قال سفيان بن عيينة رحمه الله تعالى: عند ذكر الصالحين تنزل الرحمة
Manaqib al-Imam al-Habib Umar bin ‘Abdurrahman as-Saqqaf
Nasabnya: Umar bin ‘Abdurrahman al-Saqqaf bin Muhammad Maula ad-Dawilah bin ‘Ali Shohib al-Dark bin ‘Alwi al-Ghuyur bin al-Faqih al-Muqaddam Muhammad bin ‘Ali bin Muhammad Shohib al-Mirbath bin ‘Ali Khali’ Qasam bin ‘Alawi bin Muhammad bin ‘Alawi bin ‘Ubaidullah bin Imam al-Muhajir Ahmad bin ‘Isa al-Rumi bin Muhammad al-Naqib bin ‘Ali al-Uraidhi bin Ja’far as-Shadiq bin Muhammad al-Baqir bin ‘Ali Zainal ‘Abidin bin Hussin al-Sibth putera kepada Sayyidina ‘Ali bin Abi Thalib dan Sayyidah Fathimah al-Zahra’ binti Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم. Ibunya adalah as-Sayyidah ‘Aisyah binti Abu Bakar al-Wara’ bin Ahmad asy-Syahid bin al-Faqih al-Muqaddam. Beliau dilahirkan di KotaTarim, Hadramaut. Mendapat didikan awal daripada ayahnya al-Imam ‘Abdurrahman as-Saqqaf. Pada usia yang masih kecil beliau sudah menghafaz al-Quran dan kitab al-Minhaj. Selain ayahnya, beliau juga berguru kepada al-Faqih Abu Bakar bin Muhammad Bilhaj BaFadhal. Menurut Muhammad bin Abu Bakar asy-Syili, al-Habib Umar al-Muhdhor mencapai tahap mujtahid mutlaq didalam ilmu syariat.
Mujahadahnya: Beliau adalah seorang yang sangat kuat bermujahadah. Al-Habib Umar al-Muhdhor, selama 30 tahun tidak memakan kurma. Ketika ditanya kepadanya mengapa? Beliau menjawab: aku tidak memakannya kerana kurma membuatkan aku dirangsang oleh nafsu syahwat. Oleh sebab itu akau melarang diriku untuk memakannya. Selain dari terkenal sebagai seorang yang kuat beribadah, beliau juga terkenal sebagai seorang yang maqbul doa, kasyaf dan mempunyai pelbagai karamah. Sebagaimana biasa kaum ‘Alawiyyin memilih unuk khumul dan menghindari syuhrah (kemasyhuran).
Sifatnya: Walaupun al-Habib Umar al-Muhdhor seorang hartawan keran memiliki banyak kebun kurma, namun beliau sangat terkenal dengan sifat pemurah. Ia mendirikan banyak masjid dan mewaqafkan harta untuk pembiayaannya. Terdapat sebuah masjid yang dikenali dengan nama Masjid Muhdhor di Kota Tarim. InsyaAllah, akan aku ceritakan nanti … Selain itu, al-Habib Umar al-Muhdhor juga menjamin nafqah untuk beberapa buah keluarga yang miskin. Rumahnya tidak pernah sepi dari tetamu yang datang berkunjung baik untuk kepentingan agama mahupun kepentingan duniawi.
Karamahnya: Diantara karamah beliau:
Kewafatannya: Al-Habib Umar al-Muhdhor wafat pada hari itsnin 12 Dhulqaedah 833H didalam keadaan sujud sewaktu sholat dhuhur. Beliau dimakamkan di pemakaman Zanbal.
Setelah itu aku berjalan untuk menziarahi kubah yang terdapat di Zanbal. Dikubah tersebut menempatkan makam al-Habib ‘Abdullah al-’Aidarus bin Abu Bakar as-Sakran bin ‘Abdurrahman as-Saqqaf. Beliau adalah merupakan menenatu kepada al-Habib Umar al-Muhdhor. Di dalam kubah tersebut juga terdapat makam al-Habib Ja’far bin Ahmad al-’Aidarus iaitu ayahanda kepada al-Habib ‘Ali yang tinggal di Batu Pahat, Johor. Kalau diperhatikan seluruh keturunan daripada al-Faqih al-Muqaddam, seperti al-Habib ‘Alwi al-Ghuyur, al-Habib Muhammad Muala Dawilah, al-Habib Abdurrahman as-Saqqaf, al-Habib Umar al-Muhdhor, al-Habib Abu Bakar as-Sakran, al-Habib Abdullah al-’Aidarus dan lain-lain tergolong dalam kibarul auliya’.
Manaqib Aidrus al-Akbar, al-Imam al-Habib Abdullah al-’Aidarus bin Abu Bakar as-Sakran bin ‘Abdurrahman as-Saqqaf. Beliau adalah merupakan penyusun bagi ratib al-’Aidarus yang terkenal diamalkan sebelah alam melayu ini.
