Sunday, 22 November 2009

Berpegang kepada pendapat majoriti

Artikel ini telah dipaparkan pada 12 Feb 2008, kalau tak silap ambo. Maka ambo naikkan semula kerana ada kena-mengena dengan apa yang ambo tulih sebelum ni. Saudara-saudaraku, mai kita pakat perati tengok apa yang tersurat ini dan fahamilah apa yang tersirat.


Petikan dari Ruangan Bicara Agama – Utusan Malaysia
Bersama:MOHD. YUSOF ABAS

Berpegang kepada pendapat majoriti

SOALAN: Ada kawan saya yang mengatakan kita tidak boleh berpegang atau mengikut pendapat majoriti umat Islam hari ini kerana katanya suara ramai itu sesat dan bidaah. Adakah pendapat ini benar?
– Siti Norbaya binti Zakaria, Kuala Muda,Kedah.

JAWAPAN: Pendapat kawan anda itu kurang tepat, kerana banyak kekeliruan terdapat di dalamnya antara lain ianya bertentangan dengan al-Quran dan juga hadis Rasulullah صلى الله عليه وسلم. Dalam hal ini Allah berfirman yang bermaksud: Siapa yang menentang (ajaran) Rasulullah صلى الله عليه وسلم sesudah nyata kepadanya kebenaran petunjuk (yang dibawanya) dan ia pula mengikut jalan yang lain dari jalan orang-orang beriman Kami akan berikan kepadanya kuasa untuk melakukan (kesesatan) yang dipilihnya (dan pada hari akhirat kelak) Kami akan memasukkannya neraka jahanam dan itulah sejahat dan seburuk tempat kembali. (surah an-Nisa ayat 115).

Oleh itu kumpulan majoriti Islam adalah tetap kekal atas jalan petunjuk dari Tuhan mereka selaras dengan sabda Nabi صلى الله عليه وسلم yang bermaksud: Sentiasa umatku berada atas jalan petunjuk keredaan Tuhan tidak menjejaskan mereka oleh mereka (kumpulan yang menyalahi mereka) sedikitpun sehingga kiamat (riwayat Muslim). Adapun yang dimaksudkan dengan pendapat ramai itu ialah majoriti dari kalangan umat manusia di dunia ini seluruhnya sesuai dengan firman-Nya bermaksud: sekiranya kamu patuh kepada kebanyakan umat manusia di muka bumi ini mereka akan menyesatkan kamu dari jalan petunjuk-Nya. Dan Allah berfirman lagi bermaksud: tidak beriman kepada Allah سبحانه وتعالى oleh kebanyakan (manusia) melainkan mereka mempersekutukan-Nya (surah Yusof ayat 106). Sedangkan majoriti umat Islam serta majoriti ulama mereka itu dinamakan ijmak yang perlu dijadikan pegangan dan ikutan kita dari kalangan orang awam hari ini. Wallahualam.


Neraca Nabawi Bagi Mengetahui Kebenaran
Untuk Orang-orang Awam – Oleh Ustaz Raja Ahmad Mukhlis Raja Jamaludin al-Razi.


Pendahuluan:

Saban waktu dan masa, umat Islam sering dilanda perselisihan dan perpecahan, dalam pelbagai bidang. Namun, isu yang lebih penting ialah, berkenaan dengan perselisihan yang melibatkan perkara-perkara pokok seperti masalah aqidah dan sebagainya, kerana perselisihan dalam masalah-masalah furu' (cabang) tidak membawa kepada kesesatan.

Tidak dapat dinafikan bahawa, dalam kalangan umat Islam, sejak zaman salafus sholeh lagi, berlaku perselisihan sehingga melahirkan beberapa kelompok dan golongan yang tersesat daripada dasar aqidah Islam yang murni. Mereka terfitnah dek kecetakan ilmu mereka, dalam berinteraksi dengan nash-nash al-Qur'an dan as-Sunnah.

Sejarah menunjukkan tentang kelahiran golongan khawarij, muktazilah, syi'ah, jabbariyah, qadariyah, mujassimah dan sebagainya, yang mana kelompok tersebut sudah keluar daripada kefahaman aqidah Islam yang murni. Sebahagian daripada golongan tersebut sudah lenyap dan sebahagian golongan masih terus wujud dalam pelbagai nama dan imej yang berbeza, namun masih mewarisi kejumudan paradigma golongan-golongan yang sesat tersebut.

Walaubagaimanapun, Allah سبحانه وتعالى. menjanjikan kepada Rasulullah صلى الله عليه وسلم, bahawa, Dia akan menjaga umat Islam daripada kesesatan, dengan memelihara majoriti umat Islam daripada terjerumus ke dalam kesesatan, takkala munculnya golongan-golongan yang sesat dalam umat Islam tersebut.

Bahkan, para ulama' dari kalangan majoriti umat Islam inilah yang terus mempertahankan umat Islam daripada kesesatan golongan-golongan yang sesat, dengan menolak kesesatan mereka samada dengan hujah dan sebagainya. Hal ini sentiasa berlaku sehinggalah berlakunya hari Kiamat, di mana, Allah سبحانه وتعالى akan sentiasa memelihara majoriti umat Islam daripada kesesatan, yang mana, mereka (majoriti umat Islam) ini dipelihara oleh para ulama mereka sendiri, yang merupakan majoriti ulama' Islam.


Dalil daripada as-Sunnah tentang Perpecahan Umat Islam

Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda yang bermaksud:

"Sesungguhnya sebelum kamu, iaitu sebahagian daripada ahlul kitab telahpun berpecah kepada tujuh puluh dua golongan. Sesungguhnya, umat ini (umat Rasulullah صلى الله عليه وسلم) akan berpecah kepada tujuh puluh tiga golongan…" (Hadits riwayat Imam Ahmad dan Imam Abu Daud)

Sesungguhnya, terdapat lebih kurang sepuluh buah hadits yang menceritakan tentang perpecahan umat Rasulullah صلى الله عليه وسلم. kepada lebih tujuh puluh golongan. Peristiwa tentang perpecahan umat Rasulullah صلى الله عليه وسلم ini sememangnya sudahpun diramalkan oleh Rasulullah صلى الله عليه وسلم.

Namun, para ulama' berselisih pendapat tentang perpecahan tersebut. Kebanyakkan ulama' berpendapat bahawa, perpecahan itu berlaku dalam kalangan umat Islam itu sendiri (ummah ijabah). Sebahagian ulama' pula berpendapat bahawa, perpecahan tersebut berlaku antara umat Islam dengan orang-orang kafir yang lain, yang mana, kesemua mereka adalah umat Rasulullah صلى الله عليه وسلم dari sudut ummah dakwah (iaitu umat manusia yang menjadi sasaran dakwah Rasulullah صلى الله عليه وسلم).

Pendapat yang kuat dalam kalangan para ulama' adalah, pendapat yang mengatakan bahawa, perpecahan tersebut berlaku dalam kalangan umat Islam sendiri. Antara para ulama' yang berpegang dengan pendapat ini adalah: Imam Al-Asy'ari (maqalat al-Islamiyin), Imam Abu Mansur (al-Milal wa an-Nihal dan al-Farq bainal Firaq), Imam Abu al-Fath as-Syahrastani (al-Milal wa an-Nihal), Imam Ibn Hazm (al-Fashlu fi al-Milal), Imam Ibn Jauzi (Talbis Iblis), Imam asy-Sya'rani (al-Mizan al-Kubro) dan ramai lagi.

Hal ini berdasarkan hadits Nabi صلى الله عليه وسلم yang lain yang berbunyi: "…Sesungguhnya, orang yang hidup selepasku akan melihat perselisihan yang besar…" (Hadits Shahih). Hadits ini menceritakan perihal umat Islam yang berselisihan sesama mereka, kerana kalau yang dimaksudkan adalah perselisihan antara umat Islam dengan umat-umat dari agama yang lain, maka sejak zaman Baginda صلى الله عليه وسلم lagi, telah berlaku perselisihan antara mereka, sedangkan hadits ini mengisyaratkan tentang keadaan setelah kewafatan Baginda صلى الله عليه وسلم.

Bahkan, hadits setelah ini yang menjadi pokok perbincangan di sini, turut menjadi dalil yang menunjukkan tentang berlakunya perselisihan dalam umat Islam itu sendiri. Bahkan, realiti sendiri menunjukkan berlakunya perselisihan besar dalam masalah aqidah, dalam kalangan umat Islam, menerusi catatan sejarah sehinggalah realiti hari ini.

Umat Islam Tetap Terpelihara

Walaupun berlaku perselisihan dalam kalangan umat Islam, namun Allah سبحانه وتعالى tetap memelihara keutuhan umat Islam, dengan memberi jaminan, akan terus menjaga umat Islam daripada terjerumus ke dalam kesesatan secara menyeluruh.

Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda yang bermaksud: "Sesungguhnya umat aku (umat Islam) tidak akan berhimpun dalam kesesatan. Jika kamu melihat perselisihan (dalam kalangan mereka), maka hendaklah kamu mengikuti sawadul a'zhom (majoriti umat Islam). Sesungguhnya, sesiapa yang terasing, maka dia akan terasing dalam neraka" (Hadits riwayat Ibn Majah)

Daripada Ibn Umar رضي الله عنهما, bahawa Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda lagi:"Sesungguhnya Allah سبحانه وتعالى tidak akan menghimpunkan umat ini (umat Islam) dalam kesesatan selama-lamanya. Yadd (tangan: bantuan) Allah itu bersama-sama jama'ah. Maka, hendaklah kamu mengikuti sawadhul a'zhom (majoriti umat Islam)" (Hadits riwayat al-Hakim daripada jalan ad-Dhiya' al-Maqdisi)

Dalam dua hadits tersebut menjelaskan beberapa nota penting iaitu:

Pertama: Rasulullah صلى الله عليه وسلم memberitahu kita bahawa, akan berlaku perpecahan dalam kalangan umat Islam. Perpecahan yang dimaksudkan ini, pasti berkaitan dengan masalah aqidah kerana perselisihan dalam masalah furu' (cabang) seperti perbezaan mazhab dalam fiqh, tidak membawa kepada perpecahan.

Kedua: Apabila berlaku perpecahan, maka setiap muslim hendaklah bersama dengan "sawadhul a'zhom" (majoriti umat Islam), yang turut dinamakan oleh Rasulullah صلى الله عليه وسلم sebagai jamaah.

Ketiga: Jelaslah bahawasanya, majoriti umat Islam inilah yang benar, kerana mereka tidak akan berhimpun dalam kesesatan. Manakala, golongan yag tersesat atau tersalah dalam masalah aqidah, dari kalangan umat Islam hanyalah golongan minoriti sahaja. Kerana itulah, Rasulullah صلى الله عليه وسلم menganjurkan umat Islam mengikut majoriti umat Islam (sawadhul a'zhom) ketika berlaku perselisihan dan perpecahan dalam umat Islam.

Keempat: Allah سبحانه وتعالى sentiasa membantu golongan majoriti umat Islam ini, dalam menangkis kesesatan yang cuba dibawa masuk oleh golongan-golongan yang tersesat (syaz: terasing atau terpinggir) daripada aqidah sebenar Islam.


Perintah Agar Menyertai Majoriti Umat Islam (Sawadhul A'zhom) atau Jamaah

Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda yang bermaksud: "…Hendaklah kamu menyertai jamaah (majoriti umat Islam) dan janganlah kamu berpecah (mengikut golongan yang tersesat)…Sesiapa yang mahu menghuni taman syurga, maka hendaklah dia mengikut jamaah" (Hadits riwayat Ahmad, at-Tirmidhi, dan al-Hakim).

Telah berkata Rasulullah صلى الله عليه وسلم yang bermaksud:"…Dan sesungguhnya pada jamaah itu ada rahmat, dan pada perpecahan itu ada azab." Maka berkatalah Abu Umamah al-Bahili: "Hendaklah kamu bersama dengan sawadhul a'zhom"…(Hadits riwayat Imam Ahmad, al-Bazzar dan ath-Thabrani).

Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda lagi yang bermaksud:"…Aku tidak menyembunyikan sesuatupun (daripada kebenaran). Hendaklah kamu semua bertaqwa dan bersama-sama dengan jamaah. Janganlah kamu berpecah (mengikut golongan yang terkeluar daripada jamaah). Sesungguhnya (dengan keluar dari jamaah) itulah kesesatan. Sesungguhnya Allah سبحانه وتعالى tidak akan menghimpun umat Muhammad dalam kesesatan" (Hadits riwayat ath-Thabrani)

Antara pengajaran-pengajarannya:

Pertama: Hendaklah setiap individu muslim, bersama-sama dengan jamaah (kumpulan orang-orang Islam). Ia merupakan suatu seruan daripada Rasulullah صلى الله عليه وسلم sendiri.

Kedua: Jamaah (kumpulan orang-orang Islam) ini adalah sawadhul a'zhom (majoriti umat Islam) seperti yang dimaksudkan oleh Abu Umamah dalam hadits kedua tersebut. Maksudnya, apabila berlaku perselisihan dan perpecahan dalam umat Islam, maka sawadhul a'zhom (majoriti umat Islam)-lah yang merupakan jamaah Islam (kumpulan umat Islam) yang dimaksudkan oleh Rasulullah صلى الله عليه وسلم.

Ketiga: Sesungguhnya, dengan bersikap menyalahi majorit umat Islam khususnya berkenaan dengan kefahaman-kefahaman dalam aqidah Islam, pada hakikatnya, merupakan suatu kesesatan yang nyata.

Ancaman Bagi Mereka Yang Menyertai Kesesatan Golongan Yang Menyalahi Sawadhul A'zhom

Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda yang bermaksud:"Sesungguhnya umat aku (umat Islam) tidak akan berhimpun dalam kesesatan. Jika kamu melihat perselisihan (dalam kalangan mereka), maka hendaklah kamu mengikuti sawadul a'zhom (majoriti umat Islam). Sesungguhnya, sesiapa yang terasing, maka dia akan terasing dalam neraka" (Hadits riwayat Ibn Majah)

Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda lagi yang bermaksud:"…Barangsiapa yang keluar daripada jamaah walaupun sejengkal, maka dia sudahpun memenggalkan agama Islam..." (Hadits riwayat Imam Ahmad)

Dalam hadits-hadits ini, Rasululullah صلى الله عليه وسلم melarang setiap individu muslim daripada keluar daripada kelompok umat Islam, dengan menyalahi aqidah kelompok umat Islam.

Bahkan, Rasulullah صلى الله عليه وسلم juga menegaskan bahawa, orang yang bercanggah dengan jamaah atau menyalahi majoriti umat Islam (sawadhul a'zhom) dalam masalah usul (pokok iaitu masalah aqidah), maka dia dianggap sebagai syaz, iaitu: orang yang terasing ataupun terpinggir daripada kelompok umat Islam.

Adapun orang yang terpinggir (syaz) ataupun kelompok-kelompok yang terpinggir (syawaz kata ramai bagi syaz) yang bercanggah dengan kefahaman murni aqidah sawadhul a'zhom (majoriti umat Islam), akan terpinggir ke dalam neraka juga, na'uzubillah.

Rasulullah صلى الله عليه وسلم juga memberi ancaman keras kepada mereka yang keluar daripada jamaah ataupun keluar daripada manhaj sawadhul a'zhom dalam masalah aqidah terutamanya, dengan memanggil orang yang keluar tersebut sebagai orang yang memenggal agama Islam itu sendiri. Hal ini menunjukkan, betapa beratnya fitnah yang dibawa oleh seseorang itu keluar daripada kelompok sawadhul a'zhom (majoriti umat Islam) kepada agama Islam itu sendiri.


Siapakah Jamaah, Sawadhul A'zhom dan Syaz itu?

Di awal zaman Rasulullah صلى الله عليه وسلم, jamaah atau jemaah umat Islam itu jelas, iaitu orang-orang yang memeluk Islam dan berjuang bersama Rasulullah صلى الله عليه وسلم. Namun, setelah kemuncak kecemerlangan Islam di zaman Rasulullah صلى الله عليه وسلم, terbit musuh-musuh Islam dari dalam, samada golongan munafiq mahupun golongan yang mendakwa sebagai nabi-nabi palsu seperti Musailamah al-Kazzab.

Walaubagaimanapun, Rasulullah صلى الله عليه وسلم dan umat Islam berjaya mematahkan musuh-musuh Islam tersebut. Namun, golongan munafiq masih bersembunyi di tengah-tengah umat Islam.

Setelah kewafatan Rasulullah صلى الله عليه وسلم, umat Islam semakin berkembang. Dalam perkembangan yang sama, timbul bibit-bibit awal yang membawa kepada perpecahan dalam umat Islam. Perselisihan dalam umat Islam mula terasa bahangnya pada zaman Saidina Uthman رضي الله عنه dan semakin memuncak pada zaman Saidina Ali كرم الله وجهه

Namun, pada permulaannya, perselisihan hanya berlaku di sekitar aspek politik, yang tidak melibatkan masalah aqidah. Sehinggalah kemuncak kegemilangan para tabi'in, muncul golongan-golongan yang tersalah dalam memahami nash-nash al-Qur'an dan as-Sunnah, sehingga membentuk beberapa golongan bid'ah dalam masalah aqidah iaitu golongan Muktazilah, Jabbariyah, Qadariyah, Mujassimah, Syi'ah dan sebagainya. Mereka inilah golongan-golongan yang terpinggir (syaz) daripada kelompok umat Islam (majoriti umat Islam).

Namun, Allah سبحانه وتعالى masih memelihara umat Islam dengan menyelamatkan aqidah majoriti umat Islam (sawadhul a'zhom), dengan peranan yang dimainkan oleh majoriti ulama' Islam (golongan al-Asya'irah dan al-Maturidiyah), dalam membenteras fahaman-fahaman sesat golongan-golongan tersebut.

Para ulama' majoriti umat Islam dari kalangan al-Asya'irah dan al-Maturidiyah inilah yang akhirnya berjuang atas nama, ahlus sunnah wal jamaah, kerana mereka mewakili majoriti umat Islam itu sendiri, yang berdiri di atas kebenaran, sesuai dengan jaminan Rasulullah صلى الله عليه وسلم. [Tersebut didalam kitab Ithaf as-Saadah al-Muttaqin bi Syarhi Ihya` ‘Ulumiddin oleh Sayyid Murthada az-Zabidi:
إذا أطلق أهل السنة فالمراد بهم الأشاعرة و الماتريدية

Maksudnya: Apabila diithlaqkan ahlus sunnah wal jamaah maka yang dimaksudkan adalah al-Asya’irah dan al-Maturidiah]


Para ulama' ahlus sunnah wal jamaah menentang fahaman muktazilah yang terlalu bebas dalam menggunakan akal sehingga mencemari kesucian wahyu, dan turut menentang fahaman mujassimah dan musyabbihah yang terlalu jumud dalam berinteraksi dengan nash-nash mutasyabihat (kesamaran maknanya) sehingga mencemarkan keagungan sifat-sifat Allah سبحانه وتعالى, takkala mereka menyamakan Allah سبحانه وتعالى dengan makhluk atau mereka menjisimkan Allah سبحانه وتعالى.

Para ulama ahlus sunnah wal jamaah turut menentang fahaman-fahaman lain seperti fahaman syi'ah, jabbariah, qadariyah dan sebagainya yang tidak jauh berbeza dengan golongan-golongan syaz yang lain.

Sebahagian daripada golongan-golongan terpinggir (syaz) tersebut berjaya dihapuskan namun sebahagian golongan yang lain, terus bersembunyi dan menyebarkan fahaman mereka secara tersembunyi, memang bagaikan kelompok yang terasing seperti yang dimaksudkan oleh Rasulullah صلى الله عليه وسلم.

Sebahagian fahaman muktazilah menyelinap masuk ke dalam sebahagian ahli-ahli falsafah Islam sehingga memaksa ulama' ahlus sunnah wal jamaah membasmi fahaman mereka, seperti yang dilakukan oleh Imam Al-Ghazali رحمه الله..

