Sekian dari,
al-Fagir Abu Zahrah
Taman Seri Gombak
16 Rabi'ulakhir 1431/1 April 2010
... SELAMAT DATANG KE LAMAN AL-FANSHURI ...Para pengunjung dibenarkan menyalin semula atau cut & paste (secara manual) artikel-artikel yang terdapat di blog ini tetapi bukan atas tujuan komersial dan sila nyatakan link laman ini untuk pertanggungjawaban artikel yang ditulis dan sebagai amanah ilmiyah. Terimakasih
Kategori Amalan
Catatan al-fagir abu zahrah pada Khamis, April 01, 2010 0 komen

Ada hadits Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم berbunyi:نَوْمَةُ الصُّبْحِ تُوْرِثُ الفَقْرِ
Ertinya: “Tidur di waktu pagi itu mewariskan kemiskinan.”
Waktu pagi adalah waktu memulai aktiviti. Ada orang yang mengatakan: “Bila seseorang tidur pagi, rezekinya dipatuk ayam.” Mungkin, itulah makna hadits tersebut.
Di samping itu, kalau tidur di pagi hari (yakni setelah sholat Shubuh sebelum terbitnya matahari), kita tidak akan mendapatkan keberkatan dari doa Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم yang berbunyi: اللَّهُمَّ بَارِكْ لِأُمَّتِي فِي بُكُورِهِمْ
Ertinya: “Ya Allah, berilah keberkatan kepada umatku di waktu pagi mereka.”
Jadi, waktu pagi merupakan waktu yang didoakan oleh Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم, waktu yang diberi keberkatan oleh Allah Ta’ala. Sekarang, kalau kita menjalankan aktiviti pada waktu yang didoakan oleh Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم, waktu yang diberi keberkatan oleh Allah Ta’ala, jelas terkandung makna yang lain. Ini kerana dari kata al-Barakah sendiri, arti bahasanya adalah ziyadatul khair (menambah kebaikan). Jadi yang seharusnya sekian, tetapi kerana mendapat barakah dari Allah Ta’ala, maka akan menjadi berlipat ganda.
Kategori Tazkirah
Catatan al-fagir abu zahrah pada Rabu, Mac 31, 2010 0 komen
Kategori umum
Catatan al-fagir abu zahrah pada Selasa, Mac 30, 2010 0 komen
BANDAR SERI BEGAWAN (Brunei): Menteri Hal Ehwal Agama Brunei, Zain Serudin menolak usul ahli Parlimen, Goh King Chin supaya zon khas jual beli arak diwujudkan untuk pelancong bukan Islam.
Malaysia antara 10 tertinggi ambil arak di duniaKategori umum
Catatan al-fagir abu zahrah pada Selasa, Mac 30, 2010 1 komen

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2010 telah pun bermula yakni pada 19 Mac (Jum'at) dan akan berlangsung sehingga 28 Mac 2010 (Ahad). Seperti biasalah ramailah peminat buku, ulat-ulat buku akan berpesta menghabiskan masa disana untuk membelek-belek buku yang berkenan dihati ....... ada yang sekadar belek, ada yang borong sakan ........ :)Al-Fadhil Ustaz Raja Mukhlis bin Raja Jamaluddin, menulis di multiply beliau:
Suatu ketika, guru kami Al-Murobbi, Sheikh Yusuf Al-Hasani (Syaikh Thariqah Syadhuliyyah) bertanyakan kepada kami, suatu soalan yang akhirnya membuatkan saya yang penuh hina ini berfikir sejenak.
Persoalan yang beliau lontarkan adalah: "Bagaimana kita yang sudah membahaskan tentang sebahagian sifat-sifat Allah dalam ilmu Tauhid, namun masih tidak menghayati kewujudan Allah dalam kehidupan kita seharian. Sifat Wujud Allah yang menjadi sifat pertama perbahasan dalam ilmu Tauhid sendiri pun tidak dapat dihayati oleh kita, dalam segenap kehidupan kita, bagaimana pula dengan penghayatan terhadap sifat-sifatNya yang lain?"
