![]() |
| Gambar Habib Umar, Kredit : Mustafa Davis |
Memaparkan catatan dengan label Shalawat. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Shalawat. Papar semua catatan
Rabu, 25 Januari 2012
عطر فمك بالصلاة على الحبيب المصطفى صلى الله عليه وآله وسلم
Catatan al-fagir abu zahrah pada Rabu, Januari 25, 2012 0 komen
Khamis, 11 Mac 2010
Perbanyakkan Shalawat Pada Malam dan Hari Jum'at
Al-Hakim berkata: Hadits ini adalah khabar yang syaz tetapi sanadnya shahih. Dan ini diakui oleh az-Zahabi. Hadits ini diriwayatkan oleh al-Baihaqi daripada Sayyidina Abu Hurairah رضي الله عنه, Ibnu ‘Adiy daripada daripada Sayyidina Anas رضي الله عنه dan Sa’id bin Manshur daripada Sayyidina al-Hasan al-Bashri dan Khalid bin Ma’daan رضي الله عنهما secara mursal. Hadits ini juga diriwayatkan oleh ath-Thabarani daripada Sayyidina Abu Hurairah رضي الله عنهImam al-Munawi berkata di dalam al-Faidh al-Qadir: Yakni malam Jum’at dan siangnya. Didahulukan sebutan malam daripada siangnya kerana ia terdahulu wujud daripada siang. Malamnya disifatkan dengan al-Gharra’ kerana ramainya malaikat pada malam itu dan mereka itu cahaya bagi keistimewaannya melalui tajalli khusus, manakala siang harinya disifatkan dengan al-Azhar kerana ia adalah hari yang paling afdhal di dalam seminggu.
Syaikh Muhammad Riyadh al-Malih berkata: Hari Jum’at dinamakan Azhar adalah kerana ia akan menerangi ahli Jum’at supaya mereka berjalan di bawah cahayanya pada hari kiamat.
Kategori Shalawat
Catatan al-fagir abu zahrah pada Khamis, Mac 11, 2010 0 komen
Selasa, 28 Julai 2009
Perbanyakkanlah bershalawat di Bulan Sya'ban ....
Bulan Rajab telah berlalu dan, alhamdulillah, kini kita sedang berada di bulan Sya’ban dan moga-moga Allah sampaikan kita ke bulan Ramadhan. Ameen.Kalau di bulan Rajab, merupakan bulan yang berlaku padanya peristiwa Isra’ wal Mi’raj dimana Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم menerima perintah mengerjakan sholat langsung dari Allah Azzawajalla, maka di bulan Sya’ban pula terdapat beberapa peristiwa, diantaranya adalah:
- terjadinya peristiwa terbelahnya bulan yang sebagaimana tersebut dalam al-Quran di surah al-Qomar ayat 1
- turunnya perintah penukaran qiblat dari Masjidilaqso ke Masjidilharam sebagaimana yang dijelaskan di dalam surah al-Baqarah ayat 144
- dan turunnya perintah supaya bersholawat ke atas junjungan mulia Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم, sebagaimana yang tersebut di surah al-Ahzaab ayat 56.
