Khamis, 18 Mac 2010

Pesan Guru

"Jika di majlis itu, ada yang lebih tua darimu, lebih tinggi kedudukan ilmunya, maka jangan engkau mendahului mereka di majlis. Dan diantara tanda seseorang itu jujur dalam tujuannya adalah dia menghormati orang lain dan mengorbankan keinginan dirinya buat orang lain.

Apabila seseorang itu mempunyai luas pandangan(masyhad) dan adab, dibentangkan kepadanya kebaikan yang orang lain tidak melihatnya(kebaikan). Maka tempat terletaknya madad (pertolongan/rahasia) dari Allah adalah tergantung akan kejernihan hati seseorang dan baik sangkanya terhadap orang lain."


"Dan diantara tanda kamu itu di jalan ALLAH, kamu itu merasakan kehadiran ALLAH bersamamu, kamu tidak sabar untuk berzikir padaNYA dan kamu merasa sempit/tidak suka dengan perkara-perkara yang melalaikan kamu dariNYA"


Tatkala seorang lelaki Britain menceritakan tentang kisah beliau memeluk Islam dan bagaimana beliau datang ke Tarim Hadramaut ... Beliau telah memeluk Islam selama 9 tahun. Diceritakan secara ringkas: Beliau apabila membuat keputusan untuk memeluk agama Islam, isterinya minta memilih antara dirinya, anak-anak atau Islam, diminta untuk keluar dari rumah serta ditahan dari mengambil wangnya jika memeluk agama Islam Dan berbagai lagi kesukaran yang dihadapinya ...... namun beliau memilih Islam dan mengorbankan yang lainnya ....

Ketika giliran Guru Mulia al-Habib Umar bin Muhammad bin Hafidz Ibn Syeikh Abu Bakar bin Salim untuk memberi kilmah ... beliau berkata:

Wahai saudara-saudaraku,
Orang yang memeluk agama Islam selama 9 tahun,
Memilih Allah dan mengorbankan selainNYa,
Dan engkau yang Allah anugerahkan Islam sejak lahir lagi...
Segalanya melalaikan engkau daripadaNYA?!

Wahai orang Mukmin,
Dimanakah pengorbanan yang dilakukan buatNYA?
Engkau tidak beriman dengan Tuhan ini?
Adakah engkau tahu makna Tuhan?

Agungkan TuhanMU,
Katakanlah 'Allahu Akbar' dari hatimu,
Tinggalkan selainNYA kerana DIA,
Dan apa itu selainNYA???
Segala apa yang ada pada dirimu...

Datang padaNYA..
Minta padaNYA..
DIA membahagiakan engkau dengan sesuatu yang tidak terfikir dalam benak fikiranmu...



Sumber: al-Maarif


0 komen:

Related Posts with Thumbnails