Nasabnya: ‘Abdullah al-’Aidarus bin Abu Bakar as-Sakran bin ‘Abdurrahman al-Saqqaf bin Muhammad Maula ad-Dawilah bin ‘Ali Shohib al-Dark bin ‘Alwi al-Ghuyur bin al-Faqih al-Muqaddam Muhammad bin ‘Ali bin Muhammad Shohib al-Mirbath bin ‘Ali Khali’ Qasam bin ‘Alawi bin Muhammad bin ‘Alawi bin ‘Ubaidullah bin Imam al-Muhajir Ahmad bin ‘Isa al-Rumi bin Muhammad al-Naqib bin ‘Ali al-Uraidhi bin Ja’far as-Shadiq bin Muhammad al-Baqir bin ‘Ali Zainal ‘Abidin bin Hussin al-Sibth putera kepada Sayyidina ‘Ali bin Abi Thalib dan Sayyidah Fathimah al-Zahra’ binti Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم.
Di lahirkan dikota Tarim pada tanggal 10 Dhulhijjah 811H. Ibunya Maryam binti Syaikh Ahmad bin Muhammad BaRusyaid. Ibunya juga dari keluarga sholihin. Diriwayatkan oleh Habib Muhammad bin Hasan al-Muallim mengatakan bahhawa bila ingin melihat ahli syurga maka lihatlah Muhammad BaRusyaid. [Diriwayatkan oleh al-Imam al-Habib Muhammad bin ‘Ali Maula Aidid]
Gelaran al-’Aidarus: Beliaulah yang pertama kali diberi gelaran dengan al-’Aidarus atau al-‘Aitarus. Al-’Aidarus berasal dari kata ‘Utairus’ atau ‘’Atrasah’ yang bermakna bersifat seperti singa iaitu dari segi kekuatan dan keberaniannya. Ini adalah kerana semasa kecil, al-Habib Abdullah al-’Aidarus adalah seorang yang berani menghadapi apa pun baik manusia, binatang, makhlus halus dan sebagainya sehinggakan datuknya al-Imam al-Habib ‘Abdurrahman as-Saqqaf memberikannya julukan ‘Utaiyrus’. Ketika datuknya al-Imam al-Habib ‘Abdurrahman as-Saqqaf wafat, beliau berumur 8 tahun.
Ketika berusia 10 tahun ayahnya, al-Habib Abu Bakar as-Sakran bin al-Habib ‘Abdurrahman as-Saqqaf wafat dan beliau telah diasuh oleh bapa saudaranya al-Habib Umar al-Muhdor bin al-Habib ‘Abdurrahman as-Saqqaf. Dan dari bapa saudaranya inilah beliau banyak mengambil ilmu.
Pendidikan: Al-Habib ‘Abdullah belajar al-Quran dari al-Habib Muhammad bin Umar Ba’Alawi. Manakala ilmu fiqih beliau belajar dari al-Faqih Syaikh Saad bin Ubaidullah bin Abu Ubaid, Syaikh Abdullah Baharawah, al-Faqih Syaikh Abdullah BaGhasyir, al-Faqih Ali bin Muhammad bin Abu ‘Ammar, Ibrahim bin Muhammad Bahurmuz dan lain-lain. Kitab fiqih yang beliau tekuni antara lain adalah Kitab Tanbih karangan asy-Syirazi dan kitab Minhaj karangan Imam an-Nawawi. Guru utama yang membimbing beliau adalah bapa saudaranya al-Habib Umar al-Muhdhor. Pelbagai ilmu yang beliau ambil dari bapa saudaranya ini terutamanya ilmu tasauf kerana bapa saudaranya terkenal sebagai tokoh didalam bidang tersebut. Antara kitab yang dipelajari dan ditekuni oleh beliau adalah kitab-kitab karangan Imam al-Ghazali. Bahkan beliau hampir menghafal kitab-kitab Imam al-Ghazali terutamanya kitab Ihya. Oleh itu tidak hairanlah sejak dari kewafatannya sehingga kini setiap pagi Selasa, kitab Ihya dibacakan di kubahnya di Zanbal. Al-Habib Umar al-Muhdhor wafat ketika Habib ‘Abdullah berusia 25 tahun.
Beliau telah dipakaikan khirqah shufiyah oleh gurunya iaitu al-Habib Umar al-Muhdor yang mana beliau pula terima dari leluhurnya sebelumnya.