Jadi, dalam pada sedang memikirkan jawapannya, saya mula berfikir tentang suatu perbahasan Tauhid yang dapat menggabungkan antara ilmu berbentuk teori dan praktikal. Namun, setelah saya yang faqir membaca beberapa karangan ulama' dalam ilmu Tauhid secara meluas, saya dapati di penghujung perbahasan mereka, mereka pasti mengajak kepada mengamalkan ilmu Tasawwuf samada dengan memperbanyakkan zikir ataupun berakhlak mulia.
Maka, saya dapati, kunci sebenar yang membawa seseorang daripada memahami ilmu Tauhid secara teori kepada penghayatan makna Tauhid dalam praktikal kehidupan adalah pada ilmu Tasawwuf itu sendiri. Bahkan, menurut sebahagian ulama' sufi, pelajaran-pelajaran yang disampaikan oleh para murobbi sufi adalah suatu Tauhid Amali iaitu, sebuah tauhid yang terpancar hasil dari hubungan kehambaan mereka kepada Allah Ta'ala.
Maka, Allah Ta'ala membantu saya dengan memberi kesempatan kepada saya untuk mempelajari beberapa kitab-kitab tasawwuf yang membicarakan perbahasan aqidah khususnya karangan Imam Al-Qusyairi (dalam Ar-Risalah Al-Qusyairiyyah), Imam Ibn Ata'illah As-Sakandari (Al-Hikam dan At-Tanwir), Imam An-Nablusi (kitab Khamr Al-Khan), Sheikhu Sheikhna Sayyidi Muhammad Al-Hasyimi (Miftah Al-Jannah) dan sebagainya, melalui beberapa guru yang sangat dihargai jasa mereka.
Maka, Allah membantu saya dalam menyusun sebuah kitab yang serba ringkas ini untuk cuba menggabungkan perbahasan ilmu tauhid nazhori (teoritikal) berteraskan manhaj Al-Asya'irah (sifat 20) dengan perbahasan ilmu Tasawwuf yang merupakan sebuah ILMU TAUHID AMALI.
Perbahasan ilmu Tauhid dari sudut teorinya juga dipermudahkan agar merai kemampuan masyarakat awam khususnya di Malaysia yang jauh daripada tradisi warisan ulama' silam khususnya dalam ilmu Tauhid. Mudah-mudahan Allah Ta'ala membantu urusan umat Islam dalam memperkasa dan memurnikan aqidah dan tauhid mereka agar mereka mampu menjadi Ummah yang terbaik dalam segenap aspek.
Komen al-Fagir: Buku ini sangat menarik, penting dan mudah untuk difahami. bahasannya ringkas dan padat dengan pendekatan yang bersesuaian dengan kehendak semasa. Dan ianya mengabungkan antara ilmu tauhid dan ilmu tasawwuf bagi memudahkan para pembaca untuk menghayatinya di dalam kehidupan.
Sinopsis: "Mencari Bahagia… Ungkapan ini sering berlegar-legar di benak fikiran setiap manusia. Mengapa bahagia? Kebahagiaan adalah antara nikmat Allah Ta'ala yang terbesar, yang dikurniakan kepada para hambaNya. Ia adalah antara tanda sifat pemurah Allah Ta'ala kepada manusia.
Namun, ramai manusia gagal mencarinya. Mengapa? Ini kerana, manusia cuba mencari makna kebahagiaan selain daripada makna kebahagiaan sebenar. Oleh itu, semakin manusia mendekati makna kebahagiaan ciptaannya, semakin dia menjauhi makna kebahagiaan hakiki dan abadi. Oleh kerana itu, semakin dia mencari “bahagia”, semakin dia temui duka dan sengsara.