Bahkan, setelah itu, fahaman golongan mujassimah dan musyabbihah mula diketengahkan semula dalam masyarakat Islam, atas nama yang berbeza yang lebih dikenali dengan golongan hasyawiyah. Ulama'-ulama' Islam ahlus sunnah wal jamaah yang mewakili golongan sawadhul a'zhom (majoriti umat Islam) turut bertungkus-lumus membendung fahaman ini.

Kekeliruan yang Mengelirukan

Namun, setelah itu, muncul seorang pendakwah yang bernama Sheikh Ibn Taimiyah, yang secara tidak langsung, cuba mempelopori semula fahaman hasyawiyah dan mujassimah ini dalam bentuk yang lebih berhati-hati dan teliti. Beliau membuka semula kaedah-kaedah untuk menjisimkan Allah سبحانه وتعالى. melalui nash-nash mutasyabihat (kesamaran maknanya) daripada Al-Qur'an dan As-Sunnah.

Antara kaedah-kaedah tersebut adalah, beliau menetapkan makna zahir bagi nash-nash mutasyabihat yang membawa kepada makna kejisiman Allah سبحانه وتعالى, sedangkan para salafus sholeh tidak pernah menetapkan sebarang makna bagi nash-nash mutasyabihat tersebut.

Beliau juga menolak konsep ta'wil dan kiasan bagi nash-nash mutasyabihat lalu menuduh golongan majoriti ulama' Islam sebagai golongan yang menafikan sifat Allah سبحانه وتعالى, padahal tidak sedemikian.

Bahkan, bukan setakat itu sahaja, beliau malah, menyandarkan fahamannya kepada salafus sholeh, dek kerana salah mentafsirkan sebahagian daripada kata-kata para ulama' salaf, padahal para ulama' salafus sholeh berlepas tangan darpada fahaman neo-mujassimah beliau.

Beliau turut menolak para ulama' ahlus sunnah wal jamaah seperti Hujjatul Islam Imam Al-Ghazali yang diterima oleh majoriti ulama' Islam dan majoriti umat Islam, dan Imam Ar-Razi kerana mereka menolak tajsim bagi Allah سبحانه وتعالى. Ibn Taimiyah dalam banyak karangan beliau seperti dalam buku-buku At-Ta'sis, Risalah Tadmuriyah, Al-Arasy' dan Fatawa beliau, di mana beliau cuba menetapkan kejisiman bagi Allah سبحانه وتعالى secara tidak langsung. Bahkan, beliau turut mengkritik para ulama' Al-Asya'irah yang mewakili majoriti ulama Islam dan majoriti umat Islam, sejak 400 tahun sebelum kemunculan beliau, (yang dijamin kebenaran mereka oleh Rasulullah صلى الله عليه وسلم sendiri, berdasarkan hadits "tidak berhimpun umat atas kesesatan…").

Namun, beliau ditentang hebat oleh para ulama' ahlus sunnah wal jamaah, dari kalangan al-Asya'irah khususnya, kerana cuba menghidupkan fahaman mujassimah semula, secara tidak langsung.

Setelah itu, sepertimana kebiasaan bagi golongan syaz (terpinggir), fahaman Ibn Taimiyah dan beberapa anak muridnya lenyap seketika ditelan zaman. Golongan al-Hasyawiyah kembali bersembunyi di sebalik golongan athariyah atau para ahli hadits. Namun, golongan athariyah (ahli hadits) ini berbeza dengan muhaddithiin (ulama' hadits) dari kalangan ahlus sunnah wal jamaah.

Sehinggalah, setelah kemunculah seorang pemuda yang ghairah menghukum, iaitu Muhammad bin Abdul Wahab, beliau cuba menghidupkan semula fahaman Ibn Taimiyah dan turut mengkritik sawadhul a'zhom (majoriti umat Islam) dan menuduh majoriti ulama' Islam iaitu al-Asya'irah sebagai golongan yang tidak mengikut aqidah salafus sholeh. Beliau cuba memutarbelitkan fakta bagi menipu masyarakat awam Islam, terhadap aqidah salafus sholeh.

Sekali lagi, golongan ahlus sunnah wal jamaah bangkit untuk menangkis fahaman neo-mujassimah yang cuba diketengahkan oleh kebanyakan para pengikut Muhammad bin Abdul Wahab [atau lebih dikenali dengan golongan Wahabi].

Para pengikut Muhammad bin Abdul Wahab mula menyusun dan mengetengahkan semula kaedah-kaedah yang membawa kepada kejisiman Allah سبحانه وتعالى ketika berinteraksi dengan nash-nash mutasyabihat, yang pernah diketengahkan oleh Sheikh Ibn Taimiyah suatu ketika dahulu.

Antara kaedah-kaedah tersebut adalah, menetapkan makna zahir bagi nash-nash mutasyabihat, menolak ta'wil bagi nash-nash mutasyabihat, menetapkan tempat bagi Allah سبحانه وتعالى dan sebagainya, yang mana mereka membuka pintu kesesatan yang lebih besar, daripada pintu yang dibuka oleh Sheikh Ibn Taimiyah.

Malangnya, mereka berdusta ke atas para salafus sholeh, dengan menisbahkan fahaman tajsim (menjisimkan Allah سبحانه وتعالى) mereka kepada para salafus sholeh, sedangkan para salafus sholeh tidak sedemikian kefahaman mereka.

Lebih malang lagi, sebahagian orang-orang awam yang tidak pandai dalam kaedah bahasa Arab, mula terpengaruh dengan fahaman golongan mujassimah moden ini, sehingga sanggup menetapkan kejisiman bagi Allah سبحانه وتعالى, sanggup menetapkan tempat bagi Allah سبحانه وتعالى, sedangkan aqidah sawadhul a'zhom yang dijamin kebenaran mereka oleh Rasulullah صلى الله عليه وسلم itu sendiri, menafikan jisim dan tempat bagi Allah سبحانه وتعالى. Bahkan, aqidah sawadhul a'zhom tidak menetapkan makna-makna zahir nash-nash mutasyabihat tersebut.

Kembalilah Kepada Salafus Sholeh, Neracanya Adalah Sawadhul A'zhom.

Wahai orang-orang awam. Janganlah tertipu dengan sesetengah golongan yang menyeru kepada manhaj salafi, padahal mereka bercanggah dengan sawadhul a'zhom (majoriti umat Islam). Janganlah tertipu dengan olahan dan kefahaman salah mereka terhadap perkataan-perkataan salafus sholeh dan janganlah turut mengikut bid'ah mereka dalam masalah aqidah takkala mereka tersalah dalam memahami nash-nash al-Qur'an terutamanya nash-nash mutasyabihat.

Jauhilah golongan yang terpinggir daripada majoriti umat Islam ini, yang berfahaman tajsim, atas nama salafi padahal salafus sholeh berlepas tangan daripada fahaman mereka. Ukurannya adalah majoriti umat Islam itu sendiri. Sejak sebelum kemunculan Sheikh Ibn Taimiyah dan Muhammad bin Abdul Wahab, sehingga hari ini, sawadhul a'zhom (majoriti umat Islam) adalah golongan ahlus sunnah wal jamaah yang terdiri daripada golongan al-Asya'irah dan al-Maturidiyah dalam masalah aqidah, dan terdiri daripada golongan yang bermazhab Imam Hanafi, Imam Maliki, Imam asy-Syafi'e dan Imam Ahmad bin Hanbal dalam masalah fiqh.

Sesungguhnya, aqidah sawadhul a'zhom (majoriti umat Islam) iaitu golongan al-Asya'irah dan al-Maturidiyah yang menolak kejisiman Allah سبحانه وتعالى, yang menolak tempat bagi Allah سبحانه وتعالى dan sebagainya, merupakan aqidah yang dijamin oleh Rasulullah صلى الله عليه وسلم. Ini janji Rasulullah صلى الله عليه وسلم. Mustahil golongan al-Asya'irah tersesat sedangkan merekalah golongan majoriti umat Islam, sejak sebelum kelahiran Ibn Taimiyah dan Ibn Abdul Wahab lagi.

Nashihat Kepada Golongan Yang Terpinggir (Keluar dari Sawadhul A'zhom)

Janganlah ingkar dengan saranan Rasulullah صلى الله عليه وسلم agar kembali kepada sawadhul a'zhom (majoriti umat Islam). Kembalilah kepada aqidah sawadhul a'zhom dari kalangan salafus sholeh, al-Asya'irah dan al-Maturidiyah. Janganlah kalian keluar daripada kelompok ini, kerana sesiapa yang terpinggir, maka dia akan terpinggir ke dalam neraka, na'uzubillah.

Janganlah bersikap sombong dengan terus membid'ahkan amalan-amalan yang diamalkan oleh sawadhul a'zhom (majoriti umat Islam) seperti amalan menyambut maulid Nabi صلى الله عليه وسلم, amalan berzikir secara berjemaah, bertawassul kepada orang mati dan sebagainya, apatah lagi, ianya masalah yang khilafiyah bahkan diamalkan oleh kebanyakkan umat Islam. Sesungguhnya, umat Islam tidak akan berhimpun dalam kesesatan. Orang yang perasan bahawa majoriti umat Islam telah tersesat ataupun telah melakukan bid'ah, sebenarnya dialah yang telahpun sesat kerana tidak meyakini hadits-hadits Nabi صلى الله عليه وسلم dalam bab ini.

Bertaubatlah kepada Allah سبحانه وتعالى, kerana sesungguhnya Allah سبحانه وتعالى itu Maha Pengampun. Kembalilah ke pangkal jalan, kerana sesungguhnya jalan kebenaran masih terbentang luas, selagi nafas masih di rongga. Rasulullah صلى الله عليه وسلم seorang yang amanah lagi jujur. Jaminan kebenaran bersama dengan sawadhul a'zhom, sesuai dengan janji Baginda صلى الله عليه وسلم. Sesungguhnya, mati dalam bersama dengan sawadhul a'zhom itu suatu ketenangan kerana bersama dengan janji kebenaran daripada Rasulullah صلى الله عليه وسلم. Adapun hidup walau dengan bergunung emas sekalipun, tidak akan memberi ketenangan jika memusuhi dan keluar daripada sawadhul a'zhom (majoriti umat Islam).

Wallahu a'lam…

Raja Ahmad Mukhlis bin Raja Jamaludin ar-Razi
14 Disember 2007


Tuesday, 10 November 2009

Pasai Apa Kita Tolak Fahaman Wahabi - 6

Antaranya lagi pasai apa kita tolak Wahhabi ...... pasai depa dok tohmah bahawa pengikut ahlussunnah wal jamaah yang bermazhab Asya’irah dan Maturidiyah menyeleweng dan terkeluaq dari ahlussunnah wal jama'ah.

Wahai saudara-saudaraku, mai kita pakat perati tengok apa depa kata, antaranya:

(a) Namun, setelah munculnya aliran pemikiran yang menyeleweng dalam kalangan kaum muslimin seperti al-Jahmiah, al-Muktazilah, al-Kullabiah, al-Asya'irah, dan al-Maturidiah yang kesemua mereka ini berkiblat kepada hawa nafsu dalam memahami nas-nas al-Quran dan al-Hadis umat Islam telah terpecah kepada beberapa golongan dalam masalah Sifat-sifat Allah Taala. – Oleh Muhammad Asri bin Sobri [dia ni pernah bekerja di Jabatan Mufti Perlis. Dan dia nilah yang pernah kata waktu kuliah Maghrib, di Masjid Alwi Kangar, pada tanggai 17/8/2009 ... amalan bertahlil di dalam masjid adalah bida'ah dan ma'siat, dosanya lebih besaq daripada dosa berzina dalam masjid]. Petikan diperolehi dari al-Qayyim.net

(b) Antaranya lagi, ambo depa tohmah ulama kita dengan mengatakan bahwa aqidah Imam Ibn Hajar, Imam an-Nawawi, Imam al-Ghazali dan para ulama ‘Asya’irah terkeluar dari aqidah ahlus sunnah wal jamaah

Dr Syaikh Muhammad Khalil Harras (Pemimpin Anshar as-Sunnah, Mesir), dalam kitabnya Dakwatut Tauhid, Cetakan Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah, Beirut, Lubnan, tanpa tarikh, mengatakan: Dan makruf, sesiapa yang terlibat dengan mentakwilkan nash-nash mutasyabihat dari golongan ‘Asya’irah seperti Ibn Fawrouk sebagaimana (terdapat) di dalam kitabnya al-Takwilaat” kemudian diikuti selepas itu (oleh) ulama mutaakhir al-‘Asya’irah seperti Imam al-Haramain, al-Ghazali, al-Razi, al-Hulaimi al-Aamidi, Ibn A’qil, Ibn Jauzi dan lain-lain. Dan sesungguhnya telah sesat dalam bab ini (mentakwil). Kebanyakkan ulama' ‘Asya’irah yang mana mereka mempunyai ilmu yang mendalam, ahli ‘ibadah dan menghafaz as-Sunnah seperti Imam an-Nawawi, Izzuddin Abdussalam dan selain dari keduanya”

Di dalam kitab Min Masyahir al-Mujaddidin Fi al-Islam: Shaikh al-Islam Ibn Taimiyyah dan Shaykh al-Islam Muhammad bin Abd al-Wahhab, Dr. Sholeh bin Fauzan bin Abdullah al-Fauzan, 1408H, Cetakan: Riasah al-Ammah al-Idarat al-Buhuth al-Alamiyyah Wa al-Ifta' Wa al-Dakwah Wa al-Irsyad, Riyadh, Arab Saudi, Perenggan Ke-5: menyebut: Golongan al-Asya’irah dan al-Maturidiyyah bertentangan dengan (metodologi) para shahabat, al-Tabi’in dan Imam Mazhab Empat dalam kebanyakkan masalah i’tiqad (‘aqidah) dan usul agama. Lantaran itu mereka tidak berhak (tidak layak) untuk di gelar Ahli Sunnah Wal Jamaah. Mereka (‘Asya’irah dan al-Maturidiyyah) bukan sekadar bertentangan dengan Syeikh al-Islam [Ibn Taimiyyah] sahaja. Tetapi mereka turut menyalahi umat Islam dan para ulama’ yang berjalan (berpegang) kepada metodologi al-Salaf.”

Al-Hafidz Ibn Hajar al-Asqolani seorang ulama hadits yang sangat terkenal dikatakan beraqidah menyeleweng sehinggakan ulama Saudi mengeluarkan sebuah kitab bertajuk ‘تنبيه على المخالفات العقدية في الفتح الباري’ – Peringatan Atas Penyelewengan-penyelewengan ‘Aqidah Di dalam Kitab al-Fath al-Baari. Kitab ini diberi taqridh oleh ulama-ulama besar Saudi seperti 'Abdul 'Aziz bin Baz, Sholeh Fauzan, 'Abdullah bin 'Uqail dan 'Abdullah bin Manii'q

Syaikh Abdullah Sa'diy al-Ghamidiy al-Abdaliy juga menulis satu kitab berjudul al-Aktha' al-Asasiyyah fi al-Aqidah Wa Tauhid al-Uluhiyyah Min Kitab Fath al-Baari Ta'lif Ahmad bin Hajar al-Asqalani (Kesalahan Asas Tentang Aqidah dan Tauhid Uluhiyyah dari Kitab Fath al-Baari karangan Ibn Hajar al-Asqalaniy).


Di dalam kitab Liqa' Bab al-Maftuh Ma’aa Fadhilah asy-Syaikh Muhammad Sholeh al-Uthaimin, yang diselia Dr. Abdullah bin Muhammad bin Ahmad al-Thayyar, Cetakan Dar al-Wathan, Riyadh, halaman 42 - 43:

Soalan penanya: Sebagaimana kita menjadikan an-Nawawi dan Ibn Hajar al-Asqalani kedua-duanya bukan dari ahlussunnah wal jamaah?

Jawapan : Berdasarkan kepada apa yang dimazhabkan (diputuskan) pendapat mereka di dalam isu-isu perbahasan Nama-nama dan Sifat-Sifat Allah, kedua-dua mereka bukan dari Ahli Sunnah Wal Jamaah.

Soalan susulan : Secara mutlak, mereka bukan dari ahlussunnah wal jama'ah?

Jawapan : Kita tidak menjadikannya secara mutlak. Saya beritahu anda bahawa barangsiapa yang menyanggahi golongan al-Salaf dalam memahami Sifat Allah tidak diberi gelaran mutlak bahawa ia bukan dari ahlussunnah wal jama'ah. Bahkan ditaqyidkan .... hingga bila dikatakan dia (seseorang itu) ahlussunnah wal jama'ah (mungkin) dari sudut feqhiyyah contohnya. Adapun jika tareqat (metodologinya) itu bid'ah..ia bukan dari ahlussunnah wal jamaah." Syaikh Sholeh Utsaimin bahwa Imam Nawawi dan Imam Ibn Hajar al-Asqolani terkeluar dari ahlus sunnah wal jamaah.

Itulah sebahagian tuduhan mereka kepada pengikut Ahlussunnah Wal Jama'ah yang mengikuti mazhab Asya'irah dan Maturidiyah.

Laani mai kita pakat perati pula apa kata ulama kita mengenai masalah ini. Perati haluih-haluih dengan aqal dan hati yang sejahtera.

Ambo petik dari entri ambo terdahulu kita perati tengok apa kata ulama kita, iaitu Abuya Sayyid Muhammad bin 'Alawi al-Maliki al-Hasani dalam menjawab tuduhan depa.

Haqiqat Asya’irah

Ramai kaum muslimin jahil (tidak mengetahui) mengenai madzhab al-‘Asya’irah (kelompok ulama pengikut madzhab Imam Abul Hasan al-Asy’ari) dan tidak mengetahui siapakah mereka, dan metode mereka dalam bidang aqidah. Lantaran dari itu, sebahagian dari mereka, tidak berhati-hati, melemparkan tuduhan bahawa golongan Asya’irah sesat atau telah keluar dari Islam dan mulhid (menyimpang dari kebenaran) di dalam memahami sifat-sifat Allah

Kejahilan terhadap madzhab al-Asya’irah ini adalah faktor retaknya kesatuan golongan Ahl as-Sunnah dan terpecah-pecahnya kesatuan mereka, sehingga sebahagian golongan yang jahil memasukkan al-Asya’irah dalam kelompok golongan yang sesat . Saya tidak tahu, mengapa golongan yang beriman dan golongan yang sesat disamakan? Dan bagaimana golongan Ahl as-Sunnah dan golongan ekstrim mu’tazilah (Jahmiyyah) disamakan?

أَفَنَجْعَلُ ٱلْمُسْلِمِينَ كَٱلْمُجْرِمِينَ - مَا لَكُمْ كَيْفَ تَحْكُمُونَ

Patutkah Kami (berlaku tidak adil, dengan) menjadikan orang-orang Islam (yang taat), sama seperti orang-orang yang berdosa (yang kufur ingkar)? Apa sudah jadi kepada akal kamu? Bagaimana kamu menetapkan hukum (yang terang-terang salahnya itu)? (Surah al-Qalam: 35 – 36)

Al-Asya’irah adalah para pemimpin ulama yang membawa petunjuk dari kalangan ulama muslimin yang ilmu mereka memenuhi bahagian timur dan barat dunia dan disepakati oleh manusia sepakat atas keutamaan, keilmuan dan keagamaan mereka. Mereka adalah tokoh-tokoh besar ulama Ahl as-Sunnah berwibawa tinggi yang berdiri teguh menentang kepongahan dan kesombongan golongan mu’tazilah.

