Jumaat, 15 Julai 2011

Di Balik Pemujaan Wahabi

Islam sama sekali tidak bisa dilepaskan dari sosok Baginda Nabi صلى الله عليه وآله وسلم. Baginda Nabi صلى الله عليه وآله وسلم adalah insan yang menerima wahyu dari Allah سبحانه وتعالى untuk memberikan pencerahan kepada umat manusia dengan agama yang sempurna ini. Tiada sosok yang patut diagungkan di muka bumi melebihi Baginda Nabi صلى الله عليه وآله وسلم. Segenap keindahan fisik dan budi pekerti terdapat dalam figur Baginda Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم. Mencintai Baginda Nabi صلى الله عليه وآله وسلم adalah bahagian dari mencintai Allah سبحانه وتعالى. Baginda Nabi صلى الله عليه وآله وسلم bersabda:

مَنْ أَحَبَّنِي فَقَدْ أَحَبَّ اللهَ وَمَنْ أَطَاعَنِي فَقَدْ أَطاَعَ اللهَ

Ertinya:“Barangsiapa mencintaiku, maka ia benar-benar telah mencintai Allah سبحانه وتعالى. Barangsiapa menaatiku, maka ia benar-benar telah taat kepada Allah سبحانه وتعالى.”
Cinta haruslah disertai dengan penghormatan dan pengagungan. Oleh sebab itu Allah سبحانه وتعالى memerintahkan manusia agar mengagungkan sosok Baginda Nabi صلى الله عليه وآله وسلم. Allah سبحانه وتعالى berfirman:
إِنَّا أَرْسَلْنَاكَ شَاهِدًا وَمُبَشِّرًا وَنَذِيرًا (8) لِتُؤْمِنُوا بِاللَّهِ وَرَسُولِهِ وَتُعَزِّرُوهُ وَتُوَقِّرُوهُ

Ertinya:“Sesungguhnya kami mengutus kamu sebagai saksi, pembawa berita gembira dan pemberi peringatan,  supaya kamu sekalian beriman kepada Allah dan RasulNya, menguatkan (agama)Nya dan mengagungkan Rasul-Nya.”

Cinta para sahabat رضي الله عنهم kepada Baginda Rasul صلى الله عليه وآله وسلم adalah cinta yang patut diteladani. Dalam hadits-hadits disebutkan bagaimana para sahabat رضي الله عنهم saling berebut bekas air wudhu Baginda Nabi صلى الله عليه وآله وسلم. Meski hanya tetesan air, namun air itu telah menyentuh jasad makhluk yang paling dekat dengan Maha Pencipta. Kerana itulah mereka begitu memuliakannya dan mengharap berkah yang terpendam di dalamnya. Ketika Baginda Nabi صلى الله عليه وآله وسلم mencukur rambut, para sahabat رضي الله عنهم senantiasa mengerumuni Baginda صلى الله عليه وآله وسلم. Mereka ingin mendapatkan potongan rambut Baginda صلى الله عليه وآله وسلم meski sehelai. Dengan rambut itu mereka hendak mengenang dan mengharap berkah Nabi صلى الله عليه وآله وسلم. Demikianlah rasa cinta para sahabat رضي الله عنهم kepada Baginda Nabi صلى الله عليه وآله وسلم.

Primitif
Apa yang berlaku saat ini di Bumi Haramain (Mekah dan Madinah) adalah sesuatu yang bertentangan dengan kaedah cinta. Di sana orang-orang Wahabi mengaku mencintai Baginda Nabi صلى الله عليه وآله وسلم, akan tetapi mereka sama sekali tidak menghormati Baginda صلى الله عليه وآله وسلم. Mereka bahkan melecehkan Baginda صلى الله عليه وآله وسلم dan melakukan perbuatan yang teramat tidak selayaknya kepada sosok sebesar Baginda صلى الله عليه وآله وسلم. Bayangkan saja, rumah yang ditempati Baginda صلى الله عليه وآله وسلم selama 28 tahun, yang semestinya dimuliakan dan dihormati, mereka ratakan dengan tanah kemudian mereka bangunkan di atasnya tandas awam. Sungguh keterlaluan!