Perkahwinannya: Beliau juga telah dikahwinkan oleh bapa saudaranya dengan anaknya iaitu Syarifah ‘Aisyah binti Umar al-Muhdhor. Habib Umar al-Muhdhor berkata: ”Aku mengkahwinkan puteriku, ‘Aisyah, dengan anak saudaraku, Habib Abdullah al-’Aidarus al-Akbar, disebabkan aku mendapat isyarat dari pendahuluku (sesepuhku)”. Hasil perkahwinan Habib ‘Abdullah dengan Hababah ‘Aisyah, mereka dikurniakan dengan 4 orang putera dan 4 orang puteri iaitu: Abu Bakar al-‘Adni, ‘Alwi, Syekh, Hussin, Roqayah, Khadijah, Ummu Kultsum dan Bahiya.
Mujahadah: Selain tekun menuntut ilmu, al-Habib ‘Abdullah adalah seorang yang tekun bermujahadah dan banyak mengerjakan ibadah. Bahkan beliau mula bermujahadah memerangi hawa nafsu seawal umur 6 tahun lagi. Untuk mengekang nafsu beliau pernah bermujahadah dengan berpuasa selama 2 tahun dimana beliau berbuka hanya dengan 2 butir kurma, kecuali pada malam-malam tertentu dimana ibunya dantang membawa makanan, maka beliau makan untuk meraikan dan menghormati bonda kesayangannya itu.
Didalam kitab Masluk as-Sawi fi Jam’ie Fawaid Muhimmah min al-Masyr` al-Rawi ada menyebut bahwa al-Habib Abdullah al-’Aidarus al-Akbar pernah berpuasa selama 7 tahun dan berbuka hanya dengan 7 biji kurma sahaja.
Sifatnya: Antara sifatnya, beliau seorang yang sangat menghormati bondanya. Diakhir hayat ibunya, beliau berkhidmat melayan ibunya dan mengambilkan air untuk ibunya setiap hari walaupun dari tempat yang jauh. Beliau seorang yang sangat taqwa, tawadhu dan pemurah. Disebut didalam Masyra’ al-Rawi: Pemurahnya bagaikan seorang amir, namun dalam tawadhu'nya bagaikan seorang faqir. Beliau tidak pernah merasakan dirinya lebih baik daripada makhluq Allah yang lain.
Al-Habib ‘Abdullah al-’Aidarus pernah berkata:
Beliau selalu duduk diatas tanah dan sujud diatas tanah sebagai merasakan bahwa beliau tidak punya apa-apa, sebagai merealisasikan sifat kehambaan. Beliau membawa atau mengurus sendiri keperluannya dan tidak perkenankan orang lain membantunya. Sebagaimana para pendahulunya, ia tidak sukakan syuhrah, beliau memilih untuk khumul. Selain memberi taklim, mentarbiah muridnya, beliau juga gemar berkhalwat didalam sebuah lubang didalam masjidnya. Tempat khalwatnya masih wujud hingga kini [gambaq kat atas tu.... alhamdulillah dapat sholat sunat kat situ ...].
Beliau adalah imam kepada para auliya` dan sholihin pada zamannya. Beliau adalah seorang yang telah sampai ke darjat Quthub.
Kewafatannya: al-Habib ‘Abdullah al-’Aidarus al-Akbar wafat pada hari Ahad sebelum waktu dhuhur 12 Ramadhan 865H/1445M ketika kembali dari perjalanan dakwahnya dari kota Syihr menuju kota Tarim iaitu didaerah Abul. Jenazahnya dimakamkan di pemakaman Zanbal, Tarim. Dan makamnya mudah dikenali kerana ianya adalah salah satu daripada 3 buah kubah yang berada di Zanbal.
