Selasa, 10 April 2007

ADAB ORANG YANG BELAJAR ILMU -1




(Bermula) fasal yang kedua pada menyatakan adab orang yang belajar ilmu, dan adab orang yang mengajar akan ilmu


(Adapun) adab orang yang belajar ilmu itu maka iaitu terbahagi dua bahagi, (pertama) adab yang tertentu pada dirinya, (kedua) adab [ber]serta gurunya yang mengajar akan dia.


(Adapun) adab yang tertentu bagi dirinya itu tujuh perkara.


(Bermula adab yang pertama) itu menyucikan hati daripada sifat yang kejahatan dan segala perangai yang kecelaan di dalam hati seperti riya’ dan ‘ujub dan kibir dan hasad dan lainnya daripada segala sifat kecelaan. Dan membaiki hati dengan bersifat akan sifat yang kepujian seperti ikhlas dan benar dan zuhud dan warak dan tawadhu’ dan lainnya daripada segala sifat yang kepujian yang lagi akan datang bicaranya sekeliannya itu ان شاء الله تعالى di dalam kitab ini, kerana ilmu itu iaitu setengah daripada ‘ibadat yang bathin. Dan tiada sah ‘ibadat melainkan dengan suci daripada najis seperti sembahyang maka tiada sah ia melainkan dengan suci daripada najis yang dzahir pada tempatnya, dan badannya, dan kainnya. Dan demikian lagi ilmu itu iaitu ‘ibadat yang bathin, maka iaitu tiada sah ia melainkan dengan suci daripada najis yang di dalam bathin, yakni di dalam hati, dan segala sifat kejahatan yang di dalam hati itu najis, seperti firman Allah Ta’ala:

إِنَّمَا الْمُشْرِكُونَ نَجَسٌ

Artinya: “Hanya sungguhnya orang yang syirik itu najis.” [Surah at-Taubah:28] di dalam hatinya dan jikalau ada badannya dan kainnya itu suci sekalipun.



Dan kata Imam Al-Ghazali رحمه الله تعالى: “Menyatakan Allah Ta’ala di dalam ayat [diatas], bahwasanya najis itu tiada tertentu kain dan pada dzahir badan; maka selama tiada suci hati itu daripada sifat kejahatan itu maka iaitu [tiada] menerima ia akan ilmu yang memberi manafaat pada agama dan tiada terang hatinya itu nur ilmu itu.”

Dan dari kerana inilah kata Ibnu Mas’ud رضى الله عنه :


لَيْسَ الْعِلْمُ بِكَثْرَةِ الرِّوَايَةِ ، إِنَّمَا الْعِلْمُ نُوْرٌ يُقْذَفُ فِي الْقَلْبِ

Artinya: “Tiada didapat ilmu itu dengan membanyakkan riwayat dan membanyakkan mengaji kitab, hanya sanya dapat ilmu itu dengan nur yang ditaruhkan Allah Ta’ala di dalam hati.”



(Dan adab yang kedua) mengkosongkan hati daripada masyghul kepada dunia, dan menjauh daripada masyghul dengan anak isterinya, dan daripada jual beli dan daripada segala yang membimbangkan akan hati supaya selesai hatinya bagi menuntut ilmu; kerana firman Allah Ta’ala [Surah Al-Ahzab, ayat 4 ]:


مَّا جَعَلَ اللهُ لِرَجُلٍ مِّنْ قَلْبَيْنِ فِي جَوْفِهِ

Artinya: “Tiada menjadikan Allah Ta’ala bagi laki-laki itu daripada dua hati di dalam rongganya.” [Surah al-Ahzab:4] Yakni, tiada masuk ilmu itu di dalam hati seorang Islam [yang] bimbang ia akan suatu yang lain daripadanya



(Dan adab yang ketiga) hendaklah orang yang belajar ilmu itu merendahkan dirinya dan menghinakan dirinya, dan jangan membesarkan diri atas suatu ilmu yang didatangkan oleh gurunya itu, yakni jangan mengata ia di dalam hatinya “ilmu ini kecil atau kitab ini kecil kerana aku telah banyak pengajianku, mengapa guruku itu menyuruh akan daku mengaji kitab kecil ini?”


(Dan) hanyasanya sayogianya murid itu menerima barang yang diajarkan oleh gurunya itu, dan yang disuruh oleh gurunya itu; dan jangan menyangkal akan gurunya, dan jangan memerintah gurunya itu suatu ilmu yang hendak dibacanya, atau kitab yang hendak dibacanya, dan hanya sungguhnya serahkan kehendaknya itu kepada gurunya; dan yang disuruhkan akan mengaji itu maka menerimalah ia akan dia.


(Dan sayogianya) bagi murid itu bahwa mengekali atas berkhidmat akan gurunya supaya dapat berkat daripada gurunya itu, kerana adalah Sayyidina ‘Abdullah bin ‘Abbas رضى الله عنهما berkhidmat akan gurunya Sayyidina Zaid bin Tsabit رضى الله عنه. Pada tiap-tiap berjalan gurunya itu, maka Sayyidina ‘Abdullah bin Abbas رضى الله عنهما menghampirkan akan kenderaan gurunya itu supaya berkendaraan gurunya itu serta memimpin ia akan kenderaan gurunya itu. Maka berkata Sayyidina Zaid bin Tsabit رضى الله عنه: “Lepaskan olehmu hai anak mamak [anak bapa saudara] Rasulullah صلى الله عليه وسلم Maka jawab Sayyidina ‘Abdullah bin ‘Abbas رضى الله عنهما: “Demikianlah disuruh akan kami perbuat dengan orang yang besar kami dan guru atau ‘ulama kami.” Maka lalu mencium Sayyidina Zaid رضى الله عنه itu akan tangan Sayyidina ‘Abdullah bin ‘Abbas رضى الله عنهما serta ia berkata: “Demikianlah disuruh akan kami bahwa kami perbuat dengan ahli bait Nabi صلى الله عليه وسلم, dan kerabat penghulu kami صلى الله عليه وسلم.”
(Dan) lagi sabda Nabi صلى الله عليه وسلم :


لَيْسَ مِنْ أَخْلاَقِ الْمُؤْمِنِ التَّمَلُّقُ إِلاَّ فِيْ طَلَبِ الْعِلْمِ

Artinya: “Tiada daripada sifat [tiada patut] orang yang mu’min itu menghinakan dirinya dengan sebab menuntut akan suatu hajat kepada manusia melainkan pada menuntut ilmu.” [Hadits riwayat ibn ‘Adiy, dhoif menurut takhrij al-‘Iraqi]



(Dan adab yang keempat) bahwa memeliharakan daripada mendengarkan ilmu yang kebanyakan ‘ulama` bersalah-salahan di dalamnya(1) kerana yang demikian itu membawa kepada dahsyat(2) dan hairan. Dan yang demikian tiada menghasilkan akan faedah ilmu. Lagipun, yang demikian itu membawa susah hati, tiada dapat satu yang dipegang. Tetapi sayogianya bagi orang yang mubtadi(3) pada jalan akhirat itu menuntut ilmu yang menselesaikan hati(4) kepada ‘ibadat, dan jangan menqasadkan menuntut ilmu itu kerana berkehendak mengetahui perkataan yang bersalah-salahan ‘ulama jua.


(Dan adab yang kelima) bahwa jangan meninggalkan daripada menuntut segala fan(5) yang dipuji oleh syara’ itu. Jika berkehendak ia mahir kepada ilmu [yang lain], tetapi [hendaklah yang perkara itu dilakukan] kemudian daripada selesai ia daripada menuntut ilmu fardhu ‘ain yang memberi manfaat, dan kemudian daripada meng’amalkan dia seperti yang telah engkau ketahui ilmu yang memberi manfaat itu dahulu.(6) dan lagi jika ada lapang waktunya yang lebih daripada mengerjakan auradnya, kerana yang demikian itu daripada fardhu kifayah. Dan maklum fardhu ‘ain itu dahulu daripada [fardhu] kifayah.(7)


(Dan adab keenam) itu, hendaklah ia sungguh-sungguh ia menuntut ilmu yang memberi manfaat di dalam akhirat seperti yang telah terdahulu kenyataan itu. Bermula ilmu yang memberi manafaat itu iaitu ilmu yang tersebut di dalam kitab ini, dan yang tersebut di dalam Ihya’ Ulumiddin dan ilmu yang tersebut di dalam kitab al-Arba’in al-Ushul [al-Arbain fi Ushuliddin] dan yang tersebut di dalam kitab Lubab iaitu Mukhtasor Ihya’ Ulumiddin yang hamba terjemahkan akan dia di dalam kitab ini. Dan lagi, ilmu yang memberi manfaat itu iaitu ilmu yang tersebut di dalam Bidayah al-Hidayah, dan ilmu yang tersebut di dalam Minhaj al-‘Abidin dan lainnya daripada segala kitab ilmu tashawwuf. Dan barangsiapa masyghul(8) di dalam menuntut fan ilmu tashawwuf ini nescaya memada[i]lah baginya daripada ilmu yang lain dan tiada berkehendak kepada ilmu yang lain daripadanya kerana telah berhimpun di dalamnya ilmu ushuluddin iaitu i’tiqad dan ilmu fiqah iaitu ilmu ‘ibadat dan ilmu mu’amalah dan ilmu suluk dan thoriqat. yang membawak kepada ilmu mukasyafah dan kepada ilmu haqiqat. (Dan) dari kerana inilah kata Imam Al-Ghazali رحمه الله تعالى:


وَالْمُعَامَلَةُ تُؤَدِّىْ إِلى الْمُكَاشَفَةِ ؛ وَالْمُكاَشَفَةُ مَعْرِفَةُ اللهِ تَعَالى ؛ وَذَلِكَ نُوْرٌ يَقْذِفُهُ اللهُ فِي الْقَلْبِ بِالْعِبَادَةِ وَالْمُجَاهَدَةِ ؛ وَذَلِكَ الَّذِىْ يُوَصِّلُ إِلِى رُتْبَةِ إِيْمَانِ أَبِيْْ بَكْرٍ الصِّدِّيْقِ رَضِىَ اللهُ عَنْهُ ؛ الَّذِىْ لَوْوُزِنَ بِإِيْمَانِ أَهْلِ اْلأَرْضِ لَرَجَحَ ؛ وَذَلِكَ لِسِرٍّقَرَّفِيْ صَدْرِهِ ؛ لاَلِتَرْتِيْبِ الْبَرَا هِيْنِ وَالْحُجَجِ

Artinya: “Bermula ilmu mu’amalah, yakni ilmu dan ‘amal itu, membawa kepada ilmu al-mukasyafah dan mukasyafah itu iaitu dibuka Allah Ta’ala hati seseorang dengan ma’rifat Allah Ta’ala, yakni mengenal Allah Ta’ala. Dan demikian itu nur yang ditaruhkan Allah Ta’ala di dalam hati dengan sebab berbuat ‘ibadat dan mujahadah, yakni dengan memerangi hawa nafsunya dan melawan syaithan. Dan demikian itu yang menyampaikan kepada martabat iman Sayyidina Abu Bakar ash-Shiddiq رضى الله عنه, yang iaitu jikalau ditimbang imannya dengan iman segala isi bumi nescaya berat imannya itu. Dan demikian itu kerana rahsia yang tetap di dalam hatinya itu, tiada dengan sebab mendirikan burhan dan dalil.”

