Khamis, 25 September 2008

CATATAN PERJALANAN KE TARIM HADRAMAUT YAMAN - 11

Sambung kembali ….setelah menziarahi makam al-Habib ‘Abdullah al-Aidarus bin Abu Bakar al-Sakran رضي الله عنهما, kami terus ke makam seterusnya, iaitu makam Quthub al-Dakwah wa al-Irsyad al-Imam al-Habib ‘Abdullah bin ‘Alawi al-Haddad رضي الله عنه. Seorang tokoh yang sememangnya dikenali di Malaysia. Tidak sedikit ulama’ dan penduduk tanah Melayu yang mengamalkan ratib Haddad atau Wirdul Lathif atau Hizb Nasr nya.

Ditempat kita majlis haulnya masih berjalan setiap tahun. Dan insyaAllah tahun ini seperti biasa ianya akan diadakan diseluruh Malaysia. Alhamdulillah tahun ini lebih meluas sambutannya yang mana bakal diadakan dibeberapa buah negeri seperti Kelantan,Terengganu, Johor, Pahang, Negeri Sembilan, Sarawak, Pulau Pinang, Kedah dan Selangor.

Manakala acara kemuncak, majlis haul Imam al-Haddad adalah di tiga lokasi di Kuala Lumpur/Selangor iaitu di Masjid al-Falah (31 Oktober 2008), Masjid Baitul Aman (1 November 2008) dan Masjid al-Bukhary (2 November 2008). Oleh itu para pengunjung al-Fanshuri dijemput ke majlis tersebut. Janganlah lepas peluang ini, kerana selain dari kita mendengar manaqib Imam al-Haddad, membaca beberapa keratan dari kitab-kitab karangan beliau, kita juga akan dapat mendengar tausiyah daripada para ulama yang dijemput khas ke majlis tersebut. Moga-moga dengan keberkatan majlis sedemikian, hati-hati kita akan hidup dan terus subur ……..


Membaca Manaqib: Dalam sebuah hadits riwayat ad-Dailami didalam Musnad al-Firdaus daripada Sayyidina Muadz رضي الله عنه
ذكر الأنبياء من العبادة وذكر الصالحين كفارة وذكر الموت صدقة وذكر القبر يقربكم من الجنة
Maksudnya : Mengingati para Nabi adalah ibadah, mengingati orang-orang sholeh adalah kafarah (bagi dosa), mengingati mati adalah sedekah dan mengingati qubur mendekatkan kalian semua kepada syurga (menurut Imam asy-Sayuthi didalam al-Jami’ asy-Shoghir dan al-Munawi didalam Faidhul Qadir, hadits ini dhoif)

Muhammad bin Yunus رحمه الله تعالى berkata: Tiada melihat aku akan seuatu yang terlebih manfaat bagi hati daripada mengingati riwayat hidup orang-orang sholeh.
قال سفيان بن عيينة رحمه الله تعالى: عند ذكر الصالحين تنزل الرحمة
Sufyan bin Uyainah رحمه الله تعالى mengatakan bahawa ketika menyebut orang-orang sholeh akan bercucuran rahmat.

Imam Junaid al-Baghdadi رحمه الله تعالى pula berkata, hikayat (kisah orang-orang sholeh) itu adalah merupakan tentera dari tentera-tentera Allah Ta’ala dimana Allah menetapkan hati para auliyaNya dengan kisah-kisah tersebut. Maka ditanyai oleh orang kepada Imam Junaid: Apakah engkau mempunyai asas menyokong katamu itu? Maka beliau menjawab: Dalil atau penyokong bagi kenyataannya itu adalah firman Allah [bermaksud]: Dan semua kisah-kisah Rasul-rasul itu, kami ceritakan kepadamu (wahai Muhammad), yang dengannya Kami teguhkan hatimu. (Surah Hud:120). Moga-moga dengan menyebut kisah-kisah mereka, akan menambah kecintaan kita kepada mereka. آمين

Didalam sebuah hadits riwayat daripada Abu Dzar رضي الله عنه, dimana beliau berkata: Wahai Rasulullah! Seorang lelaki mengasihi suatu kaum sedangkan ia tidak mampu ber’amal dengan ‘amalan mereka? Maka baginda صلى الله عليه وآله وسلم bersabda: Engkau, wahai Abu Dzar bersama sesiapa yang engkau kasihi. Mudah-mudahkan kita digolongkan kedalam golongan auliyaNYA lantaran kerna cinta kita kepada mereka. آمين. [dipetik dari kitab Risalah al-Mustarsyidin oleh al-Haarits al-Muhaasibi, cetakan Dar as-Salam, tahqiq Syaikh Abdul Fattah abu Ghuddah]

Didalam kitab Jala adh-Dholaam ‘ala ‘Aqidatil Awwam disebutkan: Ketahuilah, seyogia bagi setiap muslim yang menuntut kelebihan dan kebaikan (dari Allah Ta’ala) bahwa dia mencari baraakah, nafaahat, maqbulnya doa dan turunnya rahamaat pada auliya’ didalam majlis perhimpunan mereka, samada ketika mereka masih hidup atau telah wafat, ketika berada disisi kubur mereka atau ketika berziarah atau ketika menyebut keutamaan mereka dan membaca manaqib mereka.

Duduk bersama ulama`:Tersebut di dalam kitab Irsyad-ul ‘Ibad oleh asy-Syaikh Utsman bin Shihabuddin al-Funtiani رحمه الله تعالى , pada halaman 4, telah bersabda Nabi صلى الله عليه وسلم:

عليكم بمجالسة العلماء واستماع كلام الحكماء فإن الله تعالى يحيى القلب الميت بنور الحكمة كما يحيى الارض الميتة بماء المطر

Yakni [artinya] lazim atas kamu dengan bersama duduk [dengan] ulama’ yang berbuat ‘amal dengan ‘ilmunya dan menuntut mendengar perkataan auliya Allah yang mempunyai ilmu haqiqat, maka bahwasanya Allah Ta’ala menghidupkan Ia akan hati yang mati dengan nur hikmah, (berkata qaum –sufi) seorang berhimpun bersama-sama ahlullah mendapat ia kelakuan yang mulia dan lagi sebenar memberi manfaat dengan berhimpun bersama-sama mereka itu terlebih memberi manfaat daripada lafaz lidah) maka bahwasaya Allah menghidupkan Ia akan hati yang buta dengan nur ilmu yang memberi manfaat seperti menghidupkan Ia akan bumi yang mati dengan air hujan.

Asy-Syaikh Muhammad Nawawi bin Umar al-Bantani رحمه الله تعالى , di dalam kitabnya Nasho-ihul Ibad fi bayani al-Faadzi al-Munabbihaat 'alal Isti'daadi Li Yaumil Ma'adi pada halaman 4, beliau telah memberi penjelasan bahwa yang dimaksudkan dengan:
  • Ulama’ ialah orang-orang ‘alim yang mengamalkan ilmunya
  • Hukama’ ialah orang-orang yang mengetahui/mengenal zat Allah Ta’ala, yang betul dan tepat dalam perkataan dan perbuatan mereka.
  • Hikmah itu adalah ilmu yang memberi manfaat
Seterusnya asy-Syaikh Nawawi al-Bantani رحمه الله تعالى mengklasifikasikan ulama’ itu kepada 3 bahagian:
  • Ulama’ yang ‘alim tentang hukum-hakam, mereka adalah ashhab al-fatwa, yakni mempunyai hak untuk memberi fatwa
  • Ulama yang ‘alim [dan arif] akan dzat Allah [ulama ‘tauhid] sahaja . Mereka ini adalah golongan hukama. Bergaul, berdamping dengan mereka menjadikan akhlaq terdidik, kerana dari hati mereka bersinar cahaya ma’rifatullah dan terbit dari sirr mereka cahaya keagungan Allah.
  • Dan ulama yang memiliki kedua-dua shifat diatas, mereka itu kubara’. Maka bergaul dengan ahlullah mendatangkan ahwal yang mulia. Nadzrah (lirikan) mereka lebih mendatangkan manfaat dari daripada ucapan mereka. Dan barangsiapa yang lirikannya memberi manfaat kepadamu, maka bermanfaatlah kata-katanya, dan barangsiapa yang lirikannya tidak memberi manfaat kepadamu, maka kata-katanya tidak akan mendatangkan manfaat.
InsyaAllah kita akan memperoleh itu semua … dengan niat yang ikhlas dan mahabbah yang benar.

Kini, Abu Zahrah bawakan manaqib Imam al-Haddad. Moga-moga ziarahku ke makam beliau beroleh barokah. ……

Nasabnya: al-Habib Abdullah bin ‘Alawi bin Muhammad bin Ahmad bin Abdullah bin Muhammad al-Haddad bin ‘Alawi bin Ahmad bin Abi Bakar bin Ahmad bin Abi Bakar al–Thowil bin Ahmad bin Muhammad bin Abdullah bin al-Faqih Ahmad bin ‘Abdurrahman bin ‘Alawi bin Muhammad Shahib Mirbath bin ‘Ali bin ‘Alwi Khali’ Qasam bin Muhammad bin ‘Alwi bin Ubaidillah bin Ahmad al-Muhajir bin ‘Isa al-Rumi bin Muhammad an-Naqib bin ‘Ali al-Uraidhi bin Ja’far ash-Shadiq bin Muhammad al-Baqir bin ‘Ali Zain al-‘Abidin bin al-Hussin al-Sibth bin ‘Ali suami Fathimah al-Zahra’ binti Muhammad Rasulullah صلى الله عليه وسلم.

