Rabu, 13 Jun 2007

Majlis Ilmu

InsyaAllah pada hari Ahad 24 Jun 2007, satu pengajian kitab akan diadakan di Masjid al-Falah USJ 9. Masanya dari jam 9.30 pagi – 12.30 tengahari. Ustaz yang akan mengajar adalah al-Fadhil Ustaz Rohimuddin dan kitab diskusi berjudul al-Bayan. Ustaz Rohimuddin adalah merupakan murid dan juga sahabat kepada asy-Syaikh Muhammad Nuruddin Marbu al-Banjari. Dibawah ini disertakan biodata ringkas Ustaz Rohimuddin dan ringkasan kitab diskusi.


Biodata ringkas Ustaz Rohimuddin bin Nawawi al-Bantani.

Beliau dilahirkan pada 8hb Oktober 1965 di Bekasi, Indonesia. Dan merupakan cucu saudara kepada seorang ulama alam Melayu yang terkenal di Mekah iaitu asy-Syaikh Muhammad Nawawi bin Umar ibnu Arabi bin Ali al-Jawi al-Bantani atau Syaikh Nawawi Bantan.

Ustaz Rohimuddin mendapat pendidikan awalnya di Pesantren Cirebon Jawa Barat. Seterusnya di Pesantren Lirboyo. Beliau seterusnya melanjutkan pelajarannya ke Universitas Syarif Hidayatullah di Jakarta. Kemudian beliau ke Universiti al-Azhar, Mesir untuk meneruskan pengajiannya. Selain belajar secara formal, beliau juga belajar secara tidak formal dengan para ulama yang terkenal di Indonesia, Mekah dan Mesir.

Antara guru-guru beliau adalah:-
  • Ayahanda beliau sendiri – Kiyai Nawawi
  • Kiyai Maemun Zuber
  • al-Marhum Kiyai Mahrus Ali
  • al-Marhum Kiyai Umar Sholeh
  • al-Marhum Kiyai Aqiel Siraj
  • al-Marhum Kiyai Syadzeli
  • al-Marhum Syaikh Muhammad Yasin al-Fadani
  • asy- Syaikh al-Habib Yusuf al-Hasani asy-Syadhuli ad-Darqawi
  • Syaikh Umar Hasyim
  • al-Marhum Syaikh Mutawalli Asy-Sya'rawi
  • al-Marhum Syaikh Zaki Ibrahim
  • Syaikh Ibrahim Al-Khuli
  • Dr Saad Jawis
  • al-Marhum Syaikh Gad al Haq
  • Syaikh ‘Abdullah
  • Syaikh Dr Ali Jum’ah (Mufti Besar Mesir)
  • Dan ramai lagi ulama’.

Buat masa ini beliau adalah merupakan antara tenaga pengajar merangkap pengetua di Dar Hasani di Mesir, dan merupakan khalifah (muqaddam) kepada Sheikhuna Sidi Yusuf al-Hasani dalam thariqah asy-Syadhuliyah ad-Darqowiyah. Di samping itu, beliau juga giat memberi ta'lim kepada anak-anak Malaysia dan Indonesia yang menuntut di Mesir, di rumah-rumah dan di tempat-tempat organisasi mereka. Beliau juga sering menjadi tenaga pengajar jemputan di pelbagai pesantren dan organisasi. Di samping juga bakal menjadi tenaga pengajar di Ma'ahad Az-Zein di Bogor bagi membantu Sheikh Muhammad Noeruddin al-Banjari.


Kitab diskusi

Tajuk buku: al-Bayan (البيان لما يشغل الأذهان) (merupakan edisi terjemahan ke bahasa Indonesia dari kitab al-Bayan tulisan Mufti Mesir)
Pengarang : asy-Syaikh al-Allamah ad-Doktor Ali Jum'ah (Mufti Mesir).
Harga buku: RM25.00 (Boleh dibeli sewaktu pengajian atau order dari kami di blog al-Fanshuri)

Buku ini adalah merupakan himpunan fatwa Syaikh Dr. Ali Jum'ah. Buku Al-Bayan ini merupakan antara buku yang terlaris di pasaran khususnya di Mesir, kerana ianya menjelaskan tentang beberapa persoalan yang sering dipersoalkan dan ditimbulkan oleh sebahagian golongan muslimin, bahkan ada yang sampai tahap membid'ahkan perkara-perkara tersebut.

