Sabtu, 31 Januari 2009

Sepintas Lalu ........

Hadiah dari seorang kenalan: Alhamdulillah, tadi aku menerima sebuah kiriman hadiah dari seorang kenalan. Sebuah buku bertajuk 17 Habib Berpengaruh di Indonesia, karya Habib Abdul Qadir Umar Mauladawilah. Belum sempat aku membacanya lagi, sekadar melihat gambar-gambar para habaib … Allahu Allah sejuk hati melihat wajah para auliya` ini. JazakumuLlah buat yang dikasihi saudaraku kerana menghadiahkan aku buku yang sangat berharga ini …. Semoga pershahabatkan kita semakin erat. Sabda Nabi صلى الله عليه وآله وسلم:
تَهَادَوْا تَحَابُّوا
“Saling memberi hadiahlah kalian nescaya kalian saling mencintai” (Hadits riwayat al-Bukhari di dalam al-Adab al-Mufrad; al-Baihaqi di dalam Syu’ab al-Īmān; Abu Ya’la di dalam Musnadnya. Al-Hafizh Ibn Hajar berkata: Isnadnya hasan).



Sinopsis buku, sepertimana tercatat dikulit buku tersebut:

Buku ini berisi tentang biografi dan peranan para ulama dzuriyat Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم dari periode Habib Husein bin Abubakar Al-Aydrus yang dikenal dengan sebutan Habib Keramat Luar Batang, hingga Sayyid Muhammad bin ‘Alawi Al-Maliki Al-Hasani. Mereka semua memiliki jasa yang sangat besar dalam ‘menanamkan’ nilai-nilai keislaman di Nusantara ini. Tentunya masih banyak lagi para ulama yang memiliki peranan dalam dakwah islamiyah di Indonesia. Buku ini menjadi unik dan berbeda dengan buku lainnya, karena di dalamnya dilengkapi 210 foto eksklusif. Sedang penyusunnnya sendiri dikenal sebagai dokumentor yang memiliki ribuan foto ulama dan habaib, yang langka dan sulit ditemukan di tempat lainnya.

Bagi para pembaca, buku ini akan memberikan kesejukan hati dan jiwa, karena di dalamnya terdapat kisah dan tauladan kaum shalihin, yang dengan ketaqwaannya kepada Allah, mereka mampu mencapai derajat yang begitu tinggi.



Bid’ah dholalah sebab Nabi صلى الله عليه وآله وسلم tidak lakukan/kerjakan: Satu soalan yang sering ditanyakan kepada aku, kalau Nabi صلى الله عليه وآله وسلم tak buat maka ianya adalah bid’ah dholalah? Kalau nak jawab, tentunya panjang lebar. Pokok pertama yang perlu difahami apa itu bid’ah dan pembahagiannya dahulu. Dan bagaimana para ulama mu’tabar memahami hadits yang berkaitan dengannya. Sebuah kitab yang baik untuk di baca adalah as-Sunnah wa al-Bid’ah oleh al-Habib ‘Abdullah Mahfudz Muhammad al-Haddad Ba’Alawi al-Hadhrami (gambar sebelah). Insyaallah aku sedang didalam proses memasukkan teks hadits dan mengedit terjemahannya. Kitab ini merupakan salah sebuah teks pengajian di pesanten guru aku iaitu Syaikh Muhammad Nuruddin Marbu al-Banjari al-Makki. Kitab ini sangat baik kalau dapat dibaca.



Yang kedua mengenai perkara yang ditinggalkan Nabi صلى الله عليه وآله وسلم, itupun perlu difahami dengan betul. Sememangnya golongan Wahabi sering menggunakan ayat Sesuatu itu tidak pernah dikerjakan oleh Nabi . صلى الله عليه وآله وسلم. Qaedah inilah yang sering mereka jadikan hujjah untuk melegitimasi tuduhan-tuduhan bid'ah dholalah, sesat, musyrik dan lain-lain terhadap segala perbuatan atau amalan-amalan yang baru. Untuk menjawab kalau mereka katakan Sesuatu itu tidak pernah dikerjakan oleh Nabi . صلى الله عليه وآله وسلمmaka kita katakan الترك لا يفيد التحريم iaitu sesuatu yang ditinggalkan (yang tidak dikerjakan oleh Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم) tidak membawa maksud ia diharamkan selagi tidak ada dalil yang mengharamkannya. Kalau nak terang, panjang. Sila rujuk kitab berjudul Husnu at-Tafahhum wa ad-Dark li Mas-alah at-Tark oleh al-‘Allamah al-Muhaddits Abu Fadhl ‘Abdullah bin Muhammad bin Siddiq al-Ghumari (gambaq sebelah) dan juga tulisan Syaikh ‘Abdullah Farraja al-Sharif bertajuk at-Tarku La Yuntaju Hukman (Perkara Yang Tidak Dilakukan oleh Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم Tidak Menatijahkan Suatu Hukuman - kertas kerja yang dibentang sewaktu Seminar Perpaduan Ummah dan Pemurnian Pemikiran Islam 2006 di UIA). Insyaallah nanti kalau ada kelapangan kita sentuh sedikit permasalahan ini.