Dalam mengupas tentang golongan al-Asya’irah, Ibn Taimiyyah berkata:

والعلماء أنصار علوم الدين والأشاعرة أنصار أصول الدين – الفتاوى الجزء الرابع

Artinya: “Para ulama adalah pembela ilmu agama dan al-Asya’irah pembela dasar-dasar agama (ushuluddin) - (al-Fataawaa, juzu’ 4)

[ambo tambah sesenduk: tuuuu dia .... imam panutan Wahabi sendiri pun puji ulama Asya'irah, lagu mana hampa boleh dok tohmah pulak????? 'Ajib!'Ajib ... ]

Sesungguhnya mereka (penganut madzhab al-Asya’irah) terdiri dari tokoh-tokoh hadits, fiqih dan tafsir dari kalangan tokoh imam yang utama (yang menjadi panutan dan sandaran para ulama lain) seperti:
  • Syaikhul Islam Ahmad ibn Hajar al-‘Asqalani رحمه الله, tokoh hadits yang tidak dipertikaikan lagi sebagai gurunya para ahli hadits, penyusun kitab Fathul Baari ‘ala Syarhil Bukhaari. Bermazhab Asya’irah. Karyanya sentiasa menjadi rujukan para ulama’.
  • Syaikhul Ulama Ahl as-Sunnah, al-Imam an-Nawaawi رحمه الله, penyusun Syarh Shahih Muslim, dan penyusun banyak kitab yang masyhur. Beliau bermazhab Asya’irah.
  • Syaikhul Mufassirin al-Imam al-Qurthubi رحمه الله penyusun tafsir al-Jaami’ li Ahkaamil Qur’an. Beliau bermazhab Asya’irah.
  • Syaikhul Islam Ibnu Hajar al-Haithami رحمه الله, penyusun kitab az-Zawaajir ‘an al-Iqtiraaf al-Kabaa’ir. Beliau bermazhab Asya’irah.
  • Syaikhul Fiqh wal Hadits al-Imam al-Hujjah wa ats-Tsabat Zakaaria al-Anshari رحمه الله Beliau bermazhab Asya’irah.
  • Al-Imam Abu Bakar al-Baaqilani رحمه الله
  • Al-Imam al-Qashthalani رحمه الله
  • Al-Imam an-Nasafi رحمه الله
  • Al-Imam asy-Syarbini رحمه الله
  • Abu Hayyan an-Nahwi رحمه الله, penyusun tafsir al-Bahr al-Muhith.
  • Al-Imam Ibn Juza رحمه الله, penyusun at-Tashil fi ‘Uluumittanziil.
  • Dan lain-lain lagi, kesemuanya merupakan tokoh-tokoh ‘Asya’irah.
Seandainya kita menghitung jumlah ulama besar dari ahli hadits, tafsir dan fiqh yang bermazhab al-Asya’irah, maka keadaan tidak akan memungkinkan dan kita memerlukan beberapa jilid buku untuk merangkai nama para ulama besar yang ilmu mereka memenuhi wilayah timur dan barat bumi. Adalah salah satu kewajiban kita untuk berterimakasih kepada orang-orang yang telah berjasa dan mengakui keutamaan orang-orang yang berilmu dan memiliki kelebihan yakni para tokoh ulama, yang telah menabur khidmat mereka kepada syari’at Penghulu Para Rasul, Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم.

Dimanakah lagi kebaikan yang kita harapkan sekiranya kita melemparkan tuduhan menyimpang daripada kebenaran dan sesat kepada para ulama besar kita dan para salafus sholeh? Bagaimana Allah akan membukakan mata hati kita untuk mengambil manfaat dari ilmu-ilmu mereka setelah kita beri’tiqad bahwa mereka berada dalam keraguan dan menyimpang dari jalan Islam?.

Sungguh saya ingin mengatakan: “Adakah terdapat ulama masakini daripada kalangan doktor [penyandang ijazah PhD] dan cerdik pandai, mampu melakukan sepertimana yang dilakukan oleh Ibnu Hajar al-‘Asqalani dan al-Imam an-Nawawi رحمهماالله dalam berkhidmat terhadap sunnah Rasulullah صلى الله عليه وسلم yang suci? Adakah kita mampu untuk memberi khidmat terhadap sunnah Nabi صلى الله عليه وسلم sebagaimana yang dilakukan oleh kedua-dua ulama besar ini? Semoga Allah mengurniakan kepada mereka rahmat dan keredhaanNya. Lalu bagaimana kita boleh menuduh sebagai sesat mereka berdua[1] dan para ulama al-Asya’irah yang lain, padahal kita memerlukan ilmu-ilmu mereka?

Dan bagaimana kita boleh mengambil ilmu dari mereka jika mereka didalam kesesatan? Padahal al-Imam Ibnu Sirin رحمه الله pernah berkata:

إن هذا العلم دين فانظروا عمن تأخذون دينكم

Artinya: Sesungguhnya ilmu ini adalah agama, maka perhatikan daripada siapa kalian mengambil agama kalian.

Apakah tidak cukup bagi orang yang tidak sependapat dengan para imam di atas, untuk mengatakan, “Mereka rahimahullah telah berijtihad dan mereka salah dalam menafsirkan sifat-sifat Allah. Maka yang lebih baik adalah tidak mengikuti metode mereka.” Sebagai ganti dari ungkapan kita menuduh mereka telah menyimpang dan sesat lalu kita marah atas orang yang mengkategorikan mereka sebagai ahlussunnah.

Dan seandainya al-Imam an-Nawawi, al-‘Asqalani, al-Qurthubi, al-Fakhrurrazi, al-Haithami dan Zakaria al-Anshari dan ulama berwibawa yang lain tidak dikategorikan sebagai Ahlussunnah Wal Jama’ah, lalu siapakah mereka yang termasuk Ahlussunnah Wal Jama’ah?.

Sungguh, dengan tulus kami mengajak semua pendakwah dan mereka yang bergiat di medan dakwah Islam agar bertaqwa kepada Allah dalam urusan ummat Muhammad صلى الله عليه وسلم, khususnya terhadap tokoh-tokoh ulama dan para fuqaha’nya. Kerana, ummat Muhammad صلى الله عليه وسلم sentiasa berada dalam kebaikan hingga hari kiamat. Dan tidak ada kebaikan bagi kita jika tidak mengakui kedudukan dan keutamaan para ulama kita sendiri.

Jawapan seteruihnya ...Dipetik dari kitab al-Bid'ah fi al-Mafhum al-Islami ad-Daqiiq karangan Dr. Abdul Malik bin Abdurrahman as-Sa'di

Soalan: Terdapat golongan yang mendakwa “berilmu tentang al-Quran dan al-Hadith”, bangun mengkafirkan satu kumpulan daripada umat islam yang dikenali sebagai al-Asya’irah. Apakah hukum mereka yang mengkafirkan golongan Al-Asya’irah ini dan apakah peranan yang telah dimainkan oleh kumpulan al-Asya’irah ini dalam berkhidmat untuk Islam?

Jawapan: Al-Asya’irah adalah pengikut Imam Abu Hasan al-Asy'ari yang mempunyai jasa yang besar dalam membersihkan aqidah Ahlussunnah wal Jamaah daripada kekeruhan yang dicetuskan oleh golongan Mu'tazilah. Kebanyakan pendokong dan ulama ulung umat ini adalah daripada golongan al-Asya’irah. Sedangkan golongan yang mempertikaikan mereka ini tidak pun mencapai separas buku lali mereka dari segi ilmu, wara' dan taqwa.

Di antara ulama al-Asya’irah ialah: Imam al-Haramain, Imam al-Ghazali, al-Hafidz Ibn Hajar al-'Asqalani, Imam Fakhruddin ar-Razi dan sebagainya. Apakah dosa yang telah mereka lakukan? Adakah kerana mereka bertungkus-lumus untuk membuat penolakan ke atas kekeliruan yang ditimbulkan oleh golongan Musyabbihah berhubung dengan Dzat Allah? Golongan Musyabbihah ini cuba untuk menetapkan bahawa Allah Ta’ala mempunyai jisim melalui ayat-ayat mutasyabihat dan hadits-hadits yang menyatakan secara dzahirnya bahawa Allah mempunyai tangan, mata, siku, jari-jari dan sebagainya. - Tamat petikan.

Selepaih daripada tu, mai kita perati pulak sedikit daripada tabaqat ulama Asya'irah sebagaimana yang ditulis oleh teman ambo, Sidi Raja Mukhlis.

Peringkat Pertama - Dari Kalangan Murid Imam Abu al-Hasan al-Asy’ari
  • Abu Abdullah bin Mujahid Al-Bashri
  • Abu Al-hasan Al-Bahili Al-Bashri
  • Abu Al-Hasan Bandar bin Al-Husein Al-Syirazi As-Sufi
  • Abu Muhammad At-Thobari Al-‘Iraqi
  • Abu Bakr Al-Qaffal As-Syasyi
  • Abu Sahl As-So’luki An-Naisaburi
  • Abu Yazid Al-Maruzi
  • Abu Abdillah bin Khafif As-Syirazi
  • Abu Bakr Al-Jurjani Al-Isma’ili
  • Abu Al-Hasan Abdul ‘Aziz At-Thobari
  • Abu Al-Hasan Ali At-Thobari
  • Abu Ja’far As-Sulami Al-Baghdadi
  • Abu Abdillah Al-Asfahani
  • Abu Muhammad Al-Qursyi Al-Zuhri
  • Abu Bakr Al-Bukhari Al-Audani
  • Abu Al-Manshur bin Hamsyad An-Naisaburi
  • Abu Al-Husein bin Sam’un Al-Baghdadi
  • Abu Abdul Rahman As-Syaruthi Al-Jurjani
  • Abu Ali Al-Faqih Al-Sarkhosyi
Peringkat Kedua
  • Abu Sa’ad bin Abi Bakr Al-Isma’ili Al-Jurjani
  • Abu Thayyib bin Abi Sahl As-So’luki An-Naisaburi
  • Abu Al-Hasan bin Daud Al-Muqri Al-Darani Ad-Dimasyqi
  • Al-Qodhi Abu Bakr bin At-Thoyyib bin Al-Baqillani
  • Abu ‘Ali Ad-Daqqaq An-Naisaburi (guru Imam Al-Qusyairi)
  • Al-Hakim Abu Abdillah bin Al-Bai’e An-Naisaburi
  • Abu Manshur bin Abi Bakr Al-Isma’ili
  • Al-Ustaz Abu Bakr Furak Al-Isfahani
  • Abu Sa’ad bin Uthman Al-Kharkusyi
  • Abu Umar Muhammad bin Al-Husein Al-Basthomi
  • Abu Al-Qasim bin Abi Amr Al-Bajli Al-Baghdadi
  • Abu Al-Hasan bin Maysazah Al-Isfahani
  • Abu Tholib bin Al-Muhtadi Al-Hasyimi
  • Abu Mu’ammar bin Abi Sa’ad Al-Jurjani
  • Abu Hazim Al-‘Abdawi An-Naisaburi
  • Al-Ustaz Abu Ishaq Al-Isfara’ini
  • Abu ‘Ali bin Syazan Al-Baghdadi
  • Abu Nu’aim Al-Hafiz Al-Isfahani
  • Abu Hamid Ahmad bin Muhammad Al-Istawa’ie Ad-Dalwi

Peringkat Ketiga
  • Abu Al-Hasan As-Sukri Al-Baghdadi
  • Abu Manshur Al-Ayyubi An-Naisaburi
  • Abu Muhammad Abdul Wahab Al-Baghdadi
  • Abu Al-Hasan An-Na’imi Al-Bashri
  • Abu Thohir bin Khurasah Ad-Dimasyqi
  • Al-Ustaz Abu Manshur An-Naisaburi
  • Abu Dzar Al-Haraqi Al-Hafiz
  • Abu Bakr Ad-Dimsyaqi (Ibn Al-Jurmi)
  • Abu Muhammad Al-Juwaini (ayahnda Imam Al-Haramain Al-Juwaini)
  • Abu Al-Qasim bin Abi Uthman Al-Hamdani
  • Abu Ja’far As-Samnani
  • Abu Hatim At-Thobari Al-Qozwini
  • Abu Al-Hasan Rasya bin Nazhif Al-Muqri
  • Abu Muhammad Al-Isfahani (Ibn Al-Laban)
  • Abu Al-Fath Salim bin Ayyub Al-Razi
  • Abu Abdillah Al-Khobazi Al-Muqri
  • Abu Al-Fadhl bin ‘Amrus Al-Baghdadi Al-Maliki
  • Al-Ustaz Abu Al-Qasim Al-Isfarayini
  • Al-Hafiz Abu Bakr Al-Baihaqi (empunya Al-Asma’ wa As-Sifat)

Peringkat Keempat
  • Abu Bakr Al-Khatib Al-Baghdadi
  • Al-Ustaz Abu Al-Qasim Al-Qusyairi
  • Abu ‘Ali bin Abi Harishoh Al-Hamdani Ad-Dimasyqi
  • Abu Al-Muzhoffar Al-Isfara’ini
  • Abu Ishaq Ibrahim bin ‘Ali As-Syirazi
  • Imam Al-Haramain Abu Al-Ma’ali Al-Juwaini
  • Abu Al-Fath Nasr bin Ibrahim Ad-Dimasyqi
  • Abu Abdillah At-Thobari

Peringkat Kelima
  • Abu Al-Muzoffar Al-Khowafi
  • Al-Imam Abu Al-Hasan At-Thobari (Balika Al-Harrasi)
  • Hujjatul Islam Al-Imam Abu Hamid Muhammad Al-Ghazali
  • Al-Imam Abu Bakr Al-Syasyi
  • Abu Al-Qashim Al-Anshori An-Naisaburi
  • Al-Imam Abu Nasr bin Abi Al-Qasim Al-Qusyairi
  • Al-Imam Abu ‘Ali Al-Hasan bin Sulaiman Al-Isbahani
  • Abu Sa’id As-ad bin Abi Nashr bin Al-Fadhl Al-‘Umri
  • Abu Abdillah Muhammad bin Ahmad bin Yahya Al-Uthmani Ad-Dibaji
  • Al-Qadhi Abu Al-‘Abbas Ahmad bin Salamah (Ibn Al-Ratbi)
  • Al-Imam Abu Abdillah Al-Farawi
  • Imam Abu Sa’ad Isma’il bin Ahmad An-Naisaburi Al-Karmani
  • Imam Abu Al-Hasan Al-Sulami Ad-Dimasyqi
  • Imam Abu Manshur Mahmud bin Ahmad Masyazah
  • Abu Al-Fath Muhammad bin Al-Fadhl bin Muhammad Al-Isfara’ini
  • Abu Al-Fath Nasrullah bin Muhammad Al-Mashishi

Peringkat Keenam
  • Al-Imam Fakhruddin Al-Razi (empunya At-Tafsir Al-Kabir dan Asas At-Taqdis)
  • Imam Saifullah Al-Amidi (empunya Abkar Al-Afkar)
  • Sulton Al-Ulama’ Izzuddin bin Abdil Salam
  • Sheikh Abu ‘Amr bin Al-Hajib
  • Sheikhul Islam Izzuddin Al-Hushairi Al-Hanafi (empunya At-Tahsil wal Hashil)
  • Al-Khasru Syahi

Peringkat Ketujuh
  • Sheikh Taqiyuddin Ibn Daqiq Al-‘Idd
  • Sheikh ‘Ala’uddin Al-Baji
  • Al-Imam Al-Walid Taqiyuddin Al-Subki (murid Sheikh Abdul Ghani An-Nablusi)
  • Sheikh Shofiyuddin Al-Hindi
  • Sheikh Shadruddin bin Al-Marhal
  • Sheikh Zainuddin
  • Sheikh Shodruddin Sulaiman Abdul Hakam Al-Maliki
  • Sheikh Syamsuddin Al-Hariri Al-Khatib
  • Sheikh Jamaluddin Az-Zamlakani
  • Sheikh Jamaluddin bin Jumlah
  • Sheikh Jamaluddin bin Jamil
  • Qodhi Al-Quddho Syamsuddin As-Saruji Al-Hanafi
  • Al-Qadhi Syamsuffin bin Al-Hariri
  • Al-Qodhi ‘Addhuddin Al-Iji As-Syirazi (empunya kitab Al-Mawaqif fi Ilm Al-Kalam)
  • Dan sebagainya… Nafa’anaLlahu bi ulumihim wa barakatihim.. amin…..... Tamat nukilan.

Maka, kalau kita perati bahwa majoriti dari ulama dari dulu sampai laiani bermazhab Asya'iarah atau Maturidiyah dalam soal aqidah. Jadi pakat-pakat pikiaq ambiklah. Insyaallah nanti kita bawak mai hadits yangsuruh kita ikut golongan majoriti. Sekian. والله أعلم


Hamba Yang Teramat Dhoif Ilmu dan Amalnya,
Abu Zahrah, Seri Gombak
23 Dhulqaedah 1430/ 11 November 2009.





Pasai Apa Kita Tolak Fahaman Wahabi - 5

Antaranya lagi pasai apa kita tolak Wahhabi, depa juga mengHARAMkan bahkan menSYIRIKkan dan mengKAFIRkan orang yang berdu’a dengan menghadapkan mukanya ke Maqam Baginda صلى الله عليه وآله وسلم. Al-Fagir sendiri pernah mengalami pengalaman ini pada tahun 2002 ketika berdu’a di Maqam Baginda صلى الله عليه وآله وسلم di Masjid Nabawi. Petugas yang menjaga maqam tersebut memutarkan badan al-Fagir dan mengatakan: Haram! Haram! Syirik! Alangkah kasarnya perlakuan dan buruknya adab mereka dihadapan Maqam Yang Mulia.



Mari kita pakat perati tengok, apa kata ulama kita dalam masalah tersebut:

Satu ketika, Khalifah Abu Ja'far al-Manshur daripada Daulah Abbasiyyah menziarahi maqam Junjungan صلى الله عليه وآله وسلم di Kota Madinah al-Munawwarah. Khalifah tersebut telah mengajukan soalan kepada Imam Darul Hijrah, Imam Malik bin Anas رضي الله عنه, dengan katanya:- "Wahai Aba Abdillah, adakah menghadap qiblat aku berdoa atau menghadap Junjungan Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم?" Imam Malik رضي الله عنه menjawab: "Kenapa engkau hendak memalingkan wajahmu daripada Baginda صلى الله عليه وآله وسلم, sedangkan Baginda صلى الله عليه وآله وسلم adalah wasilahmu dan wasilah bapamu Nabi Adam عليه السلام kepada Allah. Bahkan hendaklah engkau hadapkan wajahmu kepada Baginda صلى الله عليه وآله وسلم dan mohonlah syafaat dengan Baginda صلى الله عليه وآله وسلم, nescaya Allah akan menerima syafaat Baginda صلى الله عليه وآله وسلم " Kisah ini antara lain dinukil oleh al-Qadhi 'Iyyadh di dalam asy-Syifa` dan Imam Ibnu Hajar dalam al-Jawharul Munadhzdzam serta telah masyhur diketahui umum.

Imam an-Nawawi menganjurkan agar tatkala kita berziarah ke maqam Junjungan Nabi صلى الله عليه وآله وسلم. dengan katanya:-

.... Kemudian hendaklah penziarah maqam Junjungan Nabi صلى الله عليه وآله وسلم kembali ke tempat berhentinya yang pertama yang menghadap wajah Junjungan Nabi صلى الله عليه وآله وسلم (yakni setelah dia bergerak kadar sehasta ke kanan untuk memberi salam kepada Sayyidina Abu Bakar رضي الله عنه dan sehasta lagi untuk salam kepada Sayyidina 'Umar رضي الله عنه, maka dia kembali ke tempat awalnya yang menghadap Junjungan Nabi صلى الله عليه وآله وسلم). Dan si penziarah bertawassullah dengan Junjungan Nabi صلى الله عليه وآله وسلم bagi hak dirinya dan dia memohon syafaat Baginda صلى الله عليه وآله وسلم kepada Tuhannya سبحانه وتعالى Dan daripada sebaik-baik ucapan yang (boleh) diucapkannya (tatkala itu) ialah apa yang telah diceritakan dan dipandang baik oleh para sahabat kami (yakni para ulama Syafi`iyyah) daripada al-'Utbi di mana dia berkata:- (sebagaimana kisah al-Utbi ……….) [Taufiiqul Baari li Taudhiih wa Takmiil Masaail al-Iidhaah lil Imam an-Nawawi fi al-Manaasik oleh Tuan Guru kami al-Fadhil Syaikh Muhammad Nuruddin Marbu al-Banjari al-Makki; Juz ke-2, halaman 174. Kitab al-Idhah fi Manasikil Hajj wal Umrah wa ‘alaihi al-Ifshooh ‘ala Masail al-Idhoh ‘ala Mazahabil Aimmatil Arba’ah oleh ‘Abdul Fattah Husin Rawa al-Makki, halaman 454 – 455. Juga disebut di dalam kitab al-Majmu’]

Al-Khafaji di dalam kitabnya Syarh asy-Syifa telah berkata: As-Subki berkata: Shahabat-shahabat kami telah menjelaskan bahwa adalah disunatkan bagi seseorang itu pergi ke kubur Nabi صلى الله عليه وآله وسلم, menghadapnya dan membelakangi qiblat. Kemudian memberi salam kepada Nabi صلى الله عليه وآله وسلم dan dua orang shahabat Baginda صلى الله عليه وآله وسلم. Setelah itu, kembali ke tempatnya yang pertama, lalu berdiri dan berdu’a. [Mafahim Yajibu an-Tushahhah, cetakan Dairah al-Auqaaf wa asy-Syuuun al-Islamiyyah - Dubai, halaman 288]

Membendung Fahaman Yang Menyeleweng Dengan Membaca Ratib al-Haddad

Wahai saudara-saudaraku, mai kita pakat bendung penularan virus WAHHABI dengan melazimi membaca Ratib al-Haddad yang disusun oleh al-Habib Abdullah bin ‘Alwi bin Muhammad al-Haddad. Syaikh ‘Abdullah bin Ahmad BaSudan al-Kindi, menyebutkan di dalam kitab Dzakirah al-Ma’aad bi Syarh Ratib al-Quthub al-Haddad, terdapat riwayat bahwa Ratib al-Haddad disusun untuk membendung penularan fahaman Syi’ah. Kisahnya …., tokoh-tokoh di Hadramaut telah datang menemui al-Habib Abdullah bin ‘Alwi al-Haddad dan meminta beliau untuk mencegah masuknya pengaruh Syiah Zaidiyyah ke wilayah Hadramaut. Oleh kerana itu al-Habib ‘Abdullah bin ‘Alwi al-Haddad kemudian menyusun Ratib al-Haddad.