Al-Imam Al-Habib Abdullah bin ‘Alawi bin Muhammad bin ‘Ali al-Haddad رضي الله عنه diputerakan pada malam itsnin 5 Shafar 1044H (30 Julai 1634M). Ini sebagaimana disebutkan oleh Syaikh ‘Ahmad bin ‘Abdul Karim al-Hasawi as-Sajjar didalam kitab yang bertajuk Tatsbitul Fuad bi Zikri Kalam Majalis al-Quthub al-Imam ‘Abdullah bin ‘Alawi bin Muhammad al-Haddad, beliau berkata: Beliau رضي الله عنه berkata:


Kami telah menghafaz tarikh kelahiran kami daripada ibu kami. Ibuku berkata: Aku dilahirkan pada malam itsnin, 5hb Safar, tahun 1044H. Beliau رضي الله عنه bercerita lagi: Seorang jiran wanita membungkusku dengan pakaian ayahku. Malam itu aku menangis dan menjerit-jerit sampai pagi. Lalu ibuku berkata kepada sebahagian wanita yang berada didalam rumah: Cuba engkau lihat, apa terjadi kepada nakku, kenapa dia tidak mahu diam. Wanita itu kemudian memeriksa kain yang membungkusku. Ternyata didalamnya terdapat seekor kala jengking yang sangat besar. Badanku merah-merah kerana sengatannya [dalam setengah riwayat mengatakan lebih dari 20 sengatan].

Beliau didlahirkan disebuah perkampungan bernama Subair yang berhampiran dengan kota Tarim di Wadi Hadhramaut, di Selatan Yaman. Beliau membesar didalam lingkungan keluarganya yang terkenal dengan kesholehan.

Ayahnya Habib ‘Alawi bin Muhammad al-Haddad, sejak kecil berada di bawah asuhan ibunya Hababah Salwa, yang dikenal sebagai wanita ahli ma’rifah dan wilayah. Bahkan al-Habib Abdullah bin Alawi al-Haddad sendiri banyak meriwayatkan kekeramatannya. Datuk al-Habib Abdullah al-Haddad dari sebelah ibunya Habib Umar bin Ahmad al-Manfar Ba'Alawi yang termasuk ulama yang mencapai darjat ma’rifah yang sempurna. Imam al-Haddad meriwayatkan sekitar 45 karamah yang dimilikinya.
Imam al-Haddad mendapat didikan awal dari ayahandanya Habib ‘Alawi bin Muhammad al-Haddad dan ibundanya Hababah Salma binti Idrus bin Ahmad bin Muhammad al-Habsyi .

Ketika umurnya 4 tahun, beliau telah diserang penyakit cacar hingga menyebabkan beliau buta kedua matanya. Walaubagaimanapun matahati terang benderang. Sewaktu kecilnya beliau tidak menghabiskan masanya dengan bermain sebagaimana anak kecil sebayanya. Beliau menghabiskan waktunya dengan menghafal al-Quran, bermujahadah an-Nafs dengan mengerjakan banyak ibadah dan mencari ilmu.


Ayahnya, al-Habib ‘Alawi bin Muhammad al-Haddad wafat pada malam itsnin awal bulan Rajab 1072H. Kemudian disusuli pula oleh ibunya iaitu pada hari Rabu, tanggal 24 Rajab 1072H. Ketika itu Imam al-Haddad sudah berumar 28 tahun.


Guru-gurunya: Diantara guru-guru beliau adalah:

  • al-Habib Muhammad bin ‘Alawi bin Abu Bakar bin Ahmad bin Abu Bakar bin ‘Abdurrahman al-Saqqaf (1002 – 1071H)
  • Syaikh Abu Bakar bin bin Imam ‘Abdurrahman bin ‘Ali bin Abu Bakar bin Syaikh ‘Abdurrahman al-Saqqaf
  • al-Habib ‘Aqil bin ‘Abdurrahman bin Muhammad bin ‘Ali bin ‘Aqil bin Syaikh Ahmad bin Abu Bakar bin Syaikh bin ‘Abdurrahman al-Saqqaf
  • al-Habib ‘Umar bin ‘Abdurrahman al-‘Atthas bin Aqil bin Salim bin Abdullah bin Abdurrahman bin Abdullah bin Abdurrahman al-Saqqaf (wafat:1072H).
  • al-Habib ‘Abdurrahman bin Syaikh Maula ‘Aidid Ba’alawi (wafat: 1068H)
  • Sayyid Syaikhan bin Imam al-Hussein bin Syaikh Abu Bakar bin Salim
  • al-Habib Syihabuddin Ahmad bin Syaikh Nashir bin Ahmad bin Syaikh Abu Bakar bin Salim
  • al-Habib Jamaluddin Muhammad bin Abdurrahman bin Muhammad bin Syaikh al-Arifbillah Ahmad bin Syaikh al-Hussein bin Syaikh al-Quthb al-Rabbani Abu Bakar bin Abdullah al-‘Aydrus (1035-1112H)
  • Sayyid al-Faqih al-Shufi Abdullah bin Ahmad Ba`alawi al-Asqa’
  • Sayyid Syaikh al-Imam Ahmad bin Muhammad al-Qusyasyi (wafat 1071H)
Khirqah Sufiyah: Imam al-Haddad banyak menerima khirqah sufiyyah, antaranya daripada:
  • al-Habib ‘Aqil bin ‘Abdurrahman bin Muhammad bin ‘Ali bin ‘Aqil bin Syaikh Ahmad bin Abu Bakar bin Syaikh bin ‘Abdurrahman al-Saqqaf,
  • al-Habib ‘Umar bin ‘Abdurrahman al-‘Atthas bin Aqil bin Salim bin Abdullah bin Abdurrahman bin Abdullah bin Abdurrahman al-Saqqaf (wafat:1072H),
  • al-Habib Syihabuddin Ahmad bin Syaikh Nashir bin Ahmad bin Syaikh Abu Bakar bin Salim,
  • al-‘Arifbillah Syaikh Muhammad bin ‘alawi as-Saqqaf al-Makki
Beliau adalah merupakan Quthub al-Aqtab pada zamannya.Dan ada ulama mengatakan bahwa beliau me

Murid-muridnya: Murid-murid beliau, antaranya:-

  • al-Habib Hasan bin ‘Abdullah al-Haddad (anak beliau);
  • al-Habib Ahmad bin Zein al-Habsyi;
  • al-Habib ‘Abdurrahman bin ‘Abdullah Balfaqih;
  • al-Habib Muhammad bin Zein bin Smith;
  • al-Habib ‘Umar bin Zein bin Smith;
  • al-Habib ‘Umar bin ‘Abdurrahman al-Bar;
  • al-Habib ‘Ali bin ‘Abdullah bin Abdurrahman al-Saqqaf;
  • al-Habib Muhammad bin ‘Umar bin Thoha ash-Shafi al-Saqqaf;
  • Syaikh Ahmad bin Abdul Karim al-Hasawi asy-Syajjar
  • Al-Faqih BaJubair – beliau adalah merupakan guru kepada Imam al-Haddad dalam ilmu fiqih namun setelahnya ulama ini bellajar kitab Ihya kepada Imam al-Haddad. Imam al-Haddad berkata: Setelah kembali ke Hadramaut (dari India) dia belajar Ihya kepadaku. Aneh sekali! Dahulu aku belajar fiqih kepadanya, namun sekarang dia belajar ihya kepadaku.
  • dan ramai lagi
Penulisan: Beliau رضي الله عنه mula menulis ketika berumar 25 tahun dan karya terakhir beliau ditulis pada ketika usianya 86 tahun. Karya al-Habib Abdullah bin ‘Alawi al-Haddad, antaranya:-

An-Nashoih ad-Diniyah wa al-Washoya al-Imaniyah (النصائح الدينية والوصايا الإيمانية), Ad-Da’wah at-Tammah wa at-Tazkirah al-‘Ammah (الدعوة التامة و التذكرة العامة), Risalah al-Mu’aawanah wa al-Mudzaaharah wa al-Mu`aazirah li ar-Raghibin minal Mu’minin fi Suluki Thoriqil Akhirah (رسالة المعاونة والمظاهرة والمؤازرة للراغبين من المؤمنين في سلوك طريق الأخرة), Al-Fushul al-‘Ilmiyyah wa al-Ushul al-Hikamiyah (الفصول العلمية والأصول الحكمية); Sabil al-Iddikar wa al-I’tibaar bima Yamurru bi al-Insan wa Yanqadhi lahu min al-’A’maar (سبيل الإدكار والا عتبار بما يمر بالإنسان وينقضي له من الأعمار); Risalah al-Muzaakarah ma’a al-Ikhwan al-Muhibbin min Ahl al-Khair wa ad-Din (رسالة المذاكرة مع الإخوان المحبين من أهل الخير والدين); Risalah Aadab Suluk al-Murid (رسالة آداب سلوك المريد); Kitab al-Hikam (كتاب الحكم )



An-Nafais al-‘Uluwiyyah fi al-Masaail as-Shufiyyah
(النفائس العلوية في المسائل الصوفية); Ithaf as-Saail bi Jawaab al-Masaail (إتحاف السائل بجواب المسائل); Wasilah al-‘Ibaad ila Zaad al-Ma’aad (وسيلة العباد إلى زاد المعاد); Ad-Durr al-Mundzum li Zaawil ‘Uqul wa al-Fuhuum (الدر المنظوم لذوي العقول والفهوم); Tastbitul Fuad ( تثبيت الفؤاد)- dikumpul oleh murid beliau Syaikh Ahmad bin Abdul Karim al-Hasawi asy-Syarjjar)


Kebanyakkan karya beliau telah diterjemahkan ke bahasa Inggeris dan juga bahasa Indonesia dan Malaysia.






Ibadahnya:
Beliau رضي الله عنه sangat bersungguh-sungguh didalam mengerjakan ibadah dan mujahadah an-Nafs sedari usianya masih kanak-kanak. Pada bidayahnya beliau mengunjungi seluruh masjid di kota Tarim untuk beribadah. Beliau sentiasa berjaga malam untuk mengerjakan ibadah. Hampir 40 tahun beliau bersholat shubur dengan wudhu` sholat 'Isya`. Banyak berzikir dan membaca al-Quran. Biji tasbihnya berjumlah 1000 biji.




