Sabtu, 15 Mei 2010

Seorang Lagi Dari Kalangan Sholihin Kembali KerahmatuLlah

إنا لله وإنا إليه راجعون

Lebih kurang jam 12 tengah malam tadi, al-Fagir menerima satu lagi khabar sedih, iaitu kembalinya ke rahmatuLlah, al-Habib Hussin bin Salim bin Hafidz ibn Syeikh Abu Bakar bin Salim, di Jeddah, Arab Saudi, waktu 'ashar, hari Jum'at, 29 JumadilUla 1431H/14 Mei 2010M.

Beliau adalah merupakan bapa saudara kepada Guru Mulia, al-Habib 'Umar bin Muhammad bin Salim bin Hafidz ibn Syeikh Abu Bakar bin Salim.

Allahu Allah .... seorang demi seorang para auliya dan sholihin kembali kepadaNYA. Musibah! Musibah! Musibah buat umat apabila kekasih-kekasihNYA satu persatu kembali kepadaNYA

Di dalam sebuah hadits yang di riwayatkan oleh Abu Daud, at-Tirmidhi, Ibn Majah dan al-Baihaqi daripada Abu Darda رضي الله عنه katanya: Aku mendengar Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم bersabda (maksudnya): Sesiapa yang pergi di pagi hari kerana inginkan ilmu dan untuk mempelajarinya semata-mata kerana Allah Ta’ala, nescaya Allah Ta’ala akan membukakan baginya satu pintu menuju syurgaNya, para malaikat membentangkan sayapnya untuknya dan demikian juga ikan-ikan dilaut. Kelebihan orang yang alim itu ke atas orang yang abid apalah seumpama kelebihan bulan purnama ke atas sekecil-kecil bintang dilangit. Para ulama itu adalah pewaris Nabi. Sesungguhnya Nabi tidak mewariskan wang dinar dan tidak juga wang dirham, tetapi mereka mewariskan ilmu. Sesiapa yang mengambil ilmu maka dia telah mengambil habuannya yang amat bernilai. Oleh itu matinya seorang yang alim adalah satu musibah yang sukar digantikan dan satu kepincangan yang susah ditutupi. Ini adalah umpama bintang yang hilang sirna (diantara bintang-bintang). Sesungguhnya matinya satu qabilah adalah lebih ringan musibahnya berbanding matinya seorang yang alim.


الفاتحة إلى حضرة النبي صلى الله عليه وآله وسلم و الى روح الحبيب حسين بن سالم بن حفيظ ابن الشيخ أبي بكر بن سالم

الله يغفرله ويرحمه ويتجاوز عن سيئاته ويضاعف حسناته ويجعل مستقر روحه الفردوس الأعلى مع النبيين والصديقين و الشهداء والصالحين ويخلفه فينا وفي المسلمين أجمعين بالخلف الصالح. آمين

Semoga Allah mengampuninya, merahmatinya, memaafkan semua kesalahannya, melipatgandakan kebaikannya, menempatkan ruhnya di Syurga Firdaus yang tertinggi bersama para Nabi, siddiqin, syuhada’ dan sholihin dan semoga Allah memberi ganti yang baik bagi kami dan kaum muslimin. Ameen.


0 komen:

Related Posts with Thumbnails