Maka, hadirnya buku yang serba ringkas ini, untuk mengajak manusia agar mereka melalui jalan kebahagiaan hakiki, dengan meninggalkan kebahagiaan palsu yang lahir daripada angan-angan dan persepsi. Bahagia itu mulanya pada perjalanan kita menuju bahagia. Kalau seseorang menuju kebahagiaan hakiki dan abadi, maka setiap langkah dalam menuju kebahagiaan hakiki tersebut adalah kebahagiaan, begitulah sebaliknya. Oleh kerana itu, buku ini menyeru ke arah: “Marilah Menuju Kebahagiaan…”.
Ia bermula daripada kita memperbaiki makna kebahagiaan dalam diri kita dengan makna kebahagiaan hakiki, lalu kita terus melangkah menujunya dengan langkah yang teliti berdasarkan petunjuk Ilahi. Pada ketika itulah, kita akan menjalani sebuah kehidupan Rabbani yang membawa kebahagiaan abadi, di dunia ini dan di akhirat nanti". - Raja Ahmad Mukhlis
Kategori umum
Catatan al-fagir abu zahrah pada Sabtu, Mac 20, 2010 2 komen
Kategori Rauhah al-Haddad
Catatan al-fagir abu zahrah pada Jumaat, Mac 19, 2010 0 komen
"Jika di majlis itu, ada yang lebih tua darimu, lebih tinggi kedudukan ilmunya, maka jangan engkau mendahului mereka di majlis. Dan diantara tanda seseorang itu jujur dalam tujuannya adalah dia menghormati orang lain dan mengorbankan keinginan dirinya buat orang lain.Kategori Tazkirah
Catatan al-fagir abu zahrah pada Khamis, Mac 18, 2010 0 komen
Answer (by Syaikh Nuh Ha Min Keller): The Ash‘ari school and Maturidi schools have represented the ‘aqida or "tenets of belief" of the majority of Sunni Muslims for more than a thousand years; just as the Hanafi, Maliki, Shafi‘i, and Hanbali schools have represented the shari‘a or "Sacred Law" for the majority of Sunni Muslims for this period. Those against these two traditional schools of tenets of faith are people of bid‘a, defined in a fatwa or formal legal opinion by Imam Ibn Hajar Haytami as "whoever is upon other than the path of Ahl al-Sunna wa l-Jama‘a, Ahl al-Sunna wa l-Jama‘a meaning the followers of Sheikh Abul Hasan Ash‘ari and Abu Mansur Maturidi, the two Imams of Ahl al-Sunna" (Haytami, al-Fatawa al-hadithiyya, 280).The Ibana was authored at the first of his return from Mu‘tazilite thought, and was by way of trying to induce [n: the Hanbali literalist] Barbahari (d. 328/940) to embrace the tenets of faith of Ahl al-Sunna. Whoever believes it to be the last of his books believes something that is patently false. Moreover, pen after pen of the anthropomorphists has had free disposal of the text—particularly after the strife (fitna) that took place in Baghdad [n: after A.H. 323, when Hanbalis ("the disciples of Barbahari") gained the upper hand in Baghdad, Muslims of the Shafi‘i madhhab were beaten, and anthropomorphism became the faith (‘aqida) of the day (Ibn Athir: al-Kamal fi al-Tarikh, 7.114)]—so that what is in the work that contradicts the explicit positions transmitted from Ash‘ari by his own disciples, and their disciples, cannot be relied upon (al-Sayf al-Saqil, 108).