Akhlaqnya: Akhlaqnya mencontohi akhlaq datuknya, Rasulullah صلى لله عليه وآله وسلم samaada pada perkataan atau perbuatannya. Terkenal sebagai seorang yang pemurah. Sentiasa manis bibirnya dengan senyuman dan menngembirakan orang lain. Sangat memberi perhatian kepada penuntut ilmu dan majlis ilmu. Membalas kejahatan dengan kebaikan. Sangat wara’ dalam perkara-perkara syubhat. Kalau memberi upah beliau akan memberi lebih tinggi daripada yang diharapkan. Beliau juga suka mendirikan masjid, antara yang dibinanya adalah Masjid al-Awwabin, Masjid al-Abrar, Masjid al-Abdal, Masjid al-Fath, Masjid at-Tawwabin dan Masjid Ba’Alawi di Basyon.

Karamahnya: al-Habib ‘umar bin Zain bin Sumaith mengatakan bahwa seorang waliyullah yang hidup sezaman dengan al-Imam ‘Abdullah bin ‘alawi al-Haddad dan bermuqim di Mekah – sehari setelah kewafatan Imam al-Haddad - telah memberitahu kepada sejumlah orang di Mekah bahwa semalam Imam al-Haddad telah wafat. Ketika ditanya, darimana waliyullah itu tahu hal tersebut, maka beliau menjawab: Tiap hari siang dan malam, saya melihat beliau (Imam al-Haddad) selalu datang thawaf Ka’bah (padahal Imam al-Haddad berada di Tarim). Hari ini aku tidak melihatnya lagi, kerana itu aku mengetahui bahwa beliau sudah wafat.

Oleh kerana beliau seorang khumul, menghindari syuhrah (kemasyhuran), sangat tidak suka orang membicarakan karamahnya maka beliau pernah memerintahkan muridnya melupuskan (dengan menghanyutkan kesungai) 2 jilid kitab disusun yang menyebut tentang karamahnya. Dan beliau selalu mennashihati muridnya untuk tidak melakukan ibadah untuk mendapatkan karamah.


Pujian Ulama Keatasnya:
Mufti Hadhramaut, Habib 'Abdur Rahman bin Muhammad bin Husain bin 'Umar al-Masyhur Ba 'Alawi dalam Ghaayatu Talkhish al-muraad min fatawa Ibni Ziyaad menyatakan bahawa Imam a-Haddad adalah merupakan mujaddid kurun ke-11H. Pada halaman 293 - 294 di pinggir Bughyatul Mustarsyidin, beliau menyatakan:- [Masalah] Hadits "Bahawasanya Allah akan membangkitkan buat umat ini pada awal setiap 100 tahun orang yang akan memperbaharui (mentajdidkan) agama umat ini (yakni yang akan memperbaharui pegangan dan keyakinan umat terhadap agama mereka)," dikeluarkan hadits ini oleh Imam Abu Dawud dan Imam al-Hakim dan selain kedua mereka. Dan dalam lafaz lain dinyatakan "Pada setiap 100 tahun seorang lelaki daripada ahli baitku," sebagaimana dinyatakan oleh Imam Ahmad. Berkata Imam as-Sayuthi, hadits ini adalah masyhur dengan diriwayatkan oleh para hafiz yang muktabar. Maka mujaddid bagi:-



  • Kurun pertama: Sayyidina 'Umar bin 'Abdul 'Aziz;
  • Kurun ke-2: Imam Muhammad bin Idris asy-Syafi`i;
  • Kurun ke-3: Ibnu Suraij atau al-Asy'ari;
  • Kurun ke-4: ash-Sha'luki atau Abu Hamid al-Isfaraini atau Qadhi Abu Bakar al-Baaqilani;
  • Kurun ke-5: Imam al-Ghazali tanpa ada khilaf;
  • Kurun ke-6: al-Fakhrur Razi atau ar-Rifaa`i;
  • Kurun ke-7: Ibnu Daqiiqil 'Eid;
  • Kurun ke-8: al-Bulqini dan Zainuddin al-'Iraqi atau Ibnu Bintil Mailaq;
  • Kurun ke-9: Syaikh Zakaria al-Anshari sebagaimana dinyatakan oleh guru kami ath-Thanbadaawi dan adalah Imam asy-Sayuthi telah menisbahkan tajdid kepada dirinya (yakni menyatakan dirinya sebagai mujaddid), dan tiada syak bahawa Syaikh Zakaria lebih memberi manfaat (buat umat) dan lebih masyhur, maka dialah mujaddid ke-9 ini, insya-Allah;
  • Kurun ke-10: yang aku jumpa daripada keterangan para masyaikh bahawa mujaddid kurun ini ialah Syaikh Ahmad bin Hajar al-Haitami atau Imam Muhammad ar-Ramli, dan dirajihkan oleh sebahagian ulama bahawa mujaddidnya ialah Imam Muhammad ar-Ramli kerana Imam Ibnu Hajar meninggal sebelum berlalu kurun (yakni Imam Ibnu Hajar meninggal di akhir kurun dan tidak bertemu dengan awal kurun yang baru);
  • Kurun ke-11: Sayyidinal Quthub 'Abdullah bin 'Alawi al-Haddad 'Alawi;
  • Kurun ke-12: al-Quthub Ahmad bin 'Umar bin Sumaith Alawi. [petikan dari blog Ustaz Abu Muhammad - Bahrusshofa]

Seorang ulama menggambarkan kedudukan beliau dengan ungkapan: Didalam dunia tasawwuf Imam al-Ghazali ibarat pemintal kain, Imam ‘Abdul Wahab asy-Sya’rani ibarat tukang potong dan al-Habib Abdullah bin ‘Alawi al-Haddad adalah penjahitnya.

Syaikh Hussin bin Muhammad BaFadhal al-Makki (wafat 1087H) mengatakan: Bahwa ada 3 tokoh pada masanya. Pertama, yang halnya menutupi maqalnya iaitu Al-Habib Muhammad bin ‘Alwi al-Saqqaf (mufti Mekah), kedua yang maqalnya menutupi halnya iaitu Syaikh Ahmad al-Qusyasyi (mufti Madinah, wafat 1071H), dan ketiga, yang sampai pada darjah sempurna diantara hal dan maqalnyanya itu al-Imam al-Habib ‘Abdullah bin ‘Alawi al-Haddad. Syaikh Hussin baFadal juga mengatakan: Dia (Imam al-Haddad) adalah lautan bathin dan dzahir.


Al-Habib Abu Bakar al-Jufri (wafat 1089H) mengatakan: Aku telah berkumpul dengan lebih dari 40 orang waliyullah, tetapi aku tidak pernah mneyaksikan seperti Sayyid ‘Abdullah al-Haddad, dan tidak ada pula yang mengunggulinya. Dia ialah Nafas Rahmani.



Kewafatannya:
Khamis 27 Ramadhan 1132H, beliau mula sakit dan sakitnya berlanjutan selama 40 hari sampai akhirnya pada malam Selasa 7 Dzulqaedah 1132H (bersamaan 10 September 1720M), al-Habib Abdullah bin ‘Alawi bin Muhammad bin ‘Ali al-Haddad رضي الله عنه dijemput Allah kehadratNya ketika berusia 89 tahun. Makam beliau رضي الله عنه terletak di kawasan pemakaman Zanbal, di kota Tarim. Semoga Allah melimpahkan rahmatNya kepada ruhnya dan memberi manfaat kepada kita dengan ilmu-ilmunya




اَلَّلهُمَّ انْشُرْنَفَحَاتِ الِّرضْوَانِ عَلَيْهِ، وَأَمِدَّنَا بِالأَسْرَارِ الَّتِي أَوْدَعْتَهَالَدَيْهِ. اَلَّلهُمَّ صَلِّ عَلىَ جَدِّهِ النَّبِيِّ الأَمِيْنَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعْيْنَ


Ya Allah! Sebarkanlah hembusan keredhaanMu ke atasnya dan limpahkanlah ya Allah, kepada kami segala rahsia yang Engkau simpan disisinya. Ya Allah! Kurniakanlah rahmat dan kesejahteraan keatas nendanya, Nabi al-Amin, penghulu kami Muhammad صلى الله عليه وآله وسلم dan keatas keluarga dan shahabat-shahabatnya sekalian

الفاتحة إلى حضرة النبي محمد صلى الله عليه وآله وسلم وإلى روح سيدنا قطب الإرشاد وغوث العباد والبلاد الحبيب عبد الله بن عاوي بن محمد الحداد وأصوله وفروعهم أن الله يعلي درجاتهم في الجنة ويكثر من مثوباتهم ويضاعف حسناتهم ويحفظنا بجاههم وينفعنابهم ويعيد علينا من بركاتهم وأسرارهم وأنوارهم وعلومهم ونفحاتهم في الدين والدنيا والآخرة - الفاتحة

InsyaAllah, nanti ambo sertakan jadual majlis haul Imam al-Haddad sebagaimana yang dinyatakan diatas. Rasanya lepas Eidul Fitrilah … bagi awai kot satgi hilang bersama kuih raya, rendang, lemang dan ketupat …. Hehehe. Oh ya … sebagai mengakhiri manaqib ringkas Imam al-Haddad, ambo bawakan sepotong nashihat beliau yang sangat berharga untuk panduan kita ….. dari himpunan syair beliau berjudul ad-Durrul Mandzum yang ambo petik dari blog Ustaz Abu Muhammad (Bahrusshofa)


Jika kau ingin hidup bahagia sepanjang umurmu dan setelah mati, kuburmu dijadikan taman syurga;
Dan engkau dibangkitkan tatkala tiupan sangkakala dalam keadaan aman dari rasa takut, terancam, terusir dan dari kerugian;

Dan dihadapkan (kepada Allah) dalam kemuliaan dan keagungan, diberi khabar gembira oleh para malaikat dengan kejayaan dan ganjaran pahala;

Dan diberatkan timbangan amalanmu dengan amalan-amalan yang menggembirakan engkau di Padang Mahsyar;

Dan engkau melintasi sepantas kilat titian ash-Shirath, serta meneguk minuman dari telaga Nabi al-Mustofa yang suci;

Dan hidup kekal dalam syurga-syurga yang tinggi penuh keni'matan, mendapat bahagian untuk dekat dengan Tuhan yang Satu, Maha Esa dan Tunggal;

Dan engkau melihatNya dengan matamu dalam keadaan Dia Maha Suci dari bertempat, dari kaifiyyat, dari had dan batasan;

Maka perelokkan keyakinanmu, kerana sesungguhnya apabila keyakinan telah sempurna, yang ghaib akan nampak nyata tanpa diengkari;

Dan jadikanlah Asy'ariyyah sebagai pegangan i'tiqadmu, kerana sesungguhnya ia adalah sumber minuman yang suci bersih dari penyimpangan dan kekufuran;

Dan telah menyusun Quthubul Imam sandaran kita, 'aqidahnya yang merupakan penawar bagi segala marabahaya;

Dan orang yang kumaksudkan dengannya itu ialah satu-satunya yang disifatkan dengan gelaran Hujjatul Islam (yakni Imam al-Ghazali رحمه الله ), maka sudah sepatutnya engkau berasa bangga.