Perbuatan mencerca shahabat Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم: Seorang rakan menalipon dan menceritakan kecenderungan seorang kakitangan di pejabatnya yang mencerca para shahabat رضي الله عنهم, terutamanya para shahabat utama seperti Sayyidina Abu Bakar رضي الله عنه. Ini kerja puak Rafidhah. Golongan ini pernah diisyaratkan oleh junjungan mulia Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم, antaranya:

أخرج الحافظ الذهبي عن ابن عباس رضي الله عنهما قال: قال النبي صلى الله عليه وآله وسلم: يكون في آخر الزمان قوم يسمون الرفضة يرفضون الإسلام فاقنلوهم فإنهم مشركون

Dikeluarkan oleh al-dzahabi daripada Ibn ‘Abbas رضي الله عنهما, beliau berkata: Telah bersabda Nabi صلى الله عليه وآله وسلم : akan muncul diakhir zaman kelak satu kaum yang digelar Rafidhah, mereka menolak Islam. Maka bunuhlah mereka kerana sesungguhnya mereka adalah musyrik.


Dan di dalam riwayat ad-Daarqutni daripada Sayyidina ‘Ali bin Abi Thalib كرم الله وجهه beliau berkata: Maka aku bertanya tentang alamat mereka itu: Maka Baginda صلى الله عليه وآله وسلم bersabda:

ينتحلون حب أهل البيت وليسوا كذلك وعلامة ذلك أنهم يسبون أبا بكر وعمر

Mereka seolah-olah mencintai ahlulbait Nabi صلى الله عليه وآله وسلم, padahal mereka tidak sedemikian dan tandanya ialah mereka mencaci Abu Bakar dan Umar رضي الله عنهما.


Maka ditanya pada aku bagaimana mahu menjawab mereka? Aku nyatakan secara ringkas sahaja, antaranya bacakan kepada mereka:

Firman Allah Ta’ala di dalam ayat ke-40, surah at-Taubah:

إِلاَّ تَنصُرُوهُ فَقَدْ نَصَرَهُ ٱللَّهُ إِذْ أَخْرَجَهُ ٱلَّذِينَ كَفَرُواْ ثَانِيَ ٱثْنَيْنِ إِذْ هُمَا فِي ٱلْغَارِ إِذْ يَقُولُ لِصَاحِبِهِ لاَ تَحْزَنْ إِنَّ ٱللَّهَ مَعَنَا فَأَنزَلَ ٱللَّهُ سَكِينَتَهُ عَلَيْهِ وَأَيَّدَهُ بِجُنُودٍ لَّمْ تَرَوْهَا وَجَعَلَ كَلِمَةَ ٱلَّذِينَ كَفَرُواْ ٱلسُّفْلَىٰ وَكَلِمَةُ ٱللَّهِ هِيَ ٱلْعُلْيَا وَٱللَّهُ عَزِيزٌ حَكِيمٌ

Ertinya: Kalau kamu tidak menolongnya (Nabi Muhammad) maka sesungguhnya Allah telahpun menolongnya, iaitu ketika kaum kafir (di Makkah) mengeluarkannya (dari negerinya Makkah) sedang ia salah seorang dari dua (sahabat) semasa mereka berlindung di dalam gua, ketika ia berkata kepada sahabatnya: "Janganlah Engkau berdukacita, Sesungguhnya Allah bersama kita". maka Allah menurunkan semangat tenang tenteram kepada (Nabi Muhammad) dan menguatkannya dengan bantuan tentera (malaikat) Yang kamu tidak melihatnya. dan Allah menjadikan seruan (syirik) orang-orang kafir terkebawah (kalah Dengan sehina-hinanya), dan kalimah Allah (Islam) ialah Yang tertinggi (selama-lamanya), kerana Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.