Maka, dengan mengambil pengajaran dari kisah diatas, eloklah kita pakat-pakat membaca Ratib al-Haddad secara perseorangan dan lebih moleknya secara beramai-ramai, moga-moga dengan berkat membaca Ratib ini dan juga dengan berkat penyusunnya, moga-moga Allah Ta’ala membendung penularan virus Wahhabi ke dalam pemikiran masyarakat kita dan Allah Ta'ala mengangkat fitnah ini dari kita.





Pasai Apa Kita Tolak Fahaman Wahabi - 4

Antaranya lagi pasai apa kita tolak Wahhabi, depa mengharamkan bahkan mensyirikkan dan mengkafirkan golongan yang bertawassul dengan ‘jah’ Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم yang telah wafat dan juga bertawassul kepada para ulama atau awliya` yang telah wafat … Allahu Allah ….

Mai kita tengok apa depa kata, antaranya:


إنُّ دعاء الصالحين ، والاستغاثة بهم ، والتوسل بجاههم، لم يكن في دين الله تعالى قربة ولا عملاً صالحاً فيتوسلُ به أبداً وإنما كان شركاً في عبادة الله محرماً يخرج فاعله من الدين ويوجب له الخلود في جهنم - انتهى بحرفه من كتابه عقيدة المؤمن

Ertinya: Sesungguhnya doa para sholihin dan beristighosah (meminta pertolongan) dengan mereka dan bertawassul dengan jah (kemegahan dan keberkatan) mereka, tidak pernah terdapat didalam agama Allah Ta’ala cara sebegini untuk mendekatkan diri kepada Allah. Dan ia bukan amalan sholeh di dalam agama sehingga boleh dilakukannya (bertawassul) selama-lamanya. Ia merupakan kesyirikan didalam ibadah kepada Allah yang diharamkan dan mengeluarkan pengamalnya dari agama dan wajiblah baginya kekal berada di dalam neraka Jahannam. (disebut di dalam kitab‘Aqidah Mu’min oleh Syaikh Abu Bakar al-Jazairi. Beliau ni mengajaq di Masjidin Nabawi)


Di dalam Ta’qibat ‘ala Kitab al-Salafiyyah Laisat Mazhaban, pengarangnya Sholeh al-Fauzan menegaskan: “Sesungguhnya ia (tawassul) merupakan masalah amat merbahaya dan menggangu ‘aqidah serta membawa kepada syirik. Maka bagaimanakah kamu boleh menjadikannya sebagai suatu perkara yang mudah?”

Dalam Mingguan Malaysia bertarikh 7 Oktober 2007, seorang mufti dari negeri paling utara di Semenanjung Malaysia [yang dok kontroversi lani …) ada menulis suatu artikel yang menyentuh persoalan tawassul, isti’anah, istighasah dan yang sewaktu dengannya. Dalam tulisannya mufti tersebut menulis: Seorang muslim tidak diizinkan pergi ke kubur mereka dan menyeru: wahai fulan tolonglah saya! Atau: Wahai nabi tolonglah tenteramkan jiwa saya! Atau: Wahai wali sembuhkanlah penyakit saya! Perbuatan itu adalah syirik.

Wahai saudara-saudara ku yang dihormati, mai kita perati pulak apa kata ulama kita pasai tawassul:


Syaikh Muhammad Zaki Ibrahim di dalam kitabnya al-Ifham wal Ifham au Qadaya al-Wasilah wal Qubur, halaman 9, mengatakan bahawa:

….. yang menjadi khilaf ialah tawassul dengan mayat orang yang sholeh (at-tawassul bil mayyit al-sholeh). Hampir-hampir tiada seorangpun ulama salaf yang berselisih atas keharusan bertawassul dengan mayat yang sholeh itu, sampailah ke kurun ke-7, dimana Ibn Taimiyahlah yang mereka-rekakan perselisihan yang membawa fitnah itu dan tiada seorangpun yang mengambil berat tentangnya sehingga puak Wahabi mengambil berat tentangnya pada kurun ke-13. Ini adalah kerana sebab-sebab politik dan taksub qabilah. Merekapun melarang tawassul kepada Allah dengan mayat yang sholeh dan mereka berselindung disebalik tauhid yang dizolimi.

Mufti Mesir, Syaikh Dr ‘Ali Jum’ah didalam kitabnya Al-Bayan Lima Yashghulul Adzhan (pertanyaan ke-44) dan al-Bayan al-Qawiim li Tashhiih Ba’dhi al-Mafaahim (pertanyaan ke-8):

Telah ittifaq mazhab yang empat akan keharusan bertawassul dengan Nabi صلى الله عليه وسلم bahkan menganjurkannya dengan ketiadaan perbezaan diantara ketika hayat (hidup) Baginda صلى الله عليه وسلم dan selepas kewafatan baginda. Tidak ada yang berpandangan ganjil (berbeza) dari pendapat ini kecuali Ibn Taimiyah yang membeza antara tawassul dengan Nabi صلى الله عليه وسلم pada ketika baginda masih hidup dan setelah kewafatan baginda. Dan tidak dipandang keganjilannya dalam pendapat tersebut. Oleh kerana itu, kami tetap mengajak umat berpegang teguh dengan kesepakatan para imam yang merupakan tokoh umat ini. [Al-Bayan Lima Yashghulul Adzhan (pertanyaan ke-44), halaman 176]


Imam an-Nawawi dalam kitabnya "al-Iidhaah fi Manaasikil Hajj wal Umrah" halaman 454 - 455, pada bab ke-6 [fi ziyarati qabri Sayyidina wa Maulana Rasulillah صلى الله عليه وسلم wa syarrafa wa karrama wa ‘adzzama wa maa yata’allaqu bi dzalik] Imam an-Nawawi memuji ucapan A'raabi tersebut dan menganjurkan agar ianya diamalkan tatkala kita berziarah ke maqam Junjungan Nabi صلى الله عليه وسلم. dengan katanya:-

ثم يرجع الى موقفه الأول قبال وجه رسول الله صلى الله عليه و سلم و يتوسل به في حق نفسه و يتشفع به الى ربه سبحانه و تعالى، و من احسن ما يقول ما حكاه اصحابنا عن العتبي مستحسنين له قال:..... قصة العتبي

.... Kemudian hendaklah penziarah maqam Junjungan Nabi صلى الله عليه وسلم kembali ke tempat berhentinya yang pertama yang menghadap wajah Junjungan Nabi صلى الله عليه وسلم (yakni setelah dia bergerak kadar sehasta ke kanan untuk memberi salam kepada Sayyidina Abu Bakar رضي الله عنه dan sehasta lagi untuk salam kepada Sayyidina 'Umar رضي الله عنه, maka dia kembali ke tempat awalnya yang menghadap Junjungan Nabi صلى الله عليه وسلم). Dan si penziarah bertawassullah dengan Junjungan Nabi صلى الله عليه وسلم bagi hak dirinya dan dia memohon syafaat Baginda صلى الله عليه وسلم kepada Tuhannya سبحانه وتعالى Dan daripada sebaik-baik ucapan yang (boleh) diucapkannya (tatkala itu) ialah apa yang telah diceritakan dan dipandang baik oleh para sahabat kami (yakni para ulama Syafi`iyyah) daripada al-'Utbi di mana dia berkata:-


يا خير من دفنت بالقاع اعظمه * فطاب من طيبهن القاع و الأكم
نفسي الفداء لقبر انت ساكنه * فيه العفاف و فيه الجود و الكرم
انت الشفيع الذي ترجى شفاعته * على الصراط اذا ما زلت القدم
و صاحباك فلا انساهما ابدا * مني السلام عليكم ما جرى القلم

Wahai manusia terbaik bersemadi dalam bumi jasadnya
Maka harumlah lembah dan bukit dengan keharumannya
Jiwaku jadi tebusan kubur yang engkau penghuninya
Dalamnya ada (pribadi) yang suci, pemurah lagi mulia

Engkaulah pemberi syafaat yang diharapkan syafaatnya
Ketika tergelincir segala kaki tatkala melintas shirath
Dan dua sahabatmu sekali-kali tidak aku lupa
Dariku ucapan salam kepada kamu sebanyak tulisan Qalam

[Taufiiqul Baari li Taudhiih wa Takmiil Masaail al-Iidhaah lil Imam an-Nawawi fi al-Manaasik oleh Tuanguru kami al-Fadhil Syaikh Muhammad Nuruddin Marbu al-Banjari al-Makki; Juz ke-2, halaman 174. Kitab al-Idhah fi Manasikil Hajj wal Umrah wa ‘alaihi al-Ifshooh ‘ala Masail al-Idhoh ‘ala Mazahabil Aimmatil Arba’ah oleh ‘Abdul Fattah Husin Rawa al-Makki, halaman 454 - 455]

Al-'Allaamah al-Muhaqqiq al-Faqih al-'Abid az-Zahid al-Murabbi ad-Da`ie ila Allah as-Sayyid al-Habib Zain bin Ibrahim bin Zain bin Muhammad bin Zain bin 'Abdur Rahman bin Ahmad bin 'Abdur Rahman bin 'Ali bin Saalim bin `Abdillah bin Muhammad Sumaith bin 'Ali bin 'Abdur Rahman bin Ahmad bin 'Alawi bin Ahmad bin 'Abdur Rahman bin 'Alawi ('ammul Faqih), menyenut di dalam kitabnya al-Ajwabah al-Ghaliyah fi ‘Aqidah an-Najiyyah:

Pertanyaan : Apakah boleh bertawassul secara umum dengan [orang-orang] yang hidup dan yang sudah mati?

Jawaban: Ya, boleh. Ini kerana ayat tersebut [surah an-Nisa’:64] bersifat umum, ketika hidupnya didunia atau setelah wafatnya Baginda صلى الله عليه وسلم. Dan telah tsabit bahawa mereka [para anbiya`] hidup didalam kubur mereka dan arwah (ruh-ruh) mereka berada dihadrat Allah Ta'ala. Maka orang yang bertawassul dan menghadap kepada mereka, mereka akan menghadap kepada Allah Ta'ala pada keberhasilan yang dituntut (hajat, permintaan). Pada haqiqatnya yang ditujukan permintaan adalah Allah Ta'ala. Dialah Pelaku dan Pencipta, bukan yang selainNya.

Maka kami, sekelian golongan Ahlussunnah Wal Jamaah, mengi’tiqadkan tiada yang memberi bekas (ta’sir), tiada yang mencipta, tiada yang memberi manfaat dan tiada yang memudharatkan melainkan Allah Yang Maha Esa, tiada sekutu bagiNya. Dan para anbiya`` (Nabi-nabi) dan auliya` (wali-wali) tidak memberi bekas mereka itu pada sesuatu pun.

Sesungguhnya, bertabarruk dan meminta tolong dengan kedudukan mereka (para anbiya dan auliya`), kerana mereka dicintai Allah Ta'ala, yang dengan sebab mereka, Allah Ta'ala merahmati para hambaNya. Maka tiada perbezaan apakah bertabarruk atau beristighasah, ketika mereka masih hidup atau sudah wafat, kerana pelaku dalam dua keadaan tersebut pada haqiqatnya adalah Allah Ta'ala.

Adapun mereka yang membezakan antara yang hidup dan yang sudah wafat, seakan-akan mereka mengi’tiqadkan bahawa yang boleh memberi kesan atau manfaat itu adalah yang hidup bulan yang sudah mati. I’tiqad mereka ini bathil secara mutlak, kerana sungguhnya, Allah pencipta segala sesuatu. FirmanNya: Ertinya: “Padahal Allah Yang mencipta kamu dan benda-benda Yang kamu buat itu.” (Surah as-Shaffat: 96)

Pertanyaan : Apa dalil yang membolehkan bertawassul dengan orang yang sudah mati?

Jawaban: Dalilnya adalah firman Allah Ta'ala: Ertinya: “Dan kalaulah mereka ketika menganiaya diri mereka sendiri datang kepadamu (wahai Muhammad) lalu memohon ampun kepada Allah, dan Rasulullah juga memohon ampun untuk mereka, tentulah mereka mendapati Allah Maha Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani. (Surah an-Nisa`: 64)


Maka sesungguhnya ayat ini bersifat umum, baik ketika hidup atau setelah wafatnya Baginda
صلى الله عليه وسلم .

Dan telah disebut sebelumnya iaitu hadits marfu' yang diriwayatkan oleh Sayyidina Abu Sa’id al-Khudri
رضي الله عنه:

ما خرج رجل من بيته إلى الصلاة فقال: اللهم إني أسألك بحق السائلين عليك، و بحق ممشاي هذا إليك، فإني لم أخرج بطراً، ولا أشرا، ولا رياء، ولا سمعة، وإنماخرجت اتقاء سخطك، وابتغاء مرضاتك، أسألك أن ينقذني من النار، وأن تغفرلي ذنوبي، فإنه لا يغفر الذنوب إلا أنت، إلا كل الله به سبعين ألف ملك يسنغفرون له، وأقبل الله عليه بوجهه حتى يقضي صلاته

Ertinya: “Tidaklah keluar seorang lelaki dari rumahnya untuk melaksanakan shalat, dan ia berdoa’: “Ya Allah! Aku memohon kepadaMu, dengan hak orang-orang yang meminta kepadaMu, dengan kebenaran langkahku ini, aku tidaklah keluar dengan rasa angkuh, .riya` ataupun sum’ah. Sungguhnya aku hanya keluar mengharap redhaMu, dan aku berlndung dari pada murkaMu, aku memohon kepadaMu supaya engkau selamatkan aku dari api neraka, dan Engkau ampuni dosaku, kerana tiada yang boleh mengampuni dosaku kecuali hanya Engkau’. Melainkan Allah mewakilkan kepada tujuh puluh ribu malaikatNya, untuk memintakan ampunan baginya, dan Allah Ta'ala sentiasa memperhatikannya sampai ia selesai melaksanakan shalatnya”. [1]


Al-‘Allamah Muhammad Murtadha az-Zabiidi berkata dalam kitab syarah Ihya [Ithafus Saadah al-Muttaqin] mengenai tafsir kalimat “السائلين - orang-orang yang meminta” yang warid dalam hadits tersebut adalah: “Mereka adalah orang-orang yang merendahkan dan menghampirkan diri kepada Allah Ta'ala, dengan kemurnian niat mereka. Dan ini sifat khas para auliya` (wali-wali) dan shalihin (orang-orang shaleh).

Ulama mengatakan: Inilah tawassul yang jelas bagi setiap hamba yang beriman, baik dia (yang dijadikan wasilah) masih hidup ataupun sudah mati. Baginda صلى الله عليه وسلم telah mengajarkan doa’ ini kepada shahabatnya, serta Baginda صلى الله عليه وسلم telah menyuruhnya untuk dibaca. Tidak ada seorangpun dari ulama salaf mahupun khalaf, kecuali mereka pernah berdoa’ doa’ ini ketika keluar dari rumah untuk melaksanakan shalat.

Daripada Sayyidina Anas رضي الله عنه, beliau berkata: “Ketika Fatimah binti Asad (bonda Sayyiduna ‘Ali رضي الله عنه) meninggal dunia (beliau sebutkan sebuah hadits yang dipertengahannya berbunyi): “Bahawa Baginda صلى الله عليه وسلم berbaring didalam kuburnya dan bersabda: “Allah yang telah menghidupkan dan mematikan, Dia Maha Hidup dan tidak akan mati, ampunilah dosanya Fathimah binti Asad, dan bimbinglah dia untuk mengucapkan hujjahnya, luaskanlah kuburnya, dengan hak (kemuliaan) NabiMu dan para Nabi sebelumku, kerana sesungguhnya Engkau Maha Pengasih dari semua yang berjiwa pengasih” [2]

Perhatikanlah kalimat yang berbunyi “ والأنبياء الذين من قبل - dan para Nabi sebelumku”. Ianya jelas sekali bahawa boleh bertawassul dengan para Nabi, setelah wafatnya mereka, kerana sesungguhnya mereka itu hidup didalam barzah mereka. Yang demikian ini juga diberikan kepada para pewaris mereka iaitu para siddiqin dan auliya`.

Mari kita tengok pula fatwa Imam ar-Ramli (yakni Imam Syihabuddin Ahmad bin Hamzah ar-Ramli al-Anshari dan diikuti oleh anakandanya Imam Syamsuddin Muhammad ar-Ramli al-Anshari pengarang "Nihayah" yang masyhur) yang dipetik dari himpunan fatwa Imam Syamsuddin ar-Ramli yang dicetak di tepi himpunan fatwa Imam Ibnu Hajar al-Haitami yang berjodol "al-Fatawa al-Kubra al-Fiqhiyyah". Pada jilid 4, mukasurat 382 - 383 tertulis (kira-kira bererti dengan terjemahan bebas):-

(Ditanyai) mengenai apa yang dilakukan orang awam dari ucapan mereka sewaktu kesusahan "Ya Syaikh Fulan", "Ya RasulAllah", dan seumpamanya dari ucapan-ucapan istighatsah dengan para nabi, para rasul, para wali, ulama dan sholihin, maka adakah perkara ini jaiz (harus) atau tidak ? Dan adakah bagi para rasul, para nabi, para wali, sholihin dan masyaikh pertolongan (yakni memberi pertolongan) selepas mereka mati, dan apakah yang rajih pada yang demikian ?

