Hari ini merupakan hari kesembilan kita berpuasa. Alhamdulillah. Masih didalam sepertiga pertama daripada bulan Ramadhan. Didalam buah hadits yang panjang yang diriwayatkan oleh Ibn Khuzaimah, bahwa bulan Ramadhan itu pada awalnya Allah menurunkan rahmatNYA, dipertengahannya Allah memberikan keampunannyaNYA dan pada akhirnya Allah membebaskan hambanNYA daripada api neraka [Hadits ini juga diriwayatkan oleh Abu Syaikh, Ibn Hibban dan al-Baihaqi] Sebagai peringatan buat kita semua terutama-tamanya buat abu zahrah, maka dibawakan disini petikan dari kitab Mukhtasor al-Nasho`ih al-Diniyah wa al-Washoya al-Imaniyah atau Ringkasan Dari Nashihat Agama dan Wasiat Iman. Sebuah kitab yang dikarang oleh Quthubul Irsyad al-Habib Abdullah bin 'Alawi al-Haddad رضي الله عنه. Kitab ini telah diringkas dan ditakhrij hadits-haditsnya oleh Tuanguru kami Syaikh Muhammad Nuruddin Marbu al-Banjari حفطه الله.
Kedudukan Bulan Ramadhan
Ketahuilah, wahai saudara-saudaraku kaum Muslimin, semoga Allah سبحانه وتعالى melapangkan jalan yang mudah bagi kita dan menjauhkan kita dari jalan yang sukar, serta memberikan ampunan kepada kita di dunia dan akhirat; bahawa bulan Ramadhan adalah bulan yang tinggi darjatnya dan besar martabatnya di sisi Allah سبحانه وتعالى dan RasulNya. Ia juga menjadi penghulu bagi segala bulan. Pada bulan ini Allah memfardhukan puasa atas kaum Muslimin, dan dicatit sebagai kewajiban yang tidak boleh ditinggalkan. Firman Allah سبحانه وتعالى: “Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa.” (Surah: al-Baqarah : 183)
Maka renungkanlah kadar ini, dan sematkan di dalam fikiran anda, malam apakah itu yang dipandang oleh Allah سبحانه وتعالى. lebih baik dan lebih utama dari masa yang begitu panjang sekali. Firman Allah Ta’ala: “(Beberapa hari yang ditentukan itu ialah) bulan Ramadhan, bulan yang di dalamnya diturunkan (permulaan) al-Qur’an sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu dan pembeda (antara yang hak dan yang bathil).” (Surah. al-Baqarah : 185)
Dari firman Allah سبحانه وتعالى ini kita tahu bahwa al-Qur’an itu telah diturunkan pada bulan Ramadhan, kemudian ia diturunkan sekali lagi pada malam Lailatul Qadar sebagai tanda keistimewaannya.
Al-Qur’an diturunkan dari Lauh Mahfuzh ke Baitul ‘Izzah di langit dunia. Ia diturunkan sekaligus dari Lauh Mahfuzh ke Baitul ‘Izzah, sesudah itu diturunkan pula oleh Jibril عليه السلام Kepada Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم dengan perintah Allah سبحانه وتعالى satu persatu dalam jangkamasa 23 tahun.
Kelebihan Bulan Ramadhan
Mengenai kelebihan bulan Ramadhan, Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم bersabda: “Bulan Ramadhan satu ke bulan ke bulan Ramadhan berikutnya, Jum’at satu ke Jum’at berikutnya, dan satu shalat ke shalat berikutnya menjadi penebus dosa di antara keduanya, selama dijauhi segala dosa besar.” (Hadits riwayat: Imam Ahmad, Muslim dan al-Baihaqi)
Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم bersabda mengenai bulan Ramadhan: “Bulan Ramadhan adalah bulan kesabaran, dan balasan kesabaran adalah syurga.” (Hadits riwayat: Ibnu Khuzaimah dan al-Baihaqi)
Sabda baginda صلى الله عليه وآله وسلم lagi: “Awalnya (bulan Ramadhan) adalah rahmat, tengahnya adalah ampunan, dan akhirnya adalah pembebasan.” (Hadits riwayat: Ibnu Khuzaimah dan al-Baihaqi)
Sesungguhnya Allah سبحانه وتعالى memperhatikan kaum Muslimin pada malam pertama dari bulan Ramadhan tersebut, dan siapa yang mendapat perhatian Allah سبحانه وتعالى nescaya ia tidak akan disiksaNya. Selanjutnya Dia mengampuni mereka pada akhir malam dari bulan Ramadhan.