(Dan) dari kerana inilah kata Sayyidi ash-Shaikh Abu al-Hasan ash-Shadhili رحمه الله تعالى :


إِنَّا لَنَنْظُرُ إِلى اللهِ تَعَالى بِبَصَرِ اْلإِيْمَانِ وَ اْلإِيْقَانِ فَأَغْنَانَا عَنِ الدَّلِيْلِ وَالْبُرْهَانِ

Artinya: “Bahwa sungguhnya kami melihat kepada Allah Ta’ala dengan penglihatan iman dan yaqin maka terkaya kami daripada dalil dan burhan ”

(Dan) kata Imam al-Ghazali رحمه الله تعالى:


وَاعْلَمْ أَنَّ أَشْرَفَ الْعُلُوْمِ وَغَايَتَهَا مَعْرِفَةُ اللهِ تَعَالى، وَهُوَ بَحْرٌ لاَيُدْرَكُ مُنْتَهى غَوْرِهِ. وَأَقْصى دَرَجَاتِ الْبَشَرِ فِيْهِ اْلأَنْبِيَاءُ ثُمَّ اْلأَوْلِيَاءُ ثُمَّ الَّذِيْنَ يَلُوْ نَهُمْ .

Artinya: “Dan ketahui olehmu bahwasanya yang terlebih mulia daripada segala ilmu dan kehinggaan(9) darjat segala ilmu itu iaitu ma’rifat Allah Taala, yakni mengenal akan Allah Ta’ala dengan pengelihatan nur iman yang di dalam hati. Dan iaitu seperti laut yang tiada dapat dihinggakan kehinggaan(10) dalamnya itu. Dan bermula sehingga-hingga(11) darjat manusia dalamnya itu martabat segala anbiya’, kemudian aulia’, kemudian yang mengiringi mereka itu.”


(Dan adab yang ketujuh) maka sayogianya bahwa adalah qasad orang yang belajar ilmu itu semata-mata kerana Allah Ta’ala, yakni kerana menjunjung titah Allah Ta’ala dan kerana negeri akhirat dan kerana membaikkan dzahirnya itu dengan ‘ibadat kepada Allah Ta’ala dan membaikkan bathinnya, yakni hatinya itu, dengan bersifat segala sifat yang kepujian, dan menyucikan dengan segala sifat kecelaan, serta hadhir kepada Allah Ta’ala. Dan yang demikian itu menyampaikan kepada ma’rifat Allah Ta’ala, dan kepada martabat yang tinggi serta malaikat al-Muqarrabin. Dan jangan qasadnya menuntut ilmu itu kerana [hendak] [men]jadi penghulu orang dan supaya jadi orang besar, dan dapat kemuliaan, dan dapat [h]arta, dan dapat kemegahan. Dan kerana inilah kata Imam al-Ghazaliرحمه الله تعالى di dalam Bidayatul Hidayah:


إِنْ كُنْتَ تَقْصِدُ بِطَلَبِ الْعِلْمِ اَلْمُنَافَسَةَ أَيْ الْمُغَالَبَةَ وَالْمُبَاهَاتِ أَيْ الْمُفَاخَرَةَ ، وَالتَّقَدُّمَ عَلى اْلأَقْرَانِ وَاسْتِمَالَةَ وُجُوْهِ النَّاسِ إِلَيْكَ وَجَمْعَ حُطَامِ الدُّنْيَا ، فَأَنْتَ سَاعٍ فِيْ هَدْمِ دِيْنِكَ وَإِهْلاَكَ نَفْسِكَ وَبَيْعِ آخِرَتِكَ بِدُنْيَاكَ ، فَصَفْقَتُكَ خَاسِرَةٌ ، وَتِجَارَتُكَ بَائِرَةٌ ، وَمُعَلِّمُكَ مُعِيْنٌ لَكَ عَلى عِصْيَانِكَ ، وَشَرِيْكٌ لَكَ فِيْ خُسْرَانِكَ ، وَهُوَ كَبَائِعِ سَيْفٍ مِنْ قَاطِعِ طَرِيْقٍ . وَمَنْ أَعَانَ عَلى مَعْصِيَةٍ وَلَوْ بِشِطْرِ كَلِمَةٍ كَانَ شَرِيْكاًلَهُ فِيْهَا

Artinya: “Jika ada qasadmu dengan menuntut ilmu itu iaitu munafasah, yakni hendak menang daripada berbantah-bantahan dan bermegah-megahan dan terdahulu daripada orang yang sama-sama, dan berkehendak cenderung muka manusia kepadamu, yakni berkehendak dikasihi oleh orang dan berkehendak menghimpunkan kekayaan dunia, maka adalah qasadmu akan yang demikian itu mengusahai dalam merobohkan agamamu dan membinasakan akan dirimu dan adalah engkau jual akhiratmu itu dengan duniamu. Maka perjualanmu itu sangat rugi dan perniagaanmu tiada laba [untung] dan orang yang mengajar akan dikau itu menolong atas engkau berbuat ma’siatmu dan jadilah ia sekutu bagimu di dalam kerugianmu dan iaitu seperti orang yang menjual pedang kepada orang yang merampas di jalan dan yang demikian itu jadi ma’siat. Dan barangsiapa menolong ia atas seorang yang berbuat ma’siat jika dengan setengah kalimah sekalipun nescaya adalah bersekutu baginya di dalam berbuat maksiat.”

Dan lagi kata Imam al-Ghazali رحمه الله تعالى:


وَإِنْ كَانَتْ نِيَّتُكَ وَقَصْدُكَ بَيْنَكَ وَبَيْنَ اللهِ تَعَالى مِنْ تَعَلُّمِ الْعِلْمِ الْهِدَايَةَ ، دُوْنَ مُجَرَّدِ الرَّوَايَةِ فَأَبْشِرْ فَإِنَّ مَلاَئِكَةَ السَّمَاءِ تَبْسُطُ لَكَ أَجْنِحَتَهَا إِذَامَشَيْتَ وَحِيْتَانُ الْبَحْرِ تَسْتَغْفِرُلَكَ إِذَا سَعَيْتَ

Artinya: “[Dan] jika ada niatmu dan qasadmu antaramu dan antara Allah Ta’ala daripada menuntut ilmu dan belajar akan dia akan berkehendak hidayah, yakni berkehendak petunjuk daripada Allah Ta’ala pada berbuat ‘ibadat pada dzahir dan ‘ibadat bathin, bukan semata-mata riwayat, yakni bukan tuntutmu [niatmu] itu mengqasad hendak berceritera [bercerita] jua maka ketika itu sukai olehmu, bahwasanya segala malaikat yang di dalam langit itu menghamparkan ia bagimu akan sayapnya apabila engkau berjalan dan adalah segala ikan di laut mengucap istighfar bagimu, yakni meminta ampun akan Allah Ta’ala bagimu, apabila engkau usahai akan belajar ilmu yang memberi manafaat itu.”


(والله النافع)

Bersambung dalam siri seterusnya, insyaallah …… (Dan adapun) adab orang yang belajar ilmu serta gurunya yang mengajar akan dia itu beberapa perkara …..



[Dipetik dari kitab Sairus Salikin, Juzuk 1, halaman 12–15; karangan Shaikh Abdusshamad al-Falimbani; Cetakan Sulaiman Mar’ie; 1953M – 1372H]


وماتوفيقي إلابالله عليه توكلت وإليه انيب
- abu zahrah -

____________________________________

Notakaki:

(1) Ikhtilaf di kalangan para ‘ulama`; al-Masailul khilafiyyah.

(2) Bingung

(3) Permulaan atau baru belajar; maksudnya salik yang mubtadi

(4) Yakni mempelajari ilmu-ilmu asas atau fardhu ain agar dengannya dapat berpegang dengan satu pendapat yang mu’tamad supaya ia dapat beribadah dengan sempurna dan hati yang tenang tiada was-was.

(5) Jenis atau bidang ilmu

(6) Yakni mengamalkan dahulu ilmu-ilmu fardhu ‘ain yang telah dipelajari itu.

(7) Maksudnya setelah mempelajari ilmu fardhu ain, maka langkah seterusnya adalah mengamalkannya ilmu tersebut. Dan bagi seorang salik dituntut juga memperbanyakkan dzikrullah yakni melakukan aurad (wirid-wirid) harian sebagaimana yang diajarkan oleh gurunya. Maka andaikata seseorang salik itu ingin mendalami sesuatu ilmu dengan lebih mendalam, untuk mendalami pelbagai perbahasan masalah dan ikhlilaf para ’ulama, maka hendaklah dipenuhi tuntutan diatas dahulu. Kerana menuntut sesuatu bidang ilmu agama secara lebih mendalam yang melebihi tahap fardhu ‘ain hanya jatuh hukumnya fardhu kifayah sahaja. Tetapi andaikata didalam masyarakat tempat tinggalnya dalam lingkungan 2 marhalah, tiada yang dapat memenuhi tuntutan fardhu kifayah itu, dan dia mempunyai kekuatan atau kebolehan untuk belajar maka fardhu ain keatasnya untuk belajar ilmu tersebut, terutamanya dalam persoalan ilmu usuluddin secara tafshil bagi menolak akan aqidah yang bid’ah dan yang sesat dan ilmu feqah dan seterusnya وألله اعلم

(8) Menyibukkan diri


(9) Kemuncak


(10) Dijangkau


(11) Setinggi-tinggi

Isnin, 9 April 2007

Siri Syarah Hikam oleh Tok Pulau Manis : Siri ke-3




Transliterasi Kitab Syarah Hikam Ibn Athoillah al-Sakandari oleh Shaikh Abdul Malik bin Abdullah bin Abdul Qahhar bin Syarif Muhammad al-Baghdadi @ Tok Pulau Manis

(Transliterasi dari tulisan Jawi kepada tulisan Rumi beserta dengan notakaki oleh: al-Haqir Abu Zahrah Abdullah Thahir al-Qedahi. Segala kesalahan dan kesilapan mohon dimaafkan. Pembetulan serta tunjuk ajar dari saudara-saudari sekalian adalah dialu-alukan. Dan sebagai peringatan: Bagi sesiapa yang membaca tulisan ini dinasihatkan supaya bertanya kepada tuanguru, ustaz atau mereka yang berkeahlian dalam mengajar kitab hikam, seandainya anda tidak memahaminya atau terkeliru. Janganlah diandaikan dengan kefahaman sendiri kerana ditakuti tiada muwafakat dengan maksud penulis kitab. Sekian.)


سوابق الهمم لا تحرق اسوار الاقدار
Artinya: Mendahulu-dahulukan segala cita-cita itu tiada mencarikkan ia akan segala kota taqdir.

(Yakni) tiada baginya yang berbuat, tetapi yang perbuat itu Allah Ta’ala jua dengan sendiriNya. Maka tiada memberi bekas baginya pada barang yang telah ditaqdirkan dalam azali.

(Bermula) himmah itu iaitu kuat nafsu berbuat dalam wujud dengan izin Allah Ta’ala (dan) menamai orang yang ahli sufi akan dia himmah seperti yang ada daripada wali kuat yaqinnya (dan) daripada orang yang bertapa daripada kuat nafsunya (dan) daripada orang yang ahlul ‘aain(1) (اهل العائن) daripada jahatnya (dan) daripada orang yang ahli sihir daripada tipunya (Dan) adalah himmah itu dua bahagi suatu kubra(2) dan kedua sughra(3). Maka yang sughra itu iaitu taaluq(4) hati pada suatu yang dicita padanya dan yang kubra itu iaitu ittishol(5) hati pada Allah dengan tiada infishol(6). Dan apabila tiada ada iradat daripada Allah yang mendahului bagi hamba itu nescaya tiada memberi manfaat ‘amal itu akan dia.

