Khamis, 19 November 2009

HURAIAN BERKENAAN DENGAN IBADAH KORBAN DAN HUKUM-HUKUM BERKAITAN DENGANNYA - BHG.2

4. HUKUM MELAKSANAKAN IBADAH KORBAN

Hukum asal ibadah korban itu adalah sunat mu’akkadah (sunat yang sangat dituntut). Jumhur ulama juga mengatakan ia adalah sunat bagi orang yang mampu. Makruh bagi orang yang mampu itu jika dia tidak melakukan korban. Walau bagaimanapun jika ditinggalkannya tanpa sebarang keuzuran, tidaklah dia berdosa dan tidak wajib dia mengqadhanya. Walaubagaimanapun ianya boleh menjadi wajib apabila dinazarkan. Maka secara ringkasnya, korban itu terbahagi kepada 2:
  1. Korban sunat (muakkad – yakni tersangat dituntut mengerjakannya)
  2. Korban wajib

Bagaimana korban boleh menjadi wajib? Binatang sembelihan bagi ibadat korban itu menjadi wajib apabila ia dinazarkan, sama ada:
  • Nazar itu nazar yang sebenar (nazar hakikat) ataupun
  • Nazar dari segi hukum sahaja, sebagaimana sabda Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم :
من نزر أن يطيع الله فليطعه
Maksudnya: “Sesiapa yang bernazar untuk mentaati Allah, maka hendaklah dia mentaatinya”. (Hadits riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Apa yang dimaksudkan dengan nazar yang sebenar dan nazar dari segi hukum?

Nazar sebenar/hakiki itu adalah dengan menyebut nama Allah atau menggunakan perkataan ‘nazar’. Sebagai contoh orang yang berkorban itu berkata: “Demi Allah wajib ke atasku menyembelih kambing ini sebagai korban”, ataupun dia berkata: “Aku bernazar untuk menyembelih kambing sebagai korban pada Hari Raya Haji nanti”.

Adapun bernazar dari segi hukum sahaja seperti seseorang itu berkata: “Aku jadikan kambing ini untuk korban”, ataupun dia berkata: “Ini adalah korban”, maka dianggap sama seperti bernazar yang sebenar kerana dia telah menentukan (ta‘ayin) binatang tersebut.

Binatang yang dinazarkan sebagai korban atau binatang korban wajib itu tidak boleh ditukar dengan yang lain walaupun dengan yang lebih baik. Apatah lagi dijual, disewakan atau dihibahkan (diberikan). Sekiranya binatang korban wajib itu dijual oleh orang yang berkoban, maka hendaklah dia mendapatkannya semula daripada orang yang telah membelinya jika masih ada di tangan pembeli dan dia hendaklah memulangkan harga belian yang diterimanya. Jika tiada lagi di tangan pembeli, umpamanya sudah disembelihnya, maka wajib baginya mengadakan nilaian harga yang lebih mahal daripada harga waktu dia memiliki yang dahulu, dan hendaklah dia membeli semula dengan nilaian itu binatang korban yang sama jenisnya dan sama umurnya untuk disembelih pada tahun itu juga. Jika luput dia daripada menyembelihnya, maka wajib ke atasnya menyembelih binatang korban wajib itu pada tahun hadapannya sebagai qadha yang luput itu. Jika harga binatang korban itu (yang sama jenis dan umur dengan yang dahulu) lebih mahal kerana naik harga dan harga nilaian itu tidak mencukupi untuk membeli binatang yang sama dengan yang dahulu itu hendaklah ditambahnya dengan hartanya yang lain. Begitulah juga hukumnya jika binatang itu tidak disembelih setelah masuk Hari Raya Adha dan binatang itu binasa dalam tempoh tersebut.

Jika binatang korban wajib itu rosak, umpamanya mati atau dicuri orang sebelum masuk waktu berkorban dan bukan kerana kecuaiannya, tidaklah wajib dia menggantinya.

Manakala jika ia dibinasakan oleh orang lain, maka hendaklah orang yang membinasakan itu mengganti harga binatang korban wajib itu kepada orang yang punya korban dan dia hendaklah membeli semula binatang yang sama seperti yang dahulu, jika tidak diperolehi binatang yang sama, hendaklah dibelinya yang lain sahaja sebagai ganti.

Adapun jika binatang korban wajib itu disembelih sebelum masuk waktu korban, wajiblah disedekahkan kesemua dagingnya dan tidak boleh bagi orang yang berkorban wajib itu memakan dagingnya walaupun sedikit dan wajib pula menyembelih yang sama dengannya pada hari korban itu sebagai ganti.

Jika binatang korban yang telah ditentukan dalam korban wajib itu menjadi cacat (‘aib) setelah dinazarkan dan sebelum masuk waktu menyembelihnya dan kecacatan binatang itu adalah cacat yang tidak boleh dibuat korban pada asalnya, maka tidaklah disyaratkan menggantinya dan tidaklah terputus hukum wajib menyembelihnya dengan adanya cacat tersebut. Bahkan jika disembelihnya pada Hari Raya Adha adalah memadai (boleh dibuat) sebagai korban.

Sekiranya binatang yang dalam keadaan cacat itu disembelih sebelum Hari Raya Adha hendaklah disedekahkan dagingnya itu dan tidak wajib menggantinya dengan binatang yang sama untuk disembelih pada Hari Raya Adha itu. Tetapi wajib bersedekah nilaian harga binatang yang disembelih itu.

Jika kecacatan itu berlaku setelah Hari Raya Adha dan disembelih dalam keadaan yang demikian, maka tidaklah ia memadai (tidak memenuhi syarat) sebagai korban, kerana ia telah menjadi barang jaminan selagi belum disembelih, dan wajib diganti dengan yang baru.

Tidak sah dibuat korban bagi orang yang hidup melainkan dengan izinnya, dan tidak sah juga dibuat korban bagi orang yang telah mati jika simati tidak berwasiat untuk berbuat demikian.

Orang yang membuat korban bagi simati dengan izinnya (yakni dengan wasiatnya) wajiblah atasnya bersedekah kesemuanya. Tidak ada bahagian untuk dirinya atau orang-orang dibawah tanggungannya (nafkah), kerana ianya merupakan orang yang menerima dan orang yang menyerah. (Matla al-Badrain)

Bapa atau datuk boleh melaksanakan korban bagi orang yang diwalikan seperti anak dan cucunya dengan diambil perbelanjaan daripada harta ayah atau datuk atau anak atau cucu itu sendiri.

5. WAKTU MELAKSANAKAN IBADAH KORBAN

Waktu penyembelihan korban bermula sesudah matahari terbit pada 10 Zulhijjah (Hari Raya Haji) dan sesudah kadar selesai sholat dua rakaat sholat hari raya dan dua khutbah pendek/ringan. Manakala yang afdhalnya adalah ketika matahari naik segalah. Waktu penyembelihan korban berlanjutan sehingga terbenamnya matahari 13 Zulhijjah. Ringkasnya: 10 Zulhijjah – 13 Zulhijjah.

Jika binatang korban disembelih selepas berakhirnya hari Tasyriq (setelah berlalunya hari Tasyriq yang terakhir) sembelihan itu tidak dianggap sebagai korban kerana dilakukan setelah berlalu masa yang diharuskan. Tetapi bagi korban wajib (korban nazar) yang masih belum disembelih di dalam waktunya yang diharuskan, sehingga habis masa, ia wajib menyembelih binatang itu (walaupun diluar waktu) dan sembelihan itu dikira qadha. (I’aanah at-Tholibin, Juz 2; hal: 331)

6. JENIS-JENIS BINATANG YANG BOLEH DIJADIKAN KORBAN SERTA SYARAT-SYARATNYA

Binatang yang sah disembelih untuk dibuat korban itu ialah:

Binatang korban itu hendaklah binatang ternakan (an‘am) seperti unta atau yang sejenisnya, lembu atau yang sejenisnya seperti kerbau dan kambing atau yang sejenisnya seperti biri-biri dan kibasy. Firman Allah Subhanahu wa Ta‘ala:


وَلِكُلِّ أُمَّةٍ جَعَلْنَا مَنسَكاً لِّيَذْكُرُواْ ٱسْمَ ٱللَّهِ عَلَىٰ مَا رَزَقَهُمْ مِّن بَهِيمَةِ ٱلأَنْعَامِ

Maksudnya: "Dan bagi tiap-tiap umat telah kami syari‘atkan ibadat menyembelih korban supaya mereka menyebut nama Allah sebagai bersyukur akan pengurniaanNya kepada mereka daripada binatang-binatang ternak yang disembelih itu".(Surah al-Hajj: 34)

Seekor unta, lembu atau kerbau itu boleh dikongsi oleh tujuh orang sama ada daripada keluarga yang sama atau yang lain walaupun tidak semuanya bermaksud korban, misalnya ada di antaranya bermaksud aqiqah dan yang lainnya kerana mahukan dagingnya sahaja ataupun daging korban. Ini dijelaskan dalam sebuah hadits:


خرجنا مع رسول الله صلى الله عليه وسلم مهلين بالحج فأمرنا رسول الله صلى الله عليه وسلم أن نشترك في الإبل والبقر كل سبعة منا في بدنة

Maksudnya: "Kami keluar bersama Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم (dari Madinah) mengucapkan لا إله إلا الله, dengan berniat untuk mengerjakan haji, maka Baginda صلى الله عليه وآله وسلم menyuruh kami berkongsi pada unta dan lembu, setiap tujuh orang daripada kami bagi seekor badanah".(Hadits riwayat Muslim)

Seekor kambing pula hanya untuk seorang sahaja tidak boleh dikongsikan. Jika dikongsikan seekor kambing itu untuk dua orang atau lebih, maka tidak sah korban tersebut.

Afdhalnya binatang yang dibuat korban itu yang berwarna putih, kemudian yang berwarna kuning, kemudian yang putih tetapi yang tiada bersih putihnya, kemudian yang sebahagian badannya berwarna putih, kemudian yang sebahagian berwarna hitam, kemudian berwarna hitam semuanya, kemudian yang berwarna merah semuanya.

Binatang itu hendaklah cukup umur. Dari Jabir bin Abdillah رضي الله عنه, sabda Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم:


لاَ تَذْبَحُوا إِلاَّ مُسِنَّةً إِلاَّ أَنْ يَعْسُرَ عَلَيْكُمْ فَتَذْبَحُوا جَذَعَةً مِنَ الضَّأْنِ

Maksudnya: "Jangan kamu menyembelih korban melainkan yang telah musinnah kecuali jika kamu sukar mendapatkannya, maka sembelihlah anak daripada biri-biri." (Hadits riwayat Muslim)


Adapun musinnah itu ialah ats-tsaniy (yang gugur gigi hadapannya) daripada binatang ternakan unta, lembu dan kambing. Maka ukuran umur bagi binatang korban itu ialah:
  1. Unta yang gugur gigi hadapannya ialah yang telah sempurna umurnya lima tahun dan masuk tahun keenam.
  2. Lembu, kerbau dan kambing yang gugur gigi hadapannya ialah yang telah sempurna umurnya dua tahun dan masuk tahun ketiga.
  3. Manakala kambing biri-biri dan kibasy memadai yang berumur cukup satu tahun atau yang gugur gigi hadapannya walaupun belum cukup umurnya satu tahun dengan syarat telah melimpasi umurnya enam bulan. (Al-Majmu‘ 8/286-287 dan I‘anah ath-Thalibin 2/518)

Dari Abu Hurairah رضي الله عنه, Nabi صلى الله عليه وآله وسلم bersabda bermaksud: Binatang korban yang paling bagus adalah jadza kambing (Hadith riwayat Termizi dan Ahmad)

Uqbah bin Amir رضي الله عنه telah bertanya kepada Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم, maksudnya: “Wahai Rasulullah, aku mempunyai jadza. Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم menjawab: Berkorbanlah dengannya. (Hadith riwayat Bukhari dan Muslim)

Menurut Imam Syafie kalimah jadza dalam hadith-hadith diatas itu bermaksud kambing biri-biri yang berumur satu tahun. Dan menurut Imam Nawawi: Keseluruhan ulama mazhab telah mengharuskan anak biri-biri yang berumur satu tahun (untuk korban) meskipun ia mendapat binatang lain ataupun tidak.

Didalam kitab Hasyiah al-Baijuri, Juz 2, halaman 306, ada menyebut “Mengikut pendapat yang rajih, apabila biri-biri yang belum sampai umur satu tahun tetapi telah bersalin giginya selepas ia berumur enam bulan maka boleh dibuat korban.”

Binatang jantan yang tidak banyak berkahwin lebih afdhal dari binatang betina. Sebaliknya binatang betina yang belum melahirkan anak adalah lebih afdhal daripada binatang jantan yang banyak berkahwin untuk disembelih sebagai ibadat korban.

Yang lebih afdhal berbuat korban bagi seseorang itu dengan seekor unta, kemudian seekor lembu, kemudian seekor kibasy, kemudian seekor kambing, kemudian berkongsi seekor unta atau seekor lembu dan tujuh (7) ekor kambing lebih afdhal dari seekor unta dan seekor lembu atau kerbau.