(Maka dijawab) Bahawasanya istighatsah dengan para nabi, para rasul, para wali, ulama dan sholihin adalah HARUS. Dan bagi para rasul, para nabi, para wali dan sholihin pertolongan selepas mereka mati kerana bahawasanya mu'jizat para nabi dan karamat para wali tidak putus dengan matinya mereka. Adapun para nabi maka mereka hidup di dalam kubur-kubur mereka, sembahyang mereka dan berhaji mereka seperti yang warid diberitakan dalam beberapa hadis, dan jadilah pertolongan daripada mereka mu'jizat bagi mereka. Para syuhada` juga hidup, disaksikan mereka itu dengan jelas memerangi segala kuffar. Adapun para wali maka ianya adalah karamah bagi mereka. Sesungguhnya Ahlul Haqq berpegang bahawasanya berlakunya karamah para wali dengan niat (sengaja) mereka atau tanpa ada sebarang niat adalah suatu perbuatan yang mencarik adat yang dilakukan oleh Allah ta`ala dengan sebab mereka. Dalil atas harusnya perkara ini berlaku adalah kerana ianya termasuk dalam perkara mumkin, oleh kerana itu tidaklah menjadi mustahil ianya untuk berlaku, maka setiap perkara seperti atas adalah harus untuk berlaku. Antara dalil berlakunya karamah ialah kisah Siti Maryam dengan rezeki yang dikurniakan Allah kepadanya sebagaimana diceritakan dalam al-Quran; kisah Sayyidina Abu Bakar رضي الله عنه dengan tetamu-tetamunya sebagaimana tersebut dalam kitab hadis shohih; kisah Sungai Nil banjir dengan sebab surat Sayyidina 'Umar; kisah Sayyidina 'Umar رضي الله عنه sedang atas mimbar di Madinah dapat melihat tenteranya di Nahawand serta boleh berbicara dengan panglimanya, di sini juga dapat diambil sebagai karamah bahawa tentera tersebut dapat mendengar kata-kata Sayyidina 'Umar رضي الله عنه sedangkan antara mereka dengan Sayyidina 'Umar رضي الله عنه jarak perjalanan 2 bulan; kisah Sayyidina Khalid meminum racun tanpa memberi mudarat. Dan telah berlaku berbagai perkara mencarik adat atas tangan para sahabat dan para tabi`in dan orang-orang yang selepas mereka yang tidak mungkin untuk diingkari ketawaturannya yang telah disepakati. Sebagai kesimpulannya, apa yang harus berlaku sebagai mu'jizat untuk nabi, haruslah berlaku sebagai karamah bagi wali. Tiada perbezaan antara keduanya selain daripada at-tahaddi ("mencabar" yakni mu'jizat itu sifatnya mencabar musuh atau melemahkan musuh).

Fatwa yang sedemikian juga dinukilkan oleh ulama besar kita Syaikh Daud al-Fathoni رضي الله عنه dalam kitabnya "Furu' Masa-il" pada halaman 10 - 11, jilid 1:-

(Su-ila رضي الله عنه) Tiada barang yang jatuh daripada orang yang awam daripada kata mereka itu tatkala kedatangan kesukaran dan kesakitannya "Ya Sayyidi Ya RasulAllah" atau "Syaikh Fulan" dan yang seumpamanya daripada teriak minta tolong dengan anbiya` dan mursalin dan awliya`Ullah ash-sholihin dan ulama, maka adakah harus yang demikian itu atau tiada harus, dan adakah bagi mursalin dan anbiya` dan awliya` dan sholihin dan masyayikh menolong kemudian daripada mati mereka itu, apa yang terlebih rajih pada yang demikian itu ?

(Maka dijawabnya) Dengan bahawasanya minta tolong dengan anbiya` dan mursalin dan awliya` dan sholihin HARUS dan adalah bagi mereka itu tempat minta tolong kemudian daripada mati mereka itu kerana mu'jizat anbiya` dan karamah awliya` tiada putus dengan mati mereka itu. Adapun anbiya` maka mereka itu hidup ia di dalam kuburnya, sembahyang mereka itu dan haji mereka itu seperti barang yang datang warid bagi beberapa akhbar dan jadilah menolong itu mu'jizat baginya. Dan adapun syuhada` demikian pula ia hidup di dalam kubur seperti barang yang dilihat dengan nyata datang berperang pula dengan kuffar. Dan adapun awliya` maka iaitu karamah bagi mereka itu. Maka bahawasanya kata Ahlul Haqq bahawasanya jatuh daripada awliya` dengan qasad dan dengan tiada qasad pekerjaan mencarikkan bagi adat dan dilakukan Allah ta`ala dengan sebab mereka itu disampaikan hajat kerana adalah yang demikian itu pekerjaan yang mumkin tiada muhal, maka tiap-tiap ada inilah kelakuannya, maka tanda adalah pekerjaan itu sudah dilihat akan jatuhnya ialah tanda harus seperti yang telah diceritera datang Sungai Nil dengan dijatuhkan surat Sayyidina 'Umar dan ceritera Siti Maryam dan lainnya. Intaha daripada Fatwa Syaikh Ahmad ar-Ramli al-Kabir.

Ambo ringkaskan antara ulama-ulama ahlussunnah wal jama’ah yang mengHARUSkan tawassul, antaranya:
  • Imam Malik binAnas
  • Imam Muhammad bin Idris asy-Syafie
  • Imam Ahmad ibn Hanbal
  • Imam al-Hafidz Abu ‘Abdullah al-Hakim
  • Imam al-Hafidz Abu Bakar al-Baihaqi
  • Imam al-Hafidz Jalaluddin as-Suyuthi
  • Imam al-Hafidz Qadhi ‘Iyadh
  • Imam Nuruddin al-Qaari yang terkenal dengan Mulla ‘Ali al-Qaari
  • Al-‘Allamah Ahmad Syihabuddin al-Khufaji
  • Imam al-Hafidz al-Qisthalani
  • Al-‘Allamah Syihabuddin ar-Ramli
  • Al-‘Allamah Muhammad ‘Abdul Baqi az-Zarqani
  • Imam Abu Zakaria Yahya an-Nawawi
  • Al-‘Allamah Ibnu Hajar al-Haithami
  • Al-Hafidz Syihabuddin Muhammad ibn Muhammad ibn al-Jazari ad-Dimasyqi
  • Imam Muhammad ‘Ali asy-Syaukani
  • Al-Muhaddits ‘Ali ibn ‘Abdul Kafi as-Subki
  • Al-Hafidz Ibnu Katsir
  • Al-Hafidz Ibnu Hajar al-Asqalani
  • Al-Mufassir Abu ‘Abdullah al-Qurthubi
  • Al-‘Allamah Syaikh Yusuf bin Ismail an-Nabhani
  • Dan ramai lagi lah pendekata majoriti daripada ulama dari mazhab yang 4. Tertulis ambo saking banyaknya.Boleh rujuk dalam kitab yang ambo senarai dibawah

Bagi mereka yang inginkan yang lebih terperinci silalah rujuk kitab-kitab berkenaan antaranya:-
  • al-Ifham wal Ifham au Qadaya al-Wasilah wal Qubur dan Usul al-Wushul karangan Syaikh Muhammad Zaki Ibrahim
  • Syawahidul Haq fil Istighosah bi Sayyidil Khalaqi karangan Syaikh Yusuf an-Nabhani (kitab yang bagus di baca didalam persoalan tawassul)
  • al-Jauhar al-Munazzham karangan Ibn Hajar al-Haithami
  • Ithafu Azkiya bi Jawazi at-Tawassul bin Anbiya wal Auliya karangan al-Muhaddits Syaikh Abdullah Siddiq al-Ghumari
  • Bahjah an-Nazir fi Tawassul bi an-Nabi at-Thohir karangan as-Sayyid Hasaan as-Saqqaf
  • ad-Darurus Saniyah fi Raddi ‘Ala al-Wahabiyah karangan Syaikh Ahmad Zaini Dahlan (kitab ini telah diterjemahkan ke bahasa Melayu)
  • Mafahim Yajibu an Tushahhah karangan al-Muhaddits as-Sayyid Muhamad ibn ‘Alawi ibn Abbas ibn Abdul ‘Aziz al-Maliki al-Hasani (kitab ini telah diterjemahkan oleh Ustaz Muhammad Fuad bin Kamaluddin al-Maliki al-Rembawi. Kitab ini sangat baik untuk dibaca)
  • Haqiqah at-Tawassul wa al-Wasilah ‘ala Dhau` al-Kitab wa as-Sunnah karangan Syaikh Musa Muhammad ‘Ali (kitab ini telah diterjemah ke bahasa Melayu)
  • al-Mausu’ah al-Yusufiah fi Bayan Adillah as-Shufiyah karangan Syaikh Dr. Yusuf Khattar Muhammad
  • al-Ajwibah al-Ghaliyah fi ‘Aqidah al-Firqah an-Najiyah karangan al-‘Allamah al-Habib Zain al-‘Abidin al-‘Alawi (kitab ini sedang di dalam proses untuk diterbitkan, tetapi versi Indonesia telah diterbitkan)
  • Raf’ul Minaarah li Takhrij Ahadits at-Tawassul wa al-Ziyaarah karangan h Syaikh Mahmud Said Mamduh
  • Intabih Diinuka fi Khatrin karangan al-‘Allamah Abu Abdullah ‘alawi al-Yamani (kitab ini telah diterjemahkan oleh Ustaz Muhammad Fuad bin Kamaluddin al-Maliki al-Rembawi)
  • Al-Bayan Lima Yashghulul Adzhan (pertanyaan ke-44) dan al-Bayan al-Qawiim li Tashhiih Ba’dhi al-Mafaahim (pertanyaan ke-8) karangan Shaikh Dr. ‘ali Jum’ah, Mufti Mesir. (kitab al-Bayan al-Qawiim telah diterjemahkan kebahasa Melayu)
  • Wahabisme Dari Neraca Syara’ karangan Syaikh Muhammad Fuad bin Kamluddin al-Maliki (buku yang bagus untuk dibaca)
Dalam entri yang sebelum ni pun ambo ada tulih sikit pasai tawassul ni. Boleh pakat pi baca tang sini, sini, sini dan sini …….

Moga-moga dengan sedikit keterangan ni, pakat-pakat pikiaqlah akan bahayanya fahaman Wahabi ni.


Notakaki:

[1] - Hadits riwayat Ibn Majah. Al-Munziri berkata di dalam al-Targhib wal Tarhib: Hadits ini diriwayatkan oleh Ibn Majah dan dinaikkan ke darjat hasan oleh syaikh kami, al-Hafidz Abu al-Hasan. Telah berkata Ibn Hajar di dalam Nataij al-Afkar(jilid 1, halaman 272): Hadits ini adalah hasan. Dikeluarkan oleh Imam Ahmad dan Ibn Khuzaimah di dalam kitab Tauhid, Abu Nu’aim dan Ibn Sunni. Al-‘Iraqi (takhrij al-Ihya) mengatakan: Bahwa ia (hadits tersebut) hasan. Al-Hafidz al-Busairi berkata di dalam Misbah al-Zujajah: Hadits ini diriwayatkan oleh Ibn Khuzaimah di dalam Shahihnya. Syarafuddin al-Dimyathi mengatakan (didalam Muttajir al-Rabih): Sanadnya adalah hasan, insyaAllah. Al-‘Allamah al-Muhaqqiq Sayyid ‘Ali bin Yahya al-‘Alawi menyebut di dalam risalahnya berjudul Hidayah al-Mutakhabbitin: Bahwa al-Hafidz ‘Abdul Ghani al-Maqdisi telah menaikkan darjat hadits ini kepada darjat hasan dan penilaian tersebut diterima oleh Ibn Abi Hatim.
Dengan ini jelaslah kepada kita bahwa hadits ini telah dihukumkan shahih dan hasan oleh sebilangan besar huffadz (penghafal hadits) dan imam-imam hadits yang besar. Mereka ialah ibn Khuzaimah, al-Munziri dan syaikhnya al-Hafidz Abu al-Hasan, al-‘Iraqi, al-Busairi (bukannya yang mengarang qasidah Burdah), Ibn Hajar al-Asqalani, asy-Syarafuddin al-Dimyathi, ‘Abdul Ghani al-Maqdisi dan Ibn Abi Hatim. – penterjemah; rujukan – Mafahim Yajibu an Tushahhah, al-‘Allamah al-Muhaddits as-Sayyid Muhammad bin ‘Alawi al-Maliki al-Hasani.

[2] - Diriwayatkan oleh ath-Thabrani di dalam al-Kabiir (24/351) dan al-Ausath (1/67). Juga oleh al-Haitsami di dalam Majma az-Zawaid, dan beliau berkata: Di dalam perawi hadits ini ada seorang yang bernama Rauh bin Sholah. Beliau telah dihukumkan tsiqah oleh Ibn Hibban dan al-Hakim. Dia mempunyai kelemahan, manakala perawi-perawi yang lain adalah shahih.
Menurut al-Hafidz ‘Abdullah bin as-Siddiq al-Ghumari di dalam Ittihaf al-Azkiya membuat kesimpulan bahwa hadits ini tidak kurang daripada menempati darjat hasan, bahkan, mengikut syarat Ibn Hibban, ia adalah shahih. – penterjemah.


Sekian dari,
Abu Zahrah el-Qedahi
Taman Seri Gombak
22 Dhulqaedah 1430H/ 10 November 2009


Pasai Apa Kita Tolak Fahaman Wahabi - 3

Antaranya lagi pasai apa kita tolak Wahhabi.

Depa mengharamkan sambutan Maulidur Rasul dan jamuan makan sempena sambutan Maulidurrasul, bahkan depa kata perbuatan ini adalah sama dengan perbuatan Yahudi, sebagaimana yang disebut oleh Tok Syaikh depa, Sholih Fauzan dalam kitab dia at-Tauhid, halaman 116, depa kata kata kita yang dok sambut Maulid ni jahil dan sesat … Allahu Allah ….


Dan antaranya lagi Tok Syaikh depa kata:

قال ابن فوزان: يحتفل جهلة المسلمين أو علماء المضلين بمناسبة مولد الرسل

Ertinya: Telah berkata Ibn Fauzan: Orang jahil dari kalangan orang-orang Islam dan ulama-ulama mereka yang sesat merayakan Maulidurrasul. (disebut dalam kitab at-Tauhid, halaman 120)


قال ابن باز: إن الاحتفال بمولد النبي فيه تشبيه باليهود

Ertinya: Ibn Baz berkata: Sesungguhnya perayaan Maulidurrasul, padanya menyerupai orang Yahudi (disebut di dalam kitab Tahzir Minal Bid’ah, halaman 5)


Wahai saudara-saudaraku pakat-pakatlah pi baca dalam entri ambo yang terdahululah, apa kata ulama kita tentang merayakan Maulidurrasul. Semuanya terkumpoi tang ni pandai-pandai cari lah no, mana yang bekenan nak baca …….. Dan lebih moleh kalau pakat mai baca tang ni [1], [2], [3] dan [4]


Pasai Apa Kita Tolak Fahaman Wahabi - 2

Antara sebabnya lagi kita tolak fahaman Wahhabi, pasai depa ni tasyaddud (keraih kedekiang dalam mengutarakan pendapat depa sampai mensyirikkan, membid'ah dholalahkan golongan yang ber'amal pada masalah furu), jumud (statik, dalam memahami dalil orang lain) dan ta'assub (fanatik dalam pendapat dan methodologi depa saja.... depa saja betoi, orang lain salah)

Wahai saudara-saudaraku, mai kita tengok tulisan saudaraku Ustaz Raja Mukhlis tulih tentang sikap depa tu.



Ramai di kalangan masyarakat, awamnya mahupun ahli ilmunya, berkemungkinan, terkeliru tentang pertembungan Wahabi dengan golongan kontra terhadap mereka. Mereka yang terkeliru mengatakan: “Mengapa perlu bersungguh-sungguh dalam menentang Wahabi?”

Golongan yang bertanya dan saling bertanya tentang persoalan yang sebegitu sebenarnya tidak mendapat gambaran yang sempurna tentang pertentangan dan pertembungan tersebut.

Gambaran Pertama: Golongan ilmuan yang menolak dan menentang golongan yang dikatakan sebagai Salafi atau Wahabi, menentang mereka (Salafi Wahabi), bukan kerana nama mereka Wahabi atau Salafi, tetapi kerana mereka menentang pemikiran dan Wahabisme tersebut yang mengandungi unsu-unsur seperti tasyaddud, jumud dan sebagainya yang menjuruskan kepada perpecahan dalam umat Islam. Seperti yang dijelaskan sebelum ini, penggunaan istilah Wahabi bukanlah semata-mata merujuk kepada seseorang, tetapi penggunaannya lebih luas dari itu. Wahabi menurut mereka yang menentangnya adalah merujuk kepada suatu golongan yang mempunyai sekurang-kurangnya tiga ciri tersebut yang mampu menghancurkan kesatuan umat Islam iaitu:

Tasyaddud (terlalu keras) dalam menghukum, dengan bersikap mudah membid’ahkan sesuatu perkara ijtihadi dalam urusan Islam, sehingga membawa kepada takfir (mengkafirkan sesama Islam) secara sewenang-wenangnya.

Jumud (statik) dan sempit dalam kaedah menggali hukum, sehingga membuat suatu kaedah hukum yang amat sempit iaitu, “apa yang tidak pernah dilakukan oleh Rasulullah s.a.w., maka ia adalah hujah kepada haramnya, atau bid’ahnya perkara tersebut” sedangkan kaedah tersebut menyempitkan mafhum[1] ijtihad dalam masalah istinbat[2] hukum.

Taasub (fanatik) kepada sesuatu aliran pemikiran atau metodologi pemikiran, sehingga membawa kepada sikap menyalahkan mereka yang tidak sependapat dengan mereka, sehingga ada yang sampai menyesatkan mereka yang tidak sependapat dengannya, hatta dalam masalah ijtihad fiqhiyah[3] yang merupakan ruang khilaf (perselisihan) pendapat di kalangan para ulama, zaman berzaman.

Tiga sikap ini merupakan sikap-sikap yang menyebabkan umat Islam berpecah-belah, kerana menafikan adab ikhtilaf (adab berselisih pendapat) sehingga menyebabkan umat Islam saling kafir-mengkafirkan antara satu sama lain. Sikap-sikap inilah yang ditentang oleh golongan yang dikatakan “penentang-Wahabi” (anti-Wahabi), yang mana, sikap-sikap tersebut wujud dalam kebanyakkan mereka yang mengaku Salafi dan Wahabi khususnya di tanah Hijaz dan sebagainya.

Adapun mereka yang mengaku memperjuangkan manhaj salafus sholeh atau mendakwa salafi, namun tidak bersikap dengan tiga sikap yang disebutkan, maka mereka bukanlah sasaran penentangan anti-Wahabi, bahkan, pada hakikatnya, golongan anti-Wahabi tersebut juga adalah pendokong manhaj salafus sholeh, cuma tidaklah mendakwa diri mereka sebagai salafi, kerana bagi mereka, tiada ertinya menisbahkan diri mereka dengan nama salafi, kerana hakikatnya, salafi bukanlah suatu nama yang merujuk kepada suatu bentuk pemikiran atau suatu mazhab, namun ianya sekadar merujuk kepada tempoh zaman yang pernah dilalui oleh umat Islam (iaitu tiga kurun awal tahun hijrah dalam umat Islam).

Gambaran Kedua: Tidak dapat dinafikan, ada di kalangan golongan penuntut ilmu, yang masih belum matang dalam dunia keilmuan Islam, cepat terpegun dengan sesuatu manhaj pemikiran yang baru didapatinya. Lantas, kononnya sebagai suatu anjakan paradigma, mereka segera berpegang dengan kaedah pemikiran tersebut, dek sikap tergopoh-gopoh dalam menilai sesuatu.

Antara manhaj pemikiran baru yang menarik minat sesetengah golongan penuntut ilmu yang belum matang tersebut ialah, pemikiran Wahabi yang dibincangkan sebelum ini. Ini kerana, Wahabisme (dari sudut istilah akedemik) seolah-olah nampak sebagai suatu pemikiran yang membawa kepada tajdid[4] dan islah[5] mentaliti masyarakat Islam umumnya, di samping mengembalikan kemurnian aqidah umat Islam (yang kononnya sebelum ini sudah tersasar dari kefahaman aqidah Islam yang sebenar).

Pada persepsi mereka, Wahabisme membawa kepada:
  • Kesatuan Pemikiran: kerana menolak perselisihan pendapat dalam bidang agama Islam.
  • Pemurnian Aqidah: kerana menolak ajaran-ajaran yang dianggap membawa kepada syirik (walaupun pada hakikatnya, ajaran-ajaran tersebut memang ada dalam Islam dan tidak membawa kepada syirik).
  • Tajdid (pembaharuan) Umat Islam: kerana ia menegah taqlid[6] dan menggalakkan ijtihad, yang kononnya membuka minda masyarakat umat Islam.

