Selasa, 23 Julai 2013

Abuya Maliki رضي الله عنه Akan Senantiasa Dikenang


أَحِبُّوا اللَّهَ لِمَا يَغْدُوكُمْ مِنْ نِعَمِهِ، وَأَحِبُّونِي لِحُبِّ اللَّهِ، وَأَحِبُّوا أَهْلَ بَيْتِي لِحُبِّي 

“Cintailah Allah dengan apa yang telah Dia berikan kepada kalian daripada nikmatNya, cintailah aku kerana cinta kepada Allah dan cintailah ahlibaitku kerana cinta kepadaku” - hadits

Tulisan ini adalah merupakan ulangsiar tulisan yang pernah al-fagir tulis pada 11 Ramadhan 1430H, namun ianya dipaparkan dalam bentuk bersiri. Dan sempena haul al-Imam as-Sayyid Muhammad al-Hasan bin as-Sayyid 'Alawi al-Maliki al-Hasani , diulangsiar di dalam bentuk yang sempurna. ~ sekian, dari al-fagir ilaLlah abu zahrah al-qadahi ~ selasa, 14 ramadhan 1434 bersamaaan 23 julai 2013 ~ taman seri gombak ~

Biarpun telah ramai yang menulis dan memaparkan biografi beliau رضي الله عنه di dada internet, namun al-Faqir berhasrat untuk mencoretkan juga walaupun secara ringkas biografi beliau رضي الله عنه demi kerana kecintaan al-Faqir kepada beliau ,رضي الله عنه. Coretan yang al-Faqir kutip dari pelbagai sumber dan al-Faqir kongsikan sebahagian dari koleksi foto al-Faqir yang berkaitan dengan beliau رضي الله عنه .

Beliau رضي الله عنه , seorang ulama yang semerbak harum namanya diserata dunia, terutama dikalangan para pencinta ilmu dan ulama. Kewibawaan dan keilmuan beliau رضي الله عنه diakui dan dihormati oleh para ulama semasa juga oleh mereka yang menentangnya. Kitab karangannya menjadi rujukan. Beliau رضي الله عنه adalah jurucakap kepada golongan ahlus sunnah wal jamaah di dalam menghadapi fahaman-fahaman yang melampau, yang ekstrim … (yang menolak bahkan mencerca ulama silam) . Beliau رضي الله عنه adalah imam ahlus sunnah wal jama’ah abad ke-21. Beliau رضي الله عنه , ulama rabbani di abad ini. Beliau رضي الله عنه ulama yang meneruskan kegemilangan ayahnya, datuknya dan moyang-moyang beliau di dalam dunia keilmuan dan pentarbiyahan. Beliau رضي الله عنه seorang ulama yang teguh dengan pendirian, tidak goyah dengan pelbagai cabaran dan rintangan serta tohmahan yang dihadapi. Beliau رضي الله عنه menjaga adab ketika berbeda pendapat serta menjauhi sifat melampau di dalam tindakan atau perkataan dalam menghadapi golongan yang tidak sependapat dengannya.


Al-Habib Muhammad bin ‘Aydrus al-Haddad menyifatkan keteguhan beliau رضي الله عنه di dalam syairnya:


Sungguh beliau telah mampu mematahkan hujjah orang yang menentangnya. Sedikitpun beliau tidak terlukai

Bahkan beliau bersedia untuk dipenggal lehernya, namun beliau tetap tidak akan berundur dari pendiriannya

Pendirian yang telah dipegang teguh oleh para ulama yang besar-besar, yang telah memimpin umat ini dimasa silam


Tatkala melihat kehebatan penguasaan ilmu beliau رضي الله عنه pada usianya yang masih muda, seorang guru beliau, iaitu al-‘Allamah Syaikh Muhammad Nur Saif pernah berkata kepada ayahanda beliau: Wahai Sayyid ‘Alawi, jangan marah jika perkataanku mengecilkan hatimu, apabila aku katakan bahwa anakmu ini merupakan ranting yang melebihi batangnya. Mendengarkan perkataan itu ayahandanya ketawa lalu menjawab: Tidak, aku tidak berkecil hati, tetapi sebaliknya ini adalah kebanggaan bagiku.




Itulah, sosok ulama besar di abad ini, al-‘Allamah al-Muhaddits al-‘Arifbillah Professor Dr. Sayyid Muhammad al-Hasan bin Sayyid ‘Alawi bin Sayyid Abbas bin Sayyid ‘Abdul ‘Aziz bin Sayyid ‘Abbas bin ‘Abdul ‘Aziz al-Maiki al-Idrisi al-Hasani. Di kalangan murid-murid dan pencintanya, beliau lebih dekat dengan panggilan Abuya Maliki @ Buya Maliki.

Kelahiran dan keturunan: Beliau رضي الله عنه dilahirkan dirumah ayahandanya yang terletak berhampiran Masjidilharam, Babus Salam Makkah al-Mukarramah pada tahun 1365H bersamaan dengan 1946M.

