Sebelum aku nak mulakan sedikit pengenalan mengenai kota Tarim, bagi yang nak tau pasai Tarim, Hadramaut atau mengenai ahlul bait maka persilakan mai tang ni …….. Yang aku tulis ni pun kebanyakkan diambil didalam website plus bacaan beberapa buah buku yang dibeli semasa disana.
Tarim Sepintas Lalu: Tarim sebuah kota didalam daerah Seiwun. Terletak lebihkurang 40km daripada Bandar Seiwun. Sebuah kawasan yang berbukit dari batu dan kelikir. Namun ianya juga hijau dengan pepohonan kurma. Menurut sejarah, kota Tarim ini wujud seawal kurun ke 13 SM lagi dan ianya adalah merupakan sebuah wilayah didalam pentadbiran kerajaan Saba’. Iaitu sebuah kerajaan pimpinan Ratu Balqis. Nama Tarim adalah bersempena nama Tarim bin Hadramaut. Menurut ahli sejarah Hadramaut adalah merupakan adalah salah satu cucu-cicit Sam bin Nuh. Dan menurut pendapat yang lain Hadramaut adalah merupakan nama salah seorang pemerintah dari Dinasti Himyar. Lagumana pun takpa …. Just nak habaq mai lagumana mainya nama Tarim saja ….. kesimpulannya Tarim berasal dari nama seorang pemerintah. Kota atau Pekan Tarim ini adalah merupakan qalbunya hadramuat.
Ia juga disebut sebagai Tarim al-Ghanna iaitu kota Tarim yang rendang, kerana banyaknya pokok yang tumbuh rendang. Memang Tarim terdapat banyak pepohonan yang menghijau. Kalau tengokkan cuaca macam tak percaya, tetapi memang tanah disini subur. Ia juga dikenali dengan nama kota al-Shiddiq kerana kota Tarim ini mendapat doa khusus dari Sayyidina Abu Bakar al-Shiddiq رضي الله عنه. Kisahnya yang ambo dengar adalah apabila bila penguasa Tarim iaitu Ziyad bin Lubaid al-Anshori رضي الله عنه menyeru untuk membai’ah Sayyidina Abu Bakar رضي الله عنه sebagai khlaifah, maka penduduk Tarim telah menerimanya tanpa bantah. Sehingga kerana itu Sayyidina Abu Bakar رضي الله عنه telah mendoakan penduduk Tarim dengan tiga perkara iaitu
- semoga kota Tarim diberi kemakmuran,
- semoga kota Tarim diberikan berkah sumber airnya
- semoga kota Tarim dipenuhi (tidak putus-putus) dengan orang-orang sholeh sampai hari qiamat.
Selain itu juga kota Tarim ini juga adalah kota yang penuh dengan keberkatan. Sebagaimana dikatakan bahwa pada kota Tarim terdapat tiga keberkatan iaitu
- keberkatan pada setiap masjidnya,
- keberkatan pada tanahnya dan
- keberkahan pada pergunungannya.
Dan pada pandangan abu zahrah lah …. keberkatan yang utama adalah kerana ramai ahlul bait dan ulama’ yang mendiaminya sejak dahulu sehingga sekarang dan disini juga banyak bersemadi jasad para ahlul bait, auliya`, ulama’ dan shalihin.
Bahkan tidak keterlaluan kiranya aku [abu zahrah] katakan bahwa kota Tarim ini adalah Kota Para Wali atau Kota Auliya’ kerana saking banyaknya para auliya’ dan shalihin yang menghuni kota ini samada yang masih hidup maupun yang telah wafat.
Cuaca: Cuaca di Tarim, biasalah kalau musim panas … maka panaslah, menjangkau lebih dari 40 darjah celcuis. Manakala musim sejuk … hehehe taktau pasai sewaktu aku disini musim sejuk belum menjelma ….. katanya bisa mencecah 5darjah celsius …. Sejukkkk tuuu! Hujan di Tarim katannya jarang-jarang. Waktu aku disana rasalah ujan dalam sekali dua. Yang paling lebat yang aku alami adalah ketika di Seiwun.