(Dan) adalah muallif (رحمه الله تعالى) mendatangkan kepada masalah ini antara segala kalamnya dalam tadbir kerana meninggal ia akan dikau daripada demikian itu, bahawa wujud tadbir itu tiada diperoleh baginya dan tiada faedah, kerana bahawasanya himmah berbuat itu apabila tiada memberi faedah ia kepada suatu dalam mencarikkan ia akan segala kota taqdir, maka betapa memberi faedah didalam demikan itu tadbir dan tiadalah faedah dalamnya dan kerana demikan itu kata muallif, ….. (bersambung - kalam seterusnya, insyaAllah)

__________________________________


Notakaki:-
(1) Ahli sihir yang mengunakan kekuatan himmah sihir matanya yakni dengan renungan tajam matanya untuk memukau atau mengenakan penyakit kepada mangsa sasarannya.
(2) Besar
(3) Kecil
(4) Bergantung atau berkait
(5) Ittisol bermaksud berhubung atau bersambung.
(6) Infisol bermaksud berpisah atau bercerai. Adapun maksudnya ‘iaitu ittisol hati pada Allah dengan tiada infisol’ adalah hati itu sentiasa ingat dengan muraqabah serta musyahadah kepada Allah tanpa lalai walaupun sedetik, seolah-olah terikat dan terhubung yang tiada dapat dipisah-pisahkan.

Suka Berbicara! … Suka Berdebat! … Suka Keluar Fatwa!




Berkata sebahagian golongan salaf, "Jika Allah سبحانه وتعالى menginginkan kebaikan bagi seseorang, maka dibukakan baginya amalan dan ditutup baginya pintu perdebatan. Dan jika Allah سبحانه وتعالى menginginkan keburukan bagi seseorang, maka ditutup baginya amalan dan dibukakan baginya pintu perdebatan.”

Sering pula Imam Malik رضي الله تعالى عنه mencela seseorang yang memperbanyak berbicara dan mudah berfatwa. Beliau رضي الله تعالى عنه pernah berkata, “Seseorang diantara mereka berbicara bagaikan unta. Ia dengan mudahnya menyatakan, ‘hal ini begini dan hal itu begitu’.” Beliau رضي الله تعالى عنه juga berkata: “Berbantah-bantahan dalam masalah ilmu dapat mengeraskan hati dan membuahkan kebencian.” Bila ditanyakan kepada beliau tentang suatu masalah, beliau sering menjawab: “Aku tidak tahu.” Demikian juga Imam Ahmad رضي الله تعالى عنه, beliau melakukan seperti apa yang dilakukan oleh Imam Malik رضي الله تعالى عنه.

Dan telah diriwayatkan adanya larangan memperbanyak pertanyaan dan mereka-reka persoalan serta menanyakan sesuatu yang belum terjadi, yang bila hal tersebut ditelusuri, maka akan jadi berkepanjangan. Seiring dengan apa yang telah disebutkan diatas, sesungguhnya pada perkataan salaf dan para imam seperti Imam Malik, Imam Syafi'i, Imam Ahmad, Imam Ishaq dan lain-lain رضي الله تعالى عنهم , terdapat penegasan terhadap sumber hukum dan dasar-dasar hukum dalam perkataan yang ringkas dan dapat dipahami maksudnya tanpa harus dijelaskan dengan panjang lebar. Dan bahkan perkataan yang panjang lebar dari orang-orang yang mudah bicara dengan akalnya itu, tidak mengandungi kebenaran seperti yang terdapat pada perkataan para salaf dan para imam, meskipun perkataan para salaf dan para imam itu ringkas.

Orang-orang salaf yang lebih suka berdiam diri dan tidak mengendahkan perselisihan dan perdebatan, bukan berarti mereka bodoh dan tidak mampu dalam hal itu, tetapi mereka sengaja berdiam diri kerana kemampunan ilmu yang mereka miliki, serta rasa takut mereka kepada Allah سبحانه وتعالى. Dan orang-orang yang datang sesudahnya, mereka lebih suka mencari-cari persoalan, bukan kerana mereka memiliki kelebihan ilmu dibandingkan orang lain, akan tetapi mereka melakukan hal itu kerana rasa suka mereka terhadap berbicara dan kurangnya rasa warak. Seperti yang telah dikatakan oleh al-Hasan ketika beliau mendengar orang-orang yang suka berselisih, katanya: “Mereka adalah kaum yang sudah bosan beribadah dan menganggap remeh sesuatu perkataan, serta telah berkurangnya rasa warak mereka sehingga mereka tidak segan-segan untuk berbicara.”

[Tulisan ini disarikan dari kitab Fadhl al-Ilm as-Salaf 'ala al-Khalaf, al-Hafidz Ibn Rajab al-Hanbali]


Sekian.
وماتوفيقي إلابالله عليه توكلت وإليه انيب
- abu zahrah -

Sabtu, 7 April 2007

Lawatan Para Ulama’ Ke Bumi Malaysia

Alhamdullillah, kita bersyukur kerana negara kita sering dilawati oleh para ulama samada untuk berdakwah atau mengadakan majlis pengajian. Antara ulama yang pernah berkunjung ke negara kita, antaranya: al-Marhum Sayyid Muhammad bin ‘Alwi bin Abbas al-Hasani al-Maliki, Habib Umar bin Muhammad bin Salim bin Hafidz, Shaikh Muhammad Noeruddin Marbu al-Banjari al-Makki, Dr Umar Abdullah Kamil, Habib Kazim Ja’far Muhammad as-Saqqaf, al-Habib Ali al-Jufri, Baba Hj Ismail bin Umar Spanjang al-Fathoni, asy-Syaikh Muhammad bin Ibrahim al-Kattani, asy-Shaikh Muhammad al-Yaqoubi dan ramai lagi. Sesungguhnya banyak manfaat yang kita boleh dapat dengan kehadiran para ulama’ ini. InsyaAllah

Didalam kitab al-Fushul al-‘Ilmiyyah karangan Qutub-ud-Da’wah wal-Irsyad al-Habib Abdullah bin ‘Alwi al-Haddad al-Hadhrami, pada fasal 32 menyebut bahawa terdapat beberapa tujuan manusia dalam bershahabat dengan orang-orang terpilih (orang orang sholih) antaranya:

• Yang paling tinggi dan dan utama adalah mereka yang bershahabat duduk dan bergaul dengan mereka kerana tujuan untuk belajar dari ilmu-ilmu mereka, beradab dengan adab mereka, menyaksikan akhlaq mereka yang mulia dan sifat mereka yang terpuji, amal-amal mereka yang sholih dan juga perkataan-perkataan mereka yang baik. Seterusnya ia cuba berusaha bersungguh-sungguh setiap waktu untuk mencontohi sifat-sifat tersebut, berakhlaq dan beramal sholeh seperti mereka. Tiada niat dan tujuan selain dari itu.

• Golongan seterusnya adalah mereka yang bershahabat, duduk bersama mereka, bargaul disebabkan rasa kecintaan kepada mereka dan para sifat mereka yang mengutamakan agama Allah, menegakkan hukum-hukumnya, menyibukkan diri dengan mengerjakan ketaatan kepadaNya berupa ilmu-ilmu yang bermanfaat, akhlaq yang baik dan amal-amal yang sholih. Ia mencintai mereka semua kerana perkara tersebut dan ingin selalu bergaul dengan mereka serta menuntut diri untuk beramal dan berakhlaq seperti mereka sekadar yang dimungkinkan oleh kelapangan waktu dan dimudahkan oleh keadaan. Dia akan menyesal atas ketidakmampuan ia lakukan seperti mereka dan sangat menginginkan agar beroleh taufiq dan kesempatan untuk itu. Mereka inilah sebagaimana yang disebut dalam hadits:
المرء مع من أحب
Seseorang itu bersama yang di cintainya
من تشبه بقوم فهو منهم
Barangsiapa yang bertasybbuh dengan sesuatu kaum maka ia termasuk dari kalangan mereka.

• Ada pula yang bershahabat dan bergaul dengan para ulama dan sholihin ini kerana mengharapkan barokah dan doa-doa dari mereka, tanpa mempunyai tujuan atau niat untuk mencontohi akhlaq mereka atau meniru perjalanan hidup mereka. Pun begitu mereka tetap tidak luput dari mendapat keberkatan dan kebaikan dari mereka. Mereka termasuk dalam maksud sepotong hadits qudsi:
هم القوم لا يشقى بهم جليسهم
Mereka itulah kaum yang tidak seorangpun yang duduk dengan mereka akan tertimpa kecelakaan.
Dengan berkat pergaulan itu, membentengi dirinya dari kaum yang zalim, baik dari syaitan-syaitan kalangan manusia dan juga dari jin.

• Ada golongan yang bergaul dengan para ulama’ dan sholihin ini semata-mata dengan niat supaya diketahui orang. Semoga dengan cara begitu mereka boleh melibatkan diri dalam urusan-urusan yang bercanggah dengan syariat dan lain-lain. Disebabkan orang ramai mengetahui bahawa mereka dekat dan sering bergaul dengan para sholihin tersebut, maka tentunya orang ramai tidak bersangka buruk kepada mereka atau berani menuduhnya telah melanggar perkara yang diharamkan syariat. [Pendekata golongan ini cuba menangguk di air yang keruh]. Golongan inilah yang disebut oleh Imam al-ghazali dalam bab riya’ iaitu golongan yang berpura-pura mengerjakan pelbagai ketaatan kepada Allah agar dikenal sebagai seorang yang taat. Dengan begitu memungkinkan dia mengerjakan perbuatan durjana. [Golongan bertopengkan agama]

نسأل الله العافية والحفظ فإنه خير الحافظين

Semoga kita termasuk dalam kategori pertama, kedua atau sekurang-kurangnya yang ketiga. Sesungguhnya Nabi صلى الله عليه وسلم bersabda (maksudnya): “Dari Abu Musa رضي الله عنه dari Nabi صلى الله عليه وسلم , baginda bersabda: Perumpamaan berkawan dengan orang sholeh dan berkawan dengan orang yang jahat adalah seperti orang yang membawa wangian kasturi dan peniup api tukang besi. Orang yang membawa kasturi, samada akan memberikannya kepadamu, atau engkau membeli darinya atau engkau akan mendapati bau harum daripadanya. Sedangkan orang yang meniup api tukang besi, samada dia akan membakar pakaianmu, atau kamu akan mendapati bau yang busuk darinya.


Semoga kita beroleh pelbagai manfaat dari menghadiri majlis, bergaul dan duduk bersama para ulama yang sholihin. Semoga keberkatan dari ilmu, amal, akhlaq, asrar dan anwar mereka itu mengalir kepada kita yang serba dhoif. Oleh itu jangan lepas peluang andaikata ada ulama’ kita yang datang ke berkunjung negara kita maka hadirikanlah diri kemajlis mereka. Disamping itu jangan sesekali lupa, sentiasalah ziarahi para ulama kita di bumi Malaysia, kerana mereka seumpama teras kita disini.




Sekian.
وماتوفيقي إلابالله عليه توكلت وإليه انيب
- abu zahrah -

Khamis, 5 April 2007

Dosa Menjadi Hijab


Dalam surah al-Muthaffifin ayat 14, Allah سبحانه وتعالى berfirman:

كَلاَّ بَلْ رَانَ عَلَىٰ قُلُوبِهِمْ مَّا كَانُواْ يَكْسِبُونَ

Maksudnya: “Sebenarnya (ayat-ayat Kami itu tidak ada cacatnya). Bahkan mata hati mereka telah diselaputi kekotoran (dosa), dengan sebab (perbuatan kufur dan ma’siat) yang mereka kerjakan”


Apakah itu الرين ?