Perhatiannya terhadap karangan Imam al-Ghazali: Oleh kerana perhatiannya yang besar kepada besar kepada kitab-kitab karangan Imam al-Ghazali terutamanya kitab Ihya` ‘Ulumiddin, maka sehingga kini kitab tersebut dibaca dikubahnya setiap minggu. Disini abu zahrah bawakan sedikit kata-katanya mengenai kitab Ihya` sebagaimana dinaqalkan oleh Syaikh Abdusshomad al-Falimbani didalam kitabnya Sairus Salikin, dalam rubu` ke-3, antaranya:
Katanya lagi: Barangsiapa berkehendak mengetahui akan jalan Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم dan akan jalan ulama` yang ‘arifin billah dan akan ulama billah, ahluz zahir dan ahlul bathin maka lazim atasnya dengan mutholaah akan beberapa kitab Imam al-Ghazali رحمه الله تعالى yang tersebut dahulu itu, yang tertentu istimewa lagi kitab ihya ‘ulumiddin, yakni terlebih baik lagi kitab ihya ulumiddin itu maka iaitu seperti laut yang meliputi ia akan ilmu syariat dan ilmu haqiqat dan lainnya. [teks arabnya boleh pi rujuk ka kitab Sairus Salikin, Rubu` 3, halaman 172 - 174]
Katanya lagi: Kitab Ihya` ‘Ulumiddin itu terhimpun di dalamnya sekalian rahsia ilmu syariat dan ilmu thoriqat. Dan kitab Bidayatul Hidayah itu terhimpun didalamnya segala ketaqwaan. Dan didalam kitab al-Arba’in fi Usuliddin itu terhimpun didalamnya kenyataan jalan sebenar-benarnya. Dan kitab Minhajul ‘Abidin itu terhimpun didalamnya jalan yang menyampaikan kepada Allah Ta’ala. Dan kitab al-Khulasoh fil Fiqhi itu terhimpun didalamnya ilmu dan amal yang menerangi akan hati. [teks arabnya boleh pi rujuk ka kitab Sairus Salikin, Rubu` 3, halaman 172 - 174]
Katanya lagi: Telah berhimpun perkataan segala ulama yang ‘arifin billah atas bahwasanya tiada sesuatu yang terlebih memberi manfaat pada membaikkan hati dan tiada yang lebih hampir kepada redho Tuhan itu daripada mengikut akan Hujjatul Islam al-Ghazali رحمه الله تعالى dan kasih akan kitab-kitabnya. Maka bahwasanya segala kitab Imam al-Ghazali رحمه الله تعالى itu iaitu isi (lubb) al-Quran dan isi (lubb) hadits (as-Sunnah) Nabi صلى الله عليه وآله وسلم dan isi segala ilmu ‘aqal (ma’qul) dan isi segala ilmu naqal (manqul). Dan Allah Ta’ala itu wakil atas apa yang aku kata itu. (والله وكيل على ما أقول). [teks arabnya boleh pi rujuk ka kitab Sairus Salikin, Rubu` 3, halaman 172 - 174]
Dan katanya lagi:
Selain daripada meninggalkan ramai murid-murid untuk meneruskan perjuangannya, beliau juga meninggalkan senuah karangan dan beberapa himpuan syair. Kitabnya yang terkenal dan masih dibaca dan dikaji sampai kini berjudul al-Kibriit al-Ahmar wa al-Iksiir al-Akbar fi Ma’rifati Asrar al-Suluk ila Malik al-Muluk al-Mu’abbar ‘anhu bi al-Durr wa al-Jauhar. Kitab ini sebuah kitab yang nipis tetapi padat isinya. [Abu Zahrah ada satu salinan. Itupun photocopy. Siapa berhajat boleh lah hubungi]
Setelah menziarahi kubah beliau maka seterusnya ke makam al-Imam al-Habib Abdullah bin ‘Alawi al-Haddad. Tokoh ini sangat masyhur di Nusantara kerana ramai dikalangan ulama Nusantara yang mengamalkan ratib al-Haddad (selain dari Ratib al-Attash dan ratib al-’Aidarus). Selain itu majlis haul Imam al-Haddad setiap tahun diadakan di Malaysia dan ianya mendapat sambutan yang sangat mengalakkan. InsyaAllah … posting yang akan datang aku bawakan sedikit manaqib iman al-Haddad, yang pernah menjadi quthub hampir 60 tahun. Semoga Allah menurunkan rahmatNYA kepada kitab semua yang membaca manaqib para auliya`NYA ini. آمين
Nasabnya: Umar bin ‘Abdurrahman al-Saqqaf bin Muhammad Maula ad-Dawilah bin ‘Ali Shohib al-Dark bin ‘Alwi al-Ghuyur bin al-Faqih al-Muqaddam Muhammad bin ‘Ali bin Muhammad Shohib al-Mirbath bin ‘Ali Khali’ Qasam bin ‘Alawi bin Muhammad bin ‘Alawi bin ‘Ubaidullah bin Imam al-Muhajir Ahmad bin ‘Isa al-Rumi bin Muhammad al-Naqib bin ‘Ali al-Uraidhi bin Ja’far as-Shadiq bin Muhammad al-Baqir bin ‘Ali Zainal ‘Abidin bin Hussin al-Sibth putera kepada Sayyidina ‘Ali bin Abi Thalib dan Sayyidah Fathimah al-Zahra’ binti Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم. Ibunya adalah as-Sayyidah ‘Aisyah binti Abu Bakar al-Wara’ bin Ahmad asy-Syahid bin al-Faqih al-Muqaddam. Beliau dilahirkan di KotaTarim, Hadramaut. Mendapat didikan awal daripada ayahnya al-Imam ‘Abdurrahman as-Saqqaf. Pada usia yang masih kecil beliau sudah menghafaz al-Quran dan kitab al-Minhaj. Selain ayahnya, beliau juga berguru kepada al-Faqih Abu Bakar bin Muhammad Bilhaj BaFadhal. Menurut Muhammad bin Abu Bakar asy-Syili, al-Habib Umar al-Muhdhor mencapai tahap mujtahid mutlaq didalam ilmu syariat.
