Rabu, 12 Januari 2011

CATATAN PERJALANAN ABU ZAHRAH KE TARIM, HADRAMAUT, YAMAN - SIRI 3

Kota Tarim

Sudah agak lama al-Fagir tidak update catatan ini. Bukannya apa, cuma malas nak menaip. Tapi semalam sewaktu mengemaskini buku-buku, terjumpa pulak sebuah risalah kecil yang bertajuk Tarim dan Kaum Sholihin – Kisah Perjalanan Seorang Moroko ke Tarim.  Sebuah catatan yang menarik. Maka timbul pula rasa bersemangat untuk terus berkongsi catatan perjalanan al-fagir. Tapi untuk entri kali ini, ingin al-Fagir berkongsi sedikit kandungan buku  atau risalah yang al-fagir sebut di atas.

Adapun kisah perjalanan lelaki dari Moroko (Maghribi) ini berlaku pada tahun 865H.  (iaitu 567 tahun dahulu). Pada tahun inilah wafatnya Sayyidina al-Imam ‘Abdullah al-Aidarus al-Akbar bin al-Imam Abu Bakar as-Sakran. (Managib beliau boleh mai baca tang ni...)

Lelaki dari Maghribi ini melakukan perjalanannya setelah menunaikan ibadat haji dan menziarahi Rasulullah صلى الله عليه وآله وصحبه وسلم. Beliau berangkat dari Jeddah ke Hadramaut bersama-sama dengan al-Habib Muhammad bin Ahmad dan seorang lelaki dari marga BaFadhal yang menjadi khadam kepada al-Habib Muhammad bin Ahmad.

Lelaki Maghribi ini memulakan catatannya …..
Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Inilah catatan ringkas tenntang perjalananku ke kota Tarim. Jauh sebelum kunjunganku ke Tarim, ayahku (semoga Allah merahmatinya) telah melakukan perjalanan ke kota yang penuh barokah ini. Waktu itu aku masih kecil. Setelah dewasa, aku mendengar ayah berulangkali menceritakan perjalanannya ke Hadhramaut dalam majlisnya. Pernah suatu hari, ketika bercerita tentang Tarim, beliau seakan-akan hanyut dalam menyifatkan ilmu dan amal para asyraf (yakni ahlulbait Nabi صلى الله عليه وآله وصحبه وسلم) yang mendiami Tarim. Sehinggakan dia mengakhiri kisahnya dengan ucapan:
إنهم بالملآئكة أشبه
Ertinya: Sesungguhnya mereka (ahlulbait di Tarim) lebih menyerupai malaikat
Kalimat ayahku ini begitu memberi bekas dihatiku sehingga bilapun aku beroleh kesempatan, aku selalu meminta beliau untuk mengulangi kembali ceritanya.
Satu hari aku berkata kepada ayahku: “Andaikata, ayah mencatatkan kisah perjalanan tersebut”.
Jawab ayahku: “Aku telah mencatatnya”.
Tidak lama kemudian ayahku meninggal dunia, (semoga Allah merahmatinya). Sepeninggalan ayah, aku berusaha mencari cacatan perjalannya ke Tarim, namun aku tidak berhasil menemukannya. Sementara ini kisah-kisah yang ayahku ceritakan mengenai kemuliaan sifat para ashraf yang suci dan disucikan itu sering terngiang-ngiang di telingaku. Seringkali terlintas dihatiku keinginan untuk mengunjungi kota Tarim untuk menziarahi para ulama dan wali dari ahlulbait yang tinggal disana.
Menjelang musim haji, timbullah tekadku untuk menunaikan ibadah haji dan seterusnya mengunjungi kota Tarim …… bersambung di entri-entri seterusnya …. insyaAllah.

Al-Fagir di hadapan Qubah al-Imam al-Habib 'Umar bin 'Abdurrahman al-'Atthos di Huraidhoh (Shohib Ratib al-'Atthos)
Al-Fagir di hadapan Qubah Syeikh Abu Bakar bin Salim di 'Inaat

0 komen:

Related Posts with Thumbnails