Jumaat, 11 Februari 2011

Jangan Bakhil (Kedekut)!

Wahai saudara-saudaraku, ringankanlah lidah untuk bersholawat ke atas Baginda صلى الله عليه وآله وصحبه وسلم tatkala nama Baginda صلى الله عليه وآله وصحبه وسلم disebut. Jangan dipandang remeh. Dosa apakah yang memberatkan lidah kita dari melantunkan sholawat tatkala nama Baginda صلى الله عليه وآله وصحبه وسلم di sebut???? Ketahuilah wahai saudara-saudaraku, bahwa Baginda صلى الله عليه وآله وصحبه وسلم mensifatkan orang yang tidak bersholawat ke atasnya tatkala nama Baginda  صلى الله عليه وآله وصحبه وسلم disebut sebagai BAKHIL.

عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عَلِيِّ بْنِ حُسَيْنٍ، عَنْ أَبِيهِ عَلِيِّ بْنِ حُسَيْنٍ، عَنْ أَبِيهِ رضي الله عنهم: أَنَّ النَّبِيَّ صلى الله عليه وآله وصحبه وسلم قَالَ: الْبَخِيلُ مَنْ ذُكِرْتُ عِنْدَهُ، ثُمَّ لَمْ يُصَلِّ عَلَيَّ ( أَحْمَدَ بْنِ حَنْبَلٍ)

عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عَلِيِّ بْنِ حُسَيْنِ بْنِ عَلِيِّ بْنِ أَبِي طَالِبٍ، عَنْ أَبِيهِ، عَنْ حُسَيْنِ بْنِ عَلِيِّ بْنِ أَبِي طَالِبٍ أَبِيهِ رضي الله عنهم قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وآله وصحبه وسلم: البَخِيلُ الَّذِي مَنْ ذُكِرْتُ عِنْدَهُ فَلَمْ يُصَلِّ عَلَيَّ. ( التِّرْمِذِيِّ )

Maksudnya: Daripada ‘Abdullah ibn ‘Ali ibn Hussain daripada bapanya ‘Ali ibn Husain daripada bapanya bahwasanya Nabi صلى الله عليه وآله وصحبه وسلم telah bersabda: Orang yang bakhil ialah orang yang apabila disebut namaku disisinya, maka dia tidak sesekali bershalawat keatasku. (Hadits riwayat Imam Ahmad dan at-Tirmidhi, shohih)

Manakala di dalam sebuh hadits yang diriwayatkan oleh  Ka’ab bin ‘Ujrah رضي الله عنه, bahwa malaikat Jibril عليه السلام pernah mengutuk orang yang tidak bersholawat tatkala nama Baginda صلى الله عليه وآله وصحبه وسلم disebutkan. Lantas Baginda صلى الله عليه وآله وصحبه وسلم menAMINkan doa tersebut.

Dan ingatlah wahai saudara saudaraku, orang yang kedekut untuk mengucapkan sholawat tatkala nama Baginda صلى الله عليه وآله وصحبه وسلم disebutkan, akan mengakibatkan tersalah jalan menuju Syurga sebagaimana tersebut di dalam sebuah hadits yang diriwayatkan daripada Sayyidina Husain ibn ‘Ali رضي الله عنه.

Oleh itu marilah kita meringankan lidah untuk melantunkan sholawat dan salam ke atas junjungan kita, Sayyiduna Muhammad صلى الله عليه وآله وصحبه وسلم tatkala nama Baginda صلى الله عليه وآله وصحبه وسلم disebutkan.



Akhukum fiLlah,
Al-Fagir Abu Zahrah

0 komen:

Related Posts with Thumbnails