![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhv0QU3zDxB8E9egk31R7kWTPNP_x2C2rCNZ23A0Nx6cchXgAKaQsJZLbN0GbPgMdNozGjmRbMZNTCpH-7KYFmVmV4jfoAD-9Ua5RpdAsyOzuKHCJoeAJkp3jLhz6BZsuysaU-0/s200/Qubbah+Hijar+Besaq.gif)
Imam Bushiri adalah murid kepada Shaikh Abu Hasan ash-Shadhili dan juga Syaikh Abu al-Abbas al-Mursi. Diantara guru-gurunya lagi adalah Imam Abu Hayyan, Abul Fath bin Sayyidunnas al-Ya'mari al-Asybali al-Misri pengarang, kitab 'Uyunul Atsar fi Sirah Sayyidil Basyar, al 'Iz bin Jama'ah al-Kanani al-Hamawi salah seorang hakim di Mesir, dan banyak lagi kalangan ulama besar Mesir. Imam al-Bushiri dikenali sebagai seorang yang wara’ sejak beliau masih kanak-kanak lagi.
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjXfKQhO1bGgJZ9I46SrgUAh4PgaIoBBsaTt1WL88BdOkeiVv0JhTcQJo5WMENycwsC6L5BqcY8OWOQNziURd79ob-xkosjqk4SQjpgvdP1YW6LfFFfPyeJYHdAdoxSUqbG0SB_/s200/maqam+imam+busairi-1.jpg)
Sebaik selesai diselimuti, maka Imam al-Bushiri terjaga dari tidurnya dan mendapati bahawa penyakit lumpuhnya telah hilang. Ada riwayat menyatakan bahawa Imam al-Bushiri mendapati selendang/burdah tersebut ada diatas badannya apabila beliau terjaga dari tidurnya. Allahu Allah .... alangkah bertuahnya Imam Bushiri.
Ramai ulama yang kemudiannya mensyarahkan isi kandungan burdah ini. Lebih kurang 20 ulama yang mensyarahkan burdah, antaranya:
- Imam Jalaluddin al-Mahalli yang meninggal tahun 864H,
- Imam Zakaria al-Anshari (wafat tahun 926H),
- Imam al-Qasthalani (wafat tahun 923H),
- Syaikh Mulla Ali Qari al-Hanafi (wafat tahun 1014H), dan
- Syaikh Ibrahim al-Bajuri (wafat tahun 1276H).
Ulama kita juga tidak ketinggalan menterjemahkan burdah antaranya:
- Tok Wan Ali Kutan (al-‘Allamah Syaikh Wan ‘Ali bin ‘Abdurrahman bin ‘Abdul Ghafur al-Kalantani – wafat tahun 1913) yang diberi judul Risalah Majma' al-Qashaid wa al-'Awaid yang selesai ditulis pada bulan Zulkaedah 1320 H/ Februari 1903 M.
- Tok Kenali, (wafat tahun 1933) yang diberi judul Risalatud Durril Mantsur Pada Menyatakan Burdah Yang Masyhur, selesai beliau tulis pada bulan Jumadilakhir 1310H/Disember 1892M. Kandungannya merupakan terjemahan dan penjelasan fadhilat Burdah Bushiri. Dicetak dalam bentuk huruf batu/litografi oleh Syeikh Abdullah Mujallid, Mekah, Jumadilakhir 1310 H.
Makamnya yang terletak di Iskandaria, Mesir, sampai sekarang masih dijadikan tempat ziarah. Makam itu berdampingan dengan makam gurunya, Abu Abbas al-Mursi.
Didalam Burdah ini beliau menyatakan:
Tinggalkan pengakuan orang Nasrani atas Nabi mereka
Pujilah Baginda صلى الله عليه وآله وسلم sesukamu dengan sempurna
Sandarkanlah segala kemuliaan untuk dirinya صلى الله عليه وآله وسلم
Dan nisbahkan sesukamu segala keagungan untuk kemuliaannya صلى الله عليه وآله وسلم
Kerana sesungguhnya kemuliaan Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم tidak ada batasnya
Sehingga tidak akan ada lisan yang mampu mengungkapkan kemuliaan itu.
Pujilah Baginda صلى الله عليه وآله وسلم sesukamu dengan sempurna
Sandarkanlah segala kemuliaan untuk dirinya صلى الله عليه وآله وسلم
Dan nisbahkan sesukamu segala keagungan untuk kemuliaannya صلى الله عليه وآله وسلم
Kerana sesungguhnya kemuliaan Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم tidak ada batasnya
Sehingga tidak akan ada lisan yang mampu mengungkapkan kemuliaan itu.
Malam nanti ambo sambung lagi dengan simtud durar dan adh-Dhiya al-Laami' ..... ambo nak pi bermaulid ........
0 komen:
Catat Ulasan