
Imam al-Munawi berkata di dalam al-Faidh al-Qadir: Yakni malam Jum’at dan siangnya. Didahulukan sebutan malam daripada siangnya kerana ia terdahulu wujud daripada siang. Malamnya disifatkan dengan al-Gharra’ kerana ramainya malaikat pada malam itu dan mereka itu cahaya bagi keistimewaannya melalui tajalli khusus, manakala siang harinya disifatkan dengan al-Azhar kerana ia adalah hari yang paling afdhal di dalam seminggu.
Syaikh Muhammad Riyadh al-Malih berkata: Hari Jum’at dinamakan Azhar adalah kerana ia akan menerangi ahli Jum’at supaya mereka berjalan di bawah cahayanya pada hari kiamat.

0 komen:
Catat Ulasan