Pembangunan …. Kota yang sangat sederhana sederhana dari pembangunan fizikal. Kalau nak compare dengan Malaysia seumpama tiada pembangunan langsunglah…….. pembangunan spiritual tinggiiiiiii ……… Bangunannya kebanyakkan dibuat dari bahan tanah [tanah liat agaknya …..] Tanah tersebut dicampur dengan jerami kemudian dibentuk kepingan bersaiz lebih kurang 1’ x 1’ kemudian jemur di bawah terik matahari. Mereka menggunankan bahan dari tanah kerana ianya dapat mengawal suhu panas ketika musim panas dan musim sejuk. Jadi musim panas tidak terlalu panas, manakala musim sejuk tidaklah terlalu sejuk.
Kalau dari batu kaaa ….. mau hangit waktu musim panas ataupun beku waktu musim sejuk … hehehe. Dinding atau tembok yang mereka susun dari kepingan tanah ini pulak tebal-tebal … Ada satu menara masjid dari tanah yang dikatakan tertinggi di dunia disini iaitu menara di Masjid Umar al-Muhdhar. Walaupun dari bahan tanah … terdapat banyak juga rumah di sini yang besar dan cantik-cantik …..
Pakaian. Pakaian mereka pun simple. Rata-rata memakai kain. Macam kain pelekat samada bersentung atau tidak saja. Gamis juga dipakai tapi tidak sepopular kain pelekat. Macam orang ditempat kita. Manakala kaum perempuannya memakai jubah hitam dan berniqab. Tapi sangat sukar sekali nak jumpa kaum hawa ni di kota Tarim. Tak macam kat KLCC tau Midvalley. Memang terjaga pandangan kita. Yelah … kalau ada pun serba hitam , paling tinggipun nampak biji mata saja. Dan mereka hanya keluar kalau ada keperluan saja.
Makanan dan minuman: Mereka makan nasi dan roti. Katanya mereka makan nasi waktu tengahari, manakala pagi dan malam makan roti. Ada sejenis roti yang aku makan … keras kiang tapi sedap pulak. Cicah dengan syai lagi lezat … hahaha … minuman biasalah ayaq kosonglah. Selain tu syai .. syai ahmar, syai haalib .. dan satu lagi lem (jus limau nipis .. iceblend). Yang paling aku suka musakkal (betoi ka dak aku sebut niiih …). Burtuqal tu biasalah …… Kat sini juga boleh didapati ikan dan ayam. Kambing tu toksah kiralah …. Aku sempat juga pekena daging unta goreng ….. panasss …! Oh ya, satu lagi aku nak sentuh, mengenai fitnah terhadap orang hadramaut khususnya pada Sadah Ba’alawi oleh seorang mufti nun di utara tanahair yang mengatakan bahwa orang disini suka makan daun qat. Sepanjang aku duduk dan berjalan di Tarim, tidak kelihatan pun mereka, dikalangan orang Tarim yang mengunyah daun qat ni. Yang banyak aku nampak adalah di San’a’ tempat suburnya fahaman Wahabi. Memang mufti sorang ni tidak berhati-hati dalam berkata-kata. Memang patuh Pengarah Jakim kata dia patut di ta’dib … ooops … posa… posa … posa …. :)
Kehidupan: Kehidupan masyarakat disini, setakat yang aku perhatikan simple aje. Kebanyakkannya menunggang motor. Pekerjaan secara umumnya bertani dan berdagang. Ada juga yang bekerja sebagai tukang buat rumah. Kat Tarim mudah dapat ikan. Mereka makan ikan yang jenis besar-besar. Telur dan kepala ikan mereka tak makan. Ini rahmat buat pelajar dari Malaysia dan Indonesia … katanya dulu boleh ambil free tapi sekarang kena beli tapi lebih murah. Kambing tu biasa lah …. Sewaktu dalam perjalanan ke Inat dan ziarah Hud, aku perhatikan bahwa gembala kambing disini kebanyakkan kaum perempuan. Dalam perjalanan tersebut juga aku nampak deretan sarang-sarang lebah di tepi bukit … mungkin mereka juga bekerja sebagai penternak dan pembekal madu lebah. Hadramaut memang terkenal dengan madunya.
Pusat Pengajian: Aku tak tahu banyak mengenai pusat pengajian disini. Yang aku tahu adalah Dar al-Musthafa, Rubath Tarim, Universiti Ahqaf … ada juga dengar nama Institut Badr, cuma tak tahu secara detail, katanya tempat belajar bahasa ‘arab sebagai persediaan … mengenai rubath Tarim nanti aku cerita … insyaAllah.
