berpaling ia daripada pandang itu maka keluarlah ia daripadanya. (Maka) yang dikehendaki daripada janabah itu kerana jauhnya seperti yang tertegah atas orang yang bersifat janabah masuk masjid dan membaca Quran dan tertegah atas orang yang bersifat dengan janabah lainnya dan tiada suci hatinya daripada masuk kepada hadrat Ilahiyyah kerana bahawa sanya hadrat Ilahiyyah itu suci, tiada masuk kepadanya melainkan yang telah suci daripada janabah lainnya.

(Dan) kata Shaikh Hijaazi maka [maksud] daripada hadrat Allah itu iaitu haqiqatul qalbi yang dinamai baitur-rabb (بيت الرب) kerana bahawasanya apabila telah hilang segala penyakit hati dan telah suci daripada keruh basyariah [keruh basyariah bermaksud sifat-sifat kemanusiaan yang jahat, buruk atau tercela. Dan termasuk juga di dalamnya berlebih-lebih pada perkara yang halal atau yang diharuskan seperti makan-minum, tidur, tempat tinggal, pakaian dan lain-lain.] dan daripada segala khotir yang radi’ah (رديئة) – [segala lintasan hati yang buruk] maka zhohirlah dalamnya atau anwarul ilahiyyah dan jadilah hadrat daripada hadraatillah. Dan selagi ada pada hati itu bersifat ‘adatut thob’ie [kebiasaan tabiat sifat semula jadi insan] yang isytighal [sibuk/bimbang] (اشتغال) atasnya daripada ahwal makhluq maka tiadalah masuk kepada hadrat yang mulia.

0 komen:

Related Posts with Thumbnails