Posting kali ni agak panjang … sebenarnya banyak lagi tentang Imam al-Haddad yang nak ambo bawakan disini tapi dek kerana takut panjang sangat, maka ambo tangguhkan dulu. Lain kali ambo crita lagi ketika menceritakan pengalaman kami ketika menziarahi Masjid al-Fath, antaranya dapat memegang tasbih Imam al-Haddad.

Setelah selesai ziarah kami di Zanbal, maka kami bergerak pulak ke Inat untuk menziarahi makam al-Habib Syaikh Abu Bakar bin Salim. Perjalanannya agak jauh, sempat juga aku lelapkan mata seketika untuk melepaskan penat. Perjalanan kami kesana dengan kereta Ustaz Ibrahim al-Fathoni. Beliau sudah hampir 5 tahun tinggal di Tarim. Seorang yang baik, ringan tangan dan mudah berurusan dengannya. Memang perjalanan kami ‘all-out’ dari Inat kami menziarahi makam Imam al-Muhajir ketika perjalanan ke Seiwun. Kemudian menziarahi makam al-Habib ‘Ali al-Habsyi di Seiwun. Aha …. Nampak gaya panjang lagi lah catatan perjalanan ke Tarim ni …. Maybe sambung selepas Eidul Fitri. Nak balik Kedah dulu ……….


Insyaallah panjang umur kita ketemu lagi. Ambo mengucapkan selamat balik kampung dan selamat menyambul Eidul Fitri. Semoga segala amalan yang dilakukan disepanjang Ramadhan diterimaNYA dan semoga ketaqwaan kita bertambah. Akhirkalam, ambo memohon ampun maaf dzahir dan bathin diatas segala salah-silap ambo kepada pengunjung al-Fanshuri. Jemputlah kerumah ambo di Sri Gombak selepas raya posa 6.

Selasa, 23 September 2008

Mai Mengaji Dengan Shaikh Nuruddin Secara Online

Sila disini untuk ke al-Muttaqin TV

CATATAN PERJALANAN KE TARIM HADRAMAUT YAMAN - 10


قال سفيان بن عيينة رحمه الله تعالى: عند ذكر الصالحين تنزل الرحمة

Manaqib al-Imam al-Habib Umar bin ‘Abdurrahman as-Saqqaf

Nasabnya: Umar bin ‘Abdurrahman al-Saqqaf bin Muhammad Maula ad-Dawilah bin ‘Ali Shohib al-Dark bin ‘Alwi al-Ghuyur bin al-Faqih al-Muqaddam Muhammad bin ‘Ali bin Muhammad Shohib al-Mirbath bin ‘Ali Khali’ Qasam bin ‘Alawi bin Muhammad bin ‘Alawi bin ‘Ubaidullah bin Imam al-Muhajir Ahmad bin ‘Isa al-Rumi bin Muhammad al-Naqib bin ‘Ali al-Uraidhi bin Ja’far as-Shadiq bin Muhammad al-Baqir bin ‘Ali Zainal ‘Abidin bin Hussin al-Sibth putera kepada Sayyidina ‘Ali bin Abi Thalib dan Sayyidah Fathimah al-Zahra’ binti Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم. Ibunya adalah as-Sayyidah ‘Aisyah binti Abu Bakar al-Wara’ bin Ahmad asy-Syahid bin al-Faqih al-Muqaddam. Beliau dilahirkan di KotaTarim, Hadramaut. Mendapat didikan awal daripada ayahnya al-Imam ‘Abdurrahman as-Saqqaf. Pada usia yang masih kecil beliau sudah menghafaz al-Quran dan kitab al-Minhaj. Selain ayahnya, beliau juga berguru kepada al-Faqih Abu Bakar bin Muhammad Bilhaj BaFadhal. Menurut Muhammad bin Abu Bakar asy-Syili, al-Habib Umar al-Muhdhor mencapai tahap mujtahid mutlaq didalam ilmu syariat.



Mujahadahnya:
Beliau adalah seorang yang sangat kuat bermujahadah. Al-Habib Umar al-Muhdhor, selama 30 tahun tidak memakan kurma. Ketika ditanya kepadanya mengapa? Beliau menjawab: aku tidak memakannya kerana kurma membuatkan aku dirangsang oleh nafsu syahwat. Oleh sebab itu akau melarang diriku untuk memakannya. Selain dari terkenal sebagai seorang yang kuat beribadah, beliau juga terkenal sebagai seorang yang maqbul doa, kasyaf dan mempunyai pelbagai karamah. Sebagaimana biasa kaum ‘Alawiyyin memilih unuk khumul dan menghindari syuhrah (kemasyhuran).



Sifatnya: Walaupun al-Habib Umar al-Muhdhor seorang hartawan keran memiliki banyak kebun kurma, namun beliau sangat terkenal dengan sifat pemurah. Ia mendirikan banyak masjid dan mewaqafkan harta untuk pembiayaannya. Terdapat sebuah masjid yang dikenali dengan nama Masjid Muhdhor di Kota Tarim. InsyaAllah, akan aku ceritakan nanti … Selain itu, al-Habib Umar al-Muhdhor juga menjamin nafqah untuk beberapa buah keluarga yang miskin. Rumahnya tidak pernah sepi dari tetamu yang datang berkunjung baik untuk kepentingan agama mahupun kepentingan duniawi.

Karamahnya: Diantara karamah beliau:
  • Kisah 1 : Pernah al-Habib Umar al-Muhdhor memberi kepada sahabatnya segantang kurma yang dibubuhnya dalam keranjang. Setiap hari shahabatnya itu mengambilnya sekadar untuk memberi makan keluarganya. Segantang kurma itu diberi berkat oleh Allah sehingga dapat dimakan selama beberapa bulan. Melihat kejadian tersebut si isteri tidak tahan untuk tidak menimbangnya. Swaktu ditimbang, ternyata kurma tetap beratnya segantang saja seperti yang diberikan oleh al-Habib Umar Al-Mudhor sebelumnya. Walaubagimanapun setelah ditimbang kurma itu hanya cukup untuk beberapa hari saja, sedangkan sebelum ini jumlah yang sama bertahan selama beberapa bulan. Kemudian, keluarga tersebut mengadukan kejadian itu pada al-Habib Umar al-Muhdhor. Beliau menjawab: “Jika kamu tidak timbang kurma itu, pasti akan cukup sampai setahun”.
  • Kisah 2 : Seseorang datang mengadu pada al-Habib Umar al-Muhdhor: “Kalung isteriku dicuri”. Al-Habib Umar al-Muhdhor berkata: “Katakan pada orang banyak di sekitarmu, sesiapa yang mengambil kalung tersebut hendaklah segera mengembalikannya, jika tidak, dalam jangkamasa tiga hari, orang yang mengambil kalung tersebut itu akan mati dan kalung itu akan dibaju pencuri terbabit. Perintah beliau dijalankan oleh lelaki tersebut. Tapi tidak seorangpun yang mengaku perbuatannya. Setelah tiga hari ia mendapati orang yang mencuri kalung isterinya itu mati. Sewaktu diperiksa ia mendapati kalung isterinya itu berada dalam pakaian si mayat sebagaimana yang dikatakan oleh al-Habib Umar.




Kewafatannya: Al-Habib Umar al-Muhdhor wafat pada hari itsnin 12 Dhulqaedah 833H didalam keadaan sujud sewaktu sholat dhuhur. Beliau dimakamkan di pemakaman Zanbal.







قال سفيان بن عيينة رحمه الله تعالى: عند ذكر الصالحين تنزل الرحمة

Manaqib al-Habib Abdullah al-Aidarus al-Akbar bin Abu Bakar as-Sakran

Setelah itu aku berjalan untuk menziarahi kubah yang terdapat di Zanbal. Dikubah tersebut menempatkan makam al-Habib ‘Abdullah al-’Aidarus bin Abu Bakar as-Sakran bin ‘Abdurrahman as-Saqqaf. Beliau adalah merupakan menenatu kepada al-Habib Umar al-Muhdhor. Di dalam kubah tersebut juga terdapat makam al-Habib Ja’far bin Ahmad al-’Aidarus iaitu ayahanda kepada al-Habib ‘Ali yang tinggal di Batu Pahat, Johor. Kalau diperhatikan seluruh keturunan daripada al-Faqih al-Muqaddam, seperti al-Habib ‘Alwi al-Ghuyur, al-Habib Muhammad Muala Dawilah, al-Habib Abdurrahman as-Saqqaf, al-Habib Umar al-Muhdhor, al-Habib Abu Bakar as-Sakran, al-Habib Abdullah al-’Aidarus dan lain-lain tergolong dalam kibarul auliya’.

Manaqib Aidrus al-Akbar, al-Imam al-Habib Abdullah al-’Aidarus bin Abu Bakar as-Sakran bin ‘Abdurrahman as-Saqqaf. Beliau adalah merupakan penyusun bagi ratib al-’Aidarus yang terkenal diamalkan sebelah alam melayu ini.

