



Setelah beberapa minit perjalanan maka akhirnya sampailah kami ke Dar al-Musthafa. AlhamduliLlah sampai juga ke madrasah yang diasaskan oleh guru kami yang mulia Habib Umar bin Muhammad bin Salim bin Hafidz حفطه الله.
Pengenalan Ringkas Mengenai Sejarah Awal Dar al-Musthafa
Dar al-Musthafa yang diasaskan oleh Habib Umar dan kekandanya Habib ‘Ali Masyhur menerima pelajar sulungnya pada tahun 1994. Angkatan pertama yang mula datang belajar di Dar al-Musthafa, Tarim adalah sekitar 30 orang pelajar. Kehadiran mereka adalah ekoran dari lawatan pertama Habib Umar bin Muhammad bin Salim bin Hafidz ke Indonesia pada tahun pada tahun 1993H atas perintah guru beliau iaitu al-Habib Abdul Qadir bin Ahmad al-Saqqaf dan Habib Muhammad bin Abdullah al-Haddar. Angkatan pertama tersebut terdiri dari:-Biografi Ringkas Habib Umar bin Muhammad bin Salim bin Hafidz. – Pengasas Dar al-Musthafa.Habib Munzir Fuad al-Musawa (Jakarta), Habib Jindan bin Naufal bin Jindan (Jakarta), Habib ‘Ali Zainal ‘Abidin al-Hamid (Jember) - [nama-nama ni sudah tidang asing lagi di Malaysia, terutamanya Habib Ali Zainal Abidin al-Hamid. Beliau terkenal sebagai penterjemah apabila ada kunjungan para Habaib. Dan beliau juga diamanahkan oleh Habib Umar untuk mengajar di Madrasah Nur yang diasaskan oleh Habib Umar di Malaysia], Habib Muhammad Heikal Khaneman (Jakarta), Habib Sholeh al-Jufri (Solo), Habib Mahdi al-Hiyed (Tegal), Habib Shadiq Hasan Baharun (Sumenep), Habib Quraisy Baharun (Bangil), Habib Abdul Bari bin Smith (Menado), Habib Ja’far Baqir al-Attas (Jakarta), Habib Hasan al-Muhdhar (Samarinda), Habib Hasan bin Ismail al-Muhdhar (Purbalingga), Habib Hadi al-Aydrus (Pasuruan), Habib Sholeh Abdullah al-Kaf (Brebes), Habib Abdullah al-Haddad (Tegal), Habib Haidar al-Hinduan (Situbondo), Habib Anis bin Husin al-Attas (Pekalongan), Ustaz Muhamad al-Baidhi (Kediri), Ustaz Munthhohar Ridho (Pontianak), Ustaz Ahmad Idris (Palembang), Ustaz Hamzah (Bekasi), Ustaz Ridwan Amri (Puncak Bogor), Ustaz Nurhadi (Pasuruan), Ustaz Mufti (Pasuruan), Ustaz Azmi at-Tamimi (Pontianak), Ustaz UbaidiLlah (Jakarta), Ustaz Yahya Rosyad (Purwodadi), Ustaz Salim Nur (Malang), Ustaz Ibrahim at-Tamimi (Pontianak), Ustaz Junaidi (Pontianak).