Persepsi-persepsi mereka sebenarnya SALAH kerana, Wahabisme bukanlah membawa ketiga-tiga tersebut, tetapi membawa ketiga-tiga unsur yang telah diperkatakan sebelum ini (Tasyaddud, Jumud dan Taasub), yang disembunyikan di sebalik tiga slogan zahir yang terdapat pada persepsi mereka tersebut iaitu: Tauhidul Fikrah (Kesatuan Pemikiran), Pemurnian Aqidah dan Tajdid.

Golongan penuntut yang terkeliru, boleh jadi terkeliru kerana kegagalan mereka memahami bahawa, Islam ini dirosakkan oleh dua perkara iaitu: berlebih-lebihan dalam melakukan sesuatu sehingga akhirnya merosakkannya dan berlebih-lebihan dalam menolak sesuatu sehingga akhirnya merugikan diri sendiri. Jalan tajdid bukanlah dengan berlebih-lebihan, tetapi dengan mengembalikan umat Islam kepada kesederhanaan (I’tidal) dan pertengahan (wasathiyah), yang merupakan sifat semulajadi (fitrah) umat Islam, khususnya dari sudut ajarannya.

Apabila kita meletakkan Wahabisme (dengan makna penggunaan istilahnya yang meluas), dalam neraca I’tidal (kesederhanaan dan pertengahan) Islam, kita dapati bahawa, ianya bukanlah suatu pola pemikiran yang sederhana, yang diperlukan untuk tajdid (pembaikian umat Islam), tetapi lebih membawa kepada tafsid (memusnahkan umat Islam).

Jika kita menyelami slogan pertama Wahabisme, yang menyeru kepada kesatuan pemikiran, kita bersetuju bahawa, umat Islam harus bersatu, tetapi adakah kesatuan pemikiran dalam segenap aspek merupakan suatu agenda praktikal?

Kita dapati, dalam sumber syariat Islam sendiripun (Al-Qur’an dan As-Sunnah), terdapat dua bahagian iaitu, qot’ie (jelas atau putus) dan zhonni (kesamaran atau tidak jelas).

Adapun Qot’ie terbahagi kepada dua iaitu:

Qot’ie at-Thubut: Sesuatu dalil yang jelas dan putus bahawa ianya dari Allah Ta’ala dan Rasulullah صلى الله عليه وسلم seperti al-Qur’an dan Hadits Mutawatir.

Qot’ie ad-Dilalah: Sesuatu dalil yang jelas dan putus makna nash (lafaz wahyu) tersebut kerana ianya tidak berkemungkinan membawa kepada makna-makna lain dalam kaedah bahasa arab dan sebagainya.

Begitu juga tentang Dzonni, di mana ia turut terbahagi kepada dua iaitu:

Dzonni at-Thubut: Kesamaran dalam menisbahkan sesuatu dalil atau nash tersebut kepada Allah Ta’ala dan Rasulullah صلى الله عليه وسلم seperti Hadits Ahad (perawinya tidak melebihi tiga orang dalam satu masa).

Dzonni ad-Dilalah: Kesamaran makna sesuatu ayat atau lafaz zahir nash tersebut, menurut kaedah bahasa Arab dan sebagainya.

Sesetengah para ulama’ menjelaskan bahwa, 70% daripada sumber hukum Islam bersifat dzonni (tidak jelas). Oleh yang demikian, para ulama’ berselisih pendapat dalam menggali hukum dari sumber-sumber hukum tersebut, kerana kesamarannya.

Oleh yang demikian, kaedah usul fiqh (asas menggali hukum fiqh) menjelaskan bahawa, dalam mengistinbath (menggali) hukum melalui dalil-dalil yang zhonni (yang merupakan 70% daripada al-Qur’an dan as-Sunnah), maka dibolehkan berijtihad bagi ahli ijtihad yang sudah cukup dalam ilmu alat untuk berijtihad.

Jadi, ada banyak sebab mengapa para ulama’ berselisih pendapat dalam masalah zhonni, antaranya kerana perbezaan kaedah pemikiran mereka sendiri, antara satu sama lain. Oleh yang demikian, perselisihan pendapat memang tidak dapat dielakkan terutamanya dalam masalah fiqh yang furu’ yang berkaitan dengan dalil-dalil zhonni. Jadi, untuk menyatukan pemikiran dan mazhab dalam seluruh urusan agama tidak praktikal, bahkan sikap berlebihan dalam memaksa umat Islam bersatu dalam satu-satu pendapat dan mazhab lebih mengundang kepada bencana yang lebih besar iaitu: taasub (fanatik) dan saling menyalahkan antara satu sama lain.

Dalam berhadapan dengan realiti perselisihan pendapat yang berlaku dalam umat Islam, bukan dengan cara memaksa mereka bersatu dalam pemikiran (yang merupakan agenda tidak praktikal), tetapi menerapkan nilai-nilai adab ikhtilaf[7] (adab dan tatakarma dalam perselisihan pendapat), iaitu menghormati pendapat orang lain, dan tidak mengingkari golongan yang tidak sependapat dengan kita, dalam masalah khilaf (yang diperselisih ulama’ mengenainya), selagimana ia tidak bercanggah dengan prinsip-prinsip usul Islam yang murni, sepertimana yang sangat ditekankan oleh Dr. Yusuf al-Qaradhawi sendiri (yang menjadi ulama’ kesayangan sesetengah golongan yang mengaku salafi di Malaysia, padahal beliau sendiri menafikan diri sebagai salafi).

Adapun slogan kedua, tentang pemurnian aqidah yang dikatakan, cuba dilakukan oleh mereka yang mendokong gagasan pemikiran Wahabisme, maka ianya perlu dinilai semula. Niat yang baik untuk memurnikan aqidah umat Islam adalah suatu perkara yang dituntut dalam Islam. Tidak dapat dinafikan, ada “segelintir” dari masyarakat Islam yang tergelincir dari aqidah Islam yang murni, seperti memuja jin, di samping meminta tolong dari mereka dengan cara sihir, dan sebagainya, maka ianya perlu dibersihkan, kerana ilmu-ilmu kebomohan itu sendiri dilarang oleh Islam kerana akan membawa kepada syirik.

Adapun golongan Wahabi (kebanyakkannya), bukan sekadar menolak perkara-perkara yang bertentangan dengan syariat, tetapi menolak perkara-perkara yang mempunyai dasarnya dalam Islam, yang mana ianya, sekurang-kurangnya merupakan perkara-perkara yang khilafiyah (yang diperselisih ulama’ mengenainya), atas nama pemurnian aqidah.

Ada yang sanggup mengharamkan ziarah kubur “para wali”, mengharamkan tawassul, mengharamkan maulid Nabi صلى الله عليه وسلم, bahkan ada yang sampai menghukum kafir dan syirik bagi pelaku-pelaku perkara-perkara tersebut. Ada di kalangan mereka yang mengkafirkan dan memfasiqkan mereka yang mengerjakan sholat di masjid yang berhampiran dengan kubur, menuduh orang yang bertawassul dengan orang yang telah meninggal duniai sebagai penyembah kubur, menuduh orang yang menyambut maulid Nabi صلى الله عليه وسلم, mengangkat Nabi صلى الله عليه وسلم sepertimana orang-orang Nasrani, takkala menyembah Nabi Isa عليه السلام dan sebagainya. Kalau di Malaysia tidak kelihatan sikap tuduh-menuduh ini, menurut anda, tetapi di negara-negara arab khususnya Arab Saudi, ianya merupakan suatu perkara yang hebat diketengahkan oleh pengaku-pengaku Salafi (baca: Wahabi, menurut penentang mereka).

Fenomena ini bukan sahaja merupakan suatu usaha mengharamkan apa yang dihalalkan oleh Allah Ta’ala seperti ziarah kubur, atau bukan sahaja bersikap tasyaddud (keras) dan jumud dalam masalah yang perselisihan pendapat mengenainya dalam medan ilmiah, seperti masalah tawassul, tetapi ianya sudah membawa kepada saling tuduh-menuduh dan mengkafirkan umat Islam yang tidak sehaluan dengan mereka.

Ketahuilah wahai penuntut ilmu yang terpegun dengan Wahabi dan Wahabisme, atau golongan salafi moden ini bahawa, agenda mereka lebih menjurus kepada kerosakan syakhsiyah[8] umat Islam dari memurnikan aqidah mereka.

Contohnya, semata-mata kerana “Su’uz Zhon” (buruk sangka) terhadap penziarah kubur dari kalangan umat Islam, dengan menyangka mereka menyembah kubur takkala memuliakan si mati, ada di kalangan mereka (Wahabi) sanggup mengharamkan suatu ajaran yang mempunyai sandaran dalam Islam seperti ziarah kubur, khususnya para wali, dengan alasan untuk mencegah syirik. Adakah dari prasangka, boleh menghukum seseorang itu syirik? Adakah matlamat menghalalkan cara? Adakah kaedah sad ‘az-zaro’ik (mencegah mudorat) dalam masalah ini releven takkala kaedah persepsi mereka dalam melihat kemudaratan itu cuma dari prasangka?

Kata mufti Mesir, Syaikh Dr. Ali Jum’ah: “Kalau ada segelintir orang yang sembah kubur, bukan syariat ziarah kubur itu menjadi masalahnya. Masalahnya pada kefahaman orang tersebut. Kalau dia memang menyembah si mati, kubur tidak ada pun, dia akan sembah si mati, seperti orang Nasrani. Jadi, yang perlu dibetulkan ialah aqidah umat Islam, dalam proses pembelajaran dan tarbiah, bukan mengharamkan ziarah kubur dan sebagainya. Logikkah takkala seseorang muslim yang bertawaf di ka’abah, dia menyangka bahawa, ka’abah itulah tuhannya, tindakan yang perlu diambil ialah memusnahkan ka’abah tersebut Atau, menjelaskan kepada orang tersebut, siapakah Tuhan sebenar? Jadi, penyelesaian di sini, juga penyelesaian untuk masalah sebelum ini (ziarah kubur)…”

Oleh itu, agenda mengetengahkan konsep menutup pintu syirik dengan mengharamkan perkara-perkara yang ada sandarannya dalam Islam, seperti tawassul, ziarah kubur (hatta kubur para wali) dan sebagainya, merupakan suatu perkara yang membawa kepada pecah belah dan buruk sangka sesama Islam. Selagimana perkara-perkara tersebut diperselisihkan oleh para ulama’ dan yang mendokongnya mempunyai dalil dari sumber Islam, maka tidak boleh mengingkarinya, apatah lagi mengkafirkan pelakunya dan membid’ah dholalahkannya.

Adapun slogan zahir ketiga dalam gagasan Wahabisme, ialah tajdid umat Islam, dengan kedua-dua agenda sebelum ini, maka jelaslah ianya tidak praktikal. Kedua-dua agenda yang dilakukan oleh golongan Wahabi atau pengaku salafi moden (dalam terminologi yang kita maksudkan sebelum ini), bukan membawa kepada pemurnian dan pembaharuan umat Islam, tetapi secara praktikalnya, ia membawa kepada kemelut perpecahan yang amat bahaya bagi umat Islam iaitu, perpecahan, saling kafir-mengkafirkan dan saling bid’ah membid’ahkan.

Adapun agenda untuk menggalakkan semua masyarakat berijtihad khususnya dalam masalah fiqh islami, merupakan suatu perkara yang amat menyulitkan masyarakat dan membahayakan mereka.

Ia menyulitkan kerana, untuk berijtihad, seseorang perlu menguasai pelbagai bidang ilmu termasuklah ilmu bahasa Arab, ilmu usu; fiqh, menghafal al-Qur’an dan hadits dan sebagainya, yang merupakan suatu bebanan buat sesetengah masyarakat awa. Bahkan, sejak zaman para sahabat lagi, ada di kalangan mereka yang berijtihad dan ada di kalangan mereka yang bertaklid, seperti yang dijelaskan oleh Dr. Sa’id Ramadhan al-Buti dalam bukunya Al-LaMazhabiyah (Golongan yang Tiada Mazhab).

Oleh itu, mengharamkan taqlid kepada para imam mujtahid yang empat nan muktabar seperti Imam Abu Hanifah, al-Maliki, asy-Syafi’e, Ahmad bin Hanbal رضي الله عنهم, merupakan suatu bebanan dan bahkan merosakkan institusi fiqh islami itu sendiri. Ia membebankan kerana bukan semua orang muslim boleh berijtihad kerana tidak mampu menguasai pelbagai bidang ilmu alat untuk berijtihad, di samping merosakkan syariat itu sendiri, kerana orang-orang awam yang tidak ada kepakaran berijtihad, akan lebih mengukur syariat tersebut sesuai dengan hawa nafsu mereka.

Oleh yang demikian, ketiga-tiga agenda Wahabi yang utama tersebut merupakan penjurus kepada kepincangan dan perpecahan dalam umat Islam kerana ketiga-tiga ciri pemusnah yang terkandung dalam pola dan metodologi pemikiran mereka iaitu:
  • Ta’asub (fanatik puak sendiri)
  • Jumud (statik dan tertutup)
  • Tasyaddud (berlebih-lebihan dan bersikap keras)

Gambaran ketiga: Istilah Wahabi itu sendiri suatu yang abstrak. Oleh yang demikian, sesetengah golongan ilmuan yang terperangkap dengan kesempitan makna istilah Wahabi dari sudut akedemik, akan lalai daripada memahami makna istilah Wahabi yang digunakan oleh golongan penentang Wahabisme.

Seperti yang dijelaskan dalam gambaran pertama sebelum ini, majoriti golongan yang menentang Wahabi bukan kerana namanya Wahabi, atau mereka dinisbahkan kepada Syaikh Muhammad Abdul Wahab, atau kerana mereka mengaku Salafi, dan sebagainya, tetapi ianya lebih merujuk kepada tiga sikap yang merosakkan, yang disebutkan sebelum ini, yang dibawa dalam arus pemikiran kebanyakkan golongan yang mengaku pendokong Syaikh Muhammad bin Abdul Wahab (Wahabi) mahupun yang mengaku sebagai salafi.

Golongan yang terkeliru ini kadangkala sering meremehkan penentang-penentang Wahabi kerana pada mereka, golongan Wahabi tidak lain melainkan suatu mazhab dalam Islam juga. Bahkan, lebih dari itu, ada golongan yang kagum dengan kesungguhan dirinya dalam melakukan penyelidikan ilmiah, seolah-olah merasakan diri mereka sudah cukup memahami kebenaran dengan penyelidikan yang banyak, tidak senang dengan penentang-penentang Wahabi dan menuduh penentang-penentang Wahabi berburuk sangka dengan pendokong-pendokong Syaikh Muhammad Abdul Wahab dan berburuk sangka terhadap Syaikh Muhammad Abdul Wahab itu sendiri.

Oleh itu, mereka tampil membela Wahabi, dan Syaikh Muhammad bin Abdul Wahab, dengan bercakap tentang fakta-fakta yang tersurat, dan menjelaskan siapakah Wahabi sebenarnya kepada penentang-penentang Wahabi, seolah-olah golongan yang menentang Wahabi tersebut tidak mengenali siapakah Wahabi yang mereka tentangi selama ini.

Ada di kalangan mereka yang mengetengahkan kebaikan-kebaikan Syaikh Muhammad bin Abdul Wahab, dan kelayakkannya untuk bergelar mujaddid di zamannya, bagi menolak penentang-penentang Wahabi yang seolah-olah menentang suatu manusia yang sempurna, tiada kesilapan langsung.

Golongan ini, mencelah antara pertembungan anti-Wahabi dengan “Wahabi” seolah-olah ingin menjadi pendamai antara keduanya, padahal lebih mengelirukan mereka yang sedang keliru, termasuk diri mereka sendiri.

Bukankah dalam gambaran pertama tadi, kita sudah jelaskan, penentangan-penentangan mereka yang mengaku menentang Wahabi, sasaran mereka adalah “Wahabi” dalam istilah kefahaman mereka, iaitu mereka yang mendokong tiga sikap merosakkan masyarakat tersebut, yang mana mereka mengaku salafi atau wahabi dalam menyebarkan agenda mereka dan mempraktikkannya dalam masyarakat Islam.

Hakikatnya, penentangan terhadap golongan Wahabi tidak akan terhenti selagi mereka tidak meninggalkan tiga sikap yang memecahkan umat tersebut. Adapun semata-mata menisbahkan diri kepada salaf, atau menisbahkan diri kepada Syaikh Muhammad Abdul Wahab, bukanlah sasaran mereka yang mengaku menentang Wahabi selagi mereka tidak bersikap dengan tiga sikap berkenaan, yang menjadi sikap kebanyakkan yang mengaku pengikut Syaikh Muhammad bin Abdul Wahab dan pengaku salafi di era moden ini. Tetapi, timbul persoalan, kenapa mereka yang menisbahkan diri kepada Syaikh Muhammad bin Abdul Wahab seoalah-olah terbahagi kepada dua, ada yang bersikap dengan tiga sikap pemusnah umat Islam tersebut, dan ada yang tidak bersikap dengan tiga sikap tersebut?

[1]Mafhum: Kefahaman tentang sesuatu.
[2] Istinbat: Pengalian atau pengeluaran hokum dari sumber-sumber Islam, seperti al-Qur’an, as-Sunnah, Ijma`, Qiyas dan sebagainya.
[3] Masalah yang mana, para ulama’ berijtihad mengenainya.
[4] Tajdid: Pembaharuan
[5] Islah: Pembersihan atau pemurnian dan pembaikpulihan
[6] Taqlid: Mengikut sesuatu Mazhab seseorang ulama’ Mujtahid dalam bidang fiqh.
[7] Ikhtilaf: Berselisih pendapat
[8] peribadi

Wallahu a'lam...
Al-Faqir ila Rabbihi Al-Jalil
Raja Ahmad Mukhlis bin Raja Jamaludin ar-Razi al-Azhari


Sekian dari
Abu Zahrah, Taman Seri Gombak
22 Dhulqaedah 1430/ 10 November 2009

Pasai Apa Kita Tolak Fahaman Wahabi - 1

Pasai kita tolak fahaman Wahhabi? Jawabnya pasai yang utamanya, depa ni menyebaqkan ‘aqidah yang menjuruih kepada musyabbihah dan mujassimah.

Antaranya depa kata:
الله جالس على الكرسي
Ertinya: Allah duduk atas Kursi (disebut di dalam kitab Fathul Majid karangan ‘Abdurrahman bin Hasan bin Muhammad bin ‘Abdul Wahhab, halaman 365, cetakan Darussalam, Riyadh)

قال ابن باز: الله قوق العرش بذاته
Ertniya: Telah berkata Ibn Baz: Dzat Allah Ta’ala itu ditas ‘arasy (disebut di dalam Majalah Haji, bilangan 49, juzuk 11, tahun 1415H, halaman 73 – 74)

قال العثيمين: الكرسي موضع قدمي الله
Ertinya: Telah berkata Utsaimin: al-Kursi itu adalah tempat letak kedua kaki Allah (disebut di dalam kitabnya Tafsir Ayat al-Kursi, halaman 19, Maktabah Ibnu Jauzi)

قال ابن باز: نفي الجسمية والجوارح والأعضاء عن الله من الكلام المذموم
Ertinya: Telah berkata Ibn Baz: Penafian jisin dan anggota bagi Allah adalah kata-kata yang tercela. (Tanbihat fi Radd ‘ala Man Taawwal Shifat, karangan Ben Baz, terbitan Risalah Ammah lil Ifta Riyadh)

Dalam sebuah buku berjudul Tauhid as-Salaf as-Sholeh – Pegangan Beragama Untuk Umat Islam karangan Haji Abdul Malek Hussin dan telah disunting dan dikemaskini oleh ‘Abdul Hadi Abdul Malek. “…. kenyataan selama ini mengatakan Allah tidak bertempat bukan sahaja MUSYRIK bahkan SAMA pegangan dengan seorang atheis. Dengan mengatakan Allah tidak bertempat, bermakna Allah tidak wujud. Kiri tidak ada (kalau ada, Allah itu bertempat), kanan pun tidak ada (kalau ada, Allah itu bertempat), seterusnya sama juga bila ditanya: Atas, bawah, depan, belakang semuanya menyatakan Allah itu tiada. Dengan itu: Dimana Allah? Jawab: Tidak tahu Keputusan: Allah itu tidak bertempat, maknanya: Allah tidak wujud.