Nasabnya: ‘Abdullah al-’Aidarus bin Abu Bakar as-Sakran bin ‘Abdurrahman al-Saqqaf bin Muhammad Maula ad-Dawilah bin ‘Ali Shohib al-Dark bin ‘Alwi al-Ghuyur bin al-Faqih al-Muqaddam Muhammad bin ‘Ali bin Muhammad Shohib al-Mirbath bin ‘Ali Khali’ Qasam bin ‘Alawi bin Muhammad bin ‘Alawi bin ‘Ubaidullah bin Imam al-Muhajir Ahmad bin ‘Isa al-Rumi bin Muhammad al-Naqib bin ‘Ali al-Uraidhi bin Ja’far as-Shadiq bin Muhammad al-Baqir bin ‘Ali Zainal ‘Abidin bin Hussin al-Sibth putera kepada Sayyidina ‘Ali bin Abi Thalib dan Sayyidah Fathimah al-Zahra’ binti Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم.

Di lahirkan dikota Tarim pada tanggal 10 Dhulhijjah 811H. Ibunya Maryam binti Syaikh Ahmad bin Muhammad BaRusyaid. Ibunya juga dari keluarga sholihin. Diriwayatkan oleh Habib Muhammad bin Hasan al-Muallim mengatakan bahhawa bila ingin melihat ahli syurga maka lihatlah Muhammad BaRusyaid. [Diriwayatkan oleh al-Imam al-Habib Muhammad bin ‘Ali Maula Aidid]

Gelaran al-’Aidarus: Beliaulah yang pertama kali diberi gelaran dengan al-’Aidarus atau al-‘Aitarus. Al-’Aidarus berasal dari kata ‘Utairus’ atau ‘’Atrasah’ yang bermakna bersifat seperti singa iaitu dari segi kekuatan dan keberaniannya. Ini adalah kerana semasa kecil, al-Habib Abdullah al-’Aidarus adalah seorang yang berani menghadapi apa pun baik manusia, binatang, makhlus halus dan sebagainya sehinggakan datuknya al-Imam al-Habib ‘Abdurrahman as-Saqqaf memberikannya julukan ‘Utaiyrus’. Ketika datuknya al-Imam al-Habib ‘Abdurrahman as-Saqqaf wafat, beliau berumur 8 tahun.

Ketika berusia 10 tahun ayahnya, al-Habib Abu Bakar as-Sakran bin al-Habib ‘Abdurrahman as-Saqqaf wafat dan beliau telah diasuh oleh bapa saudaranya al-Habib Umar al-Muhdor bin al-Habib ‘Abdurrahman as-Saqqaf. Dan dari bapa saudaranya inilah beliau banyak mengambil ilmu.

Pendidikan: Al-Habib ‘Abdullah belajar al-Quran dari al-Habib Muhammad bin Umar Ba’Alawi. Manakala ilmu fiqih beliau belajar dari al-Faqih Syaikh Saad bin Ubaidullah bin Abu Ubaid, Syaikh Abdullah Baharawah, al-Faqih Syaikh Abdullah BaGhasyir, al-Faqih Ali bin Muhammad bin Abu ‘Ammar, Ibrahim bin Muhammad Bahurmuz dan lain-lain. Kitab fiqih yang beliau tekuni antara lain adalah Kitab Tanbih karangan asy-Syirazi dan kitab Minhaj karangan Imam an-Nawawi. Guru utama yang membimbing beliau adalah bapa saudaranya al-Habib Umar al-Muhdhor. Pelbagai ilmu yang beliau ambil dari bapa saudaranya ini terutamanya ilmu tasauf kerana bapa saudaranya terkenal sebagai tokoh didalam bidang tersebut. Antara kitab yang dipelajari dan ditekuni oleh beliau adalah kitab-kitab karangan Imam al-Ghazali. Bahkan beliau hampir menghafal kitab-kitab Imam al-Ghazali terutamanya kitab Ihya. Oleh itu tidak hairanlah sejak dari kewafatannya sehingga kini setiap pagi Selasa, kitab Ihya dibacakan di kubahnya di Zanbal. Al-Habib Umar al-Muhdhor wafat ketika Habib ‘Abdullah berusia 25 tahun.

Beliau telah dipakaikan khirqah shufiyah oleh gurunya iaitu al-Habib Umar al-Muhdor yang mana beliau pula terima dari leluhurnya sebelumnya.

Perkahwinannya: Beliau juga telah dikahwinkan oleh bapa saudaranya dengan anaknya iaitu Syarifah ‘Aisyah binti Umar al-Muhdhor. Habib Umar al-Muhdhor berkata: ”Aku mengkahwinkan puteriku, ‘Aisyah, dengan anak saudaraku, Habib Abdullah al-’Aidarus al-Akbar, disebabkan aku mendapat isyarat dari pendahuluku (sesepuhku)”. Hasil perkahwinan Habib ‘Abdullah dengan Hababah ‘Aisyah, mereka dikurniakan dengan 4 orang putera dan 4 orang puteri iaitu: Abu Bakar al-‘Adni, ‘Alwi, Syekh, Hussin, Roqayah, Khadijah, Ummu Kultsum dan Bahiya.

Mujahadah: Selain tekun menuntut ilmu, al-Habib ‘Abdullah adalah seorang yang tekun bermujahadah dan banyak mengerjakan ibadah. Bahkan beliau mula bermujahadah memerangi hawa nafsu seawal umur 6 tahun lagi. Untuk mengekang nafsu beliau pernah bermujahadah dengan berpuasa selama 2 tahun dimana beliau berbuka hanya dengan 2 butir kurma, kecuali pada malam-malam tertentu dimana ibunya dantang membawa makanan, maka beliau makan untuk meraikan dan menghormati bonda kesayangannya itu.
Didalam kitab Masluk as-Sawi fi Jam’ie Fawaid Muhimmah min al-Masyr` al-Rawi ada menyebut bahwa al-Habib Abdullah al-’Aidarus al-Akbar pernah berpuasa selama 7 tahun dan berbuka hanya dengan 7 biji kurma sahaja.

Sifatnya: Antara sifatnya, beliau seorang yang sangat menghormati bondanya. Diakhir hayat ibunya, beliau berkhidmat melayan ibunya dan mengambilkan air untuk ibunya setiap hari walaupun dari tempat yang jauh. Beliau seorang yang sangat taqwa, tawadhu dan pemurah. Disebut didalam Masyra’ al-Rawi: Pemurahnya bagaikan seorang amir, namun dalam tawadhu'nya bagaikan seorang faqir. Beliau tidak pernah merasakan dirinya lebih baik daripada makhluq Allah yang lain.
Al-Habib ‘Abdullah al-’Aidarus pernah berkata:
“Bagiku, sama saja, pujian dan celaan, lapar atau kenyang, pakaian mewah atau pakaian tidak mewah(rendah mutunya), lima ratus dinar atau dua dinar. Sedari kecil, hatiku tidak pernah condong kepada selain Allah Ta’ala. Dan bagaimana boleh aku tenang, apabila badanku berbalik ke kanan aku melihat syurga, dan apabila berbalik ke kiri aku melihat neraka”. Begitulah sifatnya yang tidak cintakan dunia dan seisinya.

Beliau selalu duduk diatas tanah dan sujud diatas tanah sebagai merasakan bahwa beliau tidak punya apa-apa, sebagai merealisasikan sifat kehambaan. Beliau membawa atau mengurus sendiri keperluannya dan tidak perkenankan orang lain membantunya. Sebagaimana para pendahulunya, ia tidak sukakan syuhrah, beliau memilih untuk khumul. Selain memberi taklim, mentarbiah muridnya, beliau juga gemar berkhalwat didalam sebuah lubang didalam masjidnya. Tempat khalwatnya masih wujud hingga kini [gambaq kat atas tu.... alhamdulillah dapat sholat sunat kat situ ...].

Beliau adalah imam kepada para auliya` dan sholihin pada zamannya. Beliau adalah seorang yang telah sampai ke darjat Quthub.



Kewafatannya:
al-Habib ‘Abdullah al-’Aidarus al-Akbar wafat pada hari Ahad sebelum waktu dhuhur 12 Ramadhan 865H/1445M ketika kembali dari perjalanan dakwahnya dari kota Syihr menuju kota Tarim iaitu didaerah Abul. Jenazahnya dimakamkan di pemakaman Zanbal, Tarim. Dan makamnya mudah dikenali kerana ianya adalah salah satu daripada 3 buah kubah yang berada di Zanbal.



Perhatiannya terhadap karangan Imam al-Ghazali: Oleh kerana perhatiannya yang besar kepada besar kepada kitab-kitab karangan Imam al-Ghazali terutamanya kitab Ihya` ‘Ulumiddin, maka sehingga kini kitab tersebut dibaca dikubahnya setiap minggu. Disini abu zahrah bawakan sedikit kata-katanya mengenai kitab Ihya` sebagaimana dinaqalkan oleh Syaikh Abdusshomad al-Falimbani didalam kitabnya Sairus Salikin, dalam rubu` ke-3, antaranya:
أنا أشهد سر وعلانتة أن من طالع كتاب إحياء علوم الدين فهو من المهتدين
Aku naik saksi pada bathin dan dhahir bahwasanya barangsiapa memutholaah akan kitab Ihya ‘Ulumiddin itu maka iaitu daripada orang yang mendapat petunjuk daripada Allah Ta’ala.

اشهدوا على أن من وقع على كتب الغزالي رحمه الله تعالى فقد وقع على عين الشريعة والطريقة والحقيقة
Naik saksi oleh kamu atasku bahwasanya barangsiapa jatuh atas mengaji dan mutholaah akan beberapa kitab Imam al-Ghazali رحمه الله تعالى yang tersebut dahulu itu maka sesungguhnya telah jatuh ia atas kenyataan ilmu syariat dan ilmu thoriqat dan ilmu haqiqat.

