Jumaat, 9 Januari 2015

Isnin, 6 Januari 2014

Bingkisan Dari Guru Mulia

Sebagaimana biasa, Guru Mulia al-Habib Umar bin Muhammad bin Salim bin Hafidz ibn Syeikh Abu Bakar bin Salim حفظه الله ومتعنا الله بطول حياته akan memberi ‘amalan shalawat yang berlainan setiap kali masukkan bulan Rabi al-Awwal al-Anwar. Maka kali ini Guru Mulia telah memberi ‘amalan shalawat seperti yang tertera untuk diamalkan sebanyak 7,000 kali disepanjang bulan Rabi al-Awwal al-Anwar 1435H ini. Bagi mereka yang ingin ber'amal dengannya, maka silakan.




Ahad, 5 Januari 2014

Tulisan Tangan Guru Mulia al-'Allamah Habib Umar

Sighat sholawat tulisan tangan Guru Mulia al-'Allamah Habib Umar ~  untuk di baca sebanyak 7,000 kali di sepanjang bulan Rabi al-Awwal 1435H
 
 

Ahad, 1 Disember 2013

Peringatan Buat Para Pencinta Guru Mulia Habib 'Umar




In Shaa Allah tidak sampai seminggu lagi Guru Mulia Habib Umar bin Muhammad bin Salim bin Hafidz ibn Syeikh Abi Bakar bin Salim
حفظه الله akan datang ke Malaysia. Pastinya para pencinta beliau tidak sabar-sabar lagi untuk bertemu dengan beliau.


Maka, sebelum Guru Mulia hadir, maka ingin al-fagir ingatkan kepada para muhibbin agar beradablah ketika menghadiri majlis beliau, semoga insiden yang pernah berlaku di tahun-tahun lepas tidak berulang lagi.


Sedikit pengalaman tahun lepas ~ Alhamdulillah pada tahun lepas 2012, al-fagir diberi kesempatan oleh Allah Ta’ala untuk mengikuti Guru Mulia dari KL/Selangor, Melaka, Johor dan Kedah. Sambutan dari para muhibbin sungguh luar biasa. Setiap tempat dikunjungi Guru Mulia, ribuan muhibbin menghadirinya. Namun ada beberapa insiden yang kurang menyenangkan berlaku tatkala mereka berebut-rebut untuk bersalaman dengan Guru Mulia. Berlaku tolak menolak dan sebagainya sehingga menyusahkan Gugu Mulia untuk bergerak. Bahkan di satu lokasi, Guru Mulia melantunkan dhikrullah untuk meredakan tolakan dari para muhibbin untuk bersalaman dengan beliau. Ada yang menolak beliau dari belakang bahkan ada yang menarik baju dan ekor serban Guru Mulia dari belakang. Dan yang lebih parah lagi ada yang menarik janggut beliau! Allahu Allah … dimana adab kalian????


Maka untuk lawatan dakwah Guru Mulia kali ini, al-fagir ingin mengajak diri al-fagir, para muhibbin dan juga mereka yang hadir dalam majlis bersama Guru Mulia (atau mana-mana  majlis bersama ulama' sekalipun)  untuk  beradab dan memuliakan mereka. Andaikata kita tidak dapat bersalaman dengan beliau cukuplah dengan bersalaman dengan hati kita. Cukuplah dengan lirikan (nadzrah) beliau kepada kita. Cukuplah dengan memandang mereka. Usahlah berhimpit-himpit, bertolak-tolak dan berebut-rebut sehingga menyusahkan Guru Mulia. Janganlah dengan perbuatan kita yang tidak beradab itu membuatkan kita terhalang dari mendapat barokah, nadzrah dan sebagainya daripada Guru Mulia.