Beliau رضي الله عنه bernasabkan kepada keturunan yang mulia iaitu  dari keturunan Idris al-Azhar bin Idris al-Akbar bin ‘Abdullah al-Kamil bin Hasan al-Mutsanna bin Hasan, putera kepada Sayyidina ‘Ali bin Abi Thalib dan Sayyidah Fathimah al-Zahra’ binti Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم. Keturunan beliau terdiri daripada para ulama. Ayahandanya, nendanya dan seterusnya keatas. Beliau رضي الله عنه berkata di dalam menzahirkan nikmat karunia itu:

سيد عالم أبي و جد، هكذا إلى المختار

Ertinya: Dari ayahandaku, kemudian datukku dan seteusnya sampai kepada Rasul Yang Terpilih صلى الله عليه وآله وسلم, adalah penghulu dan orang ‘alim.

Beliau رضي الله عنه berkata lagi: Nendanya yang pertama - Sayyid ‘Abbas, kedua -  Sayyid ‘Abdul Aziz, ketiga – Sayyid ‘Abbas, keempat – Sayyid ‘Abdul ‘Aziz, kelima – Sayyid Muhammad al-Maliki dan keenam – Sayyid ‘Abdul ‘Aziz, kesemuanya adalah orang ‘alim dan menjawat jawatan Imam dan Khatib al-Masjidilharam. Dapat dipastikan dengan bukti yang jelas, bahwa sepanjang enam keturunan tersebut sebelum beliau terdiri daripada ulama besar. Sebelum itu ada juga yang menjawat jawatan Imam dan Khatib serta menjadi mudarris di Masjidilharam, namun tidak dirakamkan di dalam daftarrasmi Masjidilharam.

Keluarga beliau رضي الله عنه lebih dikenali dengan dengan gelaran al-Maliki dari al-Hasani kerana salah seorang daripada nenda beliau dilantik menjadi Mufti Mazhab Maliki di Makkah al-Mukarramah pada zaman pemerintahan Syarif ‘Aun (gambar sebelah). Oleh kerana itulah keluarga beliau lebih dikenali dengan gelaran al-Maliki.


Pendidikan: Beliau رضي الله عنه mendapat pendidikan formal di Madrasah al-Falah dan Madrasah Tahfiz al-Quran di Makkah. Manakala pengajian tidak formal pula beliau dapati dari halaqah-halaqah ilmu di Masjidilharam.  Beliau رضي الله عنه dikatakan sudah menghafal al-Quran diusia 7 tahun, manakala menghafal kitab Muwattho ketika berusia 15 tahun. Dan mendapat jolokan ‘Muwattho Yang Berjalan’ kerana penguasaan dan kepakaran beliau mengenai kitab tersebut.

Setelah itu beliau رضي الله عنه mengembara ke banyak negara untuk menuntut ilmu daripada para ulama tersohor seperti di India, Libya, Mesir, Maghribi, Pakistan dan Indonesia. Beliau juga menuntut di Universiti al-Azhar diperingkat ijazah sarjana dan ijazah kedoktoran (PhD). Beliau berjaya meraih ijazah kedoktoran dalam bidang hadits di  Universiti al-Azhar dengan taqdir Muntaz (cemerlang) ketika berusia 25 tahun.


Guru-guru beliau: Beliau mempunyai guru yang tidak terkira banyaknya. Antaranya:




Ulama Mekah dan Madinah
  • Sayyid ‘Alawi bin Sayyid ‘Abbas al-Maliki al-Hasani (ayahnya, wafat 1391H)
  • Syaikh Muhammad Yahya Aman al-Makki  al-Hanafi (1387H)
  • Syaikh Muhammad al-‘Arabi at-Tabbani (wafat 1390H)
  • Syaikh Hasan bin Said al-Yamani (wafat 1391H)
  • Syaikh Hasan bin Muhammad al-Masyaath (wafat 1399H)
  • Sayyid Muhammad bin Amin al-Kutbi (wafat 1404)
  • Syaikh ‘Abdullah Said al-Lahji (wafat 1410H)
  • Syaikh Muhammad Nur Saif bin Hilal (wafat 1403H)
  • Syaikh Muhammad Yasin bin ‘Isa al-Fadani al-Makki (wafat 1410H)
  • Syaikh ‘Abdullah bin Ahmad Dardum (1407H)
  • Syaikh Ishaq bin Hasyim ‘Azuz al-Makki
  • Al-Habib Hasan bin Muhammad Fad’aq
  • Al-Habib ‘Abdul Qadir bin ‘Aydrus al-Bar
  • Syaikh Muhammad Kholil bin ‘Abdul Qadir Toibah al-Makki
  • Syaikh Ahmad bin Yaasiin bin Ahmad al-Khiyari asy-Syafie al-Madani, Syaikh al-Qurra di Madinah al-Munawwarah
  • Syaikh Hasan bin Ibrahim asy-Syair, Syaikh al-Qurra di Madinah al-Munawwarah
  • Syaikh Muhammad bin Ibrahim al-Mubarak al-Ihsaai
  • Syaikh Muhammad bin Abu Bakar al-Mulla al-Ihsaai
  • Syaikh Muhammad al-Musthofa ibn al-Imam ibn ‘Abdul al-Qadir al-‘Alawi asy-Syanqiti
  • Syaikh Muhammad al-Mujtaba bin Mukhtar bin Mujtaba asy-Syanqiti
  • Syaikh al-Mu’ammar Dhiyauddin Ahmad ibn asy-Syaikh ‘Abdul ‘Azim al-Qaadiri al-Madani (bermuar lebih daripada 100 tahun)
  • Syaikh ‘Abdul Ghafur bin Syah al-‘Abbasi al-Madani an-Naqsyabandi

