Selasa, 9 Julai 2013

Kisah Orang Sholeh Menyambut Ketibaan Ramadhan …



Adalah para salaf (Ba'alawi), mereka itu menyambut Ramadhan dengan pelbagai ragam keta’atan dan ibadah (seperti sholat sunat, membaca al-Qur’an, bersedekah dan lain-lain), Adapun kita sekarang, menyambut Ramadhan dengan pelbagai jenis juadah makanan dan minuman …….. itu belum dihitung persiapan raya yang dibuat awal-awal sebelum masuk Ramadhan lagiii …..

Jom ikuti kisah pendek yang al-fagir petik dari kitab al-Fawaaid al-Mukhtarah li Saalik Thoriqah al-Akhirah 

Makam Al-Habib ‘Abdullah bin Hussin bin Thohir  رضي الله عنه
Al-Habib ‘Abdullah bin Hussin bin Thohir رضي الله عنه, apabila menyambut Ramadhan, beliau menghimpunkan anak-anak beliau dan mengambil perjanjian dari mereka untuk menambah (melipatgandakan) ‘amal dalam bulan Ramadhan (melebihi dari bulan-bulan yang lain). Maka beliau bertanya kepada anak-anak beliau seorang demi seorang tentang  amal apa yang mereka hendak tambah. Maka tatkala menyebut setiap daripada anak-anaknya jenis-jenis ‘amal yang hendak mereka lipatgandakan, menangislah al-Habib ‘Abdullah bin Hussin bin Thohir seraya berkata: Aku menangis kerana sesungguhnya aku tiada upaya untuk menambah ‘amalan (yakni bahwasanya sekelian waktu beliau telah beliau manfaatkan semuanya untuk ibadah). Beliau berkata lagi: Wahai anak-anak ku, apakah ada dari kalangan kalian yang mahu menjual kepada aku masanya?

~ Nak tahu bagaimana beliau memanfaatkan masanya, mai baca biografi ringkas beliau dibawah ~

Kawasan Pemakaman Al-Habib ‘Abdullah bin Hussin bin Thohir Ba’alawi رضي الله عنه
Biografi: Al-Habib ‘Abdullah bin Hussin bin Thohir Ba’alawi رضي الله عنه. Lahir di kota Tarim pada tahun 1191H. Mengambil ilmu daripada ulama-ulama besar seperti al-‘Allamah al-Habib Haamid bin ‘Umar al-Munfir, al-‘Allamah al-Habib Alwi bin Ahmad bin Hasan al-Haddad, al-‘Allamah al-Habib ‘Umar bin Ahmad bin Hasan al-Haddad رضي الله عنهم. Beliau juga pernah ke Haramain untuk belajar. Antara gurunya di Haramain al-‘Allamah al-Habib ‘Aqil bin ‘Umar bin ‘Aqil bin Yahya, as-Sayyid ‘Ali al-Baiti, Syeikh ‘Umar bin ‘Abdurrasul ‘Atthar dan al-‘Allamah al-Habib Ahmad bin ‘alwi Jamalullail رضي الله عنهم. Syeikh Futuh beliau al-Imam al-Kabir al-‘Allamah ‘Umar bin Saqqaf bin Muhammad as-Saqqaf رضي الله عنه

Beliau menghasilkan beberapa karya, antaranya: Diwan al-Habib ‘Abdullah bin Hussin bin Thohir (kumpulan syair), al-Washiah an-Nafi’ah fi Kalimat Jami’ah, Dhikru al-Mu’minin bima Ba’atsa bihi Sayyidil Mursalin, Sullam at-Taufiq (kitab fiqih), Miftahul I’rab dan Majmu’. Beliau adalah seorang yang sangat memberi perhatian kepada ilmu, ‘amal dan ittiba` kepada datuknya, al-Musthofa صلى الله عليه وآله وسلم

Seorang yang sangat rajin dan bersungguh-sungguh dalam ber’amal. Waktunya depenuhi dengan ilmu, ‘amal dan mengajar. Wirid hariannya adalah 25, 000x Laailaha illaLlah, 25,000x Ya Allah, 25,000x sholawat dan lain-lain amal seperti membaca al-Qur’an. Antara murid beliau adalah al-Habib ‘Ali bin Muhammad bin Hussin al-Habsyi رضي الله عنه, pengarang Maulid Simtud Durar. Beliau wafat pada usia 81 tahun, yakni pada tahun 1272H dan di makamkan di Masiilah, Hadramaut.


Sekian dari
abu zahrah al-qadahi
selasa, 30 Sya’ban 1433, selepas ‘asar ~ taman seri gombak ~

0 komen:

Related Posts with Thumbnails