Katanya lagi: Barangsiapa berkehendak mengetahui akan jalan Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم dan akan jalan ulama` yang ‘arifin billah dan akan ulama billah, ahluz zahir dan ahlul bathin maka lazim atasnya dengan mutholaah akan beberapa kitab Imam al-Ghazali رحمه الله تعالى yang tersebut dahulu itu, yang tertentu istimewa lagi kitab ihya ‘ulumiddin, yakni terlebih baik lagi kitab ihya ulumiddin itu maka iaitu seperti laut yang meliputi ia akan ilmu syariat dan ilmu haqiqat dan lainnya. [teks arabnya boleh pi rujuk ka kitab Sairus Salikin, Rubu` 3, halaman 172 - 174]

Katanya lagi: Kitab Ihya` ‘Ulumiddin itu terhimpun di dalamnya sekalian rahsia ilmu syariat dan ilmu thoriqat. Dan kitab Bidayatul Hidayah itu terhimpun didalamnya segala ketaqwaan. Dan didalam kitab al-Arba’in fi Usuliddin itu terhimpun didalamnya kenyataan jalan sebenar-benarnya. Dan kitab Minhajul ‘Abidin itu terhimpun didalamnya jalan yang menyampaikan kepada Allah Ta’ala. Dan kitab al-Khulasoh fil Fiqhi itu terhimpun didalamnya ilmu dan amal yang menerangi akan hati. [teks arabnya boleh pi rujuk ka kitab Sairus Salikin, Rubu` 3, halaman 172 - 174]

Katanya lagi: Telah berhimpun perkataan segala ulama yang ‘arifin billah atas bahwasanya tiada sesuatu yang terlebih memberi manfaat pada membaikkan hati dan tiada yang lebih hampir kepada redho Tuhan itu daripada mengikut akan Hujjatul Islam al-Ghazali رحمه الله تعالى dan kasih akan kitab-kitabnya. Maka bahwasanya segala kitab Imam al-Ghazali رحمه الله تعالى itu iaitu isi (lubb) al-Quran dan isi (lubb) hadits (as-Sunnah) Nabi صلى الله عليه وآله وسلم dan isi segala ilmu ‘aqal (ma’qul) dan isi segala ilmu naqal (manqul). Dan Allah Ta’ala itu wakil atas apa yang aku kata itu. (والله وكيل على ما أقول). [teks arabnya boleh pi rujuk ka kitab Sairus Salikin, Rubu` 3, halaman 172 - 174]

Dan katanya lagi:
العمل بما في كتاب الإحياء هو الاسم الأعظم
Mengamalkan dengan barang yang didalam kitab Ihya’ ‘Ulumiddin iaitulah Ismul a’dzom.

Selain daripada meninggalkan ramai murid-murid untuk meneruskan perjuangannya, beliau juga meninggalkan senuah karangan dan beberapa himpuan syair. Kitabnya yang terkenal dan masih dibaca dan dikaji sampai kini berjudul al-Kibriit al-Ahmar wa al-Iksiir al-Akbar fi Ma’rifati Asrar al-Suluk ila Malik al-Muluk al-Mu’abbar ‘anhu bi al-Durr wa al-Jauhar. Kitab ini sebuah kitab yang nipis tetapi padat isinya. [Abu Zahrah ada satu salinan. Itupun photocopy. Siapa berhajat boleh lah hubungi]


Setelah menziarahi kubah beliau maka seterusnya ke makam al-Imam al-Habib Abdullah bin ‘Alawi al-Haddad. Tokoh ini sangat masyhur di Nusantara kerana ramai dikalangan ulama Nusantara yang mengamalkan ratib al-Haddad (selain dari Ratib al-Attash dan ratib al-’Aidarus). Selain itu majlis haul Imam al-Haddad setiap tahun diadakan di Malaysia dan ianya mendapat sambutan yang sangat mengalakkan. InsyaAllah … posting yang akan datang aku bawakan sedikit manaqib iman al-Haddad, yang pernah menjadi quthub hampir 60 tahun. Semoga Allah menurunkan rahmatNYA kepada kitab semua yang membaca manaqib para auliya`NYA ini. آمين

Isnin, 22 September 2008

CATATAN PERJALANAN KE TARIM HADRAMAUT YAMAN - 9


Sesungguhnya di Zanbal terdapat terlalu banyak makam para auliya dan sholihin. Tak mampu nak aku ceritakan semuanya. Aku sekadar ceritakan mana yang perlu sahaja iaitu maqam yang sempat aku ziarah dan mengetahui seba sedikit manaqib mereka … Diantara maqam auliya` yang terdapat di zanbal adalah maqam al-Imam ‘Abdurrahman al-Saqqaf رضي الله عنه.

قال سفيان بن عيينة رحمه الله تعالى: عند ذكر الصالحين تنزل الرحمة


Manaqib al-Imam ‘Abdurrahman al-Saqqaf

Nasabnya:
‘Abdurrahman al-Saqqaf bin Muhammad Maula ad-Dawilah bin ‘Ali Shohib al-Dark bin ‘Alwi al-Ghuyur bin al-Faqih al-Muqaddam Muhammad bin ‘Ali bin Muhammad Shohib al-Mirbath bin ‘Ali Khali’ Qasam bin ‘Alawi bin Muhammad bin ‘Alawi bin ‘Ubaidullah bin Imam al-Muhajir Ahmad bin ‘Isa al-Rumi bin Muhammad al-Naqib bin ‘Ali al-Uraidhi bin Ja’far as-Shadiq bin Muhammad al-Baqir bin ‘Ali Zainal ‘Abidin bin Hussin al-Sibth putera kepada Sayyidina ‘Ali bin Abi Thalib dan Sayyidah Fathimah al-Zahra’ binti Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم. Ibunya adalah as-Sayyidah ‘Aisyah binti Abu Bakar al-Wara’ bin Ahmad asy-Syahid bin al-Faqih al-Muqaddam. Beliau dilahirkan pada tahun 739H di Tarim, Hadramuat.

Beliau diberi julukan al-Saqqaf yang berasal dari perkataan as-Saqfu (السقف) yang berarti atap atau langit yakni kerana keunggulannya didalam ilmu dan maqam. Maka beliau seumpama atapnya para auliya’ dan sholihin dizamannya. Maka setelah beliau, seluruh keturunannya dikenali sebagai marga al-Saqqaf, Selain itu beliau juga dikenali sebagai Syaikh Wadi al-Ahqaf. Juga dikenali dengan gelaran al-Faqih al-Muqaddam as-Tsani. Beliau mencapai darjat quthub di zamannya.

Guru-gurunya

  • Syaikh Ahmad bin Muhammad al-Khatib – merupakan guru al-Quran kepada Imam ‘Abdurrahman al-Saqqaf. Melalui didikan Syaikh Ahmad, Imam ‘Abdurrahman al-Saqqaf menghafaz al-Quran. Darinya juga Imam ‘Abdurrahman al-Saqqaf mempelajari ilmu tajwid dan qiraat.
  • Syaikh Muhammad bin Sa’id BaSyakil
  • Syaikh Muhammad bin Abi Bakar Ba’Abbad
  • Syaikh Muhammad bin Said bin Kaban
  • Syaikh ‘Ali bin Salim al-Rakhilah
  • Syaikh Abu Bakar bin ‘Isa BaYazid
  • Syaikh Umar bin Said bin Kaban
  • Syaikh al-Imam al-Wali ‘Abdullah bin Thohir al-Dau’aani
Diantara kitab-kitab yang beliau pelajari adalah kitab at-Tanbih dan al-Muhadzdzab karangan Imam Abu Ishaq asy-Syirazi; ar-Risalah al-Qusyairiyah oleh Imam al-Qusyairi; kitab-kitab karangan Imam al-Ghazali seperti al-Basith, al-Wasith, al-Wajiz, al-Khulashoh dan Ihya Ulumiddin dan kitab-kitab karangan Imam ar-Rofi’ie seperti al-‘Aziz Syarh al-Wajiz dan al-Muharror.


Al-Imam al-Habib ‘Abdurrahman as-Saqqaf mendapat khirqah shufiyyah dari ayahnya al-Habib Muhammad Maula Dawilah yang beliau terima dari ayahnya al-Habib ‘Ali Shohib al-Dark, yang mana beliau terima dari ayahnya al-Habib ‘Alwi al-Ghuyur, yang mana beliau terima dari al-Faqih al-Muqaddam Muhammad. Selain itu beliau dipakaikan khirqah oleh Sayyid Ja’far Rai’uddin Ahmad yang diterima dari Qadhi ‘Abdullah … yang mana silsilahnya terus bersambung kepada Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم melalui Sayyidina Abu Bakar as-Siddiq رضي الله عنه.

Murid-muridnya
Sayyid Muhammad bin ‘Alawi al-Syaibah Ba’Alawi, Abu Bakar Ba’Alawi, Sayyid Muhammad bin Hasan Jamlullail, Sayyid Muhammad bin ‘Ali Shohib ‘Aidid, Ahmad bin ‘Umar Shohib al-Musf, Muhammad bin ‘Abdurrahman al-Khatib, ‘Ali bin Khatib, Syuaib bin Abdullah al-Khatib, Abdullah bin Ahmad al-‘Amudi, ‘Ali bin Ahmad bin ‘Ali bin Salim, ‘Abdullah bin bin Muhammad BaSyarahil al-Mu’allim, Al-Faqih Muhammad bin Mu’afi, Abdullah bin Naafi’ BaMunzir, Al-Wali ‘Isa bin Umar Bahlul, Al-Imam Ahmad bin ‘Ali al-Habaani, Syaikh Muhammad bin Sa’id al-Maghribi, Muhammad bin Sholeh al-Umari dan ramai lagi.

Ibadahnya
Al-Imam ‘Abdurrahman al-Saqqaf seorang yang sangat kuat beribadah. Sering berkhlawat digua di Bukit Nu’air sepertimana juga datuknya al-Faqih al-Muqaddam. Dikatakan selama 33 tahun beliau tidak tidur malam untuk ber’ibadah. Mengkhatamkan al-Quran sebanyak 2 kali disiang hari dan 2 kali dimalamnya. Beliau terkenal sebagai seorang yang mempunyai banyak karomah. Beberapa kisah daripada karamahnya:

Kisah 1: Suatu waktu al-Imam ‘Abdurrahman as-Saqqaf mengunjungi salah seorang daripada isterinya yang berada di ssebuah desa dan mengatakan pada isterinya yang sedang hamil itu: Engkau akan melahirkan seorang anak lelaki pada hari sekian dan akan mati tepat pada hari sekian dan sekian, kelak kafankan jenzahnyanya dengan kafan ini….…. seraya al-Imam ‘Abdurrahman as-Saqqaf menghulurkan sepotong kain. Dengan izin Allah isterinya melahirkan puteranya tepat pada hari yang telah dikatanya dan tidak lama bayi yang baru dilahirkan itu meninggal tepat pada hari yang dikatakan oleh beliau sebelumnya.

