

Maka untuk menjawabnya hamba bawakan hadits-hadits mengenai keutamaan ahl al-Bait yang ditulis oleh Imam al-Sayuthi didalam kitabnya yang berjudul Ihyaa’ al-Mayyit bi Fadhoil Aal al-Bait. Nak puas hati boleh pi rujuk lah. Abu Zahrah akan bawakan sepotong, dua potong atau tiga potong hadits saja ….. antaranya:
Dikeluarkan oleh at-Tirmidhi, ath-Thabarani dan al-Hakim daripada Ibn Abbas رضي الله عنهما , beliau berkata: Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم bersabda (artinya): Cintailah Allah kerana nikmat kurniaNya memberikan kamu makan. Cintailah aku kerana cintakan Allah dan cintailah ahli baitku kerana mencintai aku. [at-Tirmidhi dan al-Hakim menshahihkan hadits ini dan dipersetujui oleh az-Zahabi di dalam al-Takhlis]Maka untuk itu mai kita hayati manaqib ringkas Habib Salim bin Hafidz رضي الله عنه. [datuk kepada Guru Mulia kita Habib Umar bin Muhammad bin salim bin Hafidz]
Dikeluarkan oleh ath-Thabrani di dalam kitabnya al-Ausath sebuah hadits daripada al-Hasan bin ‘Ali رضي الله عنهما bahwa Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم bersabda (artinya): “Lazimilah mencintai kami ahlul bait kerana barangsiapa yang menemui Allah Ta’ala dalam keadaan mencintai kami, akan dimasukkan ke dalam syurga dengan syafaat kami. Demi Allah yang jiwaku berada di dalam kekuasaanNya, tidak bermanfaat amalan seseorang hamba melainkan dengan mengetahui hak-hak kami. “ [Hadits riwayat ath-Thabrani di dalam al-Ausath. Juga diriwayatkan oleh as-Sakhawi di dalam Istijlab dan beliau berkata hadits ini dhoif]
Dikeluarkan oleh al-Khatib di dalam kitab Tarikhnya daripada Sayyidina ‘Ali كرم الله وجهه berkata: Sabda Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم (artinya): Syafa’atku adalah untuk umatku yang mencintai ahli keluargaku. [Jami’ al-Kabir dan al-Shoghir]
Dikeluarkan oleh al-Tirmidhi daripada Jaabir رضي الله عنه, beliau berkata, Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم bersabda (artinya): Wahai sekalian manusia! Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu suatu perkara yang jika kamu berpegang dengannya, kamu tidak akan tersesat yaitu KitabuLlah (al-Qur’an) dan itrahku (ahli baitku). [Hadits riwayat Imam al-Tirmidhi, dan beliau mengatakan bahawa hadits ini hasan]
Al-Rabi’ (murid kepada Imam asy-Syafie) berkata, ketika beliau mengerjakan haji bersama gurunya Imam asy-Syafie رضي الله عنه , kami melihat beliau tidak mendaki suatu tempat tinggi atau menuruni kawasan lembah melainkan beliau menangis dan dan melantunkan syair yang menujukkan kecintaannya yang mendalam kepada ahlul bait. Antara syairnya [artinya]:
Ahlul bait Nabi صلى الله عليه وآله وسلم adalah perisaiku dan mereka adalah wasilahku kepada Allah.
Aku berharap kelak (dengan keberkatan mereka) agar dapat diserahkan sahifahku (buku catatan amalan) dengan tangan kananku
Beliau adalah al-Habib Salim bin Hafidz bin ‘Abdullah bin Abi Bakar bin Aydrus bin Umar bin Aydrus bin Umar bin Abi Bakar bin Aydrus bin al-Hussin ibn al-Syaikh Abi Bakar bin Salim bin Abdullah bin Abdurrahman bin ‘Abdullah bin Abdurrahman al-Saqqaf bin Muhammad Maula al-Dawilah bin ‘Ali bin ‘Alawi bin al-Faqih al-Muqaddam Muhammad bin ‘Ali bin Muhammad Shahib al-Mirbath bin ‘Ali Khali’ Qasam bin ‘Alawi bin Muhammad bin ‘Alawi bin ‘Ubaidullah bin Ahmad al-Muhajir bin ‘Isa al-Rumi bin Muhammad al-Naqib bin ‘Ali al-Uraidhi bin Ja’far al-Shadiq bin Muhammad al-Baqir bin ‘Ali Zainal ‘Abidin bin Hussin al-Sibth putera kepada Sayyidina ‘Ali bin Abi Thalib dan Sayyidah Fathimah al-Zahra’ binti Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم
Beliau lahir di Bondowoso, Pulau Jawa pada 25 Syawwal 1288H bersamaan 6 Januari 1872M. Kemudian beliau dibawa ayahandanya balik ke Kota Misythah, Hadhramaut pada 15 Shafar 1297 (27 Januari 1880M). Ketika itu beliau berusia kira-kira 8 tahun. Menerima didikan awal daripada ayahnya dan beberapa ulama di Kota Misythah antaranya dengan Mu'allim 'Abud bin Sa'id BaSyu'aib dari kampung al-Suwairi dan Mu'allim 'Abdullah bin Hasan BaSyu'aib.
Pada 1304H, Habib Salim berangkat ke Kota Tarim al-Ghanna untuk menuntut ilmu. Di kota yang berkat ini, beliau menimba pengetahuan agama daripada para ulama di sana antaranya Mu'allim 'Abdullah bin Ahmad BaGharib, Habib 'Abdur Rahman bin Muhammad al-Masyhur dan lain-lain ulama. Beliau mengerjakan haji pada tahun 1320H (1903M). Dan kesempatan ini juga beliau gunakan untuk bertemu dengan sejumlah ulama dan orang-orang sholeh untuk mengambil ilmu dan ijazah daripada mereka. Selain itu, beliau turut mengadakan perjalanan sama ada untuk mendalami ilmunya juga untuk menyebarkan ilmu dan dakwah ke Seiwun, Dau'an (1349H), al-Haramain (1355H, & 1357H), Zanzibar (1358H), Mombasa(1358H), India (1357H) dan tidak ketinggalan tanah kelahirannya, Pulau Jawa (1356H & 1357H).
Di negeri-negeri yang dikunjunginya, beliau tidak melepaskan peluang untuk mengadakan pertemuan dan menjalinkan hubungan dengan para ulama dan awliya' yang menetap di sana. Hasil pertemuan dan hubungan ini, baik berupa wasiat, nasihat dan ijazah beliau kumpulkan dalam satu catatan yang dinamakannya "Minhah al-Ilah fil ittishal bi ba'dhi awliya", yang mana didalamnya tercatat sejumlah 149 orang ulama yang beliau bertemu dan mengambil pelbagai sanad dari mereka. Didalam kitab tersebut juga beliau bawakan sanad kitab Shohih al-Bukhari dan Shohih Muslim melalui jalur Sadah ‘Alawiyyah. Beliau tidak banyak meninggalkan karya ilmiyyah, hanya lebih kurang 7 buah sahaja iaitu:-
- شجرة آل الشيخ أبي بكر
- منحة الإله في الاتصال ببعض أولياء
- الرحلة الهندية
- مكاتبات الحبيب عبيد الله بن محسن السقاف ووصاياه
- فتاوى شيخ العلامة أبي بكر بن أحمد الخطيب التريمي
- مختصر كتاب كشف الحجاب والران
- مكاتبات الحبيب مصطفى المحضار