Binatang terafdhal untuk dijadikan korban ialah unta, kemudian lembu kemudian biri-biri dan kemudian kambing. Ini dinisbahkan dengan banyaknya daging kepada setiap jenis binatang.

Tujuh (7) ekor biri-biri untuk korban adalah lebih afdhal daripada tujuh (7) ekor kambing untuk korban. Manakala tujuh (7) ekor kambing adalah lebih afdhal daripada satu ekor unta untuk korban kerana bertambahnya taqarrubnya kepada Allah dengan banyaknya darah yang mengalir daripada sembelihan binatang korban.

Binatang korban itu hendaklah sihat (tidak berpenyakit) dan selamat daripada kecacatan atau aib yang boleh mengurangkan daging atau lemaknya atau anggota lain yang boleh dimakan. Sabda Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم:

أَرْبَعٌ لاَ تَجُوزُ فِي الْأَضَاحِيِّ فَقَالَ: الْعَوْرَاءُ بَيِّنٌ عَوَرُهَا، وَالْمَرِيضَةُ بَيِّنٌ مَرَضُهَا، وَالْعَرْجَاءُ بَيِّنٌ ضَلْعُهَا، وَالْكَسِيرُ الَّتِي لاَ تَنْقَى

Maksudnya: "Empat perkara yang tidak boleh ada pada binatang korban itu, lalu Baginda صلى الله عليه وآله وسلم bersabda: "Buta yang nyata butanya, sakit yang nyata penyakitnya, tempang yang nyata tempangnya dan yang kurus dan lemah." (Hadits riwayat Abu Daud)

Daripada hadits di atas dapat difahami bahawa binatang yang tidak sah dijadikan korban itu ialah:

  1. Binatang yang buta atau rosak matanya atau yang tidak dapat melihat sekalipun biji matanya masih ada. Jika matanya itu ada sedikit kecacatan seperti sedikit rabun tetapi ia masih boleh melihat, maka ia sah dibuat korban.
  2. Binatang yang jelas tempang kakinya yang mana jika ia berjalan bersama-sama sekumpulan kawan-kawan binatang yang lain di padang untuk mencari makan, ia tidak boleh ikut berjalan bersama dengan binatang-binatang itu, bahkan ia tertinggal jauh di belakang. Jika tempangnya itu sedikit iaitu tempang yang tidak menghalang daripada mengikuti kawan-kawannya, maka ia sah dibuat korban.
  3. Binatang yang nyata sakitnya sehingga menjadikan binatang tersebut kurus dan kurang dagingnya. Tetapi jika sakitnya itu sedikit dan tidak mengurangi dagingnya maka ia sah dibuat korban.
  4. Binatang yang kurus sama ada kerana sakit, gila atau kurang makan dan sebagainya.
  5. Binatang yang telinganya terpotong walaupun sedikit atau yang tidak bertelinga sejak dilahirkan kerana telah hilang sebahagian anggota yang boleh dimakan dan mengurangkan dagingnya. Tetapi tidak mengapa jika telinganya koyak atau berlubang dengan syarat tidak gugur daripada dagingnya, walaupun sedikit.
  6. Binatang yang terpotong ekornya walaupun sedikit atau terpotong sebahagian lidahnya atau yang terpotong suatu yang nyata daripada pahanya. Adapun yang dilahirkan tanpa berekor sejak dilahirkannya adalah sah dibuat korban. (Sabilal Muhtadin 2/227)
  7. Binatang yang gugur semua giginya sehingga menghalangnya makan rumput. Adapun yang tanggal sebahagian giginya dan tidak menghalangnya makan rumput dan tidak mengurangkan dagingnya (tidak kurus) ia boleh dibuat korban. (Muhammad Asy-Syarbibi, Al-Iqna’ fi hilli al-Faaz Abi Syuja’, Juz 2, halaman 280)
  8. Binatang yang berpenyakit gila atau yang kena penyakit kurap sekalipun sedikit.
  9. Binatang yang bunting kerana bunting itu mengurangkan dagingnya. (Al-Majmu‘ 8/293-2966 dan Mughni al-Muhtaj 4/520) Pendapat ini adalah muktamad. Mengikut Ibn al-Rif’ah memadai korban daripada binatang yang bunting. Bagi binatang yang baharu beranak boleh dibuat korban berdasarkan pendapat Ibnu Hajar dalam Tuhfah dan Ar-Ramli dalam Nihayah, manakala mengikut pendapat Khatib Syarbini dalam Mughni bahawa binatang tersebut tidak memadai dibuatkan korban. (Sabilul Muhtadin 2/213)

Binatang yang harus dibuat korban itu tidak kira samada jantan atau betina atau khuntha.

Binatang yang dikasi, sah dan harus dibuat korban, kerana dengan dikasi tubuhnya semakin bertambah gemuk. (Muhammad Asy-Syarbibi, Al-Iqna’ fi hilli al-Faaz Abi Syuja’, Juz 2, halaman 280)

Tambahan: Ibnu Abbas رضي الله عنهما berpendapat bahawa adalah memadai korban itu hanya dengan “menumpahkan darah” walaupun dengan binatang seumpama ayam atau itik, sebagaimana yang dikatakan oleh Midaani. Syeikh (guru) bagi Syeikh al-Bajuri menyuruh supaya bertaqlidkan kepada pendapat Ibn Abbas ini dan beliau mengqiaskan ‘aqiqah keatas korban dan menyuruh sesiapa [yang tak mampu] yang memperolehi anak membuat aqiqah dengan ayam jantan berdasarkan kepada mazhab Ibn Abbas. (Hasyiah al-Allamah Baijuri & Matla al-Badrain) – Yang ni bagi mereka yang tersangat tak mampulah!




HURAIAN BERKENAAN DENGAN IBADAH KORBAN DAN HUKUM-HUKUM BERKAITAN DENGANNYA - BHG.1

Artikel ini adalah merupakan petikan dari Irsyadul Hukum dan Himpunan Fatwa Mufti Kerajaan Brunei Darussalam dan Mengenai Penyembelihan Binatang dan Pengendalian Daging 1962 – 1999. Disamping itu ambo olah semula dengan beberapa tambahan berpandukan dari beberapa buah kitab sebagai rujukan. Artikel ini ambo paparkan di laman web Bicarasufi dalam tahun 2004/2005 dahulu, sewaktu ambo dok tengah aktif sebagai salah seorang moderator disana. Kini, ambo ingin kongsikan artikel [yang telah dikemaskinikansedikit] di blog al-Fanshuri sempena Hari Raya Korban yang bakal hadir beberapa hari lagi.



Firman Allah Ta’ala:
فَصَلِّ لِرَبِّكَ وَٱنْحَرْ

‘Maka dirikanlah sholat kerana Tuhanmu dan berqurbanlah” (al-Kautsar: 2)

وَٱلْبُدْنَ جَعَلْنَاهَا لَكُمْ مِّن شَعَائِرِ ٱللَّهِ لَكُمْ فِيهَا خَيْرٌ فَٱذْكُرُواْ ٱسْمَ ٱللَّهِ عَلَيْهَا صَوَآفَّ فَإِذَا وَجَبَتْ جُنُوبُهَا فَكُلُواْ مِنْهَا وَأَطْعِمُواْ ٱلْقَانِعَ وَٱلْمُعْتَرَّ كَذٰلِكَ سَخَّرْنَاهَا لَكُمْ لَعَلَّكُمْ تَشْكُرُونَ

"Dan kami jadikan unta (yang dihadiahkan kepada fakir miskin Mekkah itu) sebahagian dari syi‘ar agama Allah untuk kamu; pada menyembelih unta yang tersebut ada kebaikan bagi kamu; oleh itu sebutlah nama Allah (semasa menyembelihnya) ketika berdiri di atas tiga kakinya; maka apabila ia tumbang (serta putus nyawanya), makanlah sebahagian daripadanya, dan berilah (bahagian yang lain) kepada orang-orang yang tidak meminta dan yang meminta. Demikianlah Kami mudahkan dia untuk kamu (menguasainya dan menyembelihnya) supaya kamu bersyukur” (Surah Al-Hajj: 36)


1.SEJARAH KORBAN

1. Sejarah Korban anak-anak Nabi Adam عليه السلام - Habil dan Qabil

Firman Allah Ta’ala bermaksud:

وَاتْلُ عَلَيْهِمْ نَبَأَ ابْنَيْ آَدَمَ بِالْحَقِّ إِذْ قَرَّبَا قُرْبَانًا فَتُقُبِّلَ مِنْ أَحَدِهِمَا وَلَمْ يُتَقَبَّلْ مِنَ الْآَخَرِ قَالَ لَأَقْتُلَنَّكَ قَالَ إِنَّمَا يَتَقَبَّلُ اللَّهُ مِنَ الْمُتَّقِينَ

Bacakanlah (Ya Muhammad) kepada mereka akan cerita yang sebenarnya tentang dua orang anak Nabi Adam (yang bernama Habil dan Qabil) iaitu ketika keduanya mempersembahkan korban (kepada Allah), maka yang seorang dari keduanya (Habil) diterima korbannya sedang yang lain (Qabil) tidak diterima korbannya – sebab itulah Qabil marah kepada Habil seraya berkata: “Nescaya kubunuh engkau!” (al-Maaidah: 27)

2. Sejarah Nabi Ibrahim عليه السلام mengorbankan anaknya Nabi Ismail عليه السلام

Firman Allah Ta’ala bermaksud:

رَبِّ هَبْ لِي مِنَ الصَّالِحِينَ . فَبَشَّرْنَاهُ بِغُلَامٍ حَلِيمٍ . فَلَمَّا بَلَغَ مَعَهُ السَّعْيَ قَالَ يَا بُنَيَّ إِنِّي أَرَى فِي الْمَنَامِ أَنِّي أَذْبَحُكَ فَانْظُرْ مَاذَا تَرَى قَالَ يَا أَبَتِ افْعَلْ مَا تُؤْمَرُ سَتَجِدُنِي إِنْ شَاءَ اللَّهُ مِنَ الصَّابِرِينَ .

“Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku (anak) daripada golongan orang-orang yang soleh. Maka kami (Allah) gembirakan dia dengan (mendapat) anak yang penyantun. Tatkala sampai (umur) sianak boleh berusaha, berkata Ibrahim: “Hai anakku! Sesungguhnya aku melihat dalam tidur (mimpi) bahawasanya aku akan menyembelih engkau, oleh sebab itu lihatlah (fikirlah) apa pendapatmu?” (Sianak yakni Nabi Ismail) menjawab: “Wahai bapaku! Buatlah apa yang diperintahkan kepadamu, nanti engkau akan mendapati aku – insyaAllah daripada golongan orang-orang yang sabar.” (al-Soffat: 100-102)

Untuk mengetahui kisahnya dengan lebih terperinci, tuan-tuan/puan-puan disarankan untuk membaca kitab-kitab tafsir yang mu’tabar. InsyaAllah ceritanya menarik untuk dijadikan i’tibar. Kisah pengorbanan Nabi Ibrahim, Siti Hajar dan Nabi Ismail عليهم السلام, sangat besar pengajaran yang tersirat didalamnya.

2. HIKMAH KORBAN

Menyembelih qurban juga merupakan amalan yang disukai oleh Allah Subahanhu wa Ta‘ala dan sebagai bukti serta keikhlasan kita dalam menghidupkan syi‘ar agama Islam. Ini jelas difahami dari firman Allah Ta‘ala :

لَنْ يَنَالَ اللَّهَ لُحُومُهَا وَلَا دِمَاؤُهَا وَلَكِنْ يَنَالُهُ التَّقْوَى مِنْكُمْ

“Daging dan darah binatang qurban atau hadyi itu tidak sekali-kali akan sampai kepada Allah, tetapi yang sampai kepadaNya ialah amal yang ikhlas yang berdasarkan taqwa daripada kamu”. (Surah al-Hajj:37)

Orang yang berkorban itu akan dikurniakan kebajikan (hasanah) sebanyak bulu binatang yang dikorban.

Titisan darah korban yang pertama adalah pengampunan bagi dosa-dosa yang telah lalu.

Darah korban itu jika tumpah ke bumi, maka ia akan mengambil tempat yang mulia di sisi Allah Subhanahu wa Ta‘ala. Dan banyak lagilah. Bila dapat hayati sejarah korban Habil dan Qabil serta kisah Nabi Ibrahim dan Ismail عليهما السلام kitakan dapat menghayati/menyelami hikmahnya.


3. DEFINASI KORBAN

Korban bermaksud haiwan yang disembelih kerana ibadah pada Hari Raya Adha (10 Dzulhijjah) dan hari-hari tasyriq iaitu pada 11, 12 dan 13 Dzulhijjah dengan tujuan untuk mendampingkan diri kepada Allah Ta’ala (Syeikh Daud al-Fathoni, Furu’ al-Masail, Juz 1: 259).

Di dalam kitab Sabil al-Muhtadin korban didifinasikan sebagai .. barang yang disembelih ia daripada unta, sapi atau kerbau atau kambing kerana menghampirkan diri kepada Allah Ta’ala di dalam masa yang lagi akan datang kenyataannya [maksudnya yang akan diterangkan kemudian…..]

