Transliterasi Kitab Syarah Hikam Ibn Athoillah al-Sakandari oleh Shaikh Abdul Malik bin Abdullah bin Abdul Qahhar bin Syarif Muhammad al-Baghdadi @ Tok Pulau Manis
(Transliterasi dari tulisan Jawi kepada tulisan Rumi beserta dengan notakaki oleh: al-Faqir al-Haqir Abu Zahrah Abdullah Thahir al-Qedahi. Segala kesalahan dan kesilapan mohon dimaafkan dan dibetulkan. Pembetulan serta tunjuk ajar daripada para asatizah dan juga dari sekelian pengunjung al-Fanshuri sangat dialu-alukan. Dan sebagai peringatan: Bagi sesiapa yang membaca tulisan ini dinasihatkan supaya bertanya kepada masyaikh, tuanguru-tuanguru dan para asatizah yang berkeahlian dalam bidang ini, seandainya tidak memahami isi kandung kitab tasawuf ini. Janganlah diandaikan dengan pemahaman sendiri, ditakuti tiada muwafakat dengan apa yang dimaksudkan penulis kitab ataupun dengan ilmu tasawuf itu sendiri. Ampun maaf diatas segala kelemahan pentransliterasi. Al-Faqir hanya sekadar ingin berkongsi khazanah para ulama kita. Sekian

[Artinya]:Atau betapa berjalan ia kepada Allah Ta’ala pada hal tertambat dengan segala syahwatnya.
(Maka) orang yang tertambat itu tiada boleh ia berjalan, maka tiadalah boleh kembali ia kepada Allah Ta’ala daripada pertambatan syahwatnya. (Dan) sungguhnya tiadalah dapat berjalan pada alam thobiatnya kepada hadrat al-Haq Ta’ala. Maka kerana demikian itulah lazim meninggalkan segala syahwat bagi orang yang berkehendak kepada jalan Haq dan jikalau yang mubah sekalipun. (Dan) kerana demikian itu kata setengah mereka itu: “Bermula sengat tebuan atas badan yang luka itu terlebih mudah (terlebih ringan) daripada sengat syahwat atas hati orang yang tawajjuh.”
0 komen:
Catat Ulasan