Ayat ini menceritakan tentang Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم berhijrah dan di temani oleh Sayyidina Abu Bakar as-Siddiq رضي الله عنه. Dimana Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم dan Sayyidina Abu Bakar as-Siddiq رضي الله عنه berlindung di dalam gua Tsur. Tatkala Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم melihat Sayyidina Abu Bakar as-Siddiq رضي الله عنه merasa cemas sewaktu kaum kafir Quraisy dihadapan pintu gua, maka Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم memberi semangat dengan mengatakan: Janganlah Engkau berdukacita, Sesungguhnya Allah bersama kita. Perhatikan Allah menyebut salah seorang dari dua shahabat. Allah sendiri menyebutkan bahwa Sayyiduna Abu Bakar as-Siddiq رضي الله عنه sebagai shahabat Rasululah صلى الله عليه وآله وسلم.

Didalam ayat yang lain Allah Ta’ala berfirman menyatakan bahwa DIA redha akan mereka dan mereka pula redha akan DIA. Firmannya:

وَٱلسَّابِقُونَ ٱلأَوَّلُونَ مِنَ ٱلْمُهَاجِرِينَ وَٱلأَنْصَارِ وَٱلَّذِينَ ٱتَّبَعُوهُم بِإِحْسَانٍ رَّضِيَ ٱللَّهُ عَنْهُمْ وَرَضُواْ عَنْهُ وَأَعَدَّ لَهُمْ جَنَّاتٍ تَجْرِي تَحْتَهَا ٱلأَنْهَارُ خَالِدِينَ فِيهَآ أَبَداً ذٰلِكَ ٱلْفَوْزُ ٱلْعَظِيمُ

Ertinya: Dan orang-orang yang terdahulu - yang mula-mula (berhijrah dan memberi bantuan) dari orang-orang "Muhajirin" dan "Ansar", dan orang-orang yang menurut (jejak langkah) mereka dengan kebaikan (iman dan taat), Allah redha akan mereka dan mereka pula redha akan Dia, serta ia menyediakan untuk mereka syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya selama-lamanya; itulah kemenangan yang besar.

Maka siapakah mereka yang berani mencaci maki dan melaknat para shahabat رضي الله عنهم? Apakah mereka tidak beriman dengan ayat-ayat al-Qur’an diatas tu? Allah telah meredhai para shahabat dari kalangan Muhajirin dan Anshar, sedangkan mereka melaknat. Allahu Allah …. untuk jawaban lebih jitu aku sarankan, bacalah kitab ash-Shawa’iqul Muhriqah fi Raddi ‘Ala Ahl al-Bida’ wa az-Zandaqah oleh al-‘Allamah al-Muhaddits al-Faqih Ahmad ibn Hajar al-Haithami al-Makki (wafat 974H). InsyaAllah kalau aku punya kesempatan aku kita perkatakan soal ini. leh itu berhati-hatilah dengan golongan Rafidhah ini. Mereka sudah mula menonjolkan diri sekarang. Mereka boleh dikenali dengan slogan kononnya mencintai ahlulbait tetapi didalam masa yang sama mereka mencerca, mencaci-maki bahkan melaknat para shahabat Nabi صلى الله عليه وآله وسلم

Terakhir ditanyakan kepada aku, kemana pergi lama tidak kelihatan di majlis-majlis ilmu dan bila nak habiskan catatan perjalanan ke Yaman? Maka aku katakan … kesihatanku kurang baik, maka aku berehat dirumah saja. Lagipun mahu memandu diwaktu malam mataku sudah kurang jelas … biasalah mata dah mula kabur, gigi pun nak banyak yang gugur, uban pun dah berterabur … alamat dah dekat nak ke kubur ….. :) Tentang catatan ke Yaman, insyaAllah. Sedang menaip. Kesihatan tidak mengizinkan berlama-lamaan di hadapan komputer.



Sekian, ampun maaf dari,

al-haqir al-faqir abuzahrah

0 komen:

Related Posts with Thumbnails