Al-Imam al-Habib ‘Abdullah bin Hussin bin Thohir
رحمه الله تعالى menyebut di dalam kitabnya al-Majmu’ (halaman 238) setelah beliau menceritakan kelebihan atau faedah duduk bersama orang-orang sholeh, seperti berikut:

Dan ketahuilah (wahai saudaraku) semoga Allah merahmatimu: Sesungguhnya faedah-faedah ini (yakni faedah duduk bersama orang-orang sholeh – mendapat nadzroh, rahmat, barokah, asror dan sebagainya) dan selainnya itu terhasil ia bagi sesiapa yang duduk serta orang-orang sholeh dan beradab dengan adab yang zahir dan batin (ketika duduk) bersama mereka. DAN PERKARA YANG PALING UTAMA ADALAH DALAM PERKARA ADAB, sekiranya (tidak memberi perhatian tentang adab), maka sungguh telah dikatakan: Bukanlah tegah (dari mendapat rahmat, barokah, asror dan sebagainya) itu bahwa engkau tidak direzekikan duduk serta orang-orang sholeh, akan tetapi tegah itu bahwa engkau direzekikan (hadir dan duduk bersama para sholehin) tetapi tidak direzekikan beradab serta mereka.

Dan di dalam kitab
al-Manhaj al-Sawi Syarh Ushul Thariqah al-Saadah Aal Ba’Alawi , Guru Mulia al-Habib Zein bin Ibrahim bin Zein BinSumaith حفظه الله berkata:

Dan telah berkata Abu al-Hasan al-Jausaqiy رحمه الله تعالى : Tanda (ciri) kebinasaan itu bahwa seorang hamba direzeqikan bersuhbah (berdamping) dengan orang2 ‘arif namun dia tidak memuliakan mereka.


Semoga peringatan yang sedikit ini dapat dimanfaatkan.



abu zahrah abdullah thohir al-qadahi

ahad, 27 Muharram 1435/1 Disember 2013

taman seri gombak

Ahad, 8 September 2013

Haul Imam 'Abdullah bin 'Alwi bin Muhammad al-Haddad رضي الله تعالى عنه Bersama Tetamu Istimewa Dari Madinah al-'Allamah al-Habib Zein bin Ibrahim BinSumaith حفظه الله ورعاه

Haul Imam 'Abdullah bin 'Alwi bin Muhammad al-Haddad رضي الله تعالى عنه  Bersama Tetamu Istimewa Dari Madinah al-'Allamah al-Habib Zein bin Ibrahim BinSumaith حفظه الله ورعاه

Jumaat, 30 Ogos 2013

Haul Imam 'Abdullah bin 'Alwi bin Muhammad al-Haddad رضي الله تعالى عنه





Kata al-Imam al-Habib ‘Alwi bin ‘Abdullah bin Aidarus BinSyihab رضي  الله تعالى عنه: Al-Habib ‘Umar bin Zein bin Sumaith رضي  الله تعالى عنه berkata:  Para ‘ulama atau auliya, di kalangan mereka ada yang sir(rahsia)nya pada kitab karangan mereka, seperti Imam an-Nawawi  رضي  الله تعالى عنه dalam kitabnya al-Minhaj dan Syarah Muslim (juga al-Adzkar, Riyadhussholihin dan sebagainya); ada di kalangan mereka yang sir(rahsia)nya para murid-muridnya, seperti Imam Abu al-Hasan asy-Syadhuli رضي  الله تعالى عنه di mana antara murid beliau adalah Imam Abu al-‘Abbas al-Mursi رضي  الله تعالى عنه; ada di antara mereka yang sir(rahsia)nya pada anak-cucunya seperti al-Imam al-Habib Syeikh Abu Bakar bin Salim رضي  الله تعالى عنه; dan ada dikalangan mereka yang sir(rahsia)nya pada anak-cucunya, murid-muridnya dan kitab karangannya, seperti AL-IMAM AL-HABIB ‘ABDULLAH BIN ‘ALWI BIN MUHAMMAD AL-HADDAD رضي  الله تعالى عنه.