Mujahadahnya: Beliau adalah seorang yang sangat kuat bermujahadah. Al-Habib Umar al-Muhdhor, selama 30 tahun tidak memakan kurma. Ketika ditanya kepadanya mengapa? Beliau menjawab: aku tidak memakannya kerana kurma membuatkan aku dirangsang oleh nafsu syahwat. Oleh sebab itu akau melarang diriku untuk memakannya. Selain dari terkenal sebagai seorang yang kuat beribadah, beliau juga terkenal sebagai seorang yang maqbul doa, kasyaf dan mempunyai pelbagai karamah. Sebagaimana biasa kaum ‘Alawiyyin memilih unuk khumul dan menghindari syuhrah (kemasyhuran).
Sifatnya: Walaupun al-Habib Umar al-Muhdhor seorang hartawan keran memiliki banyak kebun kurma, namun beliau sangat terkenal dengan sifat pemurah. Ia mendirikan banyak masjid dan mewaqafkan harta untuk pembiayaannya. Terdapat sebuah masjid yang dikenali dengan nama Masjid Muhdhor di Kota Tarim. InsyaAllah, akan aku ceritakan nanti … Selain itu, al-Habib Umar al-Muhdhor juga menjamin nafqah untuk beberapa buah keluarga yang miskin. Rumahnya tidak pernah sepi dari tetamu yang datang berkunjung baik untuk kepentingan agama mahupun kepentingan duniawi.
Karamahnya: Diantara karamah beliau:
- Kisah 1 : Pernah al-Habib Umar al-Muhdhor memberi kepada sahabatnya segantang kurma yang dibubuhnya dalam keranjang. Setiap hari shahabatnya itu mengambilnya sekadar untuk memberi makan keluarganya. Segantang kurma itu diberi berkat oleh Allah sehingga dapat dimakan selama beberapa bulan. Melihat kejadian tersebut si isteri tidak tahan untuk tidak menimbangnya. Swaktu ditimbang, ternyata kurma tetap beratnya segantang saja seperti yang diberikan oleh al-Habib Umar Al-Mudhor sebelumnya. Walaubagimanapun setelah ditimbang kurma itu hanya cukup untuk beberapa hari saja, sedangkan sebelum ini jumlah yang sama bertahan selama beberapa bulan. Kemudian, keluarga tersebut mengadukan kejadian itu pada al-Habib Umar al-Muhdhor. Beliau menjawab: “Jika kamu tidak timbang kurma itu, pasti akan cukup sampai setahun”.
- Kisah 2 : Seseorang datang mengadu pada al-Habib Umar al-Muhdhor: “Kalung isteriku dicuri”. Al-Habib Umar al-Muhdhor berkata: “Katakan pada orang banyak di sekitarmu, sesiapa yang mengambil kalung tersebut hendaklah segera mengembalikannya, jika tidak, dalam jangkamasa tiga hari, orang yang mengambil kalung tersebut itu akan mati dan kalung itu akan dibaju pencuri terbabit. Perintah beliau dijalankan oleh lelaki tersebut. Tapi tidak seorangpun yang mengaku perbuatannya. Setelah tiga hari ia mendapati orang yang mencuri kalung isterinya itu mati. Sewaktu diperiksa ia mendapati kalung isterinya itu berada dalam pakaian si mayat sebagaimana yang dikatakan oleh al-Habib Umar.
Kewafatannya: Al-Habib Umar al-Muhdhor wafat pada hari itsnin 12 Dhulqaedah 833H didalam keadaan sujud sewaktu sholat dhuhur. Beliau dimakamkan di pemakaman Zanbal.
قال سفيان بن عيينة رحمه الله تعالى: عند ذكر الصالحين تنزل الرحمة
Manaqib al-Habib Abdullah al-Aidarus al-Akbar bin Abu Bakar as-Sakran
Setelah itu aku berjalan untuk menziarahi kubah yang terdapat di Zanbal. Dikubah tersebut menempatkan makam al-Habib ‘Abdullah al-’Aidarus bin Abu Bakar as-Sakran bin ‘Abdurrahman as-Saqqaf. Beliau adalah merupakan menenatu kepada al-Habib Umar al-Muhdhor. Di dalam kubah tersebut juga terdapat makam al-Habib Ja’far bin Ahmad al-’Aidarus iaitu ayahanda kepada al-Habib ‘Ali yang tinggal di Batu Pahat, Johor. Kalau diperhatikan seluruh keturunan daripada al-Faqih al-Muqaddam, seperti al-Habib ‘Alwi al-Ghuyur, al-Habib Muhammad Muala Dawilah, al-Habib Abdurrahman as-Saqqaf, al-Habib Umar al-Muhdhor, al-Habib Abu Bakar as-Sakran, al-Habib Abdullah al-’Aidarus dan lain-lain tergolong dalam kibarul auliya’.