Kehadhiran Ahlul Bait ke Tarim. Menurut suatu catatan dalam kitab al-Ghurar yang ditulis oleh Syaikh Muhammad bin ‘Ali bin ‘Alawi Khirid, bahwa keluarga Ba’Alawi pindah dari Desa Bait Jubair ke kota Tarim sekitar tahun 521H. Adapun orang pertama dari keluarga Ba’alawi yang berhijrah ke kota Tarim adalah Syaikh ‘Ali bin Alwi Khali’ Qasam dan saudaranya Syaikh Salim, kemudian disusul oleh keluarga bapa saudaranya iaitu Bani Jadid dan Bani Basri Setelah perpindahan mereka ke kota Tarim, maka kota Tarim terkenal sebagai kota budaya dan ilmu. Dikatakan, pada waktu itu di kota Tarim ada sekitar 300 orang ahli fiqih, bahkan pada barisan yang pertama di Masjid Jami’ kota Tarim dipenuhi oleh ulama fiqih kota tersebut.
Masjid: Di Tarim terdapat ratusan masjid, katanya lebihkurang 360 masjid. MasyaAllah! Antaranya adalah Masjid Ba’Alawi, masjid Jamik Tarim, Masjid Umar al-Muhdhar, Masjid al-Saqqaf, Masjid al-Aidrus, Masjid Surur, Masjid Raudhoh - Aidid, Masjid Sakran, Masjid Ba’Yaakub, Masjid ‘Alwi as-Samin, Masjid Fath di Hawi, Masjid, Masjid Syihabuddin, Mushollah Jabanah, Masjid al-Haddad, Masjid Kisa, Masjid al-Kaff, Masjid Balfaqih, Masjid BaSyamelih, Masjid Fadhal, Masjid Syaikh ‘ali bin Abi Bakar as-Sakran, Masjid Jamalullail, Masjid BaHamid, Masjid Ribath, Masjid Abu Bakar al-Habsyi … dan banyakkkkkkk lagiiiii …… nanti abu zahrah cerita sedikit sebanyak mengenai masjid yang sempat dilawati.
Selain itu masjid-masjidnya subur dengan majlis ilmu, majlis maulid atau hadrah. Dikatakan kalau pada bulan Ramadhan cukup meriah dimana mereka akan bersholat dari satu masjid ke satu masjid sehingga masuk waktu shubuh. Kalau tempat kita bilangan rakaat tarawikh menjadi isu perbalahan namun di Tarim mereka berlomba-lomba membanyakkan sholat/sujud. Seorang rakan bagitahu bilangan rakaatnya menjangkau lebih daripada 100 rakaat yang mana mereka sholat tarawikh berpindah dari satu masjid ke satu masjid. Selain tu majlis khatam Quran pun dibuat selang beberapa hari sekali. Allahu Allah!
Kawasan Pemakaman. Di kota Tarim terdapat 3 kawasan pemakaman yang masyhur atau yang terkenal iaitu Zanbal, Furaith dan Akdar. Secara umumnya Zanbal untuk para Sadah Ba’Alawi, Furaith untuk para masyaikh dan Akdar untuk umum. Ini secara umum ….. [gambaq yang aku sertakan kesemuanya di Zanbal. Yang lain nanti sat nooo!]
Zanbal: Secara umumnya kawasan pemakaman Zanbal adalah merupakan kawasan pemakaman untuk para Saadah Ba'Alawi. Walaubagimana manapun terdapat juga makam masyaikh daripada qabilah Ba’Udhan, BaHamish, Aal al-Bahri dan lain-lain. Jadi ianya bukanlah ekskusif untuk Sadah Ba’Alawi sahaja sepertimana disangka oleh kebanyakkan manusia. [Tarim bainal Madhi wal Hadhir – Juz Awwal]. Di pemakaman Zanbal tidak terhitung jumlahnya para Sadah al-Asyraf, ulama al-‘Amilin, auliya’ dan shalihin yang dikuburkan di sana. Sungguh berkat! Menurut Syaikh Abdurahman as-Saqqaf bin Muhammad Maula al-Dawilah, beliau berkata: ‘Lebih dari sepuluh ribu auliya’ al-akbar, lapan puluh wali quthub dari keluarga ‘Alawiyin yang di makamkan di Zanbal’. Allahu Allah.!