Rabu, 18 November 2009

Firasat Ulama Tentang Syaikhun-Najdi

Tulisan ini ambo ambil dari tulisan Ustaz Abu Muhammad, Shohib Blog Bahrus Shofa, yang mana beliau paparkan di blog beliau pada Jum'at 30 Disember 2005.

Ikhwah, panutan kita al-Habib Alwi bin Ahmad bin Hasan bin Shohibur Ratib Habib 'Abdullah al-Haddad dalam kitabnya "Misbahul Anam" mukasurat 15 menceritakan seperti berikut:-

Aku telah diberitahu oleh seorang tua yang bersinar wajahnya kerana kesholehannya dan sudah melebihi 80 tahun umurnya, salah seorang pemuka kita keluarga Abu 'Alawi yang lahir dan membesar di Makkah dan kerap berulang alik ke Madinah. Nama beliau Musa bin Hasan bin Ahmad al-'Alawi berketurunan Sayyidina 'Uqail bin Salim, saudara Sayyidina Quthubus-Syahir asy-Syaikhul Kabir Abu Bakar bin Salim. Beliau berkata:- "Aku dahulu berada di Madinah belajar kepada asy-Syaikh Muhammad Hayat (as-Sindi al-Madani). Muhammad bin 'Abdul Wahhab juga berulang-alik ke majlis Syaikh Muhammad Hayat seperti murid-murid lainnya. Aku mendengar daripada orang-orang sholeh dan ulama, sebagai kasyaf daripada mereka, firasat mereka mengenai Muhammad bin 'Abdul Wahhab di mana mereka menyatakan bahawa dia akan sesat dan menyesatkan Allah dengannya orang yang dijauhkan dari rahmatNya dan yang dibinasakanNya" Dan demikian yang telah berlaku (yakni firasat mereka telah menjadi kenyataan) sehingga Syaikh 'Abdul Wahhab, bapa kepada Muhammad bin 'Abdul Wahhab, juga berfirasat sedemikian terhadap anaknya, dia telah menasihati dan mencelanya serta memperingati orang lain berhubung anaknya tersebut.


Di antara ulama yang mempunyai firasat sedemikian juga ialah Syaikh Muhammad Hayat as-Sindi dan Syaikh Muhammad Sulaiman al-Kurdi al-Madani asy-Syafi`i. Sayyidi Ahmad Zaini Dahlan menceritakan berhubung firasat Syaikh Muhammad Sulaiman al-Kurdi dalam kitab-kitabnya dan perlu diketahui Sayyidi Ahmad Zaini Dahlan mempunyai sanad riwayat daripada Syaikh Muhammad Sulaiman al-Kurdi seperti berikut:- Sayyidi Ahmad Zaini Dahlan daripada Muhaddis Syam Syaikh Abdur Rahman al-Kuzbariy daripada al-Hafiz al-Hujjah 'Abdullah al-Kurdi al-Madani daripada al-Muhaddis al-Musnid Syaikh Muhammad bin Sulaiman al-Kurdi al-Madani. Dalam isu Muhammad bin 'Abdul Wahhab tidak ada langsung Syaikh 'Abdur Rahman al-Kuzbari menolak kata-kata Syaikh Muhammad Sulaiman al-Kurdi dan beliau adalah tokoh utama dalam bidang periwayatan hadis yang terkenal dalam dunia Islam. Kesimpulannya, perawi-perawi tersebut adalah orang yang dipercayai dan tidak berbohong. Syaikh Sulaiman al-Kurdi bukan sahaja berfirasat mengenai Muhammad bin 'Abdul Wahhab, tetapi setelah zahir fitnah Muhammad bin Abdul Wahhab beliau telah ditanyai mengenainya dan membuat jawapan untuk menolak ajaran Muhammad bin Abdul Wahhab (insya-Allah, lain masa kita tulis jawapan beliau tersebut).

Ikhwah, jika cuma ada kitab yang ditulis Syaikh Sulaiman bin 'Abdul Wahhab al-Hanbali, saudara kandung Muhammad bin 'Abdul Wahhab, yang berjodol "Syawa`iqul Ilahiyyah", itu sudah cukup untuk membuktikan kesesatan Muhammad bin Abdul Wahhab dan sekaligus membuktikan kebenaran firasat para ulama dan sholihin di atas. Inikan pula faktanya bukan Syaikh Sulaiman sahaja yang menceritakan kesesatan Muhammad bin Abdul Wahhab tetapi ramai lagi ulama sehingga Habib Alwi al-Haddad pada mukasurat 3 kitab "Misbahul Anam" membuat kesimpulan bahawa kesesatan Muhammad bin 'Abdul Wahhab telah disampaikan oleh ramai ulama secara tawatur dalam tulisan-tulisan mereka daripada orang-orang yang tsiqah dari kalangan ulama-ul-akhyar (terpilih) dan selain mereka, yang telah melihat dengan matanya sendiri dan mendengar dengan telinganya sendiri akan kesesatan Muhammad bin 'Abdul Wahhab dan pengikut-pengikutnya dan juga dari tulisan-tulisan, perkataan, perbuatan dan perintah Muhammad bin Abdul Wahhab dan pengikut-pengikutnya.

Firasat bukan hujjah, betul memang betul, tetapi jangan pula diketepikan mentah-mentah, apatah lagi jika ada qarinah lain membuktikan kebenaran firasat tersebut. Ingat Junjungan Nabi s.a.w. bersabda dalam hadis yang diriwayatkan oleh Imam at-Tirmidzi dan Imam ath-Thobarani : "Ittaquu firasatal mu'min, fa innahu yandzuru bi nurIllah" (Takutilah firasat orang mukmin, kerana bahawasanya dia memandang dengan cahaya Allah).

Terpulanglah kepada kalian untuk berfikir dengan sewajarnya.


Sabtu, 14 November 2009

Kata Ulama Kita ....

Kali ni ambo nak bawa sedikit petikan dari kitab karangan ulama terkenal, Syaikh 'Utsman Jalaluddin Penanti. Lagu mana biasa, ambo nak pekenai dulu ulama tersebut. Maklum sajalah, orang laani kurang kenal akan ulama -ulama mereka yang terdahulu ...

Beliau adalah Syaikh 'Utsman Jalaluddin bin Muhammad bin 'Abdus Shamad al-Kelantani
atau lebih dikenali sebagai Syaikh Utsman Jalaluddin Penanti. Merupakan murid al-Marhum Tok Kenali. Pengasas pondok yang terbilang. Beliau dilahirkan di Kampung Panjang, Daerah Sering, Kota Bharu, Kelantan dalam tahun 1297H / 1880M atau 1300H/1880M dan kembali ke rahmatUllah di Makkah al-Mukarramah pada tanggal 30 Dhulhijjah 1371H / 19 September 1952 M.

Antara guru-guru beliau:
  • Haji Jamaluddin, Perupok
  • Mufti Haji Muhammad bin Haji Abdus Shamad (Tuan Tabal)
  • Tuan Guru Haji 'Abdul Malik Sungai Pinang
  • Tok Kenali
Pada tahun 1319H/1901, beliau melanjutkan pelajarannya ke Makkah. Di sana beliau berguru dengan ramai ulama di sana, antaranya:
  • Syaikh Wan Ahmad al-Fathani (beliau mendampingi Syaikh Wan Ahmad sehinggalah guru beliau ini meninggal dunia pada tahun 1325H/1908M);
  • Syaikh Mukhtar bin 'Athorid Bogor (dengan gurunya ini beliau belajar kitab Tuhfah);
  • Syaikh Umar Hamdan al-Mahrasi (wafat 9 Syawwal 1368H/1949M di Madinah)
  • Syaikh 'Ali al-Maliki
  • Syaikh Sa'id al-Yamani
Beliau bermukim di Mekah sebanyak 2 kali iaitu pada tahun 1319H, selama 4 tahun. Kemudian pada 1341H sehingga 1351H.

Di antara kitab karangan beliau ialah:

  1. Syarh al-Kabir;
  2. Mathali' al-Anwar wa Majami' al-Azhar;
  3. Qiladah al-'Iqyan fi Sya'bi al-Iman;
  4. Mir-ah al-Iman wa Mirqat al-Ghilman;
  5. Misbah al-Hanan wa Miftah al-Jinan;
  6. Siraj al-Islam wa Taj al-Ghulam;
  7. Fathul Mu'in;
  8. Hadis Nur Nabi;
  9. Nujum al-Muhtadin Perbahasan Kaum Muda;
  10. Ta'rif al-'Urfi fi `Ilmi at-Tashrif;
  11. Anwar al-Huda wa Amthar an-Nada (terjemahan kitab Jalalain); dan
  12. Ad-Durratun Naafi`ah fi Asyraathis Saa`ah.

Seteruihnya, mai kita perati tengok apa kata beliau mengenai Wahabi. Ambo petik dari kitab beliau yang bertajuk Ad-Duuratun Naafi'ah fi Asyraathis Saa'ah, bab Kenyataan Alamat Kiamat Yang Telah Jatuh, halaman 15 - 16.


....... Puak Mariqin (yang mencarikkan dan yang merosakkan agama) dan telah menyuruh oleh Nabi صلى الله عليه وسلم akan bahawa kami berperang bersama - sama dengan 'Ali akan puak Mariqin itu, maka tiada kami lihat akan mereka itu kemudian daripada itu. Maka difaham daripada hadits ini bahawasanya zaman segala sahabat Nabi ada puak yang merosakkan agama, maka istimewa pula pada masa kita ini.

Dan diriwayat daripada Abi Sa'id akan hadis yang marfu' (yang berhubung sanadnya dengan Nabi) bahawasanya lagi akan dikeluarkan daripada ahli puak Mariqin ini oleh satu kaum yang membaca ia akan kitab Allah (al-Quran) pada hal otaknya masih basah, maka tiada melampaui ia akan halqum mereka itu (di dalam hati) bahkan pada mulut jua, lagi mencarik oleh mereka itu akan agama sebagaimana mencarik oleh anak panah akan tempat lontar, lagi membunuh mereka itu akan ahli Islam dan meninggalkan oleh mereka itu akan segala kafir yang menyembah akan berhala daripada bunuh. Bersabda Nabi: "Demi Allah, jikalau aku dapat akan mereka itu di dalam masa aku, nescaya aku bunuh akan mereka itu sebagai bunuh kaum 'Aad dan kaum Tsamud." Dan dikehendakkan dengan suatu kaum itu ialah kaum yang keluar daripada Ahlus Sunnah wal Jama'ah seperti kaum Wahhabi dan kaum Rafidhi (Syi'ah) dan yang lain daripada mereka itu, kerana diriwayat hadis Ibnu 'Umar daripada Nabi صلى الله عليه وسلم bersabda ia akan keluar oleh manusia daripada pihak masyriq Madinah, hal keadaan mereka itu membaca oleh mereka itu akan Quran padahal tiada melampaui ia akan segala halqum mereka itu. Tiap-tiap diputuskan suatu kurun, nescaya digantikan oleh kurun yang lain pula hingga akhir mereka itu berhubung dengan keluar dajjal bersama-sama dengan Nabi 'Isa a.s. Kerana puak Wahhabi dan Rafidhi itu diam mereka itu pada pihak masyriq Makkah Madinah dan mereka itulah membaca akan Quran tiada melampaui ia akan halqum mereka itu. Bahkan pada mulut jua, tiada mesra ia pada memberi faedah ia akan mengikut mereka itu akan barang yang menyuruh ia akan mereka itu.


Manakala di dalam kitab beliau berjudul Mathali' al-Anwar wa Majaami' al-Azhar, halaman 170:

"Sesungguhnya kami mulai belajar furu' syariat dan lain-lainnya pada tahun 1311H. Maka dalam masa yang tersebut itu tiada satu perubahan perkara agama daripada kaum kami bahkan bertaqlid mereka itu bagi salah suatu daripada mazhab yang 4 dan banyak ulama'-ulama' yang besar padanya. Dan tatkala adalah pada tahun 1319H kami mula bermukim dalam Mekah 4 tahun. Maka tidaklah kami mendapatkan padanya suatu perubahan perkara agama daripada kaum kami, maka menimbang oleh kami dengan belajar furu' syari'at dan alatnya 11 tahun. Kemudian pada tahun 1341H kami kembali bermukim dalam Mekah pula. Maka tiada juga padanya suatu perubahan perkara agama. Kemudian tatkala adalah pada tahun 1343H mengambil oleh kaum Wahabi akan Mekah dan Madinah, maka tatkala adalah pada tahun 1351H maka kami turun ke Jawi pula. Maka kami mendapat padanya berpecah-pecah kaum kami beberapa puak dan beberapa perselisihan di antara mereka itu."


Sekian dari
al-Fagir Abu Zahrah al-Qedah
Seri Gombak, Selangor Darul Ehsan

Jumaat, 13 November 2009

Pesanan Ulama Kita

Sebelum nak bawak mai pesanan nasihat dari ulama kita, maka ambo nak pekenai dulu ulama tersebut secara ringkas walaupun ramai yang dah kenai.