Ulama Hadramaut/Yaman
  • Al-Habib ‘Umar bin Ahmad bin Sumaith
  • Al-Habib ‘Alwi ibn ‘Abdullah bin Aydrus bin Syihab at-tarimi
  • Al-Habib Muhammad bin ‘Alwi bin Syihab
  • Al-Habib ‘Abdur Rahman ibn Shohib ‘Sabil al-Muhtadin’ al-Habib ‘Abdullah bin ‘Alwi al-Atthos
  • Al-Habib 'Abdul Qadir bin Ahmad as-Seggaf @ as-Saqqaf
  • Al-Habib Ahmad Masyhur bin Thoha al-Haddad
  • Al-Habib “Alwi bin ‘Abdullah as-Saqqaf Aal al-Qaadhi
  • Al-Habib Muhammad bin Salim bin Hafidz bin ‘Abdullah bin Syaikh  Abi Bakar bin Salim
  • Al-Habib ‘Ali bin Salim bin Ahmad bin Hasan al-‘Atthos
  • Sayyid Hasan bin Ahmad bin ‘Abdul Baari al-Ahdal al-Yamani
  • Sayyid Muthohhar bin Mahdi al-Ghurbani,
  • Sayyid Ismail bin Mahdi al-Ghurbani, pengarang kitab Nafasul Rahman.
  • Syaikh Fadhl ibn Muhammad bin ‘Awadh BaFadhal at-Tarimi
  • Sayyid Ahmad bin Muhammad Zubaarah, Mufti Yaman
  • Sayyid Muhammad Yahya Dum al-Ahdal al-Yamani
  • Al-Mu’ammar Buhaanuddin Abu Muhammad as-Sayyid Ibrahim bin Umar bin ‘Aqiil Ba’alawi al-Husaini al-Hadhrami, Mufti Ta`iz



Ulama Mesir
  • Syaikh Muhammad al-Hafidz bin ‘Abdul Lathif at-Tijani al-Mishri, Syaihul Hadits di Mesir (wafat 1398H)
  • Syaikh Hasanain bin Muhammad Makhluf, Mufti Mesir (wafat 1411H)
  • Syaikh Sholeh bin Muhammad al-Ja’fari, Imam dan tenaga pengajar di Jami’ al-Azhar
  • Syaikh Amin bin Mahmud Khottob al-Subki al-Mishri
  • Al-Mu’ammar Syaikh Muhammad bin ‘Abdullah bin Ibrahim al-‘Aquuri, murid kepada al-Amir ash-Shoghir, Syaikh Ibrahim al-Baajuuri dan al-Mu’ammar Abi ‘Ali Hasan al-‘Adawi – mereka semua adalah belajar dari al-Amir al-Kabir
  • Syaikh asy-Syarif Muhammad bin Ibrahim Abu al-‘Uyuun al-Azhari al-Khalwati

Ulama Indonesia
  • Al-Habib al-Mu’ammar ‘Ali bin ‘Abdurramhan bin ‘Abdullah al-Habsyi – Habib Ali Kwitang
  • Al-Habib ‘Ali bin Hussin bin Muhammad al-Atthos – Habib ‘Ali Bungur
  • Al-Habib Hamid bin Muhammad bin Salim as-Sari
  • Al-Habib Muhammad bin Ahmad bin Zein al-Haddad
  • Al-Habib Syaikh bin Salim bin ‘Umar al-‘Atthos
  • Al-Habib Salim bin Ahmad bin Jindan ibn asy-Syaikh Abu Bakar bin Salim
  • Al-Habib Muhammad bin Salim bin Ahmad bin Hassan al-‘Atthos
  • Al-Habib al-Mu’ammar ‘Abdur Rahman bin ‘Abdullah al-Habsyi al-Falimbani – murid kepada Habib ‘Ali bin  Muhammad bin Hussin al-Habsyi, pengarang Simtud Durar
  • Al-Habib Ahmad bin Hasan al-‘Atthos
  • Al-Habib Muhammad bin Ahmad bin Hasan al-‘Atthos
  • Al-Habib Muhammad bin Ahmad bin Hasan al-Kaf  - murid kepada al-Habib Ahmad bin Hasan al-‘Atthos



Ulama Syam
  • Asy-Sayyid asy-Syarif Muhammad al-Makki bin Muhammad bin Ja’far al-Kattani, Mufti Mazhab Maliki di Dimasyq
  • Syaikh Hasan bin Muhammad Marzuq Hanabakah al-Maidani al-Dimasyqi
  • Syaikh ‘Abdul ‘Aziz bin Muhammad ‘Ali bin ‘Abdul Ghani ‘Uyun al-Sud al-Hims, Syaikh al-Qurra`
  • Syaikh Muhammad Sholeh bin ‘Abdullah al-Farfur al-Hasani ad-Dimasyqi
  • Syaikh Muhammad As’ad al-‘Abaji, Mufti Mazhab Syafie di Halab
  • Abu Ahmad Syaikh Muhammad Sa’id bin Ahmad al-Idlibi ar-Rafie al-Halabi asy-Syafie
  • At-Thobib (Dr. – perubatan) asy-Syaikh Muhammad Abu al-Yusr bin Muhammad Abi al-Khair bin Ahmad ‘Aabidin al-Husaini ad-Dimasyqi al-Hanafi, Mufti Negara Syam

