Rabu, 17 Julai 2013

Kisah Salaf (Ba’alawi) : Melihat Dengan Matahati



Makam al-Habib Ahmad bin Hasan al-Atthas رحمه الله تعالى


Asy-Syeikh Muhammad bin Awadh BaFadhal menceritakan: Suatu hati aku bersama dengan al-Habib Ahmad bin Hasan al-‘Atthas رحمه الله تعالى ke sebuah kampung di Wadi ‘Amd, yang mana rata-rata penduduknya berpegang teguh dengan ajaran Islam. Maka para suatu hari ada seorang lelaki datang menemui al-Habib Ahmad bin Hasan al-‘Atthas رحمه الله تعالى untuk bertanyakan suatu masalah. Lelaki kelihatannya ini tidak pernah datang menemui al-Habib Ahmad bin Hasan al-‘Atthas رحمه الله تعالى atau duduk di dalam majlis beliau.




Lelaki itu mengadu kepada al-Habib Ahmad bin Hasan al-‘Atthas
رحمه الله تعالى masalah beliau. Dia berkata: Wahai Habib Ahmad, aku ada satu masalah yang rumit untuk aku mencari jawapannya. Al-Habib Ahmad bin Hasan al-‘Atthas رحمه الله تعالى bertanya: Apakah masalahmu wahai anakku? Lelaki itu menjawab: Wahai Habib, aku membeli sebidang tanah yang aku jadikan tapak untuk pembinaan bangunan. Namun setiap kali aku hendak dirikan bangunan di atasnya, bangunan itu roboh dengan sendirinya. Setiap kali dibangunkan semula bangunan ia roboh lagi. Dan pada pandanganku tidak ada yang dapat menyelesaikan masalah ini kecuali engkau (yakni al-Habib Ahmad bin Hasan al-‘Atthas).

Al-Habib Ahmad bin Hasan al-‘Atthas رحمه الله تعالى menjawab: InShaAllah, esok engkau akan mendapat jawapannya.


Maka pada keesokkan harinya, al-Habib Ahmad bin Hasan al-‘Atthas رحمه الله تعالى meminta lelaki itu mengantar beliau ke tanah tersebut untuk melihatnya. Lelaki itu sedar bahwa al-Habib Ahmad bin Hasan al-‘Atthas رحمه الله تعالى adalah seorang yang tidak dapat melihat (yakni buta) tetapi apa yang penting baginya adalah untuk mendapat jawapan penyelesaian kepada masalahnya, maka lelaki itu pun mengantar al-Habib Ahmad bin Hasan al-‘Atthas رحمه الله تعالى ke tanah tersebut. Kemudian al-Habib Ahmad bin Hasan al-‘Atthas رحمه الله تعالى berkata: Esok datanglah kepadaku, maka aku akan beritahu jawapannya.



Hari berikutnya, lelaki itu datang kepada al-Habib Ahmad bin Hasan al-‘Atthas رحمه الله تعالى. Al-Habib Ahmad bin Hasan al-‘Atthas رحمه الله تعالى bertanya kepadanya: Apakah engkau pernah mengadukan masalahmu ini kepada orang lain? Dia menjawab: Sebenarnya aku telah bertanyakan masalah ini kepada para ulama, namun tidak seorang pun yang dapat menjawabnya. Aku juga meminta tolong pihak pemerintah, tetapi tidak juga dapat menyelesaikannya.



Setelah mendengar jawapan lelaki tersebut, lalu al-Habib Ahmad bin Hasan al-‘Atthas رحمه الله تعالى pun berkata: Sebenarnya di tanah mu itu terkuburnya jasad seorang waliAllah yang besar, kerana itulah setiap kali engkau hendak mendirikan bangunan di atasnya, ia pasti roboh. ~ tamat kisah (petikan dari ad-Dawaul Qulub wat Tanwirul Bashoir min Kalam Sayyidi wa Syeikhi al-Habib ‘Abdul Qadir bin Ahmad bin Abdurrahman bin ‘Ali as-Seggaf oleh al-Habib Muhammad bin ‘Abdul Qadir bin Hussin as-Seggaf)



Catatan: Biografi al-Habib Ahmad bin Hasan

Kubah al-Athhas di mana terletaknya makam al-Quthub al-Habib 'Umar bin 'Abdurrahman al-'Atthas dan al-Habib Ahmad bin Hasan al-Atthas dan lain-lain
Nasab: Ahmad bin Hasan bin ‘Abdullah bin ‘Ali bin ‘Abdullah bin Muhammad bin Muhsin bin Hussin bin al-Quthb al-Kabir Umar bin ‘Abdurrahaman bin ‘Aqil al-‘Atthas bin Salim bin ‘Abdullah bin ‘Abdurrahman bin ‘Abdullah bin al-Quthub ‘Abdurrahman as-Seggaf [Saqqaf] bin Muhamad Maula Dawileh bin ‘Ali bin ‘Alwi bin al-Ustadz al-‘A’dhom al-Faqih al-Muqaddam Muhammad bin ‘Ali bin Muhammad Shohib Mirbath bin ‘Ali Kholi’ Qasam bin ‘Alwi bin Muhammad Shohib Shouma’ah bin ‘Alwi bin ‘Ubaidullah bin al-Muhajir ilallah Ahmad bin ‘Isa bin Muhammad an-Naqib bin ‘Ali al-Uraidhi bin Ja’far as-Shodiq bin Muhammad al-Baqir bin ‘Ali Zainal ‘Abidin bin Imam ‘Hussin al-Sibth putera kepada al-Imam Amir al-Mu’minin ‘Ali bin Abi Thalib dan Sayyidah Fathimah al-Zahra’ binti Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم .



Lahirkan di Huraidhah pada hari Selasa tanggal 19 Ramadhan 1257H dan wafat pada tanggal 6 Rajab 1334H pada usia 77 tahun. Di makamkan di dalam kubah al-Quthub al-Kabir al-Habib Umar bin ‘Abdurrahman al-‘Atthas, shohib ratib al-‘Atthas yang terkenal itu.



Antara guru al-Quthub al-‘Allamah al-Habib Hasan bin Ahmad al-Atthas رحمه الله تعالى adalah: Al-Quthub al-Habib Abu bakar bin ‘Abdullah al-‘Atthas; al-Habib Sholeh bin ‘Abdullah al-‘Atthos; al-Habib Ahmad bin Muhammad bin ‘Alwi al-Muhdhar; al-Habib Ahmad bin ‘Abdullah bin ‘Aydrus al-Bar; al-Habib ‘Abdurrahman bin ‘Ali bin ‘Umar bin Seggaf as-Seggaf; al-Habib Muhammad bin ‘Ali bin ‘Alwi bin ‘Abdillah as-Seggaf; al-Habib Muhammad bin Ibrahim bin ‘Aydrus BilFagih; al-Habib Muhammad bin Muhammad bin Muhammad as-Seggaf; al-Habib Fadhl bin ‘alwi bin Muhamad bin Sahl Maula Dawilah; al’-‘Allamah as-Sayyid Ahmad Zaini Dahlan (Habib Ahmad bin Hasan al-‘Atthas adalah murid kesayangan beliau); Syeikh ‘Ali bin Ibrahim as-Samanudi dan lain-lain رحمهم الله تعالى.

~ sekian dari abu zahrah al-qadahi
rabu, 8 ramadhan 1434 
sebelum dzuhur di teratak usangku di taman seri gombak ~ 

0 komen:

Related Posts with Thumbnails