Kategori Wahabi
Catatan al-fagir abu zahrah pada Khamis, Mac 18, 2010 0 komen
Al-Hakim berkata: Hadits ini adalah khabar yang syaz tetapi sanadnya shahih. Dan ini diakui oleh az-Zahabi. Hadits ini diriwayatkan oleh al-Baihaqi daripada Sayyidina Abu Hurairah رضي الله عنه, Ibnu ‘Adiy daripada daripada Sayyidina Anas رضي الله عنه dan Sa’id bin Manshur daripada Sayyidina al-Hasan al-Bashri dan Khalid bin Ma’daan رضي الله عنهما secara mursal. Hadits ini juga diriwayatkan oleh ath-Thabarani daripada Sayyidina Abu Hurairah رضي الله عنه
Kategori Shalawat
Catatan al-fagir abu zahrah pada Khamis, Mac 11, 2010 0 komen
ُErtinya: Sebutlah kalian akan kebaikan-kebaikan orang-orang yang mati di kalangan kalian dan tahanlah (diri kalian) daripada menyebut kesalahan-kesalahan mereka. (Hadits diriwayatkan oleh Imam Abu Daud, at-Tirmidhi, Ibnu Hibban, ath-Thabrani, al-Hakim, al-Baihaqi dan al-Baghawi)Kategori Ta'ziah
Catatan al-fagir abu zahrah pada Rabu, Mac 10, 2010 0 komen
Ketahuilah, hari ini aku mengundang kalian dengan tujuan agar kalian bangkit dengan penuh semangat untuk menuntut ilmu. Ketahuilah ‘aib bagi seorang pelajar jika ia tidak membawa kitabnya. Giatlah belajar, semoga Allah Ta’ala menberkati kalian. Bersungguh-sungguhlah dalam menuntut ilmu. Perhatikanlah salaf kalian, mereka menghafal berbagai matan. Mereka telah menghafal kitab Zubad, Mulhah dan Alfiyyah di masa kecilnya. Setelah dewasa, ada yang telah menghafal kitab al-Minhaj, al-Irsyad dan ada pula yang telah menghafal al-Ubab. Sedangkan kalian …..???? satu kitab pun tak ada yang hafal. Andaikata ada yang hafal, dia tidak faham dan tidak mengamalkan isinya
Aku inginkan setiap pelajar membawa alat tulisnya ketika mengikuti pelajaran, kemudian mencatat persoalan-persoalan yang telah dihafalnya. Ketahuilah, manfaat ilmu terletak pada pengamalan dan pencatatannya.
Pelajarilah cara mematikan hawa nafsu, pelajarilah adab. Tuntutlah ilmu baik dari orang dewasa mahupun anak-anak. Jika yang mengajarkan ilmu jauh lebih muda, jangan berkata: “Kami tidak mahu kepadanya, aib bagi kami”. Ketahuilah, Allah telah memberinya ilmu, meskipun ia masih kecil. Dengan belajar kepadanya, mengakui dan menghormatinya, Allah Ta’ala akan memuliakan kamu sebagaimana Dia telah memuliakannya. Jauhi dengki dan irihati. Ketahuilah, kedua sifat ini dapat mencabut keberkatan ilmu. Ambillah manfaat dari setiap orang yang dapat memberimu manfaat. Andainya seorang yang pekerjaannya membaja tanah dengan najis haiwan hendak memberimu manfaat, maka ambillah manfaat darinya.
Pelajarilah pelajaran yang hendak kalian bacakan di hadapan guru kalian. Dengan cara demikian kalian akan memetik banyak manfaat. Habib Ahmad bin Zein al-Habsyi membaca pelajarannya sebanyak 25 kali sebelum mengikuti pelajaran gurunya. Dan beliau mengulang pelajarannya sebanyak 25 kali seusai pelajaran. Adapun kalian, hanya membuka kitab itu ketika telah berada di depan guru kalian. [1] Lihatlah Syeikh Fakhrurrazi, dia mengulang pelajarannya sebanyak 1,000 kali.
Ketika masih menuntut ilmu di Mekah, setiap malam aku bersama abangku Hussin dan Alwi as-Seggaf mempelajari 12 kitab syarah dari al-Minhaj lalu menghafal semuanya. [Allahu Allah ….] Suatu ketika di akhir malam ayahku keluar dari biliknya dan mendapati kami sedang belajar. Beliau berkata: “Wahai anak-anakku, kalain masih belajar? Semoga Allah memberkati kalian.”