Allah Azzawajalla berfirman:إِنَّ ٱللَّهَ وَمَلاَئِكَـتَهُ يُصَلُّونَ عَلَى ٱلنَّبِيِّ يٰأَيُّهَا ٱلَّذِينَ آمَنُواْ صَلُّواْ عَلَيْهِ وَسَلِّمُواْ تَسْلِيماً
Ertinya: Sesungguhnya Allah dan malaikat-malaikatNya bersholawat keatas Nabi. Wahai orang-orang yang beriman, bersholawatlah kamu keatas Nabi dan ucapkanlah salam penghormatan kepadanya (surah al-Ahzaab: 56)
Maka kerana itulah bulan Sya’ban ini dikenali sebagai Syahrussholati, kerana dibulan inlah turunnya ayat diatas. Tatkala turun ayat tersebut (ayat al-Ahzab: 56), maka shahabat bertanya kepada Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم bagaimana bersholawat kepada Baginda صلى الله عليه وآله وسلم sebagaimana tersebut di dalam beberapa riwayat, maka Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم bersabda, antaranya: Kalian ucapkanlah:
اللهم صل على محمد وعلى آل محمد كما صليت على آل إبراهيم، وبارك على محمد وعلى آل محمد، كما باركت على آل إبراهيم في العالمين، إنك حميد مجيد
Maka memperbanyakkan sholawat kepada junjungan kita Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم.Adapun sighah sholawatnya terpulanglah … … mau bersholawat dengan sholawat Ibrahimiyyah … silakan, bahkan inilah yang terbaik kerana ianya sighah yang terpilih untuk dibacanya di dalam tasyahhud akhir. Syaikh Yusuf an-Nabhani menyebut di dalam kitabnya Afdhalush Sholawaat 'ala Sayyidis Saadaat ketika membicarakan berkenaan sholawat ini, antara katanya:-
Inilah sighah sholawat yang paling sempurna yang ma`tsur diriwayatkan daripada Junjungan Nabi صلى الله عليه وآله وسلم
Selain itu boleh juga bersholawat dengan sholawat Tafrijiyyah, Munjiyyah, Fatih, Tibbil Qulub dan sebagainya silakan …. Semuanya punya kelebihan yang besar. Usah dihiraukan sangat dengan ‘golongan ekstrim itu’ yang mengatakan sighah sholawat ini bid’ah! … sighah sholawat ini syirik! … dsb …. Biarkan mereka sibuk 'meratibkan' tuduhan, tohmahan tersebut. Kita jangan disibukkan dengan 'ratib 'mereka tuu' ...... sibukkanlah diri kita dengan memperbanyakkan sholawat …. Pilihlah mana-mana sholawat yang disukai, disini terdapat pelbagai sighah sholawat yang boleh dipilih.
Diantara kelebihan bershalawat ini, menurut ulama … shalawat ini mudah dikerjakan manakala pahalanya besar … bahkan walaupun ianya dibaca dengan tidak hadir hatinya, atau dibaca dengan disertai rasa riya’, ujub, atau dibaca dalam keadaan lalai dengan tidak menghadirkan dan menghayati maknanya atau lain-lainnya … tetap saja diterima Allah kerana ketinggian kedudukan Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم disisi Allah … kerana kecintaan Allah kepada صلى الله عليه وآله وسلم.

Andaikata kita tidak mampu untuk memperbanyakkan ibadah-ibadah lain seperti sholat sunat terutamanya tahajjud, puasa maka bershalawatlah sebanyak-banyaknya. Perhatikan apa yang disebut Imam Ibnu 'AthoIllah as-Sakandari dalam kitabnya "Bahjatun-Nufus" yang ambo petik dari blog Abu Muhammad:-
Orang yang tidak mampu memperbanyak berpuasa dan melakukan sholat malam (yakni sholat-sholat sunnat pada waktu malam) hendaknya menyibukkan diri dengan bersholawat ke hadrat Junjungan Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم. Seandainya sepanjang hidup, engkau melakukan seluruh amal ketaatan, lalu Allah memberikan satu sholawat sahaja atasmu, tentu satu sholawat tersebut lebih berat dari semua amal ketaatan yang engkau lakukan selama tempoh tersebut. Sebab engkau bersholawat sesuai dengan kapasiti kemampuanmu, sedangkan sholawat daripada Allah adalah sesuai dengan sifat rububiyah (ketuhanan)Nya. Ini baru satu sholawat, maka bagaimana pula jika Allah membalasmu dengan sepuluh sholawat bagi satu sholawatmu ke hadrat Junjungan صلى الله عليه وآله وسلم seperti keterangan hadits ? Menurut Sayyidina Abu Hurairah رضي الله عنه, Junjungan Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم bersabda:- "Sesiapa yang bersholawat atasku sekali, Allah akan bersholawat ke atasnya sepuluh kali." Betapa indahnya hidup ini jika engkau isikan dengan taat kepada Allah, dengan sentiasa berzikir kepadaNya dan sibuk bersholawat atas Junjungan Nabi صلى الله عليه وآله وسلم di setiap waktu disertai hati yang ikhlas, jiwa yang tulus, niat yang baik dan perasaan cinta kepada Junjungan Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم


Catatan al-fagir abu zahrah pada Selasa, Julai 28, 2009 0 komen
Khamis, 27 November 2008
Isnin, 26 Mac 2007
Kategori Shalawat
Catatan al-fagir abu zahrah pada Isnin, Mac 26, 2007 0 komen
Kategori Shalawat
Catatan al-fagir abu zahrah pada Isnin, Mac 26, 2007 0 komen
Langgan:
Catatan (Atom)