Manaqib Aidrus al-Akbar, al-Imam al-Habib Abdullah al-’Aidarus bin Abu Bakar as-Sakran bin ‘Abdurrahman as-Saqqaf. Beliau adalah merupakan penyusun bagi ratib al-’Aidarus yang terkenal diamalkan sebelah alam melayu ini.
Nasabnya: ‘Abdullah al-’Aidarus bin Abu Bakar as-Sakran bin ‘Abdurrahman al-Saqqaf bin Muhammad Maula ad-Dawilah bin ‘Ali Shohib al-Dark bin ‘Alwi al-Ghuyur bin al-Faqih al-Muqaddam Muhammad bin ‘Ali bin Muhammad Shohib al-Mirbath bin ‘Ali Khali’ Qasam bin ‘Alawi bin Muhammad bin ‘Alawi bin ‘Ubaidullah bin Imam al-Muhajir Ahmad bin ‘Isa al-Rumi bin Muhammad al-Naqib bin ‘Ali al-Uraidhi bin Ja’far as-Shadiq bin Muhammad al-Baqir bin ‘Ali Zainal ‘Abidin bin Hussin al-Sibth putera kepada Sayyidina ‘Ali bin Abi Thalib dan Sayyidah Fathimah al-Zahra’ binti Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم.
Di lahirkan dikota Tarim pada tanggal 10 Dhulhijjah 811H. Ibunya Maryam binti Syaikh Ahmad bin Muhammad BaRusyaid. Ibunya juga dari keluarga sholihin. Diriwayatkan oleh Habib Muhammad bin Hasan al-Muallim mengatakan bahhawa bila ingin melihat ahli syurga maka lihatlah Muhammad BaRusyaid. [Diriwayatkan oleh al-Imam al-Habib Muhammad bin ‘Ali Maula Aidid]
Gelaran al-’Aidarus: Beliaulah yang pertama kali diberi gelaran dengan al-’Aidarus atau al-‘Aitarus. Al-’Aidarus berasal dari kata ‘Utairus’ atau ‘’Atrasah’ yang bermakna bersifat seperti singa iaitu dari segi kekuatan dan keberaniannya. Ini adalah kerana semasa kecil, al-Habib Abdullah al-’Aidarus adalah seorang yang berani menghadapi apa pun baik manusia, binatang, makhlus halus dan sebagainya sehinggakan datuknya al-Imam al-Habib ‘Abdurrahman as-Saqqaf memberikannya julukan ‘Utaiyrus’. Ketika datuknya al-Imam al-Habib ‘Abdurrahman as-Saqqaf wafat, beliau berumur 8 tahun.
Ketika berusia 10 tahun ayahnya, al-Habib Abu Bakar as-Sakran bin al-Habib ‘Abdurrahman as-Saqqaf wafat dan beliau telah diasuh oleh bapa saudaranya al-Habib Umar al-Muhdor bin al-Habib ‘Abdurrahman as-Saqqaf. Dan dari bapa saudaranya inilah beliau banyak mengambil ilmu.
Pendidikan: Al-Habib ‘Abdullah belajar al-Quran dari al-Habib Muhammad bin Umar Ba’Alawi. Manakala ilmu fiqih beliau belajar dari al-Faqih Syaikh Saad bin Ubaidullah bin Abu Ubaid, Syaikh Abdullah Baharawah, al-Faqih Syaikh Abdullah BaGhasyir, al-Faqih Ali bin Muhammad bin Abu ‘Ammar, Ibrahim bin Muhammad Bahurmuz dan lain-lain. Kitab fiqih yang beliau tekuni antara lain adalah Kitab Tanbih karangan asy-Syirazi dan kitab Minhaj karangan Imam an-Nawawi. Guru utama yang membimbing beliau adalah bapa saudaranya al-Habib Umar al-Muhdhor. Pelbagai ilmu yang beliau ambil dari bapa saudaranya ini terutamanya ilmu tasauf kerana bapa saudaranya terkenal sebagai tokoh didalam bidang tersebut. Antara kitab yang dipelajari dan ditekuni oleh beliau adalah kitab-kitab karangan Imam al-Ghazali. Bahkan beliau hampir menghafal kitab-kitab Imam al-Ghazali terutamanya kitab Ihya. Oleh itu tidak hairanlah sejak dari kewafatannya sehingga kini setiap pagi Selasa, kitab Ihya dibacakan di kubahnya di Zanbal. Al-Habib Umar al-Muhdhor wafat ketika Habib ‘Abdullah berusia 25 tahun.
Beliau telah dipakaikan khirqah shufiyah oleh gurunya iaitu al-Habib Umar al-Muhdor yang mana beliau pula terima dari leluhurnya sebelumnya.
