Isnin, 2 Mei 2011

Bertawadhu`lah dan belajar untuk mempercayai para ulama` anda!

Shaykh Dr. Muhammad Afifi al-Akiti  merupakan seorang cendekiawan Melayu berkelulusan PhD dari Universiti Oxford dan kini yang menjadi Felo Pusat Pengajian Islam Oxford dan pensyarah Pusat Islam di Fakulti Teologi, iaitu fakulti tertua di Universiti Oxford. Pendidikan asas beliau adalah dari aliran pondok atau pesantren. Mempunyai ijazah bersanad dalam tradisi ilmu Islam.


Beliau pernah ditanya mengenai  apakah sampai 'amalan orang hidup kepada  orang yang telah mati. Pertanyaan dan jawapannya boleh dirujuk disini


Apa yang menarik perhatian al-Fagir adalah  jawapan awal beliau, sebelum beliau menghuraikannya panjang lebar: tuan penanya yang dirahmati, seandainya saya dibolehkan memberikan hanya sebaris jawapan, adalah memadai untuk saya nyatakan:

BERTAWADHU`LAH DAN BELAJARLAH UNTUK MEMPERCAYAI PARA ULAMA ANDA!

Jawapan beliau ini telah pun beliau terjemahkan ke bahasa Melayu dan diterbitkan oleh Pelima Media Sendirian Berhad. Kalau berminat untuk mengetahuinya, silalah dapatkannya. Menarik, ringkas dan padat! Ulasan ringkas Ust Muhammad Khofidz b. Saroni mengenai buku ini boleh dibaca disini.



0 komen:

Related Posts with Thumbnails