Maka saudara-saudaraku, mai kita tengok pulak apa kata ulama ahlus Sunnah wal Jamaah. Artikel ini ambo petik dari tulisan teman ambo Ustaz Raja Ahmad Mukhlis bin Raja Jamaluddin al-Azhari.

Aqidah Salafus-Sholeh Dan Tanzih (Menyucikan Allah Ta’ala Daripada Tempat dan Kejisiman)

Mafhum Istilah "Tempat"

Dari sudut bahasa, tempat bererti: Sesuatu yang meliputi sesuatu jisim. Dari sudut istilah: Suatu yang menjadi lapangan bagi sesuatu jisim. (At-Tanzih karangan Dr. Umar Abdullah Kamil). Oleh yang demikian, sesuatu yang bertempat bererti, ia adalah sesuatu yang berjisim. Oleh kerana itulah, aqidah Islam yang murni menyucikan Allah Ta’ala daripada tempat kerana zat Allah Ta’ala tidak berjisim.

Tempat itu adalah sesuatu yang mempunyai ukuran tertentu, begitu juga dengan jisim. Adapun jisim itu adalah sesuatu yang mempunyai saiz tertentu, ukuran tertentu, had-had tertentu, batasan-batasan tertentu dan sebagainya yang mengambil ruang dan tempat. Oleh yang demikian, Maha Suci Allah Ta’ala daripada bertempat dan berjisim. Inilah aqidah Islam yang murni menurut Al-Qur'an, As-Sunnah dan aqidah para salafus-soleh.

Firman Allah Ta’ala:
قُل لِّمَن مَّا فِي ٱلسَّمَٰوَٰتِ وَٱلأَرْضِ قُل للَّهِ
Katakanlah: "Kepunyaan siapakah apa yang ada di langit dan di bumi." Katakanlah: "Kepunyaan Allah." (Surah Al-An'am: 12)

Imam Fakhruddin ar-Razi berkata: ayat ini menjadi dalil bahawa Allah Ta’ala tidak bertempat, kerana semua tempat yang ada dalam langit dan bumi adalah kepunyaanNya, yang merupakan ciptaanNya. (sila rujuk buku asas at-taqdis).

Perkataan Salafus-Sholeh dalam Menafikan Tempat dan Jisim bagi Allah Ta’ala.

قال سيدنا علي رضي الله عنه: كان- الله- ولا مكان ، وهو الان على ما- عليه- كان اهـ. أي بلا مكان - الفرق بين الفرق لأبي منصور البغدادي:333

Sayyidina Ali رضي الله عنه pernah berkata: “Sesungguhnya Allah Ta’ala itu tidak bertempat. Dia sekarang dalam keadaan seperti mana Dia sebelum ini (iaitu tetap qadim dan abadi tanpa bertempat)”. (al-Firaq bainal Firaq karangan Abu Mansur: 333)

قال أيضا: إن الله تعالى خلق العرش إظهارًا لقدرته لا مكانا لذاته - الفرق بين الفرق لأبي منصور البغدادي:333

Sayyidina Ali رضي الله عنه berkata lagi: “Sesungguhnya Allah Ta’ala menciptakan Arasy, sebagai tanda kekuasaanNya, bukan sebagai tempat untuk Dia duduki” (al-Firaq bainal Firaq: 333)


من زعم أن إلهنا محدود فقد جهل الخالق المعبود . - حلية الأولياء: ترجمة علي بن أي طالب: 73:1

Sayyidina Ali رضي الله عنه berkata lagi: “Sesiapa yang beranggapan bahawa, Tuhan kita mahdud (ada ruang lingkup tertentu atau ada had-had tertentu), bererti dia jahil tentang Tuhan Maha Pencipta lagi Tuhan yang disembah” (Hilyatul Auliya’: 1/73)

وقال التابعي الجليل الإمام زين العابدين علي بن الحسين بن علي رضي الله عنهم ما نصه: أنت الله الذي لا يحويك مكان - إتحاف السادة المتقين: 380:4

Imam Ali Zainal Abidin bin Al-Husein رضي الله عنه berkata: “Sesungguhnya, Engkaulah Allah, yang tidak bertempat” (Ittihaf Saadah al-Muttaqin: 4/380)

أنت الله الذي لا تحد فتكون محدودا - إتحاف السادة المتقين)

Imam Ali Zainal Abidin رضي الله عنه berkata lagi: “Engkaulah Allah yang tidak mempunyai sebarang had...” (Ittihaf Saadah al-Muttaqin: 4/380)


وقال الإمام جعفر الصادق بن محمد الباقر بن زين العابدين علي بن الحسين رضوان الله عليه من زعم أن الله في شيء، أو من شيء، أو على شيء فقد أشرك.

Imam Ja’far as-Shodiq رضي الله عنه berkata: “Sesiapa yang mengatakan bahawa Allah Ta’ala berada pada mana-mana tempat, atau berada atas sesuatu, atau berasal daripada sesuatu, maka dia telahpun syirik...” (risalah Al-Qusyairiyah: 6)


قال الإمام أبو حنيفة النعمان بن ثابت: " كان الله تعالى ولا مكان قبل أن يخلق الخلق ، وكان الله تعالى ولم يكن أين ولا خلق ولا شىء ، وهو خالق كل شىء - الفقه الأبسط ضمن مجموعة رسائل أبي حنيفة بتحقيق الكوثري ص 25

Imam Abu Hanifah رضي الله عنه berkata: Allah Ta’ala itu wujud tanpa bertempat sebelum dia menciptakan makhluk. Maka, Allah Ta’ala wujud tanpa di mana, tanpa makhluk dan tanpa sesuatupun (bersamaNya). Dialah yang menciptakan segalanya. (al-Fiqh al-Absath: 25)


قال الإمام أبو حنيفة النعمان بن ثابت: ولقاء الله تعالى لأهل الجنة بلا كيف ولا تشبيه ولا جهة، حق

Beliau berkata lagi: Pertemuan dengan Allah Ta’ala bagi ahli syurga tanpa kaifiyat, tanpa tasybih dan tanpa sudut adalah benar (al-Washiyah: 4)


ونقر بأن الله سبحانه وتعالى على العرش استوى من غير أن يكون له حاجة إليه واستقرار عليه ، وهو حافظ العرش وغير العرش من غير احتياج - كتاب الوصية ، ضمن مجموعة رسائل أبي حنيفة بتحقيق الكوثري ص/ 2

Beliau berkata lagi: Kami mengakui Allah Ta’ala beristiwa atas Arasy tanpa berhajat kepadanya ataupun tanpa menetap di atasnya. Dialah yang menjaga Arasy dan selain daripada Arasy tanpa memerlukannya. (Kitab al-Washiyyah karangan Imam Abu Hanifah yang ditahqiq oleh Imam al-Kauthari, halaman 2)


وقال الإمام محمد بن إدريس الشافعي: إنه تعالى كان ولا مكان فخلق المكان وهو على صفة الأزلية كما كان قبل خلقه المكان لا يجوز عليه التغيير في ذاته ولا التبديل في صفاته

Imam As-Syafi’e رضي الله عنه berkata: “Allah Ta’ala wujud tidak bertempat. Dia menciptakan tempat, sedangkan Dia tetap dengan sifat-sifat keabadianNya, sepertimana sebelum Dia menciptakan makhluk. Tidak layak Allah Ta’ala berubah sifatNya atau zatNya.” (Ittihaf Saadah al-Muttaqin: 2/24).


وأما الإمام الجليل أبو عبد الله أحمد بن محمد بن حنبل الشيباني فقد ذكر الشيخ ابن حجر الهيثمي أنه كان من المترهين لله تعالى عن الجه ة والجسمية، ثم قال ابن حجر ما نصه: وما اشتهر بين جهلة المنسوبين إلى هذا الإمام الأعظم من أنه قائل بشيء من الجهة أو نحوها فكذب وبهتان وافتراء عليه"

Imam Ahmad bin Hanbal رضي الله عنه pula, menurut Syaikh Ibn Hajar al-Haithami bahawasanya, beliau (Imam Ahmad) dalam kalangan mereka yang menyucikan Allah Ta’ala daripada sebarang tempat dan kejisiman. Kemudian, Ibn Hajar berkata: Adapun yang masyhur dalam kalangan orang-orang jahil yang menisbahkan kepada Imam yang agung ini, bahawa beliau bercakap tentang (Allah Ta’ala) bertempat dan sebagainya, maka ia merupakan sesuatu yang dusta, tipu daya dan rekaan ke atas beliau" (al-Fatawa al-Haditsiyyah: 44)

وكذا كان على هذا المعتقد الإمام شيخ المحدثين أبو عبد الله محمد ابن إسماعيل البخاري صاحب الصحيح ( ٢٥٦ ه( فقد فهم شراح صحيحه أن البخاري كان يتره الله عن المكان والجهة

Imam Al-Bukhari رضي الله عنه dalam Shahih Al-Bukhari itu sendiri menurut mereka yang mensyarahkannya, bahawasanya beliau menyucikan Allah Ta’ala daripada tempat dan sudut.

وقال الإمام الحافظ الفقيه أبو جعفر أحمد بن سلام ة الطحاوي الحنفي ( ٣٢١ ه ( في رسالته (العقيدة الطحاوية) ما نصه: "وتعالى - أي الله - عن الحدود والغايات والأ ركان والأعضاء والأدوات، لا تحويه الجهات الست كسائر المبتدعات"

Imam at-Tohawi رضي الله عنه berkata juga: “Maha Tinggi dan Suci Allah Ta’ala daripada sebarang had, sempadan, anggota, dan alat. Dia tidak tertakluk dalam mana-mana sudut yang enam (tidak bertempat).” (ss-Siqaat: 1/1)


وقال الحافظ محمد بن حبان ( ٣٥٤ ه) صاحب الصحيح المشهور بصحيح ابن حبان ما نصه: "الحمد لله الذي ليس له حد محدود فيحتوى، ولا له أجل معدود فيفنى، ولا يحيط به جوامع المكان ولا يشتمل عليه تواتر الزمان"

Imam Ibn Hibban رضي الله عنه berkata: “Segala puji bagi Allah Ta’ala yang tidak mempunyai sebarang batasan yang membatasinya lalu meliputinya, dan tiada bagiNya masa yang terbatas yang akan menyebabkan Dia fana, dan tiada tempat yang dapat meliputiNya, dan tiada termasuk dalam lingkaran masa. (as-Siqaat: 1/1)

وقال الحافظ محمد بن حبان ( ٣٥٤ ه): كان- الله- ولا زمان ولا مكان

Sesungguhnya Allah Ta’ala tidak tertakluk kepada tempat dan masa” (Al-Ihsan fi Tartib Sahih Ibn Hibban: 4/8)


وقال الحافظ محمد بن حبان ( ٣٥٤ ه): ينزل - يعني الله - بلا آلة ولا تحرك ولا انتقال من مكان إلى مكان

Beliau berkata lagi: Allah Ta’ala turun tanpa alat, tanpa pergerakan, tanpa perpindahan dari suatu tempat ke suatu tempat yang lain (Al-Ihsan fi Tartib Sahih Ibn Hibban: 2/136)

وقال الشيخ أبو سليمان أحمد بن محمد الخطابي ) ٣٨٨ ه ( صاحب ) معالم السنن ( ما نصه: وليس معنى قول المسلمين إن الله على العرش هو أنه تعالى مماس له أو متمكن فيه أو متحيز في جهة من جهاته

Imam Abu Sulaiman Ahmad Al-Khitobi رضي الله عنه berkata: "Bukanlah makna perkataan kaum muslimin bahawa Allah Ta’ala atas Arasy it bahawa Dia menyentuhnya atau menetap di atasnya, atau mengambil tempat daripada salah satu sudut daripada sudut-sudutnya… (A'lamul Hadits: 2/147)

قال الامام أحمد ، فقد نقل ابو الفضل التميمي رئيس الحنابلة عن الامام احمد مانصه : كان يقول - أي الإمام أحمد - في معني الاستواء هو العلو والارتفاع ولم يزل الله عاليا رفيعا قبل أن يخلق عرشه فهو فوق كل شىء والعالي علي كل شىء... علا ولا يجوز أن يقال استوي بمماسه ولا بملاقاه تعالي الله عن ذلك علوا كبيرا والله تعالي لم يلحقه تغيير ولا تبدل ولا تلحقه الحدود قبل خلق العرش ولا بعد خلق العرش

Imam Ahmad رضي الله عنه berkata, seperti yang dinukilkan oleh Abu Al-Fadhl At-Tamimi, penghulu ulama' Hanabilah (ulama-ulama bermazhab Hanbali), daripada Imam Ahmad bahawa beliau berkata tentang makna istiwa: "Iaitu ketinggian darjat dan keagunganNya. Allah Ta’ala sentiasa Maha Tinggi dan Maha Tinggi (darjatNya) sebelum Dia menciptakan Arasy. Dia di atas setiap sesuatu dan Maha Tinggi (kedudukanNya) daripada setiap sesuatu… Tidak boleh seseorangberkata bahawasanya, istiwa itu zat Allah Ta’ala menyentuh Arasy atau menempatinya. Maha Suci Allah Ta’aladaripadanya (bertempat tersebut) setinggi-tinggiNya. Dia tidak akan berubah-ubah, tidak dibatasi dengan sebarang batasan sebelum penciptaan Arasy dan setelah kejadian Arasy tersebut" (Risalah at-Tamimi: 2/265-290)

قال الامام الطبري رحمه الله : فتبين إذا أن القديم بارىء الأشياء وصانعها هو الواحد الذي كان قبل كل شىء ، وهو الكائن بعد كل شىء ، والأول قبل كل شىء ، والآخر بعد كل شىء، وأنه كان ولا وقت ولا زمان ولا ليل ولا نهار، ولا ظلمة ولا نور ولا سماء ولا أرض ولا شمس ولا قمر ولا نجوم ، وأن كل شىء سواه محدث مدبرمصنوع...

Imam at-Tabari رضي الله عنه berkata: Jelaslah bahawa Allah Ta’ala qadim, Tuhan kepada seluruh makhluk dan Penciptanya. Dialah yang Maha Esa yang wujud sebelum sesuatu wujud. Dia juga kekal setelah kewujudan makhluk. Dialah yang Maha Awal sebelum segala sesuatu dan Maha Akhir setelah segala sesuatu. Allah Ta’ala itu wujud tanpa masa, zaman, siang, malam, tanpa kegelapan dan tanpa cahaya, tanpa langit, tanpa bumi, tanpa matahari, tanpa bulan dan tanpa bintang. Semua selainNya adalah baharu yang ditadbir dan diciptakan (olehNya). (Tarikh at-Tabari : 1/26)

وقال إمام أهل السنة أبو الحسن الأشعري (324 ه): نصه : كان الله ولا مكان فخلق العرش والكرسي ولم يحتج إلى مكان

Imam Abu Al-Hasan Al-Asy'ari رضي الله عنه berkata: Allah Ta’ala wujud tanpa bertempat. Dia menciptakan Arasy dan Kursi tanpa memerlukan kepada tempat. (Tabyiin Kazbul Muftari: 150)

قال الله تعالى مخبرا عن خليله إبراهيم صلوات الله عليه وسلامه –( لَمَّا أَفَلَ قَالَ لا أُحِبُّ الآفِلِينَ) (الانعام/76) في قصة أفول الكوكب والشمس والقمر وتحريكها من مكان إلى مكان ما دل على أن ربه عز وجل لا يجوز عليه شىء من ذلك ، وأن من جاز عليه الأفول والانتقال من مكان إلى مكان فليس بإله

Beliau berkata lagi: Allah Ta’ala mengkhabarkan daripada Ibrahim عليه السلام dalam ayat: "Ketika ia (bintang) lenyap maka Baginda (Ibrahim) berkata, aku tidak suka kepada yang lenyap". Dalam kisah tersebut, bintang, matahari dan bulan bergerak-gerak, kejap adan kejap tiada, berpindah dari tempat ke suatu tempat, menunjukkan bahawa Allah Ta’ala tidak bersifat dengan sifat tersebut (bergerak dari tempat ke tempat). Setiap yang boleh lenyap dan berpindah dari suatu tempat ke suatu tempat maka ia bukan tuhan. (Risalah Istihsan Al-Khaudh: 45)

على ما كان ، وكان على ما عليه الان ، جل عن التغير والزوال والاستحالة

Telah berkata Imam Abu Mansur Al-Maturidi رضي الله عنه : "Sesungguhnya Allah Ta’ala wujud tanpa bertempat…Dia wujud kini sama seperti wujudNya sebelum ini, dan sehingga kini wujud seperti sebelumnya. Maha Suci Allah Ta’ala daripada berubah-ubah, hilang mahupun daripada kemustahilan. (at-Tauhid karangan Imam Maturidi: 69)

وقال الصوفي أبو عثمان المغربي سعيد بن سلام (373 هـ) فيما نقله عنه أبو القاسم عبد الكريم بن هوازن القشيري (469 هـ) ونصه: أنه كما كان ولا مكان فهو الآن كما كان... ) الرسالة القشيرية: 5)

Imam Abu Uthman Al-Maghribi Sa'id bin Salam (373H) berkata (seperti yang dinukilkan oleh Imam Al-Qusyairi: Sesungguhnya Allah Ta’ala itu wujud tanpa tempat. Dia wujud kini seperti sedia kala juga… (ar-Risalah al-Qusyairiah: 5)

قال الشيخ أبو بكر محمد بن إسحق الكلاباذي الحنفي (385 هـ) في بيان عقيدة الصوفية ما نصه : اجتمعت الصوفية على أن الله لا يحويه مكان ولا يجري عليه زمان (التعرّف لمذهب أهل التصوف)

Imam Al-Kalabazi (385 H) berkata tentang aqidah para sufi (sejak dari zaman salafus soleh): Telah ijma' dalam kalangan sufi bahawasanya Allah Ta’ala itu tidak bertempat dan tidak dilingkari oleh masa. (At-Ta'arruf : 33)

Demikianlah beberapa perkataan para ulama' ahlus-sunnah wal jamaah dari kalangan salafus-soleh sendiri, yang menyucikan Allah Ta’ala daripada sebarang tempat dan jisim. Semoga kita dapat mengikuti jejak para salafus-soleh dalam menyucikan Allah Ta’ala daripada sebarang kekurangan termasuklah daripada sifat-sifat kejisiman dan tempat.

Semoga kita semua mengikut aqidah salafus soleh yang sebenar dalam menyucikan Allah Ta’ala daripada kelaziman tempat dan kejisiman yang merupakan antara sifat-sifat makhluk yang serba kekurangan. Semoga Allah Ta’ala memelihara kemurnian aqidah kita dalam mengikut aqidah Rasulullah صلى الله عليه وسلم, para sahabat رضي الله عنهم, para salafus sholeh dan aqidah sawadhul a'zhom (majoriti umat Islam) dari kalangan ahlus sunnah wal jamaah (al-Asya'irah dan al-Maturidiyah).

Wallahu a'lam...
Al-Faqir ila Rabbihi Al-Jalil
Raja Ahmad Mukhlis bin Raja Jamaludin ar-Razi al-Azhari

Selain dari itu saudara-saudara juga boleh membaca disini mengenai permasalahan diatas.

Sekian dari
Abu Zahrah, Taman Seri Gombak
22 Dhulqaedah 1430/ 10 November 2009

Kitab-kitab Ulama Dalam Menolak Fahaman Wahhabi

Awalnya ambo ambil keputusan untuk menamatkan operasi blog al-Fanshuri dan berkaitan dengannya. Namun beberapa orang teman ambo telah meminta ambo mempertimbangkan semula keputusan tersebut dan meminta untuk diactivekan semula blog-blog ambo … pada mulanya ambo rasa keberatan, tetapi melihatkan beberapa isu yang sedang hangat diperbahaskan iaitu WAHABI maka ambo pun memutuskan untuk meneruskan operasi al-Fanshuri, walaupun sumbangannya tidak seberapa.