Beliau adalah Tuan Guru Haji Abdullah bin Haji Ibrahim bin Haji Thahir. Lebih di kenali disini dengan nama Syaikh 'Abdullah Fahim. Dilahirkan di Syi’ib ‘Ali, Mekah pada pada tahun 1286H/1869M, dan wafat pada tanggal 12 Dhulqaedah 1380H/ 27 April 1961M di Seberang Perai, Pulau Pinang.
Tuan Guru Haji ‘Abdullah berguru kepada ulama yang masyhur, di dalam pelbagai displin ilmu.

Di antara guru-guru beliau ialah: Syaikh Abu Bakar Syatha ad-Dimyathi (murid Sidi Ahmad Zaini Dahlan dan pengarang kitab I`aanathuth -Tholibin yang masyhur. Jelas bahawa terdapat hubungan sanad keilmuan antara beliau dengan Sidi Ahmad Zaini.; Syaikh Muhammad Sa`id BabShil (Mufti Mazhab Syafie); Syaikh Muhammad Sulaiman Hasbullah al-Makki; Syaikh Sayyid Muhammad Amin ar-Rdhwan, Madinah; Syaikh Muhammad bin Ismail Daud al-Fathani (pengarang kitab Mathla’ al-Badrain); Syaikh Wan 'Ali Kutan al-Kalantani (pengarang kitab al-Jauhar al-Mauhub dan Lum’ah al-Aurad); Syaikh Wan Ahmad Muhammad Zain al-Fathani (pengasas pengkaderan ulama dunia Melayu di Mekah. Beliau dikatakan mahir di dalam sekurang-kurangnya 47 disiplin ilmu).


Beliau mahir di dalam pelbagai displin ilmu, terutamanya di dalam ilmu falak dan kesusteraan arab. Dengan kedudukan ilmu beliau ini, Haji Abdullah telah diterima sebagai salah seorang guru di Masjidil Haram sehingga 1921. Beliau telah turun ke Tanah Melayu pada 1921 kerana semangatnya untuk memperjuangkan pembebasan tanahair dan bangsanya dari belenggu penjajah. Selepas pulang ke Tanah Melayu, beliau dijemput oleh Syaikhul Islam Kedah, Syaikh Wan Sulaiman Wan Sidiq untuk mengajar di Pondok Wan Sulaiman atau Madrasah Limbongan Kapal (kini Maahad Mahmud) selama empat tahun. Pada 1926, beliau kembali ke Kepala Batas dengan tujuan menubuhkan sebuah institusi pendidikan bagi melahirkan anak bangsa yang boleh memperjuangkan kemerdekaan negara. Beliau menamakan pusat pengajiannya sebagai “Madrasah ad-Daeratul Maarif al-Wathaniyah”. Pada 1930, Sheikh Abdullah Fahim dijemput oleh Sultan Perak untuk menjadi Mudir Madrasah Idrisiyah, Bukit Chandan. Beliau berkhidmat sebagai Mudir Madrasah Idrisiyah sehingga 1946. Pada 1951, Haji Abdullah Fahim telah dilantik sebagai Mufti Pulau Pinang yang pertama dan beliau berkhidmat selama lima tahun. Selepas itu, beliau hanya menumpukan kepada kegiatan keilmuan di Kepala Batas dengan menjadi guru agama di sana.


Mai kita perati tengok apa pesanan dan nasihat ulama kita ......


بسم الله الرحمن الرحيم. الحمدلله والصلاة والسلام على سيدنا محمد وعلى آله واصحابه . اما بعد
Tuan-tuan sedia maklum, beratus-ratus tahun bahawa orang bangsa Melayu se Malaya ini dari peringkat ke bawah hingga peringkat ke atas, awam-awam, qadhi-qadhi, ulama-ulama, menteri-menteri, hingga raja-raja, sekalian mereka itu bermazhab dengan Mazhab al-Imam asy-Syafie ijma'an. Tiada seorangpun yang bermazhab lain daripada mazhab Syafie (يحرم خرق الاجماع). – [diharamkan merobek ijma’]

Ambil mereka itu hukum-hukum feqah Syafie daripada kitab Tuhfah, dan kitab Nihayah hingga kitab al-Umm dan mukhtasharatnya dan terjemahnya kepada bahasa Melayu seperti Sabil al-Muhtadin, Bughyah al-Tullab, dan Matla’ al-Badrain dan lainnya. Usuluddin atas perjalanan Abi al-Hasan al-Asy'ari. Diambil dari syuruh dan hawasyi Umm al-Barahin, dan Jauharah dan sebagainya daripada kitab-kitab Melayu. Ilmu tasawuf atas perjalanan al-Imam al-Ghazali diambilkan daripada Minhaj al-Abidin, Ihya' Ulumiddin dan terjemahnya kepada bahasa Melayu, seperti Siyarus Salikin.

Maka ini kitab-kitab dan seumpamanya, segala hukum dalamnya kesemuanya mengistinbat daripada al-Quran dan hadits yang dihalusi dan ditapis oleh ulama-ulama ajilla', diamal dengan dia sudah lebih daripada seribu tahun dan diterjemah kepada bahasa Melayu beratus-ratus tahun.'


[Dirumikan dari tulisan tangan Tuan Guru Hj Abdullah Fahim yang disiarkan di dalam buku Tokoh-tokoh Ulama’ Semenanjung Melayu (2); Terbitan Majlis Ugama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Kelantan; Cetakan Tahun 1996; Halaman 39] Antara pesanan al-Marhum Tuan Guru lagi:

“(Nasihat) supaya jangan berpecah belah oleh bangsa Melayu sendiri. Sekarang sudah ada timbul di Malaya mazhab Khawarij yakni mazhab yang keluar dari mazhab empat mazhab ahli al-Sunnah wal Jamaah [yang beliau maksudkan adalah golongan kaum muda @ Wahabi][1]. Maksud mereka itu hendak mengelirukan faham awam yang sebati dan hendak merobohkan pakatan bangsa Melayu yang sejati. Dan menyalahkan kebanyakan bangsa Melayu……. hukum-hukum mereka itu diambil dari kitab Huda al-Rasul yang mukhasar daripada kitab Huda al-‘Ibad dikarang akan dia oleh Ibnu Qayyim al-Khariji, maka Ibnu al-Qayyim dan segala kitabnya ditolak oleh ulama' Ahl as-Sunnah wa al-Jamaah.""Tuan-tuan bangsa Melayu jangan tertipu daya hasutan mereka itu dikeluar hukum-hukum yang tiada terpakai dalam mazhab Syafie, dan fatwa mereka itu masalah yang buruk-buruk, sudah terdengar kepada awam, harapan bangsa Melayu jangan berpecah belah sesama bangsa sendiri …… "

Bahkan pesanan beliau lebih keras lagi: “Siapa yang datang kepada kamu dan menyuruh kamu semua supaya taat kepada seorang lelaki tertentu tujuannya untuk memecahkan persatuan kamu dan menghancurkan kesatuan kamu, maka bunuhlah akan dia …….”

Sedikit peringatan: Pesan yang ni jangan hampa pakat telan bulat pulak, walaupun maksudnya gitu ... kan ada pada hujung sebuah hadits tentang depa tu ... فإذ لقيتموهم فاقتلوهم . Kita bunuh hujjah atau dakwaan depa dengan ilmu kita. Dan dalam berdepan dengan dakwaan depa ni kita kena banyak sabaq dan berakhlaq, jangan gopoh pasai depa suka putaq belit kata.



Notakaki:

[1] Menurut Sayyid Muhammad Amin ibn Sayyid Umar ibn Sayyid ‘Abdul al-‘Aziz ibn Sayyid Ahmad ibn Sayyid ‘Abdurrahim ibn Sayyid Najmuddīn ibn Sayyid Muhammad Shalahuddīn atau lebih dikenali sebagai ‘ Imam Ibn ‘Abidin asy-Syami [wafat 1252H/1836M] menyebut didalam kitabnya Raddul Muhtar ‘ala ad-Durrul Mukhtar:


Bab: Berkenaan Pengikut-pengikut [Muhammad] Ibn Abdul Wahhab, Golongan Khawarij Dalam Zaman Kita.

"…sepertimana yang berlaku pada masa kita ini pada pengikut [Muhammad] Ibn Abdul Wahhab yang keluar dari Najd dan menakluki al-Haramayn (Mekah dan Madinah) dan mereka menisbahkan dengan mazhab al-Hanbali tetapi mereka ber’iktikad bahawa hanya mereka sahajalah orang Islam dan orang-orang yang bertentangan akidah dengan mereka adalah kaum Musyrik. Dengan ini mereka pun menghalalkan pembunuhan Ahli Sunnah dan pembunuhan ulama’-ulama’ mereka sehingga Allah SWT mematahkan kekuatan mereka dan memusnahkan negeri mereka dan askar Muslim berjaya menawan mereka pada tahun 1233 H.
"

[Terjemahan ini dan gambar kitab dan helaiannya berkenaan diambil dari blog al-ashairah]


Sekian, ampun maaf dari
al-Fagir Abu Zahrah

Khamis, 12 November 2009

Kenapa Terlalu Mudah Membid`ahkan Amalan Seseorang?

Kenapa Terlalu Mudah Membid`ahkan Amalan Seseorang? Untuk mengetahuinya silalah saudara-saudari membacanya disini.




Sumber: Blog Ustaz Hairul Nizam

Rabu, 11 November 2009

Berpegang kepada pendapat majoriti

Artikel ini telah dipaparkan pada 12 Feb 2008, kalau tak silap ambo. Maka ambo naikkan semula kerana ada kena-mengena dengan apa yang ambo tulih sebelum ni. Saudara-saudaraku, mai kita pakat perati tengok apa yang tersurat ini dan fahamilah apa yang tersirat.


Petikan dari Ruangan Bicara Agama – Utusan Malaysia
Bersama:MOHD. YUSOF ABAS

Berpegang kepada pendapat majoriti

SOALAN: Ada kawan saya yang mengatakan kita tidak boleh berpegang atau mengikut pendapat majoriti umat Islam hari ini kerana katanya suara ramai itu sesat dan bidaah. Adakah pendapat ini benar?
– Siti Norbaya binti Zakaria, Kuala Muda,Kedah.

JAWAPAN: Pendapat kawan anda itu kurang tepat, kerana banyak kekeliruan terdapat di dalamnya antara lain ianya bertentangan dengan al-Quran dan juga hadis Rasulullah صلى الله عليه وسلم. Dalam hal ini Allah berfirman yang bermaksud: Siapa yang menentang (ajaran) Rasulullah صلى الله عليه وسلم sesudah nyata kepadanya kebenaran petunjuk (yang dibawanya) dan ia pula mengikut jalan yang lain dari jalan orang-orang beriman Kami akan berikan kepadanya kuasa untuk melakukan (kesesatan) yang dipilihnya (dan pada hari akhirat kelak) Kami akan memasukkannya neraka jahanam dan itulah sejahat dan seburuk tempat kembali. (surah an-Nisa ayat 115).

Oleh itu kumpulan majoriti Islam adalah tetap kekal atas jalan petunjuk dari Tuhan mereka selaras dengan sabda Nabi صلى الله عليه وسلم yang bermaksud: Sentiasa umatku berada atas jalan petunjuk keredaan Tuhan tidak menjejaskan mereka oleh mereka (kumpulan yang menyalahi mereka) sedikitpun sehingga kiamat (riwayat Muslim). Adapun yang dimaksudkan dengan pendapat ramai itu ialah majoriti dari kalangan umat manusia di dunia ini seluruhnya sesuai dengan firman-Nya bermaksud: sekiranya kamu patuh kepada kebanyakan umat manusia di muka bumi ini mereka akan menyesatkan kamu dari jalan petunjuk-Nya. Dan Allah berfirman lagi bermaksud: tidak beriman kepada Allah سبحانه وتعالى oleh kebanyakan (manusia) melainkan mereka mempersekutukan-Nya (surah Yusof ayat 106). Sedangkan majoriti umat Islam serta majoriti ulama mereka itu dinamakan ijmak yang perlu dijadikan pegangan dan ikutan kita dari kalangan orang awam hari ini. Wallahualam.


Neraca Nabawi Bagi Mengetahui Kebenaran
Untuk Orang-orang Awam – Oleh Ustaz Raja Ahmad Mukhlis Raja Jamaludin al-Razi.


Pendahuluan:

Saban waktu dan masa, umat Islam sering dilanda perselisihan dan perpecahan, dalam pelbagai bidang. Namun, isu yang lebih penting ialah, berkenaan dengan perselisihan yang melibatkan perkara-perkara pokok seperti masalah aqidah dan sebagainya, kerana perselisihan dalam masalah-masalah furu' (cabang) tidak membawa kepada kesesatan.

Tidak dapat dinafikan bahawa, dalam kalangan umat Islam, sejak zaman salafus sholeh lagi, berlaku perselisihan sehingga melahirkan beberapa kelompok dan golongan yang tersesat daripada dasar aqidah Islam yang murni. Mereka terfitnah dek kecetakan ilmu mereka, dalam berinteraksi dengan nash-nash al-Qur'an dan as-Sunnah.

Sejarah menunjukkan tentang kelahiran golongan khawarij, muktazilah, syi'ah, jabbariyah, qadariyah, mujassimah dan sebagainya, yang mana kelompok tersebut sudah keluar daripada kefahaman aqidah Islam yang murni. Sebahagian daripada golongan tersebut sudah lenyap dan sebahagian golongan masih terus wujud dalam pelbagai nama dan imej yang berbeza, namun masih mewarisi kejumudan paradigma golongan-golongan yang sesat tersebut.