Telah meriwayatkan Ibnu Jarir, at-Tirmidzi, an-Nasai dan Ibnu Majah melalui pelbagai turuq (jalan riwayat) dari Muhamad ibnu Ajlaan dari al-Qa’qa’ bin Hakiim dari Abu Soleh daripada Abu Hurairah رضي الله عنه dari Nabi صلى الله عليه وسلم, baginda bersabda (maksudnya):Sesungguhnya seorang hamba itu, bila melakukan dosa, maka terjadilah titk hitam dihatinya, maka bila ia bertaubat darinya, hatinya kembali berkilat, dan bila ia menambah dosanya, tambah pulalah titik hitam itu. Yang demikian itu disebut oleh Allah Ta’ala dalam firmanNya, “Sekali-kali tidak (demikian) sebenarnya apa yang selalu mereka usahakan itu menutup hati mereka” [Kata at-Tirmidzi, hadits ini hasan shahih] – tafsir ibnu katsir

Dan menurut lafaz an-Nasai, maksudnya: Sesungguhnya seorang hamba itu apabila membuat suatu kesalahan (dosa) maka terteralah pada hatinya dengan satu titik hitam, dan bila ia berhenti dan memohon ampun kepada Allah dan bertaubat, maka hatinya kembali berkilat. Dan sanya jika dia kembali melakukan dosa, maka titik hitam itu kembali menutupi hatinya, sehingga titik hitam itu menutupi keseluruhan hatinya (jika ia berterusan melakukan dosa). Itulah maksud ar-Ran yang telah disebut Allah Ta’ala (didalam firmannya bermaksud): “Sekali-kali tidak (demikian) sebenarnya apa yang selalu mereka usahakan itu menutup hati mereka” – tafsir ibnu katsir

Dan telah berkata Imam Ahmad, telah menceritakan kepada kami Sofwan bin ‘Isa, telah mengkhabarkan kepada kami Ibnu ‘Ajlaan daripada al-Qa’qa’ bin Hakiim dari Abu Soleh daripada Abu Hurairah رضي الله عنه , dia berkata, telah bersabda Rasulullah صلى الله عليه وسلم (maksudnya): Sesungguhnya seorang mu’min itu apabila melakukan perbuatan dosa, terteralah titik hitam pada hatinya, dan jika ia bertaubat dan dan bila ia berhenti dan memohon ampun kepada Allah dan bertaubat, maka hatinya berkilat. Dan sanya jika dia kembali melakukan dosa, maka titik hitam itu kembali menutupi hatinya, sehingga titik hitam itu menutupi keseluruhan hatinya (jika ia berterusan melakukan dosa). Dan itulah maksud ar-Ran yang telah disebut Allah dalam al-Quran (didalam firmannya bermaksud): “Sekali-kali tidak (demikian) sebenarnya apa yang selalu mereka usahakan itu menutup hati mereka” – tafsir ibnu katsir

Hasan al-Basri رضي الله عنه mengatakan bahawa yang dimaksudkan الران adalah dosa di atas dosa sehingga hati menjadi buta tidak nampak kebenaran lagi, kerana ditutup oleh titk-titik hitam itu, sampai hati itu menjadi mati.

Menurut Imam Ghazali رحمه الله تعالى , apabila karat dan kekotoran telah menebal dihati, maka ia bertukar menjadi tabiat. Keadaan ini samalah seperti kotoran yang melekat dicermin.

az-Zujaj mengatakan bahawa ‘rana’ berarti karat. Oleh itu hatinya berkarat sebagaimana langit ditutupi oleh mendung yang tipis.

Manakala Abu Ubaidah berkata, hatinya dipenuhi dengan dosa. Al-Farra’ pula mengatakan bahawa mereka banyak melakukan ma’siat dan dosa sehingga hatinya dipenuhi dengan noda dosa yang dinyatakan oleh al-Quran dengan nama rayn


Bagaimana dosa boleh mengelapkan hati?

Imam Ibnu Athoillah telah membuat perumpamaan bagaimana dosa dan ma’siat itu boleh mengelapkan, membuta dan mematikan hati didalam kitab Tajul ‘Arus al-Hawi li Tahzibun Nufus:

وإذا وقع من العبد ذنب وقع معه ظلمة، فمثال المعصية كالنار، والظمة دخانها، كمن أوقد في بيت نارا سبعين سنة ألا تراه يسود؟ فكذلك القلب يسود بالمعصية، فلا يطهر إلا بالتوبة إلى الله، فصار الذل والظلمة والحجاب مقارنة للمعصية، فإذ تبت إلى الله زالت آثار الذنوب

Diterjemahkan ianya oleh Shaikh Utsman al-Funtiani bin Shaikh Shihabuddin al-Banjari: “Syahdan, apabila memperbuat seorang daripada hamba Allah, dosa dan ma’siat maka jatuh sertanya gelap pada hatinya maka mitsal ma’siat itu seperti api dan gelap itu seperti asapnya. Seperti seorang menyalakan api didalam rumahnya tujuh puluh (70) tahun lamanya, adakah tiada tiada hitam rumah itu oleh asapnya? Seperti demikianlah memperbuat ma’siat seorang, jadi hitam hatinya maka tiada bersih hati yang hitam itu melainkan dengan taubat kepada Allah Ta’ala, maka jadilah hina dan gelap dan hijab bersama-sama bagi memperbuat ma’siat. Apabila taubat engkau kepada Allah سبحانه وتعالى dengan sempurna syaratnya nescaya hilang bekas dosa yang hitam pada hati itu.


Oleh itu jauhilah akan dosa, walaupun dosa yang kecil-kecil, apatah lagi dosa yang besar. Uwais al-Qarni رضي الله عنه telah memberi pesanan kepada Harim bin Hayyan:


ولا ينظر في صغر الخطيئة ولكن انظر إلى عظمة من عصيت

“Dan janganlah engkau memandang kepada kecilnya sesuatu dosa itu, tetapi pandanglah kepada keagungan DIA yang engkau telah durhakai”.


Ibn Mu’taz menyebut didalam bait syairnya:

لاتحقرن صغيرة - إن الجبال من الحصى

“Dan jangan sesekali kamu meremehkan sesuatu yang kecil (yakni dosa kecil) kerana sesungguhnya bukit itu tersusun dari batu-batu kerikil yang kecil-kecil”



Sekian.

وماتوفيقي إلابالله عليه توكلت وإليه انيب


- abu zahrah -

Terjemahan dari kitab “عيوب النفس ودواؤها” oleh Imam Abu Abdurrahman as-Sulami

(Terjemahan ini dipetik dari web Bicarasufi)


Penyakit Ketujuh: Jika kamu ingin membina dan menyuburkan kehidupan akhirat kamu, terlebih dahulu hendaklah kamu mematikan keinginan terhadap (keseronokan) kehidupan duniawi. Kamu tidak akan dapat berdampingan dengan Allah sehingga kamu mematikan keinginan nafsu kamu kepada perkara-¬perkara yang keji."
Hal ini disebut oleh Yahya Bin Mu'az(1) رحمه الله تعالى , katanya:

من تقرب إلى الله بشق نفسه حفظ الله عليه نفسه, وذلك أن يمنعها عن شهواتها ويحملها على مكارهها, فإن النفس لا تألف الحق أبدا.

"Sesiapa yang menghampirkan diri kepada Allah dengan hati yang mendalam, Allah akan memelihara jiwanya daripada godaan nafsu. Cara menguasai hawa nafsu itu ialah melakukan perkara-perkara yang tidak disukainya, kerana nafsu itu selama-lamanya tidak akan tunduk kepada kebenaran."



Rawatannya: Ialah berjaga malam untuk beribadat, berpuasa, melaksanakan kewajipan yang tidak disukai oleh nafsu serta menghalang daripada pengaruh syahwat yang berbagai-¬bagai.



_____________________________________________



Notakaki:-
(1) Yahya bin Mu’az (Jaafar al-Razi) رحمه الله تعالى adalah tokoh peringkat pertama dalam tasawwuf. Beliau membesar di dalam suasana keluarga yang terkenal dengan sifat zuhud. Memiliki minat mendalam di dalam usaha dakwah. Beliau telah merantau ke Balkh bersama saudaranya Ibrahim. Apabila Ibrahim meninggal dunia di dalam perjalanan, Yahya kembali semula ke Naisabur dan meninggal dunia disana pada tahun 285H. Dikatakan bahawa beliau pernah meriwayatkan hadith daripada Ibn Abbas رضي الله عنهما Para ulama’ tasawwuf banyak mengambil pendapat Yahya bin Mu’az untuk dimuatkan ke dalam karya-karya mereka. Antara kata-kata hikmah Yahya bin Muaz ialah:
  • Tiga sifat yang perlu dimiliki oleh para aulia Allah, pertama: thiqah kepada Allah di dalam semua perkara, kedua: merasa kaya bersama Allah dari selainNya, ketiga: rujuk (kembali) kepada Allah di dalam semua perkara. Semuanya itu bergantung kepada sejauh mana kadar kasih hati kepada Allah, sekadar itulah kasih Allah kepadanya. Sejauh mana takut hati kamu kepada Allah maka sekadar itulah makhluq akan takut kepada kamu. Sejauh mana kamu menumpukan perhatian kepada Allah maka sekadar itu pulalah tumpuan hati makhluq kepada kamu.
  • Sesiapa yang merahsiakan khidmat amalnya kepada Allah sekadar itu pulalah makhluq akan merahsiakan khidmat mereka kepadanya.
  • Sesiapa yang senang hati dan bahagia bersama Allah sekadar itu pulalah makhluq akan merasa senang dan bahagia melihatnya.
Lihat al-Tabaqat oleh al-Sulami 16-27, al-Arus ala Syarhi al-Risalah al-Qusyairiyyah 1/119, Sofwat al-Sofwah 30,71-80, al-alam al-Nubala’ 90/218.

Ridha Allah, Ridha Ibubapa



Diantara lagu yang menyentuh hatiku bertajuk UMMI yang dinyanyikan oleh Alwi Haddad. Anak-anak sering menegurku tatkala mereka melihat airmataku berlinangan bila mendengar nasyid tersebut. Memang aku tidak dapat mengawal perasaanku bila mendengar nasyid tersebut. Aku akan sentiasa terbayangkan ibuayahku yang semakin dimamah usia .... sedangkan aku tidak dapat memumpukan sepenuh waktu untuk berkhidmat kepada mereka. Hanya doaku sajalah yang sentiasaku titipkan buat mereka setiap kali selesai aku bershalat.






Memang sedari dulu aku agak emosianal bila mendengar lagu-lagu segitu, antaranya lagu allahyarham Sudirman yang bertajuk ayah dan ibu dan juga lagu ibu mitsali nyanyi Asri Rabbani . Bahkan liriknya pun masih kekal dalam ingatanku sampai sekarang.