Selain itu dikatakan bahawa dipemakaman Zanbal terdapat juga kuburnya para shahabat Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم sebagaimana yang diriwayatkan oleh Syaikh Saad bin Ali: ‘Di pemakaman Zanbal dikuburkan para sahabat Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم , mereka wafat ketika menunaikan tugas untuk memerangi ahli riddah [dikatakan makam para shahabat disebelah dalam kawasan bertembok disebelah]. Mereka banyak yang wafat di Tarim dan tidak diketahui kuburnya’. Akan tetapi Syaikh Abdurahman Assaqqaf bin Muhammad Maula Dawilah, berkata : ‘Sesungguhnya letaknya kubur mereka itu sebelah Timur dari kubur al-Ustadz al-A’zhom Muhammad bin Ali al-Faqih al-Muqaddam’. Antara yang dimakamkan di Zanbal adalah: Sayyidina Faqih al-Muqaddam, ‘Alwi bin al-Faqih al-Muqaddam, Abdurrahman al-Saqqaf, ‘Ali bin ‘Alwi Khali’Qassam, Syaikh Umar bin Abdurrahman al-Muhdhar, Muhamad Jamalullail, Habib Abdullah al-Aidrus bin Abu Bakar as-Sakran, al-Imam al-Habib Abdullah bin ‘Alwi al-Haddad … dan ramai lagi.
Furaith (فريط): Perkataan ‘فريط’ adalah merupakan tashgir dari perkataan ‘فرط’ yang bermaksud bukit kecil (الجبل الصغير). Dinamakan sedemikian kerana terdapat bukir kecil berhampiran dengannya. Ianya adalah merupakan kawasan untuk para masyaikh. Disana terdapat kuburan bagi keluarga BaFadhal dan keluarga lain. Antara makam yang terdapat disini adalah makam Syaikh Sa’ad bin ‘Ali Madhaj al-Hadrami (wafat 857H). Beliau adalah merupakan guru kepada Habib Abu Bakar al-Adeni bin Abdullah al-Aidrus bin Abdurrahman al-Saqqaf. Makan Syaikh Ahmad bin Abdullah BaHablil, Syaikh Salim Said Bakir BaGhisan, Syaikh Abu Yahya Salim bin Fadhal bin Muhammad bin Abdul Karim bin Muhammad BaFadhal (wafat 581H – merupakan murid kepada Imam Muhammad Shohibul Mirbath), Syaikh Fadhal bin Muhammad bin al-Faqih Ahmad, Syaikh al-Arifbillah Umar bin ‘Ali BaUmar, Syaikh Ahmad bin Muhammad BaFadhal, Syaikh Abdurrahman bin Yahya al-Khatib, Syaikh Ahmad bin ‘Ali al-Khatib Syaikh Ibrahim bin Yahya BaFadal, Imam al-Qudwah ‘Ali bin Ahmad BaMarwan dan ramai lagiii …. Syaikh Abdurahman Assaqqaf bin Muhammad Maula Dawilah berkata: “Di tempat itu (Furaith) dikuburkan lebih dari sepuluh ribu wali …..”. Allahu Allah ….
Akdar: Di kawasan permakaman Akdar, yang dimakamkan di sana di antaranya para ulama’, auliya' dan shalihin dari keluarga Basri, keluarga Jadid, keluarga Alwi, keluarga BaFadhal, keluarga BaHarmi, keluarga BaMahsun, keluarga BaMarwan, keluarga Ba'Isa, keluarga Ba'Ubaid dan lainnya. Antara masyaikh yang dimakamkan disana seperti Syaikh Yahya dan Syaikh Ahmad dari bani Salim Akdar. [ kalau tak silap aku …. mereka ini adalah Syaikh Ahmad bin Salim bin Akdar dan Yahya bin Salim bin Akdar, 2 orang ulama Tarim yang dibunuh pada peristiwa al-Zanjili oleh Utsman bin Ali al-Zanji al-Takriti yang berfahaman khawarij pada tahun 576H (pada tahun tersebut Aden dan Hadramaut ditawan oleh tentera mereka). Mereka terbunuh kerana mempertahankan aqidah ahlus sunnah wal jamaah.]
Ya Tarim wa ahlaha! Ya Tarim wa ahlaha! Ya Tarim wa ahlaha!
Cukup kot rasanya aku perkenalkan Tarim … nanti yang detail detail tu akan aku sentuh sewaktu menceritakan pengalaman aku disana ….. mohon maaf, bahasa dan susunannya tunggang langgang …. Mana-mana yang tertinggai kot ingat nanti aku tambah lagiiiii ……. Mau kalau ada salah silap .. harap maaf dan pohon dibetulkan .....nanti sambung lagi. Sekian dari al-Faqir abu zahrah al-qedahi.
0 komen:
Catat Ulasan