Isnin, 30 Ogos 2010

Al-Fanshuri Kembali …


Alhamdulillah, setelah 2 bulan bermukim di bumi Tarim, Hadramaut, al-Fagir selamat kembali kebumi Malaysia pada 19 Ramadhan 1431. Sepanjang al-Fagir di bumi Tarim, kesemua blog kelolaan al-Fagir telah di tutup untuk sementara. Dan kini kesemuanya telah beroperasi semula. Dan insyaAllah al-Fagir akan berkongsi sedikit daripada pengalaman al-Fagir ketika di bumi Tarim.

Ketika di Tarim, al-Fagir langsung tidak melayari internet, walaupun berhampiran dengan Darul Musthafa terdapat cybercafe. Al-Fagir hanya menghubungi teman-teman di Malaysia via sms sahaja. Ramai juga kenalan dan pembaca blog al-Fanshuri di  Malaysia dan Tarim bertanyakan al-Fagir: Kenapa blog tak boleh buka? Jawabnya mudah, pasai tuan rumah bermusafir, maka rumahnya ditutup! Mohon maaflah kepada mereka yang tidak dapat mengunjungi al-Fanshuri selama 2 bulan tersebut.

Setakat ini dahulu bicara al-Fanshuri ….. insyaAllah nanti kita bertemu lagi nanti. Al-Fagir agak kurang sihat. Beralih cuaca atau mungkin juga kerana keletihan, disebabkan hampir 12 jam dalam pesawat …… Mohon pengunjung al-Fanshuri sudi untuk mendoakan al-Fagir di malam-malam 10 terakhir Ramadhan nii …..


3 komen:

~albazrah~ berkata...

Alhamdulillah...pak cik dah balik dan selamat.

Nanti akcik cerita semua no diari di sana?

Apa kitab2 yang pakcik dan khatam. Bestnya...

Syafakallah. Doakan kami juga di sudan ni.

Unknown berkata...

selamat pulg ke malaysia sidi....cpt2 lah share pengalamn kt tarim ye :)

al-fagir abu zahrah berkata...

Al-Barzah: Terimakasih kerana kalian sudi mendoakan pakcik.

Antara kitab yang di khatam semasa daurah dan rauhah al-Habib Umar, kitab-kitab kecik saja seperti:
الروضة الخضراء والدرة الزهراء في كشف معاني : مالذة العيش إلا صحبة الفقرا
Miftahus Sarair wa Kanz al-Adzkhair
Risalatul Murid, Syarah 'Aqidah al-Awwam

Manakala kitab yg dibaca banyak seperti Qut al-Qulub, Tafsir Baghawi, Aidhah Asrar Ulum al-Muqarrabin, Matan Abi Syuja', Mukhtasor Shaghir, Muqaddimah al-Hadramiyyah, Nurul Iman (Hadits) dll ....

Pidin: InsyaAllah, nanti mabo share pengalaman di sana.

Related Posts with Thumbnails