Dikatakan ketika kehadiran pelajar pertama ini perang saudara yang berlaku di Yaman belum lagi reda. Walaupun Tarim tidak terlibat namun peperangan membuatkan penduduknya susah mendapatkan bahan asasi. Maka belajarlah mereka dengan penuh kesusahan. Ditambahkan lagi dengan cuaca di Tarim yang panas terik. Asrama mereka pada awalnya dirumah Habib Umar dan kemudian dipindahkan kesebuah rumah yang disewa dibelakangnya rumah Habib Umar. Asrama yang berdindingkan tanah dan berlantaikan simen. Makanan mereka adalah roti keras kerana susah untuk mendapat besar. Tidaklah semewah Dar al-Musthafa sekarang. Guru yang mengajar adalah Habib Umar sendiri dan juga kekanda beliau Habib ‘Ali Masyhur. Tetapi kemudiannya kemudahan demi kemudahan menyusul. Angkatan pertama ini tamat pengajian yang penuh dengan keberkatan pada tahun 1998.Seterusnya, dengan usaha gigih Habib Umar, pembangunan Dar al-Musthafa dimulakan dan hasilnya adalah sepertimana Dar al-Musthafa yang tersergam indah sekarang yang letaknya lebih-kurang 2km dari pusat kota Tarim. Peresmian pertamanya adalah pada tarikh 29 Dzulhijjah 1417H iaitu bertepatan tarikh al-Habib Muhammad bin Salim bin Hafidz [ayahanda Habib Umar] ditangkap dan dibawa pergi oleh regim komunis dan tidak tahu akan kesudahannya
Dasar pendidikan di Dar al-Musthafa adalah
Selain daripada mengadakan pengajian formal. Dar al-Musthafa juga mengadakan daurah musim panas pada setiap tahun. Pesertanya datang dari seluruh pelusuk dunia. Abu zahrah sempat bertemu dengan beberapa orang peserta dari pelbagai negara semasa kunjungan bebaru ini, antaranya dari Norway, Austria, British, Amerika, Tanzania dan lain-lain. Dari Malaysia pun ramai katanya melebihi 50 perserta.
- Mengajar ilmu agama secara bertalaqqi dan menerimanya daripada ahlinya yang bersanad;
- Mentazkiyah diri dan memperbaikkan akhlak; dan
- Menyebarkan ilmu yang bermanfaat serta berdakwah menyeru kepada Allah Ta’ala.
Terkini, apa yang abu zahrah dapat tahu, taraf pengajian di Dar al-Musthafa dinaikkan kepada taraf jami’ah [universiti] dan ianya kini dikenali dengan nama Jami’ah Dar al-Musthafa. Syarat kemasukkannya juga ketat iaitu menghafal 30 juzuk al-Quran dan keseluruhan kitab Riyadh al-Sholihin karangan Imam Nawawi رحمه الله.
Begitulah gambaran serba ringkas mengenai Dar al-Musthafa.
Beliau adalah al-Habib Umar bin Muhammad bin Salim bin Hafiz bin ‘Abdullah bin Abi Bakar bin Aydrus bin Umar bin Aydrus bin Umar bin Abi Bakar bin Aydrus bin al-Hussin ibn al-Syaikh Abi Bakar bin Salim bin Abdullah bin Abdurrahman bin ‘Abdullah bin Abdurrahman al-Saqqaf bin Muhammad Maula al-Dawilah bin ‘Ali bin ‘Alawi bin al-Faqih al-Muqaddam Muhammad bin ‘Ali bin Muhammad Shahib al-Mirbath bin ‘Ali Khali’ Qasam bin ‘Alawi bin Muhammad bin ‘Alawi bin ‘Ubaidullah bin Imam al-Muhajir Ahmad bin ‘Isa al-Rumi bin Muhammad al-Naqib bin ‘Ali al-Uraidhi bin Ja’far al-Shadiq bin Muhammad al-Baqir bin ‘Ali Zainal ‘Abidin bin Hussin al-Sibth putera kepada Sayyidina ‘Ali bin Abi Thalib dan Sayyidah Fathimah al-Zahra’ binti Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم . Beliau lebih dikenali dengan nama Habib Umar bin Hafiz dan di Indonesia diberi julukan Habib Sejuta Muhibbin. Merupakan keturunan yang ke-39 dari Baginda Nabi Muhammad saw, melalui salasilah Saidina Husin bin Ali bin Abi Talib r.a dan Fatimah az-Zahra’ binti Muhammad Rasulillah saw . Dilahirkan pagi sebelum subuh hari Isnin, 4 Muharram 1383H bersamaan 27 Mei 1963, di Bandar Tarim, Hadramaut, Yaman.
Ketika berusia 9 tahun, ayahnya Habib Muhammad bin Salim telah ditangkap oleh tentera (regim komunis) dan hilang tanpa berita. Peristiwa tersebut berlaku dihadapan Habib Umar pada hari Jum’at 29 Dhulhijjah tahun 1392H.
