Rabu, 17 Januari 2007

IJTIMAK THOLABAH PONDOK SEMALAYSIA

BERSEMPENA DENGAN "MAJLIS SAMBUTAN 70 TAHUN MADRASAH AL-ISLAMIAH TUAN GURU HAJI IBRAHIM" BONGEK ACHEH 71300 REMBAU NEGERI SEMBILAN , akan DIADAKAN PROGRAM

"IJTIMAK THOLABAH PONDOK SEMALAYSIA"
(Perhimpunan penuntut-penuntut pondok seMalaysia)

Tarikh:16 hingga 18 Februari 2007M.


Diantara tokoh-tokoh ulama semasa yang akan dijemput untuk pembacaan/pengupasan kitab turas, pembentangan kertaskerja, forum dan sesi soal-jawab:

1.Tuan Guru al-Sheikh Professor Doktor Haji Muhibuddin al-Waliyy al-Khalidi - dari Acheh.

2.Tuan Guru Haji Ismail Sepanjang ( Baba El Spanje)- daripada Fathoni.

3.Tuan Guru Haji Wan Shaghir - dari Khazanah Fathoniah. Kuala Lumpur.

Semua Penuntut-penuntut Pondok , pelajar-pelajar Universiti dan orang ramai dijemput hadir dengan sukacitanya, jamuan makan dan tempat berehat akan disediakan ala kadarnya insyallah. .

Jadual Pengajian/dialog dan forum perdana ( jika tiada rombakan)

Tuan Guru Professor Doktor K.H Muhibbuddin Al-Waliy (Acheh)


1.Jumaat 16 feb 2007- 8.00 malam - 10.00 malam.
- Pengupasan Kitab Al-Hikam serta soal-jawab.


2. Sabtu 17 feb 2007 - 9.00 malam - 11.30 malam
- Forum Perdana serta soal jawab -bersama ahli panel yang lain, tajuk forum (Pengajian Tradisional antara cabaran dan harapan).

Tuan Guru Haji Ismail Sepanjang (Baba Ismail) - Fathoni Daarussalam

1.Sabtu 17 feb 2007- 8.30 pagi - 11.30 pagi
Pengajian Ilmu Tauhid berkitab (kitab-kitab karangan Tuan Guru Haji Ismail sendiri) dan kupasan ayat-ayat mutasyabihat serta soal-jawab.

2.Sabtu 17 feb 2007 - 9.00 malam- 11.30 malam
Forum Perdana serta soal jawab - bersama ahli panel yang lain, tajuk forum (Pengajian Tradisional antara cabaran dan harapan).



Harap sebar-sebarkan maklumat awal ini.. insyallah.

1 komen:

Tanpa Nama berkata...

assalamualaikum pakcik..nadiah2006 ni.
tak tau nak tulis kat mana..maaf ye..

just nak tanya pak cik..kat mana ada jual sahih muslim dan syarahnya dlm bahasa melayu?

saya kira pak cik dah biasa kat KL nih..tau kedai buku mana yg ada jual..yg sy jumpa bahasa arab je

Related Posts with Thumbnails