Ziarah Ulama' Di Kedah
Pada 8 jun 2007, alhamdulillah, aku berkesempatan menziarahi beberapa orang ulama di Kedah bersama dengan dua orang lagi saudaraku iaitu Ustaz Orkhan Ghazi [gambaq sebelah .... hehehe] dan Ustaz Muhasibi ats-Tsani [tak dak gambaq ... dia bujang teruna lagi, kalau boh gambaq nanti ramai pakat berkenan .... hehehe. Maaf no, Ustaz Muhasibi ats-Tsani]. Alhamdulillah, pada pagi Jum’at tersebut destinasi pertama kami adalah ke Bukit Tembaga menziarahi Pak Su Mid. Nama Pak Su Mid Bukit Tembaga ni terkenal di Kedah. Pendekata orang ‘ngaji’ kenal dia sapa. Bahkan Tuan Guru kami, Syaikh Muhammad Noeruddin Marbu al-Banjari juga sering menziarahi beliau. Sejuk hati melihat wajah bersih Paksu Mid. Alhamdulillah, banyak mutiara ilmu, hikmah dan nasihat yang dapat aku kutip darinya. Seronok dapat ziarah ulama nih. Kelmarin Ustaz Orkhan Ghazi dan Ustaz Muhasibi ats-Tsani pi ziarah Pak Lang Keria di Kubang Rotan. Aku tak dan ikut pasai masih dalam bas menuju ke Kedah. Untung sungguh depa, dapat pi jumpa murid kepada Pa Da El, Shaikh Yasin Padang dan Shaikh Abdul Qadir Mandili. Takpa next trip aku pulak ... ramai lagi nak pi ziarah ni ... tu baru Kedah. tak masuk Perak, Kelantan, Terengganu dan lain-lain. Belum masuk Indon lagi ... Allahu Allah. Semoga dimudahkan.
Setelah hampir Jum’at, kami bergegas kembali ke Aloq Staq, bersholat Jum’at di Masjid Jamek Jalan Sultanah. Usai sholat Jum’at kami bertemu dengan seorang ulama ‘tua’ Kedah iaitu Dato’ Syaikh Zakaria Haji Ahmad Wan Besaq. Seorang yang bertubuh kecil tapi kaya dengan ilmu, wajahnya bersih menenangkan hati, tuturkatanya lembut dan dihiasi senyuman. Kalau tak silap aku Syaikh Zakaria dilahirkan di Mekah dan membesar disana. Menurutnya dia mendapat didikan awal dari ulama tersohor, Syaikh Yasin al-Fadani [gambaq sebelah]. Bahkan katanya …….saya kenai alif, ba, ta melalui beliau….. Beliau juga dibaiahkan dengan thoriqat Syattariah oleh Pak Da El al-Fathoni al-Makki sewaktu di Mekah. Menurut Dato Syaikh Zakaria …dia baiah saya semasa saya masih kecil …waktu baiah tu tenggelam tangan saya bawah tangan Pak Da El …. Selain itu beliau juga sempat bertemu dan belajar dengan Syaikh ‘Ali al-Maliki. Bahkan katanya, abang beliau sempat berkhidmat selama 7 tahun kepada Syaikh ‘Ali al-Maliki. Allahu Allah … Alangkah bertuahnya mereka. Namun aku rasa bertuah dan gembira kerna dapat bertemu dengan ulama yang bertemu dengan ulama-ulama besaq dulu. Selain mendapat pendidikan dari Mekah beliau juga menyambung pengajiannya ke al-Azhar, Mesir. Beliau juga merupakan seorang ahli jawatankuasa fatwa negeri Kedah Darul Aman.
Dato Syaikh Zakaria, walaupun sudah berusia namun sangat gigih menyampaikan ilmu. Sebelumnya beliau mengajar diSik, dan selepas Jum’at beliau akan pergi ke Kulim pula untuk mengajar …. Subhanallah. Boleh dikatakan setiap hari jadual beliau penuh. Suaranya juga boleh didengari dicorong radio Kedah apabila beliau menyampaikan ilmu menerusi radio. Selain mengajar beliau juga menulis. Antara kitab beliau adalah:-
Selesai pertemuan tersebut, aku dan Ustaz Muhasibi menghantar Ustaz Azlan ke hotel untuk berehat seketika. Setelah itu, aku dan Ustaz Muhasibi pi makan tengahari.