Pendidikan: Beliau mendapat pendidikan awal dari ayahnya yang juga merupakan mufti Tarim al-Ghanna. Selain itu Habib Umar juga belajar dengan guru-guru berikut, antaranya: al-Habib Muhammad bin ‘Alwi bin Syihab, al-Habib al-Munshib Ahmad bin 'Ali bin asy-Syaikh Abu Bakar, al-Habib 'Abdullah bin Syaikh al-'Aydrus, al-Muarrikh al-Bahhaatsah al-Habib 'Abdullah bin Hasan BalFaqih, al-Muarrikh al-Lughawi al-Habib 'Umar bin 'Alwi al-Kaaf, asy-Syaikh al-Mufti Fadhal bin 'Abdur Rahman BaFadhal, asy-Syaikh Tawfiq Aman dan kepada saudara kandungnya al-Habib 'Ali al-Masyhur bin Muhammad bin Salim.
Selain dari ulama Tarim beliau juga mengambil ilmu beliau juga menuntut ilmu dan ijazah daripada ramai lagi ulama di luar kota tersebut seperti di Kota Syihr, al-Baidha` dan juga al-Haramain. Antaranya beliau menuntut ilmu dan menerima ijazah daripada al-Habib Muhammad bin 'Abdullah al-Hadhar [beliau wafat pada tahun 1418H di Mekah dan merupakan mertua kepada Habib Zain bin Ibrahim bin Sumaith], al-Habib Zain bin Ibrahim bin Sumaith, al-Habib al-Musnid Ibrahim bin 'Umar bin 'Aqil bin Yahya [mufti Ta’iz], al-Habib 'Abdul Qadir bin as-Saqqaf [merupakan pembimbing ruhani beliau], al-Habib Ahmad Masyhur bin Taha al-Haddad, al-Habib Abu Bakar al-Aththas bin 'Abdullah al-Habsyi. Beliau juga mendapat ijazah sanad daripada al-Musnid al-Dunya Syaikh Muhammad Yasin bin Isa al-Fadani dan al-Muhaddits al-Haramain Sayyid Muhammad ibn Alawi al-Maliki Hasani. Sekembalinya ke Kota Tarim, beliau mengasaskan Rubath Dar al-Musthafa pada tahun 1414H/1994M dengan tiga matlamat: (1) mengajar ilmu agama secara bertalaqqi dan menerimanya daripada ahlinya yang bersanad; (2) mentazkiyah diri dan memperbaikkan akhlak; dan (3) menyebarkan ilmu yang bermanfaat serta berdakwah menyeru kepada Allah Ta’ala.
Selain terkenal sebagai ulama dan da`ie yang sering keluar berdakwah keseluruh dunia, beliau juga merupakan seorang penyair yang mahir. Antara karangannya yang terkenal dan tersebar ke seluruh pelusuk dunia ialah kitab mawlidnya الضياء اللامع . Karangan beliau yang lain adalah: الشراب الطهور , رسائل معالم الدعاة , ثقافة الخطيب , إسعاف طالبي رضا الخلاق dan syarah qasidah al-Habib Ibrahim bin ‘Aqil yang bertajuk مشرع المدد القوي في نظم السند العلوي.
Sekian, biografi ringkas Habib Umar yang abu zahrah petik sebahagiannya dari blog al-Fadhil Ustaz Abu Muhammad.
Setelah sampai ke Dar Musthafa kami terus di bawa ke pejabat untuk diuruskan tempat penginapan. AlhamduliLlah, kami diberikan bilik di tingkat bawah, dibahagian belakang pejabat tersebut tidak jauh dari builik air juga berhampiran dengan musholla. Bilik yang disediakan luas serta dilengkapi dengan pendingin hawa, tilam dan bantal. AlhamduliLlah.
InsyaAllah bersambung bahagian seterusnya dengan sedikit biografi Habib Muhammad bin Salim [ayahanda Habib Umar] dan datuk beliau, Habib Salim bin Hafidz dan seterusnya catatan perjalanan ………..
0 komen:
Catat Ulasan