Selasa, 28 Ogos 2007

Gerhana Bulan Malam Ini - Jom Sholat Gerhana

InsyaAllah, malam ini [28 Ogos 2007] akan berlaku gerhana bulan, dan dikita dituntut untuk melakukan sholat sunat gerhana bulan. Mai sini mau kalau nak tau lebih detail. Dan sholat sunat gerhana bulan ini dituntut dikerjakan secara berjemaah. Sholat ini dikerjakan sebanyak 2 rakaat. Disunatkan kepada kaum lelaki dan perempuan, yang bermukim maupun yang bermusafir. Hukumnya sunat muakkadah. Dan disunatkan mandi sebelum mendirikan sholat sunat gerhana. Kaifiatnya sedikit berbeza dengan sholat yang biasa kita lakukan dimana di dalamnya nanti terdapat 2 kali qiam dan dua kali rukuk dalam setiap rakaat. Dan setelah selesai sholat, dibacakan khutbah.

InsyaAllah banyak masjid-masjid yang akan menganjurkan sholat sunat gerhana secara berjemaah. Antaranya masjid al-Falah di USJ 9, dan rasanya seluruh masjid di Selangor akan melakukannya pasai JAIS ada mengeluarkan teks khutbahnya. Yang berapa sekitar Gombak, Ulu Klang, insyaAllah kat Surau Kemensah Height pun akan diadakan, dan dipimpin oleh Tuanguru Shaikh Muhammad Fuad bin Kamaluddin al-Rembawi al-Maliki. Maka jangan lepaskan peluang ini. Sholat sunat gerhana bulan atau matahari jarang-jarang kita laksanakan. Semalam nisfu Sya'ban ... hari ini gerhana bulan .... masyaAllah .. masyaAllah ....

Maka disini diperturankan kaifiatnya:-

Rakaat Pertama:

  1. Niat : أُُصَلِّي سُنَّةَ خُسُوْفُ الْقَمَرِ رَكْعَتَيْنِ للهِ تَعَالَى "Sahaja aku sembahyang sunat gerhana bulan 2 rakaat kerana Allah Taala” [niat di dalam hati noooo ... adapun talaffuz binniyyat tu sunat disisi ulama' Syafie - kena perjelas .. sat gi dok kata bid'ah dholalah fulak :)]
  2. Baca doa Iftitah
  3. Baca Surah al-Fatihah
  4. Membaca mana-mana surah sekadar mampu atau disarankan surah al-Baqarah atau al-A’ala atau surah yang sederhana panjang
  5. Rukuk membaca tasbih sekadar baca 100 ayat atau sekadar mampu
  6. I’tidal
  7. Terus membaca surah al-Fatihah
  8. Membaca mana-mana surah sekadar mampu atau disarankan surah Aali 'Imran atau al-Ghasiyah atau surah yang sederhana panjang
  9. Rukuk membaca tasbih sekadar baca 80 ayat atau sekadar mampu
  10. I’tidal
  11. Sujud pertama membaca tasbih sekadar baca 100 ayat atau sekadar mampu
  12. Duduk antara dua sujud
  13. Sujud membaca tasbih sekadar baca 80 ayat atau sekadar mampu
  14. Bangun untuk rakaat ke dua

Rakaat Kedua:

  1. Baca Surah al-Fatihah
  2. Membaca mana-mana surah sekadar mampu atau disarankan surah an-Nisa’ atau al-Dhuha atau surah yang sederhana panjang
  3. Rukuk membaca tasbih sekadar baca 70 ayat atau sekadar mampu
  4. I’tidal
  5. Terus membaca surah al-Fatihah
  6. Membaca mana-mana surah sekadar mampu atau disarankan surah al-Maaidah atau Alam Nashrah atau surah yang sederhana panjang
  7. Rukuk membaca tasbih sekadar baca 50 ayat atau sekadar mampu
  8. I’tidal
  9. Sujud pertama membaca tasbih sekadar baca 70 ayat atau sekadar mampu
  10. Duduk antara dua sujud
  11. Sujud membaca tasbih sekadar baca 50 ayat atau sekadar mampu
  12. Tahiyyat akhir
  13. Memberi salam .
Sesudah sholat disunatkan membaca dua khutbah: Khutbah kerana gerhana ini dilakukan sebagaimana pada hari raya iaitu 2 khutbah dengan mengikut rukun-rukunnya seperti yang terdapat dalam khutbah Jum'at. Khutbah gerhana tidak dikehendaki bertakbir seperti khutbah hari raya dan tidak memadai dibaca satu khutbah sahaja kerana mengikut sunnah Rasulullah Shallallahu 'Alaihi wa-Sallam. Walaubagaimana pun 2 khutbah itu bukanlah menjadi syarat bagi sah sholat gerhana. Kalau tak baca khutbah pun, maka sholatnya sah.

0 komen:

Related Posts with Thumbnails