Ulama Maghribi, Tunisia dan al-Jazaair (Algeria)
  • Syaikh asy-Syarif ‘Abdul Kabiir bin Muhammad as-Soqili al-Maahi al-Husaini al-Maghribi
  • Sayyid ‘Abdullah bin Muhammad bin Siddiq al-Ghumari al-Maghribi
  • Sayyid ‘Abdul ‘Aziz bin Muhammad bin Siddiq al-Ghumari al-Maghribi
  • Syarif Muhammad Munthasir Muhammad az-Zamzami bin Muhammad bin Ja’far al-Kattani
  • Sayyid ‘Abdullah bin Muhammad Qanun al-Hasani al-Maghribi
  • Syaikh al-Faaruaqi bin ar-Rahaali al-Marakeshi
  • Syaikh Muhammad at-Thohir ibn ‘Asyuur at-Tunisi
  • Syaikh at-Thoyyib bin al-Maulud bin Musthofa al-Mahaaji al-Jazaairi

Ulama Hind (India) dan Pakistan
  • Syaikh Muhammad Zakariyya bin Muhammad Yahya al-Kandahlawi tsumma al-Madani, Syaikhul Hadits di Sahaaranpuur
  • Syaikh Habibur Rahman ibn Muhammad Shoobir bin ‘InayatuLlah al-A’azomi, Syaikhul Hadits di Madzhar al-Ulum, Madras
  • Syaikh as-Sayyid Muhammad Yusuf ibn Muhammad Zakaria al-Banuuri, Syaikhul Hadits  di Karachi
  • Syaikh Muhammad Syafii’ bin Muhammad Yaasiin al-Utsmaani ad-Deobandi, Mufti Pakistan
  • Syaikh Zafar Ahmad al-Utsmaani at-Tahaanawi al-Hind
  • Syaikh Muhammad Ibrahim al-Balyawi
  • Syaikh as-Sayyid Fakhruddin Ahmad al-Murad Abadi, Syaikhul Hadits di Deoband
  • Syaikh al-Mufti as-Sayyid Mahdi Hasan Syahjahanburi
  • Syaikh al-Mufti Mahmud bin Syaikh Muhammad Siddiq al-Multani
  • Syaikh Muhammad Yusuf bin Muhammad Ilyas al-Kandahlawi, Amir (Ketua) Jemaah Tabligh
  • Syaikh In’amul Hasan, Naib Ketua Jemaah Tabligh
  • Syaikh Muhammad Anzor Syah bin Muhammad Anwar Syah al-Kasymiri
  • Syaikh al-Mufti Musthofa bin al-Imam Ahmad Redho Khan al-Barilawi al-Hind
  • Syaikh Abu al-Wafa al-Afghaani al-Haidaraabaad
Selain dari seorang yang mahir di dalam selok-belok ilmu hadits, beliau juga adalah seorang yang mahir di dalam ilmu fiqih 4 mazhab. Dan beliau رضي الله عنه pernah mengatakan:

أنا ابن المذاهب الأربعة

Ertinya: Aku nak kepada empat mazhab. Yakni, beliau رضي الله عنه menguasai keempat-empat mazhab iaitu Hanafi, Maliki, Syafie dan Hanbali.

Mengajar: 3 hari selepas kewafatan ayahanda beliau, ulama Makkah telah berkumpul dan memberi tanggungjawab kepada beliau untuk mengajar di tempat ayahanda beliau di Masjidilharam. Sewaktu majlis pengajian beliau yang pertama di tempat ayahandanya di Masjidilharam, ianya bukan sahaja dihadiri oleh penuntut ilmu,  bahkan dihadiri oleh ulama besar Makkah, iaitu:
  • Syaikh Hasan bin Muhammd al-Masyaath
  • Syaikh ‘Abdullah Sa’id al-Lahji
  • Syaikh ‘Abdullah Dardum
  • Syaikh Zakaria Bila
  • Sayyid Muhammad Amin al-Kutbi
  • Syaikh Muhammad Nur Saif
  • Syaikh Ismail Utsman Zain dan
  • Syaikh Ibrahim al-Fathoni


Tempat beliau mengajar di Masjidilharam yang diwarisi dari ayahnya, Sayyid 'Alawi

Beliau juga pernah berkhidmat sebagai pensyarah kuliyyah syariah di Universiti Malik ‘Abdul ‘Aziz di Jeddah dan kemudian Universiti Ummul Qura di Makkah dari tahun 1390H – 1399H. Kemudian beliau meminta untuk berhenti menjadi pensyarah untuk bermusafir berdakwah dan menubuhkan madrasah beliau sendiri.

Membuka madrasah: Sewaktu beliau bermusafir ke Indonesia pada tahun 1394H, beliau telah berkumpul dan berbincang dengan para ulama disana, khususnya para habaib, antaranya dengan Habib ‘Ali Bungur. Seterusnya mereka meminta Sayyid Muhammad untuk membuka sebuah madrasah untuk anak-anak mereka di Makkah dengan menghidupakan pengajaran dan amalan para masyaikh terdahulu yang berlandaskan ahlus sunnah wal jama’ah, kerana mereka tidak dapat menghantarkan anak-anak mereka ke Hadramaut disebabkan cengkaman komunis di Yaman.