اللهم انشرنفحات الرضوان عليه وإمدنا بالأسرار التي أودعتهالديه. اللهم صل وسلم على جده النبي الأمين سيدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين
Ya Allah! Sebarkanlah hembusan keredhaanMu keatasnya dan limpahkanlah, ya Allah kepada kami segala rahsia yang Engkau simpan disisinya. Ya Allah kurniakanlah rahmat dan kesejahteraan keatas nendanya, Nabi al-Amin, penghulu kami Muhammad dan keatas keluarga dan shahabat-shahabatnya sekalian.
Catatan perjalanan seterusnya …….
Setelah mengerjakan sholat ‘asar secara berjemaah, aku mengikuti majlis rohah [majlis pembacaan kitab] yang diadakan oleh Habib Umar. Kitab yang dibaca adalah kitab ‘آداب النفوس’ yang dikarang oleh Imam Abu Abdullah al-Haarits bin Asad al-Muhasibi al-Bashri (wafat 243 di Baghdad), bab terakhir yaitu bab tawakkal. Aku ada beli kitabnya dan juga dvd pengajian kitab tersebut secara lengkap … tapi siang-siang lagi kawan dah pinjam kitabnya. [Kalau ada sesiapa nak di dvdnya bolehlah ….. tapi kena tunggu aku khatam dululah. ] Huraian Habib Umar menarik sekali. Bagi mereka yang tidak memahami atau lamat tamgkap bahasa ‘arab maka dibelakang musholla ada dua kelompok perserta daurah khusyu’ mendengar terjemahan mutiara ilmu yang disampaikan oleh Habib Umar. Satu kelompok dengan terjemahan bahasa Inggeris [maaf lupa nama penterjemahnya] dan satu kelompok lagi dengan terjemahan bahasa Malaysia. Diterjemah oleh Ustaz Uwais al-Qarni, ketua pelajar Malaysia di Dar al-Musthafa.


- Pengajian Mingguan Oleh Habib Umar di Perkarangan Masjid Jami' Tarim -

- Pengajian Mingguan Oleh Habib Umar di Perkarangan Masjid Jami' Tarim -
0 komen:
Catat Ulasan