Perkahwinannya: Beliau juga telah dikahwinkan oleh bapa saudaranya dengan anaknya iaitu Syarifah ‘Aisyah binti Umar al-Muhdhor. Habib Umar al-Muhdhor berkata: ”Aku mengkahwinkan puteriku, ‘Aisyah, dengan anak saudaraku, Habib Abdullah al-’Aidarus al-Akbar, disebabkan aku mendapat isyarat dari pendahuluku (sesepuhku)”. Hasil perkahwinan Habib ‘Abdullah dengan Hababah ‘Aisyah, mereka dikurniakan dengan 4 orang putera dan 4 orang puteri iaitu: Abu Bakar al-‘Adni, ‘Alwi, Syekh, Hussin, Roqayah, Khadijah, Ummu Kultsum dan Bahiya.
Mujahadah: Selain tekun menuntut ilmu, al-Habib ‘Abdullah adalah seorang yang tekun bermujahadah dan banyak mengerjakan ibadah. Bahkan beliau mula bermujahadah memerangi hawa nafsu seawal umur 6 tahun lagi. Untuk mengekang nafsu beliau pernah bermujahadah dengan berpuasa selama 2 tahun dimana beliau berbuka hanya dengan 2 butir kurma, kecuali pada malam-malam tertentu dimana ibunya dantang membawa makanan, maka beliau makan untuk meraikan dan menghormati bonda kesayangannya itu.
Didalam kitab Masluk as-Sawi fi Jam’ie Fawaid Muhimmah min al-Masyr` al-Rawi ada menyebut bahwa al-Habib Abdullah al-’Aidarus al-Akbar pernah berpuasa selama 7 tahun dan berbuka hanya dengan 7 biji kurma sahaja.
Sifatnya: Antara sifatnya, beliau seorang yang sangat menghormati bondanya. Diakhir hayat ibunya, beliau berkhidmat melayan ibunya dan mengambilkan air untuk ibunya setiap hari walaupun dari tempat yang jauh. Beliau seorang yang sangat taqwa, tawadhu dan pemurah. Disebut didalam Masyra’ al-Rawi: Pemurahnya bagaikan seorang amir, namun dalam tawadhu'nya bagaikan seorang faqir. Beliau tidak pernah merasakan dirinya lebih baik daripada makhluq Allah yang lain.
Al-Habib ‘Abdullah al-’Aidarus pernah berkata:
“Bagiku, sama saja, pujian dan celaan, lapar atau kenyang, pakaian mewah atau pakaian tidak mewah(rendah mutunya), lima ratus dinar atau dua dinar. Sedari kecil, hatiku tidak pernah condong kepada selain Allah Ta’ala. Dan bagaimana boleh aku tenang, apabila badanku berbalik ke kanan aku melihat syurga, dan apabila berbalik ke kiri aku melihat neraka”. Begitulah sifatnya yang tidak cintakan dunia dan seisinya.
Beliau selalu duduk diatas tanah dan sujud diatas tanah sebagai merasakan bahwa beliau tidak punya apa-apa, sebagai merealisasikan sifat kehambaan. Beliau membawa atau mengurus sendiri keperluannya dan tidak perkenankan orang lain membantunya. Sebagaimana para pendahulunya, ia tidak sukakan syuhrah, beliau memilih untuk khumul. Selain memberi taklim, mentarbiah muridnya, beliau juga gemar berkhalwat didalam sebuah lubang didalam masjidnya. Tempat khalwatnya masih wujud hingga kini [gambaq kat atas tu.... alhamdulillah dapat sholat sunat kat situ ...].
Beliau adalah imam kepada para auliya` dan sholihin pada zamannya. Beliau adalah seorang yang telah sampai ke darjat Quthub.
Kewafatannya: al-Habib ‘Abdullah al-’Aidarus al-Akbar wafat pada hari Ahad sebelum waktu dhuhur 12 Ramadhan 865H/1445M ketika kembali dari perjalanan dakwahnya dari kota Syihr menuju kota Tarim iaitu didaerah Abul. Jenazahnya dimakamkan di pemakaman Zanbal, Tarim. Dan makamnya mudah dikenali kerana ianya adalah salah satu daripada 3 buah kubah yang berada di Zanbal.