Kisah 2: Diriwayatkan pula pada suatu hari beliau sedang duduk di hadapan murid-muridnya. Tiba-tiba beliau melihat petir menyambar. Beliau, lantas berkata kepada murid-muridnya: Bubarlah kalian, sebentar lagi akan terjadi banjir di lembah ini. Apa yang diucapkan oleh beliau itu terjadi seperti yang beliau katakan.

Kisah 3: Salah seorang daripada pelayan al-Imam ‘Abdurrahman as-Saqqaf, suatu ketika di tengah perjalanan dihadang oleh perompak. Kenderaan dan bekalannya dirampas oleh seorang dari keluarga al-Katsiri. Pelayan yang merasa takut itu segera beristighatsah (menyeru memohon pertolongan) menyebut nama al-Imam ‘Abdurrahman as-Saqqaf untuk minta tolong dengan suara keras. Ketika perompak hendak menyentuh kenderaan dan barang bekalan pelayan tersebut tiba-tiba tangan perompak itu kaku tidak dapat digerakkan sedikitpun. Melihat keadaan yang mencemaskan itu si perompak berkata pada pelayan yang dirampas kenderaan dan bekalannya itu: “Aku berjanji akan mengembalikan barangmu ini jika kamu beristighatsah sekali lagi kepada syaikhmu yang kamu sebutkan namanya tadi,”

Si pelayan itu pun segera beristighatsah mohon agar tangan perompak itu sembuh seperti semula. Dengan izin Allah tangan si perompak itu segera sembuh dan barangnya yang dirampas segera dikembalikan kepada si pelayan. Sewaktu pelayan itu bertemu dengan al-Imam ‘Abdurrahman as-Saqqaf, beliau berkata, “Jika beristighatsah tidak perlu bersuara keras, kerana kami juga mendengar suara perlahan.”


Walaupun beliau seorang yang banyak beribadah, terkenal sebagai pemurah, mempunyai pelbagai karamah dan mempunyai kedudukan yang ditinggi dikalangan ulama` namun beliau adalah seorang yang tidak sukakan syuhrah (kemasyhuran) dan selalu merahsiakan keadaan dirinya (khumul). Sifat ini adalah merupakan pakaian para ulama` dikalangan ‘Alawiyyin. Begitu juga kekayaannya [beliau mempunyai banyak kebun kurma] tidakpun melalaikan, memberatkan atau membimbangkan hatinya didalam urusan 'ibadat. Kekayaannya digunakan untuk membantu golongan yang tidak mampu. Dan beliau juga telah membina 10 buah masjid dan seterusnya membiayai perbelanjaan masjid tersebut dengan hartanya itu.

Oleh kerana kisah diatas ada menceritakan soal tawassul, soal istighasoh, maka, ingin abu zahrah nyatakan bahwa hukum bertawassul, beristighasoh dengan para anbiya, mursalin, auliya` dan sholihin yang hidup mahupun yang telah wafat adalah HARUS. Untuk mendapatkan dalil-dalilnya maka sila rujuk kepada kitab-kitab yang berkaitan seperti Syawahidul Haq oleh Syaikh Ismail bin Yusuf an-Nabhani, Ittihaful Adzkiya` bi Jawazi at-Tawassul bi al-Anbiya` wa al-Auliya` oleh Sayyid Abdullah al-Ghumari, Haqiqah at-Tawassul wa al-Wasilah oleh Syaikh Musa Muhammad ‘Ali, Mafahim oleh as-Sayyid al-Habib Muhammad ‘Alawi al-Maliki al-Hasani, al-Ajwibah al-Ghaliyah oleh al-Habib Zein bin Ibrahim bin Sumaith dan banyak lagi.



Kewafatannya:

Al-Imam ‘Abdurrahman al-Saqqaf wafat pada hari Khamis 23 Syaban 819H. Jenazahnya dimakamkan di Zanbal pada keesokkannya harinya yakni pagi Jum’at. Beliau meninggalkan sebanyak 13 orang putera dan 7 orang puteri.




Antara kata-kata hikmahnya:

  • Barangsiapa tidak membaca (mempelajari) kitab al-Muhazzab, maka dia tidak mengenal keadah mazhab (من لم يقرأ المهذب ما عرف قواعد المذهب)
  • Barangsiapa yang tiada baginya wirid maka ia adalah [seumpama] kera. (من لا له ورد فهو قرد)
  • Barangsiapa yang tidak mutholaah kitab ihya maka dia tidak memiliki sifat haya` (malu) (من لا يطالع الاحياء ما فيه حياء)
  • Ubat hati adalah memutuskan hubungan (dengan segala sesuatu selain ALLAH). (دواء القلب قطع العلائق)
  • Barangsiapa bertasawuf sebelum dia berfeqah maka dia zindiq. (من تصوف قبل ان يتفقه فقد تزندق)

Demikianlah serba ringkas manaqib al-Imam ‘Abdurrahman al-Saqqaf bin Muhammad Maula ad-Dawilah bin ‘Ali Shohib al-Dark bin ‘Alwi al-Ghuyur bin al-Faqih al-Muqaddam Muhammad bin ‘Ali bin Muhammad Shohib al-Mirbath.
اللهم انشرنفحات الرضوان عليه وأمدنا بالأسرار التي
أودعتهالديه. اللهم صل وسلم على جده النبي الأمين
سيدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين

Seterusnya aku ke makam al-Habib Umar al-Muhdhor al-Akbar bin al-Imam al-Habib ‘Abdurrahman as-Saqqaf. Manaqibnya dikesempatan seterusnya … insyaAllah ….

Sabtu, 20 September 2008

CATATAN PERJALANAN KE TARIM HADRAMAUT YAMAN - 8

Sebagaimana yang dijanjikan pada catatan yang lalu … maka untuk siri ini akan aku bawakan sedikit manaqib al-Ustaz al-Adzam al-Faqih al-Muqaddam Sayyiduna Muhammad bin ‘Ali bin Muhammad Shohibul Mirbath رضي الله عنه.

Nasab al-Faqih al-Muqaddam رضي الله عنه
Al-Faqih al-Muqaddam Muhammad bin ‘Ali bin Muhammad Shohib al-Mirbath bin ‘Ali Khali’ Qasam bin ‘Alawi bin Muhammad bin ‘Alawi bin ‘Ubaidullah bin Imam al-Muhajir Ahmad bin ‘Isa al-Rumi bin Muhammad al-Naqib bin ‘Ali al-Uraidhi bin Ja’far as-Shadiq bin Muhammad al-Baqir bin ‘Ali Zainal ‘Abidin bin Hussin al-Sibth putera kepada Sayyidina ‘Ali bin Abi Thalib dan Sayyidah Fathimah al-Zahra’ binti Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم . Beliau, al-Faqih al-Muqaddam dilahirkan di kota Tarim pada tahun 574H.


Guru-gurunya
Beliau رضي الله عنه adalah seorang yang sangat ‘alim, faqih dan dan merupakan seorang ulama terulung atau terunggul dizamannya. Dan beliau memperoleh ini semua didalam usianya yang masih muda. Dek kerana kefaqihannya maka beliau diberi julukan al-Faqih al-Muqaddam. Padanya terhimpun ilmu syariat dan haqiqat maka menjadikannya seorang yang faqih lagi shufi. Bahkan beliau merupakan seorang quthub pada zamannya. Antara barisan guru-gurunya adalah:
  • Imam Abdullah bin Abdurrahman Ba’Ubaid, pengarang kitab ikmal. Dikatakan gurunya ini sangat sayang dan menghormati beliau sehingga pengajian tidak akan dimulakan melainkan setelah Faqih Muqaddam berada dihadapan beliau. Imam Abdullah disebut telah mencapai darjat mujtahid dan digelar sebagai Imam Syafie pada zamannya. Terkemuka didalam ilmu ushul, fiqih, tafsir, hadits dan bahasa.
  • Qadhi Ahmad bin Muhammad Ba’Isa.
  • Syaikh ‘Ali bin Ahmad BaMarwan. Seorang ulama yang terkemuka dan dihormati di Tarim kerana kefaqihannya. Menulis sejumlah kitab dan mempunyai ramai murid. Beliau lah yang mengakui bahwa al-Faqih al-Muqaddam telah mencapai darjat Imam Mujtahid Mutlaq sebagaimana yang tercatat didalam kitab Masyra ar-Rawi.
  • Syaikh Muhammad bin Ahmad bin Abi al-Hubb.
  • Imam ‘Ali bin Muhammad bin Jadid bin ‘Ubaidillah bin Ahmad bin ‘Isa al-Muhajir – dalam ilmu tafsir dan hadits
  • Imam ‘Alwi bin Muhammad Shohibul Mirbath (bapa saudaranya – wafat 613H)
  • Syaikh Salim bin Bashri bin’Abdullah bin Bashri bin ‘Ubaidillah bin Ahmad al-Muhajir bin ‘Isa (wafat 604H). Seorang yang sangat ‘alim dan taqwa. Pada zamannya terdapat sekitar 300 orang ulama yang bertaraf mufti.
  • Syaikh al-Kabir Sufyan al-Yaman (wafat 602H). Beliau pernah ke Maghribi belajar kepada Syaikh Abu Madyan.
  • Syaikh Muhammad bin ‘Ali al-Khatib
  • Syaikh Sa’ad bin ‘Ali bin Rasyid adh-Dhafariy (wafat 607H). Beliau merupakan murid dari Shahibul Mirbath. Faqih Muqaddam menulis surat menceritakan pengalaman ruhaniyahnya kepada Syaikh Sa’ad. Dan beliau mengakui ketinggian pencapaian dan maqam keruhanian Faqih Muqaddam. Ketika membalas surat Faqih Muqaddam beliau menulis: Dan engkau duhai Faqih (al-Muqaddam), telah banyak memperoleh petunjuk dan tidak perlu diberi petunjuk. Engkau lebih mengetahui dengan ilmu syariat dan haqiqat

Khirqah Shufi
Selain mewarisi khirqah shufi dan leluhurnya, al-Faqih al-Muqaddam رضي الله عنه juga telah dikurniakan khirqah as-Sufiyyah oleh Abu Madyan al-Ghauts al-Maghribi [Kitab Syaikh Abi Madyan yang terkenal dibaca hingga kini ialah Hikam Abi Madyan dan Qasidah al-Raaiyah yang disyarahkan oleh Sidi Ahmad ibn Athoillah yang berjudul at-Taufiq fi Adabi Thoriq. Khirqah ini dikirim oleh Abi Madyan melalui Syaikh Abdullah bin ‘Ali al-Maghribi dan Syaikh Abdurrahman al-Muq’ad bin Muhammad al-Hadhrami]. Ketika menerima khirqah tersebut Faqih Muqaddam baru berusia 20 tahun.