Fakta ini belakangan terkuak melalui video wawancara yang tersebar di Youtube. Adalah Dr. Sami bin Muhsin Angawi, seorang ahli arkeologi, yang mengungkapkan fakta itu. Dalam video tayangan 8:23 minit itu, dia mengungkapkan bahwa dia telah melakukan penelitian selama bertahun-tahun untuk mencari kedudukan rumah Baginda Nabi صلى الله عليه وآله وسلم. Setelah berhasil, dia menyerahkan hasil penelitiannya kepada pihak yang berkuasa (pemerintah).

Inilah tandas awam yang dibina diatas tapak rumah Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم
Respon pihak berkuasa Arab Saudi ternyata jauh dari perkiraan pakar yang mendapat ijazah PhD dalam bidang senibina di London itu. Bukannya dijaga untuk dijadikan aset purbakala, tempat petemuannya itu malah mereka menghancurkan. 

Rumah yang dihuni Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم bersama Sayyidatina Khadijah رضي الله عنها dijadikan tandas awam. Tapak rumah Sayyiduna Abu Bakar رضي الله عنه telah dibina Hotel Hilton (siapa pemiliknya???). Jabal Abi Qubais tempat terletaknya Masjid Bilal dan juga tempat suluk thariqah Naqsyabandiyyah Khalidiyyah yang dipimpin Syeikh Sulaiman Zuhdi (guru kepada Tuan Guru Besilam) di jadikan istana raja mereka.

Ketika ditanya oleh pewawancara mengenai bangunan apa yang didirikan di atas tapak bersejarah itu,  Dr. Sami Angawi terdiam dan tidak mampu berkata-kata. 


Si pewawancara terus mendesaknya hingga akhirnya dia mengakui bahwa bangunan yang didirikan kelompok Wahabi di atas bekas rumah Baginda Nabi صلى الله عليه وآله وسلم adalah tandas awam. Sami Angawi merasakan penyesalan yang sangat mendalam lantaran penelitiannya selama bertahun-tahun berakhir dengan sia-sia. Dia kemudian mengungkapkan harapannya, “Kita berharap tandas awam itu segera dirobohkan dan dibangun kembali bangunan yang selayaknya. Seandainya ada tempat yang lebih utama berkahnya, tentu Allah سبحانه وتعالى tidakkan menjadikan rumah itu sebagai tempat tinggal Rasul صلى الله عليه وآله وسلم dan tempat turunnya wahyu selama 13 tahun.”


 
Rumah di mana Rasulullah صلى الله عليه وآله dilahirkan. Suatu masa dahulu ketika menyambut Maulidur Rasul para ulama dan penduduk Makkah akan mula berarak dari rumah ini ke Masjidilharam. Bangunan yang  ada sekarang adalah kerana desakan Gabenor Kota Makkah Syeikh Abbas Qatthan yang meminta agar Raja Abdul Aziz mengizinkan dia untuk membangun perpustakaan dan sekarang dinamakan “Maktabah Makkah Mukarramah

Ulah (perbuatan) jahil Wahabi itu tentu saja mengusik perasaan seluruh kaum muslimin. Lokasi rumah Baginda Nabi صلى الله عليه وآله وسلم adalah cagar budaya milik umat Islam di seluruh penjuru dunia. Mereka sama sekali tidak berhak untuk mengusik tempat terhormat itu. Ulah mereka ini kian mengukuhkan diri mereka sebagai kelompok primitif yang tidak pandai menghargai nilai-nilai kebudayaan. Sebelum itu mereka telah merobohkan masjid-masjid bersejarah, di antaranya Masjid Hudaibiyah, tempat Syajarah ar-Ridhwan, Masjid Salman al-Farisi dan masjid di samping makam bapa saudara Nabi صلى الله عليه وآله وسلم iaitu Sayyiduna Hamzah bin Abdal Muttalib رضي الله عنه. Pada tanggal 13 Ogos 2002 lalu, mereka menghancurluluhkan masjid cucu Nabi صلى الله عليه وآله وسلم  iaitu Imam Ali Uraidhi رضي الله عنه menggunakan dinamit dan membongkar makam beliau رضي الله عنه. (Melalui Imam 'ali al-Uraidhi inilah bersambungnya nasab al-Imam al-Muhajir Ahmad bin 'Isa ar-Rumi bin Muhammad an-Naqib bin 'Ali al-Uraidhi bin Ja'far ash-Shodiq bin Muhammad al-Baqir dan seterusnya - abu zahrah

Masjid dan Makam al-Imam 'Ali al-Uraidhi رضي الله عنه Dihancurluluhkan
Selama ini kelompok Wahabi berdalih bahwa penghancuran tempat-tempat bersejarah itu dilakukan demi menjaga kemurnian Islam. Mereka sekadar membuat perkiraan (mengantisipasi) agar tempat-tempat itu tidak dijadikan sebagai tempat pemujaan dan perbuatan-perbuatan yang mengarah kepada kemusyrikan. 