Ayah dan ibu - Itulah permulaan kami - Dapatlah melihat bulan dan matahari ... ahai... Yang dikurniakan dari Ilahi .... ahai... Ayah dan ibu lah .... mesti dihormati


Ayah dan ibu, wali dan juga keramat, pada mereka kita beri hormat , ahai...Bagilah tunjuk ajar dan nasihat , supaya hidup supaya hidup kita akan selamat



**********

Ibu mithali ibu yang sejati - Kasih sayangmu kasih yang suci - Pengorbananmu disanjung tinggi - Jasamu tetap di sanubari - Ibu oh ibu fitrah ku murni - Kelembutanmu menyentuh hati - Semai kasihmu dalam jiwaku - Kau disayangi kerana menyayangi - Ibu oh ibu hatimu suci - Tulus ikhlasmu mendidik daku - Sanggup bersusah dan menderita - Demi kebahagiaan sekeluarga - Ibu oh ibu kau serikandi - Bakti amalmu tidak terperi - Beramal soleh berperibadi - Mentaati Allah juga suami


***********

Sesungguhnya perintah untuk mengasihi, mentaati, berbakti dan beradab kepada ibubapa banyak disentuh didalam al-Quran dan hadits. Insyaallah kita akan kongsi bersama beberapa ayat dan hadits semoga ianya menjadi titik tolak kita untuk kita lebih menyayangi ibubapa kita, berbakti dan berkhidmat kepada mereka, mengenang akan segala jasa mereka, penat jerih mereka ketika membesarkan kita. Apatah lagi bagi kita yang mempunyai ibuayah yang kini sudah berada dipenghujung usia, entah bila akan dijemput kembali padaNYA, hanya tinggal sekelumit masa lagi yang ada untuk kita berbakti melayani dan berkhidmat kepada mereka ....... rebutlah peluang yang sedikit ini agar kita tidak menyesal dikemudian hari.


Allah Ta’ala berfirman:

وَقَضَىٰ رَبُّكَ أَلاَّ تَعْبُدُوۤاْ إِلاَّ إِيَّاهُ وَبِٱلْوَالِدَيْنِ إِحْسَاناً إِمَّا يَبْلُغَنَّ عِندَكَ ٱلْكِبَرَ أَحَدُهُمَا أَوْ كِلاَهُمَا فَلاَ تَقُل لَّهُمَآ أُفٍّ وَلاَ تَنْهَرْهُمَا وَقُل لَّهُمَا قَوْلاً كَرِيماً

Maksudnya:Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak mengabdikan diri melainkan kepadaNya semata-mata, dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang dari keduanya, atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan "Uff", dan janganlah engkau menengking menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun). (al-Isra’:23)


وَٱخْفِضْ لَهُمَا جَنَاحَ ٱلذُّلِّ مِنَ ٱلرَّحْمَةِ وَقُل رَّبِّ ٱرْحَمْهُمَا كَمَا رَبَّيَانِي صَغِيراً

Maksudnya: Dan hendaklah engkau merendah diri kepada keduanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu, dan doakanlah (untuk mereka, dengan berkata): "Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku semasa kecil." (al-Isra’:24)

FirmanNya lagi

وَٱعْبُدُواْ ٱللَّهَ وَلاَ تُشْرِكُواْ بِهِ شَيْئاً وَبِٱلْوَالِدَيْنِ إِحْسَاناً وَبِذِي ٱلْقُرْبَىٰ وَٱلْيَتَامَىٰ وَٱلْمَسَاكِينِ وَٱلْجَارِ ذِي ٱلْقُرْبَىٰ وَٱلْجَارِ ٱلْجُنُبِ وَٱلصَّاحِبِ بِٱلجَنْبِ وَٱبْنِ ٱلسَّبِيلِ وَمَا مَلَكَتْ أَيْمَانُكُمْ إِنَّ ٱللَّهَ لاَ يُحِبُّ مَن كَانَ مُخْتَالاً فَخُوراً

Maksudnya:Dan hendaklah kamu beribadat kepada Allah dan janganlah kamu sekutukan Dia dengan sesuatu apa jua; dan hendaklah kamu berbuat baik kepada kedua ibu bapa, dan kaum kerabat, dan anak-anak yatim, dan orang-orang miskin, dan jiran tetangga yang dekat, dan jiran tetangga yang jauh, dan rakan sejawat, dan orang musafir yang terlantar, dan juga hamba yang kamu miliki. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang sombong takbur dan membangga-banggakan diri; (An-Nisa’:36)

FirmanNya lagi

وَوَصَّيْنَا ٱلإِنْسَانَ بِوَالِدَيْهِ حَمَلَتْهُ أُمُّهُ وَهْناً عَلَىٰ وَهْنٍ وَفِصَالُهُ فِي عَامَيْنِ أَنِ ٱشْكُرْ لِي وَلِوَالِدَيْكَ إِلَيَّ ٱلْمَصِيرُ

Maksudnya:Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya), dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun; (dengan yang demikian) bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua ibubapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan). (Luqman:14)

FirmanNya lagi

وَوَصَّيْنَا ٱلإِنْسَانَ بِوَالِدَيْهِ حُسْناً وَإِن جَاهَدَاكَ لِتُشْرِكَ بِي مَا لَيْسَ لَكَ بِهِ عِلْمٌ فَلاَ تُطِعْهُمَآ إِلَيَّ مَرْجِعُكُمْ فَأُنَبِّئُكُم بِمَا كُنتُمْ تَعْمَلُونَ

Maksudnya:Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; dan jika mereka berdua mendesakmu supaya engkau mempersekutukan Daku (dalam ibadatmu) dengan sesuatu yang engkau tidak mempunyai pengetahuan mengenainya, maka janganlah engkau taat kepada mereka. Kepada Akulah tempat kembali kamu semuanya, kemudian Aku akan menerangkan kepada kamu segala yang kamu telah kerjakan. (al-Ankabut:8)

FirmanNya lagi

وَوَصَّيْنَا ٱلإِنسَانَ بِوَالِدَيْهِ إِحْسَاناً حَمَلَتْهُ أُمُّهُ كُرْهاً وَوَضَعَتْهُ كُرْهاً وَحَمْلُهُ وَفِصَالُهُ ثَلاَثُونَ شَهْراً حَتَّىٰ إِذَا بَلَغَ أَشُدَّهُ وَبَلَغَ أَرْبَعِينَ سَنَةً قَالَ رَبِّ أَوْزِعْنِيۤ أَنْ أَشكُرَ نِعْمَتَكَ ٱلَّتِيۤ أَنْعَمْتَ عَلَيَّ وَعَلَىٰ وَالِدَيَّ وَأَنْ أَعْمَلَ صَالِحاً تَرْضَاهُ وَأَصْلِحْ لِي فِي ذُرِّيَّتِيۤ إِنِّي تُبْتُ إِلَيْكَ وَإِنِّي مِنَ ٱلْمُسْلِمِينَ

Maksudnya:Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung susah payah dan telah melahirkannya dengan menanggung susah payah. Sedang tempoh mengandungnya beserta dengan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa tiga puluh bulan. Setelah ia besar sampai ke peringkat dewasa yang sempurna kekuatannya dan sampai ke peringkat umur empat puluh tahun, berdoalah ia dengan berkata: "Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmatmu yang engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku, dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redai; dan jadikanlah sifat-sifat kebaikan meresap masuk ke dalam jiwa zuriat keturunanku. Sesungguhnya aku bertaubat kepadamu, dan sesungguhnya aku dari orang-orang Islam (yang tunduk patuh kepadamu)". (al-Ahqaf:15)

Rasulullah صلى الله عله وسلم bersabda:

عن عبدالله بن عمرو بن العاص رضي الله عنهما عن النبي قال: رضا الرب في رضا الوالدين، وسخط الرب في سخط الوالدين ( رواه الترمذي وصححه إبن حبان والحاكم)

Daripada Abdullah bin Amr bin al-Ash رضي الله عنهما, dari Nabi صلى الله عليه وسلم , baginda bersabda: Keredhaan Allah (tergantung kepada) keredhaan kedua ibubapa, dan kemurkaan Allah (tergantung pada) kemurkaan kedua ibubapa (Hadits riwayat at-Tirmidzi, dan dishahihkan oleh Ibn Hibban dan al-Hakim)

عن عبدالله بن مسعود رضي الله عنه قال : سألت النبي صلى الله عليه وسلم : أي العمل أحب إلى الله؟ قال : الصلاة على وقتها ،قال : ثم أي؟ قال: ثم بر الوالدين، قال: ثم أي؟ قال: الجهاد في سبيل الله - .البخاري

Daripada Abdullah bin Mas’ud رضي الله عنه , beliau berkata: Aku bertanya kepada Nabi صلى الله عليه وسلم apakah amal yang disukai Allah? Baginda menjawab: Shalat pada waktunya. Dia bertanya lagi: Kemudian apa? Baginda menjawab: Berbuat baik kepada kedua ibubapa. Dia bertanya lagi: Kemudian apa? Baginda menjawab: Jihad pada jalan Allah (Hadits riwayat al-Bukhari)

عن أبي هريرة رضي الله عنه قال : جاء رجل إلى رسول الله صلى الله عليه وسلم فقال : يا رسول الله من أحق الناس بحسن صحابتي ؟ قال : أمك ، قال ثم من ؟ قال : أمك ، قال : ثم من ؟ قال : أمك ، قال : ثم من ؟ قال : ثم أبوك " . رواه البخاري 5626 ومسلم 2548 ).

Daripada Abu Hurairah رضي الله عنه , beliau berkata: Telah datang seorang lelaki kepada Rasulullah صلى الله عليه وسلم lalu bertanya: Wahai Rasulullah, siapakah selayaknya mendapat persahabatan yang lebih baik dari saya? Rasulullah menjawab: Ibumu. Dia bertanya lagi: Setelah itu siapa? Rasulullah menjawab: Ibumu. Dia bertanya lagi: Setelah itu siapa? Rasulullah menjawab: Ibumu. Dia bertanya lagi: Setelah itu siapa? Rasulullah menjawab: Kemudian ayahmu. (Hadits riwayat Imam al-Bukhari dan Imam Muslim)

أخرج السيوطي بسند صحيح عن عائشة أن النبي صلى الله عليه وسلم قال : .... وأعظم الناس حقا على الرجل أمه".

Dikeluarkan oleh Imam as-Sayuthi dengan sanad yang shahih daripada A’isyah رضي الله عنها bahwasanya Nabi صلى الله عليه وسلم bersabda: “…. Dan orang yang mempunyai sebesar-besar hak atas seorang (anak) itu ialah ibunya.