Dalam jam 3.30 kami meneruskan lagi program ziarah. Destinasi seterusnya adalah ke Gajah Mati. Kami singgah di Masjid Lama Gajah Mati untuk menziarahi pusara Tuan Guru Syaikh Haji Wan Muhammad Shaghir Haji Wan Abdullah bin Haji Wan Abdurrahman bin Wan Abu Bakar yang telah kembali kerahmatullah pada hari Khamis, 24 Rabi`ul Awwal 1428 bersamaan 12 April 2007. Alangkah bertuahnya Tuan Guru kerna pusaranya berjiran dengan dua orang ulama besar iaitu Tuan Guru Syaikh Haji Ismail bin Mustafa al-Fathani atau lebih dikenali dengan Tok Ayah Doi (Dol) dan juga Syaikh Wan Ibrahim bin Wan Abdul Qadir atau lebih dikenali dengan nama Pak Chu Him (adik kepada Pa Da El al-Fathoni al-Makki). Ada sepotong hadits berbunyi:
Rasanya elok aku cerita sedikit mengenai dua orang ulama ini secara ringkas. Tuan Guru Haji Ismail bin Mustafa al-Fathani atau lebih dikenali dengan Tok Ayah Doi adalah merupakan pengasas Pondok Gajah Mati, Kedah. Beliau berasal dari Fathoni dan merupakan salah seorang murid kepada ulama besar Fathoni iaitu Tok Wan Din al-Fathoni atau nama yang sebenar ialah Syeikh Wan Muhammad Zainal Abidin al-Fathani, kemudian disingkat dengan Syeikh Muhammad Zain saja. Tok Wan Din lahir dalam tahun 1233 Hijrah/1817 Masehi di Kampung Sena Janjar, Patani. Ulama dan tokoh ini selain mendapat pendidikan dari orang tuanya Syeikh Haji Wan Mustafa al-Fathani (Tok Bendang Daya I), seterusnya Tok Wan Din mendapat pendidikan langsung dari ulama besar yang terkenal, iaitu Syeikh Daud bin Abdullah al-Fathani di Mekah. Setelah Syeikh Daud bin Abdullah al-Fathani wafat, Tok Wan Din al-Fathani mengikuti pengajian-pengajian yang dijalankan oleh Syeikh Muhammad bin Sulaiman Hasbullah al-Makki dan Sayid Ahmad bin Zaini Dahlan yang kedua-duanya ulama bangsa Arab yang sebaya umur dengan beliau. Begitulah sedikit mengenai guru kepada Tok Ayah Doi.
Salah seorang anak Tok Ayah Doi yang terkenal adalah Tuan Guru Haji Hussin Che Doi yang membuka pondok di Guaq (Guar) Cempedak [gambaq atas tuu....]. Pondok Tok Ayah Doi di Gajah Mati diserahkan kepada menantu beliau iaitu Syeikh Wan Ibrahim atau lebih dikenali dengan nama Pak Cu Him, yang juga merupakan anak saudara Tok Wan Din al-Fathoni (guru kepada Tok Ayah Doi).
Pak Chu Him, dilahirkan di Bendang Daya, Fathoni pada tahun 1884. Beliau adalah adik kepada Pak Da El, seorang ulama di Mekah yang terkenal dengan ilmu usuluddin/tauhid. Mereka adalah anak kepada Tuan Guru Wan Abdul Qadir al-Fathoni atau lebih masyhur dengan nama Tok Bendang Daya II. Diantara murid Pak Chu Him yang terkenal di Mekah adalah adalah Syaikh Abdul Qadir bin Abdul Mutalib al-Mandili al-Indonisi. Pak Chu Him lah yang menghantar Syaikh abdul Qadir untuk belajar dengan abangnya Pak Da El di Mekah. Pak Chu Him kembali ke rahmatullah pada hari Khamis 11 Syawal 1388 H bersamaan 11 Januari 1968 ketika berumur 74 tahun. Jenazahnya diabadikan di perkuburan masjid lama Kampung Gajah Mati berhampiran kubur Tok Ayah Doi. Semoga Allah merahmati mereka semua dan meninggikan darjat mereka di syurga, dan memberi kita manfaat dari mereka, ilmu-ilmu mereka, rahsia-rahsia mereka, cahaya dan berkat mereka di dalam agama, dunia dan akhirat.. Begitulah serba sedikit mengenai ulama yang pusara mereka aku ziarahi.