Dan akhirnya madrasah ditubahkan di rumah beliau di Utaibiah yang mana kemudiannya berpindah ke Rusaifah. Disinilah beliau رضي الله عنه mencetak penerus kepada kesinambungan ulama silam. Di dalam penerimaan murid,  beliau رضي الله عنه tidak menerimanya sembarangan, semuanya adalah dengan isyarat.

Menghasilkan karya: Beliau رضي الله عنه menghasilkan banyak karya di dalam pelbagai disiplin ilmu seperti aqidah, tafsir, hadits, ushul fiqih, fiqih, tasawwuf, sirah nabawiyyah dan lain-lain, antaranya:

Di bidang aqidah:
  • مفاهيم يجب أن تصحح
  • منهج السلف في فهم النصوص بين النظرية و التطبيق
  • هو الله
  • قل هذه سبيلي
  • التحذير من المجازفة في التكفير
  • الغلووأثره في الإرهاب وإفساد المجتمع
  • تحقيق الآمال فيما ينفع الميت من اللأعمال
  • شرح عقيدة العوام – Perhatian! Kitab ini bukan karya beliau tetapi dihimpun oleh murid beliau KH Muhammad Ihya Ulumiddin, Mudir Ma’had Nurul Haramain, Pujun, Malang, Indonesia. Kitab ini merupakan himpunan syarh oleh Abuya Maliki keatas Mundzumah ‘Aqidah al-‘Awwam. Al-Faqir memasukkannya kedalam senarai ini kerana ianya mencerminkan pemikiran Abuya Maliki di dalam aqidah ahlus sunnah wal jamaah.
Di bidang tafsir:
  • وهو بالأفق الأعلى
  • زبدة الإتقان
  • القواعد الأساسية في علوم القران
Di bidang hadits, mustholah hadits dan sanad:
  • أنوار المسالك إلى روايات موطأ مالك
  • تحقيق موطإ الإمام مالك – رواية ابن قاسم
  • المنهل اللطيف في أصول الحديث الشريف
  • القواعد الأساسية في علم مصطلح الحديث
  • الطالع السعيد المنتخب من المسلسلات والأسانيد
  • العقد الفريد المختصر من الأثبات والأسانيد
  • العقود اللؤلؤية بالأسانيد العلوية (kitab beliau himpunkan sanad-sanad ayahnya, Sayyid ‘Alawi)
Di bidang ushul fiqih:
  • القواعد الأساسية في أصول الفقه
  • شرح منطومة الورقات
Mengenai ibadat haji dan sejarah kota Makkah:
  • الحج – فضائل وأحكام
  • في رحاب البيت الحرام
  • لبيك اللهم لبيك
Di bidang Sirah Nabawiyyah:
  • محمد الإنسان الكامل
  • الذخائر المحمدية
  • خصائص الأمة المحمدية
  • تاريخ الحوادث والأحوال النبوية
  • الزيارة النبوية بين الشرعية والبدعة
  • المدح النبوي بين الغلو والإنصاف
  • شفاء الفؤاد بزيارة خير العباد
  • حول الإحتفال بذكرى المولد النبوي الشريف
  • الأنوار البهية من إسراء ومعراج خير البرية
  • مولد الحافظ الديبعي (beliau mentahqiqkan kitab ini)
Di bidang zikir dan amalan kerohanian:
  • أبواب الفرج
  • شوارق الأنوار من أدعية السادة الأخيار
  • الحصون المنيعة
Di bidang pelbagai ilmu lain:
  • أدب الإسلام في مظام الأسرة
  • صلة الرياضة بالدين
  • كشف الغمة في اصطناع المعروف ورحمة الأمة
  • القدوة الحسنة في منهج الدعوة إلي الله
  • المستشرقون بين الإنصاف والعصبية
  • مفهوم التطور والتجديد في الشريعة الإسلامية
  • ماذا في شعبان
Kitab yang dikumpulkan dan ditahqiq:
  • مجموع فتاوى ورسائل الإمام السيد علوي المالكي الحسني (himpunan fatwa-fatwa dan surat-surat Sayyid ‘Alawi al-Maliki al-Hasani)
  • نفحات الإسلام من البلد الحرام – دروس ومحاضراب العلامة المحدث المسند الإمام السيد علوي المالكي الحسني (himpunan syarahan dan ucapan Sayyid ‘Alawi al-Maliki al-Hasani)
  • فهرست الشيوخ والأسانيد للإمام السيد علوي المالكي الحسني (Himpunan guru-guru dan sanad-sanad Sayyid ‘Alawi al-Maliki al-Hasani)

Setahun sebelum kewafatannya, beliau رضي الله عنه diundang untuk membentangkan kertas kerja di- dalam Hiwar Fikri di Makkah atas undangan Ketua Umum Masjidil Haram, Syaikh Sholeh bin Abdur Rahman tanggal 5 - 9 Dzulqaidah 1424H dengan kertaskerjanya  berjodol "al-Ghuluw wal I'tidal Ru`ya Manhajiyyah Syamilah". Beliau juga turut melancarkan karangannya berjodol "al-Ghuluw Dairah fil Irhab wa Ifsad al-Mujtama`".

