Rabu, 2 Januari 2008

Ar-Rasail al-Darqawiyah - Siri 7

Transliterasi Kitab ar-Rasail ad-Darqawiyah - Surat-surat Maulay al-‘Arabi ad-Darqawiy yang diterjemah dan diberi syarah oleh al-Faqir-ilallah Muhamad bin ‘Ali bin Ahmad al-Ibrahimiy as-Sulaimani al-Fathoni tsumma al-Taranqanuwi tsumma al-Kelantani

(Transliterasi dari tulisan Jawi kepada tulisan Rumi beserta dengan tambahan pada notakaki oleh: hamba yang faqir lagi haqir Abu Zahrah Abdullah Thahir al-Qedahi. Segala kesalahan dan kesilapan mohon dimaafkan. Pembetulan serta tunjuk ajar dari saudara-saudari sekalian adalah dialu-alukan. Dan sebagai peringatan: Bagi sesiapa yang membaca tulisan ini dinasihatkan supaya mempelajarinya dengan tuanguru, ustaz atau mereka yang berkeahlian kerana terdapat isitilah-istilah yang sukar difahami dan perlu dirujuk kepada mereka yang berkeahlian. Semoga kita dikurniakan taufiq untuk memahami hakikat pelajaran yang terdapat didalam tuilsan/kitab ini. Sekian.)

Para fuqara pada zaman-zaman dahulu hanya mencari apa yang dapat mematikan nafsu mereka dan menghidupkan hati mereka, sedangkan kita berbuat barang yang sebaliknya. Kita mencari apa yang mematikan hati kita dan menghidupkan nafsu kita.

Mereka bermujahadah hanya untuk menjadi bebas daripada [belenggu] hawa nafsu dan menundukkan nafsu. Adapun kita, apa yang kita ingin ialah memuaskan syahwat jasmaniah kita dan memperbesarkan nafsu kita dan dengan demikian kita telah membelakangi pintu dan menghadapkan muka kita kedinding. Kukatakan begini kepadamu hanya kerana [a]ku telah lihat pelbagai ni’mat yang Allah telah kurnia kepada orang yang mematikan nafsunya dan menghidupkan hatinya.

Sudah tentu kita akan berpuashati dengan yang sedikit, akan tetapi hanya si jahil yang berpuashati dengan tidak sampai ke matlamat perjalanannya. Aku bertanya diriku, apakah mungkin ada sesuatu yang lain, selain daripada hawa dan nafsu kita yang menghalangi kita daripada menerima pelbagai kurnia Ilahi? Dan ku dapati bahwa penghalang ketiga tiada syauq, iaitu kerinduan untuk bertemu dengan Allah. Kerana ma’ani pada ghalibnya dikurniakan hanya kepada orang yang hatinya ditembusi rasa rindu yang amat sangat dan kemahuan yang kuat untuk berpandangan dengan dzat Tuhannya.

0 komen:

Related Posts with Thumbnails