InsyaAllah, kalau ada kesempatan aku ingin menulis mengenai mereka diblog ini agar generasi sekarang lebih mengenali ulama kita. Sebenarnya banyak yang ingin aku kongsi bersama, namun kesuntukan masa dan keuzuranku yang menjadi sedikit penghalang. InsyaAllah, semoga Allah memudahkan urusanku.
Selepas menziarahi pusara, kami bertandang ke rumah Ustaz Wan Izzuddin bin Wan Ibrahim bin Wan Abdul Qadir. Beliau lebih mesra di panggil dengan Pak Njang Izuddin. Menatap wajah beliau …. ada iras dengan Pak Chu Him. Masyaallah, rumah beliau, yang merupakan rumah tinggalan Pak Chu Him, penuh dengan kitab-kitab cetakan lama. Bahkan ada sesetengah kitab sudah tidak dijumpai dipasaran lagi. Seronok dapat bertemu ulama. Dan aku kagum, walaupun Pak Njang baru sampai dari Kelantan, beliau tetap melayan kami dengan mesra. Pak Njang dari mendapat didikan awal dari ayahandanya, dan seterusnya melanjutkan pelajaran ke Deoband, India dan Mesir. Beliau juga belajar di Mekah. Selain dari bersilaturrahim, berbincang, dengan Pak Njang, kami juga ambil kesempatan untuk membelek kitab-kitab yang terdapat dirumah Pak Njang. Allahu Allah …… Oelh kerana maghrib sudah hampir maka, kami mohon undur diri dahulu. Seperti biasa diakhir majlis, Ustaz Orkhan Ghazi meminta izin untuk dibaca beberapa buah hadits dihadapan Pak Njang …. InsyaAllah kalau ada kesempatan, kami akan datang lagi … tapi kali ini untuk membaca kutubusssittah dengan beliau …
Itulah serba sedikit catatan perjalananku menziarahi ulama pada 8hb Jun 2007. Namun satu dua perkara yang aku kesali ….. pertama, aku lupa bawa kamera untuk merakamkan gambar kenang-kenangan dan kedua tidak membawa buku catatan untuk mencatit ilmu, hikmah dan nasihat yang diberikan. Memang aku ini alpa … guruku dulu sering ingatkan sebagaimana sepotong syair:
InshaAllah, moga bulan depan aku bercadang untuk menziarahi beberapa ulama lagi ….
Setelah hampir Jum’at, kami bergegas kembali ke Aloq Staq, bersholat Jum’at di Masjid Jamek Jalan Sultanah. Usai sholat Jum’at kami bertemu dengan seorang ulama ‘tua’ Kedah iaitu Dato’ Syaikh Zakaria Haji Ahmad Wan Besaq. Seorang yang bertubuh kecil tapi kaya dengan ilmu, wajahnya bersih menenangkan hati, tuturkatanya lembut dan dihiasi senyuman. Kalau tak silap aku Syaikh Zakaria dilahirkan di Mekah dan membesar disana. Menurutnya dia mendapat didikan awal dari ulama tersohor, Syaikh Yasin al-Fadani [gambaq sebelah]. Bahkan katanya …….saya kenai alif, ba, ta melalui beliau….. Beliau juga dibaiahkan dengan thoriqat Syattariah oleh Pak Da El al-Fathoni al-Makki sewaktu di Mekah. Menurut Dato Syaikh Zakaria …dia baiah saya semasa saya masih kecil …waktu baiah tu tenggelam tangan saya bawah tangan Pak Da El …. Selain itu beliau juga sempat bertemu dan belajar dengan Syaikh ‘Ali al-Maliki. Bahkan katanya, abang beliau sempat berkhidmat selama 7 tahun kepada Syaikh ‘Ali al-Maliki. Allahu Allah … Alangkah bertuahnya mereka. Namun aku rasa bertuah dan gembira kerna dapat bertemu dengan ulama yang bertemu dengan ulama-ulama besaq dulu. Selain mendapat pendidikan dari Mekah beliau juga menyambung pengajiannya ke al-Azhar, Mesir. Beliau juga merupakan seorang ahli jawatankuasa fatwa negeri Kedah Darul Aman.