Pada tanggal 11 Dzulqaidah 1424H, beliau mendapat kesempatan untuk memberikan ceramah di hadapan wakil raja, Amir Abdullah bin ‘Abdul ‘Aziz yang mana intipati ceramahnya, mengenai usaha menyatukan suara ulama dan menjalin persatuan dan kesatuan da’wah.


Pengiktirafan: Sumbangan beliau رضي الله عنه di bidang keilmuan dan pendidikan mendapat pengiktirafan daripada Universiti al-Azhar di mana beliau رضي الله عنه telah dikurniakan gelaran ‘Ustaziyyah’ atau ‘Professor’ pada tanggal 2 Shafar 1421 bersamaan 6 Mei 2000M.


Perhatian Ulama Kepada Karangannya - Kitab Mafahim: Sebuah kirab karangan beliau yang paling terkenal dimana lebih dari 40 orang ulama besar, seluruh dunia memberikan pujian, taqridhz dan taqdim bagi kitab tersebut. Antaranya:
  • Fadhilatusy Syaikh Hasanain Muhammad Makhluf -  Mantan Mufti Mesir, Ulama Besar Mesir;
  • Al-‘Allamah al-Muarrikh al-Faqih Syaikh Muhammad bin Ahmad bin Hasan al-Khazraji – Menteri Hal Ehwal Islam dan Waqaf Emiriah Arab Bersatu juga Mantan Qadhi Abu Dhabi
  • Syaikh Professor Dr. Muhammad at-Thoyyib an-Najjar – Mantan Rektor Universiti al-Azhar;
  • Professor Dr. Abu al-Wafa al-Taftazani – Wakil Universiti Qaherah
  • Fadhilatul Faqih al-Mufti Syaikh Muhammad bin ‘Abdurramhan Aal asy-Syaikh Abi Bakar bin Salim
  • Syaikh Imam Musa Dhaifullah – Anggota Perikatan Islam Sedunia dan Imam Negara Chad;
  • Samahah al-Imam al-‘Allamah al-‘Arifbillah al-Habib Abdul Qadir bin Ahmad as-Saqqaf – Imam Hadramaut (sekarang menetap di Jeddah);
  • Sayyid Abdullah Kanuun al-Hasani – Setiausaha Agong Perikatan Ulama Maghribi;
  • Dr. al-Husaini Abdul Majid Hasyim – Universiti al-Azhar;
  • Dr ‘Abdur Rauf Syalabi – Wakil al-Azhar asy-Syarif;
  • Sayyid Yusuf  Hasyim ar-Rifa`I, Kuwait;.
  • Dr. Abdul Fattah ‘Abdullah Barakah – Pusat Penyelidikan Islam Qaherah;
  • Dr. Ahmad Umar Hasyim – Mantan Ketua Jabatan Hadits dan Dekan Kuliah Ushuluddin, Zaqaziq;
  • Syaikh Muhammad as-Sanrawi – Ketua Pemeriksa  di al-Azhar dan Penasihat Agama di Negeri Fayyum, Mesir;
  • Syaikh Ahmad al-‘Awadh Madani – Qadhi Mahkamah Tinggi Sudan dan Pengerusi  Majlis Fatwa Syar’ie;
  • Al-‘Allamah al-Muhaddits  al-Muhaqqiq  al-Faqih Syaikh Muhammad asy-Syazuli an-Naifur - Tunisia;
  • Al-‘Allamah al-Faqih Syaikh Muhammad Faal al-Banaani - Mauritania;
  • Al-‘Allamah Syaikh Muhammad Salim bin Muhammad ‘Ali bin ‘Abdul Wadud ( 'Aduud) - Mantan Ketua Mahkamah Tinggi Republik Islam Mauritania;
  • Al-‘Allamah al-Faqih al-Muhaddits as-Sayyid Abdullah bin Muhammad  bin as-Siddiq al-Ghumari – Ulama Besar Maghribi;
  • Al-‘Allamah al-Muhaddits as-Sayyid ‘Abdul Aziz bin Muhammad  bin as-Siddiq al-Ghumari – Ulama Besar Maghribi;.
  • Sayyid Muhammad bin ‘Ali al-Habsyi – Pengerusi Pusat Islam Indonesia;
  • Sayyid Ibrahim bin Umar bin 'Uqail – Mufti Liwa Ta’iz, Yaman;
  • Maulana Muhammad Malik al-Kandahlawi – Syaikhul Hadits Universiti al-Asyrafiyyah Lahore, Pakistan;
  • Maulana Muhammad Ubaidulah al-Mufti – Timbalan Cancelor Universiti ‘Abdur Rahman, Pakistan;
  • Maulana Hamid Miyah bin Muhammad Miyah – Presiden Persatuan Ulama Pakistan;
  • Dr. Abdur Razzaq Iskandar – Pengarah Pelajaran dan Setiausaha Agung Universiti Ilmu-ilmu Islam, Karachi, Pakistan;
  • Syaikh Muhammad Yusuf al-Banuri – Timbalan Pengarah Universiti Ilmu-ilmu Islam, Karachi, Pakistan ;
  • Sayyid Muhammad ‘Abdul Qadir Azad – YDP Majlis Ulama Pakistan;
  • Syaikh Nafis al-Husaini - Pakistan;
  • Maulana Ali Ashghar – Khatib Wilayah Punjab, Lahore, Pakistan;
  • Maulana Muhammad Abdul Wahid – Khatib Jami’ Islam Wilayah Sailakut, Pakistan;
  • Professor Dr. Hasan al-Fatih Qaribullah – Rektor Universiti Umm Durman, Sudan;
  • Professor Ahmad Abdul Ghafur 'Athar – Makkah al-Mukarramah;.
  • Al-‘Allamah Syaikh Yusuf bin Ahmad as-Siddiq, Bahrain
  • Sayyid Ahmad bin Muhammad Zabbarah – Mufti Republik Yaman;
  • Syaikh Asad bin Hamzah bin ‘Abdul Qadir – Ulama Zabid, Yaman;
  • Sayyid Abdul Hadi 'Ujail - Yaman;
  • Syaikh Muhammad Hizam al-Muqrimi – Ta’iz, Yaman;
  • Syaikh Ahmad ‘Ali al-Washobi – Amil Wasiat, Mahkamah Zabid, Yaman;
  • Sayyid Muhammad bin Sulaiman – Mufti Zabid, Yaman;
  • Syaikh Abd Karim bin Abdullah - Yaman;
  • Syaikh Husain bin Abdullah al-Washobi - Yaman;
  • Sayyid Muhammad ‘Ali al-Baththah - Yaman;
  • Syaikh Muhammad Ali Mukarram – Mufti liwa al-Hadidah
  • Syaikh Muhammad bin ‘Ali al-Manshur – Pengetua Kolej-kolej Antarabangsa di San’aa, Yaman;
  • Muhammad ‘Aziz al-Rahman a-Haqqani al-Hazarawi – Khatib dan Imam Masjid as-Siqqid al-Akbar di Rawalpindi, Pakistan dan juga khalifah kepada al-‘Allamah al-Muhaddits Maulana Muhammad Zakaria Kandahlawi.
  • Syaikh Abu Zaid Ibrahim Sayyid -  Perunding Bahasa ‘Arab Republik Arab Mesir
  • Syaikh Muhammad ‘Abdul Wahid Ahmad – Ulama al-Azhar
  • Al-‘Allamah Syaikh Husin Mahmud Mu’awwadh – Ulama al-Azhar
  • Syaikh Abdul Salam Jabran – Pengerusi Majlis ilmu Wilayah Marakesh, Maghribi.
Keperibadiannya: Beliau رضي الله عنه seorang yang tegas. Lidahnya fasih mengatakan kebenaran. Seorang yang pemurah. Seorang yang penyayang. Sangat memuliakan ilmu dan ulama. Beliau juga seorang yang sangat memulia dan membesarkan guru-guru beliau, serta sangat mengasihi murid-murid beliau. Murid-muridnya dianggap seperti anaknya sendiri. Beliau seorang yang zuhud dan wara’. Sentiasa melazimi sholat berjemaah dan sholat tahajjud.