~ sekian dari al-fagir ilaLlah abu zahrah al-qadahi ~

Isnin, 5 Ogos 2013

سلامت هاري راي



Ahad, 28 Julai 2013

Rebutlah Peluang Sebelum Terlambat, Mungkin Inilah Ramadhan Terakhir Kita

2/3 Ramadhan telah berlalu, maka tinggallah 1/3 yang terakhir, iaitu 10 hari terakhir. 1/3 inilah yang merupakan puncaknya Ramadhan kerana dicelah-celahnya terdapat satu malam yang nilainya lebih baik dari 1,000 bulan. Bagi mereka yang kental imannya, inilah masa mereka untuk pulun …. Kalau di Makkah, Madinah,  Hadramaut khususnya Tareem al-Ghanna dan lain-lain negara ‘Arab, 10 terakhir inilah masjid-masjid sesak dengan para jemaah beribadat, beri’tikaf …. Berbanding dengan kat tempat kita di Malaysia ni, masjidnya penuh di awal Ramadhan, manakala diakhirnya makin berkurang dan lengang. Yang penuhnya adalah bazar-bazar Ramadhan, gedung-gedung membeli belah ……. Jom kita pakat ubah tradisi ini. Kita lupakan tentang hariraya dan persiapan untuknya kerana menurut kata sebahagian orang-orang sholeh, hakikat hariraya itu adalah orang yang bertambah keta’atannya dan diampuni dosa-dosanya.

ليس العيد لمن لبس الجديد –إنما العيد طاعته تزيد
ليس العيد لمن تجمل بالملبوس والمركوب –إنما العيد غفرت له الذنوب
ليس العيد لمن أكل الطيبات وتمتع بالشهوات واللذات –لكن العيد لمن قبلت توبته وبدلت سيئاته حسنات
Bukanlah hariraya itu bagi orang orang yang memakai persalinan baru, tetapi hariraya itu adalah bagi orang yang keta’atannya bertambah.
Dan bukanlah hariaraya itu bagi orang yang berhias dengan persalinan dan tunggangannya, tetapi hariraya itu adalah bagi orang yang telah diampun baginya dosa-dosanya (oleh Allah Ta’ala)
Dan bukanlah hariraya itu bagi orang yang yang baik-baik dan bersedap-sedap dengan segala keinginan dan kelazatan, akan tetapi hariraya itu adalah bagi orang yang diterima taubatnya dan digantikan kejahatan dengan kebaikan
 

Manakala Guru Mulia al-Habib Zein BinSumaith حفظه الله ورعاه berkata:
العيد الحقيقي إنما هو رمضان
  Sesungguhnya hariraya yang hakiki itu adalah bulan RAMADHAN

Nah, hanya tinggal 9 atau 10 hari untuk merebut ganjaran Ramadhan, bahkan di 10 yang terakhir inilah yang terlebih utamanya. Jom kita penuhkan masjid-masjid kita! Jom beri'tikaf! Jom berqiyam!

Firman Allah Ta’ala:


Ertinya: Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada Malam Lailatul-Qadar, Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran Malam Lailatul-Qadar itu? Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan. Pada Malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut); Sejahteralah Malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar! (Surah al-Qadar: 1 – 5)

Malam tersebut adalah malam yang penuh dengan keberkatan, sepertimana firmanNya:

إِنَّآ أَنزَلْنَـٰهُ فِى لَيْلَةٍ مُّبَـٰرَ‌كَةٍ

Ertinya: Sesungguhnya Kami telah menurunkan Al-Quran itu pada malam yang berkat. (Surah ad-Dukhan: 3)

Maka barangsiapa yang beribadat dan menghayati malam yang penuh berkat ini nescaya dia beroleh keampunan dari Allah Ta’ala. Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم bersabda:

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ، عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، قَالَ : مَنْ صَامَ رَمَضَانَ إِيمَانًا وَاحْتِسَابًا غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ، وَمَنْ قَامَ لَيْلَةَ الْقَدْرِ إِيمَانًا وَاحْتِسَابًا غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ

Ertinya: Daripada Sayyidina Abu Hurairah رضي الله عنه daripada Nabi صلى الله عليه وآله وسلم, Baginda صلى الله عليه وآله وسلم telah bersabda: Barangsiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan, diampunkan baginya dosa-dosanya yang telah lalu dan barangsiapa yang mendirikan akan  lailatul qadar (dengan amal ibadah) dengan penuh keimanan dan keikhlasan diampunkan baginya dosa-dosanya yang telah lalu. (Hadits riwayat Ahmad, al-Bukhari dan lain-lain)

Di sepuluh malam terakhir dari Ramadhan, Junjungan kita Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم lebih bersungguh-sungguh dalam beribadat.