Ketahuilah menghafal di waktu kecil seperti mengukir di atas batu. Manfaatkanlah masa muda kalian, masa lapang kalian dan tenaga kalian. Perhatikanlah bagaimana orang-orang tua menghadapi kesulitan ketika menghafal.
Kategori Kalam Salaf
Catatan al-fagir abu zahrah pada Jumaat, Mac 05, 2010 0 komen
Kategori Ta'ziah
Catatan al-fagir abu zahrah pada Khamis, Mac 04, 2010 1 komen
Ini adalah sebutir mutiara daripada kumpulan mutiara ucapan dan wasiat dari al-'Arifbillah al-Quthb al-Habib Ahmad bin Hasan al-Atthas [1] رضي الله عنه sewaktu beliau berada di kota Tarim pada suatu majlis yang dihadiri oleh banyak orang dari golongan Saadah Bani Alawi dan lainnya. Setelah selesai pembacaan kitab dan qasidah daripada kalam salaf (para leluhur ahlulbait terdahulu), beliau رضي الله عنه berkata:Majlis-majlis seperti ini adalah merupakan hidangan bagi arwaah yang bertebaran dan merupakan asroor (rahasia-rahasia) yang berterbangan. Semua yang hadhir akan mendapatkan jalan petunjuk. Semua yang hadhir akan mendapatkan kenaikan darjat dan semua akan mendapatkan curahan rahmat. Barakah dari pada majlis ini, oleh Allah akan disampaikan ke pelbagai tempat (meliputi berbagai tempat) dan Allah Ta'ala akan menurunkan pada majlis ini berbagai macam kebaikanNya, kemurahanNya, dan pemberianNya.
Sebahagian yang hadhir mendapatkan barakah disebabkan sebahagian yang lainnya, dan orang yang tertolak (ghairu maqbuulin) akan mendapatkan barakah daripada orang-orang yang diterima (almaqbuulin). Majlis ini merupakan suatu tempat yang sangat bagus, bagaikan tanah subur yang dapat menyerap air dan yang dicurahkan diatasnya hujan rahmat.
Apabila seseorang merasakan hatinya susah atau anggota badannya terasa malas untuk melakukan amal kebajikan, maka lihatlah atau bacalah kalam (ucapan) para salaf, agar hilang perasaan susah dan rasa malas yang ada pada dirinya. Janganlah seseorang memaksakan diri untuk melakukan hal-hal yang tidak mampu untuk dilakukan. Bertakwalah kepada Allah semampumu. Bersyukurlah kepada Allah jika engkau diberi taufiq untuk dapat melakukan amal-amal shaleh.
Kategori Kalam Salaf
Catatan al-fagir abu zahrah pada Rabu, Mac 03, 2010 0 komen

“Jika tampak dalam diri kalian kesungguhan rasa cinta kepada Allah عزوجل, maka pintu cinta kepada Allah عزوجل, adalah saya inilah representasinya, maka ikutilah aku.”
Kategori Maulid
Catatan al-fagir abu zahrah pada Isnin, Mac 01, 2010 0 komen
Untuk itu, ambo ingin berkongsi sedikit apa yang telah ditulis oleh al-'Allamah Hadratus Syaikh Hasyim Asy'ari (pendiri Nahdatul Ulama di Indonesia, wafat 25 Julai 1947) di dalam kitab beliau berjudul an-Nur al-Mubin. Ambo ringkaskan dari Fasal Pada Menyatakan ‘Alaamaat (Tanda-tanda) Mencintai Nabi صلى الله عليه وآله وسلم. Dalil dan huraiannya ambo tinggalkan ..... Moga-moga catatan ringkas menjadi check list untuk kita menyuluh diri ... Kategori Maulid
Catatan al-fagir abu zahrah pada Khamis, Februari 25, 2010 3 komen
".... Faedah yang pertama wajib atas kita sekalian Islam mengetahui bahawasanya junjungan kita Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم hamba Allah yang amat mulia, lebih daripada sekalian makhluk. Lagi bahawa ia pesuruh Allah Taala pada sekalian manusia dan jin.
