Khamis, 16 Ogos 2007

Majlis Bersama Ulama di Masjid al-Falah, USJ 9, Persiaran Kewajipan, Subang Jaya



AL-JILSAH MA’AL ULAMA
(MAJLIS BERSAMA ULAMA’)

Muslimin dan muslimat dijemput hadir kemajlis bersama ulama’ iaitu bersama pendakwah terkenal Habib Munzir bin Fuad al-Musawa

Tarikh: 11 Sya’ban 1428H / 24 Ogos 2007
Masa: Selepas Sholat Maghrib
Tempat: Masjid al-Falah, USJ 9, Persiaran Kewajipan, Subang Jaya

________________________________________


Biodata ringkas Habib Munzir bin Fuad al-Musawa

Beliau adalah lulusan dari Institut Pengajian Darul Musthafa, Tarim, Hadralmaut, Yaman. Mendapat bimbingan langsung dari pengasas Darul Musthafa iaitu, al-‘Allamah Habib Umar bin Muhammad bin Salim bin Hafidz. Beliau kembali ke Jakarta dan mulai berdakwah pada tahun 1998 untuk mengajak masyarakat bertaubat dan mencintai Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم dengan mengamalkan sunnahnya dan menjadikan Rasulullah صلى الله عليه وسلم sebagai qudwah hasanah.

Habib Munzir mula berdakwah siang dan malam dari rumah ke rumah sekitar Jakarta. Beliau sanggup tidur di mana sahaja, dirumah-rumah masyarakat, bahkan pernah tidur di anjung rumah orang kerana penghuni rumah tersebut sudah tidur beliau tidak mahu mengganggu mereka ketika larut malam.

Setelah usaha dakwahnya berjalan lebih kurang 6 bulan, Habib Munzir membuka majlis setiap malam selasa (mengikuti jejak gurunya al-Habib Umar yang membuka majlis mingguan setiap malam selasa). Seterusnya beliau memimpin Ma’had Assa’adah, yang diwaqafkan oleh al-Habib Umar bin Hud al-Atthas di Cipayung, Jakarta. Setelah setahun, Habib Munzir tidak lagi memimpin ma’had tersebut tetapi meneruskan giat usahanya dengan mengadakan majlis-majlis ceramah dan kuliah-kuliah ilmu disekitar Bandaraya Jakarta.

Maklumat lanjut tentang aktiviti dakwah beliau boleh didapati dengan melayari laman web beliau sendiri yang bernama MajelisRasulullah. Beliau juga pernah menyampaikan tazkirah ringkas sempena Majlis Bersama Habib Umar bin Muhammad bin Salim bin Hafidz yang diadakan di Masjid al-Falah pada 24 Mei 2007.

1 komen:

Radzi Sapiee berkata...

Assalamualaikum semua terutama saudara AbuZahrah. Ingat tak saudara ada membuat cadangan supaya diadakan sesi bertemu pembaca siri buku "Berpetualang ke Aceh" di pustaka Khazanah Fathaniyah? Ini saya copy n paste ya... Silalah jenguk. Mari! :]

Assalamualaikum semua… Semalam, setelah menunggu lebih 2 bulan, saya baru sahaja meletakkan video pelancaran siri buku “Berpetualang ke Aceh” yang diadakan di pustaka buku Khazanah Fathaniyah di Chow Kit 9 Jun 2007. Adapun Khazanah Fathaniyah adalah sebuah badan penyelidikan serta penerbitan buku-buku berkaitan agama tinggalan Almarhum Ustaz Wan Saghir yang selalu bercerita tentang ulamak Nusantara dahulukala dalam ruangan akhbar tempatan. Untuk makluman, pihak Khazanah baru sahaja meninggalkan kedai tersebut akibat kurang dana untuk terus membayar sewa bulanan yan agak mahal. Maka video ini boleh juga dianggap sebagai satu kenangan nostalgia terhadap kedai tersebut.
Untuk melihat video yang dipecah 3 ini sila klik link-link di bawah. Sekian! :]

http://merahsilu.blogspot.com/2007/08/akhirnya-video-pelancaran-siri-buku.html

http://merahsilu.blogspot.com/2007/08/video-pelancaran-siri-buku-berpetualang.html

http://merahsilu.blogspot.com/2007/08/video-pelancaran-siri-buku-berpetualang_19.html

Related Posts with Thumbnails