قَالَتْ عَائِشَةُ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهَا : كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَجْتَهِدُ فِي الْعَشْرِ الْأَوَاخِرِ، مَا لَا يَجْتَهِدُ فِي غَيْرِهِ .

Ertinya: Telah berkata Sayyidatuna ‘Aisyah رضي الله عنها: Adalah Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم bersungguh-sungguh memperbanyakkan ‘amal ibadat pada 10 malam yang terakhir (dari bulan Ramadhan) berbanding dengan masa yang lain (Hadits riwayat  Ahmad, Muslim, Ibnu Majah dan lain-lain)

Baginda صلى الله عليه وآله وسلم juga menyeru, menyuruh umatnya agar lebih bersungguh-sungguh di 10 terakhir Ramadhan ini sepertimana sabda Baginda صلى الله عليه وآله وسلم:

عَنْ عَائِشَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهَا، أَنّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، قَالَ : تَحَرَّوْا لَيْلَةَ الْقَدْرِ فِي الْوِتْرِ مِنَ الْعَشْرِ الْأَوَاخِرِ مِنْ رَمَضَانَ

Ertinya: Daripada Sayyidatina ‘Aisyah رضي الله عنها bahawalah Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم telah bersabda: Bersedialah dengan bersungguh-sungguh untuk menemui lailatul Qadar pada malam-malam yang ganjil daripada 10 malam terakhir dari bulan Ramadhan. (Hadits riwayat Ahmad, al-Bukhari, Muslim,Abu Daud dan lain-lain)

عن عبادة بن الصامت: أنه سأل رسول الله صلى الله عليه وسلم عن ليلة القدر، فقال رسول الله صلى الله عليه وسلم:  في رمضان، التمسوها في العشر الأواخر؛ فإنها في وتر إحدى وعشرين، أو ثلاث وعشرين، أو خمس وعشرين أو سبع وعشرين، أو تسع وعشرين، أو في آخر ليلة

Ertinya: Daripada Sayyidina Ubadah bin ash-Shomit رضي الله عنه bahwasanya beliau telah bertanya kepada Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم mengenai Lailatul Qadar. Maka Baginda صلى الله عليه وآله وسلم menjawab: Ianya di dalam bulan Ramadhan, pada 10 yang terakhir, dan bahwasanya ia terjadi pada malam yang ganjil samada malam 21, 23, 35, 27 dan 29 atau pada malam terakhir Ramadhan. (Hadits riwayat Imam Ahmad. Berkata al-Hafidz Ibn Hajar, para perawi hadits ini tsiqah).

Dalam hadits lain yang dikeluarkan oleh Ibn Abi Syaibah, Ibn Jarir, Muhammad bin Nashr dan Ibnu Mardawaih, Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم bersabda:

اطلبوا ليلة القدر في العشر الأواخر.

Ertinya: Carilah kalian akan Lailatul Qadar pada 10 yang akhir (dari Ramadhan). (Dur al-Mantsur)

Maka untuk itulah para ulama, berdasarkan hadits-hadits Nabi صلى الله عليه وآله وسلم dan pengalaman para salaf serta dari pengalaman mereka sendiri telah merumuskan jadual dalam menentukan malam yang penuh barokah ini, agar mudah untuk memberi tumpuan kepadanya.


Pun begitu jadual ini adalah sekadar panduan. Bagi mereka yang bersungguh-sungguh beribadat pada 10 malam yang terakhir, dengan penuh keimanan dan keikhlasan maka mereka akan mendapat ganjaran besar pada malam tersebut. Dan bagi mereka yang terpilih untuk mengetahui malam tersebut dengan disingkapkan tanda-tandanya, maka itu adalah kurniaan yang sangat besar kepadanya.