Mengenai isu Wahhabi, mungkin di kalangan masyarakat tertanya-tanya kenapa kita sibuk-sibuk nak lawan dengan Wahhabi? Ulama-ulama lain tak sibuk pun? Ketahuilah, pada realitinya, sejak dari zaman berzaman para ulama ahlus sunnah bangun menentang kehadiran fahaman Wahhabi yang membawa perpecahan di kalangan umat Islam. Fahaman Wahhabi telah memberikan sumbangan terbesar terhadap kehancuran perpaduan umat Islam dengan bermodalkan perkara yang remeh-temeh. Dan yang lebih parah lagi … aqidah yang mereka sebarkan menjurus kepada musyabbihah dan mujassimah. Sejak dari mula timbulnya fahaman Wahhabi, ulama-ulama ahlus sunnah wal jama’ah telah menulis kitab untuk menolak fahaman Wahhabi ini antaranya:-
  • Fasl al-Khitab fi Radd ‘ala Muhammad ibn Abdil Wahhab oleh Syaikh Sulaiman ibn Abdil Wahhab. Inilah merupakan kitab yang pertama yang menolak fahaman Wahhabi yang ditulis oleh saudara kandung pengasas fahaman Wahhabi.
  • As-Sowa’qul Ilahiyyah fi Raddi ‘ala al-Wahhabiyyah oleh al-‘Alim al-‘Allamah al-Syaikh Sulaiman ibn ‘Abdul Wahhab al-Najdi
  • Fitnah al-Wahhabiyyah oleh al-‘Alim al-‘Allamah al-Sayyid Ahmad Zaini Dahlan (kitab ini telah diterjemahkan ke bahasa Melayu oleh Ustaz Muhammad Fuad bin Kamaluddin ar-Rembawi)
  • Ad-Durarus Saniyah fi al-Raddi ‘ala al-Wahhabiyyah oleh al-‘Alim al-‘Allamah al-Sayyid Ahmad Zaini Dahlan (kitab ini telah diterjemahkan ke bahasa Melayu, maaflah ambo lupa tajuknya)
  • Khulasatul Kalam fi Bayani 'Umara` al-Balad al-Haram karangan al-‘Alim al-‘Allamah al-Sayyid Ahmad Zaini Dahlan
  • Saif al-Jabbar oleh Syaikh Fadhlur Rasul
  • Al-Aqwal al-Mardiyyah fi al-Radd 'ala al-Wahhabiyyah oleh al-Syaikh al-Faqih 'Atha' al-Kasam al-Dimashqi al-Hanafi
  • Ar-Radd ‘ala al-Wahhabiyyah oleh Syaikh Sholeh al-Kuwaisy al-Tunisi
  • Ar-Radd ‘ala al-Wahhabiyyah oleh Abu Hafs Umar al-Mahjub
  • Ar-Radd ‘ala al-Wahhabiyyah oleh Syaikh Muhammad Sholeh al-Zamzami al-Syafie
  • Ar-Radd ‘ala al-Wahhabiyyah oleh Syaikh Ibrahim ibn Abdul Qadir al-Tarabulasi al-Riyahi al-Tunisi
  • Ar-Radd ‘ala al-Wahhabiyyah oleh Mufti Madinah Zubir di Bashrah - Syaikh Abdul Muhsin al-Asyniqiri al-Hanbali
  • Ar-Radd ‘ala al-Wahhabiyyah oleh Mufti Fez - Syaikh al-Makhdum al-Mahdi
  • Ar-Radd ‘ala al-Wahhabiyyah oleh Qadhi Jamaa’ah di Maghribi - Syaikh Ibn Kiran
  • Ar-Radd ‘ala Ibni Abdil Wahhab oleh Syaikhul Islam Tunisia- Syaikh Ismail al-Tamimi al-Maliki
  • Ar-Radd ‘ala Ibni Abdil Wahhab oleh Syaikh Ahmad al-Misri al-Ahsa’i
  • Ar-Radd ‘ala Ibni Abdil Wahhab oleh al-‘Allamah Barakat al-Syafie al-Ahmadi al-Makki
  • Ar-Radd ‘ala Muhmmaad ibn Abdil Wahhab karangan Muhammad ibn Sulaiman al-Kurdi asy-Syafie, guru dan syaikh bagi Ibn ‘Abdul Wahhab. Disebut oleh Ibnu Marzuq asy-Syafie: Syaikhnya ini telah berfirasat bahwa dia akan menjadi orang yang sesat dan meyesatkan seperti mana firasat syaikhnya Muhammad Hayat as-Sindi dan dan ayahnya [ayahnya Muhammad ibn ‘Abdul Wahhab].
  • At-Taudhih ‘ala Tauhid al-Khallaq fi Jawab Ahli al-Iraq ‘ala Muhammad ibn ‘Abdul Wahhab karangan Syaikh ‘Abdullah Affendi al-Rawi
  • Al-Haqiqah al-Islamiyah fi ar-Raddi ‘ala al-Wahhabiyyah oleh Syaikh Abdul Ghani ibn Sholeh Hamadah.
  • Ad-Dalil Kafi fi ar-Radd ‘ala al-Wahhabi oleh Syaikh Misbah ibn Muhamad Syabqalu al-Beiruti
  • Radd Muhtar ‘ala Durr al-Mukhtar oleh Ibn ‘Abidin al-Hanafi al-Dimasyqi
  • Al-Haq al-Mubin fi ar-Radd ‘ala al-Wahhabiyyin oleh Syaikh Ahmad Sa’id al-Faruqi al-Sirhindi al-Naqsyabandi
  • Al-Haqaiq al-Islamiyah fi Radd ‘ala Maza’im al-Wahhabiyyah bi Adillah al-Kitab wa al-Sunnah al-Nabawiyyah oleh Syaikh Malik ibn Syaikh Mahmud.
  • Ar-Rudud ‘ala Muhammad ibn Abdul Wahhab oleh al-Muhaddits Sholeh al-Fullani al-Maghribi. Telah berkata Sayyid ‘Alawi ibn Ahmad al-Haddad bahwa kitab yang besar ini mengandungi risalah dan jawapan daripada para ulama’ mazhab yang empat, Hanafi, Maliki, Syafie dan Hanbali dalam menolak pendapat/fahaman Muhammad ibn Abdul Wahhab.
  • Ar-Radd ‘ala Muhammad ibn Abdul Wahhab oleh Syaikh Abdullah al-Qudumi al-Hanbali al-Nablusi
  • Risalah fi Musyajarah baina Ahl Makkah wa Ahl Nadj fil ‘Aqidah oleh Syaikh Muhammad ibn Nasir al-Hazimi al-Yamani
  • Sa’adah ad-Darain fi ar-Radd ‘ala Firqatain – al-Wahhabiyyah wa Muqallidah al-Zhahiriyyah oleh Syaikh Ibrahim ibn Utsman ibn Muhammad al-Samhudi al-Manshuri al-Misri
  • Al-Saif al-Batir li ‘Unuq al-Munkir ‘ala al-Akabir oleh al-‘Allamah al-Habib ‘Alwi bin Ahmad bin Hasan bin Quthubul Irsyad al-Habib ‘Abdullah bin ‘Alwi al-Haddad.
  • As-Suyuf al-Masyriqiyyah li Qat’ie A’naaq al-Qailin bi Jihah wa al-Jismiyah oleh Syaikh ‘Ali ibn Muhammad al-Maili al-Jamali al-Tunisi al-Maghribi al-Maliki
  • Raudh al-Majal fi al-Radd ‘ala Ahl al-Dholal oleh Syaikh Abdurrahman al-Hindi al-Delhi al-Hanafi
  • Sidq al-Khabar fi Khawarij al-Qarn al-Tsani Asyara fi Itsbathi ‘an al-Wahhabiyyah min al-Khawarij oleh Syaikh al-Syarif ‘Abdullah ibn Hassan Basya ibn Fadhi Basya al-‘Alawi al-Husaini al-Hijazi
  • Al-Minhah al-Wahbiyyah fi Raddi al-Wahhabiyyah oleh Syaikh Daud bin Sulaiman al-Baghdadi an-Naqsyabandi al-Khalidi
  • Al-Haqaaiq al-Islamiyyah fi ar-Raddi ‘ala al-Mazaa’im al-Wahhabiyyah bi Adillah al-Ktab wa as-Sunnah an-Nabawiyyah oleh al-Hajj Malek Bih ibn Asy-Syaikh Mahmud, Mudir Madrasah al-‘Irfan, Kutbali, Mali
  • Misbah al-Anam wa Jala-uz-Zhalam fi Raddi Syubah al-Bid’i an-Najdi Allati Adhalla biha al-‘Awwam oleh al-‘Allamah al-Habib ‘Alwi bin Ahmad bin Hasan bin Quthubul Irsyad al-Habib ‘Abdullah bin ‘alwi al-Haddad. Di dalam kitab ini, pada halaman 3, beliau berkata bahawa kesesatan Muhammad bin 'Abdul Wahhab telah disampaikan oleh ramai ulama secara tawatur dalam tulisan-tulisan mereka daripada orang-orang yang tsiqah dari kalangan ulama-ul-akhyar (terpilih) dan selain mereka, yang telah melihat dengan matanya sendiri dan mendengar dengan telinganya sendiri akan kesesatan Muhammad bin 'Abdul Wahhab dan pengikut-pengikutnya dan juga dari tulisan-tulisan, perkataan, perbuatan dan perintah Muhammad bin Abdul Wahhab dan pengikut-pengikutnya. Pada halaman 15, al-Habib berkata: Aku telah diberitahu oleh seorang tua yang bersinar wajahnya kerana kesholehannya dan sudah melebihi 80 tahun umurnya, salah seorang pemuka kita keluarga Abu 'Alawi yang lahir dan membesar di Makkah dan kerap berulang alik ke Madinah. Nama beliau Musa bin Hasan bin Ahmad al-'Alawi berketurunan Sayyidina 'Uqail bin Salim, saudara Sayyidina Quthubus-Syahir asy-Syaikhul Kabir Abu Bakar bin Salim. Beliau berkata:- "Aku dahulu berada di Madinah belajar kepada asy-Syaikh Muhammad Hayat (as-Sindi al-Madani). Muhammad bin 'Abdul Wahhab juga berulang-alik ke majlis Syaikh Muhammad Hayat seperti murid-murid lainnya. Aku mendengar daripada orang-orang sholeh dan ulama, sebagai kasyaf daripada mereka, firasat mereka mengenai Muhammad bin 'Abdul Wahhab di mana mereka menyatakan bahawa dia akan sesat dan menyesatkan Allah dengannya orang yang dijauhkan dari rahmatNya dan yang dibinasakanNya"
  • An-Nuqul as-Syar’iyyah fi Raddi ‘alal Wahhabiyyah oleh Hasan ibn ‘Umar ibn Ma’ruf as-Shatti al-Hanbali
  • Nasiha li Ikhwanina Ulama Najd oleh as-Sayyid Yusuf ibn Sayyid Hasyim ar-Rifaie
  • Tahakkum al-Muqallidin bi Mudda`i Tajdid ad-Din karangan Syaikh Muhammad bin 'Abdur Rahman bin 'Afaliq al-Hanbali, seorang ulama yang sezaman dengan Muhammad ibn Abdul Wahhab dan telah mencabar keilmuannya sehingga Ibnu 'Abdul Wahhab membisu seribu bahasa
  • Saiful Jihad li Mudda`i al-Ijtihad karangan Syaikh 'Abdullah bin 'Abdul Lathif asy-Syafi`i
  • Tarikh al-Wahhabiyyah oleh Ayyub Sabri Pasha (meninggal dunia tahun 1308H/1890M). Beliau adalah merupakan Laksamana Armada Laut di zaman pemerintahan Sultan ‘Abdul Hamid Khan II. Kitab karangan beliau ini menceritakan tentang Wahhabi secara terpeinci. Sebahagian kandungan kitab ini telah diterjemahkan ke bahasa Melayu dengan tajuk Faham Wahhabi dan Penyelewengannya. Beliau juga merupakan pengarang kitab Mir’ah al-Haramain
  • Faydul Wahhab fi Bayan Ahl al-Haq wa Man Dhalla 'an ash-Shawab karangan Syaikh 'Abdur Rabbih bin Sulaiman asy-Syafi`i
  • As-Sarim al-Hindi fi 'Unuqin-Najdi karangan Syaikh 'Atha` al-Makki;
  • As-Sarim al-Hindi fi Ibanat Tariqat asy-Syaikh an-Najdi karangan Syaikh 'Abdullah bin 'Isa bin Muhammad as-San`ani
  • Al-Basha`ir li Munkiri at-Tawassul ka Amtsal Muhammad ibn Abdul Wahhab karangan Syaikh Hamd-Allah ad-Dajwi
  • Risalah Irsyadul Jaawiyyin ila Sabilil 'Ulama-il-'Aamiliin karangan Tuan Guru Haji 'Abdul Qadir bin Haji Wangah bin 'Abdul Lathif bin 'Utsman al-Fathoni
  • Sinar Matahari Buat Penyuluh Kesilapan Abu Bakar al-Asy’ari [pelopor fahaman Wahabi di Perlis] karangan Syaikh Abdul Qadir bin ‘Abdul Muthalib al-Mandili
  • Tajrid Saif al-Jihad li Mudda’I al-Ijtihad karangan Syaikh ‘Abdullah bin ‘Abdul Lathif asy-Syafie. Beliau menolak pendapat Muhammad bin ‘Abdul Wahhab ketika hayatnya.
  • Al-Mazhab atau Tiada Haram Bermazhab karangan Syaikh Abdul Qadir bin ‘Abdul Muthalib al-Mandili
  • Kitab Senjata Syari'at karangan Ustaz Abu Zahidah bin Haji Sulaiman dan Abu Qani'ah Haji Harun bin Muhammad as-Shamadi al-Kalantani. Kitab ini telah ditaqridz oleh Syaikh 'Abdullah Fahim, Tuan Guru Haji Ahmad bin Tuan Hussin Kedah dan Tuan Guru Haji 'Abdurrahman Merbuk, Kedah.
  • Al-Fajr ash-Shodiq fi al-Radd ‘ala al-Maariq karangan Syaikh Jamil Affendi Shodiqi az-Zuhawi.
  • Al-Ushul al-Arba’ah fi Tardid al-Wahhabiyyah/ Al-‘Aqaid as-Shohihah fi Tardid al-Wahhabiyyah karangan Muhammad Hasan, Shohib al-Sirhindi al-Mujaddidi.
  • Al-Awraq al-Baghdadiyyah fi al-Jawabat an-Najdiyyah karangan Syaikh Ibrahim ar-Rawi al-Baghdadi.
  • Al-Bara’ah min al-Ikhtilaf fi ar-Radd ‘ala Ahli asy-Syiqaq wa an-Nifaq wa ar-Radd ‘ala Firqah al-Wahhabiyyah al-Dhallah karangan Syaikh Zainul ‘Abidin as-Sudani.
  • Al-Barahin as-Sati’ah karangan Syaikh Salamah al-‘Azzami
  • Risalah fi Ta’yid Madzhab as-Sufiyyah wa ar-Radd ‘ala al-Mu’taridhin ‘Alaihim karangan Syaikh Salamah al-‘Azzami
  • Risalah fi Jawaz at-Tawassul fi ar-Radd ‘ala Muhammad ibn ‘Abdil Wahhab karangan al-‘Allamah Syaikh Mahdi al-Wazaani, Mufti Fez, Maghribi.
  • Risalah fi ar-Radd ‘ala al-Wahhabiyyah karangan Syaikh Qasim Abi al-Fadhl al-Mahjub al-Maliki
  • Al-Risalah ar-Raddiyyah ‘ala at-Tho’ifah al-Wahhabiyyah karangan Syaikh Muhammad ‘Atholah yang dikenali sebagai Ato ar-Rumi
  • ‘Iqd Nafis fi Radd Syubhat al-Wahhabi al-Ta’is karangan Syaikh Ismail Abi al-Fida` at-Tamimi at-Tunisi. Beliau adalah seorang yang faqih dan ahli sejarah.
  • Al-Madarij as-Saniyyah fi Radd al-Wahhabiyyah karangan Maulana Aamir al-Qadiri, guru di Darul Ulum al-Qadiriyyah, Karachi, Pakistan
  • Dan banyak lagi kitab yang menolak fahaman Wahhabi yang ditulis ulama sejak dari tercetusnya fahaman ini. Dan sampai sekarang pun masih ada ulama yang menulis kitab untuk menolak fahaman Wahhabi. Banyak, banyak ..... lenguh jari-jemari ambo nak taip .......

Sekian dari;
al-Fagir Abu Zahrah
Taman Seri Gombak
22 Dhulqaedah 1430/10 November 2009


Thursday, 22 October 2009

Manaqib al-Imam al-Habib 'Abdullah bin 'Alwi bin Muhammad al-Haddad

Sempena Memeperingati Haul al-Imam al-Habib 'Abdullah bin 'Alwi bin Muhammad al-Haddad 1430H, ambo ada menulis sekelumit manaqib mengenai beliau رضي الله عنه . Bagi yang berminat untuk mengenali beliau رضي الله عنه, silalah kesini.

Faedah Membaca Manaqib dan Mengingati Orang-orang Sholeh

Dalam sebuah haFaedahdits riwayat ad-Dailami didalam Musnad al-Firdaus daripada Sayyidina Muadz رضي الله عنه


ذكر الأنبياء من العبادة وذكر الصالحين كفارة وذكر الموت صدقة وذكر القبر يقربكم من الجنة

Maksudnya: Mengingati para Nabi adalah ibadah, mengingati orang-orang sholeh adalah kaffarah (bagi dosa), mengingati mati adalah sedekah dan mengingati qubur mendekatkan kalian semua kepada syurga. (menurut Imam asy-Sayuthi didalam al-Jami’ asy-Shoghir dan al-Munawi didalam Faidhul Qadir, hadits ini dhoif)


Muhammad bin Yunus رحمه الله تعالى berkata: Tiada melihat aku akan sesuatu yang terlebih manfaat bagi hati daripada mengingati riwayat hidup orang-orang sholeh.

قال سفيان بن عيينة رحمه الله تعالى: عند ذكر الصالحين تنزل الرحمة

Sufyan bin Uyainah رحمه الله تعالى mengatakan bahawa ketika menyebut orang-orang sholeh akan bercucuran rahmat.


Imam Junaid al-Baghdadi رحمه الله تعالى pula berkata: Hikayat (kisah orang-orang sholeh) itu adalah merupakan tentera dari tentera-tentera Allah Ta’ala dimana Allah menetapkan hati para auliyaNya dengan kisah-kisah tersebut. Maka ditanyai oleh orang kepada Imam Junaid: Apakah engkau mempunyai asas menyokong katamu itu? Maka beliau menjawab: Dalil atau penyokong bagi kenyataannya itu adalah firman Allah [bermaksud]: Dan semua kisah-kisah Rasul-rasul itu, kami ceritakan kepadamu (wahai Muhammad), yang dengannya Kami teguhkan hatimu. (Surah Hud:120).

Moga-moga dengan menyebut kisah-kisah mereka, akan menambah kecintaan kita kepada mereka. آمين

Didalam sebuah hadits riwayat daripada Abu Dzar رضي الله عنه, dimana beliau berkata: Wahai Rasulullah! Seorang lelaki mengasihi suatu kaum sedangkan ia tidak mampu ber’amal dengan ‘amalan mereka? Maka baginda صلى الله عليه وآله وسلم bersabda: Engkau, wahai Abu Dzar bersama sesiapa yang engkau kasihi. Mudah-mudahkan kita digolongkan kedalam golongan auliyaNYA lantaran kerna cinta kita kepada mereka. آمين.

Didalam kitab Jala adh-Dholaam ‘ala ‘Aqidatil Awwam disebutkan: Ketahuilah, seyogia bagi setiap muslim yang menuntut kelebihan dan kebaikan (dari Allah Ta’ala) bahwa dia mencari baraakah, nafaahat, maqbulnya doa dan turunnya rahamaat pada auliya’ didalam majlis perhimpunan mereka, samada ketika mereka masih hidup atau telah wafat, ketika berada disisi kubur mereka atau ketika berziarah atau ketika menyebut keutamaan mereka dan membaca manaqib mereka.


Free Blogger Templates by Isnaini Dot Com and Ford Cars. Powered by Blogger