Perhatiannya terhadap karangan Imam al-Ghazali: Oleh kerana perhatiannya yang besar kepada besar kepada kitab-kitab karangan Imam al-Ghazali terutamanya kitab Ihya` ‘Ulumiddin, maka sehingga kini kitab tersebut dibaca dikubahnya setiap minggu. Disini abu zahrah bawakan sedikit kata-katanya mengenai kitab Ihya` sebagaimana dinaqalkan oleh Syaikh Abdusshomad al-Falimbani didalam kitabnya Sairus Salikin, dalam rubu` ke-3, antaranya:
أنا أشهد سر وعلانتة أن من طالع كتاب إحياء علوم الدين فهو من المهتدين
Aku naik saksi pada bathin dan dhahir bahwasanya barangsiapa memutholaah akan kitab Ihya ‘Ulumiddin itu maka iaitu daripada orang yang mendapat petunjuk daripada Allah Ta’ala.اشهدوا على أن من وقع على كتب الغزالي رحمه الله تعالى فقد وقع على عين الشريعة والطريقة والحقيقة
Naik saksi oleh kamu atasku bahwasanya barangsiapa jatuh atas mengaji dan mutholaah akan beberapa kitab Imam al-Ghazali رحمه الله تعالى yang tersebut dahulu itu maka sesungguhnya telah jatuh ia atas kenyataan ilmu syariat dan ilmu thoriqat dan ilmu haqiqat. Katanya lagi: Barangsiapa berkehendak mengetahui akan jalan Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم dan akan jalan ulama` yang ‘arifin billah dan akan ulama billah, ahluz zahir dan ahlul bathin maka lazim atasnya dengan mutholaah akan beberapa kitab Imam al-Ghazali رحمه الله تعالى yang tersebut dahulu itu, yang tertentu istimewa lagi kitab ihya ‘ulumiddin, yakni terlebih baik lagi kitab ihya ulumiddin itu maka iaitu seperti laut yang meliputi ia akan ilmu syariat dan ilmu haqiqat dan lainnya. [teks arabnya boleh pi rujuk ka kitab Sairus Salikin, Rubu` 3, halaman 172 - 174]
Katanya lagi: Kitab Ihya` ‘Ulumiddin itu terhimpun di dalamnya sekalian rahsia ilmu syariat dan ilmu thoriqat. Dan kitab Bidayatul Hidayah itu terhimpun didalamnya segala ketaqwaan. Dan didalam kitab al-Arba’in fi Usuliddin itu terhimpun didalamnya kenyataan jalan sebenar-benarnya. Dan kitab Minhajul ‘Abidin itu terhimpun didalamnya jalan yang menyampaikan kepada Allah Ta’ala. Dan kitab al-Khulasoh fil Fiqhi itu terhimpun didalamnya ilmu dan amal yang menerangi akan hati. [teks arabnya boleh pi rujuk ka kitab Sairus Salikin, Rubu` 3, halaman 172 - 174]
Katanya lagi: Telah berhimpun perkataan segala ulama yang ‘arifin billah atas bahwasanya tiada sesuatu yang terlebih memberi manfaat pada membaikkan hati dan tiada yang lebih hampir kepada redho Tuhan itu daripada mengikut akan Hujjatul Islam al-Ghazali رحمه الله تعالى dan kasih akan kitab-kitabnya. Maka bahwasanya segala kitab Imam al-Ghazali رحمه الله تعالى itu iaitu isi (lubb) al-Quran dan isi (lubb) hadits (as-Sunnah) Nabi صلى الله عليه وآله وسلم dan isi segala ilmu ‘aqal (ma’qul) dan isi segala ilmu naqal (manqul). Dan Allah Ta’ala itu wakil atas apa yang aku kata itu. (والله وكيل على ما أقول). [teks arabnya boleh pi rujuk ka kitab Sairus Salikin, Rubu` 3, halaman 172 - 174]
Dan katanya lagi:
العمل بما في كتاب الإحياء هو الاسم الأعظم
Mengamalkan dengan barang yang didalam kitab Ihya’ ‘Ulumiddin iaitulah Ismul a’dzom.Selain daripada meninggalkan ramai murid-murid untuk meneruskan perjuangannya, beliau juga meninggalkan senuah karangan dan beberapa himpuan syair. Kitabnya yang terkenal dan masih dibaca dan dikaji sampai kini berjudul al-Kibriit al-Ahmar wa al-Iksiir al-Akbar fi Ma’rifati Asrar al-Suluk ila Malik al-Muluk al-Mu’abbar ‘anhu bi al-Durr wa al-Jauhar. Kitab ini sebuah kitab yang nipis tetapi padat isinya. [Abu Zahrah ada satu salinan. Itupun photocopy. Siapa berhajat boleh lah hubungi]
Setelah menziarahi kubah beliau maka seterusnya ke makam al-Imam al-Habib Abdullah bin ‘Alawi al-Haddad. Tokoh ini sangat masyhur di Nusantara kerana ramai dikalangan ulama Nusantara yang mengamalkan ratib al-Haddad (selain dari Ratib al-Attash dan ratib al-’Aidarus). Selain itu majlis haul Imam al-Haddad setiap tahun diadakan di Malaysia dan ianya mendapat sambutan yang sangat mengalakkan. InsyaAllah … posting yang akan datang aku bawakan sedikit manaqib iman al-Haddad, yang pernah menjadi quthub hampir 60 tahun. Semoga Allah menurunkan rahmatNYA kepada kitab semua yang membaca manaqib para auliya`NYA ini. آمين
0 komen:
Catat Ulasan