Imam as-Sayuthi menyebut sebuah hadits di dalam tafsirnya berjudul Dur al-Mantsur:

وأخرج أحمد وابن جرير ومحمد بن نصر والبيهقي وابن مردويه عن عبادة بن الصامت أنه سأل رسول الله صلى الله عليه وسلم عن ليلة القدر فقال: في رمضان في العشر الأواخر فإنها في ليلة وتر في إحدى وعشرين، أو ثلاث وعشرين، أو خمس وعشرين، أو سبع وعشرين، أو تسع وعشرين، أو آخر ليلة من رمضان من قامها إيماناً واحتساباً غفر له ما تقدم من ذنبه، ومن أماراتها أنها ليلة بلجة صافية ساكنة ساجية لا حارة ولا باردة، كأن فيها قمراً ساطعاً، ولا يحل لنجم أن يرمى به تلك الليلة حتى الصباح، ومن أماراتها أن الشمس تطلع صبيحتها لا شعاع لها، مستوية، كأنها القمر ليلة البدر، وحرم الله على الشيطان أن يخرج معها يومئذ.

Ertinya: Dan telah mengeluarkan Ahmad, Ibnu Jarir, Muhammad bin Nashr, al-Baihaqi dan Ibnu Mardawaih daripada Sayyidina Ubadah bin ash-Shomit رضي الله عنه bahwasanya beliau telah bertanya kepada Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم mengenai Lailatul Qadar. Maka Baginda صلى الله عليه وآله وسلم menjawab: Ianya di dalam bulan Ramadhan, pada 10 yang terakhir, dan bahwasanya ia terjadi pada malam yang ganjil samada malam 21, 23, 35, 27 dan 29 atau pada malam terakhir Ramadhan. Barangsiapa yang mendirikan ‘Lailatu Qadar’ (untuk beribadah) dengan penuh keimanan dan keikhlasan, diampunkan baginya dosa-dosanya yang telah lalu. Di antara tanda-tandanya adalah malam itu keadaannya terang, bersih, tenang, sunyi, tidak panas, tidak dingin, seolah-olah disitu ada bulan bercahaya, tidak ada bintang (seperti panah api) yang dilemparkan pada malam itu sehingga pagi. Daripada tanda-tandanya juga bahawa  pada pagi hari itu, matahari terbit tanpa pancaran sinar, bagaikan bulan purnama. Pada hari itu Allah mengharamkan syaithan keluar bersamanya.


Syeikh ‘Abdullah Basmeih, menyebut di dalam kitab Mastika Hadith Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم: Selain itu para ‘alim ulama juga ada menyebut beberapa tanda atau ‘alamat berhubung dengan ‘Lailatul Qadar’ iaitu:

  • Ada yang berkata: Orang yang menemui  ‘Lailatul Qadar’, ia melihat nur yang terang benderang di segala tempat, hatta segala ceruk yang gelap gelita
  • Ada pula yang berkata: Ia mendengar ucapan salam dan kata-kata yang lain dari malaikat
  • Ada juga yang berkata: Ia melihat segala benda (termasuk pohon-pohon kayu) rebah sujud
  • Ada pula yang berkata: Doa permohonannya makbul.

Imam al-Tabari رحمه الله memilih ‘qaul’ yang menegaskan: Bahawa semuanya itu tidak lazim (tidak semestinya ia dapat melihatnya), kerana tidak disyaratkan “melihat atau mendengarnya” untuk menemui malam 'Lailatul Qadar'. (al-Fath al-Rabbani 10:296)


Yakni yang penting ialah ta’at mengerjakan ‘amal bakti kerana Allah semata-mata, kerana balasannya tetap terjamin dan akan dinikmati di dunia dan akhirat. tamat petikan dari Mustika Hadits Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم , Jilid 3 -

Seandainya bertemu  ‘Lailatul Qadar’ maka perbanyakkanlah membaca doa yang diajarkan oleh Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم kepada Sayyidatina ‘Aisyah رضي الله عنها  iaitu:

اللَّهُمَّ إِنَّكَ عَفُوٌّ تُحِبُّ الْعَفْوَ فَاعْفُ عَنِّي
 
sekian dari al-fagir ila ‘afwi rabbih abu zahrah al-qadahi
ahad, 19 ramadhan 1434 bersamaan 28 julai 2013
taman seri gombak, selangor darul ehsan

Related Posts with Thumbnails