Dalam sebuah hadits yang diriwayatkan oleh Imam ath-Thabrani, Rasuluullah صلى الله عليه وسلم bersabda (maksudnya): “Berbaktilah kamu semua kepada ibubapamu agar supaya (kelak) berbaktilah kepadamu semua anak-anakmu ……”

Abul Hasan al-Mawardi meriwayatkan sepotong hadits, maksudnya: Sesungguhnya telah datang seorang lelaki kepada Rasulullah صلى الله عليه وسلم lalu berkata: “Sesungguhnya aku mempunyai seorang ibu (yg sudah tua), yang saya dukung dibelakangku, saya tidak pernah bermasam muka kepadanya, saya berikan hasil pencarian saya kepadanya. Sudahkah saya membalas budinya? Rasulullah menjawab: Tidak! Walaupun satu tarikan nafas panjangnya. Lelaki itu bertanya lagi: Mengapa demikian? Rasulullah menjawab: Kerana (dahulu) ibumu memeliharamu dengan harapan engkau hidup (panjang umar), manakala engkau memelihara ibumu padahal engkau ingin ia (segera) mati”

Dalam sepotong hadits yang diriwayatkan oleh Ka’ab bin ‘Ujrah رضي الله عنه , beliau berkata: Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda: Datanglah kalian ke mimbar. Kemudian kami datang. Maka apabila baginda naik tangga pertama, baginda berkata آمين lalu apabila baginda menaiki tangga kedua, baginda juga berkata آمين , bila baginda melangkah ketangga ketiga, baginda berkata: آمين . Maka apabila baginda turun dari mimbar, kami berkata: Wahai Rasulullah, sungguh hari ini kami telah mendengar dari engkau sesuatu yang belum pernah kami dengar. Baginda bersabda: Sesungguhnya Jibril telah datang kepadaku lalu berkata: Celakalah orang yang membiarkan bulan Ramadhan berlalu begitu sahaja sehingga dia tidak diampuni. Aku berkata: آمين. Lalu ketika akau naik ketangga kedua dia berkata: Celakalah orang yang mendengar namamu, tetapi dia tidak bershalawat keatasmu. Aku berkata: آمين. Bila aku melangkah naik ketangga ketiga, Jibril berkata: Celakalah orang yang mempunyai kedua ibubapa yang telah tua keduanya atau salah seorang diantara keduanya, namun mereka tidak dapat memasukkannya ke syurga (yakni gagal untuk melayani dan berkhidmat kepada mereka, yang mana ianya membolehkan seseorang mendapat syurga). Aku berkata: آمين. (Hadits riwayat: al-Hakim, Ibn Hibban, ath-Thabrani dan al-Baihaqi)

Tersebut didalam hadits yang shohih bahwasanya mendurhakai ibubapa itu termasuk didalam akbarul kabaair (sebesar-besar dosa dari dosa besar).

Sekian. Kuakhiri dengan doa
رَّبِّ ٱرْحَمْهُمَا كَمَا رَبَّيَانِي صَغِيراً

وماتوفيقي إلابالله عليه توكلت وإليه انيب
- abu zahrah -

Rabu, 4 April 2007

Ghurur (Tertipu)


Imam Ghazali رحمه الله تعالى menyebutkan didalam ihya:


…dan di antara mereka (mutasawwif yang tertipu) adalah mereka yang mendakwa sudah dapat ilmu ma’rifah, dan musyahadah Tuhan dan telah melalui semua maqam dan ahwal dan telah wusul ke martabat kehampiran, sedangkan mereka tidak mengetahui perkara tersebut melainkan istilah sahaja.



Engkau mungkin melihat salah seorang mereka mengulang-ulang istilah ini dan menyangka (mengulang-ulang istilah itu) ianya terlebih tinggi dari ilmu para awwalin dan akhirin (para salaf dan khalaf), dan mereka memandang remeh dan rendah kepada para fuqaha’ dan ahli-ahli hadits dan ulama’ pelbagai bidang lain apatah lagi orang awam.



Kadang-kadang seorang awam bergaul dengan mereka beberapa lama dan meniru istilah-istilah tersebut dan mengulang-ulangnya seolah-olah ianya wahyu, dan dengan perasaan dan pandangan sinis terhadap ulama’ dan ahli ibadah lain seraya mengatakan bahawa mereka itu (para ulama’) terhijab dan menganggap dirinya sahaja telah sampai kepada Allah, menganggap dirinya orang hampir dengan Allah. Padahal yang sebenarnya di sisi Allah dia adalah seorang yang keji dan disisi ahli-ahli sufi sebenar dianya hanyalah seorang bodoh dungu yang tiada menghukum dengan ilmu dan tiada membaikkan akhlaqnya dan tiada mengawasi hatinya, bahkan dia hanyalah seorang yang mengikuti hawa nafsu dan menghafal istilah-istilah yang karut marut sahaja ....



Ibn Arabi berkata: .... bila kita lihat seorang individu yang mendakwa mampu membawa manusia kepada Allah sedangakan ia lalai dalam hanya satu adab dari adab-adab syari’ah, walaupun ia menzahirkan keajaiban yang menggegarkan aqal dan mengatakan bahawa hukum itu terangkat baginya, maka bukanlah ia seorang Sheikh dan bukanlah ia orang yang benar, kerana tiada diamanahkan rahsia Allah Ta’ala itu kecuali atas mereka yang padanya adab-adab syariat itu terpelihara ....



Syeikh Ali bin Utsman al-Hujwiri berkata dalam Kashful Mahjubnya: ...... al-mustaswif itu adalah orang yang berlagak atau bergaya, meniru atau menyerupai (akan tingkahlaku) orang sufi demi untuk mencapai impian tertentu, nama, pangkat, kemegahan serta habuan keduniaan. Walhal yang sebenarnya al-mustaswif itu tidak ada sangkut paut langsung dengan sufi dalam apa sudut sekalipun, sehinggakan di katakan bahawa di kalangan ahli tasawwuf mustaswif disisi sufiyyah itu seperti lalat dan disisi yang lain al-mustaswif itu adalah seperti serigala ...

Mari Kita Banyakkan Shalawat









Banyakkanlah bershalawat sebagai tanda tersangat kasihnya kita kepada junjungan Rasulullah صلى الله عليه وسلم , dan istiqamahlah bershalawat keatas baginda صلى الله عليه وسلم.

Didalam kitab ‘Khulashah al-Asrar fi Fadhilat-is-Shalawati was-Salami ‘ala Sayyidil Abrar’ oleh Shaikh Abdulqadir bin Abdurrahman al-Fathani, dalam bab pada menyatakan kelebihan shalawat dan salam atas penghulu kita Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم yang sebaik-baik manusia.

Kata beliau: “ Ketahui olehmu hai saudara fillah bahwasanya shalawat dan salam atas sayyidul kaainat itu daripada afdholut tho’aat dan semulia-mulia ‘ibaadaat dan sesempurna-sempurna qurbaat yang menyampaikan kepada rab-ul-ardhiin was-samawaat, dan bahwasanya membawa bagi dikasihi oleh Tuhan dan diredhanya dan dikasihi oleh Nabi صلى الله عليه وسلم dan disyafaatnya. Dan bahwasaya orang yang meshalawat [bershalawat] itu tanda bagi ketinggian martabatnya pada Allah عز وجل dan mendatangkan bagi beberapa rahasia dan cahaya pada hati dan pada qubur dan pada mahsyar dan pada shirath dan mendatangkan ma’arif dan iman dan yaqin dan ilmu dan faham dan hikmah dan lainnya …..”

اللهم صل على سيدنا محمد و على آله و صحبه و بارك و سلم

اللهم صل على سيدنا محمد و على آله و صحبه و بارك و سلم


اللهم صل على سيدنا محمد و على آله و صحبه و بارك و سلم


اللهم صل على سيدنا محمد و على آله و صحبه و بارك و سلم


اللهم صل على سيدنا محمد و على آله و صحبه و بارك و سلم


اللهم صل على سيدنا محمد و على آله و صحبه و بارك و سلم


اللهم صل على سيدنا محمد و على آله و صحبه و بارك و سلم


اللهم صل على سيدنا محمد و على آله و صحبه و بارك و سلم


اللهم صل على سيدنا محمد و على آله و صحبه و بارك و سلم


اللهم صل على سيدنا محمد و على آله و صحبه و بارك و سلم


Peringatan - Adab Majlis Maulid

Saiyid 'Utsman bin 'Abdullah bin 'Aqil ibnu Yahya al-Batawi menyebut didalam kitabnya ad-Durr al-Basim fi Athwar Abi al-Qasim صلى الله عليه وسلم:

".... Faedah yang pertama wajib atas kita sekalian Islam mengetahui bahawasanya junjungan kita Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم hamba Allah yang amat mulia, lebih daripada sekalian makhluk. Lagi bahawa ia pesuruh Allah Taala pada sekalian manusia dan jin.

Maka wajiblah mengetahui akan hal ehwalnya yang disebut di dalam kitab ini, yang sesetengahnya itu wajib diketahuikannya, dan sesetengahnya itu sunat. Sebahagi[an] lagi wajib atas kita menghormatkan junjungan kita Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم dengan sehabis-habis hormatnya..."


Katanya lagi:
"Dan lagi, tiada pantas pula dibaca [bacaan maulid Nabi صلى الله عليه وسلم] itu di atas meja kerusi, sebab itu bukannya asal aturan Islam. Dan janganlah ada di tempat membaca itu campuran lelaki sama perempuan. Sebab, itu pertegahan syarak. Melainkan ada dinding antara mereka itu dengan aman daripada fitnah."

Katanya lagi:
"Dan jangan sekali-kali ada di tempat membaca [maulid Nabi صلى الله عليه وسلم] itu suatu permainan haram. Sebab, itu derhaka besar, melanggar pertegahan Rasulullah صلى الله عليه وسلم di hadapan sebutan nama Allah dan nama rasul-Nya. Maka itu tiada patut sekali-kali di dalam aturan syarak, maka tiada yang membuat begitu rupa, melainkan jika ia jahil akan kadar Rasulullah صلى الله عليه وسلم. Atau tiada mengindahkan kewajipan hormat padanya. Maka adalah itu dekat kepada kelakuan orang yang murtad ..."

Katanya lagi:
“…… maka dapatlah pahalanya, tiada kurang, insya-Allah asal betul saja segala aturannya [adabnya] ……”


Selasa, 3 April 2007

Peringatan - Adab Di Dalam Majlis Maulid




Dipetik daripada kitab Mustika 'Ajaib Pada Menyatakan Hukum Dan Kelebihan Membaca Maulid Nabi صلى الله عليه وسلم oleh Qadhi Haji Abu Bakar bin Haji Hasan, Muar Johor, halaman 14 - 15:

" Ingatan.
Apabila dibacakan maulid an-Nabiy di dalam satu-satu majlis maka hendaklah orang-orang yang hadhir di dalam majlis itu duduk dengan adab, jangan mereka itu bercakap, berbual atau menghisap rokok atau curut di dalam majlis itu tetapi hendaklah mereka itu duduk dengan adab dan tawadhu'. Oleh sebab saya datang akan perkataan ini disini kerana saya telah berjumpa beberapa tempat-tempat kumpulan orang-orang kerana membaca maulid Nabi صلى الله عليه وسلم, maka setengah mereka itu berbual-bual dan setengah mereka itu menghisap rokok ....... "



Ghurur



Imam Ghazali رحمه الله تعالى menyebutkan didalam ihya: “ … dan suatu firqah yang tertipu, mereka yang bersungguh-sungguh mengerjakan yang nawafil dan tidak berapa hirau akan yang fardhu, maka kau lihat mereka ini bergembira dengan shalat dhuha dan tahajjud, dan mereka tiada merasa kelazatan sholat fardhu dan tiada bersungguh untuk mengerjakannya di awal waktu, dan mereka ini lupa sabda Rasulullah صلى الله عليه وسلم dalam satu hadits Qudsi:
وما تقرب إلي عبدي بشيء أحب إلي مما افترضته عليه
“… dan tiadalah mendekati hambaKu kepadaKu dengan sesuatu pekerjaan yang lebih AKU sukai dari mengerjakan apa yang AKU telah fardhukan keatasnya …”



Shaikh Ibnu ‘Atho’illah رحمه الله تعالى menyebut didalam hikamnya:

مِنْ عَلاماتِ اتِّباعِِ الهَوى المُسارَعَةُ إلى نَوافِلِ الخَيْراتِ، وَالتَّكاسُلُ عَنِ القِيامِ بِالواجِباتِ

“setengah daripada ‘alamat orang yang mengikut hawa nafsunya itu, bersegera ia kepada mengerjakan segala kebajikan yang sunat dan segan [malas] ia daripada mendirikan segala hak yang wajib.


