Khamis, 2 Jun 2011

Lailah al-Ijabah (Malam Dimakbulkan Doa)



Perhatikan malam-malam ini kerna ianya adalah malam-malam yang dimustajabkan doa. Imam panutan kita yaitu al-Imam Muhamamd bin Idris asy-Syafie رضي الله عنه menyebut di dalam kitabnya al-Umm:


وَبَلَغَنَا أَنَّ الدُّعَاءَ يُسْتَجَابُ فِيْ خَمْسِ لَيَالٍ : فِيْ لَيْلَةِ الْجُمُعَةِ ، وَلَيْلَةِ الْأَضْحَى ، وَلَيْلَةِ الفِطْرِ ، وَأَوَّلِ لَيْلَةِ مِنْ رَجِبٍ ، وَلَيْلَةِ النِّصْفِ مِنْ شَعْبَانَ

Terjemahannya: Telah sampai kepada kami, bahwa doa yang dimustajabkan (yakni yang makbulkan oleh allah) pada lima malam iaitu pada malam Jumu’at, malam hari raya korban, malam hari raya fitri, awal malam daripada bulan Rajab dan malam nisfu Sya’ban.

 عَنْ أَبِي أُمَامَةَ الْبَاهِلِيِّ، قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : خَمْسُ لَيَالٍ لا تُرَدُّ فِيهِنَّ الدَّعْوَةُ أَوَّلُ لَيْلَةٍ مِنْ رَجَبٍ، وَلَيْلَةُ النِّصْفِ مِنْ شَعْبَانَ، وَلَيْلَةُ الْجُمُعَةِ، وَلَيْلَةُ الْفِطْرِ، وَلَيْلَةُ النَّحْرِ

Terjemahannya: Daripada Sayyidina Abu Umamah al-Bahili رضي الله عنه, beliau berkata: Telah bersabda Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم: Lima malam yang tidak ditolak pada malam tersebut akan doa, (yaitu) awal malam daripada Rajab, malam nisfu Sya’ban, malam Jumu’at, malam raya fitri dan malam raya korban (disebut oleh Ibn ‘Asakir di dalam Tarikh Dimasyq)


Malam ini (Khamis malam Jumu’at adalah awal malam dari bulan Rajab) dan bertepatan pula dengan malam Jumu’at. Hal-hal berkaitan dengan puasa di bulan Rajab boleh mai baca sini dan sini.


Doa menyambut bulan Rajab


عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ، قَالَ : كَانَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا دَخَلَ رَجَبٌ، قَالَ: اللَّهُمَّ بَارِكْ لَنَا فِي رَجَبٍ وَشَعْبَانَ، وَبَارِكْ لَنَا فِي رَمَضَانَ
 
Diriwayatkan daripada Sayyiduna Anas bin Malik رضي الله عنه beliau berkata: Adalah Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم apabila telah masuk bulan Rajab, Baginda صلى الله عليه وآله وسلم berdoa: Ya Allah Ya Tuhan kami, limpahilah berkat kepada kami pada bulan Rajab dan Sya’ban dan limpahilah berkat kepada kami pada bulan Ramadhan. (hadits riwayat Imam Ahmad, ath-Thabarani dan lain-lain)

0 komen:

Related Posts with Thumbnails