Maka wajiblah mengetahui akan hal ehwalnya yang disebut di dalam kitab ini, yang sesetengahnya itu wajib diketahuikannya, dan sesetengahnya itu sunat. Sebahagi[an] lagi wajib atas kita menghormatkan junjungan kita Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم dengan sehabis-habis hormatnya..."
Katanya lagi:
"Dan lagi, tiada pantas [selayaknya] pula dibaca [bacaan maulid Nabi صلى الله عليه وسلم] itu di atas meja kerusi, sebab itu bukannya asal aturan Islam. Dan janganlah ada di tempat membaca itu campuran lelaki sama perempuan. Sebab, itu pertegahan syarak. Melainkan ada dinding antara mereka itu dengan aman daripada fitnah."
Katanya lagi:
"Dan jangan sekali-kali ada di tempat membaca [maulid Nabi صلى الله عليه وسلم] itu suatu permainan haram. Sebab, itu derhaka besar, melanggar pertegahan Rasulullah صلى الله عليه وسلم di hadapan sebutan nama Allah dan nama rasul-Nya. Maka itu tiada patut sekali-kali di dalam aturan syarak, maka tiada yang membuat begitu rupa, melainkan jika ia jahil akan kadar Rasulullah صلى الله عليه وسلم. Atau tiada mengindahkan kewajipan hormat padanya. Maka adalah itu dekat kepada kelakuan orang yang murtad ..."
Katanya lagi:
“…… maka dapatlah pahalanya, tiada kurang, insya-Allah asal betul saja segala aturannya [adabnya] ……”
Ingatan - Apabila dibacakan maulid an-Nabiy di dalam satu-satu majlis maka hendaklah orang-orang yang hadhir di dalam majlis itu duduk dengan adab, jangan mereka itu bercakap, berbual atau menghisap rokok atau curut di dalam majlis itu tetapi hendaklah mereka itu duduk dengan adab dan tawadhu'. Oleh sebab saya datang akan perkataan ini disini kerana saya telah berjumpa beberapa tempat-tempat kumpulan orang-orang kerana membaca maulid Nabi صلى الله عليه وسلم, maka setengah mereka itu berbual-bual dan setengah mereka itu menghisap rokok .......Maka sayogianya bagi orang yang menghadiri majlis maulidurasul, duduk di dalam keadaan yang tenang dan beradab kerana membesarkan serta memuliakan junjungan mulia Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم. Duduklah seumpama duduk berada di dalam majlisnya Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم.
Kategori Maulid
Catatan al-fagir abu zahrah pada Isnin, Februari 22, 2010 4 komen

Hendaklah orang yang diijazahkan menjadikan sebuah kitab tertentu sebagai rujukan dan peringatan terutama apabila sibuk berdakwah kepada Allah. Perkara pertama yang perlu dilazimi oleh orang yang ingin berdakwah selepas memahami hukum-hakam syariat ialah mengetahui segala janji baikNya bagi orang yang melakukan ketaatan dan janji burukNya bagi orang yang melakukan ma’siat yang terkandung di dalam al-Quran dan Hadits.
Maka kepadanya hati-hati sentiasa berasa rindu dan didalamnya terdapat cahaya iman. Untuk mengetahui semua perkara tersebut, memadailah dengan membaca kitab an-Nasho`ih ad- Diniyah wal Washoya al-Imaniyah (karangan al-Imam al-Habib Abdullah al-Hadddd). Sekalipun ia ringkas tetapi telah mengumpulkan perkara-perkara yang tidak dapat tهdak diperlukan oleh semua orang Islam.