Didalam Masyra’ al-Rawi, asy-Syili menceritakan:

Syaikh Abu Madyan berkata kepada Syaikh Abdurrahman al-Muq’ad: Di Hadramaut ada beberapa muridku (murid ruhani). Pergilah temui mereka kemudian lantiklah mereka menjadi muridku (tahkim) dan berilah mereka khirqah.

Syaikh Abu Madyan memberikan sebuah khirqah kepada Abdurahman al-Muq’ad dan memerintahkannya untuk memberikan khirqah tersebut kepada al-Faqih al-Muqaddam. Saat itu Syaikh Abu Madyan berkata kepada Syaikh Abdurrahman al-Muq’ad: Dalam perjalananmu menuju Hadramaut, kulihat engkau akan meninggal dunia sebelum sampai kesana. Jika kau sedari hal itu (tanda-tanda ajalmu sudah dekat), maka tunjuklah seseorang yang menurutmu layak untuk melanjutkan tugasmu.


Syaikh Abdurrahman al-Muq’ad lantas bertolak meniggalkan Tilimsan menuju Hadramaut. Ketika sampai di Mekah beliau wafat. Sebelum kewafatannya beliau mewasiatkan muridnya iaitu Abdullah ash-Sholih al-Maghribi dan menyerahkan khirqah tersebut dan berkata: Kamu akan memasuki kota Tarim dan disana akan kau dapati asy-Syarif Muhamad bin ‘Ali (al-Faqih al-Muqaddam) berguru kepada al-Faqih ‘Ali bin Ahmad BaMarwan. Ikatlah perjanjian dengannya dan berikan khirqah ini kepadanya. Setelah itu pergilah ke kota Qaidun, temuilah Syaikh Sa’id bin ‘Isa al-‘Amudi, ikatlah perjanjian dengannya.




Kalau ingin dapatkan kisah yang lebih detail mengenai Sayyiduna Faqih Muqaddam, bacalah buku bertajuk Jalan Nan Lurus – Sekilas Pandang Tarekat Bani ‘Alawi oleh Habib Novel [Naufal] bin Muhammad al-Aydrus., atau kalau bisa baca ‘arab maka boleh dapatkan al-Masyra’ al-Rawi fi Manaqib as-Saadah al-Kiram al-Ba’Alawi oleh al-‘Allamah Muhammad bin Abu Bakar as-Syili.


Al-Faqih al-Muqaddam رضي الله عنه menerima khirqah melalui dua jalur iaitu melalui para leluhurnya dari kalangan ahlul bait dan juga melalui Abu Madyan al-Ghauts. Faqih Muqaddam adalah orang pertama yang mempopularkan ilmu tasawuf di Hadramaut. Asy-Syili berkata didalam Masyra’ ar-Rawi:

Warga Hadramaut dahulu sibuk mempelajari ilmu fiqih dan hadits. Diantara mereka tidak ada yang mengetahui tareqat para shufi dan tidak ada pula yang menjelaskan berbagai istilah indah yang biasa digunakan oleh mereka (kaum shufi). Maka Faqih Muqaddam mempopularkan dan menyebarluaskan ilmu-ilmu tasawuf itu di berbagai daerah di Hadramaut. Ramai orang berguru ilmu tasawuf kepada Faqih Muqaddam dan lulus dari pendidikan beliau ….

Murid-muridnya
Beliau, al-Faqih al-Muqaddam mendidik ramai murid dengan ilmu syariat dan haqiqat. Murid-murid al-Faqih al-Muqaddam رضي الله عنه, antaranya:
  • Syaikh Abdullah bin Muhammad ‘Ibad – merupakan murid utama al-Faqih al-Muqaddam.
  • Syaikh Sa’id bin Umar Balhaf – merupakan murid utama al-Faqih al-Muqaddam.
  • Syaikh al-Kabir Abdullah Baqushair,
  • Syaikh Abdurrahman bin Muhammad ‘Ibad,
  • Syaikh Ali bin Muhammad Al-Khatib dan saudaranya
  • Syaikh Ahmad bin Muhammad,
  • Syaikh Sa’ad bin Abdullah Akdar ….. dan masih ramai lagi.

Sifat-sifatnya
Antara sifat-sifat al-Faqih Muqaddam رضي الله عنه ialah sering berkhalwah di sebuah gua yang terdapat di Bukit Nu’air. Beliau tidak menyukai kemasyhuran dan menghindarinya. Beliau seorang yang tawadhu’. Jika beliau makan bersama-sama temannya, beliau tidak segera berdiri malah tetap duduk meraikan teman-temanya agar teman-temannya tidak berasa malu dan tergesa-gesa makan. Beliau seorang yang pemurah, dermawan. Dirumah beliau terdapat 360 buah guci (bekas menyimpan) kurma yang mana beliau setiap hari menyedekahkan satu bekas kurma kepada faqir miskin.

Keturunan
Hasil pernikahan al-Faqih al-Muqaddam رضي الله عنه dan Sayyidah Zainab Ummul Fuqara’رضي الله عنها, mereka dikurniakan lima orang cahayamata lelaki, yang mana tiga daripadanya telah menurunkan keturunan (marga) leluhur ‘Alawiyyin yang terbanyak iaitu lebih kurang sebanyak 75 leluhur ‘Alawiyyin. Mereka adalah:-
  1. ‘Alwi al-Ghuyur – kepada beliaulah bersambung nasab Aal Maula ad-Dawilah, Aal Bin Yahya, Aal as-Saqqaf, Aal al-Aydrus, Aal Syihabuddin, Aal Syaikh Abi Bakar bin Salim, Aal al-Atthas, Aal Abdullah Ba’Alawi, Aal Ba’Bud. Aal al-Baiti dll
  2. Ali - kepada beliaulah bersambung nasab Aal asy-Syathiri, Aal al-Habsyi, Aal Jamalullail, Aal al-Baidh, Aal As-Sirri dll
  3. Ahmad – kepada beliaulah bersambung nasab Aal al-Jufri, Aal al-Kaff, Aal Balfaqih, Aal al-Bar dll
  4. ‘Abdullah
  5. ‘Abdurrahman

Kewafatannya
Al-Faqih al-Muqaddam رضي الله عنه wafat pada malam Jum’at bulan Dzulhijjah tahun 653H. Beliau dimakamkan di pemakaman Zanbal di kota Tarim. Makamnya sentiasa diziarahi bahkan yang pertama-tama yang akan diziarahi apabila ziarah ke Zanbal. Dan dikatakan, tidak sempurna ziarah ke Zanbal seandainya tidak menziarahi makam beliau. Dan menurut riwayat, para auliya kota Tarim sepakat mengatakan bahwa barangsiapa menziarahi makam seseorang sebelum menziarahi al-Faqih al-Muqaddam maka tiada diterima ziarahnya.

Pada nisan al-Faqih al-Muqaddam tertulis kata ‘أب تريم’ yang menunjukkan tahun kewafatan beliau menurut hitungan al-Jummal iaitu alif = 1; ba’= 2; ta’ = 400; ra’ = 200; ya’ = 10 dan mim = 40. Apabila dijumlahkan maka menjadi 653. Iaitu tahun kewafatan beliau, 653H.

Begitulah serba ringkas manaqib al-Faqih al-Muqaddam رضي الله عنه. Sekiranya nak mengetahui lebih lanjut mengenai al-Faqih al-Muqaddam, dapatkanlah buku yang aku cadangkan. Insyaallah menarik dan banyak manfaatnya.

Sebagaimana yang diberitahu sebelum ini …. Setelah aku menziarahi makam al-Faqih al-Muqaddam, maka aku beralih untuk berziarah ke makam yang bersebelahan seperti makam Habib Abdullah bin ‘Alwi Ba’Alawi, termasuk makam zaujah al-Faqih al-Muqaddam iaitu Zainab Ummul Fuqara’. Begitu makam Habib bdurrahman as-Saqqaf bin Muhammad Maula Dawilah bin ‘Ali bin ‘Alwi bin al-Faqih al-Muqaddam Muhammad bin Ali, makam Habib Umar al-Muhdhor …. Insyaallah akan aku bawakan manaqib mereka ini nanti …. Dibawah adalah beberapa peninggalan al-Faqih al-Muqaddam.



Tinggalan al-Faqih al-Muqaddam. Guci tempat menyimpan buah kurma. al-Faqih al-Muqaddam mempunyai 360 buah guci yang tersimpan didalamnya buah kurma. Setiap guci memuatkan lebihkurang 1800 rithil (kati) kurma. Dan setiap hari beliau mensedeqahkannya kepada golongan faqir dan miskin.


Tinggalan al-Faqih al-Muqaddam. Tongkat dan penutup kepalanya yang kini disimpan oleh Aal al-'Amudi


Rumah al-Faqih al-Muqaddam - Dahulu


Baitul Faqih - Rumahnya al-Faqih al-Muqaddam di Kota Tarim. Kini rumah ini adalah merupakan tempatnya para ulama' Tarim berkumpul dan berbincang mengeluarkan fatwa


Bahagian dalam gua di Bukit Nu'air - tempat al-Faqih al-Muqaddam berkhlawat


Pintu masuk gua di Bukit Nu'air tempat al-Faqih al-Muqaddam berkhalwat

Related Posts with Thumbnails