Biografi ringkas Sayyid 'Alawi bin 'Abbas al-Maliki al-Hasani رحمه الله تعالى
Beliau
adalah Sayyid ‘Alawi bin ‘Abbas bin ‘Abdul ‘Aziz bin ‘Abbas bin Muhammad
al-Maliki al-Idrisi al-Hasani. Beliau adalah keturunan Idris al-Azhar bin Idris
al-Akbar bin ‘Abdullah al-Kamil bin Hasan al-Mutsanna bin Hasan, putera kepada
Sayyidina ‘Ali bin Abi Thalib dan Sayyidah Fathimah al-Zahra’ binti Rasulullah صلى الله عليه وآله
وسلم.
Dilahirkan
di rumah al-Maliki berhampiran Bab as-Salam pada tahun 1328H. menghafal
al-Quran ketika berusia 10 tahun dan menjadi imam sholat tarawikh di
Masjidilharam. Belajar di Madrasah al-Falah dan tamat pada tahun 1346H.
Kemudian menjadi tenaga pengajar di madrasah tersebut. Mengajar di halaqahnya
di Masjidilharam berdekatan dengan Bab as-Salam selama 40 tahun. Juga dilantik
menjadi jurunikah di Mekah. Beliau wafat pada tanggal 25 Shafar 1391H
dipangkuan pelayan (khadam) beliau, iaitu Tuan Guru Haji Mas’ud Telok Intan.
Antara
masyaikh beliau – Ayahndanya sendiri Sayyid ‘Abbas bin ‘Abdul Aziz
al-Maliki; al-Muhaddits al-Haramain Syaikh Umar Hamdan al-Mahrisi; Syaikh
Habibullah asy-Syanqiti; Syaikh Muhammad ‘Ali bin Hussin al-Maliki; Syaikh
Jamal al-Maliki; Syaikh al-Qurra’ Syaikh at-Tiji; Syaikh ‘Abdullah Hamaduh;
Syaikh Hasaan as-Said as-Sanuri; Syaikh amin Suwid ad-Dimasyqi; Syaikh Mahmud
al’Attor ad-Dimasyqi; Syaikh Isa Rawwas; Syaikh Salim Syafie; Syaikh Ahmad
Nadhirin; Syaikh Muhammad al-‘Arabi at-Tabbani; Syaikh Yahya Aman; Syaikh
Muhammad Khidir asy-Syanqiti; Syaikh Muhammad al-Mujtaba asy-Syanqiti; Syaikh
Umar BaJunaid; Syaikh ‘Abdul Sattar ad-Dehlawi.
Selain
itu beliau juga meriwayatkan ilmu, ijazah dan sanad daripada ulama keluarga
Ba’Alawi (ahlul bait yang bernasabkan kepada ‘Alawi bin Ubaidullah bin Ahmad
bin Isa al-Muhajir bin Muhammad bin ‘Ali al-Uraidhi bin Ja’far ash-Shodiq bin
Muhammad al-Baqir bin ‘Ali Zainal ‘Abidin bin Hussin al-Sibth putera kepada
Sayyidina ‘Ali bin Abi Thalib dan Sayyidah Fathimah al-Zahra’ binti Rasulullah صلى الله عليه وآله
وسلم.), antaranya: al-Habib ‘Aydrus bin Salim al-Bar; al-Habib Abu
Bakar al-Bar; al-Habib ‘Abdur Rahman bin Ubaidullah al-Seggaf @Saqqaf; al-Habib
‘Alwi bin Thohir al-Haddad; al-Habib Musthofa al-Mihdhor; al-Habib Muhammad bin
Hadi al-Seggaf; al-Habib Umar bin Sumaith; al-Habib Salim bin Hafidz; al-Habib
‘Ali bin ‘Ali al-Habsyi; al-Habib ‘Alwi bin Muhammad al-Haddad; al-Habib ‘Ali
bin ‘Abdur Rahman al-Habsyi dan al-Habib Abu Bakar al-Seggaf.
Beliau
juga meriwayatkan ilmu, sanad dan ijazah daripada para ulama terkenal di
zamannya, seperti: al-Imam al-Muhaddits Muhammad ‘Abdul Hayy al-Kattani;
asy-Syarif ‘Abdul Hafiz al-Fasi; Syaikh Muhammad Zahid al-Kauthari; Syaikh
Yusuf bin Ismail an-Nabhani; Syaikh Muhammad Bakhit al-Muti’i; Syaikh Salamah
al-‘Azzami; asy-Syarif Ahmad bin Ma’mun al-Balghiti; Syaikh al-Muhaddits
Muhammad Ilyas al-Kandahlawi; Syaikh al-Muarrikh al-Yamani Muhammad Zabarah,
pengarang Nail al-Wator; al-Imam al-Muhaddits al-Musnid Muhammad ‘Abdul Baqi
al-Ayyubi al-Madani; Syaikh Abu al-Khair al-Maidani ad-Dimasyqi; Syaikh
al-Mursyid Muhammad Abu al-Nasr Khalaf al-Hims dan al-Imam al-Mursyid
asy-Syarif Ahmad as-Sanusi al-Mujahid.