Dato Syaikh Zakaria, walaupun sudah berusia namun sangat gigih menyampaikan ilmu. Sebelumnya beliau mengajar diSik, dan selepas Jum’at beliau akan pergi ke Kulim pula untuk mengajar …. Subhanallah. Boleh dikatakan setiap hari jadual beliau penuh. Suaranya juga boleh didengari dicorong radio Kedah apabila beliau menyampaikan ilmu menerusi radio. Selain mengajar beliau juga menulis. Antara kitab beliau adalah:-
- ‘Aqidah al-Mu’minin untuk menghuraikan ‘ibarat kitab ‘Aqidah an-Naajin
- Terjemahan kitab al-Qaul at-Taam fi Ahkaam al-Ma’mum wa al-Imaam ‘ala Mazhab al-Imaam asy-Syafie
- Mathla’ an-Nurain untuk menghuraikan ‘ibarat kitab Mathla’ al-Badrain
- Sullam at-Tauhid
- al-Jawaahir ash-Shufiah huraian kitab Qathr al-Ghaithiyah fi Ilmi ash-Shufiah ‘ala Syariah al-Muhammadiah.
Selesai pertemuan tersebut, aku dan Ustaz Muhasibi menghantar Ustaz Azlan ke hotel untuk berehat seketika. Setelah itu, aku dan Ustaz Muhasibi pi makan tengahari.
Dalam jam 3.30 kami meneruskan lagi program ziarah. Destinasi seterusnya adalah ke Gajah Mati. Kami singgah di Masjid Lama Gajah Mati untuk menziarahi pusara Tuan Guru Syaikh Haji Wan Muhammad Shaghir Haji Wan Abdullah bin Haji Wan Abdurrahman bin Wan Abu Bakar yang telah kembali kerahmatullah pada hari Khamis, 24 Rabi`ul Awwal 1428 bersamaan 12 April 2007. Alangkah bertuahnya Tuan Guru kerna pusaranya berjiran dengan dua orang ulama besar iaitu Tuan Guru Syaikh Haji Ismail bin Mustafa al-Fathani atau lebih dikenali dengan Tok Ayah Doi (Dol) dan juga Syaikh Wan Ibrahim bin Wan Abdul Qadir atau lebih dikenali dengan nama Pak Chu Him (adik kepada Pa Da El al-Fathoni al-Makki). Ada sepotong hadits berbunyi:
ادفنوا موتاكم وسط قوم صالحين فإن الميت يتأذي بالجار السوء
“Kebumikanlah simati dari kalangan kamu ditengah-tengah kaum yang sholeh, kerana sesungguhnya mayat itu merasai sakit disebabkan jirannya (jiran kuburan) yang jahat.” – Hadits riwayat Abu Nuaim daripada Malik bin Anas daripada Nafi’ bin Malik daripada ayahnya daripada Abu Hurairah رضي الله عنه .Rasanya elok aku cerita sedikit mengenai dua orang ulama ini secara ringkas. Tuan Guru Haji Ismail bin Mustafa al-Fathani atau lebih dikenali dengan Tok Ayah Doi adalah merupakan pengasas Pondok Gajah Mati, Kedah. Beliau berasal dari Fathoni dan merupakan salah seorang murid kepada ulama besar Fathoni iaitu Tok Wan Din al-Fathoni atau nama yang sebenar ialah Syeikh Wan Muhammad Zainal Abidin al-Fathani, kemudian disingkat dengan Syeikh Muhammad Zain saja. Tok Wan Din lahir dalam tahun 1233 Hijrah/1817 Masehi di Kampung Sena Janjar, Patani. Ulama dan tokoh ini selain mendapat pendidikan dari orang tuanya Syeikh Haji Wan Mustafa al-Fathani (Tok Bendang Daya I), seterusnya Tok Wan Din mendapat pendidikan langsung dari ulama besar yang terkenal, iaitu Syeikh Daud bin Abdullah al-Fathani di Mekah. Setelah Syeikh Daud bin Abdullah al-Fathani wafat, Tok Wan Din al-Fathani mengikuti pengajian-pengajian yang dijalankan oleh Syeikh Muhammad bin Sulaiman Hasbullah al-Makki dan Sayid Ahmad bin Zaini Dahlan yang kedua-duanya ulama bangsa Arab yang sebaya umur dengan beliau. Begitulah sedikit mengenai guru kepada Tok Ayah Doi.
Salah seorang anak Tok Ayah Doi yang terkenal adalah Tuan Guru Haji Hussin Che Doi yang membuka pondok di Guaq (Guar) Cempedak [gambaq atas tuu....]. Pondok Tok Ayah Doi di Gajah Mati diserahkan kepada menantu beliau iaitu Syeikh Wan Ibrahim atau lebih dikenali dengan nama Pak Cu Him, yang juga merupakan anak saudara Tok Wan Din al-Fathoni (guru kepada Tok Ayah Doi).
