Rabu, 11 Mac 2009

Kata al-‘Allamah al-Muhaddits Sayyid Muhammad bin Sayyid ‘Alawi al-Maliki al-Hasani Mengenai Sambutan Maulidurrasul

Sebelum saya [al-‘Allamah al-Muhaddits Sayyid Muhammad bin Sayyid ‘Alawi al-Maliki al-Hasani] membentangkan dalil-dalil saya mengenai mengadakan sambutan Maulid Nabi صلى الله عليه وآله وسلم, saya suka menjelaskan di sini beberapa perkara [beliau jelaskan 4 perkara tetapi disini hanya dimuatkan 2 perkara sahaja ….]:-

Pertama: Kami merayakan maulid Sayyiduna Muhammad صلى الله عليه وآله وسلم selalu dan selamanya di setiap waktu dan disetiap peringatan dan disetiap kesempatan yang mana disana ada kegembiraan atau kebahgiaan atau semagat. Lebih-lebih lagi dibulan kelahiran Baginda iaitu bulan Rabi’ul Awwal dan dihari Baginda dilahirkan iaitu hari itsnin. Dan tidak layak bagi seorang yang beraqal bahwa dia bertanya: Mengapa kalian merayakannya? Kerana pertanyaan itu sama halnya dengan dia menanyakan: Kenapa kalian bergembira dengan kelahiran Nabi صلى الله عليه وآله وسلم? Dan seolah-olah ia juga berkata: Mengapa kalian merasa gembira dan bahgia kerana orang yang di Isra’ Mi’rajkan ini? Apakah selayaknya pertanyaan sebegini terbit dari seorang Muslim yang bersaksi bahwa Tiada Tuhan Melainkan Allah dan Nabi Muhammad صلى الله عليه وآله وسلم ialah Utusan Allah?

Sebab itu adalah pertanyaan yang dungu yang tidak berhajat kepada jawaban. Cukuplah bagi orang yang ditanya untuk menjawabnya: aku merayakannya kerana aku sukacita dan gembira dengan kelahiran Nabi صلى الله عليه وآله وسلم, dan aku cinta kepada Baginda صلى الله عليه وآله وسلم. Dan aku cinta Baginda صلى الله عليه وآله وسلم kerana aku adalah seorang Mu’min.

Kedua: Yang kami maksud dengan perayaan disini ialah berkumpul untuk mendengar sirahnya Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم, bershalawat kepada Baginda صلى الله عليه وآله وسلم, mendengar qasidah-qasidah yang memujinya, mengadakan jamuan makan, memuliakan orang-orang faqir dan yang memerlukan bantuan, yang mana semua ini akan menimbulkan kegembiraan dan ketenangan di hati para Muhibbin (para pencinta Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم)…… [Petikan dari kitab Haulal Ihtifal bi Zikra al-Maulid an-Nabawi asy-Syarif karya al-‘Allamah al-Muhaddits Sayyid Muhammad bin Sayyid ‘Alawi al-Maliki al-Hasani]



0 komen:

Related Posts with Thumbnails