Kitab
karangan beliau: al-‘Iqd
al-Munazzam fi Aqsam al-Wahyi al-Mu’azzam; al-Manhal al-Lathir fi ahkam
al-Ahadits ad-Dhoif; al-Ibanah al-Ahkam al-Kahanah; Risalah fi Ibtol Nisbah
al-Qaul bi Waihdah al-Wujud li ‘Aimmah at-Tasawwuf; Risalah fi al-Ilham;
Ibanatul Ahkam Syarh Bulughul Maram; Risalah al-Ahkam at-Taswir; al-Mawaiz
ad-Diniyyah [himpunan ceramah beliau diradoi Saudi pada setiap pagi Jum’at];
Nailul Maram Ta’liq ‘ala ‘Umdah al-Ahkam; Fath al-Qarib al-Mujib ‘ala Tahzib
al-Targhrib wat Tarhib, Diwan Syairnya. Manakala ananda beliau Sayyid Muhmmad
bin ‘Alawi telah mengumpulkan sanad-sanad beliau dalam kitab al-‘Uqud
al-Lu’luiyyah bi Asanid al-‘Alawiyyah; dan fatwa-fatwa beliau di dalam kitab
Majmu al-Fatawa wa al-Rasail.
Adapun
murid beliau, tidak terhingga ramainya. Maka tak perlulah ambo tulis lagi dek
kerana ramainya. Ramai di kalangan ulama Nusantara yang belajar kepada beliau
di Mekah. Oleh kerana itulah nama beliau tidak asing lagi di Nusantara.
Pujian
ulama kepadanya:Kata Imam al-Akbar Dr. ‘Abdul Halim Mahmud, Syaikhul al-Azhar: “…… Sesungguhnya Allah telah menyinari wajahnya di
atas kesungguhannya yang kuat terhadap sunnah Rasulullah صلى
الله عليه وآله وسلم dalam
memikul, memberi kefahaman, pengajaran, pentarbiyahan dan sebagainya jalan
menuju Allah….”
Syaikh
‘Abdul ‘Aziz bin Baz juga pernah memuji Sayyid ‘Alawi sebagaimana diceritakan
oleh Syaikh Ahmad al-Haribi (Pemantau Majlis Pengajian di Masjidil Haram): “…. Pada suatu hari Syaikh ‘Abdul Aziz bin Baz (mantan
Mufti Saudi) berhenti di dalam majlis pengajian Sayyid ‘Alawi al-Maliki dan
mendengar pengajaran Sayiid ‘alawi beberapa ketika. Apabila dia berpaling,
Syaikh Ahmad al-Haribi bertanya pendapat Syaikh ‘Abdul ‘Aziz Bin Baz tentang
pengajaran Sayyid ‘Alawi al-Maliki dan dia berkata: MasyaAllah! MasyaAllah.
(menunjukkan ta’jub terhadap ilmu Sayyid ‘Alawi dan pengi’tirafan keatas
ketinggian ilmunya)
Syaikh
Muhmmad Said al-Yamani pernah berkata kepada ayahnya Sayyid ‘Abbas al-Maliki:
Sesungguhnya anakmu ‘Alawi akan menjadi perhiasan Masjidilharam.
Syaikh
Umar Khayyath berkata: Ketika kami berada di dewan rumah Syaikh ‘Ali ibn
Hussin al-Maliki di dalam satu majlis, Sayyid ‘Alawi datang, lalau Sayyid ‘Ali
al-Maliki berkata: Sesungguhnya anaku ini, ‘Alawi, merupakan orang yang
mendapat anugerah dan ilham, di dalam percakapannya penuh dengan keindahan dan
keelokkan, dia juga merupakan orang yang dikasihi ramai, semua orang suka
mendengar pengajarannyadan aku adalah orang yang pertama suka mendengar
kalamnya.
Kisah kefaqihan beliau, boleh baca disini
Khadam kepada Sayyid 'Alawi, al-Marhum Tuan Guru Hj. Mas'ud, Teluk Intan. Diatas riba beliau lah Sayyid 'Alawi menghembus nafasnya yang terakhir |
Setelah
kewafatan beliau pada malam Rabu 25 Shafar 1391, tempat beliau diganti oleh
anaknya iaitu Sayyid Muhammad (wafat, Jumaat 15 Ramadhan 1425H/29 Oktober 2004M), yang kemudiannya muncul sebagai ulama Mekah yang
harum namanya diseluruh pelusuk dunia.
0 komen:
Catat Ulasan