Shaikh Shaikh Abdul Malik bin Abdullah @ Tok Pulau Manis رحمه الله تعالى menjelaskan: “…. (dan) inilah hal gholib segala makhluk melainkan yang telah dipelihara akan Allah Ta’ala dan engkau lihat seorang daripada mereka mendirikan pada segala wirid yang banyak dan segala sunat yang beradat yang berat dan tiada mendirikan pada satu fardhu atas kerana Allah. (Dan kata) Muhammad bin al-Ward رضي الله عنه , bermula binasa manusia itu didalam perkara pertama istighal pada sunat dan meninggalkan fardhu dan kedua mengerjakan amal jawarih dengan tiada muwafaqat hati. (Dan) hanya sanya ditegahkan mereka itu akan wusul kerana meninggalkan mereka itu akan segala usul …….”





Isnin, 2 April 2007




ذكر الأنبياء من العبادة وذكر الصالحين كفارة وذكر الموت صدقة وذكر القبر يقربكم من الجنة

وقال سفيان بن عيينة رحمه الله تعالى – عند ذكر الصالحين تنزل الرحمة




Manaqib Habib Abubakar bin Muhammad Assegaf

Alkisah tentang seorang Imam al-Qutb yang tunggal dan merupakan qiblat para auliya' di zamannya, sebagai perantara tali temali bagi para pembesar yang disucikan Allah jiwanya, bagai tiang yang berdiri kokoh dan laksana batu karang yang tegar diterpa samudera, seorang yang telah terkumpul dalam dirinya antara ainul yaqin dan haqqul yaqin, beliau adalah al-Habib al-Imam Abu Bakar bin Muhammad bin Umar bin Abu Bakar bin Imam (Wadi-al-Ahqaf) al-Habib Umar bin Segaf as-Saggaf.


Nasab yang mulia ini terus bersambung dari para pembesar ke kelompok pembesar lainnya, bagai untaian rantai emas hingga sampailah kepada tuan para pendahulu dan yang terakhir, kekasih yang agung junjungan Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم.



Habib Abu Bakar dilahirkan di kota Besuki, sebuah, kota kecil di kabupaten Sitibondo Jawa Timur, pada tanggal 16 Dzulhijjah 1285H. Dalam pertumbuhan hidupnya yang masih kanak-kanak, ayahanda beliau tercinta telah wafat dan meninggalkannya di kota Gresik. Sedang disaat-saat itu beliau masih membutuhkan dan haus akan kasih sayang seorang ayah. Namun demikian beliau pun tumbuh dewasa di pangkuan inayah ilahi didalam lingkungan keluarga yang bertaqwa yang telah menempanya dengan pendidikan yang sempurna, hingga nampaklah dalam diri beliau pertanda kebaikan dan kewalian.


Konon diceritakan bahwa beliau mampu mengingat segala kejadian yang dialaminya ketika dalam usia tiga tahun dengan secara detail. Hal ini tidak lain sebagai isyarat akan kekuatan ruhaniahnya yang telah siap untuk menampung luapan anugerah dan futuh dari rabbnya Yang Maha Mulia.


Pada tahun 1293H, segeralah beliau bersiap untuk melakukan perjalanan jauh menuju kota asal para leluhurnya, iaitu Hadramaut. Kota yang bersinar dengan cahaya para auliya'. Perjalanan pertama ini adalah atas titah dari nenek beliau (ibu dari ayahnya) seorang wanita shalihah Fatimah binti Abdullah Allan. Dengan ditemani seorang yang mulia, asy-Syaikh Muhammad Bazmul, beliau pun berangkat meninggalkan kota kelahiran dan keluarga tercintanya. Setelah menempuh jarak yang begitu jauh dan kepayahan yang tidak terbayangkan maka sampailah beliau di kota Seiwuun sedang pamannya tercinta al-Allamah al-Habib Abdullah bin Umar beserta kerabat yang lain telah menyambut kedatangannya di luar kota tersebut.


Tempat tujuan pertamanya adalah kediaman seorang allamah yang terpandang di masanya, al-‘Arifbillah al-Habib Syaikh bin Umar bin Saggaf". Sesampainya di sana Habib Syaikh langsung menyambut seraya memeluk dan menciuminya, tanpa terasa airmata pun bercucuran dari kedua matanya, sebagai ungkapan bahagia atas kedatangan dan atas apa yang dilihatnya dari tanda-tanda wilayah di wajah beliau yang bersinar itu. Demikianlah seorang penyair berkata, hati para auliya' memiliki mata yang dapat memandang apa saja yang tak dapat dipandang oleh manusia lainnya. Dengan penuh kasih sayang, Habib Syaikh mencurahkan segala perhatian kepadanya, termasuk pendidikannya yang maksima telah membuahkan kebaikan dalam diri Habib Abu Bakar yang baru beranjak dewasa. Bagi Habib Abu Bakar menuntut ilmu adalah segala-galanya dan melalui pamannya al-Habib Umar beliau mempelajari ilmu fiqih dan tasawwuf.


Ketika menempa pendidikan dari sang paman inilah, pada setiap malam beliau dibangunkan untuk shalat tahajjud bersamanya dalam usia yang masih belia. Hal ini sebagai upaya mentradisikan qiyamullail yang telah menjadi kebiasaan orang-orang mulia di sisi Allah atas dasar keteladanan dari baginda Rasulillah صلى الله عليه وسلم. Hingga apa yang dipelajari beliau tidak hanya sebatas teori ilmiah namun telah dipraktekkan dalam amaliah kesehariannya.


Rupanya dalam kamus beliau tidak ada istilah kenyang dalam menuntut ilmu, selain dari pamannya ini, beliau juga berkeliling di seantero Hadramaut untuk belajar dan mengambil ijazah dari para ulama' dan pembesar yang tersebar di seluruh kota tersebut. Salah seorang dari sederetan para gurunya yang paling utama, adalah seorang arifbillah yang namanya termasyhur di jagad raya ini, guru dari para guru di zamannya al-Imam al-Qutub al-Habib Ali bin Muhammad al-Habsyi" رضي الله عنه sebagai Syaikhun-Nadzar. (Guru Pemerhati).


Perhatian dari mahagurunya ini telah tertumpahkan pada murid kesayangannya jauh sebelum kedatangannya ke Hadramaut, ketika beliau masih berada di tanah Jawa. Hal ini terbukti dengan sebuah kisah yang sangat menarik antara al-Habib Ali dengan salah seorang muridnya yang lain. Pada suatu hari Habib Ali memanggil salah satu murid setianya. Beliau lalu berkata: “Ingatlah ada tiga auliya' yang nama, haliah dan maqam mereka sama”. Wali yang pertama telah berada di alam barzakh, yakni al-Habib Qutbul-Mala' Abu Bakar bin Abdullah al-Aidrus, dan yang kedua engkau pernah melihatnya di masa kecilmu, iaitu al-Habib Abu Bakar bin Abdullah al-Attas, adapun yang ketiga akan engkau lihat dia di akhir usia kamu. Habib Ali pun tidak menjelaskan lebih lanjut siapakah wali ketiga yang dimaksud olehnya.


Selang waktu beberapa tahun kemudian, tiba-tiba sang murid tersebut mengalami sebuah mimpi yang luar biasa. Dalam sebuah tidurnya ia bermimpi bertemu dengan Rasulullah صلى الله عليه وسلم, kala itu dalam mimpinya Nabi صلى الله عليه وسلم menuntun seorang anak yang masih kecil sambil berkata kepada orang tersebut: Lihatlah aku bawa cucuku yang shaleh Abu Bakar bin Muhammad as-Saggaf! Mimpi ini terulang sebanyak lima kali dalam lima malam berturut-turut, padahal orang tersebut tidak pernah kenal dengan Habib Abu Bakar sebelumnya, kecuali setelah diperkenalkan oleh Nabi صلى الله عليه وسلم.


Pada saat ia kemudian bersua dengan Habib Abu Bakar as-Saggaf, iapun menjadi teringat ucapan gurunya tentang tiga auliya' yang nama, haliah dan maqamnya sama. Lalu ia ceritakan mimpi tersebut dan apa yang pernah dikatakan oleh Habib Ali al-Habsyi kepada beliau. Kiranya tidak meleset apa yang diucapkan Habib Ali beberapa tahun silam bahwa ia akan melihat wali yang ketiga di akhir usianya, karena setelah pertemuannya dengan Habib Abu Bakar ia pun meninggalkan dunia yang fana ini, berpulang ke rahmatullah. Tidak diragukan lagi perhatian yang khusus dari sang guru yang rnulia ini telah tercurahkan kepada murid kesayangannya, hingga suatu saat al-Habib Ali al-Habsyi menikahkan Habib Abu Bakar bin Muhammad as-Saggaf dengan salah seorang wanita pilihan gurunya ini di kota Seiwuun, bahkan Habib Ali sendirilah yang meminang dan menanggung seluruh biaya perkawinannya.



Selain Habib Ali, masih ada lagi yang menjadi syaikhut-tarbiah (guru pendidiknya) yakni pamannya tercinta al-Habib Abdullah bin Umar as-Saggaf. Adapun yang menjadi Syaikhut-Tasliik (guru pembimbing beliau) al-Habib Muhammad bin Idrus al-Habsyi (gambar sebelah). Sedang yang menjadi syaikhul-fath (guru pembuka) adalah al-Wali al-Mukasyif al-Habib Abdul Qadir bin Ahmad bin Qutban yang acapkali memberinya khabar gembira dengan mengatakan: “Engkau adalah pewaris haliah kakekmu Umar bin Saggaf".


Demikianlah beliau menghabiskan seluruh waktunya untuk belajar, mengambil ijazah serta ilbas dengan berpindah dari pangkuan para auliya' dan pembesar yang satu dan yang lainnya di seluruh Hadramaut, Seiwuun, Tarim dan sekitarnya yang tidak dapat kami sebutkan satu persatu nama mereka. Setelah semuanya dirasa cukup dan atas izin dari para gurunya, beliaupun mulai meninggalkan kota para. auliya' itu untuk kembali ke tanah Jawa, tepatnya pada tahun 1302 H.


Dengan ditemani al-Arifbillah al-Habib Alwi bin Saggaf as-Saggaf (dimakamkan di Turbah Kebon - Agung Pasuruan) berangkatlah beliau ke Indonesia. Adapun tujuan pertamanya adalah kota kelahirannya Besuki -Jawa timur, setelah tiga tahun tinggal di sana, beliau lalu berhijrah ke kota Gresik pada tahun 1305H dalam usia 20 tahun. Dan di kota inilah beliau bermukim. Mengingat usianya yang masih sangat muda, maka kegiatan menuntut Ilmu, ijazah dan ilbas masih terus dilakoninya tanpa kenal lelah.


Beliaupun terus menerus berkunjung kepada para auliya' dan ulama' yang telah menyinari bumi pertiwi ini dengan keshalehannya. Sebagaimana al-Habib Abdullah bin Muhsin al-Attas, al-Habib Ahmad bin Abdullah al-Attas, al-Habib Ahmad bin Muhsin al-Haddar, al-Habib Abdullah bin Ali al-Haddad, al-Habib Abu Bakar bin Umar bin Yahya, al-Habib Muhammad bin Ahmad al-Muhdar dan masih banyak lagi yang lainnya رضي الله عنهم أجمعين.


Pada tahun yang sama tepatnya pada hari Jum'at, telah terjadi sebuah peristiwa yang di luar jangkauan akal manusia dalam diri beliau. Yaitu di saat beliau tengah khusyuk mendengarkan seorang khatib yang menyampaikan khutbahnya di atas mimbar, tiba-tiba beliau mendapat lintasan hati rahmani dan sebuah izin rabbani, ketika itu nuraninya berkata agar beliau segera mengasingkan diri dari manusia sekitarnya. Hatinya pun menjadi lapang untuk melakukan uzlah menjauhkan diri dari kehidupan dunia.