Antara persoalan-persoalan dan fatwa beliau adalah mengenai:
  • Warisan dalam Islam: benarkah ada "double standard"?
  • Ulasan tentang toleransi dalam islam,
  • Menjawab beberapa persoalan mengenai aqidah yang kesamaran.
  • Menjawab beberapa persoalan daripada tuduhan yang dilemparkan ke atas golongan sufi seperti masalah berhimpun dalam berzikir, nur muhammadi dan sebagainya.
  • Persoalan fiqh seperti persoalan sholat, puasa, zakat dan haji
  • Persoalan mu'amalat dan lain-lain dengan penjelasan dan penerangan yang sederhana serta bersandarkan kepada al-Qur'an, as-Sunnah dan ijtihad-ijtihad ulama' muktabar.
  • Dan lain-lain lagi

Marilah kita sama –sama menghadhiri majlis ilmu. Ubat kepada kejahilan itu adalah dengan menuntut ilmu. Manakala amal yang dilakukan tanpa ilmu itu ditolak.

عليكم بمجالسة العلماء واستماع كلام الحكماء فإن الله تعالى يحيى القلب الميت بنور الجكمة كما يحيى الارض الميتة بماء المطر


10 komen:

Tanpa Nama berkata...

salam ya abu zahrah,

terima kasih informasi, insyaAllah kami akan cuba menghadiri.

-jazakallahu khairan-

al-fagir abu zahrah berkata...

Pakat mai. Saya dah baca kitab tersebut. Baguih sungguh. Ada 100 soal-jawab dalam tu. Mufti Mesir jawab, ringkas dan padat. Dan saya lihat beliau merujuk 162 buah kitab dalam menjawab semua persoalan tersebut. Insyaallah puas hatilah ...

Tanpa Nama berkata...

Assalamu'alaikum p.cik,

-JazakaLLah khairan jaza' sbb upload info ni. insya4JJl, km akan cuba sebarkan..-

Wassalam =)

al-fagir abu zahrah berkata...

Wa'alaikumussalam,

Latifa, tolong sebar-sebarkan kepada kenalan. Semoga majlis ini dapat mencerahkan apa yang kabur .... meyaqinkan apa yang diragui ....

Tanpa Nama berkata...

salam ya abu zahrah,

minta maaf,"anoy" itu adalah kami - alida, kwn azma.

cuma nak minta pandangan saudara abu zahrah, mcm kami yang baru nak berjinak-jinak dengan majlis ilmu ni, boleh ke menghadirkan diri dalam majlis ilmu seperti ni. minat memang minat, cuma takut penerimaannya belum sampai.

Alhamdulillah, apa yang disampaikan sewaktu kuliah Skh Nur dan Ust Fahmi Zam kami faham, tapi apabila terkeluar istilah-istilah seperti "salafi" "robiqah (maaf kalu salah eja)", "ijtihad", "taklik" dan sebagainya sewaktu sessi soal jawab, kami terasa jauh nya kami ni, tak malu kami akui, makna 'salafi' tu pun kami tak tahu

ilmu mmg penting, tapi kami takut, ilmu itu sekadar di buku, bukan di hati. harap saudara abu zahrah dapat memberi pandangan.

semoga Allah memberkati kamu ya abu zahrah.

al-fagir abu zahrah berkata...

Alida,
Takpa. Mai lah. InsyaAllah banyak yang boleh dipelajari. Tentang istilah tu takpa nanti tanya dan bincanglah dengan kawan-kawan. Kan azma ada, al-qasam ada, syikin ada ... ramai lagi ada. Bila selalu dengaq istilah tu lam-kelamaan dia jadi biasa. Dan kekadang dengan menghadiri majlis ilmu yg berlainan [tapi alirannya sama] ia saling menyempurnakan kefahaman kita.

al-fagir abu zahrah berkata...

InsyaAllah bila dah ada buku/kitab, kita belajaq pulak, dan buat catitan mana yang perlu .... mudahlah nak rujuk maukalau lupa. Pohonlah taufiq dan hidayah dari Allah semoga kita diberi faham akan apa yang dipelajari dan juga mudah untuk beramal dengannya.

Tanpa Nama berkata...

salam ya abu zahrah,

terima kasih, insyaAllah kami akan cuba ke sana.

jazakallah

Tanpa Nama berkata...

Salam abu zahrah...

Semoga semuanya berjalan lancar dan diberkati Allah...:)

al-fagir abu zahrah berkata...

Wa'alaikumussalam,
Terimakasih. Semoga dengan berkat doa tuan, apa yang dirancang berjalan dengan lancar, dirahmati dan diberkatiNYA.

Related Posts with Thumbnails