Kewafatannya: Shubuh Jum’at 15 Ramadhan 1425H bersamaan 29 Oktober 2004M, sekitar jam 4.30 pagi waktu Makkah umat islam diseluruh dunia dikejutkan dengan berita kewafatan beliau. Beliau رضي الله عنه wafat setelah lebih kurang 2 jam setengah menamatkan kuliah terakhirnya bersama lebih daripada 600 orang muridnya. Seluruh masyarakat dunia yang mengenali beliau diselubungi rasa sedih yang mencengkam, menangisi pemergian beliau untuk selamanya. Dunia Islam kehilangan seorang ulama besar yang gigih menegakkan dan mempertahankan yang golongan ahli sunnah wal jamaah yang diwarisi dari zaman Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم, ulama yang tidak mengenal letih dalam mendidik, mentarbiah, menyebarkan ilmu, berdakwah, sebagainya.


Jenazahnya pertama kali disholatkan di rumahnya di Rushaifah diimamkan oleh adindanya Sayyid Abbas. Kemudian di bawa ke Masjidil Haram dengan diiringi hampir 300,000 pencintanya, dan disholatkan dihadapan ka’bah oleh puluhan ribu, bahkan mungkin jutaan manusia yang berada di Masjidilharam dengan diimamkan oleh Imam Subayl.

Kemudian jenazahnya diiringi oleh lautan manusia ke tanah perkuburan Ma’ala untuk upacara pemakaman, sambil melaungkan kalimah tahlil dan takbir. Laluan-laluan ke perkuburan Ma’ala ditutup kepada kenderaan dek kerana dilimpahi oleh ratusan ribu pencintanya. Dikatakan lebih 500 orang tentera dikerah untuk mengawal lautan manusia yang mengiringi jenazahnya ke perkuburan Ma’ala. Jenazahnya disemadikan disebelah ayahandanya yang tercinta. Manakala diseluruh pelusuk dunia pula, umat Islam tidak putus-putus mengadakan sholat ghaib untuk beliau ….. ini bermakna jutaan kaum muslimin yang mengsholatkannya. Allahu Allah. Satu kemuliaan yang Allah berikan kepada ulama yang berjasa ini. Setelah kewafatannya, tempat beliau diganti oleh ananda beliau Sayyid Ahmad bin Sayyid Muhammad al-Hasan bin Sayyid ‘Alawi bin Sayyid ‘Abbas al-Maliki al-Hasani.