Sekiranya hendak mengetahui thariqat yang khusus dan adab yang telah disyariatkan, hendaklah melazimkan membaca kitab ad-Dakwah at-Tammah wat Tazkirah al-‘Ammah (karangan al-Imam al-Habib Abdullah al-Hadddd). Jangan membaca tujuan untuk mengambil berkat sebagaimana mereka katakan, tetapi berazam membacanya untuk mendapatkan kefahaman dan memberi kefahaman kepada orang lain. Maka keberkatan yang sebenar ialah apabila disertakan dengan amal. ………..
……… berwaspadalah daripada menjadikan suatu kebiasaan hanya mengulang-ulang membaca permasalahan fiqih, siang dan malam, semasa tua dan muda tanpa membaca kitab agama yang lain seperti ilmu tafsir, hadits dan tasawuf. Dengan membataskan bacaan hanya kepada kitab-kitab fiqih adalah suatu kelemahan, kejumudan dan menjauhkan diri daripada akhlaq yang baik serta mewariskan kekerasan hati. Demikianlah telah diperkatakan oleh syaikh-syaikh kami dan lain-lainnya ………
…. Kemudian beliau berkata: Apabila zaman telah menjadi zaman bid’ah, fitnah, kesamaran, maka hendaklah penuntut-penuntut ilmu mempersiapkan dirinya untuk menjadi salah seorang daripada orang-orang yang mempertahankan agama Allah dan menegakkan hujjahNya di tas muka bumi. Seseorang itu tidak akan mampu menjadi seperti itu, jika tidak mengambil setiap ilmu dengan secukupnya. Sesiapa yang memohon pertolongan Allah, maka Allah akan membantunya …….
قَالَ فِى شَأنِ دَعْوَةٍ : اَلْوَاجِبُ أنْ نَكُوْنَ كُلُّنَا دَعَاةً وَ لَيْسَ بِوَاجِبٍ اَنْ نَكُوْنَ قُضَاةً اَوْ مُفْتِيَيْنِ (قُلْ هَذِهِ سَبِيْلِيْ أدْعُوْ اِلَى اللهِ عَلَى بَصِيْرَةٍ أنَا وَ مَنِ اتَّبَعَنِيْ) فَهَلْ نَحْنُ تَبِعْنَاهُ أوْ مَا تَبِعْنَاهُ ؟ فَالدَّعْوَةُ مَعْنَاهَا : نَقْلُ النَّاسَ مِنَ الشَّرِّ اِلَى اْلخَيْرِ وَ مِنَ الْغَفْلَةِ اِلَى الذِّكْرِ وَ مِنَ اْلأدْبَارِ اِلَى اْلإقْبَالِ وَ مِنَ الصِّفَاتِ الذَّمِيْمَةِ اِلَى الصِّفَاتِ الصَّالِحَةِ
لَمْ يَزَلِ النَّاسُ فِى كُلِّ وَقْتٍ مَا بَيْنَ صِنْفَيْنِ : صِنْفُ سِيْمَاهُمْ فِي وُجُوْهِهِمْ مِنْ أثَرِ السُّجُوْدِ وَ صِنْفُ سِيْمَاهُمْ فِى وُجُوْهِهِمْ مِنْ أثَرِ الْجُحُوْدِ
أخْرِجْ خَوْفَ الْخَلْقِ مِنْ قَلْبِكَ تَسْتَرِحْ بِخَوْفِ الْخَلْقِ وَ أخْرِجْ رَجَاءَ الْخَلْقِ مِنْ قَلْبِكَ تَسْتَلِذَّ بِرَجَاءِ الْخَلْقِ
سَبَبٌ مِنْ أسْبَابِ نُزُوْلِ الْبَلاَءِ وَ الْمَصَائِبِ قِلَّةُ الْبُكَائِيْنَ فِى جَوْفِ اللَّيِلِ
مِنْ دُوْنِ قَهْرِ النُّفُوْسِ مَا يَصِلُ الإنْسَانُ اِلَى رَبِّهِ قَطٌّ قَطٌّ قَطٌّ وَ اْلقُرْبُ مِنَ اللهِ عَلَى قَدْرِ تَصْفِيَةِ النُّفُوْسِ