Jibril عليه السلام berkata kepada Nabi صلى الله عليه وآله وسلم: “Siapa yang menemui bulan Ramadhan sedang ia tidak diampuni Allah Ta’ala nescaya ia akan dijauhkan dari rahmat Allah. Katakanlah amin!’ Maka Rasulullah saw. berkata: ‘Amin.” (Hadits riwayat: Ibnu Hibban, Tabrani, Hakim dan Baihaqi)
Hal itu disebabkan pada bulan Ramadhan begitu mudahnya mendapatkan sebab-sebab maghfirah dibandingkan bulan-bulan lainnya. Kerana itu tiada seorangpun yang diharamkan memperoleh ampunan pada bulan itu, melainkan ia terlalu banyak berpaling dari Allah سبحانه وتعالى dan sangat berat penentangannya. Oleh kerananya ia jauhkan dan diusir dari pintu Allah. Kita memohon perlindungan dan keselamatan dari kemurkaan Allah سبحانه وتعالى dan siksaNya serta segala bencanaNya.
Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم bersabda: “Siapa berpuasa Ramadahan dan berjaga malamnya dengan penuh iman dan ihtisab, nescaya diampuni segala dosanya yang telah lalu.” (Hadits riwayat: al-Bukhari, Muslim dan yang lainnya)
مكانة شهر رمضان
(واعلموا معاشرالإخوان) – يسرنا الله وإياكم لليسرى، وجنبنا العسرى، وغفر لنا في الآخرة والأولى – أن شهر رمضان شهر عظيم القدر والمنزلة عند الله وعند رسوله، وهو سيد الشهور، فرض الله صيامه على المسلمين، وكتب عليهم، فقال تعالى: يَا أَيُّهَا الَّذِيْنَ آمَنُوْا كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى الَّذِيْنَ مِنْ قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُوْنَ (سورة البقرة :183)، - أعنى – شهر رمضان، أنزل الله كتابه، وجعل من لياليه ليلة القدر التي هي خير من ألف شهر، والألف شهر أكثر من ثلاث وثمانين سنة، فتأمل حساب ذلك، وتفكر في نفسك أي ليلة هذه الليلة! التي صارت عند الله خيرا وأفضل من هذه المدة الطويلة
وقال الله تعالى: شَهْرُ رَمَضَانَ الَّذِىْ أُنْزِلَ فِيْهِ الْقُرْآنُ هُدًى لِلنَّاسِ وَبَيِّنَاتٍ مِنَ الْهُدَى وَالْفُرْقَانِ ( سورة البقرة : 185 )
فعرفنا أنه سبحانه أنه أنزل القرآن في رمضان، ثم أنه أنزل في ليلة القدر منه على الخصوص، وهذا الإنزال من اللوح المحفوظ إلى بيت العزة من السماء الدنيا، نزل القرآن جملة واحدة من اللوح إلى بيت العزة، ونزل به جبريل بأمر الله على رسوله - عليهما والسلام – مفرقا في نحو ثلاث وعشرين سنة

Pada bulan Ramadhan pula Allah سبحانه وتعالى menurunkan kitab suciNya (al-Qur’an), dan dipilih di antara malam-malamnya suatu malam yang disebut Lailatul Qadr, dimana ia lebih utama dari seribu bulan, atau lebih dari 83 tahun.
Maka renungkanlah kadar ini, dan sematkan di dalam fikiran anda, malam apakah itu yang dipandang oleh Allah سبحانه وتعالى. lebih baik dan lebih utama dari masa yang begitu panjang sekali. Firman Allah Ta’ala: “(Beberapa hari yang ditentukan itu ialah) bulan Ramadhan, bulan yang di dalamnya diturunkan (permulaan) al-Qur’an sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu dan pembeda (antara yang hak dan yang bathil).” (Surah. al-Baqarah : 185)
Dari firman Allah سبحانه وتعالى ini kita tahu bahwa al-Qur’an itu telah diturunkan pada bulan Ramadhan, kemudian ia diturunkan sekali lagi pada malam Lailatul Qadar sebagai tanda keistimewaannya.
Al-Qur’an diturunkan dari Lauh Mahfuzh ke Baitul ‘Izzah di langit dunia. Ia diturunkan sekaligus dari Lauh Mahfuzh ke Baitul ‘Izzah, sesudah itu diturunkan pula oleh Jibril عليه السلام Kepada Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم dengan perintah Allah سبحانه وتعالى satu persatu dalam jangkamasa 23 tahun.