Walaubagaimanapun, Allah سبحانه وتعالى. menjanjikan kepada Rasulullah صلى الله عليه وسلم, bahawa, Dia akan menjaga umat Islam daripada kesesatan, dengan memelihara majoriti umat Islam daripada terjerumus ke dalam kesesatan, takkala munculnya golongan-golongan yang sesat dalam umat Islam tersebut.

Bahkan, para ulama' dari kalangan majoriti umat Islam inilah yang terus mempertahankan umat Islam daripada kesesatan golongan-golongan yang sesat, dengan menolak kesesatan mereka samada dengan hujah dan sebagainya. Hal ini sentiasa berlaku sehinggalah berlakunya hari Kiamat, di mana, Allah سبحانه وتعالى akan sentiasa memelihara majoriti umat Islam daripada kesesatan, yang mana, mereka (majoriti umat Islam) ini dipelihara oleh para ulama mereka sendiri, yang merupakan majoriti ulama' Islam.


Dalil daripada as-Sunnah tentang Perpecahan Umat Islam

Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda yang bermaksud:

"Sesungguhnya sebelum kamu, iaitu sebahagian daripada ahlul kitab telahpun berpecah kepada tujuh puluh dua golongan. Sesungguhnya, umat ini (umat Rasulullah صلى الله عليه وسلم) akan berpecah kepada tujuh puluh tiga golongan…" (Hadits riwayat Imam Ahmad dan Imam Abu Daud)

Sesungguhnya, terdapat lebih kurang sepuluh buah hadits yang menceritakan tentang perpecahan umat Rasulullah صلى الله عليه وسلم. kepada lebih tujuh puluh golongan. Peristiwa tentang perpecahan umat Rasulullah صلى الله عليه وسلم ini sememangnya sudahpun diramalkan oleh Rasulullah صلى الله عليه وسلم.

Namun, para ulama' berselisih pendapat tentang perpecahan tersebut. Kebanyakkan ulama' berpendapat bahawa, perpecahan itu berlaku dalam kalangan umat Islam itu sendiri (ummah ijabah). Sebahagian ulama' pula berpendapat bahawa, perpecahan tersebut berlaku antara umat Islam dengan orang-orang kafir yang lain, yang mana, kesemua mereka adalah umat Rasulullah صلى الله عليه وسلم dari sudut ummah dakwah (iaitu umat manusia yang menjadi sasaran dakwah Rasulullah صلى الله عليه وسلم).

Pendapat yang kuat dalam kalangan para ulama' adalah, pendapat yang mengatakan bahawa, perpecahan tersebut berlaku dalam kalangan umat Islam sendiri. Antara para ulama' yang berpegang dengan pendapat ini adalah: Imam Al-Asy'ari (maqalat al-Islamiyin), Imam Abu Mansur (al-Milal wa an-Nihal dan al-Farq bainal Firaq), Imam Abu al-Fath as-Syahrastani (al-Milal wa an-Nihal), Imam Ibn Hazm (al-Fashlu fi al-Milal), Imam Ibn Jauzi (Talbis Iblis), Imam asy-Sya'rani (al-Mizan al-Kubro) dan ramai lagi.

Hal ini berdasarkan hadits Nabi صلى الله عليه وسلم yang lain yang berbunyi: "…Sesungguhnya, orang yang hidup selepasku akan melihat perselisihan yang besar…" (Hadits Shahih). Hadits ini menceritakan perihal umat Islam yang berselisihan sesama mereka, kerana kalau yang dimaksudkan adalah perselisihan antara umat Islam dengan umat-umat dari agama yang lain, maka sejak zaman Baginda صلى الله عليه وسلم lagi, telah berlaku perselisihan antara mereka, sedangkan hadits ini mengisyaratkan tentang keadaan setelah kewafatan Baginda صلى الله عليه وسلم.

Bahkan, hadits setelah ini yang menjadi pokok perbincangan di sini, turut menjadi dalil yang menunjukkan tentang berlakunya perselisihan dalam umat Islam itu sendiri. Bahkan, realiti sendiri menunjukkan berlakunya perselisihan besar dalam masalah aqidah, dalam kalangan umat Islam, menerusi catatan sejarah sehinggalah realiti hari ini.

Umat Islam Tetap Terpelihara

Walaupun berlaku perselisihan dalam kalangan umat Islam, namun Allah سبحانه وتعالى tetap memelihara keutuhan umat Islam, dengan memberi jaminan, akan terus menjaga umat Islam daripada terjerumus ke dalam kesesatan secara menyeluruh.

Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda yang bermaksud: "Sesungguhnya umat aku (umat Islam) tidak akan berhimpun dalam kesesatan. Jika kamu melihat perselisihan (dalam kalangan mereka), maka hendaklah kamu mengikuti sawadul a'zhom (majoriti umat Islam). Sesungguhnya, sesiapa yang terasing, maka dia akan terasing dalam neraka" (Hadits riwayat Ibn Majah)

Daripada Ibn Umar رضي الله عنهما, bahawa Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda lagi:"Sesungguhnya Allah سبحانه وتعالى tidak akan menghimpunkan umat ini (umat Islam) dalam kesesatan selama-lamanya. Yadd (tangan: bantuan) Allah itu bersama-sama jama'ah. Maka, hendaklah kamu mengikuti sawadhul a'zhom (majoriti umat Islam)" (Hadits riwayat al-Hakim daripada jalan ad-Dhiya' al-Maqdisi)

Dalam dua hadits tersebut menjelaskan beberapa nota penting iaitu:

Pertama: Rasulullah صلى الله عليه وسلم memberitahu kita bahawa, akan berlaku perpecahan dalam kalangan umat Islam. Perpecahan yang dimaksudkan ini, pasti berkaitan dengan masalah aqidah kerana perselisihan dalam masalah furu' (cabang) seperti perbezaan mazhab dalam fiqh, tidak membawa kepada perpecahan.

Kedua: Apabila berlaku perpecahan, maka setiap muslim hendaklah bersama dengan "sawadhul a'zhom" (majoriti umat Islam), yang turut dinamakan oleh Rasulullah صلى الله عليه وسلم sebagai jamaah.

Ketiga: Jelaslah bahawasanya, majoriti umat Islam inilah yang benar, kerana mereka tidak akan berhimpun dalam kesesatan. Manakala, golongan yag tersesat atau tersalah dalam masalah aqidah, dari kalangan umat Islam hanyalah golongan minoriti sahaja. Kerana itulah, Rasulullah صلى الله عليه وسلم menganjurkan umat Islam mengikut majoriti umat Islam (sawadhul a'zhom) ketika berlaku perselisihan dan perpecahan dalam umat Islam.

Keempat: Allah سبحانه وتعالى sentiasa membantu golongan majoriti umat Islam ini, dalam menangkis kesesatan yang cuba dibawa masuk oleh golongan-golongan yang tersesat (syaz: terasing atau terpinggir) daripada aqidah sebenar Islam.


Perintah Agar Menyertai Majoriti Umat Islam (Sawadhul A'zhom) atau Jamaah

Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda yang bermaksud: "…Hendaklah kamu menyertai jamaah (majoriti umat Islam) dan janganlah kamu berpecah (mengikut golongan yang tersesat)…Sesiapa yang mahu menghuni taman syurga, maka hendaklah dia mengikut jamaah" (Hadits riwayat Ahmad, at-Tirmidhi, dan al-Hakim).

Telah berkata Rasulullah صلى الله عليه وسلم yang bermaksud:"…Dan sesungguhnya pada jamaah itu ada rahmat, dan pada perpecahan itu ada azab." Maka berkatalah Abu Umamah al-Bahili: "Hendaklah kamu bersama dengan sawadhul a'zhom"…(Hadits riwayat Imam Ahmad, al-Bazzar dan ath-Thabrani).

Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda lagi yang bermaksud:"…Aku tidak menyembunyikan sesuatupun (daripada kebenaran). Hendaklah kamu semua bertaqwa dan bersama-sama dengan jamaah. Janganlah kamu berpecah (mengikut golongan yang terkeluar daripada jamaah). Sesungguhnya (dengan keluar dari jamaah) itulah kesesatan. Sesungguhnya Allah سبحانه وتعالى tidak akan menghimpun umat Muhammad dalam kesesatan" (Hadits riwayat ath-Thabrani)

Antara pengajaran-pengajarannya:

Pertama: Hendaklah setiap individu muslim, bersama-sama dengan jamaah (kumpulan orang-orang Islam). Ia merupakan suatu seruan daripada Rasulullah صلى الله عليه وسلم sendiri.

Kedua: Jamaah (kumpulan orang-orang Islam) ini adalah sawadhul a'zhom (majoriti umat Islam) seperti yang dimaksudkan oleh Abu Umamah dalam hadits kedua tersebut. Maksudnya, apabila berlaku perselisihan dan perpecahan dalam umat Islam, maka sawadhul a'zhom (majoriti umat Islam)-lah yang merupakan jamaah Islam (kumpulan umat Islam) yang dimaksudkan oleh Rasulullah صلى الله عليه وسلم.

Ketiga: Sesungguhnya, dengan bersikap menyalahi majorit umat Islam khususnya berkenaan dengan kefahaman-kefahaman dalam aqidah Islam, pada hakikatnya, merupakan suatu kesesatan yang nyata.

Ancaman Bagi Mereka Yang Menyertai Kesesatan Golongan Yang Menyalahi Sawadhul A'zhom

Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda yang bermaksud:"Sesungguhnya umat aku (umat Islam) tidak akan berhimpun dalam kesesatan. Jika kamu melihat perselisihan (dalam kalangan mereka), maka hendaklah kamu mengikuti sawadul a'zhom (majoriti umat Islam). Sesungguhnya, sesiapa yang terasing, maka dia akan terasing dalam neraka" (Hadits riwayat Ibn Majah)

Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda lagi yang bermaksud:"…Barangsiapa yang keluar daripada jamaah walaupun sejengkal, maka dia sudahpun memenggalkan agama Islam..." (Hadits riwayat Imam Ahmad)

Dalam hadits-hadits ini, Rasululullah صلى الله عليه وسلم melarang setiap individu muslim daripada keluar daripada kelompok umat Islam, dengan menyalahi aqidah kelompok umat Islam.

Bahkan, Rasulullah صلى الله عليه وسلم juga menegaskan bahawa, orang yang bercanggah dengan jamaah atau menyalahi majoriti umat Islam (sawadhul a'zhom) dalam masalah usul (pokok iaitu masalah aqidah), maka dia dianggap sebagai syaz, iaitu: orang yang terasing ataupun terpinggir daripada kelompok umat Islam.

Adapun orang yang terpinggir (syaz) ataupun kelompok-kelompok yang terpinggir (syawaz kata ramai bagi syaz) yang bercanggah dengan kefahaman murni aqidah sawadhul a'zhom (majoriti umat Islam), akan terpinggir ke dalam neraka juga, na'uzubillah.

Rasulullah صلى الله عليه وسلم juga memberi ancaman keras kepada mereka yang keluar daripada jamaah ataupun keluar daripada manhaj sawadhul a'zhom dalam masalah aqidah terutamanya, dengan memanggil orang yang keluar tersebut sebagai orang yang memenggal agama Islam itu sendiri. Hal ini menunjukkan, betapa beratnya fitnah yang dibawa oleh seseorang itu keluar daripada kelompok sawadhul a'zhom (majoriti umat Islam) kepada agama Islam itu sendiri.


Siapakah Jamaah, Sawadhul A'zhom dan Syaz itu?

Di awal zaman Rasulullah صلى الله عليه وسلم, jamaah atau jemaah umat Islam itu jelas, iaitu orang-orang yang memeluk Islam dan berjuang bersama Rasulullah صلى الله عليه وسلم. Namun, setelah kemuncak kecemerlangan Islam di zaman Rasulullah صلى الله عليه وسلم, terbit musuh-musuh Islam dari dalam, samada golongan munafiq mahupun golongan yang mendakwa sebagai nabi-nabi palsu seperti Musailamah al-Kazzab.

Walaubagaimanapun, Rasulullah صلى الله عليه وسلم dan umat Islam berjaya mematahkan musuh-musuh Islam tersebut. Namun, golongan munafiq masih bersembunyi di tengah-tengah umat Islam.

Setelah kewafatan Rasulullah صلى الله عليه وسلم, umat Islam semakin berkembang. Dalam perkembangan yang sama, timbul bibit-bibit awal yang membawa kepada perpecahan dalam umat Islam. Perselisihan dalam umat Islam mula terasa bahangnya pada zaman Saidina Uthman رضي الله عنه dan semakin memuncak pada zaman Saidina Ali كرم الله وجهه

Namun, pada permulaannya, perselisihan hanya berlaku di sekitar aspek politik, yang tidak melibatkan masalah aqidah. Sehinggalah kemuncak kegemilangan para tabi'in, muncul golongan-golongan yang tersalah dalam memahami nash-nash al-Qur'an dan as-Sunnah, sehingga membentuk beberapa golongan bid'ah dalam masalah aqidah iaitu golongan Muktazilah, Jabbariyah, Qadariyah, Mujassimah, Syi'ah dan sebagainya. Mereka inilah golongan-golongan yang terpinggir (syaz) daripada kelompok umat Islam (majoriti umat Islam).