Akan tetapi dalih mereka agaknya kurang masuk akal, sebab nyatanya mereka berupaya mengabadikan sosok Syeikh Muhammad bin Sholeh al-Utsaimin, salah seorang tokoh panutan mereka. Mereka mendirikan sebuah bangunan yang besar dan cantik untuk menyimpan peninggalan-peninggalan Syeikh al-Utsaimin. Bandingkan perlakuan ini dengan perlakuan mereka kepada Baginda Nabi صلى الله عليه وآله وسلم. Mereka merobohkan rumah Baginda Nabi صلى الله عليه وآله وسلم dan menjadikan tempat yang berkah itu sebagai tanas awam, kemudian membangun gedung megah untuk al-Utsaimin. Siapakah sebetulnya yang lebih mulia bagi mereka? Baginda Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم atau Syeikh al-Utsaimin?

Bangunan yang rekabentuknya seperti buku itu diletakkan tulisan “Yayasan Syeikh Muhammad bin Sholeh al-Utsaimin.” Di dalamnya terdapat barang-barang peninggalan Syeikh al-Utsaimin, seperti kaca mata, arloji (jam kecil – jam saku – jam tangan) dan pena (pen). Barang-barang itu diletakkan pada etalase (ruang pamer) kaca dan masing-masing diberi keterangan, misal: “Pena terakhir yang dipakai Syekh al-Utsaimin.” Sungguh ironis, mengingat mereka begitu tekun melupuskan semua peninggalan Baginda Nabi صلى الله عليه وآله وسلم. Ulama mereka bahkan mengharamkan pelestarian (perlindungan daripada kemusnahan) segala bentuk peninggalan Baginda Nabi صلى الله عليه وآله وسلم. Beruntung, sebahagian barang peninggalan Baginda Nabi صلى الله عليه وآله وسلم telah dipindahkan ke Turki.

Barang-barang peninggalan Syeikh Utsaimin


Haul Wahabi
Wahabi melarang keras pengagungan terhadap diri Baginda Nabi صلى الله عليه وآله وسلم, akan tetapi mereka sendiri melakukan pengagungan terhadap diri Syeikh al-Utsaimin. Mereka membid’ahkan peringatan haul seorang ulama atau wali, akan tetapi belakangan mereka juga menghelat semacam haul untuk Syeikh al-Utsaimin dengan nama ‘Haflah Takrim.” Betapa ganjilnya sikap kelompok Wahabi ini.

‘Haul’ al-Utsaimin mereka adakan pada bulan Januari 2010 lalu di sebuah hotel di Kaherah di bawah naungan Duta Besar Saudi di Kaherah, Hisham Muhyiddin. Rangkaian acara haul itu dibuka dengan pembacaan ayat-ayat Quran, dilanjutkan sambutan-sambutan berisi pujian terhadap Syeikh Utsaimin. Sambutan pertama disampaikan Ketua Yayasan ar-Rusyd sekaligus Presiden Asosiasi Penerbit Saudi, yang memuji peranan Syekh Utsaimin dalam penyebaran agama Islam. Sambutan selanjutnya disampaikan Abdullah, putera Utsaimin, kemudian Atase Kebudayaan Saudi Muhammad bin Abdul Aziz al-Aqil. Yang disebutkan belakangan ini banyak mengulas manakib Syeikh al-Utsaimin dengan menjelaskan tahun lahir dan wafatnya. “Perayaan ini adalah sedikit yang dapat kami persembahkan untuk Syeikh Utsaimin,” ujarnya.