Pak Chu Him, dilahirkan di Bendang Daya, Fathoni pada tahun 1884. Beliau adalah adik kepada Pak Da El, seorang ulama di Mekah yang terkenal dengan ilmu usuluddin/tauhid. Mereka adalah anak kepada Tuan Guru Wan Abdul Qadir al-Fathoni atau lebih masyhur dengan nama Tok Bendang Daya II. Diantara murid Pak Chu Him yang terkenal di Mekah adalah adalah Syaikh Abdul Qadir bin Abdul Mutalib al-Mandili al-Indonisi. Pak Chu Him lah yang menghantar Syaikh abdul Qadir untuk belajar dengan abangnya Pak Da El di Mekah. Pak Chu Him kembali ke rahmatullah pada hari Khamis 11 Syawal 1388 H bersamaan 11 Januari 1968 ketika berumur 74 tahun. Jenazahnya diabadikan di perkuburan masjid lama Kampung Gajah Mati berhampiran kubur Tok Ayah Doi. Semoga Allah merahmati mereka semua dan meninggikan darjat mereka di syurga, dan memberi kita manfaat dari mereka, ilmu-ilmu mereka, rahsia-rahsia mereka, cahaya dan berkat mereka di dalam agama, dunia dan akhirat.. Begitulah serba sedikit mengenai ulama yang pusara mereka aku ziarahi.
InsyaAllah, kalau ada kesempatan aku ingin menulis mengenai mereka diblog ini agar generasi sekarang lebih mengenali ulama kita. Sebenarnya banyak yang ingin aku kongsi bersama, namun kesuntukan masa dan keuzuranku yang menjadi sedikit penghalang. InsyaAllah, semoga Allah memudahkan urusanku.
Selepas menziarahi pusara, kami bertandang ke rumah Ustaz Wan Izzuddin bin Wan Ibrahim bin Wan Abdul Qadir. Beliau lebih mesra di panggil dengan Pak Njang Izuddin. Menatap wajah beliau …. ada iras dengan Pak Chu Him. Masyaallah, rumah beliau, yang merupakan rumah tinggalan Pak Chu Him, penuh dengan kitab-kitab cetakan lama. Bahkan ada sesetengah kitab sudah tidak dijumpai dipasaran lagi. Seronok dapat bertemu ulama. Dan aku kagum, walaupun Pak Njang baru sampai dari Kelantan, beliau tetap melayan kami dengan mesra. Pak Njang dari mendapat didikan awal dari ayahandanya, dan seterusnya melanjutkan pelajaran ke Deoband, India dan Mesir. Beliau juga belajar di Mekah. Selain dari bersilaturrahim, berbincang, dengan Pak Njang, kami juga ambil kesempatan untuk membelek kitab-kitab yang terdapat dirumah Pak Njang. Allahu Allah …… Oelh kerana maghrib sudah hampir maka, kami mohon undur diri dahulu. Seperti biasa diakhir majlis, Ustaz Orkhan Ghazi meminta izin untuk dibaca beberapa buah hadits dihadapan Pak Njang …. InsyaAllah kalau ada kesempatan, kami akan datang lagi … tapi kali ini untuk membaca kutubusssittah dengan beliau …
Itulah serba sedikit catatan perjalananku menziarahi ulama pada 8hb Jun 2007. Namun satu dua perkara yang aku kesali ….. pertama, aku lupa bawa kamera untuk merakamkan gambar kenang-kenangan dan kedua tidak membawa buku catatan untuk mencatit ilmu, hikmah dan nasihat yang diberikan. Memang aku ini alpa … guruku dulu sering ingatkan sebagaimana sepotong syair:
العلم صيد والكتابه قيده * قيد صيودك بالحبال الواثقة
Ilmu adalah [seumpama] haiwan buruan, dan menulis itu adalah ikatannya. Ikatlah buruan kamu (yakni ilmu) dengan tali yang kuat (yakni dengan menuliskannya).
InshaAllah, moga bulan depan aku bercadang untuk menziarahi beberapa ulama lagi ….
3 komen:
salam ya abu zahrah,
Alhamdulillah dan terima kasih atas posting ini, semoga saya juga di beri kesempatan seperti itu, doakan saya
salam ya abu zahrah,
minta izin pinjam syair :
'Ilmu adalah [seumpama] haiwan....hingga akhir'
jazakallah.
Ya, silakan! Tak payah pinjam-pinjam. :)
Catat Ulasan