Jumaat, 13 Mac 2009

Mengenali Pengarang Kitab-kitab Maulid Secara Ringkas - 5 (Bahagian Akhir)


Maulid adh-Dhiya al-Laami’ – Kitab maulid yang terkini. Dikarang oleh seorang ulama tersohor dewasa ini iaitu al-Habib Umar bin Muhammad bin Salim bin Hafiz bin ‘Abdullah bin Abi Bakar bin Aydrus bin Umar bin Aydrus bin Umar bin Abi Bakar bin Aydrus bin al-Hussin ibn al-Syaikh Abi Bakar bin Salim bin Abdullah bin Abdurrahman bin ‘Abdullah bin Abdurrahman al-Saqqaf bin Muhammad Maula al-Dawilah bin ‘Ali bin ‘Alawi bin al-Faqih al-Muqaddam Muhammad bin ‘Ali bin Muhammad Shahib al-Mirbath bin ‘Ali Khali’ Qasam bin ‘Alawi bin Muhammad bin ‘Alawi bin ‘Ubaidullah bin Imam al-Muhajir Ahmad bin ‘Isa al-Rumi bin Muhammad al-Naqib bin ‘Ali al-Uraidhi bin Ja’far al-Shadiq bin Muhammad al-Baqir bin ‘Ali Zainal ‘Abidin bin Hussin al-Sibth putera kepada Sayyidina ‘Ali bin Abi Thalib dan Sayyidah Fathimah al-Zahra’ binti Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم .



Beliau lebih dikenali dengan nama Habib Umar bin Hafiz dan di Indonesia diberi julukan Habib Sejuta Muhibbin. Merupakan keturunan yang ke-39 dari Baginda Nabi Muhammad صلى الله عليه وآله وسلم, melalui salasilah Saidina Husin bin ‘Ali bin Abi Talib رضي الله عنهما dan Fatimah az-Zahra’ binti Muhammad Rasulillah صلى الله عليه وآله وسلم . Dilahirkan pagi sebelum subuh hari Isnin, 4 Muharram 1383H bersamaan 27 Mei 1963, di Bandar Tarim, Hadramaut, Yaman.

Ketika berusia 9 tahun, ayahnya Habib Muhammad bin Salim telah ditangkap oleh tentera (regim komunis) dan hilang tanpa berita. Peristiwa tersebut berlaku dihadapan Habib Umar pada hari Jum’at 29 Dhulhijjah tahun 1392H.

Pendidikan: Beliau mendapat pendidikan awal dari ayahnya yang juga merupakan mufti Tarim al-Ghanna. Selain itu Habib Umar juga belajar dengan guru-guru berikut, antaranya: al-Habib Muhammad bin ‘Alwi bin Syihab, al-Habib al-Munshib Ahmad bin 'Ali bin asy-Syaikh Abu Bakar, al-Habib 'Abdullah bin Syaikh al-'Aydrus, al-Muarrikh al-Bahhaatsah al-Habib 'Abdullah bin Hasan BalFaqih, al-Muarrikh al-Lughawi al-Habib 'Umar bin 'Alwi al-Kaaf, asy-Syaikh al-Mufti Fadhal bin 'Abdur Rahman BaFadhal, asy-Syaikh Tawfiq Aman, saudara kandungnya al-Habib 'Ali al-Masyhur bin Muhammad bin Salim, Habib Salim bin ‘Abdullah asy-Syathiri dan sejumlah ulama lain.

Selain dari ulama Tarim beliau juga mengambil ilmu beliau juga menuntut ilmu dan ijazah daripada ramai lagi ulama di luar kota tersebut seperti di Kota Syihr, al-Baidha` dan juga al-Haramain. Antaranya beliau menuntut ilmu dan menerima ijazah daripada al-Habib Muhammad bin 'Abdullah al-Hadhar [beliau wafat pada tahun 1418H di Mekah dan merupakan mertua kepada Habib Zain bin Ibrahim bin Sumaith], al-Habib Zain bin Ibrahim bin Sumaith, al-Habib al-Musnid Ibrahim bin 'Umar bin 'Aqil bin Yahya [mufti Ta’iz], al-Habib 'Abdul Qadir bin Ahmad bin 'Abdurrahman as-Saqqaf [merupakan pembimbing ruhani beliau], al-Habib Ahmad Masyhur bin Thaha al-Haddad, al-Habib Abu Bakar al-Aththas bin 'Abdullah al-Habsyi. Beliau juga mendapat ijazah sanad daripada al-Musnid Syaikh Muhammad Yasin bin Isa al-Fadani dan al-Muhaddits al-Haramain Sayyid Muhammad ibn Alawi al-Maliki Hasani.

Beliau mengasaskan Rubath Dar al-Musthafa pada tahun 1414H/1994M dengan tiga matlamat:
  1. Mengajar ilmu agama secara bertalaqqi dan menerimanya daripada ahlinya yang bersanad;
  2. Mentazkiyah diri dan memperbaikkan akhlak; dan
  3. Menyebarkan ilmu yang bermanfaat serta berdakwah menyeru kepada Allah Ta’ala.

Secara rasminya Darul Musthafa berdiri pada hari Selasa 29 Dhulhijjah 1417H/ 6 Mei 1997.


Selain terkenal sebagai ulama dan da`ie yang sering keluar berdakwah keseluruh dunia. Setiap tahun beliau akan turun berdakwah di Asia Tenggara seperti di Indonesia, Singapura dan Malaysia. Beliau juga merupakan seorang penyair yang mahir. Antara karangannya yang terkenal dan tersebar ke seluruh pelusuk dunia ialah kitab maulidnya الضياء اللامع . Karangan beliau yang lain adalah: الشراب الطهور , رسائل معالم الدعاة , ثقافة الخطيب , إسعاف طالبي رضا الخلاق dan syarah qasidah al-Habib Ibrahim bin ‘Aqil yang bertajuk مشرع المدد القوي في نظم السند العلوي.


0 komen:

Related Posts with Thumbnails