Acara haul ditutup dengan saling tukar tanda kehormatan antara Yayasan ar-Rusyd, Yayasan Utsaimin, Atase Kebudayaan dan Deputi Menteri Kebudayaan dan Informasi. Begitu pentingnya perayaan untuk Utsaimin ini sampai-sampai seorang pengagumnya menggubah sebuah syair:

وَاللهِ لَوْ وَضَعَ اْلأَناَمُ مَحَافِلاَ # مَاوَفَتِ الشَّيْخَ اْلوَقُورَحَقَّهُ

Ertinya:“Demi Allah, seandainya segenap manusia membuat banyak perayaan untuk Syeikh Utsaimin, hal itu tidaklah mampu memenuhi hak beliau.”

Syair itu menunjukkan pengagungan orang-orang Wahabi terhadap Syeikh Utsaimin. Pengagungan yang sama juga mereka berikan kepada pendiri aliran Wahabi, Muhammad bin Abdul Wahab. Seorang Mahasiswa Universiti Riyadh pernah mengkritik dekannya, Dr. Abdul Adhim al-Syanawi, kerana memuji Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم. Dekan tersebut menanyakan apa yang menyebabkan mahasiswa itu membenci Nabi صلى الله عليه وآله وسلم? Mahasiswa itu menjawab bahwa yang memulai perang kebencian adalah Baginda Nabi صلى الله عليه وآله وسلم sendiri (sambil menyitir hadits seputar fitnah yang muncul dari Najed, tempat kelahiran Muhamad bin Abdul Wahab). “Kalau begitu, siapa yang kamu cintai?” tanya dekan tersebut. Lalu mahasiswa itu menjawab bahwa yang dicintainya adalah Syekh Muhammad bin Abdul Wahab. Selanjutnya dekan ini menanyakan alasan kecintaan mahasiswanya itu. “Kerana Syekh Muhammad Abdul Wahab menghidupkan sunnah dan menghancurkan bid’ah,” jawab mahasiswa itu. (kisah ini dicatat Ibrahim Abd al-Wahid al-Sayyid,dalam kitabnya, Kasf al-Litsam ‘an Fikr al-Li’am hlm.3-4.)

Sungguh benar Baginda Nabi صلى الله عليه وآله وسلم yang dalam salah satu hadits Baginda صلى الله عليه وآله وسلم mengisyaratkan bahwa akan ada fitnah (Wahabi) yang bakal muncul dari Najed. Isyarat itu menjadi nyata semenjak munculnya Muhammad bin Abdul Wahab dari Najed yang dengan bantuan kolonial Inggris mencabik-cabik syariat Islam.

Syeikh Utsaimin adalah salah seorang penerus Muhammad bin Abdul Wahab. Dia juga terus-menerus menyebarkan fitnah melalui tulisan-tulisannya. Salah satu fitnah itu seperti tertera di dalam karyanya, al-Manahi al-Lafdziyyah hal 161. Di situ ia menulis:

وَلاَ أَعْلَمُ إِلىَ سَاعَتيِ هَذِهِ اَنَّهُ جَاءَ أَنَّ النَّبِيَّ صلى الله عليه وسلم أَفْضَلُ اْلخَلْقِ مُطْلَقاً فيِ كُلِّ شَئٍ

Ertinya:“Dan saya tidak mengetahui sampai detik ini bahwa Muhammad صلى الله عليه وسلم adalah makhluk Allah yang lebih utama dari segala makhluk apa pun secara mutlak.” Agaknya kalimat inilah yang membuat penganut Wahabi lebih mengagungkan Utsaimin dari pada Baginda Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم ….!

Tulisan ini diambil dari Forum Santri Sunniyyah Salafiyyah yang dipimpin oleh al-Habib Taufiq bin 'Abdul Qadir as-Seggaf, dengan sedikit olahan bahasa. Sumber asal boleh di dapati disini.

Sekian dari
al-fagir ilaLlah abu zahrah al-qadahi
jum'at, 13 sya'ban 1432/15 julai 2011
taman seri gombak, selangor darul ehsan

3 komen:

Tanpa Nama berkata...

Allahu Allah..Sebak dan luluh hati bila baca artikel ini...walaupun ana bukanlah seorang yg layak dipanggil pencinta Sang Kekasih

~albazrah~ berkata...

Ya Allah, sedih sangat baca tulisan ni. Nak share kat FB la pakcik. Syukran pakcik

al-fagir abu zahrah berkata...

azma, silakan.

Related Posts with Thumbnails