Selasa, 10 Mac 2009

Sambutan Maulid Nabi Jauhkan Diri Dari Syirik - Dr. Atiyah

Al-Fanshuri ini berkongsi sebuah artikel yang ambo petik dari laman web PMRAM (Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir). Artikel tersebut bertajuk Sambutan Maulid Nabi Jauhkan Diri Dari Syirik - Dr. Atiyah.

Sambutan Maulid Nabi Jauhkan Diri Dari Syirik - Dr. Atiyah

5 Mac - Pensyarah Kuliah Usuludin Dakwah Universiti Al-Azhar Shibin El-Kom, Dr. Atiyah Mustafa Husain (gambar sebelah) berkata, mereka yang merayakan sambutan Maulid Rasul akan dijaga oleh Allah dari syirik kepada-Nya. Memetik kata-kata dari Syeikh Sholeh Jaafari رضي الله عنه (gambar bawah), dengan menolak tanggapan sesetengah pihak bahawa sambutan Maulid Rasul boleh menjatuhkan seseorang kepada syirik. Beliau berkata mereka yang menyambut perayaan ini akan terpelihara akidahnya dari perbuatan syirik. “Ini kerana kita sudah mengetahui bahawa Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم juga adalah hamba Allah dan merupakan utusan-Nya,” jelas beliau.



Tambahnya lagi, walaupun begitu darjat Baginda صلى الله عليه وآله وسلم adalah tidak sama dengan sekalian hamba Allah yang lain. Beliau turut mengupas tentang dzat Nabi Muhammad صلى الله عليه وآله وسلم yang memiliki cahaya (nur). "Nur yang ada pada صلى الله عليه وآله وسلم mengatasi sekalian cahaya-cahaya lain di dunia ini termasuk matahari”, katanya. Oleh sebab itu antara kelebihan Baginda صلى الله عليه وآله وسلم ialah Baginda صلى الله عليه وآله وسلم tidak mempunyai bayang-bayang ketika Baginda صلى الله عليه وآله وسلم berdiri di bawah sinaran matahari. Beliau yang juga imam dan khatib di Masjid Syeikh Soleh Jaafari di Darrasah turut mengupas kisah malam Israk Mikraj antara Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم dengan malaikat Jibril عليه السلام, penghulu sekalian malaikat. Setelah melepasi langit ketujuh. Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم dapat melepasi hingga ke Sidratul Muntaha tanpa Jibril عليه السلام kerana jika Jibril عليه السلام melintasi ke Sidratul Muntaha nescaya jasadnya akan terbakar. "Oleh sebab itu, cahaya Nabi Muhammad صلى الله عليه وآله وسلم adalah mengatasi cahaya-cahaya lain termasuk cahaya para malaikat hingga diberikan kemuliaan dapat melihat Allah Taala di malam tersebut," tegas beliau.


0 komen:

Related Posts with Thumbnails