Namun, Allah سبحانه وتعالى masih memelihara umat Islam dengan menyelamatkan aqidah majoriti umat Islam (sawadhul a'zhom), dengan peranan yang dimainkan oleh majoriti ulama' Islam (golongan al-Asya'irah dan al-Maturidiyah), dalam membenteras fahaman-fahaman sesat golongan-golongan tersebut.

Para ulama' majoriti umat Islam dari kalangan al-Asya'irah dan al-Maturidiyah inilah yang akhirnya berjuang atas nama, ahlus sunnah wal jamaah, kerana mereka mewakili majoriti umat Islam itu sendiri, yang berdiri di atas kebenaran, sesuai dengan jaminan Rasulullah صلى الله عليه وسلم. [Tersebut didalam kitab Ithaf as-Saadah al-Muttaqin bi Syarhi Ihya` ‘Ulumiddin oleh Sayyid Murthada az-Zabidi:
إذا أطلق أهل السنة فالمراد بهم الأشاعرة و الماتريدية

Maksudnya: Apabila diithlaqkan ahlus sunnah wal jamaah maka yang dimaksudkan adalah al-Asya’irah dan al-Maturidiah]


Para ulama' ahlus sunnah wal jamaah menentang fahaman muktazilah yang terlalu bebas dalam menggunakan akal sehingga mencemari kesucian wahyu, dan turut menentang fahaman mujassimah dan musyabbihah yang terlalu jumud dalam berinteraksi dengan nash-nash mutasyabihat (kesamaran maknanya) sehingga mencemarkan keagungan sifat-sifat Allah سبحانه وتعالى, takkala mereka menyamakan Allah سبحانه وتعالى dengan makhluk atau mereka menjisimkan Allah سبحانه وتعالى.

Para ulama ahlus sunnah wal jamaah turut menentang fahaman-fahaman lain seperti fahaman syi'ah, jabbariah, qadariyah dan sebagainya yang tidak jauh berbeza dengan golongan-golongan syaz yang lain.

Sebahagian daripada golongan-golongan terpinggir (syaz) tersebut berjaya dihapuskan namun sebahagian golongan yang lain, terus bersembunyi dan menyebarkan fahaman mereka secara tersembunyi, memang bagaikan kelompok yang terasing seperti yang dimaksudkan oleh Rasulullah صلى الله عليه وسلم.

Sebahagian fahaman muktazilah menyelinap masuk ke dalam sebahagian ahli-ahli falsafah Islam sehingga memaksa ulama' ahlus sunnah wal jamaah membasmi fahaman mereka, seperti yang dilakukan oleh Imam Al-Ghazali رحمه الله..

Bahkan, setelah itu, fahaman golongan mujassimah dan musyabbihah mula diketengahkan semula dalam masyarakat Islam, atas nama yang berbeza yang lebih dikenali dengan golongan hasyawiyah. Ulama'-ulama' Islam ahlus sunnah wal jamaah yang mewakili golongan sawadhul a'zhom (majoriti umat Islam) turut bertungkus-lumus membendung fahaman ini.

Kekeliruan yang Mengelirukan

Namun, setelah itu, muncul seorang pendakwah yang bernama Sheikh Ibn Taimiyah, yang secara tidak langsung, cuba mempelopori semula fahaman hasyawiyah dan mujassimah ini dalam bentuk yang lebih berhati-hati dan teliti. Beliau membuka semula kaedah-kaedah untuk menjisimkan Allah سبحانه وتعالى. melalui nash-nash mutasyabihat (kesamaran maknanya) daripada Al-Qur'an dan As-Sunnah.

Antara kaedah-kaedah tersebut adalah, beliau menetapkan makna zahir bagi nash-nash mutasyabihat yang membawa kepada makna kejisiman Allah سبحانه وتعالى, sedangkan para salafus sholeh tidak pernah menetapkan sebarang makna bagi nash-nash mutasyabihat tersebut.

Beliau juga menolak konsep ta'wil dan kiasan bagi nash-nash mutasyabihat lalu menuduh golongan majoriti ulama' Islam sebagai golongan yang menafikan sifat Allah سبحانه وتعالى, padahal tidak sedemikian.

Bahkan, bukan setakat itu sahaja, beliau malah, menyandarkan fahamannya kepada salafus sholeh, dek kerana salah mentafsirkan sebahagian daripada kata-kata para ulama' salaf, padahal para ulama' salafus sholeh berlepas tangan darpada fahaman neo-mujassimah beliau.

Beliau turut menolak para ulama' ahlus sunnah wal jamaah seperti Hujjatul Islam Imam Al-Ghazali yang diterima oleh majoriti ulama' Islam dan majoriti umat Islam, dan Imam Ar-Razi kerana mereka menolak tajsim bagi Allah سبحانه وتعالى. Ibn Taimiyah dalam banyak karangan beliau seperti dalam buku-buku At-Ta'sis, Risalah Tadmuriyah, Al-Arasy' dan Fatawa beliau, di mana beliau cuba menetapkan kejisiman bagi Allah سبحانه وتعالى secara tidak langsung. Bahkan, beliau turut mengkritik para ulama' Al-Asya'irah yang mewakili majoriti ulama Islam dan majoriti umat Islam, sejak 400 tahun sebelum kemunculan beliau, (yang dijamin kebenaran mereka oleh Rasulullah صلى الله عليه وسلم sendiri, berdasarkan hadits "tidak berhimpun umat atas kesesatan…").

Namun, beliau ditentang hebat oleh para ulama' ahlus sunnah wal jamaah, dari kalangan al-Asya'irah khususnya, kerana cuba menghidupkan fahaman mujassimah semula, secara tidak langsung.

Setelah itu, sepertimana kebiasaan bagi golongan syaz (terpinggir), fahaman Ibn Taimiyah dan beberapa anak muridnya lenyap seketika ditelan zaman. Golongan al-Hasyawiyah kembali bersembunyi di sebalik golongan athariyah atau para ahli hadits. Namun, golongan athariyah (ahli hadits) ini berbeza dengan muhaddithiin (ulama' hadits) dari kalangan ahlus sunnah wal jamaah.

Sehinggalah, setelah kemunculah seorang pemuda yang ghairah menghukum, iaitu Muhammad bin Abdul Wahab, beliau cuba menghidupkan semula fahaman Ibn Taimiyah dan turut mengkritik sawadhul a'zhom (majoriti umat Islam) dan menuduh majoriti ulama' Islam iaitu al-Asya'irah sebagai golongan yang tidak mengikut aqidah salafus sholeh. Beliau cuba memutarbelitkan fakta bagi menipu masyarakat awam Islam, terhadap aqidah salafus sholeh.

Sekali lagi, golongan ahlus sunnah wal jamaah bangkit untuk menangkis fahaman neo-mujassimah yang cuba diketengahkan oleh kebanyakan para pengikut Muhammad bin Abdul Wahab [atau lebih dikenali dengan golongan Wahabi].

Para pengikut Muhammad bin Abdul Wahab mula menyusun dan mengetengahkan semula kaedah-kaedah yang membawa kepada kejisiman Allah سبحانه وتعالى ketika berinteraksi dengan nash-nash mutasyabihat, yang pernah diketengahkan oleh Sheikh Ibn Taimiyah suatu ketika dahulu.

Antara kaedah-kaedah tersebut adalah, menetapkan makna zahir bagi nash-nash mutasyabihat, menolak ta'wil bagi nash-nash mutasyabihat, menetapkan tempat bagi Allah سبحانه وتعالى dan sebagainya, yang mana mereka membuka pintu kesesatan yang lebih besar, daripada pintu yang dibuka oleh Sheikh Ibn Taimiyah.

Malangnya, mereka berdusta ke atas para salafus sholeh, dengan menisbahkan fahaman tajsim (menjisimkan Allah سبحانه وتعالى) mereka kepada para salafus sholeh, sedangkan para salafus sholeh tidak sedemikian kefahaman mereka.

Lebih malang lagi, sebahagian orang-orang awam yang tidak pandai dalam kaedah bahasa Arab, mula terpengaruh dengan fahaman golongan mujassimah moden ini, sehingga sanggup menetapkan kejisiman bagi Allah سبحانه وتعالى, sanggup menetapkan tempat bagi Allah سبحانه وتعالى, sedangkan aqidah sawadhul a'zhom yang dijamin kebenaran mereka oleh Rasulullah صلى الله عليه وسلم itu sendiri, menafikan jisim dan tempat bagi Allah سبحانه وتعالى. Bahkan, aqidah sawadhul a'zhom tidak menetapkan makna-makna zahir nash-nash mutasyabihat tersebut.

Kembalilah Kepada Salafus Sholeh, Neracanya Adalah Sawadhul A'zhom.

Wahai orang-orang awam. Janganlah tertipu dengan sesetengah golongan yang menyeru kepada manhaj salafi, padahal mereka bercanggah dengan sawadhul a'zhom (majoriti umat Islam). Janganlah tertipu dengan olahan dan kefahaman salah mereka terhadap perkataan-perkataan salafus sholeh dan janganlah turut mengikut bid'ah mereka dalam masalah aqidah takkala mereka tersalah dalam memahami nash-nash al-Qur'an terutamanya nash-nash mutasyabihat.

Jauhilah golongan yang terpinggir daripada majoriti umat Islam ini, yang berfahaman tajsim, atas nama salafi padahal salafus sholeh berlepas tangan daripada fahaman mereka. Ukurannya adalah majoriti umat Islam itu sendiri. Sejak sebelum kemunculan Sheikh Ibn Taimiyah dan Muhammad bin Abdul Wahab, sehingga hari ini, sawadhul a'zhom (majoriti umat Islam) adalah golongan ahlus sunnah wal jamaah yang terdiri daripada golongan al-Asya'irah dan al-Maturidiyah dalam masalah aqidah, dan terdiri daripada golongan yang bermazhab Imam Hanafi, Imam Maliki, Imam asy-Syafi'e dan Imam Ahmad bin Hanbal dalam masalah fiqh.

Sesungguhnya, aqidah sawadhul a'zhom (majoriti umat Islam) iaitu golongan al-Asya'irah dan al-Maturidiyah yang menolak kejisiman Allah سبحانه وتعالى, yang menolak tempat bagi Allah سبحانه وتعالى dan sebagainya, merupakan aqidah yang dijamin oleh Rasulullah صلى الله عليه وسلم. Ini janji Rasulullah صلى الله عليه وسلم. Mustahil golongan al-Asya'irah tersesat sedangkan merekalah golongan majoriti umat Islam, sejak sebelum kelahiran Ibn Taimiyah dan Ibn Abdul Wahab lagi.

Nashihat Kepada Golongan Yang Terpinggir (Keluar dari Sawadhul A'zhom)

Janganlah ingkar dengan saranan Rasulullah صلى الله عليه وسلم agar kembali kepada sawadhul a'zhom (majoriti umat Islam). Kembalilah kepada aqidah sawadhul a'zhom dari kalangan salafus sholeh, al-Asya'irah dan al-Maturidiyah. Janganlah kalian keluar daripada kelompok ini, kerana sesiapa yang terpinggir, maka dia akan terpinggir ke dalam neraka, na'uzubillah.

Janganlah bersikap sombong dengan terus membid'ahkan amalan-amalan yang diamalkan oleh sawadhul a'zhom (majoriti umat Islam) seperti amalan menyambut maulid Nabi صلى الله عليه وسلم, amalan berzikir secara berjemaah, bertawassul kepada orang mati dan sebagainya, apatah lagi, ianya masalah yang khilafiyah bahkan diamalkan oleh kebanyakkan umat Islam. Sesungguhnya, umat Islam tidak akan berhimpun dalam kesesatan. Orang yang perasan bahawa majoriti umat Islam telah tersesat ataupun telah melakukan bid'ah, sebenarnya dialah yang telahpun sesat kerana tidak meyakini hadits-hadits Nabi صلى الله عليه وسلم dalam bab ini.

Bertaubatlah kepada Allah سبحانه وتعالى, kerana sesungguhnya Allah سبحانه وتعالى itu Maha Pengampun. Kembalilah ke pangkal jalan, kerana sesungguhnya jalan kebenaran masih terbentang luas, selagi nafas masih di rongga. Rasulullah صلى الله عليه وسلم seorang yang amanah lagi jujur. Jaminan kebenaran bersama dengan sawadhul a'zhom, sesuai dengan janji Baginda صلى الله عليه وسلم. Sesungguhnya, mati dalam bersama dengan sawadhul a'zhom itu suatu ketenangan kerana bersama dengan janji kebenaran daripada Rasulullah صلى الله عليه وسلم. Adapun hidup walau dengan bergunung emas sekalipun, tidak akan memberi ketenangan jika memusuhi dan keluar daripada sawadhul a'zhom (majoriti umat Islam).