Perginya beliau رضي الله عنه tiada gantinya. Hadits memberitahu …. Daripada Abu Darda رضي الله عنه katanya: Aku mendengar Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم bersabda (maksudnya): Sesiapa yang pergi di pagi hari kerana inginkan ilmu dan untuk mempelajarinya semata-mata kerana Allah Ta’ala, nescaya Allah Ta’ala akan membukakan baginya satu pintu menuju syurgaNya, para malaikat membentangkan sayapnya untuknya dan demikian juga ikan-ikan dilaut. Kelebihan orang yang alim itu ke atas orang yang abid apalah seumpama kelebihan bulan purnama ke atas sekecil-kecil bintang dilangit. Para ulama itu adalah pewaris Nabi. Sesungguhnya Nabi tidak mewariskan wang dinar dan tidak juga wang dirham, tetapi mereka mewariskan ilmu. Sesiapa yang mengambil ilmu maka dia telah mengambil habuannya yang amat bernilai. Oleh itu matinya seorang yang alim adalah satu musibah yang sukar digantikan dan satu kepincangan yang susah ditutupi. Ini adalah umpama bintang yang hilang sirna (diantara bintang-bintang). Sesungguhnya matinya satu kabilah adalah lebih ringan musibahnya berbanding matinya seorang yang alim (Hadits riwayat Abu Daud, at-Tirmidhi, Ibn Majah dan al-Baihaqi)


Hadits daripada Abdullah bin ‘Amr bin Ash رضي الله عنهما:

Sesungguhnya Allah tidaklah mencabut ilmu dengan (menghilangkan) akan ilmu itu dengan sekaligus dari (dada) hamba-hambaNya. Tetapi Allah Ta’ala menghilangkan ilmu itu dengan mematikan alim-ulama sehingga apabila tidak tertinggal satu orang alimpun, manusia akan menjadikan pemimpin-pemimpin dari orang-orang yang bodoh, maka tatkala mereka ditanya (tentang masalah agama), lalu mereka akan berfatwa tanpa ilmu, akhirnya mereka sesat dan menyesatkan. (Hadits riwayat al-Bukhari, Muslim, at-Tirmidhi dan Ibn Majah)


Semoga Allah Ta’ala mencucuri rahmat ke atas roh beliau dan menempatkan beliau bersama junjungan besar kita, nendanya Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم. Semoga Allah Ta’ala juga membalas jasa beliau atas segala jasa yang dicurahkan oleh beliau kepada umat Islam.



Moga-moga dengan mengingati dan mengasihi ulama besar ini, al-Faqir berharap, kelak beroleh syafaat darinya dan terlebih lebih lagi dari Datuknya, Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم . Itulah harapan ambo yang faqir ini.

أحب الصالحين ولست منهم - لعلي أن أنال بهم شفاعة

Kasih aku akan segala orang yang shalih, dan tiada aku daripada mereka itu mudah-mudahan bahawa mendapat aku dengan mereka itu akan syafa' at.

*******************
اللهم انشرنفحات الرضوان عليه وإمدنا بالأسرار التي أودعتهالديه. اللهم صل وسلم على جده النبي الأمين سيدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين


Ya Allah! Sebarkanlah hembusan keredhaanMu keatasnya dan limpahkanlah Ya Allah kepada kami segala rahsia yang Engkau simpan disisinya.

Ya Allah kurniakanlah rahmat dan kesejahteraan keatas nendanya, Nabi al-Amin, penghulu kami Muhammad dan keatas keluarga dan shahabat-shahabatnya sekalian.



الفاتحة إلى حضرة النبي صلى الله عليه وآله وسلم و الى روح سيدنا الحبيب محمد بن علوي المالكي الحسني

Sekadar inilah yang mampu al-Faqir kongsikan bersama. Seandainya terdapat kesalahan atau kesilapan, al-faqir memohon jutaan kemaafan.



Sekian dari,
al-faqirilaLlah abu zahrah
taman seri gombak
selesai pada 11 ramadhan 1430H.



Rujukan:
  • Ath-Tholi’ as-Sa’iid al-Muntakhib Min al-Musalsalaat wa al-Asaaniid oleh as-Sayyid Muhammad bin ‘Alawi bin ‘Abbas al-Maaliki al-Hasani
  • Al-‘Iqdul Fariid al-Mukhtasor Min al-Atsbaat wa al-Asaaniid oleh as-Sayyid Muhammad bin ‘Alawi bin ‘Abbas al-Maaliki al-Hasani
  • Al-Maliki Ulama Rabbani Abad Ke-21 oleh Syaikh Muhammad Fuad bin Kamaluddin al-Maliki [buku ini sangat bagus untuk dimiliki  kerana memaparkan biografi Abuya Maliki dengan terperinci)
  • Sayyid Muhammad bin ‘Alawi al-Maliki al-Hasani رحمه الله تعالى : Sejarah Hidup Dan Dasar-dasar Pemikirannya oleh Syaikh Ahmad Fahmi Zamzam al-Banjari an-Nadwi al-Maliki.
  • Dan lain-lain

2 komen:

adam berkata...

salam alaik ustaz .. saya ada dekat area Pj sekarang, boleh ke kalau nak ziarah antum?

al-fagir abu zahrah berkata...

salaam 'alaik,
akhuna adam, ahlan wa sahlan wa marhaban bikum

Related Posts with Thumbnails