Seketika itu juga beliau beranjak meninggalkan Masjid Jami' langsung menuju rumah, dan sejak saat itu beliau tidak lagi menemui seorang pun dan tidak pula memberi kesempatan orang untuk menemuinya. Hal ini beliau lakukan tiada lagi hanya untuk mengabdikan diri dan beribadah kepada Rabbnya dengan segenap jiwa raganya, dan berlangsung sampai lima belas tahun lamanya. Hingga tibanya izin dari Allah agar beliau keluar dari khalwatnya untuk kembali berinteraksi dengan manusia di sekitarnya.


Pada saat menjelang keluar dari khalwatnya, beliau disambut oleh gurunya al-Habib Muhammad bin Idrus al-Habsyi, seraya berkata: "Aku telah memohon dan bertawajjuh pada Allah selama tiga hari tiga malam untuk mengeluarkan Abu Bakar bin Muhammad as-Saggaf". Habib Muhammad lalu menuntunnya keluar dan membawanya berziarah ke makam seorang wali yang tersohor dan menjadi mahkota bagi segala kemuliaan di zamannya, yakni al-Habib ‘Alwi bin Muhammad Hasyim رضي الله عنه.


Setelah ziarah, beliau berdua lalu berangkat menuju kota Surabaya ke kediaman al-Habib Abdullah bin Umar as-Saggaf. Di tengah-tengah orang-orang yang hadir pada saat itu, berkatalah al-Habib Muhammad bin Idrus sambil tangannya menunjuk ke arah Habib Abu Bakar "Ini adalah khazanah dari seluruh khazanah Bani Alawi yang telah kami buka untuk memberi manfaat kepada orang khusus dan umum".


Pasca kejadian tersebut, mulailah al-Habib Abu Bakar menetapkan jadual Qira'ah (pembacaan kitab-kitab salaf) di rumahnya. Dalam waktu yang singkat beliau telah menjadi tumpuan bagi umat di zamannya, bagaikan Ka'bah yang tidak pernah sepi dari penziarah yang datang mengunjunginya dari berbagai penjuru dunia. Siapa saja yang datang kepada beliau disertai dengan husnuddzan (berbaik-sangka) maka ia akan beruntung dengan tercapai segala maksudnya dalam waktu yang dekat.


Di Majlis yang diadakannya itu beliau telah mengkhatamkan kitab "Ihya' Ulumuddin" sebanyak lebih dari empat puluh kali. Dan disetiap mengkhatamkannya, beliau selalu mengadakan jamuan besar-besaran untuk orang yang hadir di majlisnya. Al-Habib Abu Bakar dikenal sebagai orang yang memiliki kepedulian yang tinggi terhadap sirah dan jejak para salafnya, bahkan pada segala adat istiadatnya. Seluruh majlis beliau senantiasa dimakmurkan dengan kajian-kajian ilmiah yang bersumber dari semua kitab karya para salafnya.


Jika kita berbicara tentang maqam dan kedudukan beliau, maka tidak satupun dari para auliya' pada masa beliau yang menyangsikannya. Beliau telah mencapai tingkatan "asshiddiqiyyah al-kubra" yang telah diisyaratkan sebagai "sahibulwaqt" (panglima tertinggi para auliya' di masanya). Keluhuran maqamnya telah diakui oleh seluruh yang hidup di zaman beliau. Telah berkata al-Habib Muhammad bin Ahmad al-Muhdar dalam sebuah suratnya kepada beliau (dengan mengutip beberapa ayat al-Qur'an). “Demi fajar. Dan malam yang sepuluh. Dan yang genap dan yang ganjil” (Sesungguhnya saudaraku Abu Bakar bin Muhammad as-Saggaf adalah permata yang lembut yang beredar dan beterbangan menjelajah seluruh maqam para leluhurnya)..


Berkata pula panutan kita, seorang yang telah diakui keunggulan dan keilmuannya al-habib ‘Alwi bin Muhammad al-Haddad: "Sesungguhnya al-Habib Abu Bakar bin Muhammad as-Saggaf adalah al-Qutbul Ghauts dan sesungguhnya ia adalah tempat tumpuan pandangan Allah".


Pada kesempatan lain beliau berkata: “Aku tidak takut (segan) kepada satu pun makhluk Allah kecuali kepada Habib Abu Bakar bin Muhammad as-Saggaf”. Sebenarnya pada masa keemasan itu banyak sekali orang-orang yang patut disegani, namun kini mereka semua telah berpulang ke rahmat Allah سبحانه وتعالى. Masih banyak lagi ungkapan-ungkapan beliau yang tidak dapat kami torehkan dalam tulisan ini.


Berkata juga seorang sumber kebaikan di zamannya, dan kebanggaan pada masanya, seorang da'i yang selalu mengajak kejalan Allah dengan ucapan dan perbuatannya, al-Habib Ali bin Abdurrahman al-Habsyi (Kwitang-Jakarta). Ketika itu di kediaman Habib Abu Bakar (Gresik), pada saat beliau menjalin persaudaraan dengannya, seraya memberi isyarat kepada Habib Abu Bakar dan airmatanya berlinang, berkata kepada para hadirin saat itu “Ini (al-Habib Abu Bakar) adalah raja lebah (raja para auliya') ia saudaraku di jalan Allah, lihatlah kepadanya! Karena memandangnya adalah ibadah”


Berkata seorang panutan orang-orang yang arif, al-Habib Husain bin Muhammad al-Haddad, sesungguhnya al-Habib Abu Bakar bin Muhammad as-Saggaf adalah seorang khalifah, dialah pemimpin para auliya' di masanya, ia telah mencapai maqam asy-syuhud hingga beliau mampu menerawang hakekat dari segala sesuatu. Beliau melanjutkan ungkapannya dengan mengutip sebuah ayat al-Qur'an “Sungguh patut jika dikatakan padanya; Isa tidak lain hanyalah seorang hamba yang kami berikan kepadanya nikmat (kenabian) (Surah az-Zukhruf:59) Maksudnya beliau tidak lain hanyalah seorang hamba yang telah dilimpahi nikmat dan anugerah Allah سبحانه وتعالى. Kiranya telah cukup sebagai bukti keluhuran maqam beliau yang telah mencapai kedudukan bersua dengan Nabi صلى الله عليه وسلم dalam keadaan terjaga. Berkata yang mulia رضي الله عنه bahwa: “Ar-Rasul صلى الله عليه وسلم telah masuk menemuiku sedang aku dalam keadaan terjaga, beliau lalu memelukku dan akupun memeluknya”. Para auliya' bersepakat, bahwa maqam ijtima' (bertemu) dengan Nabi صلى الله عليه وسلم dalam waktu terjaga, adalah sebuah maqam yang melampaui seluruh maqam yang lain. Hal ini tidak lain adalah buah dari ittiba' (keteladanan) beliau yang tinggi terhadap Nabinya صلى الله عليه وسلم. Adapun kesempurnaan istiqamah merupakan puncak segala karamah. Seorang yang dekat dengan beliau berujar bahwa aku sering kali mendengar beliau mengatakan: “Aku adalah ahluddarak, barang siapa yang memohon pertolongan Allah melaluiku maka dengan izin Allah aku akan membantunya, barang siapa yang berada dalam kesulitan lalu memanggil-manggil namaku maka aku akan segera hadir di sisinya dengan izin Allah”


Pada saat menjelang ajalnya, seringkali beliau berkata:“Aku berbahagia untuk berjumpa dengan Allah”. Maka sebelum kemangkatannya ke rahmat Allah, beliau mencegah diri dari makan dan minum selama lima belas hari, namun hal itu tidak mengurangi sedikitpun semangat ibadahnya kepada Allah سبحانه وتعالى. Setelah ajal kian dekat menghampirinya, diiringi kerinduan berjumpa dengan khaliqnya, Allah pun rindu bertemu dengannya, maka beliau pasrahkan ruhnya yang suci kepada Tuhannya dalam keadaan redho dan diridhoi


Beliau wafat pada hari Ahad malam Itsnin, hari ke tujuhbelas di bulan Dzulhijjah 1376H, dalam usia 91 tahun. Semoga saja sirah beliau yang kami angkat kali ini tidak hanya mengundang decak kagum bagi yang membacanya, namun juga dapat menumbuhkan semangat dalam diri kita guna meningkatkan ubudiah kita dengan senantiasa mendekatkan diri dalam kebaikan dan bersama orang- orang yang baik. Aaamiin..
[Abu Bakar Hasan as-Saggaf]


*****

اللهم انشرنفحات الرضوان عليه وإمدنا بالأسرار التي أودعتهالديه. اللهم صل وسلم على جده النبي الأمين سيدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين

Ya Allah! Sebarkanlah hembusan keredhaanMu keatasnya dan limpahkanlah, ya Allah kepada kami segala rahsia yang Engkau simpan disisinya. Ya Allah kurniakanlah rahmat dan kesejahteraan keatas nendanya, Nabi al-Amin, penghulu kami Muhammad dan keatas kelaurga dan shahabat-shahabatnya sekalian.



[Tulisan ini dipetik dari bahagian sirah majalah bulanan Cahaya Nabawiy No.14 Tahun 1 Dzulhijjah 1424H / Februari 2004M – abu zahrah -]



WASIAT UWAIS AL-QARNI KEPADA
HARIM BIN HAYYAN


قال هرم بن حيان لأويس القرني: أوصيني
قال: توسد الموت إذا نمت، واجعله نصب عينيك، وإذا قمت فادع الله أن يصلح لك قلبك ونيتك ، فلن تعالج شيئا أشد عليك منهما، بينا قلبك معك ونيتك إذا هو مدبر، وبيناهو مدبر إذ هو مقبل، ولا ينظر في صغر الخطيئة ولكن انظر إلى عظمة من عصيت.



Maksudnya: Telah berkata Harim bin Hayyan رحمه الله تعالى kepada Sayyidina Uwais al-Qarni رضي الله تعالى عنه : Wasiatkanlah akan daku! Lalu kata Uwais رضي الله تعالى عنه:
  • Berbantalkanlah akan maut bilamana engkau tidur;
  • Jadikanlah maut itu sentiasa berada di depan kedua matamu;
  • Dan bilamana engkau bangun (daripada tidur)mu, maka berdo'alah kepada Allah Ta’ala agar DIA mengislahkan (memperbaiki) bagimu akan hatimu dan niatmu! Maka engkau tidak akan merawat akan sesuatu yang lebih bersangatan berat ke atasmu dari keduanya itu (iaitu hatimu dan niatmu). (Apa yang sering terjadi) di antara hatimu dan niatmu ialah bilamana hatimu bersamamu (yakni hatimu maju/kedepan), niatmu pula mundur ke belakang, dan bilamana hatimu mundur kebelakang niatmu pula maju/kedepan;
  • Dan janganlah engkau memandang kepada kecilnya sesuatu dosa itu, tetapi pandanglah kepada keagungan DIA yang engkau telah durhakai.

[Shifah as-Sofwah oleh al-Imam al-'Alim Jamaluddin Abi al-Faroj ibnu al-Jauziy رحمه الله تعالى, jilid ke-2, juzuk ke-3 halaman 34. Daarul Kutub al-Ilmiyyah, Beirut-Lubnan.]

Related Posts with Thumbnails