فضائل شهر رمضان
وفي فضل شهر رمضان قال رسول الله صلى الله عليه وآله وسلم: " رمضان إلى رمضان، والجمعة إلى الجمعة، والصلاة إلى الصلاة، مكفرات لما بينهن إذا اجتنبت الكبائر " (حديث صحيح. رواه مسلم، وأحمد، والبيهقي عن أبي هريرة رضي الله عنه) وقال عليه السلام في شهر رمضان: " هو شهر الصبر، والصبر ثوابه الجنة (رواه ابن خزيمة ، والبيهقي عن سلمان الفرسي رضي الله عنه).وقال فيه: " أوله رحمة، وأوسطه مغفرة، وآخره عتق من النار، وأن الله تعالى ينظر في أول ليلة منه إلى المسلمين، ومن نظر إليه لم يعذبه، ويغفر لهم في آخر ليلة منه " (رواه ابن خزيمة، والبيهقي) وقال جبريل لرسول الله – عليهما السلام -: " من أدرك رمضان فلم يغفر له أبعده الله ، قل : آمين ، قال رسول الله صلى الله عليه وآله وسلم : آمين "( الحديث رواه ابن حبان، والبيهقي، والحاكم، والطبراني
(قلت: ذلك لتيسر أسباب المغفرة في رمضان أكثر منها في غيره من الشهور، فليس يحرم المغفرة فيه إلا من تفاحش إعراضه عن الله وعظمت جرائته على الله، فاستوجب البعد والطرد عن باب الله. نسأل الله العافية من سخطه وعذابه وجميع بلائه.
وقال عليه الصلاة والسلام : " من صام رمضان وقامه إيمانا واحتسابا غفر له ما تقدم من ذنبه " -حديث صحيح رواه الشيخان، وأبو داود ، والنسائي، وابن ماجه عن أبي هريرة رضي الله عنه
Kelebihan Bulan Ramadhan
Mengenai kelebihan bulan Ramadhan, Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم bersabda: “Bulan Ramadhan satu ke bulan ke bulan Ramadhan berikutnya, Jum’at satu ke Jum’at berikutnya, dan satu shalat ke shalat berikutnya menjadi penebus dosa di antara keduanya, selama dijauhi segala dosa besar.” (Hadits riwayat: Imam Ahmad, Muslim dan al-Baihaqi)
Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم bersabda mengenai bulan Ramadhan: “Bulan Ramadhan adalah bulan kesabaran, dan balasan kesabaran adalah syurga.” (Hadits riwayat: Ibnu Khuzaimah dan al-Baihaqi)
Sabda baginda صلى الله عليه وآله وسلم lagi: “Awalnya (bulan Ramadhan) adalah rahmat, tengahnya adalah ampunan, dan akhirnya adalah pembebasan.” (Hadits riwayat: Ibnu Khuzaimah dan al-Baihaqi)
Sesungguhnya Allah سبحانه وتعالى memperhatikan kaum Muslimin pada malam pertama dari bulan Ramadhan tersebut, dan siapa yang mendapat perhatian Allah سبحانه وتعالى nescaya ia tidak akan disiksaNya. Selanjutnya Dia mengampuni mereka pada akhir malam dari bulan Ramadhan.
Jibril عليه السلام berkata kepada Nabi صلى الله عليه وآله وسلم: “Siapa yang menemui bulan Ramadhan sedang ia tidak diampuni Allah Ta’ala nescaya ia akan dijauhkan dari rahmat Allah. Katakanlah amin!’ Maka Rasulullah saw. berkata: ‘Amin.” (Hadits riwayat: Ibnu Hibban, Tabrani, Hakim dan Baihaqi)
Hal itu disebabkan pada bulan Ramadhan begitu mudahnya mendapatkan sebab-sebab maghfirah dibandingkan bulan-bulan lainnya. Kerana itu tiada seorangpun yang diharamkan memperoleh ampunan pada bulan itu, melainkan ia terlalu banyak berpaling dari Allah سبحانه وتعالى dan sangat berat penentangannya. Oleh kerananya ia jauhkan dan diusir dari pintu Allah. Kita memohon perlindungan dan keselamatan dari kemurkaan Allah سبحانه وتعالى dan siksaNya serta segala bencanaNya.
Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم bersabda: “Siapa berpuasa Ramadahan dan berjaga malamnya dengan penuh iman dan ihtisab, nescaya diampuni segala dosanya yang telah lalu.” (Hadits riwayat: al-Bukhari, Muslim dan yang lainnya)
0 komen:
Catat Ulasan