Wallahu a'lam…

Raja Ahmad Mukhlis bin Raja Jamaludin ar-Razi
14 Disember 2007


Selasa, 10 November 2009

Pasai Apa Kita Tolak Fahaman Wahabi - 6

Antaranya lagi pasai apa kita tolak Wahhabi ...... pasai depa dok tohmah bahawa pengikut ahlussunnah wal jamaah yang bermazhab Asya’irah dan Maturidiyah menyeleweng dan terkeluaq dari ahlussunnah wal jama'ah.

Wahai saudara-saudaraku, mai kita pakat perati tengok apa depa kata, antaranya:(a) Namun, setelah munculnya aliran pemikiran yang menyeleweng dalam kalangan kaum muslimin seperti al-Jahmiah, al-Muktazilah, al-Kullabiah, al-Asya'irah, dan al-Maturidiah yang kesemua mereka ini berkiblat kepada hawa nafsu dalam memahami nas-nas al-Quran dan al-Hadis umat Islam telah terpecah kepada beberapa golongan dalam masalah Sifat-sifat Allah Taala. – Oleh Muhammad Asri bin Sobri [dia ni pernah bekerja di Jabatan Mufti Perlis. Dan dia nilah yang pernah kata waktu kuliah Maghrib, di Masjid Alwi Kangar, pada tanggai 17/8/2009 ... amalan bertahlil di dalam masjid adalah bida'ah dan ma'siat, dosanya lebih besaq daripada dosa berzina dalam masjid]. Petikan diperolehi dari al-Qayyim.net

(b) Antaranya lagi, depa tohmah ulamaulama besaq kita dengan mengatakan bahwa aqidah Imam Ibn Hajar, Imam an-Nawawi, Imam al-Ghazali dan para ulama ‘Asya’irah terkeluar dari aqidah ahlus sunnah wal jamaah. cuba perati apa depa kata .......

Dr Syaikh Muhammad Khalil Harras (Pemimpin Anshar as-Sunnah, Mesir), dalam kitabnya Dakwatut Tauhid, Cetakan Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah, Beirut, Lubnan, tanpa tarikh, mengatakan: Dan makruf, sesiapa yang terlibat dengan mentakwilkan nash-nash mutasyabihat dari golongan ‘Asya’irah seperti Ibn Fawrouk sebagaimana (terdapat) di dalam kitabnya al-Takwilaat” kemudian diikuti selepas itu (oleh) ulama mutaakhir al-‘Asya’irah seperti Imam al-Haramain, al-Ghazali, al-Razi, al-Hulaimi al-Aamidi, Ibn A’qil, Ibn Jauzi dan lain-lain. Dan sesungguhnya telah sesat dalam bab ini (mentakwil). Kebanyakkan ulama' ‘Asya’irah yang mana mereka mempunyai ilmu yang mendalam, ahli ‘ibadah dan menghafaz as-Sunnah seperti Imam an-Nawawi, Izzuddin Abdussalam dan selain dari keduanya”

Di dalam kitab Min Masyahir al-Mujaddidin Fi al-Islam: Shaikh al-Islam Ibn Taimiyyah dan Shaykh al-Islam Muhammad bin Abd al-Wahhab, Dr. Sholeh bin Fauzan bin Abdullah al-Fauzan, 1408H, Cetakan: Riasah al-Ammah al-Idarat al-Buhuth al-Alamiyyah Wa al-Ifta' Wa al-Dakwah Wa al-Irsyad, Riyadh, Arab Saudi, Perenggan Ke-5: menyebut: Golongan al-Asya’irah dan al-Maturidiyyah bertentangan dengan (metodologi) para shahabat, al-Tabi’in dan Imam Mazhab Empat dalam kebanyakkan masalah i’tiqad (‘aqidah) dan usul agama. Lantaran itu mereka tidak berhak (tidak layak) untuk di gelar Ahli Sunnah Wal Jamaah. Mereka (‘Asya’irah dan al-Maturidiyyah) bukan sekadar bertentangan dengan Syeikh al-Islam [Ibn Taimiyyah] sahaja. Tetapi mereka turut menyalahi umat Islam dan para ulama’ yang berjalan (berpegang) kepada metodologi al-Salaf.”

Al-Hafidz Ibn Hajar al-Asqolani seorang ulama hadits yang sangat terkenal dikatakan beraqidah menyeleweng sehinggakan ulama Saudi mengeluarkan sebuah kitab bertajuk ‘تنبيه على المخالفات العقدية في الفتح الباري’ – Peringatan Atas Penyelewengan-penyelewengan ‘Aqidah Di dalam Kitab al-Fath al-Baari. Kitab ini diberi taqridh oleh ulama-ulama besar Saudi seperti 'Abdul 'Aziz bin Baz, Sholeh Fauzan, 'Abdullah bin 'Uqail dan 'Abdullah bin Manii'q

Syaikh Abdullah Sa'diy al-Ghamidiy al-Abdaliy juga menulis satu kitab berjudul al-Aktha' al-Asasiyyah fi al-Aqidah Wa Tauhid al-Uluhiyyah Min Kitab Fath al-Baari Ta'lif Ahmad bin Hajar al-Asqalani (Kesalahan Asas Tentang Aqidah dan Tauhid Uluhiyyah dari Kitab Fath al-Baari karangan Ibn Hajar al-Asqalaniy).


Di dalam kitab Liqa' Bab al-Maftuh Ma’aa Fadhilah asy-Syaikh Muhammad Sholeh al-Uthaimin, yang diselia Dr. Abdullah bin Muhammad bin Ahmad al-Thayyar, Cetakan Dar al-Wathan, Riyadh, halaman 42 - 43:Soalan penanya: Sebagaimana kita menjadikan an-Nawawi dan Ibn Hajar al-Asqalani kedua-duanya bukan dari ahlussunnah wal jamaah?

Jawapan : Berdasarkan kepada apa yang dimazhabkan (diputuskan) pendapat mereka di dalam isu-isu perbahasan Nama-nama dan Sifat-Sifat Allah, kedua-dua mereka bukan dari Ahli Sunnah Wal Jamaah.

Soalan susulan : Secara mutlak, mereka bukan dari ahlussunnah wal jama'ah?

Jawapan : Kita tidak menjadikannya secara mutlak. Saya beritahu anda bahawa barangsiapa yang menyanggahi golongan al-Salaf dalam memahami Sifat Allah tidak diberi gelaran mutlak bahawa ia bukan dari ahlussunnah wal jama'ah. Bahkan ditaqyidkan .... hingga bila dikatakan dia (seseorang itu) ahlussunnah wal jama'ah (mungkin) dari sudut feqhiyyah contohnya. Adapun jika tareqat (metodologinya) itu bid'ah..ia bukan dari ahlussunnah wal jamaah." Syaikh Sholeh Utsaimin bahwa Imam Nawawi dan Imam Ibn Hajar al-Asqolani terkeluar dari ahlus sunnah wal jamaah.

Itulah sebahagian tuduhan mereka kepada pengikut Ahlussunnah Wal Jama'ah yang mengikuti mazhab Asya'irah dan Maturidiyah.

Laani mai kita pakat perati pula apa kata ulama kita mengenai masalah ini. Perati haluih-haluih dengan aqal dan hati yang sejahtera.

Ambo petik dari entri ambo terdahulu kita perati tengok apa kata ulama kita, iaitu Abuya Sayyid Muhammad bin 'Alawi al-Maliki al-Hasani dalam menjawab tuduhan depa.

Haqiqat Asya’irah


Ramai kaum muslimin jahil (tidak mengetahui) mengenai madzhab al-‘Asya’irah (kelompok ulama pengikut madzhab Imam Abul Hasan al-Asy’ari) dan tidak mengetahui siapakah mereka, dan metode mereka dalam bidang aqidah. Lantaran dari itu, sebahagian dari mereka, tidak berhati-hati, melemparkan tuduhan bahawa golongan Asya’irah sesat atau telah keluar dari Islam dan mulhid (menyimpang dari kebenaran) di dalam memahami sifat-sifat Allah


Kejahilan terhadap madzhab al-Asya’irah ini adalah faktor retaknya kesatuan golongan Ahl as-Sunnah dan terpecah-pecahnya kesatuan mereka, sehingga sebahagian golongan yang jahil memasukkan al-Asya’irah dalam kelompok golongan yang sesat . Saya tidak tahu, mengapa golongan yang beriman dan golongan yang sesat disamakan? Dan bagaimana golongan Ahl as-Sunnah dan golongan ekstrim mu’tazilah (Jahmiyyah) disamakan?
أَفَنَجْعَلُ ٱلْمُسْلِمِينَ كَٱلْمُجْرِمِينَ - مَا لَكُمْ كَيْفَ تَحْكُمُونَ


Patutkah Kami (berlaku tidak adil, dengan) menjadikan orang-orang Islam (yang taat), sama seperti orang-orang yang berdosa (yang kufur ingkar)? Apa sudah jadi kepada akal kamu? Bagaimana kamu menetapkan hukum (yang terang-terang salahnya itu)? (Surah al-Qalam: 35 – 36)


Al-Asya’irah adalah para pemimpin ulama yang membawa petunjuk dari kalangan ulama muslimin yang ilmu mereka memenuhi bahagian timur dan barat dunia dan disepakati oleh manusia sepakat atas keutamaan, keilmuan dan keagamaan mereka. Mereka adalah tokoh-tokoh besar ulama Ahl as-Sunnah berwibawa tinggi yang berdiri teguh menentang kepongahan dan kesombongan golongan mu’tazilah.
Dalam mengupas tentang golongan al-Asya’irah, Ibn Taimiyyah berkata:
والعلماء أنصار علوم الدين والأشاعرة أنصار أصول الدين – الفتاوى الجزء الرابع


Artinya: “Para ulama adalah pembela ilmu agama dan al-Asya’irah pembela dasar-dasar agama (ushuluddin) - (al-Fataawaa, juzu’ 4)
[ambo tambah sesenduk: tuuuu dia .... imam panutan Wahabi sendiri pun puji ulama Asya'irah, lagu mana hampa boleh dok tohmah pulak????? 'Ajib!'Ajib ... ]
Sesungguhnya mereka (penganut madzhab al-Asya’irah) terdiri dari tokoh-tokoh hadits, fiqih dan tafsir dari kalangan tokoh imam yang utama (yang menjadi panutan dan sandaran para ulama lain) seperti:
  • Syaikhul Islam Ahmad ibn Hajar al-‘Asqalani رحمه الله, tokoh hadits yang tidak dipertikaikan lagi sebagai gurunya para ahli hadits, penyusun kitab Fathul Baari ‘ala Syarhil Bukhaari. Bermazhab Asya’irah. Karyanya sentiasa menjadi rujukan para ulama’.
  • Syaikhul Ulama Ahl as-Sunnah, al-Imam an-Nawaawi رحمه الله, penyusun Syarh Shahih Muslim, dan penyusun banyak kitab yang masyhur. Beliau bermazhab Asya’irah.
  • Syaikhul Mufassirin al-Imam al-Qurthubi رحمه الله penyusun tafsir al-Jaami’ li Ahkaamil Qur’an. Beliau bermazhab Asya’irah.
  • Syaikhul Islam Ibnu Hajar al-Haithami رحمه الله, penyusun kitab az-Zawaajir ‘an al-Iqtiraaf al-Kabaa’ir. Beliau bermazhab Asya’irah.
  • Syaikhul Fiqh wal Hadits al-Imam al-Hujjah wa ats-Tsabat Zakaaria al-Anshari رحمه الله Beliau bermazhab Asya’irah.
  • Al-Imam Abu Bakar al-Baaqilani رحمه الله
  • Al-Imam al-Qashthalani رحمه الله
  • Al-Imam an-Nasafi رحمه الله
  • Al-Imam asy-Syarbini رحمه الله
  • Abu Hayyan an-Nahwi رحمه الله, penyusun tafsir al-Bahr al-Muhith.
  • Al-Imam Ibn Juza رحمه الله, penyusun at-Tashil fi ‘Uluumittanziil.
  • Dan lain-lain lagi, kesemuanya merupakan tokoh-tokoh ‘Asya’irah.
Seandainya kita menghitung jumlah ulama besar dari ahli hadits, tafsir dan fiqh yang bermazhab al-Asya’irah, maka keadaan tidak akan memungkinkan dan kita memerlukan beberapa jilid buku untuk merangkai nama para ulama besar yang ilmu mereka memenuhi wilayah timur dan barat bumi. Adalah salah satu kewajiban kita untuk berterimakasih kepada orang-orang yang telah berjasa dan mengakui keutamaan orang-orang yang berilmu dan memiliki kelebihan yakni para tokoh ulama, yang telah menabur khidmat mereka kepada syari’at Penghulu Para Rasul, Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم.
Dimanakah lagi kebaikan yang kita harapkan sekiranya kita melemparkan tuduhan menyimpang daripada kebenaran dan sesat kepada para ulama besar kita dan para salafus sholeh? Bagaimana Allah akan membukakan mata hati kita untuk mengambil manfaat dari ilmu-ilmu mereka setelah kita beri’tiqad bahwa mereka berada dalam keraguan dan menyimpang dari jalan Islam?.

