Isnin, 8 September 2008

CATATAN PERJALANAN KE TARIM HADRAMAUT YAMAN - 5

Kami agak lewat bertolak ke Masjid al-Nur. Sesampai disana kelihatan ramai orang dikawasan luar masjid. Kami cuba juga meninjau-ninjau untuk masuk kedalam masjid, ternyata sudah sesak. Kat atas bumbung pun dah penuh. Mahu tak mahu kami dibahagian luar saja, berlantaikan tanah. MasyaAllah, kalau kat Malaysia susah nak berjumpa keadaan yang begini.

Setelahnya kami pun mengerjakan sholat maghrib berjemaah, berlantaikan tanah berhamparankan shal yang dibawa. Setelah selesai semuanya maka bermulalah majlis maulid. Maulid Habsyi kalau tak silap aku. Allahu Allah merdunya … menusuk ke hati. Asyik sekali. Biasalah … bila mendengar alunan memuji Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم mulalah sebak didada … airmata pun bercucuranlah. Hah … kalau dok di Tarim ni mau kering telaga ayaq mata aku. Boleh dikatakan setiap malam ada majlis maulid. Berbeza dengan di Malaysia, bulan Rabi’al-Awwal aja yang meriah dengan maulid. Tu pun kedengaran gendang kosong Wahabi berbunyi … bid’ah! bid’ah! bid’ah! … :) Selepas mahallul qiam … kami pun beredar dari Masjid an-Nur. Berjalan menuju ke Masjid Jamek Tarim. Kami keluaq awai pasai tak mau bersesak-sesak satgi .......



Sampai di Masjid Jamek Tarim, adzan ‘isyak sudah berkumandang. Kami bersholat ‘isyak di masjid tersebut. Imamnya Habib ‘Ali Masyhur bin Muhammad bin Salim bin Hafidz. Kat sini nyaman sikit, kerana masjidnya punya penyejuk udara … sewaktu datang tadi badan dibasahi keringat. Selepas sholat kami pi minum sat sementara nak tunggu majlis Habib Umar di perkarangan Masjid Tarim. Suasana malam di Tarim biasa saja. Tak berapa banyak kedai yang dibuka. Keadaan pun tidak sibuk. Selepas membasahkan tekak kami pun bergerak ke kawasan masjid Tarim. Ambil tempat diatas hamparan. Sebelah kiri kami tersergam bangunan lama … katanya itulah panjara yang digunakan oleh regim komunis dulu. Bangunan usang yang sudah tidak digunakan. Kalau kat Malaysia sure telah dimanfaatkan …. Paling tidak sebagai bangunan bersejarah … boleh ‘collect’ fulus dari tourist. Kat sini kehidupan dunia bukan keutamaan, maka kerana itu agaknya ianya tidak dipedulikan sangat. Hadirin makin lama semakin ramai … MasyaAllah. Teringin masa kecik-kecik dulu … tapi bukannya ceramah agama … tapi tengok wayang kulit Tok Noh Asun … ataupun tengok wayang free … filem negara malaysia …. Ambo nak ghoyak sikit tentang masjid Tarim ni.


Masjid Jami’ Tarim [gambaq ataih tuu ..] – Masjid ini didirikan sekitar tahun 375H. Dan ianya telah diubahsuai beberapa kali sehinggalah terbinanya struktur seperti sekarang. Masjidnya luas. Menurut maklumat yang aku baca bangunana masjid ni ada 60 batang tiang yang menyokong dan mempunyai 8 buah pintu utama. Mempunyai sebuah menara setinggi lebihkurang 40 meter. Dimasjid ini terdapat perpustakaan yang khusus menyimpan ribuan manuskrip lama, diberi nama Perpustakaan Manuskrip al-Ahqaf. Ianya menyimpan lebih dari 6,000 buah manuskrip tulisan tangan yang berusia ratusan tahun (seawal abad ke-5 hijrah atau lebih awal dari itu) dalam berbagai disiplin ilmu seperti tafsir, hadits, fiqih, ushul tauhid, akhlaq, adab, bahasa, sharaf, perubatan, sejarah, ilmu hisab, falak dan sebagainya. Perpustakaan ini adalah merupakan kumpulan dari perpustakaan-perpustakaan yang pernah ada sebelumnya seperti perpustakaan al-Kaff, Bin Yahya, Bin Sahal, al-Husaini, Ribath dan al-Junaid. Dalam susunan ruang di Perpustakaan Manuskrip al-Ahqaf ini juga disusun mengikut sebelumnya, seperti Perpustakaan al-Kaff, Perpustakaan Bin Yahya, Perpustakaan Ribath, Perpustakaan Bin Sahal, Perpustakaan al-Junaid ….. . Setiap perpustakaan mempunyai katalog tersendiri yang mempermudah untuk pencarian kitab tertentu.


Oleh kerana kota Tarim terkenal dengan ramainya ulama maka pernah dikatakan bahawa shof pertama sholat Jum’atnya dipenuhi dengan ulama sahaja. Pernah dikatakan bahwa di kota Tarim terdapat sejumlah hampir 300 orang ulama yang faqih lagi arif. Hal ini pernah disebut oleh al-Syaikh al-'Arifbillah Ali bin Salim: “Sesungguhnya yang berdiri di shof pertama di Masjid Jami' kota Tarim pada ketika ibadah sholat Jum'at, semuanya adalah para ulama yang sholeh.” Bahkan dikatakan bahwa pada kota Tarim terdapat tiga keberkahan yang mana salah satunya keberkahan pada setiap masjidnya. Ini terbukti dari pengalaman aku sendiri yang bersholat dibeberapa buah masjid di Tarim. Walaupun rekabentuk, kemudahan, design, hiasannya tidak sehebat masjid-masjid di Malaysia namun masjid di Tarim punya roh. Kita akan merasai ketenangannya … kelainannya. Seropa dengan masjid-masjid lama di tempat kita lahhh ... Sapa besa pi dia tau lahh ....
Yalah … bekas para salaf beri’tikaf, beribadah disini seperti tempat mereka duduk berdhikir, bersholat, membaca al-Quran, mengadakan majlis ta’lim. Suasana hidup …. Dan kita akan dapat rasakan. Seolah-olah mereka ‘ada’ …… Susah untuk digambarkan perasaan itu. Kena mai dan alami sendiri. Man lam yazuq lam yadri. Selain dari Masjid Jami’ Tarim, terdapat banyak lagi masjid lain. Jumlah masjid di kota Tarim saja, lebih kurang 360 buah. MasyaAllah! MasyaAllah …… Ya Tarim wa ahlaha! Ya Tarim wa ahlaha! Insyaallah … nanti aku cerita lagi ……… Ya Tarim wa ahlaha! Ya Tarim wa ahlaha!

Selesai pengajian kami balik ke Dar al-Musthafa. Malas nak berjalan … letih. Ambik teksi. Sesampai disana … bersih diri. Rebahkan badan untuk rehat. Dah buat perancangan untuk melawat beberapa tempat sekitar Tarim besoknya.

Terlupa pulak nak bagi gambaran ringkas tentang Tarim ….. insyaAllah siri seterusnya nanti …..

0 komen:

Related Posts with Thumbnails