Jumaat, 19 Julai 2013

Bolehkah bertabarruk dengan rambut Sayyiduna Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم?




Rambut Sayyiduna Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم

Sehari dua ini panas dengan isu air celupan rambut Baginda صلى الله عليه وآله وسلم atau dengan kata lain bertabarruk dengan rambut Baginda صلى الله عليه وآله وسلم. Maka fokus entri ini adalah berkenaan persoalan apakah boleh atau tidak kita rambut Baginda صلى الله عليه وآله وسلم. Al-fagir bawakan sedikit petikan dari kitab al-Ajwibah al-Ghaaliyah fi ‘Aqidah an-Naajiyah karya al-'Allamah al-Muhaqqiq al-Faqih al-'Abid az-Zahid al-Murabbi ad-Da`ie ila Allah as-Sayyid al-Habib Zein bin Ibrahim bin Zein bin Muhammad bin Zein Bin Sumaith:


Soalan: Apakah boleh bertabarruk dengan bekas (kesan/tinggalan) orang-orang shaleh? Dan apakah dalil atas perbuatan yang demikian?


Jawapan: Ya! Boleh. Dan baginya dalil yang banyak. Secara keseluruhan, adalah bahawa para shahabat رضي الله عنهم pernah bertabarruk kepada Nabi صلى الله عليه وآله وسلم, mencari kesembuhan dengan bekas Baginda صلى الله عليه وآله وسلم, baik semasa hayat Baginda صلى الله عليه وآله وسلم atau sesudah kewafatan Baginda صلى الله عليه وآله وسلم sebagaimana yang banyak disebutkan di dalam hadits-hadits dan atsar (kata-kata shahabat رضي الله عنهم). Kami akan meriwayatkannya secara ringkas, antaranya (al-fagir bawakan hadits yang berkaitan dengan bertabarruk dengan rambutnya Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم sahaja – yang lain boleh dibaca dari kitab berkenaan)

عَنْ عَبْدِاللهِ بْنِ مَوْهَبٍ رضي الله عنه قال: أَرْسَلَتْنِيْ أُمِّي إِلَى أُمِّ سَلَمَةَ رَضِيَ اللهُ عَنْهَا بِقَدَحٍ مِنْ مَاءٍ، فَجَاءَتْ بِجُلْجُلٍ مِنْ فِضَّةٍ فِيْهِ شَعْرٌ مِنْ شعَرِ النَّبِيِّ صلى الله عليه وآله وسلم ، فَكَانَ إَذَا أَصَابَ الِإنْسَانَ عينٌ أَوْ شَيْءٌ بَعَثَ إِلَيْهَا فَتَمْخَضُهُ لَهُ فَيُشْرِبُ مِنْهُ، فَاطَّلعْتُ فِيْ الجُلْجُلٍ فَرَأَيْتُ شَعْرَاتٍ حُمْرًا

Ertinya: “Daripada Sayyidina Abdullah bin Mauhab رضي الله عنه, beliau berkata: “Ibuku pernah mengutusku kepada Sayyidatina Ummi Salamah رضي الله عنها dengan membawa satu wadah air, maka beliau datang dengan sebuah bekas yang diperbuat daripada perak (Juljul) yang di dalamnya terdapat beberapa helai rambut Sayyiduna Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم. Apabila ada seseorang terkena ‘ain (pandangan mata yang jahat – sejenis sihir) atau sesuatu (penyakit lain) maka dibawa, lalu Sayyidatuna Ummu Salamah رضي الله عنها mencelupkannya ke dalam air dan orang tersebut meminumnya. Aku meninjau dalam bekas perak itu, maka aku melihat terdapat beberapa rambut yang berwarna merah. (Hadits riwayat al-Bukhari)



Sayyidina Anas رضي الله عنه berkata:

لَقَدْ رَأَيْتُ رَسُولَ اللَّهِ صلى الله عليه وآله وسلم ، وَالْحَلَّاقُ يَحْلِقُهُ، وَأَطَافَ بِهِ أَصْحَابُهُ، فَمَا يُرِيدُونَ أَنْ تَقَعَ شَعْرَةٌ، إِلَّا فِي يَدِ رَجُلٍ

Ertinya: “Dahulu aku lihat Sayyiduna Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم dan tukang cukur yang sedang mencukur rambut Baginda صلى الله عليه وآله وسلم, sementara para shahabat رضي الله عنهم mengelilingi Baginda صلى الله عليه وآله وسلم, mereka tidak menginginkan ada sehelai rambut Sayyiduna Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم yang jatuh melainkan ditangan seseorang (di antara mereka). (Hadits riwayat Muslim)

Adalah para shahabat رضي الله عنهم, sentiasa memelihara rambut Baginda صلى الله عليه وآله وسلم untuk bertabarruk dan kesembuhan penyakit, dan telah tsabit bahawa Khalid bin Walid رضي الله عنه meletakkan rambut Baginda صلى الله عليه وآله وسلم di dalam topi besinya (pakaian perang), maka suatu ketika topi itu jatuh dalam suatu peperangan, dan beliau sangat gigih untuk mendapatkannya kembali, sehingga ada sebahagian shahabat membantah tindakannya disebabkan banyak prajurit yang terbunuh hanya untuk mencari topi itu. Beliau berkata:

لَمْ أَفْعَلْ ذَلِكَ بِسَبَبِ القَلَنْسُوْةِ، بَلْ لَمَا تَضَمَّنَتْهُ مِنْ شَعْرِهِ صلى الله عليه وآله وسلم ، لِئَلاَّ أُسْلَبَ بِرَكَتَهَا وَتَقَعَ فِيْ أَيْدِي المُشْرِكِيْنَ

Ertinya: “Aku tidak mencarinya disebabkan topi itu, akan tetapi di dalamnya ada beberapa helai rambut Sayyiduna Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم, aku mencarinya kerana tidak mahu keberkahannya dicabut dan jatuh ke tangan orang-orang musyrik” (Asy-Syifa` oleh Qadhi ‘Iyadh)

Untuk mengetahui lebih lanjut sila rujuk kitab berkenaan.


 ~ sekian dari abu zahrah al-qadahi

jumaat, 10 ramadhan 1434, taman seri gombak ~

0 komen:

Related Posts with Thumbnails