Sungguh saya ingin mengatakan: “Adakah terdapat ulama masakini daripada kalangan doktor [penyandang ijazah PhD] dan cerdik pandai, mampu melakukan sepertimana yang dilakukan oleh Ibnu Hajar al-‘Asqalani dan al-Imam an-Nawawi رحمهماالله dalam berkhidmat terhadap sunnah Rasulullah صلى الله عليه وسلم yang suci? Adakah kita mampu untuk memberi khidmat terhadap sunnah Nabi صلى الله عليه وسلم sebagaimana yang dilakukan oleh kedua-dua ulama besar ini? Semoga Allah mengurniakan kepada mereka rahmat dan keredhaanNya. Lalu bagaimana kita boleh menuduh sebagai sesat mereka berdua[1] dan para ulama al-Asya’irah yang lain, padahal kita memerlukan ilmu-ilmu mereka?

Dan bagaimana kita boleh mengambil ilmu dari mereka jika mereka didalam kesesatan? Padahal al-Imam Ibnu Sirin رحمه الله pernah berkata:

إن هذا العلم دين فانظروا عمن تأخذون دينكم

Artinya: Sesungguhnya ilmu ini adalah agama, maka perhatikan daripada siapa kalian mengambil agama kalian.

Apakah tidak cukup bagi orang yang tidak sependapat dengan para imam di atas, untuk mengatakan, “Mereka rahimahullah telah berijtihad dan mereka salah dalam menafsirkan sifat-sifat Allah. Maka yang lebih baik adalah tidak mengikuti metode mereka.” Sebagai ganti dari ungkapan kita menuduh mereka telah menyimpang dan sesat lalu kita marah atas orang yang mengkategorikan mereka sebagai ahlussunnah.

Dan seandainya al-Imam an-Nawawi, al-‘Asqalani, al-Qurthubi, al-Fakhrurrazi, al-Haithami dan Zakaria al-Anshari dan ulama berwibawa yang lain tidak dikategorikan sebagai Ahlussunnah Wal Jama’ah, lalu siapakah mereka yang termasuk Ahlussunnah Wal Jama’ah?.
Sungguh, dengan tulus kami mengajak semua pendakwah dan mereka yang bergiat di medan dakwah Islam agar bertaqwa kepada Allah dalam urusan ummat Muhammad صلى الله عليه وسلم, khususnya terhadap tokoh-tokoh ulama dan para fuqaha’nya. Kerana, ummat Muhammad صلى الله عليه وسلم sentiasa berada dalam kebaikan hingga hari kiamat. Dan tidak ada kebaikan bagi kita jika tidak mengakui kedudukan dan keutamaan para ulama kita sendiri.

Jawapan seteruihnya ...Dipetik dari kitab al-Bid'ah fi al-Mafhum al-Islami ad-Daqiiq karangan Dr. Abdul Malik bin Abdurrahman as-Sa'di

Soalan: Terdapat golongan yang mendakwa “berilmu tentang al-Quran dan al-Hadith”, bangun mengkafirkan satu kumpulan daripada umat islam yang dikenali sebagai al-Asya’irah. Apakah hukum mereka yang mengkafirkan golongan Al-Asya’irah ini dan apakah peranan yang telah dimainkan oleh kumpulan al-Asya’irah ini dalam berkhidmat untuk Islam?

Jawapan: Al-Asya’irah adalah pengikut Imam Abu Hasan al-Asy'ari yang mempunyai jasa yang besar dalam membersihkan aqidah Ahlussunnah wal Jamaah daripada kekeruhan yang dicetuskan oleh golongan Mu'tazilah. Kebanyakan pendokong dan ulama ulung umat ini adalah daripada golongan al-Asya’irah. Sedangkan golongan yang mempertikaikan mereka ini tidak pun mencapai separas buku lali mereka dari segi ilmu, wara' dan taqwa.

Di antara ulama al-Asya’irah ialah: Imam al-Haramain, Imam al-Ghazali, al-Hafidz Ibn Hajar al-'Asqalani, Imam Fakhruddin ar-Razi dan sebagainya. Apakah dosa yang telah mereka lakukan? Adakah kerana mereka bertungkus-lumus untuk membuat penolakan ke atas kekeliruan yang ditimbulkan oleh golongan Musyabbihah berhubung dengan Dzat Allah? Golongan Musyabbihah ini cuba untuk menetapkan bahawa Allah Ta’ala mempunyai jisim melalui ayat-ayat mutasyabihat dan hadits-hadits yang menyatakan secara dzahirnya bahawa Allah mempunyai tangan, mata, siku, jari-jari dan sebagainya. - Tamat petikan.
Selepaih daripada tu, mai kita perati pulak sedikit daripada tabaqat ulama Asya'irah sebagaimana yang ditulis oleh teman ambo, Sidi Raja Mukhlis.

Peringkat Pertama - Dari Kalangan Murid Imam Abu al-Hasan al-Asy’ari

  • Abu Abdullah bin Mujahid Al-Bashri
  • Abu Al-hasan Al-Bahili Al-Bashri
  • Abu Al-Hasan Bandar bin Al-Husein Al-Syirazi As-Sufi
  • Abu Muhammad At-Thobari Al-‘Iraqi
  • Abu Bakr Al-Qaffal As-Syasyi
  • Abu Sahl As-So’luki An-Naisaburi
  • Abu Yazid Al-Maruzi
  • Abu Abdillah bin Khafif As-Syirazi
  • Abu Bakr Al-Jurjani Al-Isma’ili
  • Abu Al-Hasan Abdul ‘Aziz At-Thobari
  • Abu Al-Hasan Ali At-Thobari
  • Abu Ja’far As-Sulami Al-Baghdadi
  • Abu Abdillah Al-Asfahani
  • Abu Muhammad Al-Qursyi Al-Zuhri
  • Abu Bakr Al-Bukhari Al-Audani
  • Abu Al-Manshur bin Hamsyad An-Naisaburi
  • Abu Al-Husein bin Sam’un Al-Baghdadi
  • Abu Abdul Rahman As-Syaruthi Al-Jurjani
  • Abu Ali Al-Faqih Al-Sarkhosyi
Peringkat Kedua
  • Abu Sa’ad bin Abi Bakr Al-Isma’ili Al-Jurjani
  • Abu Thayyib bin Abi Sahl As-So’luki An-Naisaburi
  • Abu Al-Hasan bin Daud Al-Muqri Al-Darani Ad-Dimasyqi
  • Al-Qodhi Abu Bakr bin At-Thoyyib bin Al-Baqillani
  • Abu ‘Ali Ad-Daqqaq An-Naisaburi (guru Imam Al-Qusyairi)
  • Al-Hakim Abu Abdillah bin Al-Bai’e An-Naisaburi
  • Abu Manshur bin Abi Bakr Al-Isma’ili
  • Al-Ustaz Abu Bakr Furak Al-Isfahani
  • Abu Sa’ad bin Uthman Al-Kharkusyi
  • Abu Umar Muhammad bin Al-Husein Al-Basthomi
  • Abu Al-Qasim bin Abi Amr Al-Bajli Al-Baghdadi
  • Abu Al-Hasan bin Maysazah Al-Isfahani
  • Abu Tholib bin Al-Muhtadi Al-Hasyimi
  • Abu Mu’ammar bin Abi Sa’ad Al-Jurjani
  • Abu Hazim Al-‘Abdawi An-Naisaburi
  • Al-Ustaz Abu Ishaq Al-Isfara’ini
  • Abu ‘Ali bin Syazan Al-Baghdadi
  • Abu Nu’aim Al-Hafiz Al-Isfahani
  • Abu Hamid Ahmad bin Muhammad Al-Istawa’ie Ad-Dalwi

Peringkat Ketiga

  • Abu Al-Hasan As-Sukri Al-Baghdadi
  • Abu Manshur Al-Ayyubi An-Naisaburi
  • Abu Muhammad Abdul Wahab Al-Baghdadi
  • Abu Al-Hasan An-Na’imi Al-Bashri
  • Abu Thohir bin Khurasah Ad-Dimasyqi
  • Al-Ustaz Abu Manshur An-Naisaburi
  • Abu Dzar Al-Haraqi Al-Hafiz
  • Abu Bakr Ad-Dimsyaqi (Ibn Al-Jurmi)
  • Abu Muhammad Al-Juwaini (ayahnda Imam Al-Haramain Al-Juwaini)
  • Abu Al-Qasim bin Abi Uthman Al-Hamdani
  • Abu Ja’far As-Samnani
  • Abu Hatim At-Thobari Al-Qozwini
  • Abu Al-Hasan Rasya bin Nazhif Al-Muqri
  • Abu Muhammad Al-Isfahani (Ibn Al-Laban)
  • Abu Al-Fath Salim bin Ayyub Al-Razi
  • Abu Abdillah Al-Khobazi Al-Muqri
  • Abu Al-Fadhl bin ‘Amrus Al-Baghdadi Al-Maliki
  • Al-Ustaz Abu Al-Qasim Al-Isfarayini
  • Al-Hafiz Abu Bakr Al-Baihaqi (empunya Al-Asma’ wa As-Sifat)

Peringkat Keempat

  • Abu Bakr Al-Khatib Al-Baghdadi
  • Al-Ustaz Abu Al-Qasim Al-Qusyairi
  • Abu ‘Ali bin Abi Harishoh Al-Hamdani Ad-Dimasyqi
  • Abu Al-Muzhoffar Al-Isfara’ini
  • Abu Ishaq Ibrahim bin ‘Ali As-Syirazi
  • Imam Al-Haramain Abu Al-Ma’ali Al-Juwaini
  • Abu Al-Fath Nasr bin Ibrahim Ad-Dimasyqi
  • Abu Abdillah At-Thobari

Peringkat Kelima

  • Abu Al-Muzoffar Al-Khowafi
  • Al-Imam Abu Al-Hasan At-Thobari (Balika Al-Harrasi)
  • Hujjatul Islam Al-Imam Abu Hamid Muhammad Al-Ghazali
  • Al-Imam Abu Bakr Al-Syasyi
  • Abu Al-Qashim Al-Anshori An-Naisaburi
  • Al-Imam Abu Nasr bin Abi Al-Qasim Al-Qusyairi
  • Al-Imam Abu ‘Ali Al-Hasan bin Sulaiman Al-Isbahani
  • Abu Sa’id As-ad bin Abi Nashr bin Al-Fadhl Al-‘Umri
  • Abu Abdillah Muhammad bin Ahmad bin Yahya Al-Uthmani Ad-Dibaji
  • Al-Qadhi Abu Al-‘Abbas Ahmad bin Salamah (Ibn Al-Ratbi)
  • Al-Imam Abu Abdillah Al-Farawi
  • Imam Abu Sa’ad Isma’il bin Ahmad An-Naisaburi Al-Karmani
  • Imam Abu Al-Hasan Al-Sulami Ad-Dimasyqi
  • Imam Abu Manshur Mahmud bin Ahmad Masyazah
  • Abu Al-Fath Muhammad bin Al-Fadhl bin Muhammad Al-Isfara’ini
  • Abu Al-Fath Nasrullah bin Muhammad Al-Mashishi

Peringkat Keenam

  • Al-Imam Fakhruddin Al-Razi (empunya At-Tafsir Al-Kabir dan Asas At-Taqdis)
  • Imam Saifullah Al-Amidi (empunya Abkar Al-Afkar)
  • Sulton Al-Ulama’ Izzuddin bin Abdil Salam
  • Sheikh Abu ‘Amr bin Al-Hajib
  • Sheikhul Islam Izzuddin Al-Hushairi Al-Hanafi (empunya At-Tahsil wal Hashil)
  • Al-Khasru Syahi

Peringkat Ketujuh

  • Sheikh Taqiyuddin Ibn Daqiq Al-‘Idd
  • Sheikh ‘Ala’uddin Al-Baji
  • Al-Imam Al-Walid Taqiyuddin Al-Subki (murid Sheikh Abdul Ghani An-Nablusi)
  • Sheikh Shofiyuddin Al-Hindi
  • Sheikh Shadruddin bin Al-Marhal
  • Sheikh Zainuddin
  • Sheikh Shodruddin Sulaiman Abdul Hakam Al-Maliki
  • Sheikh Syamsuddin Al-Hariri Al-Khatib
  • Sheikh Jamaluddin Az-Zamlakani
  • Sheikh Jamaluddin bin Jumlah
  • Sheikh Jamaluddin bin Jamil
  • Qodhi Al-Quddho Syamsuddin As-Saruji Al-Hanafi
  • Al-Qadhi Syamsuffin bin Al-Hariri
  • Al-Qodhi ‘Addhuddin Al-Iji As-Syirazi (empunya kitab Al-Mawaqif fi Ilm Al-Kalam)
  • Dan sebagainya… Nafa’anaLlahu bi ulumihim wa barakatihim.. amin…..... Tamat nukilan.

Maka, kalau kita perati bahwa majoriti dari ulama dari dulu sampai laiani bermazhab Asya'iarah atau Maturidiyah dalam soal aqidah. Jadi pakat-pakat pikiaq ambiklah. Insyaallah nanti kita bawak mai hadits yangsuruh kita ikut golongan majoriti. Sekian. والله أعلم


Hamba Yang Teramat Dhoif Ilmu dan Amalnya,
Abu Zahrah, Seri Gombak
23 Dhulqaedah 1430/ 11 November 2009.



Related Posts with Thumbnails